Sabtu, 16 Januari 2016

NAMPAK TAK !!!.. klu camtu suruh jer pak2 lebai ularmak UMNO minum air seteguk yg dicampurkan dgn setitik arak.. Ada berani ka !!!

KWSP adalah antara pemegang saham besar dlm Berjaya Sports Toto....

Alhamdulilah.. Syukur & tahniah para penguasa agama dan pihak berkuasa di Malaysia...

Bertungguh sungguh rakyat M'sia yg halal HARAM sama-sama bantai sekali..

Apa nak heran.. Pada tahun 2008 Majlis Fatwa Kebangsaan pernah kata.. "Unsur HARAM sedikit tak mengapa berbanding halal menjadikan pelaburan dibenarkan"..

"Kewajipan Taat Kepada DS Najib Sebagai Ulil Amri Dan Perdana Menteri" - Ustaz Fathul Bari

Biar rakyat rasa perit bayar tol, tanggung kos sara hidup yg tinggi.. asalkan puok2 'mereka' itu hidup bersenang lenang penuh kemewahan dgn keperitan kehidupan rakyat..

Pakatan Harapan sokong titah Sultan Johor tolak unsur perkauman kes pergaduhan sekolah


pakatan-harapan
KUALA LUMPUR 16 JAN: Pakatan Harapan menyifatkan tindakan pihak tertentu mengaitkan kejadian pergaduhan di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Pai Chee, Mersing, Johor dengan sentimen perkauman, hanya mengeruhkan keadaan.
Pada kenyataan media bersama Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Gan Peck Cheng; Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan dan Pengerusi PKR Johor, Hassan Karim, mereka menganggap perbuatan mengaitkan sentimen itu sebagai pra-matang dan bersifat simplistik.
Sultan Johor“Ia akan mengeruhkan lagi keadaan sebelum punca sebenar dari hasil siasatan lengkap dapat diperoleh,” kata kenyataan berkenaan, hari ini.
Kenyataan itu menyebut, Pakatan Harapan juga menyokong penuh titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar  yang menolak unsur perkauman dan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang mencetuskan ketegangan antara kaum tanpa pilih kasih.
“Sebelum sebarang tindakan atau kenyataan dikeluarkan mana-mana pihak, maklumat tepat mesti diperoleh terlebih dahulu,” kata kenyataan itu yang turut menegaskan Pakatan Harapan mengambil berat kejadian itu.
“Saya tidak mahu mendengar apa-apa masalah mengenai perkauman di negeri ini. Setiap kaum seperti Cina, India adalah Bangsa Johor. Kita perlu menghormati satu sama lain,” titah baginda, dipetik.
Kenyataan sama juga menyatakan Pakatan Harapan Johor bersetuju supaya Pasukan Khas yang ditubuh Kementerian Pelajaran diberi masa untuk melengkapkan siasatan, selain memberi ruang sama kepada polis untuk menjalankan tugasnya.
“Hasil siasatan kedua-dua pihak itu diharap dapat mengenal pasti secara tepat punca kejadian dan tindakan tegas di sisi undang-undang diambil terhadap mereka yang didapati bersalah,” kata kenyataan berkenaan.

Mat Sabu: Guna pendidikan kekang keganasan agama, bukan 'akta-akta mengarut'

Parti Amanah Negara (AMANAH) berkata Kerajaan Persekutuan perlu menerapkan nilai pendidikan bagi mengekang keganasan agama dan bukannya dengan memperkenalkan 'akta-akta mengarut'.
Presidennya Mohamad Sabu berkata, 'akta-akta mengarut' yang diperkenalkan kerajaan tidak boleh mengatasi masalah keganasan pelampau agama seperti Islamic State (IS).
 "Kekang keganasan dengan pendidikan dan demokrasi dan sebagainya.
"Tidak perlu akta-akta baru. Akta lama pun mengarut," katanya kepada pemberita di Retreat Kepimpinan DAP di Subang Jaya hari ini.
Katanya, AMANAH secara jelas menolak apa-apa juga bentuk keganasan yang berlaku di mana-mana negara.
"Apa yang melibatkan orang awam kita tidak setuju. Jakarta, Paris kita tidak setuju.
"Kita tidak setuju konsep IS. Negara Islam kita terima, tetapi konsep dia (IS) kita tidak terima. Kami memilih demokrasi dan pilihan raya," katanya.
Khamis lalu kumpulan militan IS mengaku bertanggungjawab dalam kejadian pengeboman di Jakarta yang mengakibatkan tujuh maut dan 20 cedera.
Bagi mengekangnya di Malaysia, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan beberapa akta baru seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), Akta Pencegahan Jenayah (POCA), Akta Pencegahan Keganasan (POTA), dan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN).

PAS berhak jalin kerjasama demi syiar Islam, kata Hadi

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu berhak menjalin kerjasama dengan Umno selagi kedua-dua pihak bersedia menerima pandangan masing-masing demi syiar Islam dan bukan kepentingan politik. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Januari, 2016. 
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu berhak menjalin kerjasama dengan Umno selagi kedua-dua pihak bersedia menerima pandangan masing-masing demi syiar Islam dan bukan kepentingan politik.

PAS tidak akan berhenti bekerjasama dengan sesiapa sahaja atau mana-mana parti politik demi menegakkan syiar Islam dan kepentingan umat Islam di negara ini.
Malah, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, parti itu juga berhak menjalin kerjasama dengan Umno selagi kedua-dua pihak bersedia menerima pandangan masing-masing demi membangunkan syiar Islam dan bukan atas kepentingan politik.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama dalam program Nadwah Ulama 2016 bertajuk “Politik Terkini & Hala Tuju PAS” di Kompleks Tarbiyah At-Taqwa (Komtaq) di Batu Enam di Kuala Nerus, hari ini.

Turut hadir, Pesuruhjaya PAS Terengganu Satiful Bahri Mamat, Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Datuk Hussin Awang, dan Ketua Penerangan PAS Negeri Mohd Nor Hamzah. Kata Hadi, beliau sendiri pernah mewakili umat Islam di negara ini suatu ketika dahulu untuk menjadi orang tengah dalam usaha menyelesaikan konflik di Yaman.
"Pada waktu itu kerajaan Malaysia menerusi Wisma Putra mengarahkan pihak kedutaan kita di sana (Yaman) membantu saya secara diplomatik untuk menjadi pendamai dalam konflik tersebut.

Kawan BN musuh Amanah, kata Mat Sabu

Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu menegaskan tidak akan berbaik-baik dengan mana-mana pihak yang bersahabat dengan Barisan Nasional. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Januari, 2016. 
Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu menegaskan tidak akan berbaik-baik dengan mana-mana pihak yang bersahabat dengan Barisan Nasional. 

Parti Amanah Negara (Amanah) akan bermusuhan dengan sesiapa sahaja yang bersahabat dengan musuh mereka, Barisan Nasional (BN), kata presidennya Mohamad Sabu. "Kita musuh BN sekarang. Kita musuh dan sesiapa sahaja yang kawan dengan BN," katanya kepada pemberita selepas berucap dalam retreat kepimpinan DAP kebangsaan 2016 di Subang Jaya, Selangor hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad yang berkata, Amanah menjadi musuh baharu PAS selepas Umno.

Amanah sebelum ini dilaporkan akan bertanding 8 kerusi di Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). “Ancaman kita adalah Umno tapi kita ada musuh baharu. Mereka akan bertanding 8 kerusi, letak diri sama macam Umno, bermakna di 8 kawasan mereka akan rampas.
“Jangan kita tengok Umno ancaman tapi ada lebih ancaman. Kenapa kita tak pertahankan kerusi kita.
“Kalau kita tidak ada dalam kerajaan, siapa yang nak pertahankan Islam?” kata Iskandar dalam ucapannya di Ijtimak Pilihan Raya Selangor di Kuala Selangor, minggu lepas.

Pemimpin disarankan kurang berpolitik - Iskandar

PUTRAJAYA – Pemimpin di negara ini disarankan supaya mengurangkan aktiviti berpolitik dan perlu fokus dalam membantu dan membela nasib rakyat.
Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, tinjauan daripada akar umbi mendapati mereka melihat pemimpin lebih banyak berpolitik daripada membantu rakyat.
Katanya, ianya merupakan satu perkembangan kurang sihat di mana pada ketika ini rakyat berdepan dengan kos sara hidup yang tinggi.
Iskandar Abdul Samad “Kita perlu kurangkan berpolitik. Bukan tidak penting (politik) tetapi kita kena fokus perkara lain yang dapat membangunkan rakyat.
“Begitu juga dengan parti, ahli akar umbi mahu lihat usaha daripada pemimpin untuk membela nasib mereka ,” katanya ketika merasmikan Konvensyen Usahawan Haraki, hari ini.
Konvensyen itu bertujuan memperkukuhkan jaringan perniagaan di kalangan usahawan Pas dan melakar agenda bertindak untuk pengukuhan ekonomi Pas.
Program itu menampilkan empat ahli panel iaitu bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, pembahas ekonomi, Datuk Raja Idris Raja Kamaruddin, Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat (DUPP), Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Zaharuddin Muhammad.
Mengulas konvensyen tersebut, Iskandar berkata, usahawan Pas mampu meraih pulangan yang lumayan andai menjadikan ahli daripada parti itu sebagai sasaran perniagaan.
“Kita ambil contoh Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti). Mereka mempunyai 108,000 murid dan daripada situ, mereka meraih keuntungan lebih kurang RM60 juta setahun.
“Jadi di sini bermakna, jika usahawan memberi fokus kepada ahli Pas itu sendiri, mereka mampu untuk meraih keuntungan yang besar. Pasaran dalam Pas itu cukup besar,” katanya.

