Khamis, 14 Januari 2016

Ini Rosmah Mansor..


DAHULU.. Allahyarham Tun Abdul Razak suruh isterinya Tun Rahah beli tiket sendiri jika mahu ikutnya kerana tidak mahu membazir wang rakyat..
SEKARANG.. apa dah jadi pd anaknya si Najib & bininya si Rosmah ??.. Malah Rosmah Mansor terus guna secara ekslusif jet mewah VVIP kerajaan terbang ke sana ke mari.. Apatahlagi setiap kali tahun baru Rosmah lesap sukar dikesan terbang ke luar negara..

Tun Razak tidak selesa pegang jawatan PM, Menteri Kewangan serentak

Bapa Pembangunan merasakan ia bertentangan dengan prinsip sekat dan imbang
tun rzak
KUALA LUMPUR: Tun Razak tidak pernah selesa menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dalam pada masa yang sama kerana beliau percaya ia bertentangan dengan prinsip sekat dan imbang.
Bercakap di Majlis Memperingati Tun Abdul Razak, bekas Timbalan Gabenor Bank Negara, Dr Lin See Yan berkata Perdana Menteri yang kedua itu memberitahu kakitangan Bank Negara bahawa beliau tidak berasa aman memegang portfolio kewangan.
Tun Razak menjelaskan kerana tindakan itu mencabuli prinsip sekat dan imbang.
“Beliau keberatan mengambil-alih portfolio itu selepas menteri Tan Siew Sin meletak jawatan.”
See berkata Tun Razak melepaskan amanah itu kepada Tun Hussein seberapa segera yang mungkin.
“Hari ini, orang ramai mengambil mudah apabila Perdana Menteri turut menjadi Menteri Kewangan. Itu salah,” katanya.
See turut memuji sikap Tun Razak yang rendah hati dan mendukung prinsip kebertanggungjawaban dan ketelusan.
“Beliau sama-sekali tidak akan bertolak-ansur dengan penyelewengan.”
See menambah Tun Razak menganggap dirinya sebagai seorang pemimpin dan bukan seorang ahli politik kerana ahli politik sering bertolak-ansur.
See menambah Tun Razak tidak suka dikelilingi “yes men” dan kumpulan teras menteri beliau tidak pernah gentar menegur kesalahan beliau.
Beliau menambah Tun Razak mengambil-berat pandangan kumpulan teras itu kerana mereka merupakan pakar dalam bidang masing-masing, dan ketika merumuskan dasar beliau akan mengimbangi pandangan mereka dengan apa yang berlaku di lapangan.
Hari ini merupakan ulangtahuan pemergian Tun Razak yang ke-40.

Anina jual baju kurung lepas gagal saman PM

Setiap baju kurung Kedah rekaan beliau mengambarkan semangat perjuangannya menentang Najib.
aninaPETALING JAYA: Selepas berhenti menjadi pensyarah, Anina Saadudin beralih arah untuk berdikari dengan menceburi bidang perniagaan bagi menyara kehidupan dan keluarga.
Bekas pensyarah Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) itu berkata, beliau kini sedang bertukus lumus memastikan rekaan baju kurung Kedah oleh beliau ke pasaran tempatan bulan depan.
“Sebagai seorang ibu, saya bertanggungjawab untuk memastikan kehidupan keluarga saya tidak terganggu atau terbeban dengan keputusan saya melepaskan jawatan hakiki (pensyarah).
“Saya sendiri yang memilih fabrik, corak, rekaan, pemilihan tukang jahit, perincian dan gaya. Saya curahkan rasa cinta saya pada tradisi wanita Kedah sejak dahulu kala pada rekaan ini.
“Saya mahu pastikan wanita yang memakai kurung Kedah label saya akan merasai sentuhan peribadi saya yang mengutamakan jiwa “ethnicity and authenticity” dengan aksesori tradisional Melayu seperti dokoh serta manik dari hutan Borneo. Rekaan saya adalah peribadi saya. Ianya rekaan berjiwa semangat perjuangan saya,” tulisnya menerusi akaun Facebooknya.
Bekas ahli wanita UMNO Langkawi itu berkata, beliau akan terus mencurah bakti sebagai pensyarah separuh masa di universiti swasta, di samping menamatkan pengajian doktor falsafah (PhD) dalam bidang keusahawanan pasaran.
Mengulas lanjut, Anina terus mencabar Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatan Perdana Menteri sekiranya Presiden UMNO itu bertanggungjawab atas skandal yang dilemparkan.
“Jika saya mampu menjaga diri sendiri dan berusaha berniaga dengan titik peluh sendiri, kenapa Perdana Menteri mahu 30 juta rakyat berkorban untuk dirinya hanya kerana beliau anak kepada Tun Abdul Razak?,” katanya.

Rakyat susah kerana pemerintah, kata Mat Sabu

Mohamad Sabu SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) mendakwa ketidaktentuan ekonomi negara sebenarnya akibat amalan rasuah, penyelewengan, pembaziran dan ketirisan pentadbiran Umno-BN.
Presidennya, Mohamad Sabu berkata perkara itu perlu didedahkan kepada masyarakat agar rakyat tidak terus menanggung kesan besarnya dalam kehidupan rakyat.
"Akibat daripada pemerintahan yang bobrok ini, rakyat berada di tahap yang paling susah, risau dan kerunsingan.
"Golongan pertengahan dan bawahan amat merasai tekanan ekonomi yang berlaku sekarang ini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau juga berkata, Biro Kebajikan Amanah akan menggerakkan usaha tersebut untuk membantu rakyat yang tertindas akibat salah laku itu.
"Merekalah menjadi mata dan telinga rakyat bersama Pakatan Harapan serta berusaha membantu mereka yang miskin, tertindas dan menderita akibat daripada penyelewengan itu.
"Lebih penting, kita bersama-sama NGO perlu berterusan memerangi rasuah dan penyelewengan sama ada dilakukan oleh BN atau sesiapa sahaja," ujarnya.
Mohamad juga tidak menolak kejatuhan harga minyak dunia turut memberi kesan besar kepada pendapatan negara.
"Kemiskinan melampau, catuan makan yang dibuat oleh sebahagian mahasiswa dan juga penduduk-penduduk pedalaman khususnya di Sik, Baling, Grik dan Larut perlu dibantu segera," katanya lagi.

