Jumaat, 15 Januari 2016

Jangan terpedaya dengan serangan Umno - Dr Rani

ARiF Malaysia bantu Pemuda Amanah bina Rumah Peduli Rakyat

Projek Rumah Peduli RakyatProjek Rumah Peduli Rakyat
ARiF Malaysia akan membantu Pemuda Amanah Nasional menjayakan projek perumahan untuk rakyat miskin.
Projek perintis yang diberi nama Rumah Peduli Rakyat ini akan dilancarkan di Kampung Baru Seri Dacing, Sik Kedah pada 16 Januari ini jam 11 pagi.
Hadir sama para pemimpin Amanah peringkat nasional dan negeri.
Projek Rumah Peduli Rakyat ini dilaksanakan bagi memastikan golongan berpendapatan rendah mampu memiliki rumah.
Ketua Pemuda Amanah Nasional, Sany Hamzan berkata, Pemuda Amanah mahu memastikan kualiti kehidupan rakyat di kawasan kampung diperkasakan dan dibela.
"Ini merupakan projek pertama rumah rakyat dengan modal yang amat sederhana di negara ini.
"Sebagai entiti yang serius dalam usaha membela rakyat susah dan terpinggir Pemuda Amanah berpendapat mereka perlu mendapat pembelaan daripada segenap lapisan masyarakat," ujarnya dalam satu kenyataan.

Tandas sekolah dicaj 30 sen, menteri arah hentikan serta-merta

AufsShQoJoRU8kkKoKpRS9_geJe_ClRaPKpa9W2yKvzt
Isu tandas di Sekolah Menengah Kebangsaan (P) St. George, Macalister Road, Pulau Pinang yang dikatakan akan dikenakan caj sebanyak 30 yang viral di media sosial sehingga mendapat perhatian Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid telah diselesaikan.
KUALA LUMPUR, 15 Januari:
Isu tandas di Sekolah Menengah Kebangsaan (P) St. George, Macalister Road, Pulau Pinang yang dikatakan akan dikenakan caj sebanyak 30 yang viral di media sosial sehingga mendapat perhatian Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid telah diselesaikan.
Menurut Pengarah Jabatan Pendidikan Pulau Pinang (JPPP), Shaari Osman, tandas yang dikenakan caj di sekolah tersebut hanya melibatkan beberapa buah sahaja.
Jelasnya, tandas yang selebihnya masih boleh digunakan secara percuma oleh para pelajar sekolah berkenaaan.
“Walau apa pun saya telah meminta amalan mengenakan bayaran itu diberhentikan serta merta.
“Sekolah juga telah akur dan mulai hari ini ianya tidak lagi dikenakan bayaran untuk semua tandas,” katanya dalam akaun Facebooknya hari ini.
Isu tandas berkenaan mula mendapat perhatian netizen selepas ia dimuatnaik laman Penang Kini dan Mahdzir meminta JPPP untuk mengambil maklum berhubung isu berkenaan.
Berdasarkan kenyataan di laman berkenaan, pejabat sekolah berkenaan telah memaklumkan bahawa ia merupakan keputusan Persatuan Ibubapa dan Guru dan alumni pelajar sekolah berkenaan.
Laman tersebut juga mempersoalkan kewajaran tindakan tersebut dilakukan kerana semua sekolah sudah mempunyai kontrak pencucian kawasan termasuk tandas yang dibayar Kerajaan Pusat kepada kontraktor.

TPPA: Gaji dijangka naik RM25 pada 2027 – NGO

TRP_TPPA-5
Rakyat Malaysia hanya akan menikmati kenaikan gaji sebanyak RM25 pada 2027 sekiranya bersetuju untuk menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) pada bulan depan.
KUALA LUMPUR, 15 Januari:
Rakyat Malaysia hanya akan menikmati kenaikan gaji sebanyak RM25 pada 2027 sekiranya bersetuju untuk menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) pada bulan depan.
Timbalan Pengerusi Bantah TPPA, Azlan Awang menjelaskan jumlah tersebut adalah berdasarkan Analisis Kos Faedah yang dilakukan oleh PriceWaterhouseCoopers berhubung gaji sekiranya kerajaan kerajaan menandatangani TPPA.
Menurutnya, rakyat bukan sahaja akan menikmati kenaikan yang minimum tersebut tetapi berlakunya pengurangan dalam pendapatan isi rumah secara purata sepanjang 2018-2027 sebanyak RM117.
“Adalah sangat menghairankan bahawa satu perjanjian yang disebut sebagai perjanjian abad ke-21 yang berkualiti tinggi, mempunyai standard emas (sebanyak 6,200 mukasurat secara keseluruhannya) yang akan memberi impak kepada hampir semua dasar-dasar yang sedia ada hanya akan menghasilkan kenaikan RM25 kepada gaji bulanan pekerja sebulan pada tahun 2027,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambah Azlan lagi, apabila TPPA berkuat kuasa ia tidak akan membolehkan kita untuk meningkatkan gaji minima yang kini ditetapkan sebanyak RM1,000 sedangkan ia adalah penting untuk meningkatkan tahap umum gaji terutama di kalangan mereka yang berpendapatan lebih rendah.
Ujarnya, peruntukan dalam bab pelaburan seperti klausa-klausa ‘fair and equitable treatment (FET)’atau layanan yang adil dan saksama serta ‘expropriation’ atau rampasan bermakna Malaysia tidak boleh menukar mana-mana parameter ekonomi yang akan mengurangkan keuntungan semasa dan masa depan pelabur.
“Lihat sahaja kes Veolia vs Mesir di mana Mesir telah didakwa di atas hasrat kerajaannya untuk melaksanakan gaji minima walaupun polisi ini dianggap ‘non-discriminatory’ atau tanpa diskriminasi.

Sarawak sokong TPPA, kata Adenan

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem berkata TPPA mempunyai lebih banyak kebaikan daripada keburukan dalam masyarakat terbuka yang ada kelebihan daya saing terhadap ekonomi negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Januari, 2016.  
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem berkata TPPA mempunyai lebih banyak kebaikan daripada keburukan dalam masyarakat terbuka yang ada kelebihan daya saing terhadap ekonomi negara. 

Ketua Menteri  Sarawak Tan Sri Adenan Satem hari ini berkata kerajaan negeri Sarawak menyokong Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA). Beliau berkata setiap negara di dunia kini bertanya mengenai sistem penarafan global dan tidak lagi boleh mengasingkan diri atau akan menjadi seperti Korea Utara.
"Saya bersetuju dengan Datuk Seri Mustapa Mohamed (menteri perdagangan antarabangsa dan industri) mengenai TPPA.

"Dalam masyarakat terbuka yang membuka pasarannya dan mempunyai kelebihan daya saing terhadap ekonomi negara, kita tidak mempunyai pilihan dan saya rasa ini (TPPA) adalah pilihan terbaik, lebih banyak kebaikan daripada keburukan," katanya. Adenan berkata demikian selepas mendengar taklimat mengenai TPPA yang disampaikan Mustapa, turut dihadiri Kabinet Sarawak dan Anggota Dewan Undangan Negeri di Wisma Bapa Malaysia di Kuching.
Turut hadir Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani.

Agak2 apa kesudahannya siasatan derma RM2.6 billion & SRC International nanti ???

Najib rela disiasat SPRM,
SPRM di bawah Jabatan Perdana Menteri..

SPRM kata hasil siasatan diserah kpd Peguam Negara,
Peguam Negara dilantik 'atas nasihat' Najib...

KALAU CAMNI elok saja serah sisatan tu 'DIRECT' kat Najib, NAJIB sendiri JADI HAKIM !!!.. lagi senang jimat kos. takyah nak perabih wang rakyat.

Rafizi Ramli: Macam Mana Nak Menang Undi Melayu?

Khalid Samad: Yang Dilakukan Oleh Kepimpinan Dikuasai UMNO BN Merosakan Negara, Rakyat Akan Rugi

Khalid Samad: Tok Guru Nik Aziz Kata, Bebaskan Melayu Daripada Mitos Hanya UMNO Boleh Memerintah

Siapa Tanggal Papan Iklan #BebasAnwar?

Papan iklan #BebasAnwar yang baru sahaja dipasang awal minggu ini (atas) tiba-tiba lenyap pada Khamis.
PETALING JAYA: Papan iklan gergasi #BebasAnwar yang menarik perhatian orang ramai di kawasan Selayang sejak dipasang awal minggu ini tiba-tiba lenyap dari pandangan.
Menerusi tinjauan mStar Online mendapati billboard yang baru dipasang Ahli Parlimen Selayang, William Leong itu telah ditanggalkan.
William ketika dihubungi berkata, beliau maklum mengenai perkara itu selepas diberitahu orang ramai melalui pembantu peribadinya.
Bagaimanapun, timbul persoalan apabila William mendakwa  kerja-kerja menanggal papan iklan itu tidak dilakukan pihaknya, malahan pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Selayang (MPS) juga menolak ia perbuatan mereka.
Menurut sumber, billboard itu ditanggalkan kerana ia sebenarnya dipasang tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan PBT.
mStar Online juga difahamkan, disebabkan ia menimbulkan rasa curiga dan kurang senang di kalangan masyarakat setempat serta menerima kritikan, papan iklan itu ditanggalkan.
Ini bertentangan dengan kenyataan William sebelum ini yang mendakwa bahawa papan iklan itu dipacakkan setelah mendapat lesen MPS.
“Saya dengar ada orang sudah cabut (billboard) itu. Ia bukan sesuatu yang menghairankan, saya sudah jangka perkara seperti ini.
“Ia bukan isu lesen. Apa yang berlaku menunjukkan kita sudah jauh dari matlamat sebenar untuk mewujudkan demokrasi matang di negara ini,” katanya.
William berkata beliau sudah membuat pemeriksaan dengan MPS sama ada mereka telah bertindak menanggalkan papan iklan yang berada di bawah tanggungjawabnya itu.
“Kita sudah periksa, bukan MPS yang turunkannya. Siapa buat saya tak tahu, tapi bukan MPS,” katanya.