Hadi; 'Saya pernah kemuka pandangan kepada Najib, Tun M'

Abdul Hadi Awang
KUALA NERUS – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang  berkata, beliau pernah mengemukakan pandangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan juga bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu berkaitan Islam di peringkat antarabangsa.
“Saya telah beri pandangan dan nasihat kepada Datuk Seri Najib supaya meminta kerajaan Bangladesh membebaskan tokoh-tokoh negara Islam itu daripada tahanan. Saya juga ada jumpa Tun Dr  Mahathir dan kami berbincang mengenai perkara yang sama.
“Kita juga sedang berbincang dengan pucuk pimpinan negara bagaimana untuk meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah. Inilah bentuk kerjasama yang kita jalinkan..takkan tidak boleh..takkan nak bersalam pegang tangan pun tidak boleh,” katanya ketika pada Nadwah Ulama 2016: Politik Terkini dan Halatuju Pas di Kompleks Tarbiyah At-Taqwa (Komtaq), Batu Enam, di sini, hari ini.
Abdul Hadi menambah, Pas tidak bergabung dengan Umno, sebaliknya hanya bekerjasama dalam perkara untuk menegakkan syiar Islam.
Jelasnya lagi, adalah tidak salah sekiranya Pas mengambil pendirian untuk bekerjasama dengan parti lawan asalkan pihak berkenaan bersedia untuk menerima pandangan bagi kepentingan rakyat serta umat Islam di negara ini.
“Pas mempunyai hak untuk menjalin kerjasama dengan sesiapa sahaja atau mana-mana parti politik termasuk Umno kerana apa yang jelas kerjasama yang ingin dilakukan itu memberi faedah kepada seluruh umat Islam di negara ini dan jalinan bukan atas kepentingan politik.
“Pas melakukan lonjakan paradigm itu (jalin kerjasama dengan mana-mana pihak demi kepentingan umat Islam) untuk mendapatkan sokongan yang lebih ramai..takkan kita hendak tumpu pada sokongan yang sedia ada semata-mata..kita perlu tambahkan lagi (peroleh lebih banyak sokongan),” katanya.

1MDB berniaga dgn 'bijaknya..

Beli Aset Guna Hutang..
Bayar Hutang Jual Aset Balik

Apa persamaan Ahmad Maslan & Najib ??

Bila masuk umno, ciri2 bohong, putar belit & bodoh wajib dpertahankan utk kekal lama dlm Kabinet Najib..

Fuziah: Kenapa guna wang rakyat..?

KUANTAN - “Jangan guna duit rakyat untuk kerja-kerja pembersihan sisa bauksit, sebaliknya arahkan pengusaha jalankan kerja sebagai tanggungjawab sosial mereka.”
Itu reaksi Pengerusi Gabungan Badan Bertindak Menentang Pencemaran Bauksit, Fuziah Salleh apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan supaya pihak berkuasa tempatan (PBT) mencuci pencemaran bauksit.
Fuziah Salleh Menurutnya, tindakan itu (menggunakan wang rakyat) boleh dipertikai kerana selama ini penduduk sudah cukup sengsara dengan pencemaran alam sekitar.
“Kenapa perlu guna wang rakyat? Dan tindakan perdana menteri seolah-olah menyalahgunakan wang rakyat.
“Sedangkan kerja-kerja pembersihan ini perlu dilakukan oleh pengusaha yang begitu rakus melombong sehingga menyebabkan berlakunya pencemaran,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam.
Fuziah berkata, rakyat sudah cukup menderita dengan pencemaran ini, sebaiknya jangan menambah kemarahan rakyat dengan menggunakan duit mereka untuk mencuci pencemaran ini.
“Rakyat dalam kesusahan akibat kenaikan kos sara hidup dan cukai barangan dan perkhidmatan  (GST).
“Tindakan menggunakan duit rakyat untuk mencuci kekotoran bauksit ini ibarat mencurah garam kepada luka rakyat.
“Ia menambahkan kepedihan dan lebih baik peruntukan tersebut digunakan untuk bantu rakyat yang susah,” katanya.
Dalam pada itu, Fuziah berkata, perdana menteri sepatutnya mengarahkan semua syarikat pemilik konsesi melombong, syarikat pemilik lori yang mengangkut bauksit dan syarikat yang mempunyai lesen import (AP) mengeksport  bauksit melakukan tugas mencuci.

Pulau Pinang perlu sokong TPPA, kata timbalan menteri Umno

Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata sektor pembuatan antara sektor yang akan mendapat manfaat daripada TPPA dan Pulau Pinang merupakan negeri yang kaya dengan sektor pembuatan. – Gambar fail, The Malaysian Insider, 16 Januari 2016. 
Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata sektor pembuatan antara sektor yang akan mendapat manfaat daripada TPPA dan Pulau Pinang merupakan negeri yang kaya dengan sektor pembuatan. 

Kerajaan DAP Pulau Pinang perlu menyatakan pendirian sama ada menyokong Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) atau sebaliknya kerana negeri itu dilihat bakal menerima keuntungan daripada perjanjian itu.
          
Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata laporan PricewaterhouseCoopers Malaysia (PwC) menyatakan sektor pembuatan antara sektor yang akan mendapat manfaat daripada TPPA dan Pulau Pinang merupakan negeri yang kaya dengan sektor pembuatan terutamanya elektrik dan elektronik.
      

Khalid Ibrahim Berjiwa Pas - Dr Mohd Khairuddin

Sarawak mohon kuasa dikembalikan oleh Putrajaya

PAS mungkin akan bergabung dengan parti lain lepas PRU14 - Dr Zuhdi

Dewan Ulamak : Kerjasama putus jika PKR khianati Pas..!!

PUTRAJAYA - Pas tidak teragak-agak memutuskan kerjasama politik dengan PKR sekiranya parti pelbagai kaum itu mengikut jejak langkah DAP.
Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, Pas tidak akan membiarkan rakan tahaluf siyasinya melakukan sabotaj bersama musuhnya di kawasan Pas.
"Prinsip Pas tidak bekerjasama dengan pengkhianat, walaupun PKR ada perjanjian dengan Amanah dan DAP, namun kita kena tengok dari semasa ke semasa.
"(Tindakan) PKR meraikan program Amanah menyerang kawasan Pas seolah-olah sabotaj kepada Pas. Kita tak boleh berkawan dengan orang yang berkawan dengan musuh kita," katanya pada sidang media selepas Konvensyen Usahawan Haraki, di sini, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin semalam bahawa PKR tetap bekerjasama dengan DAP dan Pas bagi menghadapi PRU14 khususnya di Selangor.
Mengulas lanjut, Mohd Khairuddin juga berkata, Pas tidak mahu 'diperkuda' oleh PKR seperti mana yang dilakukan DAP bagi memenangi pilihan raya lalu.
"PKR (mahu) guna tenaga kita untuk pilihan raya (PRU14), lepas pilihan raya pula, ia mempergunakan kita ini bukan untuk prinsip Islam," tegasnya.

Turun kuasa: Adenan jumpa Najib Rabu depan

SIBU - Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem akan berjumpa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu depan bagi menyelesaikan perkara berkaitan penurunan kuasa kepada kerajaan negeri Sarawak.
Turun kuasa: Adenan jumpa Najib Rabu depan Semasa berucap merasmikan Program Sejiwa Senada 2016 Bahagian Sibu di sini, hari ini, Adenan berkata Sarawak mahu agar dikembalikan kuasa pentadbiran yang pernah dimilikinya dan diambil kerajaan pusat memandangkan ia penting bagi pembangunan negeri itu khasnya kepada penduduk di luar bandar.
Katanya dalam perjumpaan itu juga, beliau akan membangkitkan lagi mengenai peningkatan royalti minyak kepada Sarawak memandangkan kadar lima peratus sekarang terlalu kecil.
Menurut beliau perbincangan mengenai perkara terbabit akan memakan masa namun percaya ia akhirnya akan dipersetujui kerajaan pusat.
Justeru, beliau mahu rakyat memberi tempoh lima tahun lagi kepada beliau dan Barisan Nasional (BN) untuk memimpin Sarawak agar perkara itu dapat dicapai bagi kepentingan semua.
Sehingga kini, kata Adenan, kerajaan pusat telah bersetuju untuk tidak mengeluarkan lesen perikanan laut dalam di kawasan perairan Sarawak tanpa merujuk kepada kerajaan negeri terlebih dahulu.
Katanya kerajaan pusat juga telah bersetuju supaya dalam masa tiga tahun lagi 90 peratus daripada tenaga guru di negeri itu adalah rakyat negeri itu sendiri selain peruntukan kontrak tahunan bernilai RM2.1 bilion Petronas kepada syarikat-syarikat dari negeri Sarawak.

