Isnin, 18 Januari 2016

Hamidah Dakwa Ditawar Tutup Mulut

Ahli PAS terlibat dengan Amanah berdepan tindakan

Pas Ipoh Nafi Kerjasama Dengan Umno

TPPA: Tangani dahulu isu kebanjiran warga asing

TPPA: Tangani dahulu isu kebanjiran warga asing
KUALA LUMPUR: Isu kebanjiran warga asing di negara ini perlu ditangani sebelum Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) ditandatangani bagi mengelak masalah lebih buruk pada masa hadapan.

Setiausaha Agung Majlis Kesatuan Sekerja Perkhidmatan ASEAN (ASETUC) Mohamed Shafie BP Mammal berkata menerusi perjanjian itu akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan, dan ini dilihat akan mengundang lebih ramai warga asing ke negara ini.

Justeru, beliau menyarankan kerajaan melakukan 'pembersihan' secara efektif terhadap pekerja asing yang tidak berdaftar di negara ini dengan menguatkuasakan undang-undang sedia ada.

"Dianggarkan terdapat kira-kira tujuh juta pekerja asing di Malaysia dengan hanya 2.5 juta daripada mereka yang berdaftar, sementara selebihnya bekerja  secara haram.

"Pembersihan perlu dilakukan dengan mendaftar mereka yang tidak berdaftar atau menghantar mereka pulang ke negara asal. Ini mesti dilakukan secara serius, bukannya bermusim," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat ASETUC mengenai TPPA, di sini hari ini.

MTUC bidas saranan menteri minta berjimat

SHAH ALAM - Presiden Kongres Kesatuan Pekerja (MTUC), Khalid Atan hari ini membidas saranan menteri yang meminta pekerja mengambil langkah berjimat cermat untuk meneruskan survival kehidupan.
Menyifatkan saranan tersebut sesuatu yang tidak masuk akal, Khalid berkata, ia bukan hanya menyusahkan pekerja dan rakyat khususnya bagi yang tinggal di bandar dan ibu kota.
MTUC "Bila kadar minyak meningkat, kita disaran guna kenderaan awam. Bila tambang kenderaan awam naik, kita disaran jangan guna kenderaan awam.
"Bila tol naik, kita disaran guna jalan yang tidak ada tol, jadi buatlah jalan yang tidak ada tol, kita akan guna jalan itu!," katanya dalam Wacana Siri 37: Derita Orang Bandar: Punca dan Penyelesaian di Kumpulan Media Karangkraf, di sini, hari ini‎.
Kemelut ekonomi yang melanda dunia awal tahun ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada mereka yang berpendapatan rendah.
Katanya, mereka yang paling teruk terjejas adalah golongan miskin tegar di kawasan luar bandar dan golongan miskin di banda‎r.

SPRM nafi cadang 37 syor dakwaan terhadap Najib

SPRM turut mengesahkan bahawa mereka telah menerima kembali kertas siasatan berhubung kes SRC international dan dana politik RM2.6 bilion daripada Peguam Negara

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan dakwaan bahawa suruhanjaya tersebut telah mengemukakan 37 syor dakwaan terhadapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“SPRM ingin menjelaskan bahawa laporan portal berita Sarawak Report hari ini, yang mengatakan kononnya terdapat 37 syor dakwaan berasingan telah dikemukakan oleh SPRM terhadap YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melibatkan kes SRC International, adalah tidak benar,” kata suruhanjaya tersebut menerusi kenyataan media.
Mengulas lanjut, SPRM turut mengesahkan bahawa mereka telah menerima kembali kertas siasatan berhubung kes SRC international dan dana politik RM2.6 bilion daripada Peguam Negara hari ini.
“SPRM mengambil maklum arahan daripada Jabatan Peguam Negara yang memerlukan penjelasan lanjut mengenai beberapa cadangan dan tindakan yang telah dikemukakan oleh SPRM sebelum ini.
“Respons SPRM kepada permintaan Jabatan Peguam Negara akan dikemukakan dalam waktu terdekat,” tulis kenyataan itu.
Dalam satu temubual khas bersama FMT awal bulan ini, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membuat ramalan bahawa Apandi akan menolak kertas siasatan yang dihantar oleh SPRM pada 31 Disember lepas.
Menurut Dr Mahathir, ini adalah berdasarkan keputusan Apandi sebelum ini yang menolak laporan mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang dibuat oleh Bank Negara.
Pada Julai tahun lalu, agensi berita Wall Street Journal (WSJ) mendedahkan RM2.6 bilion telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib dan mendakwa wang berkenaan adalah dari 1MDB.
SPRM bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa wang berkenaan merupakan sumbangan politik yang diberikan oleh “seseorang dari Timur Tengah” kepada Najib bagi membantu Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu.

PH lebih ‘radikal’ selepas PRN Sarawak – Rafizi

PH lebih 'radikal' selepas PRN Sarawak - Rafizi
Rafizi
KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan akan menggunapakai pendekatan ‘radikal’ dalam dasar dan program yang direka khusus untuk menangani isu Melayu, yang sebelum ini menjadi kelebihan UMNO.
Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata, dasar baharu itu akan diumum secara berperingkat bermula April, selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, bagi mendapatkan lebih banyak maklum balas dan perbincangan terperinci dengan rakyat kebanyakan.
“Apa yang kami maksudkan dengan radikal ialah kita mahu dasar, pendekatan dan program yang menyentuh kebimbangan dan isu orang Melayu, yang selama ini dimanipulasi oleh BN untuk mewujudkan kegelisahan di kalangan orang Melayu, disampaikan secara langsung, kreatif dan objektif,” kata beliau dalam sidang media Majlis Setiausaha Pakatan Harapan di sini, hari ini.
Dasar itu dijangka dibentangkan sepenuhnya kepada orang awam pada Konvensyen Pakatan Rakyat yang dijadualkan pada 15 Julai depan.
Dengan pendekatan baharu ini, Rafizi memberi jaminan kebimbangan kaum lain tidak akan dipinggirkan pakatan itu, yang menggantikan Pakatan Rakyat.
Setiausaha Penganjur DAP, Anthony Loke berkata, dasar itu perlu dilancarkan dalam masa terdekat bagi menjana momentum untuk menewaskan BN.
“Kita hanya ada 18 hingga 24 bulan sebelum pilihan raya umum.
“Ini merupakan komitmen daripada ketiga parti kepada rakyat dan ia akan dilaksanakan apabila kita mengambil alih Putrajaya selepas PRU-14. UMNO-BN sangka selepas mereka hancurkan Pakatan Rakyat, mereka tidak akan punyai pencabar lagi. Mereka sudah silap,” katanya.

Guru naikkan status Pantai Kasih dipanggil kementerian


Seorang guru yang dikatakan memuat naik status di media sosial berkaitan pertikaian teks sastera tingkatan 4 akan dipanggil memberikan penjelasan.
Faiez Ali dikatakan menulis status berkaitan novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin di Faceboook pada 11 Januari lalu.
Kementerian Pendidikan juga akan menemui panel pemilih novel teks Komponen Sastera (Komsas) bagi mata pelajaran bahasa Melayu yang mencetuskan polemik itu, lapor BH Online.
Timbalan Menteri Pendidikan P Kamalanathan (gambar) dilaporkan berkata pertemuan panel pemilih dengan Bahagian Perkembangan Kurikulum bertujuan memperoleh justifikasi menyeluruh sebab pemilihan Pantai Kasih.
"Kedua-dua pihak akan dipanggil bagi memberi penjelasan mengenai isu novel berkenaan, manakala pada Rabu ini pula, akan diadakan pula mesyuarat peringkat pengurusan tertinggi membabitkan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, (Dasar dan Pembangunan), Datuk Seri Khairil Awang.
"Mesyuarat khas peringkat pengurusan tertinggi itu akan dilakukan secara dalaman bagi menentukan sebarang keputusan berkaitan isu itu dan dimaklumkan kepada Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid," Kamalanathan dipetik sebagai berkata ketika dihubungi BH.
Polemik novel itu bermula minggu lalu selepas penggunaannya sebagai teks Komsas dipersoal pengguna media sosial susulan adegan yang didakwa terdapat elemen lucah.
Pemilihannya juga dikatakan kurang menepati matlamat Komsas untuk membentuk pembangunan diri dan memupuk nilai murni di kalangan pelajar.

