Ahad, 17 Januari 2016

KU NAN PATUT DITANGKAP DAN DISIASAT

Entah di mana dan bagaimana maklumat diperolehinya, Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor tiba-tiba menyenaraikan beberapa kawasan panas di sekitar ibu negara yang didakwanya akan menjadi sasaran serangan pengganas.

Kawasan-kawasan  yang disebutnya ialah Bukit Bintang, Bangsar, Hartamas, pusat membeli belah Publika, Solaris serta juga Curve.
Bagaimanapun pihak polis kemudian meminta orangramai bertenang dan jangan mempercayai kenyataan yang menyenaraikan kawasan-kawasan tertentu sebagai tumpuan serangan pengganas.

Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar menulis di twitternya dengan meminta semua pihak berhenti membuat spekulasi tentang keadaan keselamatan bandaraya dan negara yang boleh merunsingkan rakyat.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Asmawati Ahmad pula berkata, pihak polis tidak pernah menyenaraikan secara khusus tempat-tempat tertentu yang kononnya menjadi sasaran pengganas.

Tambahnya, PDRM juga memandang berat kenyataan-kenyataan seperti itu kerana ia boleh menimbulkan kerunsingan serta ketakutan kepada masyarakat umum.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Tajuddin Md Isa turut menafikan dakwaan bahawa kawasan-kawasan tertentu di ibu negara menjadi sasaran serangan pengganas.

Tiada laporan daripada cawangan khas PDRM mengenai ancaman serangan itu, tegasnya.

Jangan guna ayat suci al-Quran hina Amanah - Ahmad Awang

Ahmad Awang
PASIR MAS - Parti Amanah Negara (Amanah) menempelak sesetengah golongan agama yang bertindak berani dengan menyalah gunakan ayat suci al-Quran untuk menghentam parti itu.
Penasihat Umum Amanah, Ahmad Awang berkata, golongan agama itu menggunakan petikan surah ar-Rahman ayat 26 bermaksud segala apa yang ada di alam dunia akan binasa dan terjemahan itu merujuk kepada pihaknya.
"Bila golongan agama (ustaz) menggunakan ayat itu, ini seolah-olah mempermain-mainkan al-Quran.
"Semua orang tahu itu satu dosa dan tidak perlu lagi saya huraikan, apatah lagi untuk menghina orang dengan gelaran yang tidak disukai," katanya.
Terdahulu sebelum itu, Ahmad menyampaikan ceramah umum dan isu-isu semasa di rumah Ir Ali Omar di Kampung Bendang Pauh, Chetok di sini.
Turut hadir Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub dan Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah serta beberapa lagi pemimpin.
Menurutnya, tindakan menggunakan ayat suci Al-quran untuk menghentam Amanah merupakan perkara yang jelas bercanggah dengan ajaran Islam.
Katanya, perkara itu ditegah oleh agama melalui hadis nabi serta ayat suci al-Quran.
Ahmad berkata, Amanah tetap meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan kepada parti berkenaan.
"Kita sentiasa mahu meningkatkan kefahaman agama dalam kalangan ahli Amanah.
"Sebab itulah kita wujudkan Nadwah Al-Ulamak Lil Nahdah Al-Jadidah (Nunji) yang dipelopori oleh 80 peratus golongan ulamak," katanya.
Beliau berkata, Nunji ini akan menggerakkan program-program ilmu ke seluruh negara dengan hasrat memperkasakan lagi Islam dalam kalangan pendokong Amanah.

Pas jalin kerjasama NGO hadapi PRU14


Pas akan jalin kerjasama dengan 50 NGO untuk hadapi pilihan raya akan datang.Pas akan jalin kerjasama dengan 50 NGO untuk hadapi pilihan raya akan datang.Pas memilih kuasa ketiga (third force) bagi membentuk kerjasama politik sebagai persiapan awal menghadapi Pilihan raya Umum (PRU) ke-14.
Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasruddin Hassan berkata kejayaan awal kerjasama tersebut dirintis melalui Kongres Rakyat, di mana berjaya menghimpunkan lebih 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
“Kita sebenarnya tidak bersendirian. Kita akan bentuk blok dengan kaedah kita sendiri. Kita dekati NGO yang berperanan sebagai kuasa ketiga.
“Kejayaan penganjuran Kongres Rakyat pada September tahun lepas akan diteruskan dengan perhimpunan aman membantah TPPA pada Sabtu ini.
“Perhimpunan itu digerakkan Pas dengan gemblingan lebih 200 NGO akan berhimpun di Dataran Merdeka bagi menyuarakan bantahan rakyat,” katanya sebagaimana dipetik  dalam media rasmi parti itu hari ini.
Program itu menghimpunkan lebih 1,500 petugas Pas dari seluruh Kelantan. Ia dirasmikan Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob. Hadir sama Naib Presiden Pas Ustaz Idris Ahmad dan Setiausaha Agung Datuk Takiyuddin Hassan.

Malaysia masih banyak peluang pekerjaan, kata menteri MCA

Datuk Seri Dr Wee Ka Siong meminta graduan bersifat lebih realistik dan pragmatik apabila ditawarkan dengan pekerjaan yang mempunyai gaji permulaan rendah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Januari, 2016. 
Datuk Seri Dr Wee Ka Siong meminta graduan bersifat lebih realistik dan pragmatik apabila ditawarkan dengan pekerjaan yang mempunyai gaji permulaan rendah. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong percaya  Malaysia masih mampu menawarkan peluang pekerjaan, meskipun ramai graduan baru merungut tentang ketiadaan pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan masing-masing. Beliau berkata, keyakinan itu berpaksikan selagi ekonomi negara berkembang antara 4 hingga 5%, peluang pekerjaan itu sentiasa ada malah, terdapat kira-kira 4 juta pekerja asing memiliki pekerjaan di negara ini, sehingga kini.
"Ada daripada mereka seperti warga Bangladesh sanggup membuka perniagaan mencuci kereta atau melakukan pekerjaan di tapak pembinaan semata-mata untuk terus hidup dan kita sebagai rakyat Malaysia, kenapa tidak boleh mengikuti jejak itu?

"Bagi saya, tiada alasan untuk rakyat tempatan tidak mampu memperoleh kejayaan apatah lagi kita ini memang rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Siswazah dan Kerjaya Johor yang ke-3, di Johor Baru hari ini. Justeru, beliau meminta graduan agar bersifat lebih realistik dan pragmatik apabila ditawarkan dengan pekerjaan yang mempunyai gaji permulaan rendah.

GST: Jangan marahkan saya harga barang tidak turun kata Ahmad Maslan

Selepas pelaksanaan GST pada 1 April 2015, Ahmad dikecam hebat apabila harga barang diwar-warkan beliau akan turun harga tidak berlaku.
Pengguna tidak wajar menyalahkan Datuk Ahmad Maslan apabila harga barang tidak turun kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu.
Kata Ahmad, harga sesetengah barangan sepatutnya turun apabila Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 10 peratus dimansuhkan dan digantikan dengan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebanyak 6 peratus.
Selain itu kata Ahmad, harga barangan yang sebelum ini dikenakan SST dan kemudiannya dikecualikan GST juga sepatutnya mengalami penurunan harga.
“Ada harga cukai yang 5 peratus contohnya semua buah-buahan import dulu dikenakan cukai 5 peratus. Dengan GST semua buah-buahan tidak ada cukai.
“Pada ketika saya menyatakan GST boleh menurunkan harga barang, itu contohnya. Pada ketika itu buah-buahan import patut turun harga sebagaimana pembuat kereta mengumumkan penuruhan harga kereta bermula 1 April GST dimulakan kerana SST untuk kereta 10 peratus telah dibuang, masuk 6 peratus GST.