Tangani isu keganasan secara menyeluruh, bersepadu


Dr Muhammad Nur ManutyDr Muhammad Nur ManutyIsu keganasan perlu ditangani secara komprehensif, menyeluruh dan bersepadu dan tidak mungkin diselesaikan melalui pendekatan jangka pendek, ‘adhoc’ dan bersifat reaktif semata-mata, kata Pengerusi Biro Pemahaman Dan Pemantapan Agma (BiPPA) PKR, Senator Dr Muhammad Nur Manuty.
Menurut beliau, dunia antarabangsa perlu mencari prinsip dan kaedah imperatif untuk membanteras keganasan seperti disarankan ulamak terkemuka, Syeikh Yusuf al-Qaradawi.
Dr Muhammad merujuk siri tragedi pengemboman di beberapa kota dunia seperti Istambul, Paris dan yang terbaru Jakarta pada 14 Januari lalu.
Sambil menyifatkan tindakan itu sebagai amat mendukacitakan dan dikesali, beliau berkata tindakan ganas itu amat tidak berperikemanusiaan dan bertentangan dengan tatasusila semua agama.
"Justeru kami ingin mengangkat pandangan Syeikh Yusuf al-Qaradawi, Ketua Kesatuan Ulama Sedunia, yang telah mengemukakan langkah-langkah yang praktis (dalam tulisannya) Menelaah Realiti Umat Dalam Waktu Mutakhir.
"Menurut beliau, untuk membanteras ekstremisme, hendaklah bermula dengan kajian mendalam ke atas diri dan peribadi pengganas. Lazimnya mereka ini terlalu taksub dengan sesuatu ideologi yang dianuti. Ia juga berlaku akibat dari kefahaman yang janggal dan tercemar mengenai agama Islam," jelasnya.
Syeikh Yusuf juga, tambah beliau menjelaskan bahawa ekstremisme berlaku akibat daripada penindasan, ketidakadilan dan kezaliman yang berlaku di beberapa negara Islam tertentu terutama di Timur Tengah.
Kesemua faktor seperti inilah, katanya yang melahirkan kelompok ekstremis yang sangat tegar berpegang dengan prinsip kekerasan (al-‘unuf).

Hentikan Keganasan Dunia Dan Hentikan Sebaran Islam Anti Keamanan

Oleh DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
1. Pengeboman di Jakarta tempohari adalah satu tragedi yang tidak bertamadun. Peristiwa ini berlaku hanya selepas dua hari peristiwa pengeboman di Istanbul. Saya mengutuk keras atas tindakan tidak bertamadun ini yang bertentangan daripada arus syariah Islam dan berlawanan dengan budaya serta kewarasan akal manusia sejagat.

2. IS dikaitkan dalam kedua-dua peristiwa ini, pada hemat saya sekiranya benar IS yang bertanggungjawab maka sudah jelas bahawa mereka ini tidak mewakili kumpulan atau mana-mana gerakan Islam kerana tindakan mereka ini tidak menuruti cara Islam.bMenjadi tanggungjawab umat Islam dan kumpulan umat Islam manjauhi diri daripada dipengaruhi dan diresapi pemikiran IS. 3. Menjadi satu tanda Tanya kenapa IS dikatakan mula melaksanakan agenda-agendanya di Negara-Negara umat Islam? Sekiranya mereka (IS) ini benar sebagai kumpulan Islam, sesuatu yang sangat pelik dan menimbulkan persoalan kenapa mereka memusnahkan sesama Islam dan membunuh manusia yang tidak berdosa?

Najib kata jangan persenda orang lain dalam media sosial

Najib digesa letak jawatan hingga hashtag, #Najibletakjawatan dicipta pengguna Twitter diguna berleluasa dalam media sosial.
najib_social-media_car_600SERI KEMBANGAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggesa agar rakyat Malaysia khususnya pengguna media sosial supaya tidak menyalahguna platform sosial itu.
Menurutnya, media sosial tidak seharusnya digunakan untuk tujuan mempermainkan atau mempersenda individu atau kumpulan tertentu.
“Kita tidak boleh gunakan media sosial untuk ‘make fun of each other’,” ujarnya sewaktu berucap di hadapan kira-kira 1,500 hadirin di Wisma Hua Zhong, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Najib juga menyeru agar rakyat Malaysia bekerjasama bagi mengukuhkan lagi perpaduan untuk meneruskan pembangunan yang progresif di negara ini.
“Kita kena bekerjasama mengukuhkan pembinaan perpaduan dan progresif Malaysia,” jelasnya lagi.
Sebelum ini, warga maya menggesa Najib meletakkan jawatan hinggakan hashtag, #Najibletakjawatan dicipta oleh pengguna Twitter telah diguna secara berleluasa dalam media sosial.
Bukan itu sahaja, turut dikesan beberapa laman sosial Facebook yang dicipta bagi mendesak Najib mengundur diri daripada jawatan Perdana Menteri.
Najib dikritik ekoran kontroversi yang membabitkan dirinya dengan wang derma politik yang diterima daripada dermawan misteri, negara Timur Tengah dan skandal syarikat pelaburan tempatan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Miss Tourism: 'AMANAH dah buat apa yang perlu'

Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Melaka, Adly Zahari berkata tidak ada apa lagi yang boleh dibuat pihaknya untuk menghalang penganjuran pertandingan akhir Miss Tourism 2015/1026 World yang berlangsung di Melaka hari ini.
Katanya, ini kerana apa yang sepatutnya mereka lakukan sudah pun dibuat apabila Angkatan Wanita AMANAH membuat bantahan kepada kerajaan negeri Itu sebelum ini.
“Tak ada apa lagi yang kami boleh buat. Kita dah sampaikan mesej kita bila Angkatan Wanita AMANAH membuat bantahan berhubung perkara tersebut sebelum ini. Jadi, untuk langkah seterusnya adalah menjadi hak kerajaan negeri," tegas Adly ketika dihubungi Malaysiakini.
PAS, AMANAH Melaka dan beberapa NGO sebelum ini kesal dengan penganjuran pertandingan Miss Tourism 2015/16 di Melaka.
Antara yang tampil membantahnya Ketua Angkatan Wanita AMANAH, Mahani Othman Basir yang dilapor berkata jelas sekali pertandingan Miss Tourism ini haram di sisi Islam kerana pakaian yang menjolok mata, tidak sopan dan hadirin pula terdiri dari kaum lelaki dan wanita.
Malah, menurut Mahani, lebih malang lagi Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron sendiri turut hadir memeriahkan acara tersebut.
Bagaimanapun, Idris Haron berkata sektor pelancongan Melaka mampu mendapat manfaat besar terutama dari limpahan publisiti menerusi kunjungan ratu cantik dari seluruh dunia.
Kata Idris, pendekatan bijak mempromosi pelancongan negeri menerusi pertandingan ratu cantik berupaya meletakkan Melaka sebagai destinasi pelancongan berjenama besar.
Mengulas lanjut kenyataan Idris itu, Adly berkata penganjuran Miss Tourism tidak dapat mengurangkan beban hidup yang ditanggung oleh rakyat hari ini.
“Kalau kita tengok penganjuran Miss Tourism di Melaka ini tidak mengurangkan bebanan rakyat.
“Tindakan kerajaan negeri menganjurkan Miss Toursim bukan untuk naikkan nama Melaka dan menarik pelabur datang ke sini. Tetapi hanya untuk jadi kerajaan popular di mana mereka menganjurkan program selawat bersama rakyat untuk tarik pengundi Melayu-Islam dan Miss Tourism untuk menangi hati pengundi bukan Islam,” tegas Adly.
Miss Tourism World adalah acara antarabangsa yang sebelum ini pernah diadakan antaranya, di Venezuela, Equatorial Guinea dan Thailand.
Dan bagi tahun 2015/2016 Miss Tourism World berlangsung di Melaka di mana pemenang akan dimahkotakan pada malam ini.

Sekolah demokrasi DAP lahirkan tokoh muda Melayu

Sekolah Demokrasi DAP cuba melahirkan tokoh aktivis dan ahli politik Melayu, salah satu usaha parti itu menarik sokongan orang Melayu yang dikatakan semakin merudum. – Gambar Roketkini, 16 Januari, 2016.
Sekolah Demokrasi DAP cuba melahirkan tokoh aktivis dan ahli politik Melayu, salah satu usaha parti itu menarik sokongan orang Melayu yang dikatakan semakin merudum.

Ketika sentimen anti DAP semakin marak di kalangan masyarakat Melayu negara ini sejak beberapa tahun lalu, DAP menubuhkan Sekolah Demokrasi (SekDem), dan ia terbukti mula menunjukkan hasil dengan lahirnya tokoh anak muda Melayu DAP.
Sesuai dengan masalah yang mereka hadapi, SekDem menjadikan Bahasa Malaysia sebagai pengantar kerana mereka mensasar anak muda Melayu menyertainya.
"Kami melahirkan lebih 300 graduan dari sekolah ini sejak ditubuhkan kira-kira 4 tahun lalu. Lebih 90% daripada mereka adalah orang Melayu," kata Wan Hamidi Hamid, pengetua SekDem yang merupakan bekas wartawan, yang kini menjadi petugas Melayu sepenuh masa di ibu pejabat DAP.