Dr M questions why AG taking so long with MACC report

The former PM surmises Apandi Ali is being "very careful" about studying the probe papers regarding the RM2.6 billion donation and SRC International.
mahathir
SUBANG JAYA: Investigation papers on the RM2.6 billion donation and SRC International isn’t as “tall” as the Attorney-General (AG) Mohamed Apandi Ali, and therefore should not have taken so long to sift through, former premier Dr Mahathir Mohamed said today.
“It’s not so ‘tall’, just a few hundred sheets’ tall. Not as tall as the AG. So he shouldn’t take that long to study it,” he said after officiating the first firing of Proton’s latest range of GDi/TGDi engines to replace its current CamPro line.
However, Mahathir noted that Apandi was likely treading lightly on the investigation papers as the AG confirmed this afternoon that the papers were returned to the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) for clarification on their recommendations.
“I think he (Apandi) is very careful about studying the papers, so it will take quite a long time before he decides what to do.”
Earlier this month, in an exclusive interview with FMT, Mahathir predicted that Apandi would ignore the MACC’s report on the donation and SRC International, and nothing conclusive would come of the investigations.
Meanwhile, Mahathir also added that Budget 2016 may have to be recalibrated once more due to the further decline in oil prices.
“The (earlier) recalibration was based at a price of USD30 per barrel. Today, the oil price has gone below that price. Maybe it (Budget 2016) needs to be recalibrated because the price is going down,” he said.

Najib Negotiates His Exit BUT He Wants Safe Passage AND All The Money! EXCLUSIVE DISCLOSURE

Najib Negotiates His Exit BUT He Wants Safe Passage AND All The Money!  EXCLUSIVE DISCLOSURE
The new Attorney General Mohamed Apandi may by now be wishing he had not taken the job.
His predecessor was unconstitutionally booted out by the Prime Minister in July for bringing forward charges based on the purloining of millions from the pension fund KWAP into Najib’s own private accounts.
Now the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) has completed its investigation into the matter and placed a dossier on Apandi’s desk, which according to several sources, contains no less than 37 separate charges against Najib, based on the same evidence.
Moreover, Apandi is aware that this evidence has now been widely distributed and is known to all the top brass in UMNO, making a protracted cover-up extremely hard to achieve.

Kevin Morais

In November this AG had issued a bald lie following the brutal kidnap and shocking murder of Kevin Morais, who had been the public prosecutor tasked with drawing up the original charges for the MACC.  Apandi stated that Morais had had no role in the investigation.
Murdered Kevin Morais
Murdered Kevin Morais
However, it is now widely established that Kevin was indeed the key prosecutor on the case and he is believed to have been the source of the leak of the original charge sheets drawn up against Najib to this news portal.
Before he was abducted (and on the advice of Sarawak Report to the then anonymous whistleblower) Morais also sent the contents of his laptop file on the investigation to a number of trusted confidants – these are now waiting to see if Malaysia’s own forces of law and order are going to do their job or if they will need to release the information separately.
It makes for a difficult situation for Apandi and Special Branch are known to have been trawling the friends and relatives of Kevin Morais in an unsuccessful bid to secure the return of these sets of documents.
Since these authorities seized the relevant laptop from Kevin’s flat shortly after he was abducted, they are also fully aware of just how much information was passed out by the whistleblower before he was silenced.  He himself had explained his motives in a series of emails to Sarawak Report at the time.  His sentiments included these words on behalf of those in the civil service trying to bring out the truth:
““The police continue to be rather aggressive in trying to uncover the sources of the leaks. And not actually trying to nab the lunatic on top of the pyramid, running this country to the ground just so his arse is saved… and I’m not sure if we’ll be able to stop this lunacy.”
The information now thus at large from the investigation is said to include copies of the bank statements showing how RM42 million, which was passed into one of Najib Razak’s personal accounts from 1MDB, under the auspices of “Corporate and Social Reponsibility” payments, was actually spent by the Prime Minister.
It was back in July that Sarawak Report together with the Wall Street Journal published details from the 1MDB investigation that showed the exact trail of the money: an original RM4 billion had been borrowed from the KWAP public pension fund by a subsidiary of 1MDB named SRC International Sdn Bhd; then between December 2014 and February 2015 a total of RM42 million was siphoned out of SRC through two intermediary companies controlled by 1MDB executive Nik Faisal Ariff Kamil (Gandingan Mentari Sdn Bhd) and Datuk Shamsul Anwar Sulaiman (Ihsan Perdana Sdn Bhd).  The latter has already been arrested and interviewed by investigators, whilst Nik Kamil has fled to Jakarta.
Transfer 1
Transfer 1
Transfer 2
Transfer 2
Najib has said that none of this public money was spent on personal things.  However, those who have seen the relevant bank statements have told Sarawak Report that there were several expensive shopping items recorded, many bought on foreign trips.
The whistleblower himself had detailed to Sarawak Report during email correspondence in August:
Actually, the spending .. was rather mundane. Credit card bills, shopping, suppliers to the last elections that had not gotten paid because BNM had frozen the accounts of other proxy companies, that sort of stuff.” 
It is the shocking source of this money that is most damaging in this case – public pension fund money, which was spent by the Prime Minister on his family’s notorious ostentatiousness and extravagance abroad.  Can it get worse than that?

Sumpah diingkari, tanah dipijak milik siapa?



BELUMPUN sinar pagi tumpah ke bumi, kami sudah mendaki, membelah kabus laluan banjaran Crocker. Hari masih awal saat mulakan perjalanan dari Kota Kinabalu sejak jam 5.30 pagi sebelum tiba sekitar 8 pagi, sempat juga bersarapan di pekan Keningau.
IMG_0134Sekitar jam 9 pagi, orang ramai sudah mula berkumpul. Sebahagian mereka mengenakan pakaian tradisi suku Murut, sejenis jaket kulit kayu dinamai ‘babaru puputul’ bagi lelaki dan ‘pinongkolo’ iaitu baju lengan panjang berwarna hitam bagi wanita.
Mereka turun menyambut 31 Ogos dengan bersemangat dan harapan. Kelihatan juga beberapa pegawai polis, ada berseragam dan ada berpakaian preman. Ada yang merakam video, juga gambar.
Kenderaan berhenti di bahu jalan. Lokasi kami benar-benar di kawasan lapang bawah kanopi besar dua pohon sena tua yang gah di sebuah sudut jalan. Beberapa aktivis DAP dan pemimpin tempatan menyambut kami.
Pemangku Pengerusi DAP Kebangsaan, Tan Kok Wai dan rombongan DAP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur disantuni mesra dan bersalam-salaman dengan pemimpin tempatan dan aktivis parti, tidak terkecuali anggota polis bertugas.
Kami kemudian dibawa ke depan sebuah binaan sederhana yang dikonkrit. Hari ini, sebuah lagi tugu peringatan Batu Sumpah akan dilancarkan penuh tradisi.
“Selamat datang Datuk…” kata seorang pemimpin tempatan.
“Ya, terima kasih…” jawab Tan Kok Wai.
IMG_1926Orang pedalaman Sabah memang gemar memanggil pimpinan DAP dengan gelaran Datuk. Bicara santun mereka mengharukan, malah suka berseloroh. Nilai warisan budaya masih utuh jadi amalan.
Gerakan Batu Sumpah dilancarkan pada Januari 2013, diasaskan Majlis Perundingan Orang Asal DAP Sabah. Gerakan itu diketuai Dr Edwin Bosi. Ia kesinambungan perjuangan tokoh ulung Sabah terdahulu yang mengangkat isu pokok rakyat pedalaman yang terabai dari segi kebebasan agama, hak tanah dan adat.
Pertemuan dengan Tan Sri Richard Lind di kediamannya pada 28 Ogos amat bermakna. Ziarah bersama pimpinan DAP Sabah itu bertujuan menemu ramah dan melihat beberapa dokumen penting Batu Sumpah Keningau.
Richard ialah bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah dan Pegawai Daerah Keningau yang mengiringi wakil kerajaan Persekutuan ketika itu, Tan Sri V Manikawasagam (Menteri Kerja Raya) untuk merasmikan Batu Sumpah Keningau pada 31 Ogos 1964.
Rasa bertuah dapat bertemu dengan tokoh Sabah itu. Banyak beliau kongsikan terutama mengenai jaminan kerajaan Malaysia kepada masyarakat orang Asal Sabah.
Ritual pentahbisan

Pakatan Harapan bina momentum tumbangkan BN


SUFI7498KUALA LUMPUR, 18 JAN: Dasar bersama Pakatan Harapan yang bersifat radikal dan menangani isu orang Melayu bakal membina momentum untuk melawan rejim UMNO BN pada pilihan raya akan datang.
Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan, Anthony Loke, berkata DAP menyokong dasar itu yang memberi keutamaan kepada dasar bersama itu termasuk mengatasi isu kebimbangan orang Melayu.
SUFI7446“Dasar bersama itu bukan saja jadi ‘peluru’ untuk lawan UMNO tetapi ia akan dilaksanakan sejurus Pakatan Harapan mengambil alih Putrajaya kelak,” kata Ahli Parlimen Seremban itu.
Antara pimpinan Pakatan Harapan yang hadir ialah Setiausaha Sekateriat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah; Pengarah Strategi Pilihanraya DAP, Dr Ong Kian Ming; Penolong Setiausaha DAPSY Kebangsaan, Rajiv Risyakaran dan beberapa lagi.
SUFI7462Pada sidang media sama, Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah), Anuar Tahir pula menyifatkan persetujuan dasar bersama sebagai era baru pakatan pembangkang.
“Kali ini kita nak jadikan konsensus dicapai secara murni dan jelas. Ketiga-tiga parti tak lagi dalam mod setuju untuk tidak bersetuju,” katanya.
Beliau berkata, BN hanya mampu memanipulasi isu perkauman dan agama tetapi ia sekaligus memperkecil potensi rakyat untuk berubah khususnya generasi muda.
Ketua Penerangan Amanah, Khalid Samad pula menyatakan konteks radikal yang dimaksudkan tidak terkeluar dari Perlembagaan Malaysia.
Terdahulu, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli menyatakan Pakatan Harapan  meletakkan tiga perkara yang menjadi asas kepada kerangka dasar bersama termasuk mengatasi  isu yang menjadi kebimbangan orang Melayu.