Tindakan Tun Dr Mahathir Selepas Bersara

Tun Dr Mahathir Mohammad bersara daripada jawatan Perdana Menteri pada 31 Oktober 2003 untuk memberi laluan kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi. Meskipun telah bersara, beliau pada masa itu, masih juga memberi pandangan, apa yang seharusnya boleh dilakukan dan apa yang tidak, kepada penggantinya. Masa itu, ramai yang beranggapan, bahawa Malaysia cukup beruntung kerana seorang negarawan yang telah bersara, masih juga perihatin kepada negara.
Tun Dr Mahathir sebelum dilantik ke jawatan Perdana Menteri, beliau telah menjadi perhatian rakyat apabila menulis buku Dilemma Melayu (The Malay Dilemma) serta tindakan beliau mendesak Tunku Abdul Rahman meletakkan jawatan, kerana mendakwa bahawa Perdana Menteri pertama itu lebih condong kepada kaum cina berbanding kaum melayu. Kenyataan beliau itu, telah mengakibatkan beliau turut kalah dalam pilihanraya, kerana pengundi cina tidak mengudi calon parti perikatan bagi parlimen Alor Setar di mana calonnya adalah beliau sendiri.
Tindakan Tun Dr Mahathir menulis buku Dilemma Melayu, bagaikan menyapu garam ke luka yang belum sembuh, kerana peristiwa 13 May, pergaduhan antara melayu dan cina. 
Tahun 1981 Tun Dr Mahathir dilantik ke jawatan Perdana Menteri, kerana pengunduran diri Tun Hussien Onn, kononnya kerana faktor kesihatan, walaupun terbukti kemudian, kesihatan bukanlah penyebab PM ke-3 itu meletakkan jawatan, kerana mantan PM ke-3 itu sempat menyertai S-46, walaupun berpatah balik kemudiannya.
Apabila Tun Dr Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri, ramai yang menduga bahawa perang saudara akan berlaku, kerana beliau adalah pencetus idea itu melalui buku beliau Dilemma Melayu, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya, kaum cina dan india yang jutawan, berubah kepada multi jutawan.
Mempergunakan kaum cina dan bukan melayu sebagai punching bag terus digunakan apabila Tengku Razalegh Hamzah bertanding Jawatan Presiden Umno tahun 1987. Dengan propaganda, jika KULI menang, maka Malaysia akan mendapat Perdana Menteri yang bertindak sebagai proxi kaum cina. Akibat kempen itu, KULI tewas dalam pertandingan itu.
Benarlah kata orang, apa yang diucapkan oleh Tun Dr Mahathir sebenarnya bukan perkara sebenar yang berlaku, akan tetapi perhatikan kepada tindakan beliau. Selepas KULI kalah kerana kononnya jika KULI jadi PM, maka kaum lain akan bertambah kaya, namun apa yang berlaku, kaum yang digunakan mengalahkan KULI diperkayakan seterusnya, sehingga beliau bersara.

Perlukah Amanah ikut bertanding dalam PRN Sarawak?

Parti Amanah Negara (Amanah) menyatakan hasrat untuk ikut sama meletakkan calon pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak yang dijangka berlangsung sebulan dua lagi. Perkara ini dinyatakan oleh Timbalan Presidenya, Salahuddin Ayub (foto) dalam satu kenyataan dikeluarkan di Kelantan.

Bagaimana pun jelas Salahuddin
parti itu belum menetapkan lagi kerusi mana yang hendak ditandingi. Tetapi tentulah ia di kerusi ada potensi untuk menang atau sekurang-kurang boleh menyelamatkan wang deposit.

Semestinya parti politik yang ditubuhkan, matlamat akhirnya ialah menyertai pilihan raya. Penyertaan dalam mana-mana pilihan raya untuk menentukan apakah sesebuah parti itu diterima atau tidak oleh rakyat. Tidak ada parti yang ditubuhkan tanpa menyertai pilihan raya. Dan parti yang berpendapat, ia mengharap keredhaan Allah meskipun kalah adalah juga parti "tidak sihat" dan songsang demokrasi. Parti yang berpendirian begitu lebih baik beralih kepada jemaah dakwah sahaja.


Umum tahu Amanah adalah parti baru. Ia lahir dari tulang rusak kanan parti agama Pas. Usianya masih setahun jagung. Dalam kata lain ia dalam proses menstrukturkan organisasinya. Amanah masih meniarak untuk merangkak. Menurut Salahuddin parti itu kini sedang memproses 100,000 keahliannya. Walaupun jumlah itu boleh dibanggakan tetapi ia masih belum mencukupi jika diukur dengan nisbah pengundi yang ada.

Sebagai parti baharu, Amanah belum ada tapak di mana-mana, kecualinya di beberapa kawasan yang mana pemimpinnya kebetulan menjadi Adun atau ahli Parlimen, seperti di Sepang, Shah Alam, Kota Raja, di Selangor, atau pun Kuala Kedah, di Kedah, dan juga bebeberapa kawasan di Johor. Di negeri-negeri lain seperti Pahang, Terengganu, Perlis, Melaka dan Negeri Sembilan walaupun sudah ada cawangan Amanah, tetapi ia tidak boleh digezet parti itu ada wilayah tertentu di situ.

Hatta di Kelantan sendiri walaupun sambutan kepada Amanah agak meriah dan membimbangi Pas, tetapi belum ada mana-mana kawasan yang boleh disifatkan sebagai "zone" Amanah di Kelantan. Khabar mengatakan ada lima hingga tujuh Adun dianggap sebagai mirit kepada Amanah, tetapi itu hanya usik-usikan siang hari sahaja. Hakikatnya Amanah tidak ada zone selesa di Kelantan buat masa ini.

Meskipun ada usaha untuk memancing Adun Salor Husam Musa menyertai parti itu, tetapi masih belum berhasil. Husam masih tetap istiqamah dengan Pas. Amanah akan baharu mendapat Husam sekiranya Pas Kelantan "menohoknya" kepada Amanah.

Bertolak daripada hakikat yang ada sekarang ini, adalah lebih baik kalau Amanah memberi tumpuan kepada penubuhan dan pengemasan organisasinya terlebih dahulu, daripada ikut sama menyibuk dalam PRN di Sarawak. Amanah perlu melancaran program membumi parti itu, mendekati rakyat di segenap lapisan. Buat masa ini tidak nampak apakah keperluan Amanah untuk ikut sama bertanding di sana pada waktu ini?

Apakah tujuan penyertaan itu bagi memberi ruang kepada Amanah untuk memperkenalkan dirinya kepada masyarakat di negeri Bumi Kenyalang itu? Kalau itulah niatnya, Amanah tidak pun perlu bertanding tetapi cukup untuk berada di pentas PKR dan DAP. Bukankah Amanah merupakan kompnen Harapan Baru? Amanah boleh menampilkan diri di pentas ceramah atau aktiviti kempen dua rakan mereka itu. Di samping berkempen untuk kemenangan PKR dan DAP, Amanah boleh mempromosikan dirinya.

DAP: Tuduhan rasis Umno cuma helah


Tindakan Umno menuduh DAP sebagai parti perkauman merupakan percubaan Umno mengalih tumpuan daripada kegagalan menangani kebimbangan rakyat ini mengenai isu 1MDB dan skandal derma bernilai RM2.6 bilion.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menegaskan bahawa parti itu membuka keahlian kepada semua rakyat Malaysia dan menurutnya, kini rakyat berbangsa Melayu turut menyertai mereka.
"Mereka (Umno) cuba bangkitkan isu perkauman isu ini supaya mereka tidak perlu menjelaskan (kepada rakyat) tentang 1MDB dan skandal RM2.6 bilion,” kata Lim.
Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang itu DAP akan menerus hala tuju menarik lebih ramai ahli Melayu dan bangsa lain menyertai parti berkenaan.
Lim berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak yang berkata DAP masih parti Cina walaupun meletakkan ramai calon Melayu.