Umno tak layak cakap mengenai perjuangkan kedudukan Melayu – Khalid Samad

khalid samad
Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad berkata Umno telah diberi peluang untuk memerintah Malaysia selama hampir 60 tahun dan kini terbukti parti tersebut telah gagal dan tak mampu untuk membina kekuatan orang Melayu.
KUALA LUMPUR, 14 Januari:
“Kalau ada pihak yang tidak layak bercakap mengenai memperjuangkan orang Melayu dan Islam, ia adalah Umno dan Barisan Nasional (BN),” kata Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad.
Khalid berkata demikian sebagai respon kepada kenyataan Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee yang mengatakan bahawa Pakatan Harapan (PH) yang dianggotai oleh PKR, DAP dan Amanah tidak mampu untuk memperjuangkan kedudukan orang Melayu dan agama Islam di negara ini.
Jelas Khalid, Umno telah diberi peluang untuk memerintah Malaysia selama hampir 60 tahun dan kini terbukti parti tersebut telah gagal dan tak mampu untuk membina kekuatan orang Melayu.
“Orang Melayu terus dikekalkan kepada budaya menerima bantuan dan itulah kehendak Umno kerana kalau tidak ia tidak mahu hilang relevannya serta enggan melihat orang Melayu berdikari dan menjadi bangsa bermaruah dan bermartabat.
“Dari sudut ini mereka telah berjaya kerana orang Melayu merupakan penerima BR1M dan bantuan paling ramai dan perkara inilah yang ingin kita pecahkan.
“Cara nak pecahkan ialah dengan tamatkan budaya pergantungan itu kerana ia datang dengan sistemnya tersendiri iaitu orang-orang tertentu dipilih sebagai kroni dan kontraktor lain bergantung kepada kroni tersebut sekaligus membantutkan kemerdekaan dan kemampuan berdikari orang Melayu,” katanya kepada The Rakyat Post.
Tambah Ahli Parlimen Shah Alam itu lagi, Umno bukan sahaja tidak mampu menjaga kedudukan orang Melayu malah menjadi punca utama kepada perpecahan Melayu di Malaysia.
Ujarnya, Pas, PKR, Parti Negara dan Semangat 46 merupakan parti-parti pecahan daripada Umno yang disebabkan hasil daripada kepimpinan yang tidak amanah.
“Orang Melayu berpecah disebabkan banyak penyelewengan, salah guna kuasa, gunakan kedudukan untuk kepentingan diri dalam Umno sehinggakan orang Melayu tidak boleh bersatu.
“Oleh itu yang mana yang menentang bertindak keluar daripada Umno sebagai tanda tidak bersetuju,” tegasnya.

Kuota PBT : Mengapa jumlah PAS tak berubah?

PAS sepatutnya mendapat tambahan tiga kerusi kerana mengorbankan satu kerusi EXCO, menurut Setiausaha Politik MB Selangor
Shuhaimi Shafiei
PETALING JAYA: Kemuncak rundingan pengagihan kerusi ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) menyaksikan jumlah kerusi PAS tidak berubah, berbeza dengan apa yang dijanjikan kepada parti itu sebelum ini.
Berdasarkan kepada senarai jumlah kerusi bagi tahun 2016 yang dipamerkan di laman web Selangorkini edisi bahasa Cina, FMT mendapati perkembangan itu berbeza daripada apa yang dinyatakan oleh Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Shuhaimi Shafiei, 6 Januari lalu.
Dalam laporan sebelum ini, Shuhaimi menyatakan PAS akan mendapat tambahan tiga kerusi sebagai balasan kerana mengorbankan satu kerusi EXCO Selangor, disamping penambahan kerusi ketua kampung.
Perkembangan ini menyusuli rundingan membincangkan permohonan 24 hingga 34 kerusi ahli majlis PBT daripada AMANAH kepada Kerajaan Selangor, yang dibentuk oleh PKR, DAP dan PAS.
AMANAH merupakan komponen Pakatan Harapan bersama PKR dan DAP yang dibentuk baru-baru ini.
Dalam senarai itu, AMANAH mendapat 10 kerusi PBT. Pengerusi AMANAH Selangor, Ir Izham Hashim dilantik ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).
Turut tidak terkecuali adalah Ketua Pemuda Amanah Mohd Sany Hamzan yang dilantik sebagai ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).
Lapan yang lain ialah Nor Mohd. Zulkarnain Abd. Yazid (Majlis Perbandaran Sepang) ; Pushpa Nagiah Vengadesan (Majlis Daerah Kuala Selangor); dan Mohd. Safiee Harun, Dr. Rosdi Meor Endut (Majlis Daerah Kuala Langat);
Tiga lagi ialah Mohd. Amran Sakir dan Rajakumar Batumalai (Majlis Daerah Hulu Selangor); Mohd. Nasir Mohammed Yunus dan Siti Maimun Jurini (Majlis Daerah Sabak Bernam).
Sementara itu, PKR juga mengalami pengurangan sebanyak 15 kerusi iaitu daripada 120 kepada 105 dan DAP hanya mengalami pengurangan sebanyak dua kerusi iaitu dari 98 kepada 96.

Buang khurafat hanya Umno bela Melayu, kata Pemuda Amanah


Faiz FadzilFaiz FadzilPemuda Parti Amanah Negara (Amanah) menyeru supaya umat Islam tidak terperangkap dengan dakyah perkauman dengan membuang khurafat kononnya hanya Umno membela Melayu.
Timbalan Ketuanya, Faiz Fadzil berkata, fahaman dan ideologi sempit perkauman demi survival kekuasaan politik pemerintah menyekat kebebasan rakyat dalam mengamalkan hak demokrasi selain peruntukan drakonian seperti Akta Hasutan, Sosma dan terkini undang-undang Majlis Keselamatan Negara (MKN).
“Rakyat kini ditakutkan dengan dogma ketuanan Melayu akan terhakis sekiranya Umno hilang kuasa. Jika Melayu hilang kuasanya, kedudukan agama Islam kononnya akan terancam.
“Hegemoni ini sesungguhnya merugikan dan menganiaya rakyat terutamanya orang Melayu. Umat Islam tidak seharusnya terperangkap dengan dakyah ini. Khurafat yang Umno sahaja yang mampu membela nasib Melayu dan kesucian Islam harus dibuang masyarakat Melayu,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut beliau, masyarakat Melayu harus lebih bijak dan berani menentukan kualiti kehidupan yang lebih baik dan terjamin memandangkan kedudukan Islam dan keistimewaan Melayu sudah terjamin dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak akan diubah kerana ia adalah struktur asas Perlembagaan negara.
“Sesungguhnya, kerakusan pemerintahan Umno dan BN ini tidak boleh sekadar dinasihati, tetapi perlu dijatuhkan. Reformasi dan transformasi perlu dilakukan rakyat.
“Keharmonian dan kebajikan rakyat tanpa mengira kaum pasti akan lebih terjamin dan terjaga sekiranya politik nilai diberikan keutamaan dalam amalan demokrasi. Tsunami politik Melayu pada 1999 berjaya menggoncang keangkuhan pemerintahan Umno dan BN,” jelasnya.
Sehubungan itu, Faiz berkata, rakyat pada masa ini perlu dididik dengan politik nilai yang berasaskan prinsip syarie dan sejagat iaitu keadilan, kebebasan, kesamarataan, urus tadbir yang baik, integriti, ketelusan dan amanah.

Malaysia, tiada kepimpinan yang layak!

Kedudukan semasa politik Malaysia, sangat mendukacitakan apabila tiada pihak yang benar-benar boleh diyakini (oleh rakyat) untuk memimpin dan memacu semula ekonomi negara.
leader
Pemimpin yang ada sekarang hanya pandai berkata-kata, ada yang katanya berbunga-bunga, ada yang katanya berharapan, ada yang katanya berkeyakinan tetapi kebanyakannya, hanya berbuih dan berbau.
Tak kiralah, yang memerintah atau yang membangkang, rata-rata ahli politik hanya mahu menjaga kepentingan peribadi. Kalau lebih daripada itu pun, kepentingan parti, itu sahaja.
Saya merasakan, kita tidak mempunyai pemimpin yang benar-benar layak untuk memacu semula sosio-ekonomi negara yang semakin suram ini.
Sekarang, kita sibuk menyerang kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, anak kepada bekas Perdana Menteri kedua Malaysia, yang terpalit pelbagai skandal politik dan kewangan.
Dan saya tahu, selagi tidak dibuktikan, tiada yang bersalah, jadi saya tidak mahu bersikap judgemental di sini.
Bagaimana pula dengan pakatan politik alternatif? Selepas berjaya merampas kerajaan di dua negeri penyumbang ekonomi utama, Selangor dan Pulau Pinang, serta Kelantan, apa halatuju kepimpinan yang ditunjukkan oleh mereka?
Saya akui kebanyakan pemimpin kecuali beberapa kerat, mempunyai nilai kepimpinan yang tinggi dan niat yang baik. Namun persoalan saya ialah sejauh mana parti-parti ini efisien, selaras dan padu dalam membawa perubahan kepada negara?
Melihat kedudukan semasa, sememangnya pihak pembangkang (sepatutnya) mempunyai peluang yang cerah bersaing secara sihat dan mungkin menang dalam pilihan raya. Tetapi, memandangkan pergolakkan politik dalaman pembangkang itu sendiri, saya khuatir tentang ketahanan mereka sebagai satu pakatan politik.