Usaha Wan Hamidi terbukti berkesan apabila ramai "selebriti" DAP di kalangan Melayu kini adalah graduan SekDem. Young Syefura Othman, Dyana Sofya dan Edry Faizal Eddy Yusof adalah antara graduan SekDem yang kini menjadi selebriti di kalangan pemimpin DAP.
Diyana adalah bekas calon DAP pada pilihan raya kecil Teluk Intan, manakala Syefura, atau Rara dan Edry adalah antara ahli majlis pihak berkuasa tempatan yang bakal dilantik kerajaan Selangor.
Kedua-dua mereka mereka sedang digarap DAP menjadi calon mereka dalam pilihan raya umum nanti.
"Melalui sekolah ini, kami latih peserta bercakap tentang demokrasi selepas memahamkan mereka tentang demokrasi," kata Wan Hamidi kepada The Malaysian Insisder.
Wan Hamidi memulakan kariernya dengan DAP apabila dilantik menjadi ketua pengarang Roketkini, laman web berbahasa Melayu milik DAP.
Wan Hamidi Hamid, pengetua Sekolah Demokrasi DAP yang melahirkan 'selebriti' DAP di kalangan Melayu, berkata menukar sentimen Melayu terhadap DAP bukan mudah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Januari, 2016.Wan Hamidi Hamid, pengetua Sekolah Demokrasi DAP yang melahirkan 'selebriti' DAP di kalangan Melayu, berkata menukar sentimen Melayu terhadap DAP bukan mudah. Selain pengetua SekDem, Wan Hamidi juga pengasihat projek Impian Malaysia yang diusahakan DAP bagi menembusi kawasan yang selama ini asing untuk parti itu.
Di bawah Impian Malaysia terbentuknya Impian Sabah, Impian Sarawak dan tahun lalu mereka membentuk Impian Kelantan.
Melalui Impian Sarawak dan Sabah, DAP pergi ke kawasan pendalaman di kedua-dua negeri itu membantu kehidupan penduduk di sana.
Mereka membina saluran paip air, membaiki jalan rosak dan membina rumah penduduk kampung.
Ketika Impian Kelantan dilancarkan untuk membantu mangsa banjir mega di negeri itu, Rara dilantik penyelarasnya.
Ditemui baru-baru ini, Rara dengan bangga memberitahu beliau graduan SekDem pimpinan Wan Hamidi.
Selama 6 bulan, beliau berulang alik membawa sukarelawan dan bahan bantuan dari Kuala Lumpur ke Kampung Pasir Tumbuh di pendalaman Hulu Kelantan bagi membantu mangsa banjir di kawasan itu.

Presiden Argentina Derma Gaji Kepada Dapur Gelandangan....kat Malaysia terus bermewah dan boros...!!!

Pas jadi penentu undi Melayu kepada PH atau Umno.!!

PUTRAJAYA - Pas bakal jadi penentu kepada sokongan pengundi Melayu sama ada ke arah pakatan pembangkang ataupun Umno-BN.
Ketua Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata walaupun Pas kini bersendirian namun undi Melayu Islam kemungkinan besar akan bertambah.
Pas
"Orang Melayu sudah sedar tentang ancaman daripada DAP itu, kita harap orang Melayu dapat menyatukan kita dan kekuatan Pas akan lebih baik berbanding ketika bersama PR," katanya kepada pemberita pada Konvensyen Usahawan Haraki, di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Mahfodz juga berkata DAP berpeluang menjadi parti dominan dalam pakatan pembangkang selepas Pas 'ditendang' keluar dari Pakatan Rakyat, tahun lepas.
"(Parti) yang dominan dalam Pakatan Harapan ialah DAP, bukan Amanah, ia parti baharu, belum tercabar lagi, tak tahu lagi kekuatannya.
"Sebab itu akan menjadi dominan saya percaya adalah DAP," dakwanya.
Sementara itu, Mahfodz menyifatkan PKR bijak membuat percaturan politik sebagai 'orang tengah' kerana mahu mengekalkan kerjasama antara Pas dan Pakatan Harapan.
"PKR masih bijak macam orang tengah, dengan Pas dia bekerjasama, dengan Amanah pun dia bekerjasama.
"Mudah-mudahan dengan Pas dan Pakatan Harapan pun PKR akan teruskan (kerjasama)," katanya lagi.

Rakyat Susah Kerana Rasuah Dan Angkara Penyelewengan Kerajaan Umno - Bn

UMNO-BN,Keadaan ekonomi negara ketika ini begitu meruncing dan bakal memberi kesan besar kepada kehidupan rakyat. Terdapat dua faktor yang menjadi penyebab utama kepada keadaan ini. Pertama adalah disebabkan penyelewengan pembaziran, rasuah dan ketirisan pentadbiran kerajan Umno BN.

Hal ini perlu dibongkar dan didedah kepada masyarakat oleh ahli dan pimpinan AMANAH, NGO dan rakan-rakan parti Pakatan Harapan bahawa akibat daripada pemerintahan yang bobrok ini, rakyat berada di tahap yang paling susah, risau dan kerunsingan.

Golongan pertengahan dan bawahan amat merasai tekanan ekonomi yang berlaku sekarang ini.

Faktor kedua adalah akibat daripada turunnya harga minyak di pasaran antarabangsa yang turut memberi kesan besar kepada pendapatan negara.

Bagaimanapun, tumpuan utama kita adalah ketirisan, pemborosan yang dilakukan oleh pemerintah.

Biro Kebajikan AMANAH yang diketuai oleh Ustaz Hasanudin Yunus, mesti digemblengkan, dan disokong bersama untuk membongkar segala bentuk penyelewengan akibat daripada kebobrokan pemerintahan dalam negara ini.

Merekalah menjadi mata dan telinga rakyat bersama Pakatan Harapan dan berusaha membantu mereka yang miskin, tertindas dan menderita akibat daripada penyelewengan yang berlaku.

Say no To TPPA

Diantara isi kandungan perjanjian TPPA..



1. HAK-HAK PELABUR ASING.

- Diberi layanan yang sama seperti pelabur Malaysia.
- Tiada sekatan terhadap pengaliran keluar keuntungan ke luar negara.
- Tidak boleh dkenakan syarat supaya memindahkan teknologi kepada pekerja Malaysia.
- Tidak boleh dkenakan kuota untuk menggunakan barangan tempatan.
- Harus diberi hak bersaing untuk tender perolehan kerajaan.
- Tidak boleh dkenakan apa jua kawalan yang boleh menjejaskan keuntungan masa depan pelabur.
- Jika Kerajaan Malaysia gagal menjamin hak tersebut maka pelabur boleh mengheret kerajaan ke Tribunal Antarabangsa.

2. HARGA UBAT AKAN TINGGI, MONOPOLI SYARIKAT FARMASI DILANJUTKAN.

Kini syarikat farmasi pencipta ubat dijamin monopoli selama 20 tahun, TPPA akan melanjutkan tempoh monopoli hingga ke 28 atau 48 tahun.

( Iaitu 20 tahun tempoh asal + 8 tahun sifat eksklusif data + 20 tahun lagi jika suatu kegunaan baru diisytiharkan)

3. MENGHUKUM PENDIDIK DAN PELAJAR.

Tempoh hakcipta penerbit buku akan dilanjutkan dari 50 tahun selepas kematian penulis buku ke 70 tahun.

Undang-undang hakcipta di Malaysia akan diperketatkan sehingga sesiapa yang membuat salinan boleh dikenakan hukuman yang berat. Pemilik kedai fotokopi boleh dipenjarakan jika beliau buat fotokopi buku tanpa izin pemegang hakcipta. Mesin fotokopinya juga boleh dirampas.

Keperluan Kebijaksanaan dan Bermuafakat Dalam Perjuangan

Oleh Ust Haji Abdul Ghani Samsudin

Untuk mencapai sesuatu kejayaan dan meraih kemenangan dalam perjuangan memang memerlukan

berbagai persiapan di samping perlu memenuhi berbagai persyaratan . Sebab itu persiapan perlu disediakan dahulu; baik yang bersifat ilmu dan sifat sifat keruhanian seperti sabar, mahupun yang bersifat fizikal ; seperti organisasi, pasukan atau kumpulan, kelengkapan meterial dan sebagainya.

Semakin besar dan tinggi tujuan yang hendak dicapai, semakin banyak dan rencam persiapan yang perlu disediakan . Sebab itu Allah menegaskan dalam surah Fussilat ayat 35 :
وَمَا يُلَقَّاهَا إِلَّا الَّذِينَ صَبَرُوا وَمَا يُلَقَّاهَا إِلَّا ذُو حَظٍّ عَظِيمٍ
Tidak akan meraihnya ( kemenangan itu )  kecuali orang yang sabar dan tidak akan menggapainya kecuali orang yang sangat beruntung.