My priority is to develop the state to benefit the people, says Azmin

Guan Eng: Umno attacking DAP to avoid explaining scandals

DAP to only contest in viable PAS-held seats, says Guan Eng

Halau warga Myanmar dari Pasar Borong Selayang

GRO, Pekerja Tapak Lombong Bauksit Dicekup

DAP launches Impian Malaysia truck

PAS Kelantan larang ahli sertai program melibatkan Amanah


Pesuruhjaya Pas Kelantan Datuk Ahmad YakobPesuruhjaya Pas Kelantan Datuk Ahmad YakobPas Kelantan mengeluarkan amaran kepada semua pemimpin dan ahlinya supaya tidak menyertai program yang membabitkan penyertaan Amanah, berikutan masih terdapat majlis tertentu terutama yang dianjurkan PKR turut melibatkan ahli Amanah  kata,  Pesuruhjaya Pas Kelantan Datuk Ahmad Yakob hari ini.
"Keputusan agar tidak terlibat dengan Amanah dalam sebarang majlis telah diputuskan Pas pusat sebelum ini, namun hubungan murni tetap berlaku dengan PKR
"Di Kelantan tidak ada kepentingan PKR bersama Amanah jadi kita minta PKR hendaklah benar-benar memahami suasana dan situasi politik di negeri ini," katanya kepada pemberita di majlis penyampaian watikah dan angkat sumpah anggota majlis bagi Majlis Perbandaran Kota Baharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) hari ini.
Turut hadir pada majlis itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood dan Yang Dipertua MPKB-BRI Zamri Ismail.
Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata setakat ini, kepimpinan PKR Kelantan menghormati keputusan Pas Pusat itu malah memberi perakuan untuk bersama Pas dan tidak bersama Amanah.
Beliau menyerahkan keputusan kepada Pas Pusat untuk menentukan tindakan terhadap anggota dan pemimpin Pas yang ingkar dengan amaran tersebut.

YDP Agong menasihatkan pemimpin agar KURANGKAN BERCAKAP DAN JAUHI RASUAH....

jadi pada menteri macam Ahmad Maslan dan Najib Razak... hayatilah titah Baginda..

Suasana ekonomi negara mencemaskan kita

Kejatuhan harga minyak di pasaran antarabangsa ditambah dengan nilai Ringgit yang masih merosot memberi kesan besar kepada ekonomi dan ramai rakyat hilang pekerjaan
econikmy
Boboi berumur 26 tahun dan bekerja dengan syarikat industri minyak dan gas sejak tiga tahun lalu. Enam bulan lalu, dia diberhentikan kerja kerana syarikat mahu menjimatkan kos operasi. Sehingga kini dia masih menganggur dan mengharapkan gaji isterinya sebagai guru untuk meneruskan hidup.
Fadil pula diberhentikan kerja kerana tidak sehaluan dengan ketua jabatan di sebuah universiti swasta. Walaupun memegang ijazah sarjana tetapi dia masih tidak mendapat perkerjaan.
Amira pula telah setahun tamat penggajian dalam bidang fisioterapi tetapi masih menganggur. Dia telah memohon banyak kali tapi tiada kekosongan malah ada syarikat yang dimohon dalam proses mengurangkan pekerja.
Itu antara contoh beberapa kisah rakyat Malaysia yang sedang bergelut mencari pekerjaaan disebabkan iklim ekonomi Malaysia yang semakin menakutkan. Situasi mereka berbeza tapi masalah mereka sama – tiada peluang pekerjaan.
Walaupun kerajaan sering mengatakan ekonomi Malaysia baik dan terkawal, namun keadaan sebenar adalah sebaliknya. Di merata tempat, banyak kilang dan syarikat yang terlibat industri minyak dan gas misalnya, telah memberhentikan kerja besar-besaran.
Di kawasan industri di Pelabuhan Kemaman, Terengganu umpamanya, banyak syarikat dan kilang telah memberhentikan kerja sejak setahun lalu dan semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini, gara-gara tiada projek baru di bawah Petronas.
Perlukah kita merasa cemas dengan iklim ekonomi negara sekarang? Ya, kita berhak untuk merasa cemas dengan situasi ekonomi sekarang kerana harga minyak terus merosot. Ketika ini harga minyak di pasaran dunia USD30 setong. Sebahagian besar pendapatan negara bergantung kepada minyak. Dalam masa sama juga, nilai Ringgit kekal merosot.
Jika tidak serius, masakan kerajaan terpaksa menyemak semula Bajet 2016 disebabkan kejatuhan harga minyak yang akan dibentang 28 Januari ini. Bajet 2016 dirangka ketika harga minyak USD45 setong.
Bank Negara Malaysia (BNM) melaporkan sekurang-kurangnya 8,690 orang telah diberhentikan kerja sepanjang Januari hingga September 2015 melalui pelbagai skim akibat daripada keadaan ekonomi yang semakin parah.
Persekutuan Pekerja Malaysia (MEF) pula mengatakan 20,000 hilang kerja tahun lalu meningkat sekali ganda berbanding 2014. Trend itu menunjukkan ia akan berterusan sehingga 2016, dengan lebih banyak pekerja diberhentikan dan syarikat gulung tikar.

PAS JANGAN EMOSIONAL

Mutakhir ini,  Pas bukan saja kerap mengatakan parti itu akan bertanding lebih banyak kerusi dalam PRU 14 akan datang, malah juga nekad untuk meletakkan calon-calon di semua kerusi yang ditandingi oleh Amanah dan DAP.

Terbaru Ketua Dewan Ulama Pas, Mahfodz Mohamed mengulangi lagi perkara yang sama seolah-olah Amanah dan DAP sudah jadi musuh utama.

Tidak salah untuk Pas bertanding banyak mana kerusi pun, tapi insaflah bahawa matlamat bertanding ialah untuk menang, bukannya untuk melepaskan perasaan.

Buat apa bertanding banyak kerusi kalau kalah semuanya? Kenapa Pas jadi begitu emosional dan tidak rasional sedangkan musuh majoriti rakyat sekarang ialah puak pemerintah yang sedang berkuasa?

Dalam hal ini, siapa sebenarnya musuh Pas sekarang - Amanah dan DAP atau UMNO dan BN? Kenapa semakin jarang Pas menyebut nak lawan UMNO kebelakangan ini?
Ohhh...hak Pas rupanya untuk berkawan dengan UMNO! Namun, sejak bila pula Pas sedar adanya hak berkawan dengan UMNO itu sebahagian daripada perjuangan mereka?

Siapa sebenarnya yang banyak melakukan kerosakan kepada negara dan mendatangkan kesengsaraan kepada rakyat selama ini?

Terpulang kepada PAS mahu bertanding semua kerusi DAP, kata Guan Eng

Setiausaha Agung DAP Li Guan Eng berkata, partinya tidak akan bertanding di kerusi PAS kerana ingin menumpukan pada kerusi yang mampu dimenangi pada pilihan raya umum akan datang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Januari, 2016. 
Terpulang kepada PAS sekiranya mahu bertanding dalam semua kerusi DAP pada pilihan raya umum (PRU) akan datang kerana itu pilihan mereka, kata Lim Guan Eng hari ini.
Bagaimanapun, setiausaha agung DAP itu berkata, partinya tidak semestinya akan bertanding di semua kerusi parti Islam itu sebaliknya akan hanya menumpukan pada kerusi yang mampu dimenangi.
"Itu pilihan mereka (PAS) jika mereka mahu bertanding dalam semua kerusi DAP," katanya kepada pemberita selepas melancarkan trak Impian Sarawak di Sunway Pyramid, Subang Jaya hari ini.

Lim berkata DAP tidak akan bertanding di kawasan dimenangi PAS sebelum ini kerana ia hanya akan bertanding untuk kerusi yang pemimpinnya yakin mampu membawa diri mereka di sana. "Jadi, ia akan menjadi sedikit kerusi. Tapi jika mereka (PAS) mahu bertanding dalam setiap kerusi, itu pilihan mereka.
"Kita akan lihat sekarang, siapa yang jahat dan menyebabkan masalah," katanya.
Semalam, akhbar Sinar Harian melaporkan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Mahfodz Mohamed berkata, PAS tidak lagi terikat dengan konsensus Pakatan Rakyat (PR) dan berhak bertanding di semua kerusi yang ditandingi DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).
Mahfodz berkata, PAS nekad bertanding 3 penjuru berdepan DAP dan Amanah pada PRU14 selepas parti itu "ditendang" daripada PR tahun lalu.
Katanya, PAS berpeluang bertanding di lebih banyak kerusi pada pilihan raya akan datang kerana parti Islam itu akan meletakkan calon di setiap kerusi yang ditandingi musuhnya.