Meritokrasi tentukan turun naik ahli politik Melayu DAP



SYED Ali Alhabshee berbunyi lagi.
Kali ini, beliau memberi amaran kepada orang Melayu yang ingin menceburi politik supaya tidak menjadi ‘pak sanggup’ DAP dan memecahkan undi Melayu.
rara sekdemKononnya, Melayu yang dalam DAP ‘kemaruk’ menjadi wakil rakyat pada pilihan raya umum akan datang sehingga mengetepikan usaha perpaduan Melayu.
Kasihan Syed Ali Alhabshee. Setiap kali beliau berbunyi, ia tidak menunjukkan kecerdikan pemikiran, sebaliknya bersandar kepada hujah dangkal, tidak matang, dan penuh prejudis perkauman melampau.
Mungkin bagi individu seperti Syed Ali apabila terjun ke dunia politik, ia hanya berkisar soal laba dan gila untuk menjadi wakil rakyat – sekadar mengulangi ayat yang digunakannya.
Tetapi, tidak semua orang seperti anda, wahai Syed Ali.
Bagi orang Melayu yang merdeka dan punyai jatidiri tinggi, mereka tidak masuk politik untuk mencari laba dan gila untuk menjadi wakil rakyat. Sebaliknya, mahu menyumbang sesuatu dan bersama-sama berusaha dalam membina negara.
Memilih parti politik yang bukan majoriti Melayu sebagai wadah perjuangan seperti DAP bukan tiket percuma untuk menjadi wakil rakyat. Perkiraan berasaskan warna kulit bukanlah perkara yang menentukan turun naik karier politik dalam DAP. Tetapi, ia soal kemampuan, kebolehan dan keupayaan. Bahasa mudahnya meritokrasi.
Berada dalam DAP, tidak bermaksud untuk memecahbelahkan Melayu. Apa salahnya menjadi minoriti walaupun berada di bumi Malaysia? Bersendirian dalam menentukan jatuh bangun dalam politik. Kesukaran adalah satu kebenaran dan kemestian.
Mungkin Syed Ali lebih senang naik lif daripada naik tangga. Tetapi, bukankah respect is to be earned, not demanded. Buka mata hati dan minda. Penilaian baik berasaskan kemampuan, kebolehan dan keupayaan, bukan berasaskan warna kulit.
Soal perpecahan, soal perbedaan idealisme politik, ia bukanlah sesuatu perkara baru. Sebelum merdeka, Melayu terpecah menganut beberapa mazhab politik. Ia sesuatu yang normal bahawa manusia dicipta dengan kepelbagaian fikrah dan minat.
Hanya manusia yang berminda terjajah seperti Syed Ali sahaja berasa setiap manusia boleh diikat dalam satu jalur pemikiran sama. Manusia yang gila kuasa sahaja akan bersikap seperti diktator dengan menentukan tingkah laku dan pemikiran orang lain.

Penjenamaan BTN untuk cipta propaganda baru semai perkauman


KUALA LUMPUR 14 JAN: Penjenamaan semula Biro Tata Negera (BTN) hanya untuk penyusunan semula skrip baru bagi memberi bantuan hayat kepada UMNO yang semakin ditolak segenap lapisan rakyat.
Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor, Sheikh Omar Ali, berkata ia berikutan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lalu menyaksikan 52 peratus pengundi menolak kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
1545594_981629748520630_2553065453424156309_nKatanya, BTN dimanipulasi UMNO untuk menyemai kebencian, bukan mengukuhkan jati diri sebagai warganegara bermaruah, sekaligus menyimpang dan bias demi menjayakan serakah UMNO bagi mengekalkan kuasa.
Beliau berkata, BTN terbukti menjadi alat UMNO dalam merealisasi agenda pengekalan kuasa atas nama patriotisme, sedangkan hakikatnya untuk menjadi alat menyerang pemimpin pembangkang.
“UMNO terdesak untuk mencipta propaganda baru setelah landskap politik negara berubah dengan kemunculan pakatan baru pembangkang selepas gagal menangani skandal besar yang meletakkan Malaysia negara ketiga paling korup di dunia.
“Setelah pelbagai skandal dipalitkan ke atas Najib, kita khuatir penjenamaan BTN bakal menyaksikan satu lagi pembaziran dan penyalahgunaan dana awam,” katanya kepada Roketkini.
Jika penjenamaan BTN diteruskan, Sheikh Omar berkata, ia tidak lebih sekadar menjadi wadah yang mendedahkan wajah sebenar UMNO yang gagal mengurus tadbir negara.
“Malaysia perlu diselamatkan dengan perpaduan rakyat yang utuh tanpa mengira kaum, bukan menyemarak lagi kebencian sesama rakyat atas nama perkauman sempit,” katanya.

Pemegang tampuk kuasa perlu ikhlas pertahan kebebasan institusi - Tuanku Muhriz

Pemegang tampuk kuasa perlu ikhlas pertahan kebebasan institusi  - Tuanku Muhriz
KUALA PILAH: Pemegang tampuk kuasa perlu jujur dan ikhlas mempertahan, melindungi serta memastikan kebebasan institusi-institusi perundangan dan kehakiman serta  institusi penguatkuasaan daripada sebarang campur tangan, tegas Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Baginda juga percaya Rukun Negara adalah penyelesaian holistik terhadap masalah yang dihadapi ketika ini dan menitahkan agar rakyat dan pemimpin berpegang teguh kepada prinsip tersebut.

”Sebagai pemimpin, sudah pasti kewajipan untuk menjiwai dan menjunjung tinggi prinsip-prinsip ini perlu diperlihatkan dalam setiap tindakan serta perilaku untuk dicontohi oleh mereka yang dipimpin,” titah Tuanku Muhriz pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Sembilan sempena Hari Keputeraan  Ke-68 baginda di Balai Rong Seri, Istana Besar Seri Menanti dekat sini, hari ini.

Baginda bertitah, penegasan ini pernah dititahkan oleh Almarhum nenda Banginda, yang merupakan Yang di-Pertuan Agong Pertama, Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad semasa Istiadat Perasmian Persidangan Parlimen yang Pertama Persekutuan Tanah Melayu selepas merdeka pada 12 September 1959.

”Baginda menitahkan bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah pelindung, penjaga kepada Rule of Law (kedaulatan undang-undang) dan ianya melindungi integriti, tidak terikat dengan sebarang pengaruh serta melindungi kebebasan Mahkamah, para Hakim dan Pegawai Undang-Undang serta Ahli-ahli Suruhanjaya yang bertanggungjawab ke atas sebarang pelantikan dan penguatkuasaan,” titah baginda lagi.