SAMA-SAMA KITA BERDOA..!!

Salah salah anggota polis komando yang didapati bersalah dalam kes pembunuhan Altantuya Sharibuu, Azilah Hadri dilaporkan sudah menghantar rayuan untuk pengampunan diraja kepada Lembaga Pengampunan Selangor, hari ini.

Azilah bersama seorang lagi rakannya, Sirul Azhar Umar yang kini melarikan diri ke Australia, sebelum ini didapati bersalah membunuh Altantuya di kawasan hutan di Puncak Alam dan telah dijatuhkan hukuman mati atas kesalahan tersebut.

Lembaga pengampunan negeri dipengerusikan oleh Sultan Selangor dan turut dianggotai oleh beberapa yang lain, termasuk antaranya Menteri Besar Selangor, Azmin Ali dan Peguam Negara, Apandi Ali.

Meskipun kedua-dua anggota polis itu dijatuhi hukuman mati, motif mereka membunuh Altantuya masih lagi misteri kerana buat pertama kalinya mahkamah memutuskan motifnya tidak penting untuk diketahui.

Razak Baginda yang sebelum itu merupakan tertuduh utama kes pembunuhan itu dilepaskan tanpa dipanggil membela diri dalam perbicaraan awal dan pihak pendakwa juga tidak merayu terhadap pembebasannya.

Ketika kejadian, kedua-dua anggota polis terbabit bertugas menjaga keselamatan Najib Razak yang waktu itu merupakan Timbalan Perdana Menteri.

Rayuan kepada Lembaga Pengampunan Selangor adalah peluang terakhir mana-mana pesalah di negeri yang dijatuhkan hukuman mati untuk menyelamatkan nyawa mereka.

Perihal mahasiswa ikat perut, menteri tak berhati perut


suspended-meal

ISU mahasiswa yang mengalami masalah kesempitan kewangan bukan masalah baru. Ia sudah lama, namun tiada akhbar berani mendedahkan sehinggalah akhir-akhir ini. Apabila didedah, barulah ramai yang membuka mata.
Namun, pada saat rakyat biasa sayu membaca laporan akhbar yang mendedahkan ada mahasiswa yang terpaksa ikat perut, sanggup pula seorang menteri mengatakan dia pun pernah berasa lapar.
Malah, Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Khairi Jamaludin membuat kenyataan seolah-olah perkara itu tidak berlaku – satu reaksi tidak berperikemanusiaan.
Menteri yang diberi pelbagai elaun, makan di restoran mewah, sanggup pula samakan dengan rasa lapar mahasiswa  yang berbulan-bulan tidak kenal nasi, hanya menjamah mee segera sebagai mengalas perut untuk menghadiri kelas.
Mahasiswa yang bergantung kepada RM250, baki selepas membayar yuran dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak mungkin sanggup untuk meminta wang dari ibu bapa mereka. Malah, ibu bapa mereka turut dihimpit masalah kewangan dan belum tentu dapat membantu.
Justeru, pimpinan mahasiswa seluruh negara menyeru rakyat Malaysia yang bersimpati supaya  menghubungi persatuan mahasiswa universiti seluruh negara dan menghulurkan bantuan. Bantulah mahasiswa untuk makan.
Makanan adalah hak asasi manusia, apatah lagi mahasiswa yang menjadi harapan untuk membangunkan negara kita, sekaligus mengantikan menteri yang tidak berhati perut, yang tidak pernah simpati dengan masalah rakyat.

‘Moratorium bauksit ibarat sudah terhantuk baru tengadah’

bauksit7
Deretan lori diletakkan di tepi jalan dan tidak lagi beroperasi, susulan pelaksanaan moratarium selama tiga bulan yang bermula hari ini.

KUANTAN, 15 Januari:

Setelah lebih dua tahun bergelumang dengan debu bauksit, akhirnya penduduk Kuantan boleh bernafas dengan selesa, apabila moratorium ke atas semua aktiviti perlombongan mineral berkenaan selama tiga bulan, bermula hari ini.
Tinjauan Bernama di kawasan yang sebelum ini terjejas teruk oleh perlombongan bauksit, termasuk di sekitar Pelabuhan Kuantan, kawasan perindustrian Gebeng, Kampung Felda Bukit Goh dan Felda Bukit Kuantan kembali ‘aman’ tanpa kelihatan aktiviti perlombongan dan lori bauksit.
Aktiviti pembersihan juga giat dijalankan oleh pihak terlibat, termasuk Majlis Perbandaran Kuantan dan bomba di beberapa kawasan, antaranya Jalan Sungai Lembing menuju ke Felda Kampung Bukit Goh.
Anggota penguat kuasa, seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) turut ditempatkan di kawasan laluan lori bauksit, termasuk di Bandar Damansara Kuantan, Jalan Bukit Kuantan dan Gebeng.
Sementara itu, Bernama mendapati, masyarakat setempat mempunyai pelbagai pandangan pada hari pertama pelaksanaan moratorium berkenaan.
Penduduk Kampung Felda Bukit Goh, Harith Zulkarnain, 33, berkata dia berasa lega, akhirnya aktiviti bauksit yamg selama ini merimaskan penduduk kampung telah dihentikan.
“Sepanjang dua tahun ini, debu bauksit memang teruk, sampai apabila waktu hujan, air merah mengalir ke kawasan rumah.
“Sejak pelaksanaan moratorium itu, kurangnya kes kemalangan berpunca sikap pemandu lori bauksit yang memandu dengan berbahaya, tanpa memikirkan keselamatan penduduk,” katanya.
Harith turut melahirkan kekesalannya, kerana baru sekarang isu ini mendapat perhatian pemimpin dan penguat kuasa, sedangkan ia patut diselesaikan ketika masalah bauksit ini masih di peringkat permulaan.
Penduduk Kampung Balok Makmur, Adi Wahab, 35, mengibaratkan pelaksanaan moratorium seolah-olah ‘sudah terantuk baru tengadah’.
Katanya, tiada lagi harapan untuk Kuantan pulih dan kembali seperti sedia kala, memandangkan kemusnahan alam yang ditinggalkan begitu besar.
“Sekarang saya tak tahu nak gembira ke tidak dengan moratorium ini. Kemusnahan sudah terjadi, kalau nak ambil apa-apa tindakan pun tiada gunanya lagi,” katanya.

" UMNO dipenuhi lebih ramai ORANG BODOH.. "

Bancian & kaji selidik oleh Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM) mengenai mahasiswa tidak cukup wang untuk makan pon telah DITOLAK oleh menteri UMNO !!!..

MAKAN GAJI BUTA KA APA !!.. kalau tak percaya, turun padang & banci sendiri.. BUKAN HANYA BERBINCANG SAJA..

Kuatkah Pakatan Harapan menerusi perjanjian baharu?

Perjanjian pakatan pembangkang baharu disifatkan sekadar kosmetik selain untuk memasukkan AMANAH bagi menggantikan PAS
pakatan-harapan_600_2
Oleh Mohd Hisham Abdul Rafar dan Erda Khursyiah Basir
Pakatan Harapan, yang dianggotai DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (AMANAH), perlu membuktikan bahawa ia mempunyai kekuatan tersendiri, sekali gus berupaya mengubah landskap politik Malaysia, demikian menurut penganalisis politik.
Tekad memeterai perjanjian kerjasama pada 9 Jan lepas, ketiga-tiga parti perlu membuktikan dan tidak mengulangi kesilapan lampau ketika bersama-sama dalam Pakatan Rakyat (PR) melalui gerak kerja dan keputusan kolektif sebagai satu gabungan politik mantap.
Pilihan Raya Negeri Sarawak tahun ini pastinya ditunggu-tunggu oleh banyak pihak untuk melihat sejauh mana kemampuan ketiga-tiga parti itu bekerjasama dan memberi impak kepada dunia politik tanah air.
Bertambah kukuhkah Pakatan Harapan selepas termeterainya perjanjian baharu itu?
Penganalisis politik bagaimanapun melihat perjanjian pakatan kali ini masih menggunakan model serupa dengan PR yang mengamalkan politik berasaskan kepada hubungan berasaskan kepentingan tertentu.
Pensyarah kanan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat berkata, perjanjian yang ditandatangani ketiga-tiga parti itu masih mengekalkan prinsip sama seperti ketika PR diwujudkan dahulu.
Perbezaannya cuma pada nama dan tanpa penglibatan PAS, yang kedudukannya kini diambil alih AMANAH.
“Pembangkang telah pun kehilangan aset yang besar apabila PAS keluar daripada pakatan… mereka (pakatan) mengalami kemerosotan sokongan khususnya orang Melayu apabila PAS tidak menyertai mereka dan inilah realitinya,” katanya kepada BERNAMA.
Pensyarah Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Amini Amir, yang bersependapat dengan Samsul Adabi, berpandangan perjanjian itu sekadar kosmetik dan tidak membawa apa-apa keuntungan kepada rakyat keseluruhannya.