Pas Kelantan keluar surat amaran kepada PKR

TRP-Ahmad-Yakob-MB-Ktan-L-600x360
Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Ahmad Yakob, berkata tindakan itu dilakukan supaya hubungan baik kedua-dua parti terpelihara.

KOTA BHARU, 17 Januari:

Pas Kelantan bertindak mengeluarkan surat amaran rasmi kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung pembabitan parti terbabit dengan Parti Amanah Negara (Amanah).
Difahamkan, surat itu adalah supaya PKR tidak membuat  sebarang hubungan dengan Amanah di negeri ini.
Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Ahmad Yakob, berkata tindakan itu dilakukan supaya hubungan baik kedua-dua parti terpelihara sepertimana yang sudah dipersetujui sebelum ini.
Bagaimanapun, katanya sekiranya PKR masih mengadakan hubungan dengan Amanah di Kelantan, Pas akan mengambil tindakan yang akan difikirkan kemudian.
Katanya, sebelum ini, pemimpin PKR negeri membuat perakuan untuk bersama Pas Kelantan, namun perkara itu diingkari apabila ada pemimpin PKR menyertai pimpinan Amanah di beberapa majlis di negeri ini.
“Setakat ini kita kesan ada tiga majlis dianjurkan bersama PKR dan PAN (di Kelantan) yang tak sepatutnya berlaku.
“Bagaimana ia boleh berlaku?,” katanya pada media di majlis penyampaian watikah dan angkat sumpah Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), di sini, hari ini.
Ahmad Yakob berkata, PKR perlu memahami situasi politik di Kelantan dengan tidak membuat sebarang hubungan atau hadir ke majlis yang turut disertai pimpinan Amanah kerana sudah memberi perakuan.

Polis nafi kenyataan Tengku Adnan

Tengku Adnan sebelum ini menamakan Bangsar, Hartamas, Publika, The Curve, Bukit Bintang, Kuala Lumpur dan Menara KL sebagai tempat tumpuan kumpulan pengganas.
khalid-abubaka--Tengku-Adnan-Tengku-Mansor
PETALING JAYA: Polis menggesa agar masyarakat umum tidak mempercayai sebarang kenyataan yang menamakan tempat-tempat tumpuan sasaran pengganas.
Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar log masuk ke akaun Twitter @KBAB51, dan berkata:
“Semua pihak diminta hentikan buat spekulasi tentang keadaan keselamatan bandaraya dan negara kita yang merungsingkan rakyat.
“PDRM sentiasa bersedia (menghadapi ancaman pengganas),” tegasnya.
Kenyataan KPN itu dipercayai bagi membidas kenyataan yang dibuat oleh Menteri Wilayah dan Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Tengku Adnan dalam sidang media di Putrajaya telah menamakan tempat-tempat spesifik dan menjadi sasaran pengganas. Antara tempat tersebut adalah Bangsar, Hartamas, Publika, The Curve, Bukit Bintang, Kuala Lumpur dan Menara KL
Manakala, Ketua Komunikasi Korporat PDRM, ACP Datin Asmawati Ahmad juga berkata, polis tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang menyebut secara khusus tempat yang kononnya disahkan menjadi sasaran pengganas.
“PDRM memandang berat sebaran berita sebegini kerana ia telah membangkitkan kegusaran dan ketakutan masyarakat secara keterlaluan.
“Masyarakat dinasihati agar tidak mudah percaya dan berhenti darAhmad kongsi berita yang boleh membangkitkan keresahan, khususnya yang bukan dikeluarkan oleh agensi keselamatan negara,” kata Asmawati.

Hentikan spekulasi keadaan keselamatan negara – KPN

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar meminta semua pihak supaya berhenti mencetuskan spekulasi tentang keadaan keselamatan negara.
Dalam akaun Twitter miliknya, beliau menulis: “Semua pihak diminta hentikan buat spekulasi tentang k’daan (keadaan) k’lamatan (keselamatan) Bandaraya/Negara kita yg (yang) merunsingkan Rakyat. @PDRMasia sentiasa bersedia.”
Sementara itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan mengeluarkan sebarang kenyataan yang menyebut secara khusus beberapa tempat disekitar ibu negara yang akan menjadi sasaran kumpulan pengganas.
Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Datin Asmawati Ahmad berkata, kenyataan media dari Ketua Polis Negara (KPN) pada Khamis lalu hanya menjelaskan bahawa pihak polis akan mempertingkatkan pengawasan dan kawalan keselamatan di tempat tumpuan orang ramai.
“Tindakan yang diambil oleh PDRM di seluruh negara adalah selaras dengan arahan KPN.
“Peningkatan jumlah keanggotaan pegawai polis juga adalah bertujuan memberi keyakinan kepada masyarakat bahawa PDRM sentiasa dalam kesiapsiagaan,” kata beliau dalam satu kenyataan media hari ini.
Dalam pada itu, Asmawati turut menasihati orang ramai supaya tidak mudah mempercayai maklumat yang diterima terutama yang bukan dikeluarkan oleh agensi keselamatan negara.
“PDRM memandang berat tentang sebaran sebegini kerana ia telah membangkitkan kegusaran dan ketakutan masyarakat secara keterlaluan.
“Masyarakat juga dinasihatkan tidak berkongsi berita-berita yang boleh membangkitkan keresahan,” jelasnya.

PKR pertahan prinsip 1 lawan 1, kata Azmin

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata dalam mana-mana pilihan raya, prinsip satu lawan satu perlu dipertahankan untuk menumbangkan BN and Umno. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 17 Januari, 2016.
PKR tegas mahukan prinsip 1 lawan 1 dipraktikkan dalam pengagihan kerusi sesama pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagi menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini. Timbalan presiden PKR itu berkata, sebagai menteri besar Selangor, fokus utama beliau ketika ini ialah terhadap pembangunan dan sistem perkhidmatan negeri agar ia benar-benar dirasai rakyat.
"Itu untuk PRU14, jauh lagi, kita pun belum ada tarikh. Jadi, itu memang biasa.

"Dalam mana-mana pilihan raya, kita ada proses rundingan dan perbincangan kerana kita mahu prinsip satu lawan satu dipertahankan untuk menumbangkan BN and Umno," kata Azmin.  Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program penyerahan hak milik tanah kepada penduduk Kampung Datuk Abu Bakar Baginda, Kajang, Selangor hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan pemimpin PAS Datuk Mahfodz Mohamed yang parti itu tidak lagi terikat dengan konsensus Pakatan Rakyat dan berhak bertanding di semua kerusi yang ditandingi DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).
"Kita tidak akan beri satu pun kerusi kepada Amanah. Kalau nak, bertandinglah 3 penjuru," kata ketua Dewan Ulama PAS itu.
Azmin bagaimanapun berkata, di Selangor, prinsip hormat-menghormati antara parti akan berjaya mengukuhkan perpaduan sesama mereka.
"Kita Alhamdulillah, di Selangor, kita hormati pandangan semua pihak.
"Dan Selangor harus memimpin, harus buktikan kita boleh kukuhkan perpaduan dengan parti politik yang mempunyai keyakinan untuk melakukan agenda reformasi."