”Ia juga menjamin keselamatan dan integriti Perkhidmatan Awam untuk bersikap saksama dan tidak berpihak.”
Jelas Baginda, Almarhum juga pernah bertitah bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah milik setiap rakyat yang menjadi punca kepada kuasa pemerintahan yang ada.

ASAL AJA keluar dari mulut UMNO PASTI BOHONG. KENAPA ??!!

DAHULU.. sblom #GST dilaksanakan punyala kemaruk bgtau GST semuanya indah2 belaka.. last2 slps GST terlaksana 'SEMUANYA NAIK' bebankan rakyat kecuali Rosmah Najib jer NAIK JET MEWAH KERAjaan terbang ke sana ke mari.. last2 Menteri yg kuat jilat Najib dulu pon dah kena tendang keluar dari kabinet Najib...

SEKARANG.. dok merapu plok jaja kebaikan TPPA itu bagus utk negara, rakyat dan bla.. bla.. blaaaa..

JILATLAH AMERIKA SAMPAI mereput mati...

Tun Razak tidak bazir wang untuk isteri

Bapa kepada Najib sangat berhemah dalam menguruskan perbelanjaan termasuk mengendalikan kewangan negara.
tun-hanif,tun-razak
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar menyifatkan Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein seorang yang cermat dalam berbelanja.
Menurutnya, Abdul Razak sentiasa berhati-hati menguruskan wang negara, selain tidak berbelanja mewah untuk isterinya, Tun Rahah Noah.
“Beliau sangat berhati-hati tentang wang. Beliau mahu membeli intan replika murah sebagai hadiah kepada Rahah, tetapi orang membawanya ke kedai intan asli dan beliau beritahu orang itu yang beliau tidak mampu membelinya,” katanya ketika ditemui FMT di sini, hari ini.
Mengimbau kenangan bersama negarawan itu, Hanif yang juga bekas setiausaha sulit Abdul Razak berkata, Perdana Menteri itu juga sangat bencikan aktiviti judi.
“Beliau pernah mengarahkan aktiviti perjudian di istana di beberapa negeri dihentikan, malah mengarahkan pihak berkuasa supaya menangkap mereka yang terlibat dalam perjudian itu,” katanya.
Sementara itu, anak perempuan kepada rakan rapat Abdul Razak, Tan Sri Taib Andak iaitu Datin Kalsom Taib pula menceritakan, Abdul Razak pernah menyuruh Rahah membayar sendiri tiket penerbangan sehala kerana mengikuti beliau dalam urusan rasmi kerajaan.
“Beliau sangat prihatin dalam menggunakan wang rakyat sehingga dianggap sangat berhemah,” katanya.

Altantuya: Azilah fail permohonan pengampunan Sultan Selangor

Hukuman Mati Terhadap Sirul, Azilah Kekal
SERI KEMBANGAN - Bekas Cif Inspektor, Azilah Hadri yang dihukum mati selepas disabitkan dengan tuduhan membunuh model Monggolia, Altantuya Shariibuu 10 tahun lalu bakal memfailkan permohonan pengampunan daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah esok.
Peguamnya, Datuk Hazman mengesahkan perkara tersebut.
Menurutnya, pihaknya akan menghantar permohonan tersebut di Pejabat Sultan Selangor, di Istana Negeri jam 10 pagi.
"Saya tidak dapat jelaskan mengenai alasan yang dikemukakan di dalam permohonan tersebut kerana ianya sulit," katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Selain Azilah, bekas anggota Unit Tindakan Khas polis, Sirul Azhar Umar turut disabitkan dengan kesalahan tersebut oleh Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari 2015.
Perbuatan itu dilakukan di kawasan hutan, Puncak Alam antara jam 10 malam dan 1 pagi pada 18 dan 19 Julai 2006.
Azilah kini berada di penjara Sungai Buloh manakala Sirul berada di dalam tahanan imigresen Villawood di Sydney selepas melarikan diri sebelum Mahkamah Persekutuan membuat keputusan.

MAKIN TUN RAZAK DIINGATI, MAKIN NAJIB DILIHAT "TAK BERGUNA"

Hari ini genap 40 tahun Tun Razak Hussein, bekas Perdana Menteri kedua Malaysia meninggal dunia. Pemergiannya secara mengejut pada 14 Januari 1976 kerana derita leukemia, terus dirasai berikutan rakyat dan negara rasa amat terhutang budi dengan segala jasa dan sumbangannya.

Tiada ada sesiapa yang dapat menafikan sumbangan Tun Razak untuk negara ini. Beliau dikenali sebagai Bapa Pembangunan kerana banyak idea, dasar dan pemikirannnya menjadi asas kepada pembagunan negara sehingga kini.

Meskipun demikian, sebagai manusia biasa, Tun Razak bukanlah pula tidak ada dosa dan kelemahannya. Tetapi, oleh sebab jasa dan sumbangannya terlalu besar, maka kelemahannya tersimpan tidak disebut orang.

Dalam hal ini, saya ada bercakap dengan beberapa bekas pemimpin yang pernah mengenali dan hidup sezaman dengan Tun Razak. Mereka mengatakan, jasa dan sumbangan Tun Razak sering dan lebih banyak dijadikan sebutan bukanlah bermakna beliau tidak ada cacat cela dan kelemahan sama sekali.

Sebaliknya, kata mereka, disebabkan jasa dan sumbangannya terlalu besar kepada rakyat dan negara, ia menjadikan ramai yang malu untuk menyebut tentang kelemahannya.

Itulah Tun Razak. Sempena 40 tahun pemergiannya, bukan saja jasa, sumbangan dan pemikirannya terus dikenang, malah hari ini satu seminar khas memperingati Bapa Pembangunan itu turut diadakan.

Sama ada kita mengenalinya atau tidak,  pernah hidup di zamannya atau sebaliknya, namun memperingati dan mengenang jasa serta sumbangan Tun Razak tetap dikira wajar kerana nilai peninggalannya yang tak ternilai untuk rakyat dan negara.

Selain itu, Tun Razak juga dikenali sebagai pemimpin yang sederhana dan berjimat cermat. Beliau bersih daripada segala dakwaan rasuah, menyalahgunakan kuasa atau hidup bermewah.

Di ketika namanya masih diingati dan diadakan pula seminar khas mengenai watak kepimpinannya, secara kebetulannya negara sedang dipimpin oleh Najib,  anak sulung Tun Razak sendiri.

Najib yang turut hadir dalam seminar itu bersama beberapa bekas pemimpin yang pernah bekerja dengan bapanya seperti Tun Abdullah Badawi dan Rafidah Aziz, tentu saja mengharapkan sedikit sebanyak limpahan imej baik memihak kepada dirinya daripada seminar tersebut.
Sebagai anak sulung dan menjejaki pula jawatan Perdana Menteri yang pernah disandang oleh bapanya, hanya seorang "anak yang perasan"  akan menganggap pujian kepada arwah orang tuanya adalah juga untuk dirinya.