Dalam Surah Al Qasas ayat 89:

وَقَالَ الَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ وَيْلَكُمْ ثَوَابُ اللَّهِ خَيْرٌ لِّمَنْ آمَنَ وَعَمِلَ صَالِحًا وَلَا يُلَقَّاهَا إِلَّا الصَّابِرُونَ
Dan berkata pula orang-orang yang diberi ilmu (di kalangan mereka): "Janganlah kamu berkata demikian, pahala dari Allah lebih baik bagi orang yang beriman dan beramal soleh; dan tidak akan dapat menerima (pahala yang demikian) itu melainkan orang-orang yang sabar".

Keperluan berjamaah dan berorganisasi merupakan suatu yang axioma . Keperluan organisasi yang  baik dan cekap memang sudah lumrah. Hari ini, segala galanya bersifat institusi, kesatuan  atau pakatan . Manusia merangka berbagai pakatan senegara, serantau dan sedunia. Ini adalah suatu kemestian. Sebab itu ramai kalangan yang berpakat dan mengatasi  sifat keakuan masing masing untuk mencapai matlamat yang lebih besar; melalui pembentukan sesuatu pakatan yang boleh melonjakkan langkah mereka melakar kejayaan. Oleh kerana itu  mereka tidak asyik dan khayal dengan kehebatan diri  atau kehebatan parti mereka, tapi  mereka terus mengemaskan jentera kesepakatan demi memastikan kejayaan perjuangan mereka.

Allah berfirman :
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفًّا كَأَنَّهُم بُنْيَانٌ مَّرْصُوصٌ
Allah suka orang yang berjuang di jalan-Nya dalam satu saff (barisan atau pakatan) laksana barisan bangunan yang kukuh .

Apakah prasyarat sesuatu pakatan pergerakkan yang kuat . Pakar dalam bidang ini menerangkan:

1. Perlulah ditanamkan keyakinan kepada pemimpin dan pengikut tentang kemestian usaha atau amal berpasukan. Dengan lain-lain perkataan menobatkan nilai kesepakatan yang tertib , berpiagam dan terurus dengan baik dan bertamadun demi meraih sesuatu matlamat dan kejayaan.

2. Mengawal  dan membatasi semangat ego dan keakuan  yang berlebihan; yang menghina rakan sepasukan dan mengkucar-kacirkan kesepakatan.

3. Mengukuh dan menyuburkan pengetahuan dan menambah kemahiran untk mengukuhkan kesepakatan pasukan.

4. Mengukuhkan kebijaksanaan dan kemahiran memimpin pakatan dan mengurus rakan sepasukan.

5. Memberi perhatian terhadap pengembangan ilmu serta kemahiran asas demi mengukuhkan pasukan.

6. Mengujudkan mekanisme keilmuan , prosedur yang praktikal  serta memanfaatkan kebijaksanaan untuk  menangani krisis yang dihadapi oleh pasukan dan pakatan .

7. Mengadakan indikatur pengukuran untuk menilai pencapaian pasukan dan  pakatan dalam usaha mereka.

8. Menyediakan acara dan  s.o.p menghadapi gejala penyakit atau krisis yang boleh memecahbelahkan pasukan dan pakatan.

Kesimpulan di atas disokong oleh dalil , hujah dan ayat ayat berikut:
a -Allah berfirman dalam Surah Ali Imran ayat 104
ولتكن منكم امة يدعون الى الخير
Hendaklah ada segolongan dari umat ini yang menyeru kepada kebaikan

Ali Imran 103:
واعتصموا بحبل الله جميعا ولا تفرقوا

Berpegang teguhlah kalian semua dengan tali ( agama) Allah dan jangan kalian berpecah belah.

Dalam Surah Ali Imran 146 Allah menegaskan:
وكأي من نبي قاتل معه ربيون كثير
"Berapa banyak para Nabi yang ikut berjuang dengan mereka banyak para Ribbiyun. "
Ribiyyun di sini ialah merujuk kepada mereka yang berjuang dalam pasukan atau pakatan

b - Berjuang dalam pasukan atau pakatan lebih berkemungkinan mendapat rahmat Allah  di samping lebih berkemungkinan mendapat kejayaan . Rasulullah menegaskan:
اهل رحمة الله هم اهل الجماعة وان تفرقت ديارهم وابدانهم

Pakatan Umno - Pas akan tingkatankan serangan Bersama terhadap AMANAH

Oleh Dasuki Deraman


Pakatan Umno-Pas tidak sekali2 berdiam diri utk membunuh Amanah dan menghancurkan PH sblm PRU14 akan dtg. Kewujudan PH dlm sekelip mata telah mensia2kan usaha keras mrk selama untuk utk memporak perandakan dan seterusnya menguburkan PR yg sgt efisien dlm mendatangkan ancaman trhdp BN.

Bg mrk setelah terkuburnya PR, tiada lg pakatan yg boleh menggabungkan parti2 pembangkang dlm negara ini. Namun, kecewa tidak terkira mereka gagal disembunyikan apabila Amanah menjadi penyelamat dan memberi tongkat utk mengukuhkan gabungan pembangkang atas nama PH.

Pakatan Umno-Pas kini benar2 bimbang apabila PH berjaya mematerai MoU satu lawan satu dlm PRU14 akan dtg. Sekaligus hasrat mrk utk melihat parti2 pembangkang berpecah tidak kesampaian sebaliknya gabungan kukuh PH telah menyisihkan Pas dlm blok pembangkang.

Wlpun Pas cuba menafikan kaitannya dgn Umno, namun pernyataan dan tindak tanduknya muktahir ini sangat jelas menunjukkan sikap kompromi dan kerjasama tidak rasmi parti itu kpd Umno.

Rata2 rakyat kini memahami Pas kini tersepit dgn agenda kerjasamanya dgn Umno. Tetapi, berdasarkan sikap flip flop Pas selama ini, rakyat sangat curiga dgn pendirian politik Pas yg tidak istiqamah, putar belit, mudah u-turn, kluk klik dan tidak berwibawa.

Terkini, serangan Pakatan Umno-Pas memutarkan isu perkauman dgn menyerang DAP dan Amanah, sbg bukti tindakan nekad mrk bg memusnahkan kepercayaan orang2 Melayu khususnya terhadap PH.

Tiga hadis Disalah Tafsir Oleh PAS Untuk menghalang Ahli Meninggalkan Parti

1.Hadis
من اتاكم وامركم جميع على رجل واحد، يريد ان يشق عصاكم او تفرق جماعتكم فاقتلوه - رواه مسلم
(Sesiapa di kalangan kamu, sedangkan kamu telah sepakat urusan kamu atas seorang lelaki (yakni melantik sbg khalifah), dia ingin mematahkan tongkat kamu, atau menghancurkan jamaah kamu, maka bunuh lah dia)
Hadis ini diletak oleh ulama hadis dlm bab Imamah dan Khilafah, iaitu perihal bila dilantik dua orang khalifah dlm satu masa, maka perlantikan yg kedua hendaklah dibatalkan/diperangi.)

2. Hadis
من فارق الجماعة قيد شبر فقد خلع عنقه من ربقة الاسلام
 (Sesiapa yg keluar jamaah islam wpun sejengkal maka dia telah melucutkan ikatan islam drp tengkoknya.)

Hadis ini adalah merujuk kpd sesiapa yg keluar drp jamaah umat islam dlm sebuah kerajaan Islam yg berdaulat dgn menentang ajaran dan hukum islam yg sedang dilaksanakan dlm negara tersebut, maka terbatallah aqidahnya

3. Hadis
من فارق الجماعة فمات ، مات ميتة جاهلية
(Sesiapa yg keluar dr jamaah orang Islam, kemudian dia mati, maka matinya spt mati jahiliah)

Ibn Hajar al asqalani ketika mentafsirkan hadis ini mengatakan maksudnya sesiapa yg tidak berada atau tunduk kpd sebuah kerajaan islam, sekiranya dia mati,  matinya spt mati ummat di zaman jahiliah yg tidak ada kerajaan, hidup terasing sendiri2 spt nomad, tidak ada kerajaan, hidup ikut kelompok masing2.

Pas tidak boleh dianggap sbg "Jamaah Orang Islam" kerana:
1. Ianya tidak mewakili atau dianggotai oleh keseluruhan ummat Islam.

2. Keahliannya sendiri bebas dan terbuka, boleh masuk dan boleh keluar serta boleh dipecat bila2 masa.

3. Pas tidak ada kuasa untuk menjatuhkan hukuman keatas sesiapa yg keluar drp jamaahnya, nak jatuh hukuman bunuh kerana murtad guana?

Laparnya mahasiswa

Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) Gejala mahasiswa lapar menjadi-jadi sebaik sahaja ada berita salah seorang mahasiswa di sebuah universiti terkoyak usus dek tak cukup belanja makan. (Macam tak betul saja ayat ni).