PAS tegur PKR sertai program AMANAH


PAS Kelantan menyatakan kekesalan mereka dengan tindakan pimpinan PKR menghadiri program anjuran Parti Amanah Negara (AMANAH) di negeri itu dan meminta ia tidak diteruskan "demi kebaikan bersama".
Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata tindakan seperti itu boleh menimbulkan ketidakselesaan dalam hubungan politik antara PAS dan PKR di negeri tersebut.
Jelasnya lagi, PKR seharusnya lebih sensitif dengan kehendak akar umbi kedua-dua parti berkenaan, malah beliau bimbang sekiranya terdapat suara ahli yang mendesak supaya PKR memilih antara PAS atau AMANAH.
“PAS dukacita dengan tindakan PKR yang turut serta dalam acara AMANAH di negeri Kelantan.
“Harap PKR sensitif dengan (kemahuan) akar umbi sebab pimpinan ni, kita boleh lebih gentle, tapi takut akar umbi buat desakan minta PKR pilih antara dua (yang akan) merumitkan keadaan,” katanya kepada Malaysiakini.
Che Abdullah dihubungi bagi mendapatkan penjelasan mengenai sepucuk surat dikeluarkannya kepada Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli (gambar), bertarikh 13 Januari lalu.
Surat itu dikesan beberapa hari selepas salah seorang pemimpin PAS meramalkan hubungan kerjasama parti itu dengan PKR mungkin "berakhir lebih awal" sebelum pilihan raya umum ke-14.
PKR maklum rasa PAS
Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Zuhdi Marzuki membuat jangkaan itu ekoran tiada lagi faktor yang mengikat kedua-dua parti berkenaan.
Bagaimanapun kenyataan Zuhdi itu bersifat peribadi dan bukan mewakili sikap rasmi PAS.
Menurut Che Abdullah, PAS Kelantan berharap hubungan baik dengan PKR dapat diteruskan demi mempertahankan "kerajaan Islam Kelantan" dan menjayakan misi menumbangkan BN dalam pilihan raya umum akan datang.
“Kami akan sentiasa memaklumkan kepada PAS Pusat mengenai perkembangan semasa politik di Kelantan khususnya mengenai hubungan PAS - PKR untuk pertimbangan dan tindakan badan tertinggi PAS," katanya. seterusnya,” katanya.

C4 anggap siasatan SRC, RM2.6 bilion kunci pemulihan ekonomi

Pengarah Eksekutif C4, Cynthia Gabriel berkata isu melibatkan 'derma' RM2.6 bilion yang masih belum selesai akan terus memberi kesan terhadap ekonomi dan keyakinan pelabur. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Januari, 2016. 
Siasatan terhadap sumbangan politik RM2.6 bilion dan SRC International Sdn Bhd perlu dilengkapkan bagi menghalang kemelesetan ekonomi lebih teruk, kata Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) hari ini.
Pengarah Eksekutif C4, Cynthia Gabriel berkata negara ketika ini sudah pun bergelut dengan masalah kejatuhan harga minyak dan terpaksa mengubahsuai Bajet 2016.
Ini ditambah pula dengan pengurus dana Amerika Syarikat yang diberitakan membuat saranan kepada pelabur agar menarik diri dari Malaysia kerana "rasuah berleluasa" di negara ini.

Cynthia berkata C4 melihat perkara itu dengan penuh harapan dan kebimbangan selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerahkan kertas siasatan kedua-dua kes itu kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut. "Sekiranya siasatan SPRM ini ada sebarang makna, ia mesti mampu mengurangkan syak wasangka orang ramai terhadap identiti pemberi derma dan motif sumbangan itu.
"Kedua-dua soalan ini terus mendominasi wacana awam dan harus dihentikan dengan segera jika negara ini mahu bergerak ke hadapan, memulihkan ekonominya yang goyah dan menyelamatkan kemerosotan nilai ringgit," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Umno main isu perkauman elak jawab derma politik, 1MDB, kata Guan Eng

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata partinya anti rasuah tetapi dicop perkauman oleh Umno bagi mengalihkan isu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Januari, 2016.
Umno sengaja memainkan isu perkauman kerana mahu mengelak menjawab isu wang derma RM2.6 bilion dan skandal menyelubungi syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini. Ketua menteri Pulau Pinang itu berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, yang usaha DAP meletakkan lebih ramai calon Melayu tidak akan mengubah hakikat yang ia sebuah parti berasaskan kaum Cina.
"Kami terbuka kepada semua rakyat Malaysia. Kami cuba membanteras racun dari Barisan Nasional (BN) dan Umno yang mengatakan kami anti Melayu dan anti Islam.

"Kami hanya anti rasuah tetapi mereka (Umno-BN) cuba memainkan isu perkauman agar mereka tidak perlu menjelaskan mengenai skandal dana RM2.6 bilion dan skandal 1MDB," katanya kepada pemberita selepas melancarkan trak Impian Sarawak di Sunway Pyramid, Subang Jaya, hari ini.

PKR sertai majlis Amanah, tak hirau bantahan rasmi PAS, kata Rafizi

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli terus menyertai majlis ceramahnya bersama Parti Amanah Negara (Amanah) di Kelantan malam tadi tanpa menghiraukan bantahan rasmi dibuat PAS negeri itu beberapa hari lepas.
Katanya, PKR akan terus bekerjasama dengan sesiapa sahaja bagi menjatuhkan kerajaan Umno pimpinan Datuk Seri Najib Razak kerana ia terlalu memudaratkan rakyat.
"Jika Rosmah ajak saya ceramah bantah Najib pun, saya datang. Kerana Najib dan Umno sekarang adalah parti yang tidak boleh didekati.

"Lebih-lebih lagi, Amanah ini rakan PKR dalam Pakatan Harapan," kata Rafizi pada majlis yang diadakan di Kok Lanas itu. Menurut Rafizi, negara Malaysia yang dipimpin Najib terlalu teruk dan membuat bahana kepada ekonomi negara sehingga dirasai semua rakyat.
"Dulu zaman Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi mahasiswa, mereka pergi membuat demonstrasi di Baling kerana petani lapar.
"Sekarang, tidak lama lagi, petani akan pergi ke kampus universiti untuk berdemo, kerana mahasiswa pula lapar. Ia hanya berlaku di zaman Najib Razak sahaja.
"Oleh itu, bagi saya, Najib ini tidak boleh didekati," kata Rafizi yang dipercayai menyindir PAS yang dilihat sedang dalam proses mendekati Najib dan Umno ketika ini.
PAS Kelantan menghantar surat rasmi kepada PKR membantah tindakan parti itu mengadakan ceramah bersama Amanah di negeri yang terletak di bawah pemerintahan parti Islam itu.
Surat bertarikh 13 Januari itu ditujukan kepada Rafizi sendiri, yang turut merangkap naib presiden PKR.
Berdasarkan salinan surat tersebut yang tersebar di media sosial, Badan Perhubungan PAS Kelantan menerima laporan mengenai pemimpin PKR yang hadir sepentas dalam program anjuran Amanah di Kelantan.

Kalau redha, RM300ribu akan jadi RM2.6b, perli Mr Os

Mr Os bagaimanapun menafikan kenyataan itu ada kaitan dengan politik biarpun dia sebenarnya hadir di program anjuran PAS.
Mr Os
PETALING JAYA: Isu derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut diperli bekas pelakon popular era 80-an, Mr Os.
Mr Os mengaitkan derma RM2.6 bilion dengan pendapatannya sebagai pemandu teksi dalam satu program santai di Temerloh, semalam.
“Sejak saya bawa teksi, saya boleh hantar anak ke Mesir. Belajar. Berapalah agak-agak duit masuk, teksi. Masuk kereta tekan RM3. Apa boleh buat RM3.
“Kalau kita redha, InsyaAllah RM3 boleh jadi RM3,000. InsyaAllah RM3,000 akan jadi RM300,000. Insya Allah RM300,000 akan jadi RM2.6 bilion,” katanya yang disambut ketawa hadirin.
Mr Os atau nama penuhnya Mohd Yusof Abdul Hamid bagaimanapun menafikan kenyataan itu ada kaitan dengan politik biarpun dia sebenarnya hadir di program anjuran PAS.
“Saya bukan cerita politik. Saya cerita pasal angka. Bertambah, bertambah jika tidak diusik,” katanya yang dipetik Harakahdaily.
Di zaman kegemilangannya, Mr Os banyak membintangi filem sebagai pelakon utama seperti Mr Os, Kembar Siam, Hero dan Cikgu Romantik.