‘Razak suruh Rahah beli tiket sendiri jika mahu ikutnya’

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar menceritakan bahawa Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein ketika menjadi perdana menteri kedua negara tegas membenteras kegiatan perjudian.
Malah katanya, beliau juga mengarahkan supaya polis membuat tangkapan terhadap aktiviti perjudian yang berlaku di istana.
"Beliau arahkan supaya aktiviti perjudian di istana dihentikan malah mengarahkan menangkap mereka yang terlibat dalam perjudian itu.
"Apabila sultan datang dan berkata mahu meneruskan aktiviti perjudian, beliau tidak bersetuju," kata Hanif semasa Seminar Khas Memperingati Tun Abdul Razak di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau juga memuji perdana menteri itu sebagai seorang yang berjimat-cermat dalam berbelanja.
Katanya, Razak juga tidak boros berbelanja untuk isterinya, Tun Rahah Omar.
Menceritakan peristiwa semasa beliau menjadi setiausaha sulit kepada Abdul Razak, Hanif berkata perdana menteri kedua itu pernah membatalkan hasratnya untuk membelikan cenderahati kepada Rahah semasa di Mesir.
"Beliau sangat berhati-hati tentang wang.
Beliau mahu membeli replika berlian (paste diamond) yang murah tetapi orang membawanya ke kedai berlian yang asli dan beliau beritahu orang itu (yang membawa ke kedai tersebut) beliau tidak mampu membelinya kerana tidak sekaya mereka," katanya.
Sementara itu, anak perempuan kepada kawan Razak, Tan Sri Taib Andak - Datin Kalsom Taib pula menceritakan disebabkan sifat berjimat cermatnya, perdana menteri kedua itu pernah meminta supaya Rahah membayar tiket penerbangan sehala kerana mengikutnya dalam urusan rasmi kerajaan.
"Beliau sangat prihatin dalam menggunakan wang rakyat sehingga dianggap sangat berhemah," kata Kalsom.
Malah, Kalsom turut menceritakan satu peristiwa apabila Razak tidak membenarkan isterinya untuk menyertai lawatan rasmi yang dihadirinya kerana tidak mahu membazir wang rakyat.
"Beliau juga tidak mengizinkan Rahah ikut ke Kelantan dan menyuruhnya beli tiket sendiri kerana tidak mahu menggunakan wang rakyat.
"Perkara sama juga berlaku semasa lawatan rasmi ke Burma (Myanmar) apabila Razak menyuruh Rahah membeli tiket penerbangannya sendiri," kata Kalsom.

Dr M: Mahu atau tak kena ubah suai bajet 2016

Pengubahsuaian Bajet 2016, yang bakal dibentangkan pada 28 Januari ini adalah suatu tindakan yang wajar, berdasarkan kejatuhan harga minyak mentah dunia dan kelemahan ringgit.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata meskipun baharu dibentangkan pada Oktober lepas, keadaan ekonomi kini banyak berubah berbanding pada masa Bajet 2016 dibentangkan.
 "Keadaan (ekonomi) sudah berubah dengan begitu ketara. Saya fikir, mahu ataupun tidak, pengubahsuaian (Bajet 2016) ini harus dilakukan," katanya selepas menyaksikan majlis pelantikan pengedar Proton baharu di Petaling Jaya hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini mengumumkan akan membentangkan pengubahsuaian kepada Bajet 2016 supaya lebih realistik dengan keadaan pada tahun 2016.
Najib berkata pengubahsuaian itu akan melibatkan beberapa aspek untuk dilakukan penentukur semula supaya lebih realistik pada 2016.
Harga minyak mentah dunia hari ini berada pada paras US$30 setong berbanding kira-kira US$45 setong semasa Bajet 2016 dibentangkan pada Oktober lepas.

Permohonan Anwar batal keputusan Lembaga Pengampunan 28 Mac


Anwar IbrahimAnwar Ibrahim
Mahkamah Tinggi menetapkan 28 Mac untuk mendengar permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anggota keluarganya bagi kebenaran semakan kehakiman untuk membatalkan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyennya bagi pengampunan diraja atas sabitan kerana meliwat.
Hakim Datuk Nor Bee Ariffin menetapkan tarikh itu di dalam kamar apabila kes itu disebut hari ini.
Pada 24 Jun, tahun lepas, bekas ketua pembangkang itu, isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan dua anak perempuan mereka, Nurul Izzah serta Nurul Nuha memfailkan permohonan dengan menamakan Lembaga Pengampunan, Peguam Negara dan kerajaan Malaysia sebagai responden.
Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan mewakili responden manakala peguam Melissa Sasidaran mewakili Anwar.
Dalam permohonan itu, mereka memohon perintah untuk membatalkan keputusan Lembaga Pengampunan pada 16 Mac, 2015, dan mendesaknya menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya memberi pengampunan dan membebaskan Anwar, 68.
Mereka juga memohon perintah mandamus bagi mendesak Lembaga Pengampunan mengadakan semula mesyuarat dan menimbangkan semua perkara berkaitan petisyen bagi pengampunan diraja yang dikemukakan oleh anggota keluarga Anwar dan memberi nasihat yang bersesuaian kepada Yang di-Pertuan Agong.
Anwar, dalam afidavit untuk menyokong permohonan itu, mendakwa bahawa keputusan oleh Lembaga Pengampunan dicapai secara melanggar peraturan keadilan asasi dan oleh itu tidak sah.
Anwar mendakwa bahawa keputusan Lembaga itu tidak pernah disampaikan secara bertulis kepadanya atau anggota keluarganya yang mengemukakan petisyen tersebut.
Beliau mendakwa bahawa keputusan itu juga tercemar dan mempunyai kecacatan kerana Peguam Negara ketika itu adalah pihak yang berkepentingan yang menaruh perasaan kebencian yang berlarutan terhadapnya.

Amanah keluar senarai laman sosial, elak maklumat palsu

Khalid Samad
SHAH ALAM – Parti Amanah Negara (Amanah) akan mengeluarkan senarai laman sosial Facebook dan laman web terkini yang diiktiraf sebagai mewakili parti itu.
Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abd Samad berkata, ia bagi memudahkan mana-mana pihak membuat rujukan berkenaan parti itu pada masa akan datang.
Menurut Khalid lagi, ia juga sebagai langkah untuk memastikan ketepatan dalam sebarang penyebaran maklumat di medium media sosial itu.
“Kami ambil berat tentang sebarang maklumat yang disebarkan melalui media sosial dan aplikasi WhatsApp atas nama parti di semua peringkat organisasinya.
“Ia termasuk apa juga maklumat, poster atau gambar yang tidak diselidiki kesahihannya terlebih dahulu, dan disebar oleh para ahli dan penyokongnya atas nama parti,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Dalam pada itu, Khalid turut mengakui kelemahan yang terdapat dalam mengurus penyebaran maklumat menerusi media sosial.
“Bagi parti, kami memohon maaf sekiranya ia menimbulkan kekeliruan dan saya sebagai Pengarah Komunikasi Amanah mengakui segala kelemahan yang ada.
“Kesungguhan dan semangat tinggi untuk membantu parti ini agar terus berkembang adalah sangat dihargai, namun ada kalanya mereka terlepas pandang soal keabsahan sesuatu maklumat,” katanya lagi.
Bagi memperbaiki kelemahan yang ada, pihaknya juga turut merancang program latihan kepada pengendali laman web dan Facebook rasmi parti.
Jelas Khalid lagi, ia merupakan usaha meningkatkan kemahiran serta tahap profesionalisme masing-masing.