“Najib beri jawatan, saya ambil”- Sabbaruddin Chik

Sabbaruddin suarakan sokongan penuh terhadap kepemimpinan Najib sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan
Sabaruddin-Chik
PETALING JAYA: Bekas Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Sabbaruddin Chik menggalas tugas sebagai Pengerusi Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) bermula semalam menggantikan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Berikutan itu, beliau menyampaikan rasa terima kasihnya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang memberi kepercayaan itu kepadanya.
Sabbaruddin yang juga bekas Setiausaha Agung UMNO, berjanji akan melaksanakan tugas yang diberikan kepadanya secara sebaik mungkin, di samping menyatakan sokongan penuh terhadap kepemimpinan Najib sebagai Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan.
“Saya akan jalankan tugas yang diberi dengan baik dan soal Najib hendak beri jawatan kepada sesiapa pun bukan isunya. Tiada sebab untuk saya menolak jawatan itu,” katanya kepada FMT, di sini, hari ini.
Tambahnya lagi, selaku Perdana Menteri, Najib layak untuk memberi sebarang jawatan kepada pihak yang boleh dipercayainya.
“Bagi saya jawatan yang diberikan ini biasa. Tiada kelebihan untuk saya,” jelasnya.
Sebelum ini, Sabbaruddin pernah disaman RM1.1 bilion oleh usahawan permaidani, Deepak Jaikishan susulan bukunya, ‘Membongkar Skandal Deepak & Bank Rakyat’ yang menyentuh mengenai pinjaman bank oleh Deepak yang didakwa bertindak bagi pihak isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Legasi Razak - satu rahmat atau sumpahan untuk Najib?

 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada tahun 2009 ketika BN yang berada di bawah Tun Abdullah Ahmad Badawi tercalar maruahnya selepas kehilangan majoriti dua pertiga buat kali pertama sejak 1969.
Tetapi Najib tampil dengan legasi bapanya, Tun Abdul Razak Hussein, seorang pemimpin Melayu yang dihormati yang juga berkuasa ketika Umno pada kedudukan paling lemah, dan berjaya mengubah nasib parti itu.
Najib ketika itu mendapat sokongan daripada perdana menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengakui bahawa beliau terhutang budi kepada Razak.
Walaupun legasi Razak adalah rahmat bagi kerjaya politik Najib, namun ia juga menjadi satu sumpahan untuk perdana menteri yang kini bergelut dengan pelbagai macam masalah dan skandal.
Di bawah pemerintahan Razak, parti komponen BN yang beliau satukan itu berjaya menjinakkan pembangkang dan mengangkat kedudukan Umno sebagai "abang", manakala Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dicetuskannya berjaya membantu ahli Umno bertapak dalam jentera ekonomi negara.
Sistem yang diterapkan oleh Razak berjaya membantu memulihkan kestabilan negara ini selepas pertumpahan darah Mei, 1969 dan meletakkan asas yang kukuh buat BN walaupun bukan tanpa masalah.
Hampir empat dekad kemudian, BN kini amat memerlukan pembaharuan, tetapi Najib mendapati dirinya terperangkap dengan egasi bapanya.
DEB cetusan Razak, meskipun berjaya meningkatkan ekonomi masyarakat Melayu taetapi pada masa sama mewujudkan budaya kroni dan sentiasa memerlukan bantuan serta perlindungan. Ini menjadikan mereka tidak lagi berdaya saing dalam pasaran bebas yang semakin teruk di bawah era penswastaan Dr Mahathir.
Najib sedar bahawa legasi bapanya memerlukan pembaharuan seiring dengan peredaran masa dan mencadangkan Model Ekonomi Baru (MEB) bagi meliberalisasikan ekonomi dan menghapuskan kuota berdasarkan etnik.

Dato Vida cabar JDT lawan aksi persahabatan

Unisel Siasat Jika Ada Penuntut Kelaparan

Saifuddin Abdullah: Naratif Melayu Pakatan Ialah Melayu Yang Tidak Bergantung Kepada Orang Lain

Khalid Samad: Adakah Orang Melayu Akan Hilang Kuasa Politik?

Hubungan PAS-PKR Selangor mungkin putus lebih awal - Dr Zuhdi Marzuki

Pertandingan Ratu Cantik tak salah...!!

Najib dan Tun Razak umpama bumi dengan langit, kata Salahuddin

Salahuddin AyubSalahuddin Ayub
Ketika negara sedang mengenang 40 tahun pemergian Bapa Perpaduan Malaysia, Tun Razak Hussin, Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub menyifatkan Allahyarham dan anaknya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak 'ibarat bumi dengan langit'.
Tun Razak HusinTun Razak HusinSalahuddin ketika diminta mengulas mengenai program 40 tahun mengenang pemergian Tun Razak memperakui legasi bekas Perdana Menteri kedua itu disifatkan beliau sebagai sangat besar kepada negara.
"Tun Razak paling tidak pun telah dapat memberikan makna sebenarnya apa yang dikatakan pentadbiran yang berintegriti, ketelusan dalam urus tadbir negara dan hidup sederhana hingga keakhir hayat beliau.
"Isteri beliau Toh Puan Rahah dapat memcerminkan intergriti Tun Razak yang rakyat Malaysia hingga ke hari ini dapat memberikan testimoni bagaimana pasangan ini hidup sekadar kemampuan gaji dan elaun yang mereka terima," ujarnya.
Salahuddin menambah, walaupun sambutan 40 tahun pemergian Tun Razak diorkestrakan bagai gegak gempita di awan manakala Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansur cuba dikeramatkan wataknya dalam upacara penuh nostalgia itu, namun secara jujur beliau menyifatkan Najib dan Tun Razak seperti bidalan peribahasa Melayu 'ibarat bumi dengan langit'.

Ketidaktentuan ekonomi bukan kawalan kita sembang Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengulangi kenyataannya bahawa ketidaktentuan ekonomi semasa yang dihadapi oleh negara ini adalah di luar kawalan kerajaan.
Sehubugan itu beliau dan menggesa orang ramai supaya tidak mudah mempercayai tuduhan yang bermotifkan politik yang cuba menyembunyikan hakikat berkenaan.
“Kita perlu faham bahawa ketidaktentuan ekonomi negara adalah bukan dalam kawalan kita.ini.
“Jadi janganlah kita mudah mempercayai tuduhan yang bermotifkan politik yang cuba menyembunyikan hakikat ini,” katanya dalam blognya hari ini.
Najib mengakui bahawa negara menghadapi beberapa cabaran ekonomi akibat kejatuhan harga minyak dunia
Beliau berkata ini berkemungkinan memberi kesan kepada kos sara hidup tetapi memberi jaminan bahawa kerajaan akan memberi tumpuan yang lebih kepada ekonomi negara tahun ini.
“Apabila pendapatan negara melalui hasil minyak merudum dengan ketara lebih daripada RM30 billion, maka pendapatan melalui sumber lain perlu ditingkatkan untuk menampung kekurangan tersebut.
“Fenomena ini memang pahit bagi negara namun secara tidak langsung sektor awam dan swasta terdorong untuk menilai semula tahap kecekapan perjalanan dan operasi syarikat dan juga sumbangan daripada para pekerja, katanya.
Najibsehubungan itu menggesa kedua-dua sektor swasta dan awam supaya menjalankan usaha-usaha yang lebih kreatif dan inovatif untuk mengoptimumkan kos tadbir urus serta memaksimumkan produktiviti.
“Kesannya pendapatan negara turut bertambah dan ia sedikit sebanyak dapat menampung kekurangan pendapatan daripada kemerosotan hasil minyak kita.
“Peningkatan kadar pendapatan melebihi kadar inflasi maka akan berkuranganlah beban kos sara hidup yang dirasai.
“Jadi marilah kita sama-sama berusaha meningkatkan kualiti dan produktiviti perkhidmatan kita sepanjang tahun 2016 ini,” akhiri ucapannya itu.

DASH: MB Selangor jangan jadi seperti Menteri GST 3.8

Rakyat Selangor sedang bersidang secara senyap. Kesetiaan boleh kembali kepada kehilangan pengundi!
azmin-ali_dash_selangor_600
Shah Zarak Khan
Saya merujuk artikel yang bertajuk Jangan Layan ‘Say No to Dash’ di Free Malaysia Today dan ingin meluahkan pendapat saya.
Sebagai seorang penduduk yang mana kediaman saya juga dijejaskan oleh pembinaan lebuhraya (i.e. SUKE), saya pun terasa bila membaca artikel itu.
Saya rasa Pengerusi Gerakan Sokong DASH, Adlan Abdul Razak ini nampak sangat nak menjatuhkan PKR supaya rakyat Selangor akan mendendam dengan YAB Menteri Besar.
Saya menyeru bahawa janganlah MB Selangor kita menjadi seperti Menteri GST 3.8. dan yang berkaitan.
Selangor mestilah menjadi negeri contoh dimana lebuhraya diteruskan dengan secara baik dan betul tanpa merosakkan kehidupan dan alam sekitar.
Kita fikirlah di luar kotak. Jangan jadi katak dibawah tempurung sehingga kita dapat lihat bahawa Kerajaan Negeri Selangor tidak dapat kesetiaan oleh rakyat yang telah memilih dia sendiri.
Jangan menganggu rakyat yang sudah beremosi kerana kesetiaan boleh kembali kepada kehilangan pengundi. Buatlah tindakan yang betul yang melindungi rakyat, tidak kira majoriti atau minoriti.
Rakyat Selangor sedang bersidang secara senyap.
Jangan laksanakan secara kuku besi.
Yang membina lebuhraya ini mengambil kesempatan keatas kekurangan kita. Tamak haloba berleluasa merosakan negeri dan negara.
Yang membantah ada sebabnya. Penyelesaian ada caranya.
Ketawa saya membaca 98% penyokong. Mungkin statistik dari Negeri Sembilan Puluh Lapan.
Ramai yang membantah secara senyap. Itu pengundian pertukaran kerajaan.