Tawaran baru untuk Malaysia



KETIKA krisis besar melanda dalam semua aspek, Datuk Seri Najib Razak dan UMNO seperti sudah tiada harapan. Namun mereka boleh saja terus bertahan dengan mencipta “Insiden Low Yat” berulang kali untuk melagakan anak muda miskin dengan alasan perkauman – anak muda berbangsa Cina mana yang akan bekerja di kedai telefon bimbit untuk gaji tidak seberapa jika mereka kaya?
retreatBolehkah kita DAP melihat nasib yang dikongsi golongan 60 peratus golongan bawahan yang terdiri daripada anak muda Melayu dan Cina ini? Bolehkah kita nyatakan dengan jelas keinginan dan aspirasi mereka bawah satu nafas?
Soalan yang lebih penting lagi: Adakah kita benar-benar mengenali mereka? Adakah kita benar-benar mengenali siapakah orang Melayu itu? Apakah orang Melayu itu? Di manakah orang Melayu itu?
Sangat menyedihkan apabila ada antara kita melihat orang Melayu sebagai satu entiti dengan satu set watak karikatur. Sebagai contoh, kita tidak sedar kita sedang bersikap rasis apabila melihat kebanyakan Melayu sebagai polis, pegawai penguatkuasa, mat rempit, dan sebagainya.
Sama juga dengan hanya melihat orang Cina sebagai orang kaya dan ahli perniagaan yang sentiasa mahu menipu orang Melayu. Selepas 50 tahun, naratifnya tetap sama. Ini sangat menyedihkan.
Apabila berbicara tentang kaum, ada tiga perkara ingin saya kongsi.
Pertama, identiti boleh berubah bentuk dan tidak tetap.
Sehingga Perang Dunia Kedua tamat, kebanyakan etnik Melayu tidak memanggil diri mereka sebagai Melayu. Mereka pertama-tamanya mengaitkan diri mereka dengan tempat asal di Semenanjung atau kawasan daerah di Indonesia tempat mereka datang. Perkara sama juga untuk etnik Cina yang melihat diri mereka sebagai Hokkien, Hakka, Kantonis dan sebagainya.
Dari mula, DAP berhasrat melahirkan sebuah Malaysia di mana setiap individu melihat diri sebagai rakyat Malaysia dahulu. Kita gelarnya Malaysia Untuk Rakyat Malaysia. Sementara itu, selepas 10 tahun menjadi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memperkenalkan idea Bangsa Malaysia.
Kedua-dua idea ini ada sedikit-sebanyak persamaannya. Selama 14 tahun dari pelancaran Wawasan 2020 pada 1991 sehingga hari Hishamuddin Hussein menghunuskan kerisnya pada Julai 2005, Dr Mahathir telah menjadikan orang Amerika, Yahudi, Britain, Australia dan Singapura sebagai musuh, tetapi wacana tentang kaum tempatan masih tidak banyak kedengaran.
Saya selalu rasa lambaian keris dan peralihan UMNO kepada politik-sayap-kanan pada 2005 sebagai langkah politik paling bodoh dalam sejarah Malaysia. MCA, MIC dan Gerakan telah ‘mati’ sejak 2005. Jadi saya harap kita tidak hidupkan mereka semula.
Kedua, politik identiti datang bersama mekanisme defensif.
Seorang ahli antropologi Australia tiba di perkampungan Kristian di Indonesia di Kalimantan dan bingung melihat setiap upacara Kristian di kampung itu dijalankan dengan mengorbankan daging babi. Sebagai seorang Kristian, beliau keliru.
Hanya setelah berbulan kemudian selepas mengembara keluar dari kampung itu, beliau sedar ia satu mekanisme defensif. Kampung itu dikelilingi enam kampung Muslim. Daging babi itu merupakan cara untuk orang Kristian membezakan diri mereka dengan orang Islam.
Etnik Cina di Malaysia, terutamanya generasi saya, membesar dengan tanggapan bahawa Tarian Singa merupakan komponen terpenting budaya Cina. Saya baru sedar tiada negara lain di dunia termasuk China dan Taiwan, melihatnya sebegitu pada zaman itu.
Siapa yang menyebabkannya? Tan Sri Ghazali Shafie. Menteri Dalam Negeri ketika itu memberitahu orang Cina bahawa lebih baik menari menggunakan simbol negara, Harimau berbanding Singa.
Dalam contoh seterusnya, saya tidak berniat menyamakan agama dengan sistem persekolahan. Tetapi dalam politik identiti, Islam diuar-uarkan selepas 13 Mei kerana Muslim merasakan keperluan psikologi untuk ada identiti jelas untuk berdepan dengan bukan Melayu. Begitu juga dengan orang Cina yang berhimpun demi sekolah Cina kerana merasakan identiti mereka bakal dinafikan.
Tetapi pada hari ini, kebanyakan Muslim memang mengamalkan agama mereka dan ada pula menghabiskan banyak masa mempelajarinya. Seperti itu juga, 90 peratus orang Cina mempunyai pendidikan Cina sekurang-kurangnya untuk beberapa tahun. Keadaan berbeza pada masa ini.
Adakah masyarakat merasakan identiti mereka terancam? Jawapan saya ialah ‘ya’ dan ‘tidak’. Jika garis tempur diukur melalui ‘Muslim vs bukan-Muslim’, semua orang akan memasang antena defensif. Mustahil untuk sebarang hinaan tidak dibalas dengan apa-apa reaksi.

Dasar bersama Pakatan Harapan atasi kebimbangan orang Melayu


SUFI7422KUALA LUMPUR 18 JAN: Pakatan Harapan meletakkan tiga perkara yang menjadi asas kepada kerangka dasar bersama yang bersifat radikal tetapi spesifik termasuk mengatasi  isu yang menjadi kebimbangan orang Melayu.
“Kita akan bangkitkan isu orang Melayu secara jelas, kreatif dan objektif terutama dalam perkara yang menjadi kebimbangan Melayu yang sering dimainkan UMNO,” kata Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli.
Beliau ketika menjawab soalan, bagaimanapun menegaskan tumpuan terhadap isu orang Melayu bukan bermaksud meminggirkan isu membabitkan kaum lain.
“Cara komunikasi dengan pengundi Melayu perlu penambahbaikan. Ia bukan pinggirkan kaum lain tetapi apabila kita bentang dasar bersama nanti, rakyat akan lihat kita ada penyelesaian menyeluruh dalam iisu semua kaum,” katanya.
SUFI7405Pada sidang media bersama pimpinan Pakatan Harapan di ibu pejabat DAP, hari ini, beliau berkata, tiga perkara itu menjadi asas kepada program, pendirian dan dasar yang membabitkan isu utama dan dikupas secara terperinci.
Perkara pertama, katanya ialah penekanan kepada merangka program untuk menangani isu kebajikan, sosio-ekonomi dan politik masyarakat Melayu tanpa mengabai kepentingan kaum lain.
“Perkara kedua ialah isu peluang pekerjaan dan dasar guna tenaga serta modal insan. Pada 2009 dan 2010, isu pengangguran anak muda, kenaikan harga barang, kita tak tonjolkan. Kali ini kita akan kupas dengan lebih mendalam,” katanya.
Perkara ketiga, kata Rafizi ialah mengenai sistem pendidikan yang menyeluruh, adil dan mampu menjadikan Malaysia yang berbeza untuk melahirkan masyarakat berkualiti dan bertanggungjawab.