Najib patut mohon maaf umum selesai 1MDB tanpa guna dana rakyat

Jual 1MDBKEADILAN mempertikaikan 1Malaysian Development Berhad (1MDB) apabila masih belum memberikan penjelasan ke mana perginya dana berbaki dari terbitan sukuk RM2.4 bilion.
Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli, berkata dana itu kononnya dipinjam untuk membiayai kerja pemindahan dan naik taraf pengkalan udara.
Katanya, 1MDB juga tidak menafikan kenyataan beliau bahawa berdasarkan angka dikeluarkan 1MDB, hanya RM800 juta daripada keseluruhan kos projek RM2.7 bilion dibayar 1MDB.
“Sebab itu baki tanggungan RM1.9 bilion untuk menyiapkan kerja itu kini mengundang kontroversi apabila ia melibatkan syarikat berkaitan Kerajaan China yang boleh mendedahkan negara kepada risiko keselamatan dan pertahanan.
“Saya yakin ada sesuatu disembunyikan 1MDB kerana angka yang diketahui umum tidak masuk akal,” kata Rafizi dalam kenyataan medianya.
Katanya, 1MDB sebenarnya diberikan geran kerajaan berjumlah RM1.0865 bilion bagi tujuan “pembinaan bangunan gantian dan perolehan peralatan susulan pembangunan semula Sungai Besi”.
Ini bermakna 1MDB menggunakan dana awam dalam bentuk geran Kerajaan Persekutuan untuk membiayai kos kerja pemindahan dan naik taraf pengkalan tentera udara yang sebenarnya tanggungjawab 1MDB.
Kata Rafizi, jumlah dana diperolehi 1MDB dalam bentuk terbitan sukuk adalahsebanyak RM2.4 bilion dan geran Kerajaan Persekutuan sebanyak RM1.0865 bilion.
“Ini menjadikan jumlah keseluruhan dana diambil bagi tujuan ini mencecah RM3.4865 bilion adalah jauh melebihi kos keseluruhan projek diumumkan iaitu RM2.7 bilion.

Sultan tak mahu dengar masalah perkauman di Johor


Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar menitahkan semua ketua agama bukan Islam di negeri ini supaya melaksanakan tanggungjawab mereka membantu menyatupadukan rakyat.
Baginda yang menerima kunjungan hormat 16 ketua-ketua agama bukan Islam di Istana Bukit Serene hari ini, bertitah tanggungjawab seseorang ketua agama adalah menyatupadukan rakyat dan memastikan mereka sentiasa hormat-menghormati, meskipun berlainan latar belakang.
"Saya tidak mahu mendengar apa-apa masalah mengenai perkauman di negeri ini. Setiap kaum seperti Cina, India adalah Bangsa Johor. Kita perlu menghormati satu sama lain.
"Jika ada masalah, berjumpalah dengan saya. Saya sentiasa di sini untuk anda (ketua agama)," titah baginda ketika menerima kunjungan hampir sejam rombongan itu di Johor Baharu.
Terdahulu, rombongan itu yang diketuai Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong turut dipelawa menghadiri majlis santapan tengah hari bersama baginda di istana berkenaan.
Sementara itu, ketika ditemui pemberita, Tee berkata pertemuan itu merupakan detik bersejarah kepada rakyat negeri ini.

Sudah 2016, mengapa Sarawak, Sabah masih dinafikan bekalan elektrik, soal PKR

Ketua Setiausaha Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah (kiri) bersama pasukan My ChangeMakers pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini. – Gambar The Malaysian Insider, 14 Januari, 2016.Ketua Setiausaha Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah (kiri) bersama pasukan My ChangeMakers pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini. Meskipun sudah berdekad negara merdeka, Sarawak dan Sabah masih lagi ketinggalan berbanding Semenanjung dalam kelengkapan asas seperti bekalan elektrik, kata PKR.
Bagi membantu golongan tidak bernasib baik yang dinafikan keperluan asas itu, kempen My ChangeMakers anjuran PKR kini membekalkan 314 unit solar ke Sarawak untuk dipasang ke beberapa perkampungan di pedalaman Sarawak.
"Mengapa 2016 Sarawak, Sabah masih tiada bekalan elektrik yang cukup? Projek ini penting kerana kita membuktikan ada cara inovatif mengatasi masalah itu dan ia tidak semestinya memakan kos tinggi.

"Daripada sudut politik bagi PKR ialah kita membuktikan apa yang kita suarakan. Bukan sekadar suara yang selalu diungkapkan tapi diterjemahkan dalam tindakan konkrit," kata Ketua Setiausaha Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini. Koordinator My ChangeMakers Adam Fistival Wilfrid berkata 114 unit solar akan dibawa dan dipasang di beberapa perkampungan di Ba'Kelalan, Sarawak dan ia akan membekalkan tenaga elektrik untuk kira-kira 100 keluarga.

Tun Razak benci judi, tidak bazir untuk isteri, kata pembantu

Bekas ketua polis negara Tun Mohammed Hanif Omar yang pernah berkhidmat sebagai setiausaha sulit (ADC) kepada allahyarham Tun Abdul Razak Hussein bercerita mengenai perdana menteri kedua itu pada seminar memperingati Tun Razak di Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 14 Januari, 2016.Bekas ketua polis negara Tun Mohammed Hanif Omar yang pernah berkhidmat sebagai setiausaha sulit (ADC) kepada allahyarham Tun Abdul Razak Hussein bercerita mengenai perdana menteri kedua itu pada seminar memperingati Tun Razak di Kuala Lumpur, hari ini. Tun Abdul Razak Hussein seorang yang benci kepada perjudian dan sentiasa berjimat-cermat dalam berbelanja, kata bekas ketua polis negara Tun Mohammed Hanif Omar.
Hanif yang juga bekas setiausaha sulit (ADC) kepada perdana menteri kedua itu berkata, Razak sentiasa berhati-hati dalam menguruskan wang negara, malah tidak berbelanja sewenang-wenang untuk isterinya, Tun Raha Noah.
Hanif mengimbau satu peristiwa semasa satu lawatan ke Kaherah, Mesir Razak menyuruh seseorang membawanya ke kedai replika intan untuk membeli cenderahati kepada Raha tetapi tidak jadi membelinya.

"Beliau sangat berhati-hati tentang wang. “Beliau mahu membeli intan replika yang murah tetapi orang membawanya ke kedai intan yang asli, tapi beliau beritahu orang itu tidak mampu membelinya di sini kerana tidak sekaya kamu," kata Hanif semasa seminar memperingati Razak yang dianjurkan Asian Strategy and Leadership Institute (Asli) di Kuala Lumpur, hari ini.
Selain itu, Hanif berkata Razak juga tidak suka aktiviti perjudian, mencerminkan ketegasan yang ditunjukkan bekas bosnya itu.
"Beliau mengarahkan aktiviti perjudian di istana Perak dan Pahang dihentikan, malah mengarahkan menangkap mereka yang terlibat dalam perjudian itu.
"Apabila sultan datang dan berkata mahu meneruskan aktiviti perjudian, beliau tidak bersetuju,” katanya.
Sementara itu, Datin Kalsom Taib, anak perempuan kepada kawan baiknya, Tan Sri Taib Andak menceritakan Razak pernah memberitahu isterinya, Raha mengenai tiket penerbangan sehala yang perlu dibayar jika mahu mengikutnya bersama dalam lawatan rasmi.