Umno tetap musuh utama DAP

DAP
SHAH ALAM – DAP akan terus menganggap Umno sebagai musuh sebenar dalam politik kerana misi mereka adalah untuk menumbangkan parti berkenaan yang lama memerintah negara. 
Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir berkata, selagi Umno berkuasa dan memerintah negara, selagi itu DAP tetap menganggap parti berkenaan sebagai musuh paling utama berbanding Pas.
“Walaupun sedang berbalah dengan Pas tapi ia bukan atas dasar pemerintahan, sebaliknya cuma tak bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud.
“Berbeza dengan Umno, DAP menganggap parti berkenaan sebagai musuh utama kerana cita-cita mereka adalah untuk menumbangkan Umno, sekali gus melangkah ke Putrajaya,” katanya mengulas mengenai isu perbalahan antara Pas dan DAP.
Beliau berkata, DAP mungkin tidak sebulu dengan Pas ketika ini tetapi parti berkenaan masih lagi berada di pihak pembangkang.
“Misi DAP dengan Pas sama iaitu menumbangkan Umno dan mengambil alih pemerintahan pada masa akan datang.
“Mereka juga masih lagi boleh berkawan pada masa akan datang kerana isu perbalahan antara DAP dan Pas masih belum melibatkan dasar pemerintahan negara,” katanya.
Jeniri berkata, DAP lebih melihat isu pemerintahan berbanding hudud yang menyebabkan Pas menjauhkan diri daripada mereka.
“DAP lebih mengutamakan untuk memerangi Umno kerana cita-cita parti berkenaan adalah untuk memerintah negara.
“Mereka beranggapan pemerintahan Umno lebih banyak mendatangkan masalah kepada negara berbanding Pas,” katanya.
Sementara itu, Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata, Umno menjadi sasaran DAP kerana jalinan strategik yang cuba dibuat dengan Pas.
“DAP gentar dengan percaturan politik Pas yang lebih terbuka untuk bekerjasama dengan Umno.
“Perkembangan ini menjadikan DAP resah dan mula menjadikan Umno sebagai sasaran politik utama mereka, selain cuba menghancurkan keyakinan Pas dan Umno,” katanya.
Menurutnya, tidak seharusnya wujud permusuhan antara parti melainkan persaingan secara sihat dalam politik.
“Kalau kita lihat, Umno sendiri tak pernah menyatakan mana-mana parti politik sebagai musuh mereka.

'Momokan Cina takutkan Melayu untuk kekal pilih Najib'

Ketakutan terhadap momokan Cina boleh menakutkan pengundi Melayu dengan membuang kemarahan mereka ke tepi dan memilih Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada pilihan raya berikutnya.
“Pakatan Harapan boleh berharap mengekalkan kawasan-kawasan bercampur campur majoriti Cina dan bandar di pantai barat.
 “Tetapi semua kerusi lain bergantung sekiranya orang Melayu lebih marah dengan Najib atau lebih takut dengan momokan Cina,” kata Fellow di Penang Institute, Wong Chin Huat kepada Malaysiakini.
Beliau menambah ketakutan inilah yang telah menyebabkan Umno mengekalkan kuasa.
"Umno seperti seorang bomoh (pawang) Melayu yang bertahan di atas kebimbangan terhadap hantu Cina. Sebaik saja Cina berhenti jadi hantu menakutkan, bomoh akan hilang kerja dia,” kata Wong.
Bagi mengatasi perkara ini dan memenangi orang Melayu, penganalisis itu berkata pembangkang mesti menyelesaikan kedudukan mengenai Islam dan ekonomi pasca Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Pakatan Harapan, katanya, tidak boleh kekal tidak jelas mengenai isu-isu seperti sebelum ini, dan perlu membuat pendirian mengenai isu-isu seperti hudud, penukaran agama, dan hak penjagaan anak.
Beliau berkata mereka juga perlu mencari alternatif kepada DEB, kerana berakhirnya dasar itu menyebabkan kebimbangan yang lebih besar di kalangan orang Melayu, walaupun ia gagal.
Pendirian mengenai isu-isu ini akan menjadikan Pakatan Harapan berdaya maju dan boleh diterima sebagai alternatif kepada BN yang pro-Melayu, Wong berhujah.
"PAS dan kuasa-kuasa ketiga yang lain akan dipinggirkan. Pakatan Harapan mungkin mempunyai peluang yang baik untuk mengambil Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, selain mengekalkan Pulau Pinang dan Selangor, walaupun ia masih gagal untuk menawan Putrajaya,” katanya.

Pertandingan Miss Tourism: Yang itu biarlah, kata KP Jakim

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Musthapa enggan mengulas penganjuran pertandingan akhir Miss Tourism World 2015/16 di Melaka, esok yang disifatkan dua parti pembangkang Islam sebagai bertentangan syariat Islam dan adab ketimuran.
"Yang itu biarlah," kata Othman ringkas kepada pemberita pada sidang media pengumuman keputusan peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK), di Putrajaya hari ini.
PAS, Parti Amanah Negara (AMANAH) Melaka dan beberapa NGO sebelum ini kesal dengan penganjuran pertandingan Miss Tourism 2015/16 di Melaka.
Antara yang tampil membantah penganjuran Miss Tourism itu adalah Ketua Angkatan Wanita AMANAH, Mahani Othman Basir yang dilapor berkata jelas sekali pertandingan Miss Tourism ini haram di sisi Islam kerana pakaian yang menjolok mata, tidak sopan dan hadirin pula terdiri dari kaum lelaki dan wanita.
Malah, menurut Mahani lebih malang lagi Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron sendiri turut hadir memeriahkan acara tersebut.
Bagaimanapun, Idris Haron berkata sektor pelancongan Melaka mampu mendapat manfaat besar terutama dalam limpahan publisiti menerusi kunjungan ratu cantik dari seluruh dunia.
Kata Idris, pendekatan bijak mempromosi pelancongan negeri menerusi pertandingan ratu cantik berupaya meletakkan Melaka sebagai destinasi pelancongan berjenama besar.
Bagi Ketua Dewan Muslimat PAS, Melaka, Kintan Man pertandingan ratu cantik 'mengeksploitasi wanita’.
“Dewan Muslimat yang mendukung dasar PAS iaitu Islam membantah sekeras-kerasnya penganjuran program tersebut.
“Sesungguhnya Islam mengangkat lagi memartabatkan maruah wanita,” kata Kintan dalam satu kenyataan media sambil menambah bahawa terbukti melanggar syariat Allah,” katanya.
Miss Tourism World adalah acara antarabangsa yang sebelum ini pernah diadakan antaranya, di Venezuela, Equatorial Guinea dan Thailand.
Pemenang Miss Tourism World tahun ini yang diadakan di Melaka akan dimahkotakan pada Sabtu ini.

Mahathir: AG sendiri akan jadi hakim pada laporan SPRM?


Dr Mahathir Mohamad menyatakan keraguannya sama ada hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap SRC International dan kemasukan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun Datuk Seri Najib Razak akan dibawa ke mahkamah.
“Peguam negara (Tan Sri Apandi Ali) berkata akan bertindak tanpa rasa takut dan memihak. Tetapi beliau perlukan masa kerana laporan yang banyak.
“Berapa banyak masa?
“Atau AG akan tentukan sama ada terdapat kes untuk para hakim menghakimi atau beliau sendiri akan jadi hakim dengan tolak kes itu, seperti dilakukan sebelum ini terhadap laporan Bank Negara,” kata Mahathir.
Peguam negara tahun lalu memutuskan tiada tindakan diambil terhadap laporan Bank Negara berkaitan syarikat pelaburan negara sarat hutang, 1MDB.

Dr M: Bos SPRM akan dipaksa pencen seperti Gani?

 Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan kebimbangan sama ada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim akan dipaksa bersara awal menggunakan alasan kesihatan.
Bekas perdana menteri keempat itu mengaitkan laporan berkaitan masalah kesihatan dengan persaraan bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail pada Julai lalu.
“Persoalannya sama ada ketua SPRM akan juga bersara awal atas alasan kesihatan?” soal Mahathir dalam blognya hari ini.
Gani sebelum ini ditamatkan perkhidmatan atas alasan kesihatan. Langkah itu dibuat selepas pasukan petugas khas dipimpinnya menyiasat lebih mendapat isu berkaitan 1MDB.
SPRM terus menyiasat bekas anak syarikat 1MDB, SRC International, dan kemasukan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Kertas siasatan bersama cadangan tindakan lanjut kedua-dua kes itu sudah diserahkan kepada peguam negara.

'Skandal RM2.6 bilion Najib sebabkan risiko kepada ringgit'

Skandal kewangan membabitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah meletakkan "premium risiko" terhadap nilai ringgit, kata Ketua Pegawai Eksekutif KiniBiz P Gunasegaram.
Risiko-risiko ini, katanya, adalah faktor jangka pendek yang telah membawa kepada kejatuhan ringgit berbanding dolar AS.
“Kesan kepada ringgit adalah risiko persepsi.
"Jika seorang perdana menteri masih boleh berkhidmat selepas terbabit dalam (derma) skandal RM2.6 bilion, ia menimbulkan persoalan (di kalangan pelabur) tentang apa yang negara ini benarkan pemimpinnya lakukan," kata Gunasegaram pada forum bertajuk 'Negara Malaysia: Politik, Perniagaan dan Ekonomi 'di Rumah Gerak Budaya di Petaling Jaya semalam.
Beliau menjawab soalan daripada hadirin mengenai implikasi skandal 'derma', dan juga seperti yang didakwa salah pelaburan 1MDB, serta turun naik dalam nilai ringgit.
Pada masa yang sama, Gunasegaram (foto) berkata nilai jangka panjang ringgit masih berdasarkan kepada permintaan keseluruhannya.
"Ringgit telah dilanda lebih daripada yang lain (mata wang) kerana faktor-faktor risiko lain yang berkaitan dengannya.
"Tetapi akhirnya ia (nilai) akan bergantung kepada (keseluruhan) aliran masuk dan aliran keluar modal," katanya.
Najib dalam ucapannya pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri Isnin lalu berkata senario ekonomi semasa negara yang mencabar dipengaruhi oleh "faktor-faktor luaran" yang beliau dakwa adalah di luar kawalan kerajaan.
Antara lain, Najib menyalahkan kekurangan dalam pendapatan persekutuan akibat kejatuhan harga minyak global dan langkah Rizab Persekutuan Amerika Syarikat untuk menormalkan kadar faedah, menjadikan dolar AS lebih kukuh berbanding ringgit, yang telah menjunam ke paras terendah sejak setahun lalu.