Perjanjian politik demi rakyat

Oleh Datuk Saifuddin Abdullah
GABUNGAN pembangkang yang baharu ditubuhkan – Pakatan Harapan – yang dianggotai Keadilan, DAP dan Amanah telah menandatangani satu perjanjian rasmi, iaitu “Perjanjian Pakatan Harapan” di Persidangan Pimpinan Pakatan Harapan di Shah Alam pada 9 Januari lalu.
Ia ditandatangani Presiden Keadilan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

Perjanjian ini bermatlamat memperkasa Pakatan Harapan. Ia mengandungi 7 Fasal yang meliputi perkara-perkara fundamental, iaitu keputusan bersama, kesatuan politik, penyelesaian konflik, dasar-dasar bersama, pilihan raya, pembentukan kerajaan dan peranan pembangkang, dan keabsahan gabungan. Antara fasal terpenting ialah tentang membuat keputusan bersama antara ketiga-tiga parti dalam Pakatan Harapan secara konsensus; dan Pakatan Harapan meletakkan seorang calon sahaja bagi mewakilinya dalam mana-mana pilihan raya.
Perjanjian ini bukan dokumen undang-undang atau perjanjian persefahaman. Ia adalah dokumen politik untuk membentuk kesatuan politik yang mampan.
Tetapi, apa yang lebih penting ialah bahawa perjanjian ini bukanlah sekadar tentang parti politik sahaja. Ia adalah perjanjian yang bertujuan meningkatkan bakti terhadap rakyat. Ini dicatat dengan jelas dalam mukadimahnya:
Matlamat tertinggi sesuatu kerajaan adalah menyejahterakan rakyatnya dengan seadil mungkin merentas batasan bangsa dan ras, menembus sempadan agama dan budaya, melintas ruang dan zaman. Makanya suatu kerajaan yang adil adalah bertuankan rakyat dan memelihara rakyat; fungsinya meluaskan rahmat kepada rakyat yang merangkumi segala matlamat syariat (maqasid al-syariah) termasuk hak asasi manusia, kebebasan, keadilan, persamaan dan apa sahaja yang membawa maslahat (kepentingan) kemanusiaan.
Ini selaras dengan firman ALLAH dalam Ayat 107 Surah Al-Anbiya’ mafhumnya “Dan tidaklah Kami utus engkau (wahai Muhammad) melainkan sebagai rahmat kepada alam seisinya” iaitu satu penyataan tegas bahawa teras syariat Islam adalah rahmat dan kasih sayang Tuhan yang inklusif meliputi seluruh warga alam.
Seruan yang sama ke arah menyuburkan kasih kepada seluruh warga alam, membina persaudaraan manusiawi, menegakkan keadilan merentasi batasan, meletakkan yang hak dan menentang kezaliman adalah nilai-nilai sejagat yang dikongsi oleh semua agama, peradaban dan budaya yang membentuk rencam rakyat Malaysia yang pelbagai.

Ahmad Maslan, rakyat berhak marah dengan tuan

Menteri Ahmad Maslan, tahukah mengapa rakyat marah dengan tuan? Jawapannya mudah. Tuan mewakili kerajaan yang nampaknya tidak dapat menguruskan ekonomi negara dengan baik. Bukan itu sahaja, tuan juga suka menggosok garam ke dalam luka - sentiasa memberi alasan dan membuat kenyataan yang tidak masuk akal.

Tuan meminta rakyat menyalahkan peniaga (kerana kenaikan harga mendadak) adalah contoh terkini yang tidak bernas.

Apa ini, perlukah kami boikot semua peniaga ataupun tunjuk perasaan di depan kedai dan pasar raya mereka? Biar saya tanya tuan begini: apabila kerajaan tidak dapat menguruskan atau tidak dapat mengawal perlaksanaan GST dengan betul, pihak mana yang sepatutnya dipersalahkan?
Apabila peniaga mengambil kesempatan untuk menikmati keuntungan yang tinggi, yang mana sepatutnya dipersalahkan?
Apabila ringgit menyusut nilai mendadak menyebabkan kenaikan harga import dan kos sara hidup, siapa sepatutnya dipersalahkan?
Apabila peniaga gagal membatalkan cukai jualan semasa mengenakan GST, siapa yang bersalah?
Bukankah tanggungiawab Kastam Diraja dan unit GSTnya yang sepatutnya melaksanakan GST dengan lancar and tersusun?
Apa yang sepatutnya dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan pegawai-pegawai penguatkuasanya jika peniaga menjual barangan terlalu mahal?
Kelmarin, saya ternampak satu kilogram ikan kembong berharga RM18.00. Bolehkah tuan percaya?
Mudah untuk tuan menyalahkan peniaga apabila kos sara hidup meningkat.
Akan tetapi, pernahkah tuan berfikir tentang fenomena inflasi yang tinggi, kekurangan, rantaian bekalan yang tidak cekap dan ketidaksempurnaan pasaran.

Dolak-dalih tak akan selesaikan isu pelajar lapar


Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merujuk kenyataan Sekretariat Timbalan-timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) Universiti Awam, pada 13 Januari.
Ia berhubung isu "mahasiswa lapar" yang heboh di media massa baru-baru ini. Sidang media tersebut diadakan di Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di Putrajaya.
Dalam sidang media tersebut, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran mewakili sekretariat itu mempertikai dapatan kajian "mahasiswa lapar" oleh sebuah NGO, Pertubuhan Kebajikan Muslim Malaysia (MVM) yang menyimpulkan bahawa 75 peratus mahasiswa di universiti 'kelaparan'.
Laporan ini dianggap oleh sekretariat ini sebagai keterlaluan dan mempunyai niat tersembunyi.
Bagi PKPIM, isu sebenar adalah bebanan hidup mahasiswa.
Dengan keadaan kegawatan ekonomi negara, dan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), sudah semestinya memberi kesan kepada rakyat.
Dalam konteks mahasiswa pula, GST menatijahkan kenaikan harga yuran di universiti.
Pada masa yang sama, pada saat mahasiswa terbeban dengan kenaikan kadar yuran, jumlah pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pula diturunkan.
(Rujuk Pekeliling PTPTN Bilangan 1 2014 – Penurunan Jumlah Pembiayaan Pendidikan) .
Sudahlah harga yuran naik, jumlah pinjaman PTPTN pula dipotong.
Sindrom penafian
Terlepas daripada membahaskan isu kebolehpercayaan laporan oleh MVM itu, PKPIM menggesa para pentadbir di universiti untuk berhenti menafikan isu sebenar yang menghambat para mahasiswa di universiti iaitu beban hidup mahasiswa yang semakin menekan.
Sudah sampai masanya pentadbir universiti dan juga Kementerian Pendidikan Tinggi sendiri hadapi isu sebenar.
Cukuplah berdolak-dalih daripada isu sebenar kerana 'sindrom penafian' yang ditunjukkan oleh para pentadbir universiti seperti ini tidak akan menyelesaikan masalah.
Ini bukan kali pertama aduan bebanan hidup mahasiswa diutarakan.
Berkali-kali aduan dihadapkan kepada pihak berwajib, tetapi jawapan yang diterima setiap kali adalah hampa kerana mereka terus-menerus mengelak daripada isu sebenar.
Sebagai contoh dalam pengalaman kami tahun lalu, PKPIM pernah mengeluarkan kenyataan media bertarikh 30 Mac 2015 bertajuk “Nasib Pelajar dan Mahasiswa Selepas Pelaksanaan GST: Kementerian Pendidikan Wajar Beri Penjelasan”.
Berikutan itu, aduan kami itu telah dijawab secara negatif oleh pengerusi Jawatankuasa Naib Canselor dan Rektor (JKNC/R) IPTA, Brig Jen Datuk Prof Dr Kamarudin Hussin.

'Berapa lama boleh hidup dengan RM30,000?, tanya Khalid'

Khalid Atan
SHAH ALAM - Kebanyakan pekerja hanya akan memperoleh RM55,000 daripada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja menjelang umur persaraan masing-masing.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja (MTUC), Khalid Atan berkata, ia disebabkan perolehan kadar penggajian yang rendah.
"‎Kemelut ekonomi yang melanda dunia awal tahun ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada mereka yang berpendapatan rendah.
"Mereka yang paling teruk terjejas adalah golongan miskin tegar di kawasan luar bandar dan golongan miskin di banda‎r," katanya yang menjadi panel pada Wacana Sinar Harian ke-37 bertajuk Derita Orang Bandar: Punca dan Penyelesaian, di sini, hari ini.
Menurut pendapatnya lagi, ia merupakan jumlah caruman yang rendah memandangkan kos sara hidup agak tinggi pada masa kini.
"Ini kerana individu yang memperolehRM 55,000 pada umur persaraan hanya dapat menggunakan RM30,000 apabila ditolak tolak susut nilai.
"Apa boleh beli dengan RM30,000? Berapa hari boleh hidup dengan RM30,000?," katanya.