2) Pihak pengurusan universiti dicemuh, kerajaan diherdik atas isu ahasiswa lapar ini. Tak cukup duit belanja katanya. Terpaksa mengikat perut, makan megi mi.

3) Pihak-pihak yang berkepentingan pula melancar kempen bagi makan kepada mahasiswa universiti. Dah macam darurat pula mahasiswa universiti ini. Kerajaan dan pihak universiti sipersalahkan.

4) Persatuan-persatuan pelajar yang tidak pro kepada pentadbiran universiti seolah-olah mendapat isu yang baik untuk merendah-rendahkan imej pihak universiti. Di luar kampus, parti-parti anti-pemerintah juga mengambil kesempatan.

5) Isunya apa? Lapar sampai tahap mana sampai begitu sekali riuh bab mahasiswa lapar? Sedangkan kebanyakan yang makan megi setiap hari, gadget ditangan bukan main canggih. Latest technology pula.

6) Kalau duit habis belanja untuk gadget, habis belanja awek, habis untuk sara hiasan motor dan kereta, habis untuk beli data internet, kemudian berlapar sampai rosak tubuh badan, apa ada hal? Padanlah Dato Vida Qu Puteh taknak taja student universiti pun. Baik taja anak-anak yatim lagi bagus.

7) Bukan tidak ada student yang benar-benar sesak keewangan. Ada yang terpaksa gunakan wang PTPTN dan biasiswa untuk bantu sara hidup keluarga. Mereka mungkin dari kalangan orang susah. Mereka ini wajar dibantu.

8 ) Namun jumlah puluhan ribu mahasiswa atau 74% mahasiswa lapar memang agak ridiculous. Jumlah ini adalah jumlah mereka yang tak pandai urus keewangan. Kasihan kepada yang benar-benar memerlukan, kerana nila sebelanga, rosak susu setitik dua.

9) Benar, keadaan ekonomi menekan. Tetapi gaya hidup membazir perlu di atasi. Anda marah kepada pemimpin kerana selalu membazir. Anda pun apa kurangnya membazir dan salahguna wang untuk belajar.

10) Bayangkan sikap anda begini hari ini, jika anda menjadi pemimpin suatu hari nanti, anda akan ulangi sikap membazir sepertimana pemimpin hari ini membazir.

11) Pihak universiti tidak boleh juga lepas tangan dalam isu ini kerana masih ada mahasiswa yang benar-benar memerlukan. Mereka tidak lapor kepada pihak pengurusan mungkin bersebab. Jangan menghukum segelintir mereka ini kerana sikap mereka yang lain-lain. Wujudkan mekanisme untuk mengesan.

Sekian

p/s: dulu dengar ada orang kata, hantar anak mengaji pondok nanti nak makan apa?? sekarang anak di universiti nak makan apa?

Amanah sokong Anwar calon PM bukan Guan Eng, kata Khalid

Bagi menangkis kempen nakal yang diviralkan di media sosial kononnya Parti Amanah Negara (Amanah) menyokong Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebagai calon Perdana Menteri, parti gabungan Pakatan Harapan itu menegaskan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi pilihan parti itu untuk mengetuai kerajaan jika gabungan itu menduduki Putrajaya.
Khalid SamadKhalid SamadPengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad dalam satu kenyataan media berpesan kepada orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan fitnah yang dilemparkan.
"Ia hanyalah bukti keberkesanan Amanah dan banyak lagi tuduhan bakal dilemparkan kepada kami selepas ini.
"Oleh itu sentiasa tabayyun (mengesahkan) segala berita yang tersebar melalui media sosial dengan merujuk kepada laman web dan Facebook rasmi Amanah," ujar beliau.
Menurut Khalid, baru-baru ini diviralkan berita kononnya Presiden Amanah, Mohamad Sabu menyokong perlantikan Guan Eng sebagai Perdana Menteri.
Beliau bagaimanapun berkata, hanya mereka yang gila akan mempercayai 'fitnah gila' sebegitu rupa.
Fitnah liar ini, kata Ahli Parlimen Shah Alam itu membuktikan mereka yang membenci kehadiran Amanah dalam politik negara berada dalam keadaan yang semakin terdesak.
"Sedangkan dunia maklum bahawa calon Perdana Menteri Malaysia yang telah diputuskan sebulat suara oleh Pakatan Harapan sejak penubuhannya ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Oleh itu usaha cuba menggambarkan Amanah sebagai budak suruhan DAP dengan menyatakan Amanah menyokong Lim Guan Eng sebagai Perdana Menteri adalah jelas terlalu terdesak," ujarnya.
Beliau yakin tuduhan itu didorong perasaan cemburu pihak tertentu terhadap Amanah yang dalam masa beberapa bulan telah berjaya berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan rakan-rakan Pakatan Harapan.

Pas nekad tanding tiga penjuru PRU14 - Dewan Ulamak

Mahfodz
PUTRAJAYA - Pas nekad untuk bertanding tiga penjuru berdepan dengan DAP dan Amanah pada PRU14 selepas parti Islam itu 'ditendang' dari Pakatan Rakyat, tahun lalu.
Ketua Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata Pas tidak lagi terikat dengan konsensus Pakatan Rakyat dan berhak bertanding di semua kerusi yang ditandingi DAP dan Amanah.
"Kita tidak akan beri satu pun kerusi kepada Amanah. Kalau (Amanah) nak (pertahan kerusi) bertanding lah tiga penjuru.
"Kita tiada hubungan dengan DAP, jadi kita akan tandingi mana-mana kerusi yang dijangka boleh dapat kemenangan," katanya kepada pemberita pada Konvensyen Usahawan Haraki di sini, hari ini.
Mahfodz juga berkata, Pas berpeluang bertanding kerusi lebih pada pilihan raya akan datang kerana parti Islam itu akan meletakkan calonnya di setiap kerusi yang ditandingi musuhnya.
"Bila Pas bersendirian, secara automatik kita akan bertanding lebih kerusi sebab kerusi yang ada Amanah dan DAP, kita akan bertanding.
"Begitu juga di negeri-negeri lain, di Johor pun kita akan buat macam itu," katanya lagi.

BAEEKK PUNYA KOMPROMI!!

Kenapa Ketua Pengarah Jakim, Othman Mustapha susah sangat mahu mengulas mengenai pertandingan Miss Tourism  Antarabangsa 2015 di Melaka yang keputusannya akan diketahui hari ini?

Komen sekadar "yang itu biarlah" sama sekali tidak mencerminkan nilai yang baik dari segi hukum agama. Kalau haram, katalah haram dan kalau halal pula, katalah halal.

Kalau dalam isu vape begitu pantas pemimpin agama mengatakannya haram, kenapa jadi berat mulut berkenaan ratu cantik?

Apakah  dengan mengatakan "yang itu biarlah" bermakna pertandingan ratu cantik bukan saja boleh diadakan di Melaka, bahkan juga sudah bebas di mana-mana di negara kita selepas ini?

Adakah sekarang antara halal dan haram sudah ada komprominya?

Selamat Tahun (Gaji) Baru YB!

Untuk mereka kenaikan ini amat wajar kerana beban tugas yang semakin banyak dan rakyat pula selalu meminta sumbangan kewangan daripada mereka.
sugar
Oleh Ronasina
Kita sudah melangkah ke tahun 2016 dan seawal minggu pertama kita sudah menerima berbagai beban perbelanjaan khususnya keperluan persekolahan anak-anak. Harga barangan keperluan semakin naik menjadikan kos kehidupan meningkat. Jurang di antara pendapatan (gaji) dan perbelanjaan semakin tipis. Kesuraman ekonomi dengan rancak-jana perniagaan yang lemah membuatkan majikan tidak berani menaikkan gaji atau upah pekerja.
Perdana Menteri juga menteri-menteri berkaitan telah menyedari hal ini dan berkali-kali menasihatkan rakyat agar sentiasa kreatif menggunakan imaginasi untuk menambah pendapatan. Seorang timbalan menteri menyarankan kepada rakyat supaya membuat lebih dari satu pekerjaan. Rakyat juga disarankan agar mengamalkan hidup sederhana. Bagi menteri, inilah cara terbaik menghadapi cabaran hidup selain disuruh rakyat bercucuk tanam, jangan makan ayam dan lain-lain lagi.
Anehnya ketika rakyat disuruh itu dan ini, menteri-menteri dan wakil rakyat Barisan Nasional, Pakatan Rakyat, Pakatan Harapan dan BEBAS mempunyai formula menangani beban tugas mereka iaitu menaikkan gaji serta elaun mereka sendiri sehingga melebihi 40%.
Rang Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2014 itu telah dibentangkan untuk bacaan kali kedua oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dan diluluskan di Parlimen pada April 2015 yang lalu selepas ke semua ahli parlimen kerajaan dan pembangkang menyokong sebulat suara.
Bermakna berkuatkuasa tahun lepas, 1 Januari 2015 (maknanya telah tertunggak empat bulan dari tarikh kelulusan itu dan sudah pastinya ada bayaran tunggakan) semua Ahli Parlimen menerima kenaikan sebanyak RM5,000 iaitu dari RM11,000 sebelum ini menjadi RM16,000.
Ini tidak termasuk elaun mesyuarat RM200 sehari apabila menghadiri persidangan Dewan Rakyat dan elaun harian RM150 bagi menghadiri mesyuarat dengan agensi kerajaan. Ahli Dewan Negara menerima kenaikan sebanyak RM4,000 menjadikannya RM11,000 .
Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara pula menerima kenaikan sebanyak RM11,000 dari RM20,000 menjadikan RM31,000 sementara Timbalan Speaker pula menerima kenaikan dari RM16,000 kepada RM20,000.
Untuk mereka kenaikan ini amat wajar kerana beban tugas yang semakin banyak dan rakyat pula selalu meminta sumbangan kewangan daripada mereka. Tidak pula mereka berfikir yang mereka perlu hidup sederhana atau cari bilik sewa yang murah untuk pusat khidmat.
Sayugia diberitahu kenaikan ini melibatkan semua ahli parlimen kerajaan dan juga pembangkang. Ya, termasuklah ahli parlimen (dengan tidak perlu menyebut namanya) yang apabila dikritik mengapa senyap sahaja ketika sidang dewan dia menjawab diam dia adalah diam seorang pemerhati dan pelajar. Gaji serta elaun ahli parlimen yang kerap ponteng, kerap buat bising tidak tentu fasal, juga tidak terkecuali naik.
Sukacita juga dimaklumkan bahawa kenaikan gaji dan elaun ini menjadikan pertambahan Belanjawan Negara meningkat kepada RM17.2 juta setiap tahun.
Sangat pedih lagi apabila gaji serta elaun Ahli Dewan Undangan Negeri juga naik. Kedah, Pahang, Kelantan, Pulau Pinang, Perak antara kerajaan negeri yang menaikkan gaji ADUN dengan kenaikan yang cukup tinggi.