Arul salahkan pembangkang lagi kerana imej buruk 1MDB

Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy terus menyalahkan pembangkang kerana sentimen pasaran yang negatif terhadap dana kekayaan negara itu yang memberi kesan kepada nilai asetnya.
"Ia adalah satu perkara fakta, jika proses jualan berlaku dan anda sedang buntu dengan perkara negatif, ia memberi kesan kepada sentimen pasaran.
 "Semua bunyi negatif telah mengurangkan kumpulan pelabur dan secara natural telah memberi kesan harga yang boleh dicapai," kata Arul Kanda dalam satu laporan Channel News Asia (CNA) malam tadi di Singapura.
Rabu lalu Arul menyalahkan masalah 1MDB kepada pembangkang dengan memberitahu akhbar New Straits Ties bahawa 1MDB berpotensi mendapat lebih aset pelupusan untuk menampung hutang yang berkembang, jika pembangkang tidak menakutkan pelabur.
"Boleh dikatakan, kita boleh mendapat nilai yang lebih baik untuk Edra Energy, Bandar Malaysia dan tanah di TRX dan saya akan berkata ya, kita tidak akan mempunyai masalah ini jika tidak kerana pembangkang yang politikkan isu ini," beliau dipetik berkata .
Bos 1MDB itu terus menyerang pembangkang bahawa mereka telah kehilangan hujah dan ‘sudah tiada lagi peluru yang tertinggal’.
"Mereka memilih yang terburuk untuk mewajarkan kewujudan mereka," katanya kepada saluran berita Singapura.

Tak wajar mahasiswa buat kerja sambilan, kata NGO

Mahasiswa sepatutnya diberi bantuan oleh pihak kerajaan dan tidak wajar untuk bekerja sambilan.
Pengerusi Gabungan Kami Sayang Mahasiswa (KASIH), Mariam Abd Rashid berkata, mahasiswa tidak sepatutnya membuat kerja sambilan sebaliknya mereka perlu dibantu oleh kerajaan.
"Saya tak setuju pelajar kena kerja sambilan. Bagi kita yang berstatus negara maju, dengan hasil negara yang besar, kita rasakan pelajar ini sepatutnya diberi pembiayaan khusus terutama (pelajar dari keluarga) yang berpendapatan rendah.
"Sekarang ini yang menganggur pun ramai, macam mana nak buat kerja sambilan? Jadi kerajaan Malaysia, dengan dana yang banyak sepatutnya membantu dan perkara sebegini tak berlaku," katanya pada sidang media di Shah Alam hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan sesetengah pihak supaya pelajar melakukan kerja sambilan.
Selain itu, ditanya sama ada pelajar kini semakin manja kerana sentiasa mahukan bantuan, Mariam berkata beliau tidak bersetuju dengan kenyataan itu.
Katanya, tajaan kepada pelajar bukan perkara baru memandangkan ia turut dilaksanakan negara lain.
"Ini bukan benda baru (pelajar berlapar). Tapi dah lama mereka pendamkan. Tak mungkin mahasiswa manja.
"Di luar negara, mahasiswa ditaja dari hujung rambut sampai kaki dibiayai oleh kerajaan," katanya lagi.
Sebelum ini, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh sekali lagi menegaskan tidak timbul isu mahasiswa kebuluran akibat masalah kewangan di universiti.
Sebaliknya, anggota Parlimen Besut itu berkata pelajar tidak sepatutnya menghadapi masalah kewangan dan sekiranya mahu duit lebih mereka perlu bekerja.

Ada siswa kongsi jual goreng pisang untuk tampung belanja

Akibat kenaikan kos sara hidup yang tinggi, ada di kalangan mahasiswa di negara ini yang terpaksa bekerja untuk menampung perbelanjaan harian.
Beberapa mahasiswa yang ditemui Malaysiakini terpaksa bekerja kerana menurut mereka kos sara hidup saban tahun meningkat.
 Menurut mereka, pinjaman dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang diterima setiap semester tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan harian.
Tinjauan Malaysiakini mendapati mahasiswa dari Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan juga Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) mengakui bahawa kehidupan mereka terbeban.
Menurut mahasiswa dari sebuah IPTA, Nur Shakira, dia terpaksa menjual goreng pisang di luar waktu kuliah bagi mendapatkan wang lebih.
Katanya, keadaan memaksanya berbuat demikian ekoran segan untuk kerap meminta wang dari keluarganya, selain pinjaman dari PTPTN tidak mencukupi.
“Memang terpaksa jual goreng pisang untuk tampung kos pengajian, kalau ada hari yang terluang dan kelas habis awal.
“Sehari boleh dapat RM60 dan bahagi tiga orang, jadi saya dapat RM20," katanya sambil menambah wang itu dapat menampung antaranya belanja makan dan kos pengangkutan ke kelas.
"Tak kan kerap nak minta (wang) dari keluarga,” katanya.
Bagi mahasiswa dari sebuah IPTS, Nur Syafika dia kini tidak dapat lagi dapat merasa tidur malam kerana terpaksa bekerja di kedai 24 jam iaitu Seven Eleven.
Jadual sehariannya padat kerana di waktu siang perlu menghadiri kuliah manakala di waktu malam terpaksa bekerja dari jam 11 malam hingga 7 pagi setiap hari.
Katanya, selepas membayar yuran setiap semester, baki PTPTN yang tinggal hanya berbaki RM300 untuk terus hidup selama enam bulan, menyebabkan dia tiada pilihan, melainkan bekerja.
“PTPTN tidak cukup, kalau satu semester hanya berbaki RM300, dulu tidak terfikir nak kerja Seven Eleven tapi tak sanggup tengok baki RM300 yang tinggal, memang kena kerja la. Saya dulu minta dengan keluarga tapi saya kurangkan sedikit.
“Kerja masuk jam 11 malam hingga 7 pagi, dan esoknya pergi kelas dari jam 1 tengah hari sampai petang.
“Saya perlukan RM700 setiap bulan untuk bayar sewa, wang belanja dan dengan bekerja saya dapat RM1,500,” kata mahasiswa berusia 19 tahun itu.
Manakala seorang lagi mahasiswa UiTM, Fatin Suhaira Abd Rahim berkata, dia kini akan menggunakan kemahiran yang dipelajari bagi menampung kehidupan seharian.

Ada pelajar lapar tahun akhir dibuang universiti, dedah naib cancelor Unisel

Profesor Datuk Dr Mohamed Redzuan Othman berkata pihak universiti juga perlu sensitif dalam isu mahasiswa lapar dan harus bersikap ambil tahu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15  Januari, 2016. 
Profesor Datuk Dr Mohamed Redzuan Othman berkata pihak universiti juga perlu sensitif dalam isu mahasiswa lapar dan harus bersikap ambil tahu.

 Isu pelajar lapar di universiti sememangnya berlaku, Profesor Datuk Dr Mohamed Redzuan Othman yang menggesa Putrajaya untuk keluar daripada sindrom penafian.
Naib cancelor Universiti Industri Selangor (Unisel) itu berkata, perkara tersebut benar berlaku malah pernah dibangkitkannya ketika masih memegang jawatan dekan di Universiti Malaya (UM).
"Ketika saya menjadi dekan UM saya pernah membangkitkan perkara ini sebanyak 2 kali dan isu ini dibincangkan di peringkat tertinggi. Namun, perkara ini berakhir begitu sahaja kerana hanya fakulti saya ketika itu dikatakan mengalami masalah tersebut," katanya dalam satu wawancara eksklusif bersama Sinar Harian.

Katanya, masalah pelajar lapar bukan sahaja memudaratkan kesihatan tetapi turut menganggu pelajaran mereka sehingga ada yang dibuang universiti. Redzuan berkata, semasa masih bekerja di UM, beliau pernah menyoal siasat pelajar yang dibuang ketika akhir semester.
"Saya pelik kenapa di akhir semester ada sahaja pelajar yang dibuang. Saya tanya kepada pensyarah terlibat dan mereka kata sebab pelajar itu tidak hadir ke kelas jadi markah tidak cukup.
"Saya cuba temui pelajar tersebut dan mereka memberitahu sukar  datang ke kelas pada waktu pagi akibat bekerja pada waktu malam menampung perbelanjaan universiti," katanya.
Katanya, bagi pelajar yang datang daripada keluarga susah mereka perlu mencari alternatif lain termasuk mencari kerja sampingan.
Beliau juga mendedahkan ada pelajar terpaksa menjual tin dan suratkhabar lama hanya untuk mendapatkan wang saku sebanyak RM15 ke RM20.
Katanya, ini tidak termasuk lagi dengan situasi pelajar yang datang daripada keluarga miskin hanya akan makan sekali atau 2 kali sehari.
Beliau berkata, masalah pelajar lapar ini boleh ditangani jika kerajaan keluar daripada sindrom penafian .