Gaji bawah RM3,000: Kerajaan harus lebih praktikal

Gaji bawah RM3,000: Kerajaan harus lebih praktikal
SHAH ALAM - Kerajaan harus lebih praktikal dalam memberi gaji kepada pekerja, ini kerana menurut Presiden Kongres Kesatuan Pekerja (MTUC), Khalid Atan, Malaysia adalah negara yang memberikan gaji pekerja paling rendah.
"Negara kita mempunya 14.2 juta hingga 15 juta jumlah pekerja dan 42 peratus daripadanya adalah mereka yang bergaji kurang daripada RM3,000.
"Bank Dunia membuat kajian dan mendapati keputusan anjakan gaji negara dalam masa 10 tahun hingga 15 tahun. Keputusannya hanya 2.6 peratus, (yang mana ia sangat rendah) sedangkan produktiviti 6.2 peratus," katanya dalam Wacana Siri 37: Derita Orang Bandar: Punca dan Penyelesaian di Kumpulan Media Karangkraf, di sini, hari ini‎.
‎Kemelut ekonomi yang melanda dunia awal tahun ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada mereka yang berpendapatan rendah.
Mereka yang paling teruk terjejas adalah golongan miskin tegar di kawasan luar bandar dan golongan miskin di banda‎r.
Menurut Khalid lagi, masalah miskin bandar bukanlah suatu fenomena baharu dalam negara.
"Kita sudah banyak kali cakap. Perkara ini sudah diketengahkan pada tahun 2012.
"Kita tengok kita punya gaji, (negara) kita adalah yang terendah sedangkan kadar produktiviti kita cukup tinggi‎. Itu pun majikan kata produktiviti kita tak cukup tinggi," katanya lagi.

Pembangkang menang kerana perjuang garis kemiskinan

Pembangkang menang kerana perjuang garis kemiskinan
SHAH ALAM –  Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mendakwa PR memperolehi 67 peratus undi popular di Kuala Lumpur pada PRU13 lalu disebabkan pengundi tertarik dengan perjuangan garis kemiskinan bandar pada kadar RM4,000 sebulan.
Beliau berkata, garis kemiskinan sedia ada yang digariskan kerajaan jauh ketinggalan daripada kos sara hidup semasa khususnya di bandar.
"Datuk Seri Anwar Ibrahim (bekas Ketua Pembangkang) pada 2014 membawa angka ini (RM4,000) dan hari ini Alhamdulillah kita boleh bincangkan dalam satu sidang perdana. Kita menang di Kuala Lumpur mungkin kerana kos sara hidup yang meningkat, maka mereka tentu merasakan harus ada suara yang jelas bagi melahirkan kebimbangan mereka.
"Kita mahu cari cara-cara untuk menyelesaikan masalah kos hidup semakin meningkat disegerakan," katanya pada Wacana Sinar Harian ke-37 bertajuk Derita Orang Bandar: Punca dan Penyelesaian, di sini, hari ini.
Wacana Sinar ke-37 ini turut menampilkan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun; Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Malaysia (MTUC), Khalid Atan dan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.
Dalam pada itu, Nurul Izzah juga berkata, kerajaan perlu memastikan pendapatan rakyat khususnya di bandar tidak jauh ketinggalan dengan kos sara hidup semasa.
"Pada tahun 80-an, hanya 18 peratus warga Malaysia duduk di bandar, sekarang sudah 70 peratus dan menjelang 2025 pula kita ada 89 peratus.
"Kita juga kena pastikan perbelanjaan kolektif melalui dasar kerajaan dapat dikurangkan," katanya lagi.

Pascal bawa kes pembunuhan bapa ke PBB


Pascal Najadi, anak pengasas Ambank yang ditembak mati, Hussain Najadi akan membawa kes pembunuhan bapanya ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selepas hilang kepercayaan terhadap sistem undang-undang Malaysia.
"Peguam kami di Kuala Lumpur, Malaysia, Gobind Singh Deo, telah menasihatkan bahawa adalah sia-sia untuk melalui mahkamah bagi mendapatkan siasatan yang betul oleh Jabatan Peguam Negara dalam pembunuhan Hussain Najadi.
"Oleh itu, kami telah membuat keputusan bersama-sama dengan peguam antarabangsa jenayah Nick Kaufman untuk membawa kes ini ke PBB di Geneva, Switzerland," kata Pascal dalam satu kenyataan hari ini.
Nick Kaufman adalah peguam jenayah antarabangsa dan bekas pendakwa di Tribunal Jenayah Antarabangsa bagi bekas Yugoslavia di Mahkamah Jenayah Antarabangsa di The Hague.
Pascal mendakwa ada yang diselindungi dalam kes pembunuhan bapanya.
"Semua petanda yang kami terima setakat ini dari Malaysia menunjukkan ada alasan kukuh untuk mempercayai bahawa terdapat campur tangan kerajaan bagi menutup kes ini,” katanya.
Menurut Pascal, Pejabat Peguam Negara dan polis cuba menutup kes selepas dua tahun Interpol mengeluarkan notis merah ke atas dalang yang dikatakan terbabit itu.
Katanya lagi, polis yang berjaya menahan lelaki yang disyaki itu, Lim Yuen Soo juga enggan berkongsi maklumat dan soal siasat dijalankan tanpa kehadiran Gobind Singh, peguam Malaysia yang mewakili keluarganya itu.
Hussain, 76, meninggal dunia, manakala isterinya cedera parah selepas mereka ditembak ketika muncul dari Tokong Kuan Yin di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur pada 29 Julai 2013.

Pekerja asing, gaji minimum antara faktor miskin bandar

Ahli panel yang menghadiri forum anjuran Karangkraf di Shah Alam hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 18 Januari 2016.
Ahli panel forum bertajuk "Derita Orang Bandar: Punca dan Penyelesaian" anjuran syarikat penerbitan Karangkraf hari ini sepakat, kemasukan pekerja asing, gaji minimum, dan sikap individu itu sendiri menjadi faktor mereka terpaksa menderita jika menetap di bandar. Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, rakyat hari ini tidak dididik untuk meningkatkan mentaliti mereka, sebaliknya lebih gemar membudayakan "tidak kisah" dalam kehidupan mereka.
"Contoh bajet yang lepas macam-macam dibuat kerajaan, contohnya hospital dan sebagainya. Tapi kesedaran untuk rakyat kurangkan sakit tidak ada.

‘Software’ itu tidak ada, 'hardware' itu ada. Paling kurang kita diajar tingkatkan mentaliti," katanya di Shah Alam petang tadi. Nadzim (gambar, kanan) berkata, walaupun pekerja menerima pendapatan sehingga RM5,000 atau RM10,000 sebulan sekalipun, ia tidak akan pernah mencukupi.
"Kalau hari ini gaji kita RM5,000, RM10,000 pun tidak cukup. Bagaimana kita nak betulkan mentaliti pekerja kita?
"Bila saya sebelahi pengguna, kerajaan marah, bila saya sebelah kerajaan pengguna marah. Tapi kita semua ini pengguna. Kita mewujudkan masyarakat tak kisah, kita kena seiringan," katanya.

Sementara itu, seorang lagi ahli panel, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Khalid Atan (gambar, kiri) berkata, lambakan pekerja asing di dalam negara mengakibatkan tekanan pendapatan susulan gaji yang diberikan majikan kepada mereka begitu rendah. "Lambakan pekerja asing menimbulkan penekaanan gaji kerana gaji pekerja asing murah dan mereka kerja 18 jam sehari serta mudah dieksploit.
"Jangan ikut (saranan) Datuk Ahmad Maslan, 2 kerja. Mati kita. Orang yang kerja 3 syif akan alami kelesuan, cepat marah. Suruh buat 2 kerja, gaji RM1,000. Itu pun tak cukup!" katanya pada forum berkenaan.
Timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri, Ahmad, sebelum ini menyarankan rakyat melakukan lebih daripada satu kerja bagi menampung peningkatan kos sara hidup.

Harga minyak jatuh ke bawah USD30 setong. Anda tahu apa kesan kepada Malaysia?

Harga minyak jatuh ke bawah USD30 setong. Anda tahu apa kesan kepada Malaysia?
KUALA LUMPUR: Belenggu harga minyak mentah dunia berterusan apabila harga komoditi itu pertama kali jatuh ke paras USD29 setong Jumaat lalu.

Kemasukan Iran ke dalam pasaran global menyaksikan susutan komoditi itu ke paras terendah dalam tempoh 13 tahun.

Harga minyak mentah Brent kemudian susut ke USD28 dolar setong pada Sabtu susulan pemansuhan sekatan ekonomi ke atas Iran oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

Iran yang mempunyai simpanan gas asli terbesar dunia dan simpanan minyak mentah keempat terbesar dunia, dijangka akan menambah kira-kira 100 ribu tong minyak sehari dalam masa sebulan serta 400 ribu tong dalam 6 bulan akan datang.