.Pas bersama Umno bukan dominan tapi survival politik - Dr Mohamed Mustafa

Umno-Pas
SHAH ALAM – Majlis Syura Ulamak Pas setuju berkerjasama dengan Umno bukan kerana mahu menjadi sebuah parti dominan sebaliknya parti Islam itu melihat ruang dan peluang untuk menjayakan agenda serta perjuangan Islamnya dengan lebih berkesan.
Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, keterbukaan pemimpin Umno terhadap dasar Islam yang diperjuangkan Pas itu membolehkan parti Islam itu mudah untuk bekerjasama.
“Saya tidak fikir Pas cuba jadi dominan kerana Pas tahu macam mana dia nak jadi dominan, sebab Umno yang membentuk tulang belakang kerajaan, kerana kerusi Umno jauh lebih besar berbanding Pas
“Pas setuju bekerjasama dengan Umno kerana Umno dilihat sedia bersetuju dengan perjuangan Pas seperti Kanun Jenayah Syariah Kelantan di Kelantan dan tidak menghalang Pas membawa Rang Undang-Undang Persendiriannya ke Parlimen,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad pada Rabu mendakwa Pas mahu kekal mendominasi pengundi Melayu Islam dengan cara ‘mendampingi’ Umno selepas hasrat menjadi parti dominan dalam Pakatan Rakyat tidak kesampaian.
Khalid berkata, Pas terpaksa mencari kaedah lain dan Umno adalah rakan politik terbaik kerana parti Islam itu sendiri mahu menjadi dominan seperti Umno dalam BN.
Mengulas lanjut, Mohamed Mustafa juga berkata, Pas hanya boleh menjadi parti dominan jika berjaya membentuk kerajaan Persekutuan atau menyertai BN.
“Belum masanya Pas mengambil langkah lebih jauh untuk melakukan kerjasama politik ke arah itu kerana pelbagai faktor,” ujarnya.
Ditanya tentang langkah Pas itu juga didakwa mahu mendominasi undi pengundi Melayu pada PRU14, Mohamed Mustafa berkata dilihat hanya mahu mempertahankan kerusi Parlimen yang dimenanginya pada PRU12 dan PRU13 lalu sahaja.

Pas mampu jadi lebih kuat jika tidak bergabung - Dr Ahmad Atory

SHAH ALAM - Pas akan jadi lebih kuat berbanding parti lain di negara ini sekiranya tidak bekerjasama dengan Umno dan Pakatan Harapan.
Penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata, Pas bersendirian kini selepas Pakatan Rakyat (PR) dibubarkan.
“Namun begitu, tidak mustahil penyokong Umno yang kecewa dengan parti itu akan beralih arah menyokong Pas jika Pas tidak bergabung dengan Pakatan Harapan.
Pas “Saya yakin Pas akan jadi lebih kuat berbanding Umno dan Pakatan Harapan kerana kekuatan Pas sudah berjaya dibuktikan sebelum ini di mana Pas pernah menawan Perak, Terengganu, Kedah dan masih mentadbir Kelantan hingga kini,” katanya.
Beliau yang juga bekas pensyarah Pusat Pengajian Sains dan Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, Amanah tidak mampu menyaingi Pas kerana kedudukan Pas lebih kukuh dan persembahannya juga sudah diketahui umum.
“Walaupun Amanah diberi peluang dalam pentadbiran Kerajaan Selangor, ia tak mampu menjejaskan Pas yang ternyata masih utuh.
“Amanah parti yang baru nak bergerak, orang belum yakin dengan Amanah sebab belum tahu dia punya gaya persembahannya,” katanya.
Menurutnya, selagi Pas bersendirian dan tidak bergabung dengan mana-mana parti, pihaknya yakin Pas boleh menambah bilangan kerusi pada PRU14 termasuk mengekalkan kerusi yang dimenangi mereka.
“Pas dilihat mempunyai pendirian kukuh apabila berkali-kali menyatakan pendirian bahawa mereka akan mempertahankan kerusi mereka daripada Amanah.
“Saya juga tidak menolak kemungkinan akan berlaku pertandingan tiga penjuru pada PRU14 nanti antara Pas, Umno dan juga Pakatan Harapan.
“Pertandingan tiga penjuru ini nyata akan memberi peluang besar kepada Pas,” katanya.

“Menteri makan sampai perut pecah. Mana lapar!”

Bekas pemimpin pelajar selar sikap menteri Kabinet saran mahasiswa bekerja bagi menanggung kehidupan.
Fahmi-ZainolPETALING JAYA: Bekas pemimpin pelajar Universiti Malaya (UM) menyindir menteri Kabinet yang menyarankan pelajar universiti bekerja untuk menampung kehidupan.
Fahmi Zainol berkata, saranan menteri Kabinet itu adalah tidak masuk akal berbanding teguran yang pernah dibuat suatu ketika dahulu, yang mengatakan tugas mahasiswa adalah untuk belajar sahaja.
“Dahulu apabila mahasiswa berdemonstrasi, dikatakan tugas mahasiswa hanya untuk belajar. Sekarang? Suruh bekerja? Kenapa tak cakap peranan mahasiswa hanya fokus belajar dan mana boleh bekerja?
“Dilema mahasiswa sekarang ini, kerajaan tidak menjalankan tanggungjawab asas mereka iaitu menyediakan pendidikan, kebajikan, keselamatan dan kesihatan buat rakyat. Akhirnya mahasiswa dipersalahkan,” katanya menerusi akaun Facebook beliau, semalam.
Fahmi berkata, menteri Kabinet bersikap tidak adil terhadap pelajar universiti termasuk yang menerima biasiswa.
Katanya, biasiswa seperti biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak pernah naik sejak 10 tahun lalu sedangkan gaji Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ahli Parlimen menerima kenaikan baru-baru ini.
“Korang (Kamu) menteri tak apalah, makan sampai perut pecah. Mana pernah rasa lapar. Aku bagi analogi mudah saja, biasiswa JPA hampir 10 tahun tak pernah naik-naik, tapi harga teh ais , nasi lemak, teh oh ais dan maggi naik dalam tempoh 10 tahun.
“Dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini pun gaji ahli Parlimen dan ADUN naik. Malah belanjawan pendidikan 2016 pula dipotong? Di mana kesaksamaannya?” katanya.