40 Ketua Umno Cawangan cabar Najib ‘gentleman’ lepaskan jawatan

40 Ketua Umno Cawangan yang menganggotai gerakan Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) mengulangi desakan supaya Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak ‘gentleman’ dengan melepaskan jawatan Perdana Menteri.
Md Zin (kanan) bersama Ketua Cawangan Bahagian Bagan. Siri jelajah GKCM di peringkat Pulau Pinang pada 10 Januari lalu itu turut dihadiri Ketua Cawangan dari Bahagian Teluk Kemang (Taman Datuk Abdul Samad), Datuk Md Zin Mustafa yang digantung lembaga disiplin parti atas kesalahan mendesak Najib meletakkan jawatan.
Md Zin berkata, Najib menyebabkan Umno kucar kacir dan menuntut pemilihan parti itu dijalankan segera.
“Ini merupakan tamparan untuk Ketua-ketua Cawangan dalam GKCM supaya berani menegakkan keadilan.
“Kita tetap menuntut supaya Najib berundur dan lepaskan jawatan memimpin Umno dan juga negara.
“Jangan tangguhkan pemilihan Umno sekiranya benar-benar ikhlas dan telus untuk memperjuangkan nasib orang Melayu,” ujarnya sambil menegaskan GKCM mempunyai tanggungjawab besar bagi memastikan Najib turun dari tampuk pemerintahan negara.
“Banyak harta negara terlepas ke tangan orang luar angkara kerakusan pemimpin kerajaan.
“Rakyat pula hidup dalam kesukaran dan tekanan di bawah kepimpinan Najib.
“Dengan penyertaan 7,000 ahli GKCM membuktikan kedudukan Najib semakin tercabar dan boleh dicabar,” kata Md Zin lagi.
Seluruh anggota GKCM yang hadir program ini turut mengenakan baju T tertera slogan ‘Berani Kerana Benar’ serta berikrar akan menyokong usaha menurunkan Najib dengan seberapa segera bagi menyelamatkan orang Melayu dan negara.
Menurut Md Zin lagi, GKCM tekad meneruskan jelajah selagi Najib tidak berundur.

Hishamuddin Rais dipenjara sembilan bulan kerana menghasut

Aktivis Hishamuddin Rais dipenjara sembilan bulan kerana menghasutKUALA LUMPUR: Mahkamah TInggi Kuala Lumpur telah menjatuhi hukuman penjara sembilan bulan ke atas aktivis Hishamuddin Rais atas kesalahan mengeluarkan kata-kata berbaur hasutan pada 13 Mei 2013, lapor Bernama hari ini.

Hishamuddin, 64, telah didakwa melakukan kesalahan itu di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, Jalan Maharaja Lela, Dang Wangi antara jam 8.55 malam dan 11.15 malam pada 13 Mei 2013.

Kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta yang sama, yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda tidak melebihi RM5,000, atau kedua-duanya sekali.

Anwar seru kerjasama hadapi ancaman IS

Anwar Di Mahkamah Syariah Pagi Tadi
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru semua pihak supaya bekerjasama menghadapi ancaman militan IS susulan serangan mengejutkan di Jakarta, Indonesia semalam.
“Kita mesti bekerjasama untuk menghadapi ancaman serta-merta yang ditimbulkan oleh kumpulan pengganas antarabangsa dan rangkaian mereka di seluruh Asia Tenggara,
“Namun kita juga perlu hadapi bersama cabaran ideologi dan kepimpinan yang ditimbulkan oleh ideologi ganas dan totalitarian,” katanya dalam kenyataan media ketika hadir di mahkamah syariah bagi menghadapi perbicaraan kes Qazaf hari ini.
Anwar berkata demikian sebagai respons terhadap serangan di pusat beli belah Sarinah di Jakarta semalam yang mengakibatkan tujuh terkorban.
“Serangan di tengah-tengah negara paling ramai penduduk Islam di dunia ini juga merupakan serangan ke atas Asia Tenggara.
“Saya mengucapkan takziah yang mendalam saya kepada keluarga mangsa," katanya.

K'jaan tak boleh tandatangani TPPA ikut undi MP BN



Kerajaan tidak boleh membuat keputusan untuk menandatangani perjanjian TPPA berdasarkan keputusan undi ahli parlimen BN

Para pimpinan kerajaan BN tidak seharusnya meletakkan negara pada situasi yang terdedah kepada pengaruh berlebihan pihak asing, terutamanya Amerika Syarikat dan risiko besar terhadap kedaulatan negara dalam keadaan nilai mata wang negara lemah, pendapatan negara menurun kerana kejatuhan harga minyak, pimpinan negara terpalit dengan skandal besar, hutang negara yang semakin membesar dan kos sara hidup yang semakin mencekik leher dengan menandatangani perjanjian TPPA.

Antara perkara yang paling dibimbangi di dalam TPPA ialah kos perubatan yang dijangka melambung yang bakal merompak hak rakyat marhaen untuk menikmati perubatan boleh tampung.

Hak rakyat marhaen ini perlu dipelihara dan dipertahan kerana keadaan kos sara hidup yang semakin menghimpit kualiti kehidupan mereka. Jangan kerana TPPA menyebabkan hanya rakyat kaya sahaja mampu menikmati perubatan.

TPPA memberi kelebihan untuk syarikat-syarikat asing untuk menembus pasaran negara-negara TPP. Malangnya negara kita tidak akan menikmati perkara ini malah ia membahayakan ekonomi syarikat tempatan.

Umum mengetahui, Malaysia kekurangan syarikat tempatan yang mempunyai produk atau servis yang dapat bersaing di peringkat antarabangsa. Kekurangan ini berserta dengan nilai Ringgit yang rendah menyukarkan syarikat kecil tempatan untuk menyaingi syarikat-syarikat daripada negara lebih maju dari industri yang sama atas faktor modal dan juga kemampuan menggaji pekerja-pekerja tempatan yang pasti lebih terpikat dengan tawaran gaji lebih tinggi oleh syarikat-syarikat dari negara maju yang mempunyai nilai mata wang yang lebih tinggi berbanding Ringgit. Akhirnya, syarikat-syarikat tempatan terpaksa gulung tikar.

Perjanjian TPPA ini secara langsung akan meletakkan Malaysia di dalam blok Amerika dan sekutunya.  Ia bermakna Malaysia akan melepaskan kedaulatannya sebagai sebuah negara bebas yang tidak terikat dengan sebarang blok kuasa utama dunia yang sedang bersaing hebat.

Rafizi: 1MDB langgar syarat sukuk RM2.4 bilion

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli hari ini mendakwa bahawa penjualan ekuiti 60 peratus 1MDB dalam projek pembangunan Bandar Malaysia melanggar perjanjian terbitan sukuk yang sepatutnya digunakan untuk kerja-kerja pemindahan dan naiktaraf beberapa pangkalan tentera dan polis.
 Katanya, berdasarkan perjanjian itu yang diterbitkan oleh 1MDB di mukasurat 30 dan 32 menyatakan Perkara 2(w)(i)(12) bahawa Bandar Malaysia Sdn Bhd (“the issuer” atau penerbit sukuk) hendaklah kekal menjadi anak syarikat milik penuh 1MDB (iaitu anak syarikat milik penuh 1MDB).
“Pengumuman penjualan 60 peratus pegangan 1MDB di dalam Bandar Malaysia Sdn Bhd kepada konsortium swasta yang dianggotai oleh syarikat berkaitan Kerajaan China sudah tentu akan menjadikan Bandar Malaysia Sdn Bhd hanyalah syarikat bersekutu (“associated company”) dan bukannya syarikat milik penuh 1MDB seperti syarat di atas.
“Oleh itu, salah satu tiang utama program rasionalisasi 1MDB yang dijalankan oleh Datuk Seri Najib Razak sebenarnya melanggar perjanjian terbitan sukuk yang masih berkuatkuasa,” katanya dalam satu kenyataan.
Rafizi berkata dalam jawapan bertulis di Parlimen pada 18 Mei 2014, perdana menteri mengesahkan bahawa Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) turut mempunyai bon yang diterbitkan oleh Bandar Malaysia Sdn Bhd.
Sebelum itu, katanya, beliau juga mendedahkan bahawa bon yang diterbitkan oleh Bandar Malaysia dilanggan oleh Tabung Haji.
“Semakan saya dari maklumat umum menunjukkan daripada sejumlah RM1.5 bilion yang diterbitkan di bawah Perjanjian Sukuk RM2.4 bilion ini, sebanyak RM920.8 juta telah dilanggani oleh Tabung Haji dan besar kemungkinan bakinya RM579.2 juta dilanggani oleh KWAP.
“Saya telah mengulangi perkara ini berkali-kali dan tidak pernah dinafikan oleh 1MDB atau Najib setakat ini,” katanya.
Oleh itu, Rafizi yang juga adalah ahli parlimen Pandan menuntut pihak pengurusan Tabung Haji dan KWAP sekiranya tidak bersetuju dengan pelanggaran syarat itu kenapa tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap 1MDB?

Ong Kian Ming: Persepsi Terhadap DAP Orang Melayu Terutama Golongan Muda Boleh Diubah

Rafizi Ramli: Kalau Pembangkang Menang, Melayu Akan Hilang Kuasa?

FORUM : Mampukah Parti Pembangkang Memenangi Undi Melayu pada PRU-14? Bhg 1 - 4

NGO -' Mahahsiwa tak wajar kerja sambilan'

NGO -' Mahahsiwa tak wajar kerja sambilan'

Program Ratu Cantik Dunia di Melaka, Jakim enggan ulas

NGO lancar kempen bantu mahasiswa

PAS mahu berkuasa dalam PR seperti Umno dominasi BN - Khalid Samad

Implikasi TPPA terhadap budaya sangat bahaya

Kongres Rakyat mengingatkan kerajaan dan rakyat Malaysia, TPPA mempunyai implikasi berat terhadap budaya tempatan.
Selama ini, untuk menyokong kesinambungan budaya rakyat Malaysia, dalam cabaran menghadapi asakkan program TV dan industri filem luar, terutama dari USA yang murah seperti negara-negara lain, Malaysia mensyaratkan semua program TV mempunyai kandungan tempatan.
Dalam pengiklanan, kandungan luar dalam siaran media untuk tujuan iklan komersial dihadkan kepada 20%.