Apa maknanya kepada Malaysia?

Negara diunjur kehilangan RM300 juta bagi setiap USD1 kejatuhan harga minyak.- Foto freeimages.com
Negara diunjur kehilangan RM300 juta bagi setiap USD1 kejatuhan harga minyak. - Foto freeimages.com


Bagi Malaysia, kerajaan melapor akan kehilangan sehingga RM300 juta pendapatan bagi setiap USD1 kejatuhan harga minyak di peringkat global.

Bagaimanapun pakar yang dihubungi Astro AWANI, Datuk Dr John Antony Xavier yakin kerajaan masih mampu menepati janji untuk tidak memotong perbelanjaan pembangunan walaupun berdepan susutan harga yang berterusan ini.
Kehilangan dana ini perlu diimbangkan semula dengan mengurangkan bajet pembangunan atau bajet operasi.
“Kehilangan dana ini perlu diimbangkan semula sama ada dengan mengurangkan bajet pembangunan atau bajet operasi.

Kerajaan akan memotong beberapa geran yang akan diberikan kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC), jadi beberapa projek infrastruktur mungkin diketepikan terlebih dahulu buat masa sekarang,” kata beliau.

APA DAH JADI dgn Menteri Agama, Mufti, Ularmak2 UMNO..??!!

APA GUNA Najib Razak lantik sejumlah '9 Penasihat' utk menasihati beliau ??

Makan gaji buta ka ??... KAMU berkerja utk cari redha Allah atau cari REDHA UMNO !!!

Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda;

"Bahawasanya Allah SWT tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, ORANG RAMAI AKAN MEMILIH ORANG-ORANG YANG JAHIL SEBAGAI PEMIMPIN MEREKA. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain." -(H.R. Muslim)

SPRM nafi terdapat 37 dakwaan ke atas Najib

 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan terdapat 37 syor dakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung dengan siasatan ke atas SRC International.
“SPRM ingin menjelaskan bahawa laporan portal berita Sarawak Report hari ini, yang mengatakan kononnya terdapat 37 syor dakwaan berasingan telah dikemukakan oleh SPRM terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melibatkan kes SRC International, adalah tidak benar,” kata suruhanjaya itu dalam satu kenyataan media hari ini.
Dalam perkembangan berkaitan, SPRM juga mengesahkan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah mengembalikan berhubung kes SRC International dan dana RM2.6 bilion yang didakwa disalurkan ke akaun Najib.
“SPRM mengambil maklum arahan daripada Jabatan Peguam Negara yang memerlukan penjelasan lanjut mengenai beberapa cadangan dan tindakan yang dikemukakan oleh SPRM sebelum ini.
“Respons SPRM kepada permintaan Jabatan Peguam Negara akan dikemukakan dalam waktu terdekat,” katanya.

PRN: PKR Pertahan Satu Lawan Satu

PRN: PKR Kerja Keras Rebut Kerusi

PAS Kelantan kecewa PKR hadiri program Amanah

Pimpinan PKR hadir program Amanah ibarat sanggah Pas - Takiyuddin Hassan

Takiyuddin Hassan KOTA BHARU - Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang‎ menghadiri program anjuran Parti Amanah Negara (Amanah) di Kelantan dianggap menyanggah kepentingan Pas.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, PKR adalah rakan politik (tahaluf siyasi) kepada Pas dan Kelantan adalah negeri yang diperintah Pas  manakala program anjuran Amanah adalah untuk menghentam Pas.   
"Jadi mana-mana pimpinan PKR yang hadir dalam program anjuran Amanah jadi ia dianggap satu tindakan yang menyanggah kepentingan Pas," katanya kepada  pemberita di sini hari ini.   
Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dilaporkan berkata pemimpin PKR‎ sebelum ini membuat perakuan untuk bersama Pas Kelantan namun akuan itu tidak dipenuhi apabila ada pemimpin PKR menghadiri beberapa majlis anjuran Amanah.    
Ditanya mengenai kehadiran pemimpin PKR dalam program anjuran Amanah di negeri lain, Takiyuddin berkata isu itu hanya relevan bagi negeri Kelantan yang diperintah Pas.

Surat terbuka ibu runsing buat Kementerian Pendidikan


"There are many little ways to enlarge your child's world. Love of books is the best of all.”
- Jacqueline Kennedy
Jika tuan puan punya anak-anak sendiri, buku-buku bagaimanakah yang akan diberi kepada mereka?
Ketika saya menulis surat ini, saya baru mendapat perkhabaran luar biasa daripada seorang sahabat sukarelawan yang melawat sekolah persendirian Tunas Perwira dia Tawau.
Sekolah untuk anak-anak pekerja ini biarpun cukup sederhana, tanpa dinding dan berlantaikan tanah punya keinginan untuk memberikan terbaik untuk semua.
Oleh kerana itu, tidak menghairankan bagaimana kita boleh mendapati silibus sastera mereka untuk tingkatan 1 hingga 3, punya analisis lengkap puisi-puisi indah klasik Chairil Anwar yang membicarakan tentang pencarian diri dan ketuhanan.
Apa nasib sastera kita?
Adakah tuan puan yang bekerja di pejabat agam berhawa dingin bertingkat-tingkat boleh menjawab bagaimana sebuah naskhah dengan fantasi cinta dan adegan senggama yang jelas boleh melepasi penilaian sistem pendidikan kita?
Perlu diingatkan bahawa surat ini bukan peperangan antara karya sastera dan pop kerana kita mengetahui bahawa tidak semua karya sastera sesuai untuk anak-anak dan begitu juga sebaliknya.
Kita sendiri dapat melihat bagaimana karya-karya pop Barat yang datang daripada dunia yang dikatakan bebas dan liberal melahirkan karya-karya sai-fai bertih jagung seperti Hunger Games dan The Maze Runner yang bukan sahaja membawa isu-isu tentang penentangan terhadap sistem yang bobrok malah keazaman dan perjuangan.

Nilai-nilai yang kita mahu dibawa oleh anak-anak muda. Tetapi bagaimana dengan buku-buku pop kita?
Cinta fantasi aksi panas
Apa yang tidak disedari oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, apabila mereka menghalalkan kisah-kisah cinta fantasi malah dengan aksi-aksi panas masuk ke dalam sukatan pelajaran, mereka telah memberi tanda aras serendah-rendahnya seperti yang telah pun ditandakan oleh filem-filem dan televisyen tempatan.

PKR akan bincang ‘tahaluf siyasi’ bersama PAS di belakang tadbir

Setiausaha agung PKR Rafizi Ramli berkata, tidak mahu berpecah dengan PAS kerana penyatuan parti pembangkang merupakan senjata yang boleh mengalahkan Barisan Nasional. – Gambar fail The Malaysian Insider, 18 Januari, 2016. 
PKR akan mengambil berbincang di belakang tadbir bersama PAS susulan daripada kenyataan parti Islam itu akan memutuskan tahaluf siyasi sekiranya parti itu menjadi pengkhianat seperti DAP.
Setiausaha agung PKR Rafizi Ramli berkata, parti itu sedia maklum akan kenyataan dibuat PAS dan perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat biro politik.
"Saya baca dan sedia maklum mengenai perkara itu dan akan dibincangkan di peringkat parti," katanya pada sidang media Pakatan Harapan di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur hari ini.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, pendirian PKR daripada dahulu tidak mahu berpecah dengan PAS kerana penyatuan parti pembangkang merupakan senjata yang boleh mengalahkan Barisan Nasional (BN). "Lepas kita berbincang dalam biro politik maka perkara ini akan dibincangkan di belakang tadbir bersama parti PAS," katanya.
Semalam, ketua dewan ulama PAS Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, parti itu bersedia memutuskan kerjasama politiknya dengan PKR, jika parti itu melakukan sabotaj bersama DAP di kawasan yang didominasi mereka.

PKR tawar calon terbaik lawan populariti Adenan Satem, kata Nurul Izzah

Nurul Izzah Anwar berkata PKR mesti bekerja keras untuk menentang Barisan Nasional di Sarawak. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 18 Januari, 2016.
Pakatan pembangkang akan tetap menawarkan calon terbaik mereka dalam pilihan raya negeri Sarawak meskipun mengakui sukar untuk mereka menafikan populariti ketua menterinya, Tan Sri Adenan Satem. Naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata, Pakatan Harapan akan bekerja keras untuk menentang Barisan Nasional (BN) di negeri itu walaupun populariti parti itu begitu baik di Sarawak.
"Kajian menunjukkan Adenan mempunyai 76% populariti, kita harus kerja keras. Tawarkan calon terbaik lahirkan suara warga Sarawak.