Ucapan Dr Mariah dalam Persidangan Pakatan Harapan

Ucapan Presiden Amanah di Persidangan Pakatan Harapan

Amanah berharat letak calon di PRN Sarawak

Polisi ekonomi Najib jauh beza berbanding ayahnya, kata Pemuda Amanah


Tun Abdul Razak dan keluarga
Tun Abdul Razak dan keluarga
Ketika kempen sempena memperingati ulang tahun ke-40 pemergian Tun Abdul Razak dilihat rancak di TV dan akhbar, pencapaian tokoh digelar Bapa Pembangunan itu daripada segi dasar ekonomi dilihat jauh berbeza berbanding pentadbiran anaknya, Datuk Seri Najib yang mula menjadi Perdana Menteri sejak 2009 lalu.
Mohd Ammar AtanMohd Ammar AtanTimbalan Exco Pembangunan Kepimpinan Pemuda Amanah Nasional, Mohd Ammar Atan berkata, polisi pentadbiran Tun Razak yang bersifat merakyat dan bertujuan merapatkan jurang sosio-ekonomi dalam masyarakat majmuk di negara ini akan sentiasa dihargai rakyat termasuk generasi muda hari ini.
“Jasa baktinya sebagai arkitek kemajuan negara dengan tumpuan besarnya melalui pelaksanaan pendidikan kebangsaan dan pengagihan ekonomi secara lebih menyeluruh dalam usaha meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar sentiasa dikenang.
“Gagasan besar arwah Tun Razak melalui DEB (Dasar Ekonomi Baru) bermula tahun 1970 bermatlamat untuk memulihkan ekonomi orang Melayu pada masa sama membolehkan kaum bukan Melayu meraih manfaat bersama.
“Sayangnya, kontradik dengan Najib, polisi ekonomi Presiden Umno itu lebih memihak kepada kepentingan korporat, kroni dan survival parti Umno-BN. Tun Razak seorang negarawan tetapi maaf, ciri itu tiada pada Najib. Itu bezanya,” ujarnya ketika diwawancara Malaysia Dateline di Kuala Lumpur, malam tadi.
Menurut Ammar yang juga mahasiswa di Fakulti Ekonomi, Universiti Malaya (UM), implementasi DEB atas kesedaran mengenai keperluan dan kemanusiaan sesuai dengan kedudukan kritikal dan kesenjangan ekonomi rakyat ketika itu.
Berbeza dengan pendekatan ekonomi di bawah kepimpinan Najib, katanya, beberapa isu asas berkaitan survival ekonomi rakyat seperti trend kenaikan mendadak harga barang dan kos sara hidup gagal ditangani sepanjang enam tahun pentadbirannya.
“Lihat saja pada polisi ekonomi Najib melalui Model Ekonomi Baru (MEB) yang tidak menyentuh secara langsung perkara asas berkaitan kepentingan rakyat termasuklah soal kelangsungan ekonomi Melayu Islam tiada diberi penekanan.
“Dalam projek rumah PR1MA di bawah MEB contohnya, harga rumah yang ditawarkan di luar kemampuan majoriti rakyat bahkan PR1MA diswastakan pula.
“Akhirnya terpaksa bersaing dengan pihak swasta lain. Polisi berkaitan rumah mampu milik ada lompang kelemahannya sehingga menjadi ruang untuk meraih keuntungan berlipat ganda sekaligus menyanggahi matlamat asal kewujudannya,” jelasnya.

Menangani ekstremis: Dua wajah pemerintah dibidas

Ahli Parlimen Raja Bahrin Shah menyeru kerajaan supaya menangani ekstremis dalam kalangan kita
isis
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Raja Bahrin Shah dalam satu kenyataan malam ini menyeru pentadbiran Datuk Seri Najib Razak supaya menangani ekstremisme yang marak di negara ini.
Beliau menegaskan pemerintah perlu bertanggungjawab di atas penularan pemikiran pelampau, yang menurutnya tercetus daripada permainan politik yang merbahaya.
“Saya serta rakan-rakan pimpinan dalam AMANAH telah berkali-kali mengingatkan kerajaan agar tindakan tegas diambil terhadap corak pemikiran dan ideologi sesetengah pihak di Malaysia yang mirip IS.
Menekankan lagi hujahnya, Raja Bahrin melakar dua wajah pemerintah yang berbeza, seperti memperkenalkan undang-undang seperti Akta Pencegahan Keganasan (POTA), Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) dan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN), tetapi membenarkan Himpunan Baju Merah berlaku, dan membenarkan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) bergerak bebas.
Bahkan, beliau mendakwa sesetengah tokoh-tokoh agama terus bebas melancarkan kempen kepada pengikutnya untuk “menghapuskan pengkhianat”, malah ada yang sehingga ke tahap “menghalalkan darah pengkhianat”.
“Pada hakikatnya, semua ini hanyalah sandiwara pemimpin untuk mengekalkan kuasa mereka.
“Ini kerana mereka sedar bahawa jika masyarakat pelbagai kaum di Malaysia hari ini dapat bersatu-padu, kerajaan rasis berasaskan perkauman seperti UMNO dan Barisan Nasional akan menjadi tidak relevan lagi,” tegas Raja Bahrin.
Bagi AMANAH, sudah tiba masanya untuk Malaysia menghentikan ekstremisme agama dan perkauman, tambah beliau.

Rasuah Di Malaysia Bila Lagi..???


Di Thailand, walaupun negara mereka 'KAPIR', pemerintah yg bersalah & tidak jujur akan tetap didakwa dan tidak kebal drpd undang2..

Sebab tu matawang mereka stabil.. mengukuh dari ringgit..

Di Malaysia, walaupun 'negara Islam', ada PM begitu banyak dgn skandal, rasuah, salahlaku dan sebagainya. Dia BERAGAMA ISLAM.

Namun sehingga kini, sebarang pendakwaan terhadap beliau GAGAL... KERANA APA ???

HIDUP UMNO !!! HIDUP MAKSIAT !!!

Bila...Kepala besar UMNO Melaka berkata..
"mempromosi pelancongan negeri menerusi pertandingan ratu cantik itu satu PENDEKATAN BIJAK"..

Lalu golongan2 agama MELAYU-umno berkata..
"YANG ITU BIARLAH !!!"..

Apa korang rasa bila gaji korang dipotong (tax payer) utk bayar gaji seperti mereka ini..

Sejarah Tak Pernah Menipu..

Inilah pe'el UMNO.. Bila senang & selamat dok dlm SPR tak pernah plok nak hentam & kritik kerajaan.. Tetapi setelah bersara tau plok berani nak kritik Najib & kerajaan jangan menipu rakyat..
Siapa sebenarnya tali barut KERAjaan ??

Dia tidak menangis malah begitu riak & bangga mengaku dgn GST lah ekonomi negara selamat..

Pernahkah dia menangis memikirkan kesusahan rakyat yg menanggung segala derita kos sara hidup yg tinggi angkara GST Najib yg memerintah ???

TPPA dan impak ke atas gaji pekerja

Dengan keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat dan gaji ibarat “kais pagi makan pagi”, 95 peratus rakyat Malaysia buat masa sekarang ini lebih mementingkan isu di bawah:

Berapa banyak gaji mereka akan meningkat?
Berapa banyak pendapatan isi rumah akan meningkat?
Adakah mereka mampu untuk mengekalkan pekerjaan mereka pada tahun-tahun yang akan datang?
Adakah pekerjaan baru yang akan diwujudkan memberikan pendapatan yang lebih baik dan tinggi?
Adakah kos sara hidup secara relatif akan menjadi lebih rendah berbanding dengan pendapatan mereka?

Adalah sangat menyedihkan apabila jumlah KDNK (GDP) dan pelaburan sering diketengahkan tetapi bukanlah keuntungan bagi rakyat jelata – terutamanya isirumah dan pekerja.

Berdasarkan Analisis Kos Faedah yang dilakukan oleh PriceWaterhouseCoopers’ mengenai gaji, kami dapati bahawa jika kerajaan menandatangani TPPA, kenaikan gaji bulanan melebihi garis dasar hanyalah RM25 pada tahun 2027. Terdapat juga pengurangan dalam pendapatan isi rumah secara purata sepanjang 2018-2027 sebanyak RM117.

Adalah sangat menghairankan bahawa satu perjanjian yang disebut sebagai “perjanjian abad ke-21 yang berkualiti tinggi, mempunyai standard emas (sebanyak 6,200 mukasurat secara keseluruhannya) – yang akan memberi impak kepada hampir semua dasar-dasar yang sedia ada dan akan menjejaskan kehidupan setiap rakyat dan generasi masa hadapan untuk 100 tahun yang akan datang, termasuk membelakangi RMK-11 – hanya akan menghasilkan kenaikan RM25 kepada gaji bulanan pekerja sebulan pada tahun 2027.

Apabila TPPA berkuat kuasa ia tidak akan membolehkan kita untuk meningkatkan gaji minima yang kini ditetapkan sebanyak RM1,000. Dasar gaji minima adalah penting untuk meningkatkan tahap umum gaji terutama di kalangan mereka yang berpendapatan lebih rendah. Peruntukan dalam bab pelaburan seperti klausa-klausa “fair and equitable treatment (FET)”atau "layanan yang adil dan saksama" serta “expropriation” atau "rampasan" bermakna Malaysia tidak boleh menukar mana-mana parameter ekonomi yang akan mengurangkan keuntungan semasa dan masa depan pelabur. Lihat sahaja kes Veolia vs Mesir di mana Mesir telah didakwa di atas hasrat kerajaannya untuk melaksanakan gaji minima walaupun polisi ini dianggap “non-discriminatory” atau “tanpa diskriminasi”.

Kerjasama Umno-PAS ke arah transformasi hadapi cabaran

Ong Kian Ming: Pemimpin-Pemimpin DAP Mesti Mengubah Cara Komunikasi Mesej DAP Kepada Orang Melayu

Saifuddin Abdullah: Cara Yang Terbaik Ialah Menunjukkan Trek Rekod

Saifuddin Abdullah: Anak Muda Melayu Ramai Tidak Mendaftar Adalah Kejayaan UMNO BN