Dalam audio-visual dan penyiaran, kerajaan menghadkan kouta kandungan siaran dalam TV dan radio. 80% rancangan TV mesti diperuntukkan kepada kandungan yang dikeluarkan syarikat tempatan yang dimiliki Bumiputera dan 60% dalam program radio perlu berasal dari kandungan tempatan.
Pelaburan asing dalam penyiaran tidak dibenarkan dan dihadkan kepada ekuiti 20% sahaja dalam operasi siaran radio dan TV kabel, mahupun satelit.
Sebagai syarat memperolehi lesen untuk beroperasi, sewaan video diperlukan memilikki 30% kandungan tempatan dalam inventorinya.
Malaysia mengguna syarat kandungan lokal untuk menyokong budaya lokal melalui industri radio dan television.
Jika Malaysia mengguna layanan nasional dan akses kepada pasaran tempatan oleh pelaburan asing dalam komitmennya dalam TPPA tanpa pengeculian yang sesuai, maka syarat kandungan tempatan tidak lagi boleh dibenarkan.
Liberalisasi perkhidmatan dan pelaburan dalam TPPA berasaskan" senarai negatif".
Contohnya, Malaysia membuat komitmen dalam semua sektor untuk memberi layanan nasional dan akses kedalam pasaran Malaysia kecuali sektor yang ia memperolehi pengecualian, itu pun yang perlu dipersetujui semua negara TPPA (‘non-conforming measure’) dalam  Annex I dan II.
Kerajaan New Zealand menghadapi masalah mengenakan syarat kandungan tempatan dalam penyiarannya kerana membuat komitmen yang sama dalam Perjanjian Am Untuk Perdagangan dan Perkhidmatan (General Agreement on Trade in Services (GATS) di bawah Organisasi Perdagangan Dunia (WTO).
Isu kandungan tempatan menjadi isu yang sangat politikal dalam beberapa negara.
Contohnya di New Zealand, ia menjadi janji dalam kempen pilihan raya, namun bila parti yang berjanji itu menang, ternyata ia tidak boleh dilaksanakan kerana negara terikat dengan perjanjian dalam perkhdimatan  perjanjian perdagangan seperti GATS.
Ini menunjukkan walaupun hanya percubaan yang kecil untuk menyokong kandungan tempatan, boleh ditafsir sebagai melanggar peraturan TPPA mengenai sektor perkhidmatan.

Adakah mahasiswa kita kelaparan? – MPUK

Baru-baru ini sebuah organisasi bukan kerajaan (NGO), Muslim Volunteer Malaysia (MVM) mengeluarkan hasil kaji selidik mereka bertajuk “Mahasiswa & Cabaran Ekonomi”.
Infografik daripada laman Facebook MVM.Infografik daripada laman Facebook MVM.
Mereka mendapati hakikatnya, mahasiswa menghadapi kesukaran menampung kos sara hidup yang tinggi, terutamanya mereka yang menuntut di sekitar Lembah Klang. Apakah purata pendapatan seorang mahasiswa?

Sebuah kajian mendapati mahasiswa di sebuah cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) berpendapatan antara RM100 hingga RM2,000 sebulan dan secara purata, pendapatan mereka adalah sebanyak RM530.30 sebulan. Angka ini merupakan indikator pendapatan purata mahasiswa di kawasan bandar. Secara umum, selain membayar yuran, seorang pelajar perlu menggunakan pendapatan mereka untuk kos penginapan, utiliti, pengangkutan, makan, dan pembelian barang harian.
Kos menyara hidup ini tidak termasuk kos berkaitan pembelajaran seperti kos pembelian buku, alat tulis dan kos fotokopi.
Selain itu, seorang mahasiswa juga berbelanja untuk kos hiburan (seperti menonton wayang, dan bermain futsal) dan kos perkhidmatan (seperti menggunting rambut atau kos dobi), dan juga tambang pulang ke kampung.
Walaupun mempunyai pilihan untuk melakukan kerja sambilan, tidak ramai mahasiswa mampu mengorbankan masa dan tenaga untuk bekerja, lebih-lebih lagi pada musim peperiksaan.
Tambahan pula, jika seseorang mahasiswa itu bekerja, dia hanya mendapat gaji yang rendah berbanding seorang graduan, dan juga terpaksa menampung kos pengangkutan untuk ke tempat kerja dan kerana tidak merasakan pengorbanan ini berbaloi, mungkin ramai mahasiswa rela berlapar.
Kenyataan menteri tidak sensitif keadaan rakyat
Mengulas isu mahasiswa kelaparan, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar dilaporkan berkata, tidak mungkin mahasiswa kelaparan, bahkan golongan gelandangan juga mempunyai sumber makanan.
Tanpa menafikan kemungkinan ada segelintir mahasiswa mungkin menghadapi kesempitan hidup, beliau menyarankan jika seseorang mahasiswa memang kelaparan, tidak sewajarnya berdiam diri.
Beliau dikecam kerana kenyataannya itu. Fahmi Zainol, seorang bekas pimpinan pelajar Universiti Malaya berkata  kenyataan Khairy itu tidak sensitif kerana beliau langsung tidak pernah melalui kesusahan ketika zamannya di universiti.

Bukan cuma mahasiswa yang lapar

Saya tidak sangka akan tiba satu hari di mana masyarakat akan mengambil sikap 'tidak apa' terhadap isu kelaparan anak mahasiswa.
Malah lebih teruk lagi, masyarakat boleh pula menyarankan supaya mahasiswa bekerja demi menampung perbelanjaan pendidikan mereka.
Hujah masyarakat mudah: 'Kami dulu pun bekerja untuk menampung belanja pendidikan'. Masyarakat sewajarnya malu dengan reaksi mereka ini.

Tidak jauh beza pendirian mereka dengan pendirian Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan yang menyarankan supaya orang ramai melakukan 2 kerja untuk menyara kehidupan yang dibebani kenaikan kos sara diri. Tidak sedikit juga anak mahasiswa yang lama terpaksa mengorbankan waktu belajar dan menelaah untuk membuat kerja rencam demi mendapatkan wang saku.
Ramai daripada kalangan mereka, yang mempunyai keluarga miskin susah terutamanya yang sudah sekian lama bekerja sebagai tukang cuci, pelayan restoran, pembantu kedai dan sebagainya.
Tidak kurang juga mahasiswi yang mengorbankan kehormatan dengan menyediakan khidmat hubungan intim secara fizikal atau atas talian, sesuai dengan saranan masyarakat supaya mereka bekerja demi menampung perbelanjaan pendidikan.
Agaknya kalau negara ini menghalalkan kelab tarian tiang, akan bersepahlah anak-anak bangsa mencari wang saku demi mendana pendidikan mereka seperti mana kelazimannya di Barat.
Saya tidak pasti bila masyarakat negara ini menjadi begitu tidak berhati perut dan merasakan anak bangsa yang menimba ilmu patut hidup susah, lapar dan membuat kerja sampingan kerana kata mereka 'kami dulu pun begitu'.
Sepatutnya bukankah kita sebagai sebuah bangsa berusaha supaya kesusahan masa lampau tidak dijadikan warisan?
Bukankah lebih baik sekiranya kita berpendirian 'jika aku dulu susah, anak bangsa sekarang tidak seharusnya susah seperti aku'?
Soal mahasiswa lapar bukan persoalan baru. Mahasiswa memang sudah 'sejak dulu' sentiasa lapar dan mengikat perut, seperti yang disebut ramai orang.

Henti tuduhan, pelan rasionalisasi 1MDB berjaya, ampu menteri Umno

Parti pembangkang perlu berhenti daripada bermain politik sebaliknya, menerima hakikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berjaya dalam usaha rasionalisasinya, kata Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Sambil menggesa mereka supaya berhenti membuat tuduhan itu, beliau mendakwa Ahli Parlimen DAP Tony Pua melancarkan satu lagi tuduhan kitar semula, yang kali ini melalui serangan peribadi dan memfitnah Presiden dan Pengarah Ekskutif Kumpulan 1MDB Arul Kanda dengan mendakwa Arul menyembunyikan kerugian berjumlah berbilion ringgit.
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli turut mengulangi berita dan maklumat basi, kata Rahman yang juga menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan.

"Pertunjukan nyanyian dan tarian ini merupakan suatu usaha terdesak pembangkang untuk menjadikan isu 1MDB sentiasa hidup sedangkan pada hakikatnya, ia sudah tidak lagi merupakan isu kritikal," katanya dalam kenyataan hari ini. Rahman berkata Pua, yang juga ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, nampaknya tetap dengan pendiriannya yang berbilion ringgit dicuri daripada 1MDB walaupun hakikatnya, siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan audit khas ketua audit negara terhadap 1MDB sudah semakin siap.
"Siasatan PAC dan laporan audit AG (ketua audit) dibuat berdasarkan bukti dan keterangan,  ia perlu dihormati sebagai sumber yang benar untuk menentukan sama ada berbilion ringgit dicuri," katanya.
Rahman berkata beliau selalu mengesyaki pembangkang tidak pernah mahu pelan rasionalisasi 1MDB berjaya dan sanggup bersusah payah untuk melemparkan tuduhan secara berterusan sejak tahun lepas.