"Tapi kita pragmatis mengetahui Adenan faktor utama BN lebih baik di Sarawak," katanya, yang juga ahli Parlimen Lembah Pantai selepas mengahadiri forum "Derita Orang Bandar: Punca dan Penyelesaian" anjuran syarikat penerbitan Karangkraf di Shah Alam. Selain itu, Nurul Izzah berkata PKR juga percaya dan berpegang kepada prinsip "1 lawan 1" dalam pilihan raya berkenaan, walaupun PAS sebelum ini dilaporkan berkata akan tetap bertanding di kerusi yang diwakili pakatan pembangkang.
"Kita sebagai parti yang menyedari hanya 1 cara nak lawan BN. 1 lawan 1. Kita teruskan dengan prinsip itu," katanya.

Mahathir: K'jaan bermasalah jika belanja luar kemampuan

Dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentangkan semakan semula Bajet 2016 di Parlimen minggu depan, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran bahawa kerajaan akan menghadapi masalah jika terus berbelanja di luar kemampuan.
 "Jika kita kekurangan wang, hidup ikut kemampuan. Jika kita hidup di luar kemampuan, kita akan hadapi masalah," kata Dr Mahathir pada satu sidang akhbar di Pusat Kecemerlangan Proton di Subang Jaya hari ini.
Mahathir berkata demikian ketika diasak apa yang beliau lakukan jika dirinya masih menjadi perdana menteri hari ini, memandangkan keadaan ekonomi semasa yang mencabar.
Menjawab soalan apa yang beliau lakukan jika masih menjadi perdana menteri, Dr Mahathir berkata: "Saya telah jawab soalan ini. Jika saya perdana menteri sekarang, saya akan letak jawatan."
"Terdapat banyak perkara yang perlu dilakukan sekarang tetapi ia bergantung kepada banyak perkara," kata Dr Mahathir yang juga pengerusi Proton.
Terdahulu, beliau menyaksikan pelancaran pertama rangkaian terbaru enjin Proton melalui sidang video secara langsung dari pusat kemudahan ujian di England.

Blog pro UMNO mohon ampun pada TMJ, JDT

Artikel bertajuk JDT Bakal Disaman Nike telah disalah tafsir dan menimbulkan kurang senang TMJ dan peminat pasukan itu
mkmu,tmj
PETALING JAYA: Selepas beberapa jam menyiarkan artikel bertajuk `JDT Bakal Disaman Nike’, akhirnya blog pro UMNO, MYKMU.NET membuat permohonan maaf kepada pemilik kelab bola sepak Johor Darul Takzim (TMJ), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.
Menurut blog itu, artikel yang disiarkan bertujuan menyatakan kemungkinan berlaku konflik perundangan hak cipta berikutan ada elemen tertentu menyamai klip video lama Nike.
Bagaimanapun, mereka difahamkan artikel berkenaan telah disalah tafsir seolah-olah menuduh JDT menciplak klip video Nike hingga menimbulkan tanggapan bahawa JDT dan TMJ telah disaman oleh syarikat jenama pakaian sukan terkenal itu.
Di akhir permohonan maaf tersebut, pihak editorial MYKMU.NET berharap agar pasukan JDT terus berkembang dalam arena bola sepak negara dan antarabangsa.
“Sekali lagi pihak editorial MYKMU.NET merafak sembah memohon ampun kepada DYMM Tunku Mahkota Johor atas kontroversi ini,” tulis blog itu.

Alasan pelombong bauksit larikan diri: MP Kuantan bidas MB Pahang


Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh membidas Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yang memberi alasan pihak berkuasa negeri tidak dapat menahan pelombong haram kerana mereka akan "melarikan diri" semasa serbuan.
Beliau sebaliknya mencadangkan kerajaan negeri memberhentikan perlombongan bauksit selama-lamanya jika tidak mampu menangkap pelombong haram.
"Seluruh Pejabat Tanah dan Galian negeri tidak dapat mengawal (perlombongan bauksit haram) dan terlibat dalam skandal rasuah yang serius.
"Ini adalah petunjuk jelas bahawa kita tidak boleh membenarkan perlombongan diteruskan selepas moratorium tamat.
"Kerajaan negeri Pahang gagal mengawal industri perlombongan sebelum dan tidak akan dapat berbuat demikian selepas ini," katanya kepada Malaysiakini.
Satu moratorium tiga bulan dikuatkuasakan ke atas aktiviti bauksit yang dirundingkan oleh kerajaan persekutuan dikuatkuasakan sejak 16 Januari lalu berikut pencemaran meluas akibat perlombongan yang tidak terkawal itu.
Kerja-kerja pembersihan besar-besaran kemudiannya bermula dan pengeksport diarahkan untuk menempatkan semula stok simpanan bauksit jauh daripada sumber laut dan air yang telah tercemar.
Dalam temu bual dengan akhbar New Straits Times yang diterbitkan hari ini, Adnan berkata, beliau tidak mempunyai jawapan pasti tentang berurusan dengan pelombong haram.
"Apabila NST soal saya, apa yang saya akan lakukan dengan pelombong haram, saya tidak mempunyai jawapan pasti kerana berdasarkan undang-undang dan amalan semasa, jika perlombongan haram dilakukan di atas tanah persendirian, maka kita boleh mengambil tindakan mengikut Kanun Tanah Negara 1965.
"Jika perlombongan haram dilakukan di atas tanah kerajaan, kita boleh serbu kawasan itu, tetapi hampir setiap kali apabila kita menyerbunya, mereka akan melarikan diri. Apa yang kita boleh buat adalah merampas jentera mereka," katanya.

PKR bincang isu Pakatan di belakang tabir


Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata, parti itu akan mengadakan perbincangan di belakang tabir dengan PAS mengenai isu kehadiran pemimpin dalam program Parti Amanah Negara (AMANAH).
“Saya sedia maklum dan perkara itu akan dibincangkan pada peringkat parti.
“Insya-Allah selepas berbincang dengan biro politik, perkara ini akan dibincangkan di belakang tabir dan juga dengan PAS,” katanya kepada pemberita di Ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur hari ini.
Rafizi bagaimanapun tidak menyatakan bilakah pertemuan tersebut akan diadakan.
Semalam PAS Kelantan menyatakan 'kekesalan' mereka dengan tindakan pimpinan PKR menghadiri program anjuran AMANAH di negeri itu.
Justeru PAS Kelantan menulis surat kepada Rafizi meminta ia tidak diteruskan "demi kebaikan bersama".
Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata tindakan seperti itu boleh menimbulkan ketidakselesaan dalam hubungan politik antara PAS dan PKR di negeri tersebut.
Rafizi semalam turut berkata, parti itu memahami rasa kurang senang PAS dan isu berkenaan akan dibincangkan dalam mesyuarat biro politik parti berkenaan Selasa ini.
Rafizi bagaimanapun berkata, dia tidak tahu siapa pemimpin PKR yang menghadiri program AMANAH di Kelantan seperti dimaksudkan Che Abdullah.
"Adalah normal untuk pemimpin PKR menghadiri majlis seperti ceramah dianjurkan rakan pembangkang," katanya.
PAS - setakat ini - masih meneruskan gabungan politik dengan PKR namun memutuskan hubungan dengan DAP serta AMANAH. Pada masa sama PKR turut membentuk gagasan pembangkang di bawah Pakatan Harapan bersama DAP dan AMANAH.

Pakatan Harapan janji dasar lebih radikal


Pakatan Harapan akan menambah baik dasar-dasar bersama gabungan itu ke arah lebih radikal bagi menangani isu berkaitan rakyat, terutamanya bangsa Melayu yang sebelum ini didakwa dimanipulasi BN.
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata antara isu dan dasar yang akan diberikan perhatian adalah kebajikan, ekonomi dan pendidikan rakyat di negara ini.
“Pengundi dan rakyat Malaysia tahu objektif selepas kita kupas isu-isu dengan mendalam, berani dan radikal,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di ibu pejabat DAP di ibu negara hari ini.
“Ia memberi satu wawasan yang jelas kepada rakyat Malaysia bagi memilih Pakatan Harapan bagi melihat Malaysia yang lebih baik dari apa yang kita ada sekarang.”
Rafizi berkata, walaupun terdapat perkara yang dikhususkan kepada orang Melayu, pihaknya akan tetap memberikan perhatian kepada bangsa lain.
“Kita bercakap dalam kerangka untuk semua rakyat Malaysia tetapi ada perkara-perkara khusus yang kita perlu bercakap (kepada orang Melayu).
“Kita perlu hakikat yang cara komunikasi dan mesej kepada pengundi Melayu mesti buat penambahbaikkan,” katanya.
Rafizi bagaimanapun tidak menjelaskan secara jelas bentuk radikal yang akan dibuat ke atas dasar-dasar tersebut.