PAS pula kata AMANAH 'tongkat Umno'


PAS Kelantan menyifatkan kritikan Parti Amanah Negara (AMANAH) terhadap partinya memberi peluang kepada Umno untuk terus kekal memerintah Malaysia.
Menurut Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan Datuk Che Abdullah Mat Nawi, tindakan AMANAH itu seolah-olah memberi tongkat kepada Umno.
Hal ini kerana, katanya, parti pimpinan Datuk Seri Najib Razak sedang dilanda krisis dalaman namun kritikan AMANAH memberi peluang kepada Umno untuk bangkit.
“Sebenarnya yang memberi tongkat kepada Umno adalah AMANAH.
"Umno dah nak kalah kerana masalah yang dihadapi oleh parti itu termasuk perpecahan yang dialami termasuk pemecatan menteri dan pegawai tinggi.
“Rakyat telah jemu dengan Umno. Jadi apabila AMANAH datang Kelantan dan buat kerja (kempen) di Kelantan, ia seolah-olah memberi tongkat kepada Umno,” katanya kepada Malaysiakini.
Semalam, Presiden AMANAH Mohamad Sabu berikrar akan bermusuh dengan mana-mana pihak yang bersekongkol dengan Umno.
Walaupun tidak menamakan mana-mana pihak, kenyataan Mohamad yang lebih mesra dipanggil Mat Sabu itu dipercayai merujuk kepada parti PAS yang kini dilihat bersikap mesra dengan Umno.
AMANAH sembunyi kerjasama
PAS sebelum ini menetapkan parti yang dipimpin oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu akan menjalinkan kerjasama dengan Umno demi menegakkan dan menjaga kepentingan umat Islam di Malaysia.
Che Abdullah ketika diminta mengulas mengenai kerjasama PAS dan Umno bagaimanapun menafikan kerjasama tersebut.

Pemimpin Pas Kelantan yang ada tidak pernah bertempur dengan Umno, kata Amanah


Pengerusi Amanah Negeri Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim AbdullahPengerusi Amanah Negeri Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim AbdullahKepimpinan Pas Kelantan tidak pernah bertempur dengan Umno sepanjang 32 tahun kepimpinan PAS Kelantan di negeri itu di bawah Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kata Pengerusi Amanah Negeri Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah.
Beliau melahirkan rasa dukacita terhadap surat bantahan rasmi Pas Kelantan kepada Setiausaha Agung merangkap Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, berhubung kehadiran pemimpin PKR negeri di program anjuran Amanah, Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah menganggap tindakan itu sebagai tidak kena caranya.
Katanya, Pas sejak awal lagi sudah menjalin persefahaman politik dengan parti lain sejak tahun 1990 bersama Semangat 46 dan pada 1999 melalui Barisan Alternatif  (BA) sehinggalah pilihan raya umum 2008 dan 2013 lalu.
“Dalam persefahaman rakan-rakan tahaluf siyasi ini, muafakat bersama melibatkan kerjasama politik tidak boleh mencampuri urusan parti rakan-rakan. Itu sudah jelas di semua peringkat cawangan, kawasan, negeri dan nasional,” ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline pagi ini.
Menurut Jawatankuasa Amanah Nasional itu, sebarang urusan antara parti politik apatah lagi melibatkan rasa tidak puas hati atau teguran harus mematuhi prinsip horizontal (mendatar) atau secara vertikal (menegak) bukannya menyilang.
“Apa-apa urusan di peringkat masing-masing hanya melibatkan hubungan dua pihak secara horizontal. Maksudnya, kalau Pas Kelantan tidak berpuas hati dengan PKR negeri, saluran yang diguna ialah memberitahu hal itu kepada PKR negeri. Sama taraf. Tak boleh contohnya,Pas cawangan mengadu kepada PKR cabang, mestilah melalui ranting.
“Begitu juga, surat untuk menggesa tindakan sewajarnya juga boleh dihantar mengikut prinsip vertikal tidak boleh diagonal (pepenjuru). Misalnya apabila Pas Kelantan tidak bersetuju dengan tindakan PKR negerinya, suara itu disampaikan kepada Setiausaha Agung Pas bukannya terus terjah kepada Setiausaha Agung PKR. Salah cara itu.
“Dalam konteks surat Perhubungan Pas negeri Kelantan itu tidak wajar secara diagonal terus kepada Setiausaha Agung PKR. Kita ada tatacara dalam berorganisasi,” jelasnya lagi.
Permaidani merah

Amanah yakin tidak akan terkubur seperti Hamim, Berjasa - Salahuddin Ayub

PASIR MAS - Parti Amanah Negara (Amanah) yakin perjuangan mereka tidak akan terkubur seperti yang berlaku keatas Parti Hizbul Muslimin Malaysia (Hamim) dan Barisan Jemaah Islamiah (Berjasa) sebaik sahaja keluar dari Pas.
Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, keyakinan itu berdasarkan kepada sambutan hebat yang diberikan oleh rakyat walaupun parti berkenaan baharu sahaja berusia empat bulan.
Salahuddin Ayub "Alhamdulillah, sekarang kita sedang memproses 100,000 borang keahlian Amanah di seluruh negara dan ini merupakan sesuatu yang positif buat kami semua.
"Setiap hari kita telah menjelajah ke seluruh negara dan boleh lihat sambutan yang diberikan rakyat peringkat akar umbi cukup kuat," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Terdahulu sebelum itu, Salahuddin menyampaikan ceramah umum dan isu-isu semasa di rumah Ir Ali Omar, Kampung Bendang Pauh, Chetok.
Cermah itu turut dihadiri beberapa pimpinan parti seperti Penasihat Umum, Ahmad Awang dan Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.
Menurutnya, sokongan kuat itu membuktikan Amanah tidak ketandusan ahli diperingkat akar umbi.
Salahuddin berkata, sambutan luar biasa diberikan oleh rakyat menangkis dakwaan Amanah akan terkubur seperti Hamim dan Berjasa satu ketika dahulu.
"Saya risau pada hari pertama Amanah ditubuhkan adakah orang akan sokong parti baharu ini.
"Alhamdulillah selepas empat bulan kita lihat ia semakin positif dan cukup membanggakan para pendokong Amanah," katanya.
Salahuddin berkata, keahlian Amanah kini sudah menjangkau sehingga ke Sabah dan Sarawak.
Dalam perkembangan lain, Salahuddin berkata, pihaknya akan mendaftarkan 148 kawasan parlimen di seluruh negara dalam usaha memperkasakan lagi Amanah.

Pas nafi terima RM2.6 bilion daripada Umno

KOTA BHARU - Pas sekeras-kerasnya menafikan parti itu menerima RM2.6 bilion daripada Umno sebagaimana telah dicanangkan pihak tidak bertanggungjawab.
Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, perkara tersebut tersebar dan mula menjadi perbualan hangat di kedai-kedai kopi tanpa mengira kaum yang mana telah menimbulkan tanggapan negatif terhadap Pas.
Idris Ahmad “Saya dapat tahu perkara ini apabila ada yang datang memberitahu saya, orang di kedai-kedai makan sedang bercakap mengenai Najib berikan duit RM2.6 bilion kepada Pas.
“Ini semua fitnah yang terbaru,” dedah Idris dalam ceramahnya di Dun Salor malam kelmarin yang memberitahu perkara tersebut sedang tersebar hangat secara lisan.
Idris berkata, berdasarkan perbualannya dengan beberapa individu yang mendedahkan perkara tersebut, beliau merasakan hal terbabit masih belum tersebar menerusi media sosial, tetapi sebaliknya menjadi topik hebat dari mulut ke mulut.
Secara seriusnya, Idris menjelaskan perkara tersebut tidak tepat sama sekali dan mana mungkin ia terjadi, kerana Pas sendiri yang mahukan derma politik RM2.6 bilion yang sebelum ini dikatakan dikaitkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, disiasat.
Idris juga melihat tuduhan menerima RM2.6 bilion tersebut telah mula ditanam dalam minda golongan yang tidak tahu apa-apa dalam politik, sehingga menyebabkan kumpulan berkenaan beranggapan disebabkan hal itu, kaum Cina marahkan Pas.
“Kalau Pas kaya, saya pun dapat duit. Pejabat Pas kita pun kadang-kadang bekalan elektrik mahu kena potong,” katanya sinis.
Idris secara tegasnya berkata, Pas membuka pintu seluas-luasnya untuk pihak berkuasa menjalankan siasatan dalam perkara tersebut.