Kita semua Bangsa Johor – Sultan Ibrahim

Pemerintah Johor itu bertitah semua ketua agama bukan Islam di negeri berkenaan perlu membantu usaha menyatukan rakyat
Sultan Ibrahim
JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar menitahkan semua ketua agama bukan Islam di negeri ini supaya melaksanakan tanggungjawab mereka membantu menyatupadukan rakyat.
Baginda yang menerima kunjungan hormat 16 ketua-ketua agama bukan Islam di Istana Bukit Serene hari ini, bertitah tanggungjawab seseorang ketua agama adalah menyatupadukan rakyat dan memastikan mereka sentiasa hormat-menghormati, meskipun berlainan latar belakang.
“Saya tidak mahu mendengar apa-apa masalah mengenai perkauman di negeri ini. Setiap kaum seperti Cina, India adalah Bangsa Johor. Kita perlu menghormati satu sama lain.
“Jika ada masalah, berjumpalah dengan saya. Saya sentiasa di sini untuk anda (ketua agama),” titah baginda ketika menerima kunjungan hampir sejam rombongan itu di sini.
Terdahulu, rombongan itu yang diketuai Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong turut dipelawa menghadiri majlis santapan tengah hari bersama baginda di istana berkenaan.
Sementara itu, ketika ditemui pemberita, Siew Kiong berkata, pertemuan itu merupakan detik bersejarah kepada rakyat negeri ini.
Beliau berkata, walaupun Sultan Ibrahim merupakan ketua agama Islam negeri, baginda mengamalkan sikap terbuka dan mahu berinteraksi dengan pemimpin agama lain.
“Usaha dilakukan ini seiring dengan konsep Bangsa Johor yang menekankan permuafakatan, kesepakatan dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain dalam apa jua bidang bagi mencapai sesuatu impak yang positif dan besar kepada pembangunan.
“Semangat inilah yang memainkan peranan penting, lebih-lebih lagi apabila berkaitan pembangunan inklusif seperti politik, sosial dan ekonomi yang secara umum memanfaatkan masyarakat,” katanya.

Kaji selidik politik: Redzuan nafi terima tekanan

Kaji selidik politik: Redzuan nafi terima tekanan
Mohammad Redzuan Othman (tengah) menyerahkan sijil penghargaan Universiti Selangor (Unisel) kepada Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub di lobi Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di Shah Alam. 
 
SHAH ALAM - Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel), Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman menafikan beliau menerima tekanan politik khususnya daripada Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali daripada memenuhi undangan mana-mana pihak khususnya mengenai hasil kaji selidik politik.
Beliau berkata, tindakan itu dibuat berdasarkan keputusannya sendiri kerana ingin mengekalkan kredibilitnya sebagai ahli akademik dan enggan menjejaskan nama baik pusat pengajian tinggi yang diwakilinya itu sejak awal tahun ini.
“Saya harus dilihat mempunyai suasana atau kedudukan yang neutral. Tiada siapa beri arahan kepada saya pun, saya fikir sendiri, itu lebih baik bagi saya, walaupun orang kenal sebagai bekas Pengarah Pusat Kajian Politik dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) yang dipecat.
“Walaupun komen saya agak akademik, tapi bila pegang jawatan ini, keadaan sudah berubah. Saya pernah dijemput DAP untuk menyampaikan satu pembentangan, (tapi) saya sebut bahawa majlis itu tak berapa sesuai dengan saya,” katanya kepada Sinar Online selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub, di sini, hari ini.
Mohammad Redzuan juga berkata, dalam mengendalikan sebuah universiti swasta, isu pembangunan dan pendidikan mestilah mendahului kepentingan politik.
“Bila saya masuk (Unisel), saya tak nampak itu menjadi masalah sebab misi kita tak mengira siapa yang masuk, bukan nak tanya kamu parti mana..kamu orang mana.
“Mereka masuk (Unisel) untuk anak-anak, kita pula beri (pendidikan) sebaik-baiknya. Namun saya tak menjangka akan ada satu tekanan, lebih-lebih lagi masyarakat mengetahui bahawa kita melalui pendekatan neutral,” jelasnya..

Lantikan ahli majlis PBT bukan ganjaran politik - Azmin

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengingatkan 288 ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) yang bakal mengangkat sumpah minggu depan supaya tidak menganggap lantikan itu sekadar ganjaran politik sebaliknya tanggungjawab kepada pembayar cukai.
Azmin Ali Beliau menyatakan penghargaan kepada semua parti iaitu Pas, DAP, PKR termasuk juga Parti Amanah Negara (Amanah) kerana mengambil sikap matang dalam proses pengagihan 288 kerusi ahli majlis berkenaan.
"Pecahan PKR sebanyak 101, 96 untuk DAP dan Pas kekal 67 manakala Amanah pula 10 kerusi selebihnya lima NGO serta sembilan wakil istana itu sudah muktamad dan kesemua ahli majlis berkenaan akan angkat sumpah minggu depan.
"Semua parti termasuk Amanah telah melalui proses perbincangan dan bersetuju dengan pengagihan tersebut. Hal demikian, saya berterima kasih kepada semua parti termasuk DAP, Pas dan juga Amanah yang mengambil sikap yang matang kerana melihat jawatan ahli majlis ini bukan sebagai ganjaran politik.
"Tapi satu tangggung jawab yang perlu dipikul untuk memastikan masalah pembayar cukai dapat diselesaikan segera," katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES), di sini, hari ini.
Sementara itu, Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, Pas tidak meneruskan hasrat mereka menambah jumlah bilangan kerusi ahli majlis mereka daripada 67 kepada 70 kerana mahu mengekalkan bilangan ketua kampung sedia ada.
"Tidak ada tambahan untuk ahli majlis Pas walaupun peringkat awal nak tambah, PKR dah setuju nak serah sikit tapi mereka ubah fikiran untuk kekalkan jumlah ketua kampung pada pemilihan hujung tahun ini.
"Permintaan Pas itu kita ambil maklum, akan nilai semula hujung tahun ini selepas tamat tempoh perkhidmatan," katanya.

PAS bantah PKR hadiri majlis Amanah di Kelantan


Surat PAS Kelantan kepada Setiausaha Agung PKRSurat PAS Kelantan kepada Setiausaha Agung PKRPerbalahan yang wujud antara PAS dan parti baru Amanah kini mengheret sama parti sekutu dua parti Islam itu iaitu PKR.
Dalam satu perkembangan terbaharu, PAS Kelantan telah menghantar surat bantahan rasmi kepada PKR berhubung kehadiran para pemimpin PKR negeri di majlis-majlis anjuran Amanah.
Surat bertarikh 13 Januari itu ditujukan kepada Setiausaha Agung merangkap Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.
Berdasarkan salinan surat tersebut yang disebarkan di media sosial, Badan Perhubungan PAS Kelantan telah menerima laporan mengenai pemimpin PKR yang hadir sepentas dalam program anjuran PAN (Amanah) di Kelantan.
"Ekoran daripada itu, ia mencetusskan hubungan politik tidak selesa dan menjejaskan hubungan baik PAS-PKR di Kelantan," surat yang ditandatangani Setiausaha Perhubungan PAS negeri, Che Abdullah Mat Nawi itu dipetik.
Penglibatan para pemimpin PKR dalam program Amanah di Kelantan, ujar Che Abdullah bertentangan dengan semangat parti itu yang ingin mengekalakan hubungan baik dengan PAS Kelantan sebagaimana diharapkan Naib Presiden PKR, Dr Shahruddin Badaruddin semasa bertemu Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Ahmad Yakub, baru-baru ini.
"Sehubungan itu Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan dengan ini menzahirkan rasa dukacita atas penglibatan tersebut, dan memohon agar ianya tidak diteruskan demi kebaikan bersama.
"Sesitiviti pihak akar umbi penyokong PAS di Kelantan tidak seharusnya dipandang ringan oleh PKR kiranya kita merasakan hubungan harmoni antara kedua pihak perlu diteruskan di negeri ini," kandungan surat itu dipetik.
PAS Kelantan, ujar Che Abdullah mengharapkan hubungan baik dengan PKR dapat diteruskan demi mempertahankan kerajaan Islam Kelantan dan menjayakan misi menumbangkan BN dalam pilihan raya umum akan datang.
"Kami akan sentiasa memaklumkan kepada PAS Pusat mengenai perkembangan semasa politik di Kelantan khususnya mengenai hubungan PAS-PKR untuk pertimbangan dan tindakan badan tertinggi PAS seterusnya," ujar beliau.
Dalam perkembangan berkaitan, sumber PKR mengesahkan menerima surat PAS Kelantan itu semalam namun enggan mengulas lanjut.

ADUHAI...TUN RAZAK TAK SAYANG BINI RUPANYA

Di sebalik pelbagai pujian dan sanjungan yang berterusan terhadap Tun Razak Hussein, meskipun sudah 40 tahun meninggal dunia, kelemahan paling ketara Bapa Pembangunan itu ialah beliau "tidak cukup sayang"  kepada isterinya, Tun Rahah Noah.

Sebagaimana yang diceritakan oleh anak kepada kawan Tun Razak, Taib Andak iaitu Kalsom Taib, Bapa Pembangunan itu pernah tidak membenarkan isterinya menyertai lawatan rasminya kerana tidak mahu membazirkan wang rakyat.

Sebaliknya, Kata Kalsom, Tun Razak meminta isterinya, Tun Rahah menggunakan duit sendiri untuk membeli tiket kapalterbang jika ingin mengikuti lawatan itu.

Perkara yang sama juga berlaku ketika Tun Razak melakukan lawatan rasmi ke Burma (Myanmar) apabila Tun Rahah turut diminta membeli tiket sendiri untuk lawatan itu, ujar Kalsom lagi.

Tun Hanif Omar, bekas Ketua Polis Negara yang pernah menjadi setiausaha sulit Tun Razak pula berkata, bapa Najib itu bukan saja seorang yang berjimat cermat, tetapi juga tidak akan berbelanja sewenang-wenang untuk isterinya.

Tun Razak, menurut Tun Hanif, suatu ketika cuba untuk membeli perhiasan intan replika untuk Tun Rahah, tetapi apabila dibawa oleh seseorang ke kedai yang asli, beliau lantas tidak jadi membelinya atas alasan, "saya tidak sekaya kamu" untuk berbuat demikian.
Aduhai...kesian Tun Rahah, rupa-rupanya Tun Razak tidak cukup "sayang bini"  seperti anak sulungnya sendiri, Najib yang kini juga menjadi Perdana Menteri. 

Berbeza dengan Najib yang bukan saja sentiasa membawa Rosmah Mansor untuk ke mana-mana bersama dengannya, bahkan kadang-kadang memberikan terus jet eksekutif dan kapalterbang untuk kegunaan isterinya itu.