Sekretariat Pakatan Harapan umumkan Dasar Bersama dilancarkan bulan Julai

Anwar Ibrahim: Kita Buktikan Malaysia Boleh Dipimpin Oleh Orang-Orang Yang Tidak Rasuah & Zalim

Dr Mahatir ingatkan Najib jangan terlalu boros

AG kembalikan kertas siasatan skandal RM2.6b, SRC kepada SPRM

Kertas siasatan dua kes yang melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah dikembalikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan lanjut, kata Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, hari ini.
Kedua-dua kes itu adalah siasatan RM2.6 bilion yang dimasukan ke akaun bank peribadi Najib dan RM42 juta yang didakwa disalurkan kepada Najib, melalui bekas anak syarikat 1MDB, SRC International.
“Setelah meneliti keseluruhan keterangan di dalam kertas-kertas siasatan tersebut, Jabatan ini telah pada hari ini mengembalikan kertas-kertas siasatan tersebut untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak SPRM mengenai beberapa cadangan dan tindakan yang disyorkan oleh pihak SPRM.
“Jabatan ini juga telah mengarahkan agar kertas-kertas siasatan tersebut dikembalikan dalam masa terdekat,” kata Apandi pada satu kenyataan media hari ini.
Kertas siasatan berkenaan dikemukakan oleh SPRM pada 31 Dis, 2015.
Antara lain, SPRM sebelum ini juga merakamkan kenyataan pengarah SRC International dan dan Najib.
SPRM sebelum ini berkata siasatan awal menunjukkan dana RM2.6 bilion itu adalah sumbangan politik.
Najib berkata ia adalah daripada lebih satu sumber tetapi enggan mendedahkan penyumbang berkenaan dan pecahan jumlah derma berkenaan.
Beliau juga menafikan sebarang salah laku.

Mengapa curiga dengan bukan Melayu?

Oleh Abdul Azim Roslan

Walaupun Malaysia sering kali dicanangkan sebagai negara mempunyai masyarakat majmuk yang

harmoni, tetapi hakikatnya itu hanyalah gambaran luaran yang tampak indah. Hubungan antara kaum di Malaysia sebenarnya sangat rapuh. Dalam kebanyakan hal, mereka hanya berinteraksi jika hanya ada keperluan.

Contohnya mereka hanya berinteraksi dalam urusan melibatkan pekerjaan, pembelajaran dan juga apabila melibatkan urus niaga. Tidak bersetuju? Cuba kita mengambil sedikit masa untuk duduk memerhatikan semula interaksi antara kaum di Malaysia, secara jujurnya kita akan terpaksa untuk bersetuju dengan fakta ini.

Masalah ini timbul kerana wujud perasaan saling tidak percaya di antara mereka walaupun ia tidak dizahirkan. Saudara Ooi Kok Hin sudah menulis menurut persepsi masyarakat bukan Melayu, maka makalah ini akan cuba mengulas isu ini menurut persepsi masyarakat Melayu.

Bahasa dan sekolah kebangsaan

   Selepas beberapa generasi masyarakat bukan Melayu menetap dan menjadi warganegara Malaysia, mereka masih gagal menguasai bahasa kebangsaan dengan baik. Walaupun tidak dinafikan terdapat sebahagian begitu fasih bertutur bahasa kebangsaan, tetapi majoriti masih gagal menguasai bahasa kebangsaan dengan baik.

Jika dibandingkan dengan warga asing yang baru menetap di Malaysia, tidak sampai setahun mereka sudah mampu menuturkan bahasa kebangsaan dengan baik, bahkan ada di kalangan yang mampu menuturkan bahasa kebangsaan jauh lebih baik daripada orang bukan Melayu yang lahir dan membesar di Malaysia.

Kegagalan menguasai perkara asas seperti ini mendorong orang Melayu mempersoalkan keseriusan bukan Melayu mendukung bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi negara.

Orang Melayu tidak dapat memahami mengapa perlu wujudnya Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK)? Mereka beranggapan, jika orang bukan Melayu serius dengan jati diri sebagai warganegara Malaysia, mengapa perlu mengasingkan anak mereka belajar dalam sekolah lain?

Apakah orang bukan Melayu masih beranggapan mereka terikat dengan sentimen negara Tanah Besar China ataupun India. Soal kesetiaan terhadap negara menjadi tanda tanya. Orang Melayu merasakan, jika atas alasan mahu belajar bahasa ibunda, boleh sahaja sekolah kebangsaan menawarkan subjek bahasa Cina atau Tamil. Apa rasional SJK perlu diwujudkan serta dipertahankan?

Jaringan kaum

Dalam soal perniagaan dan peluang pekerjaan, terdapat unsur diskriminasi terhadap pekerja dan peniaga Melayu. Jika diamati dalam laman-laman carian kerja, banyak pengiklanannya memerlukan penguasaan bahasa Mandarin sebagai syarat kelayakan memohon sesuatu jawatan.

Jika jawatan itu memerlukan komunikasi dengan syarikat dari China atau Taiwan, itu difahami kerana mempunyai konteks. Tetapi kebanyakan daripadanya hanyalah syarikat yang beroperasi dalam lingkungan Malaysia sahaja. Barangkali iklan seperti itu wajar diiklankan dalam bahasa Mandarin agar yang membacanya terdiri daripada mereka yang mampu bertutur dalam bahasa Mandarin!

Dalam soal jaringan perniagaan, orang Melayu juga mengalami masalah. Jika peniaga Melayu ingin mendapatkan bekalan barangan tertentu daripada pembekal bukan Melayu, dalam sesetengah keadaan terdapat perbezaan harga ditawarkan kepada Melayu dan bukan Melayu.

Perbezaan harga ini menyebabkan peniaga Melayu terpaksa menjual barang dagangan mereka dengan harga lebih tinggi daripada peniaga bukan Melayu. Ini menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan orang Melayu kerana mereka merasakan wujud diskriminasi terhadap mereka.

Pembaratan bukan Melayu

Terdapat kebimbangan masyarakat bukan Melayu terhadap proses Islamisasi yang sedang berlaku di dalam masyarakat  Melayu. Mereka gusar dengan orang Melayu yang mula berfesyen  serban Arab, berjubah Arab dan cuba mengislamkan institusi kenegaraan.

"Fitnah orang suka-suka pakai nama Allah?", selar netizen


Laman Facebook Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan hari ini dihujani kritikan ramai netizen yang mengaitkan gejala fitnah dengan kecenderungan Ahli Parlimen Temerloh itu menggunakan nama Allah dalam status di media sosial itu pagi tadi.
Ditulis kira-kira jam 10 pagi, beliau menulis, “Saya mula langkah dan tindakan serta sikap yang saya ambil untuk memulakannya hari ini dengan Nama Allah swt. Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Ameen. Rahmaaaka Abghii Ya Ilaahi. Raadhian.”
Status yang dimuat naik Nasrudin di facebooknya mendapat kritikan.Walaupun status berkenaan meraih lebih 380 ‘likes’ setakat pukul 3 petang tadi, majoriti komentar daripada 74 komentar berbaur sindiran dan kecaman daripada pengguna Facebook.
Reaksi netizen terbabit dipercayai ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang mengarahkan Nasrudin membayar kos sebanyak RM10,000 kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng gara-gara artikel kontroversinya, 'Apa beza Kidex dan Penang tunnel?’ pada 6 Ogos 2014 lalu di Facebook beliau.
“Fitnah orang suka suka pakai nama Allah? Kaki jual agama,” kecam Chad Syazwan Phuii manakala Cikgu Jeril menulis,” Dah buat fitnah, lagi nak ‘backup’ diri guna nama Allah. Tak malu punya ustaz. Apa-apa pun tahniah.”
Sementara itu, Aliff Ashraff secara menyindir berkata, jika dirinya di tempat Nasrudin, beliau akan bersara dan melepaskan semua jawatan politik sebaliknya menjadi penjual kitab sepenuh masa.
“Ostad (Ustaz) betulkah ostad telah memfitnah LGE (Lim Guan Eng) dalam isu tender terbuka? Insaflah ostad. Jangan fitnah,” tegasnya lagi.
Bagi Azmawi Azizan, beliau mendoakan Parlimen Temerloh yang mempunya komposisi campuran akan bertukar Ahli Parlimen pada pilihan raya umum
ke-14 nanti.
Turut menyebut impak keputusan mahkamah tersebut ke atas kerjaya politik pemimpin Pas itu, Omar Shukri Hamzah yang meninggalkan komentar, “Lobilah geng Amno (Umno) cepat-cepat sikit bagi jawatan. Kot- kot PRU (pilihan raya umum) depan dah tak dapat jadi YB Ostad lagi. Apa punya orang agama lagu (macam) ni.”