Jangan terus salahkan Pas - Mohd Amar

KOTA BHARU - Pas menempelak sikap segelintir pihak yang terus menyalahkan parti itu dalam isu perpecahan hubungan politik dengan DAP.
Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Abdullah, berkata, rakyat mahupun pimpinan lain perlu memahami hakikat sebenar dan tidak sewenang-wenangnya melemparkan kesalahan terhadap Pas semata-mata.
Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Abdullah Menurutnya, hakikatnya amat jelas dan perlu disedari bahawa DAP bukan sahaja tidak bersetuju dengan perlaksanaan hukum hudud, bahkan sekeras-kerasnya  menghalang perlaksanaannya.
“Kita duduk rumah sekali tetapi tiba-tiba DAP sekat pintu kita, kunci pintu rumah. Kita (Pas) mahu keluar tidak boleh sedangkan pintu rumah kita, peliklah.
“Sampai kita mahu ke masjid pun tidak boleh, dia tidak mahu ke masjid tidak mengapa, tetapi jangan kunci pintu kita. Itu sebab kenapa kita berpecah dengan DAP,” katanya dalam ceramah di Dun Salor kelmarin.
Mohd Amar yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan juga mahukan rakyat tidak terus membandingkan hubungan Pas dengan Umno serta DAP dalam isu hudud berkenaan.
“Kita dengan DAP sampai duduk di rumah sekali (tahaluf siyasi), duduk sekali dalam bilik, dengan Umno tidak sampai begitu.
“Dengan Umno pun baik, setakat duduk minum air kedai kopi tetapi tidak sampai lagi duduk serumah. Jadi tidak kena, kalau bandingkan kenapa baloh (gaduh) dengan DAP tidak dengan Umno,” katanya.
Pada masa sama, Mohd Amar juga mengakui pengaruh kaum Cina yang memihak kepada Pas selama ini juga adalah disebabkan hubungan baik antara parti itu dengan DAP.
“Tetapi jangan kunci situ. Cina ramai juga yang tidak undi DAP, jangan ingat semua undi DAP, kalau tidak percaya boleh periksa,” katanya.

Hadi: Berkawan Umno hak PAS


PAS sekali lagi mengulangi pendiriannya bahawa parti itu berhak menjalin kerjasama dengan mana-mana pihak termasuk Umno.
Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kerjasama dengan Umno adalah lebih tertumpu kepada usaha untuk menegakkan syiar Islam demi kepentingan umat Islam di negara ini.
Katanya, jalinan kerjasama itu itu bukan atas kepentingan politik.
Memetik kenyataan Hadi, Utusan Malaysia melaporkan tidak salah sekiranya PAS mengambil pendirian untuk bekerjasama dengan parti lawannya asalkan pihak terbabit bersedia menerima pandangan "bersama-sama membangunkan Islam".
Hadi turut menjelaskan bahawa sebelum ini beliau sendiri pernah diberi tanggungjawab mengetuai misi damai bagi mewakili umat Islam negara ini.
“Pada waktu itu, kerajaan Malaysia menerusi Wisma Putra telah mengarahkan kedutaan kita di sana (Yaman) membantu saya secara diplomatik untuk menjadi pendamai dalam konflik tersebut.
“Dengan urusan diplomatik itu, saya telah berjumpa dengan para pemimpin puak-puak yang bertelagah yang akhirnya berjaya mencari jalan perdamaian.
"Maknanya pada masa itu kita (PAS) telah jalin kerjasama dengan kerajaan khususnya Umno” Hadi dilaporkan sebagai berkata.
Semalam, Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) sewaktu ditemui menyatakan mana-mana pihak yang menjalinkan kerjasama dengan UMNO/BN adalah musuh kepada parti itu.
AMANAH juga berikrar untuk terus menganggap UMNO sebagai musuh.
"Kita musuh dengan BN dan siapa sahaja yang berkawan dengan BN," katanya.

PAS tanding lebih banyak kerusi PRU-14


PAS nekad untuk bertanding tiga penjuru dalam pilihan raya akan datang dan tidak akan menyerahkan kerusi mereka kepada pembangkang lain termasuk Parti Amanah Negara (AMANAH).
 Ketua Dewan Ulamak PAS Datuk Mahfodz Mohamed berkata parti itu tidak lagi terikat dengan konsensus Pakatan Rakyat dan berhak bertanding di semua kerusi yang ditandingi DAP dan AMANAH lapor.
"Kita tidak akan beri satu pun kerusi kepada AMANAH. Kalau (AMANAH) nak (pertahan kerusi) bertandinglah tiga penjuru," katanya.
PAS membentuk Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP menjelang pilihan raya umum ke-13 lalu.
Bagaimanapun gagasan itu gagal bertahan lebih lama apabila hubungan PAS - DAP bertambah buruk sehingga menyebabkan Pakatan Rakyat berkubur.
Bagaimanapun PAS meneruskan hubungan politik dengan PKR. Pada masa sama PKR menjalin hubungan baik dengan DAP dan AMANAH yang ditubuhkan kumpulan progresif yang disingkirkan dalam muktamar tahun lalu.
Gabungan PKR, AMANAH dan DAP membentuk Pakatan Harapan.
Kata Mahfodz, PAS tiada hubungan dengan DAP dan parti itu akan meletakkan calon pada mana-mana kerusi yang dijangka boleh dimenangi.
Jelasnya lagi, PAS akan meletakkan calon di setiap kerusi yang ditandingi 'musuhnya' dalam pilihan raya umum ke-14 nanti.

Semai semangat patriotik sejak kecil, Anwar Ibrahim idola tokoh politik


Pengarah Komunikasi Wanita Amanah Nasional (Awan) Fareedah Samad.Pengarah Komunikasi Wanita Amanah Nasional (Awan) Fareedah Samad.
Pengarah Komunikasi Wanita Amanah Nasional (Awan) Fareedah Samad mengakui subjek Kajian Tempatan yang dipelajari di sekolah rendah telah menyemai semangat patriotik dalam diri ditambah gaya kepimpinan tokoh politik seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah mencorak perjalanannya untuk aktif dalam kegiatan politik.
Beliau sejak sekolah rendah lagi berpandangan, individu yang terlibat dalam politik merupakan individu yang sayangkan negara.
Fareedah, 31, memberitahu segala-galanya bermula daripada subjek Kajian Tempatan yang dipelajari dari darjah empat hingga darjah enam.
Beliau berkata, subjek ini banyak mendedahkannya kepada sejarah negara Malaysia lebih-lebih lagi guru yang mengajar subjek ini sangat mempengaruhi kesedaran politiknya.
“Saya memang sangat mengagumi Anwar Ibrahim sejak sekolah rendah dan selalu mengikuti ucapan-ucapan beliau di televisyen.
“Selain itu dari mana timbul minat politik, saya rasa dari cikgu yang mengajar subjek kajian Tempatan. Cikgu saya berjaya membuatkan saya rasa bertanggungjawab kepada negara.
“Dari situ, idea yang saya dapat, orang politik ini orang yang sayangkan negara. Bermula dengan semangat patriotisme membawa saya untuk mengenali ahli-ahli politik dan politik waktu itu pada saya masih segar,” kata ibu kepada seorang anak perempuan ini dalam pertemuan dengan Malaysia Dateline baru-baru ini.
Fareedah mengakui, beliau menyimpan impian untuk menjadi aktivis politik sejak sekolah rendah lagi dan mula mempersiapkan diri ke arah itu.
Beliau meminati rancangan Mini Parlimen Kanak-kanak terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM), mengikuti pembentangan bajet dan Persidangan Agung Umno semasa zaman kanak-kanaknya.
Berganjak ke sekolah menengah, seterusnya ke peringkat matrikulasi dan melanjutkan pengajian di Universiti Malaya (UM) dalam bidang Pengurusan Teknologi Maklumat, minat terhadap politik tidak pernah sesekali pun padam di sanubarinya.
Di peringkat menengah, beliau bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaaan Agama (SMKA) Sheikh Haji Mohd Said, Seremban.
Walaupun berada dalam aliran sains, beliau sedaya upaya memastikan kecemerlangan dalam subjek agama bagi menguasai asas dalam bidang agama.
Tegasnya, untuk menjadi ahli politik yang berjaya dunia akhirat,seseorang itu perlu mempunyai pengetahuan agama yang luas kerana dia akan terlibat dalam membuat keputusan dan menentukan dasar-dasar dalam pengurusan negara.
“Memang saya ada pandangan yang sangat jelas, memang ada minat untuk terlibat dalam politik. Bukan bermakna nak jadi pemimpin tetapi penggerak kepada parti politik.
“Perasaan untuk menjadi aktivis parti politik memang tak pernah padam dari dalam diri,” ujarnya yang mesra dipanggil Ayong.
Daripada Umno ke Pas
Fareedah ketika menyertai perhimpunan bersih yang diadakan.Fareedah ketika menyertai perhimpunan bersih yang diadakan.Pendidikan agama yang diperoleh sewaktu di sekolah menengah secara tidak langsung mengubah cara beliau berfikir tentang politik.
Peristiwa pemecatan Mufti Selangor Allahyarham Datuk Ishak Baharom pada tahun 1997 akibat melarang wanita Islam menyertai pertandingan ratu cantik turut mempengaruhi pemikiran politik Fareedah yang dilahirkan dalam keluarga Umno ini.
Menurut Fareedah, ayah dan ibunya merupakan ahli Umno sejak beliau kecil lagi malah beliau selalu dibawa menghadiri program-program Umno.
Namun ayah dan ibunya meninggalkan Umno dan menyertai Pas selepas peristiwa pemecatan Allahyarham Datuk Ishak Baharom.
Bekas murid tadika Kemas ini ketika itu mula mencari-cari parti politik yang sesuai dengan prinsip dan kecenderungannya.
Fareedah berkata, walaupun mula didedahkan dengan Pas namun beliau masih berasa ragu-ragu kerana kurang berkenan dengan pendekatan penceramah Pas yang disifatkan sebagai tidak mesra dan agak agresif.
Namun katanya, beliau sudah mengagumi kepimpinan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika itu.

Najib Perdana Menteri paling gagal – bekas ahli UMNO

Anina merujuk tindakan 1MDB menjual aset negara kepada syarikat luar demi menyelesaikan hutang selain peningkatan kos sara hidup yang membebankan rakyat
anina najib
PETALING JAYA: Bekas ahli UMNO, Anina Saadudin mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri paling gagal di dunia kerana menjual kepentingan negara kepada syarikat asing demi menyelamatkan 1MDB.
Katanya, Perdana Menteri yang baik tidak akan sanggup menjual harta negara kepada syarikat luar semata-mata bagi menyelamatkan sebuah syarikat.
Perdana Menteri yang baik, kata Anina, perlu sentiasa berusaha membangunkan ekonomi negara dan mencari jalan memyelesaikan hutang yang tidak perlu menjual aset negara kepada pihak luar.
Dia merujuk kepada penjualan loji janakuasa milik 1MDB, Edra Global Energy kepada China General Nuclear Power Corportion dan penjualan 60 peratus saham Bandar Malaysia kepada konsortium Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH)-China Railway Engineering Corporation (CREC).
Konsortium IWH-CREC melibatkan pegangan kepentingan 60:40.
“Sekiranya Najib seorang ketua kerajaan yang baik beliau tidak akan menjual harta negara kepada orang asing sebaliknya memikirkan cara membangunkan negara yang diperintah,” katanya kepada FMT.
Dalam masa sama, Anina menasihatkan Najib supaya berhenti mengheret bapanya, bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak ke kancah kegagalan politik beliau.
“Pertama kali dalam sejarah saya melihat seorang Perdana Menteri yang paling gagal dalam sejarah negaranya berdiri di hadapan rakyat sambil menyatakan “saya bangga menjadi anak bapa saya dan setiap hari saya hidup untuk mengekalkan warisannya”.
“Ini sunguh tidak masuk akal saya dan 30 juta rakyat Malaysia yang lain. Persoalannya, kepada siapa Datuk Seri Najib hendak buktikan bahawa beliau berjaya seperti ayahandanya, Tun Abd Razak,” katanya.

MAKIN DICARI PERSAMAAN, MAKIN KETARA PERBEZAAN

Semakin Najib cuba mencairkan hati rakyat dengan menunjukkan seolah-olah beliau mempunyai persamaan dengan Tun Razak, yang menyerlah sebenarnya hanyalah jurang perbezaan antara kedua-duanya.

Selain banyak aspek perbezaan antara "anak dengan bapa" yang disingkap dalam seminar sempena 40 tahun pemergian Bapa Pembangunan itu baru-baru ini, mereka yang pernah bekerja dan mengenali Tun Razak lagi banyak ceritanya.

Berbual-bual dengan mereka, tanpa ragu-ragu, terbuka dan lantang pasti akan terpacul suara, "langsung tak sama."

Antara DEB dan 1MDB saja sudah cukup menunjukkan bezanya bagaikan langit dengan bumi antara Tun Razak dengan Najib.

Maka, sebagaimana yang diakui sendiri oleh Najib, patutlah Tun Razak tidak menggalakkan beliau menceburi politik, sebaliknya hanya mahukannya menjadi akauntan saja.

Selama ini, cakap-cakap bahawa Tun Razak dikatakan lebih mahukan Ahmad Johari menceburi politik dan bukannya Najib sudah pun lama diperbualkan, tetapi tidak ada yang dapat mengesahkannya secara pasti.

Ini kerana ia mungkin hanya diperbualkan antara Tun Razak dengan orang-orang tertentu atau kenalan rapatnya saja. Kemungkinan lain ialah mereka yang mengetahuinya tidak mahu mengungkit lagi hal itu berikutan kedudukan Najib sudah menjadi Perdana Menteri sekarang ini.

Menyebutnya lagi hanya seolah-olah mencalarkan nama baik Tun Razak serta menunjukkan tidak semua perkara yang dimahukannya adalah betul. Hakikatnya walaupun tidak digalakkan tetapi Najib berjaya menjadi Perdana Menteri.
Tuah menyebelahi Najib sebagai anak sulung dan bukan Ahmad Johari yang merupakan anak kedua hanyalah kerana Tun Razak meninggal dunia lebih awal dan secara mengejut disebabkan penyakit leukemia yang dideritanya.

KENAPA NAJIB PERLU BOHONG ??!!

Najib Razak kata 1MDB tidak guna dana rakyat.

Tetapi Ketua Audit Negara telah menyatakan bhw 1MDB telah menerima geran pembangunan berjumlah RM1.09 bilion.

KENAPA NAJIB PERLU BOHONG ??!!

Nampaknya skandal sukuk RM2.4 bilion dah menjadi skandal RM3.5 bilion yg lebih besar dari derma RM2.6 bilion.

Bezanya anak & bapak..


Tun Razak..
Tak bazir wang utk isteri
Tak boros beli panda
Suruh Rahah beli tiket sendiri jika mahu ikutnya

Najib..
Bazir wang utk isteri
Boros beli panda
Selamba muka tebal guna jet mewah kerajaan

TPPA: Should Malaysia sign?

Anwar Ibrahim: Islam Ini Dihormati Kerana Kita Dapat Menunjukkan, Melaksanakan Keadilan

Itu pandangan peribadi Zuhdi, tidak wakili parti - Mahfodz

PAS kaji semula kerjasama jika PKR bersekongkol dengan DAP, PAN serangnya

PAS nekad letak calon di kerusi DAP dan PAN, kata Mahfodz