TPPA persediaan menuju perang ekonomi

Oleh Amirrul Jeffery Igai
Usah diharapkan kemakmuran menjelma di kala 2015 melabuhkan tirai dan 2016 datang menyambut.Zaman kemakmuran kita sudah lama berlalu. Jangan dikenang soal kemakmuran.Kemakmuran cuma tinggal kenangan dan nostalgia indah yang hanya sesuai kita imbas kembali semasa bersembang dan berbicara dengan rakan taulan dan saudara mara di kedai kopi.

Zaman indah yang lama berlalu. Tahun 2015 hanya merupakan latihan dan “warming up” bagi keperihan dan keperitan untuk 2016 dan tahun mendatang yang entah sampai bila akan menitikkan noktah.

Maka, bersedia untuk kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang akan semakin menekan pengguna. Bersedia untuk konflik sosial yang semakin mencanak naik. Bersedia untuk pertempuran politik yang semakin mengganas. Serta bersedia juga untuk keruntuhan dan kemuraman ekonomi tempatan dan dunia yang semakin hari semakin menunjukkan perangai gila. Semua ini kerana disebabkan sistem ekonomi kapitalis yang semakin nazak.
Jangan disalah tafsir mukadimah saya. Tiada niat untuk menakut-nakutkan kalian. Bukan hajat untuk mencipta kisah songsang lagi gelap bagi menimbulkan suasana panik. Ini bukan cerita menjual segala “haru bin segala hara”.
Tetapi ingin membawa pembaca kepada pencerahan agar kita tidak sentiasa berkhayal den berdengung. Agar tidak meraba-raba mencari kemakmuran yang lama hilang.
Saya mendengar kisah tentang bagaimana menteri perdagangan antarabangsa dan industri (Miti) bersurah tentang Malaysia boleh menarik diri pada bila-bila masa daripada Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) selepas pelaksanaannya jika berasa kurang selesa tanpa sebarang penalti.
Tanpa sebarang penalti? Ini sesuatu yang gila. Bagi saya ia tidak semudah itu. Ia tidak sesenang menabung dari kecil untuk menyimpan duit RM24 juta untuk membeli sebentuk cincin berlian. Tidak semudah seperti memasukkan segerombolan lembu ke dalam kondominium mewah.
Jika perjanjian TPPA sudah dimerterai dan ditandatangani, bermakna kita sudah bersetuju untuk bersengkongkol dengan Amerika Syarikat dan salah satu pihak yang berkolaborasi bagi melihat TPPA sebagai suatu langkah untuk mengatasi China sebagai kuasa perdagangan di rantau Asia.
Jangan mudah terbuai cerita dongeng berikan Datuk Seri Mustapa Mohamed yang mengatakan Malaysia – matlamatnya adalah untuk mempelbagaikan perdagangan, menjalin hubungan baik dengan semua negara dan meningkatkan jumlah perdagangan, pelaburan dan pendapatan negara, mahupun ayat yang mengkhayalkan seperti matlamat Malaysia menyertai TPPA ini (bagi Malaysia) adalah untuk menjalin hubungan dengan negara-negara yang masih belum mempunyai perjanjian perdagangan bebas (FTA).
Pada mata kasar ada benarnya. Saya tidak menafikan. Ia tidaklah sampai ke tahap yang terlalu besar. Tetapi perlu diperhalusi dan dikaji sebijak mungkin bagi mengelakkan kita terjerat di tengah-tengah pergaduhan 2 blok negara ekonomi besar Amerika dan China. Jangan dikejar tidak dapat dan yang dikendong berciciran.

'Anwar tidak wajar disekat dapatkan rawatan kerap'

Umno parti paling cocok untuk PAS - Penganalisis

'Razak perintah berlandaskan demokrasi, bukan darurat' - Tun Abdullah

PH masih bincang agih kerusi pilihan raya negeri Sarawak

Pak Lah jelaskan delegasi ke Perancis dibiayai NGO

Hanif Omar : Tun Razak seorang yang jimat cermat, tak boros

Sebelum persoal pelajar, soalkan ke mana wang universiti

Oleh Ashraff Nazrin
Beberapa kes yang melibatkan kesempitan hidup mahasiswa telah mendapat tempat dalam beberapa media utama negara yang telah memfokuskan masalah kewangan mahasiswa sehingga menyebabkan beberapa kes kronik mahasiswa mengikat perut telah berlaku dan menjadi topik hangat.
Kenyataan-kenyataan berbentuk sokongan mahupun bidasan terhadap isu tersebut boleh didapati di laman sosial mahupun kenyataan rasmi Universiti. Beberapa menteri turut tidak ketinggalan dalam memberi komen sekitar isu ini.


KENYATAAN YANG MENGELAK ISU SEBENAR. Malangnya kenyataan menteri yang sepatutnya menjaga rakyat, komen Universiti yang sepatutnya menyebelahi mahasiswa adalah kenyataan yang langsung tidak berpijak di alam mahasiswa yang nyata sekarang. Kenyataan-kenyataan mereka hanya sekadar melepaskan batuk di tangga dan mengelak dipersalahkan. Memetik laporan The Malaysian Insider bertarikh 11 Januari 2016 bertajuk “Khairy tidak mahu isu mahasiswa kebuluran disensasikan, pastikan kesahihannya”
Sementara itu, bagi pihak Universiti yang mengeluarkan kenyataan melalui sekretariat Timbalan-timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) pula mengatakan tidak ada sebarang laporan kebuluran di Universiti memetik dari laporan The Malaysian Insider bertarikh 12 Januari bertajuk “Laporan pelajar kelaparan tidak pernah disahkan”
Kesemua kenyataan ini tidak langsung melambangkan usaha untuk memfokuskan terhadap penyelesaian isu yang sedang dibangkitkan tetapi hanyalah sebagai kenyataan yang mengelak daripada realiti. Sedangkan mereka tidak faham bahawa bantuan-bantuan yang sepatutnya disediakan oleh Universiti terlalu banyak proses birokrasi yang meremehkan menyebabkan mahasiswa yang terdesak gagal mendapat solusi segera. Akhirnya peruntukan untuk bantuan kebajikan setiap tahun yang tidak dimohon ini hilang entah kemana.
Sudahlah bantuan sangat ketat, persoal pula sikap berbelanja sekumpulan mahasiswa.
Mahasiswa persoal belanjawan universiti dan Kementerian Pelajaran Tinggi
Dalam keadaan birokrasi proses permohonan bantuan untuk mahasiswa yang menyulitkan mahasiswa yang betul-betul susah, bagaimana pula proses perbelanjaan Universiti dan Kementerian Pelajaran Tinggi sendiri?
Mengambil contoh Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) yang telah mengumumkan untuk membina sebuah Dewan Kuliah dan perpustakaan pada tahun 2011 yang lalu sehingga kini masih tidak disiapkan. Sedangkan menurut sumber Utusan Online yang bertajuk “UMS-KAL bina dua projek besar” mengatakan bahawa projek tersebut termasuk dalam Rancangan Malaysia Ke-Sepuluh (RMK-10).

Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak faham demokrasi?

edry
KUALA LUMPUR 14 JAN: Kenyataan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mhd Amin Nordin Abdul Aziz yang menolak cadangan mengembalikan Pilihanraya Kerajaan Tempatan kerana bimbang pembangkang menang, bercanggah dengan nilai demokrasi negara.
Sedangkan, Ketua Pemuda DAP (DAPSY) Subang, Edry Faizal Eddy Yusof yang menyifatkan proses pendemokrasian sangat penting, berkata amalan demokrasi memberi hak kepada rakyat termasuk memilih pemimpin.
“Jawatan Datuk Bandar melibatkan pelbagai hal urus tadbir dan memberi kesan kepada rakyat, maka tentu rakyat mahu seseorang yang bertanggungjawab dan mendahulukan mereka dalam semua perkara untuk jadi wakil.”
“Cara lantikan sekarang, jawatan Datuk Bandar dipilih Menteri Wilayah Persekutuan membuatkan beliau setia dan bertanggungjawab kepada menteri berkenaan, bukannya penduduk tempatan kerana legitimasi rakyat tidak ada,” katanya.
Mhd Amin pada temu bual dengan BFM baru-baru ini tidak bersetuju pelaksanaan Pilihanraya Kerajaan Tempatan kerana bimbang ia dimenangi pembangkang dan menimbulkan masalah kepada hubungan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan kerajaan Persekutuan.
Isu berbangkit berikutan saranan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu pada Persidangan Pimpinan Pakatan Harapan Sabtu lalu dan dialu-alukan pimpinan DAP yang sedari dulu memperjuang proses demokrasi itu.
Pada kenyataan media hari ini, Edry berkata ia menggambarkan Datuk Bandar Kuala Lumpur lebih peduli untuk memenuhi kehendak menteri dan kerajaan Persekutuan berbanding warga ibu kota.
“Alasan beliau Kerajaan Persekutuan lebih tahu kehendak penduduk Kuala Lumpur, oleh itu lebih layak menggubal dasar dan Datuk Bandar cuma laksanakannya.

Kembalikan Kuala Lumpur kepada warga Kuala Lumpur


Sewaktu ditemubual radio BFM, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Mhd Amin Nordin Abdul Aziz menyatakan bahawa sekiranya pilihan raya kerajaan tempatan diadakan di Kuala Lumpur, tentu akan dimenangi pembangkang dan jawatan Datuk Bandar juga tentu disandang oleh pembangkang. Lalu menimbulkan masalah kepada hubungan antara kerajaan tempatan dan kerajaan Persekutuan.
Beliau kemudian menjadikan hujah itu sebagai asas kebimbangan dan penolakan terhadap pilihan raya kerajaan tempatan. Saya beranggapan kebimbangan ini timbul kerana tidak jelas dengan semangat demokratik di sebalik desakan untuk diadakan pemilihan di peringkat kerajaan tempatan.
rencana pix edited bnwSudah tentu asas kepada sistem demokrasi adalah keyakinan bahawa rakyat berhak dan lebih baik secara bersama menentukan urusan hidup mereka. Dalam konteks demokrasi perwakilan di Malaysia, itu diterjemahkan dengan memilih pemimpin mereka sendiri.
Memandangkan jawatan seperti Datuk Bandar mempunyai kuasa dan kedudukan melibatkan pelbagai hal tadbir urus yang memberikan kesan kepada rakyat di kawasan itu sendiri. Maka sudah tentu rakyat mengharapkan pemimpin yang akan memegang jawatan-jawatan sedemikian meletakkan kepentingan rakyat di tempat paling atas dan bertanggungjawab kepada rakyat. Hanya pemimpin yang dipilih rakyat saja boleh dituntut menjawab kepada rakyat.
Melalui kaedah lantikan seperti yang diamalkan sekarang, kuasa dan kedudukan Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak memperoleh legitimasi dari rakyat. Oleh kerana jawatan Datuk Bandar adalah melalui lantikan daripada Menteri Wilayah Persekutuaan, maka sudah tentu Datuk Bandar Kuala Lumpur hanya bertanggungjawab dan setia kepada Menteri Wilayah Persekutuan, bukannya kepada warga Kuala Lumpur.
Justeru, melalui temubual itu juga tanpa selindung kita dapat mendengar bagaimana Menteri Wilayah Persekutuan dan kerajaan persekutuan digambarkan seperti bos kepada Datuk Bandar. Datuk Mhd Amin lebih mengambil berat bagaimana seorang Datuk Bandar dapat memenuhi kehendak Menteri dan perancangan kerajaan persekutuan berbanding berbanding warga Kuala Lumpur.

Golongan muda mampu ubah persepsi negatif terhadap DAP


forum Mampukah parti pembangkang memenangi undi Melayu pada pru-14
PETALING JAYA 14 JAN: DAP berhasrat menambah bilangan ahli dari kalangan Bumiputera termasuk orang Melayu bagi mengimbangi komposisi kaum dalam parti itu, sekaligus mengelak tohmahan kononnya ia didominasi satu kaum sahaja.
Malah, Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming, berkata wujud cadangan dari pimpinan DAP itu untuk mencapai sasaran 50 peratus keahlian Bumiputera baik kaum Melayu mahupun etnik dari Sarawak dan Sabah.
Bagaimanapun, beliau mengakui pimpinan parti itu belum mencapai kata sepakat dalam hal berkenaan, selain pandangan ahli akar umbi juga perlu diambil kira sebelum melaksanakan sasaran itu.
“Ini dilema yang dihadapi DAP, ada pemimpin yang mahukan penambahan kaum Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak tetapi pada masa sama, ada juga kurang bersetuju,” katanya.
Beliau berkata demikian pada forum bertajuk ‘Mampukah parti pembangkang memenangi undi melayu pada pru-14’ anjuran Mahasiswa Keadilan dekat sini, malam tadi.
Panelis lain ialah Ketua Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah; Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad dan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli.
Dalam pada itu, Kian Ming turut meminta pimpinan DAP supaya berhati-hati membuat kenyataan yang boleh menyinggung sensitiviti sesuatu kaum kerana parti itu berpegang kepada prinsip demokrasi dan keterbukaan kepada semua kaum dan agama tanpa sebarang prejudis.

Mengapa Malaysia pro Amerika, soal PKR tentang TPPA

Ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen mempertikaikan tindakan Malaysia condong kepada Amerika yang menggunakan TPPA untuk mengekang kebangkitan China di rantau Asia. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Januari, 2016. 
Ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen mempertikaikan tindakan Malaysia condong kepada Amerika yang menggunakan TPPA untuk mengekang kebangkitan China di rantau Asia.

PKR mempersoalkan tindakan Malaysia yang dilihat terarah kepada Amerika Syarikat (AS) dalam keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).
Ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen berkata, Malaysia sepatutnya bersikap berkecuali memandangkan AS mempunyai strategi geo politik dalam usaha mengekang kebangkitan China di rantau Asia melalui TPPA.
"Ini adalah rahsia terbuka AS yang menggunakan TPPA untuk memastikan kebangkitan China terbantut dari segi ekonomi politik dan sebagainya.

"Jangan jadi seperti 2 gajah bergaduh, (AS dan China) maka seekor kancil (Malaysia) tersepit. Kita jangan jadi seperti itu," kata Wong pada satu sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, Selangor hari ini. Wong merujuk artikel Brooking Insitution mengesahkan peranan TPPA sebagai strategi utama "condong ke Asia" Presiden AS Barack Obama dalam rencana "Why The TPP is the Linchpin of the Asia Rebalance" 28 Julai 2015.
"Saya menghormati hak AS melaksanakan apa dasar luar negeri mereka pilih. Ini merupakan hak kedaulatan mereka menjalankan sebarang strategi geo politik di rantau ini selari dengan keperluan mereka.
"Jika Amerika bercadang menyokong Israel dalam segala isu mengenai Palestin, itu hak mereka. Jika Amerika ingin menahan kebangkitan China, itu hak mereka.
"Namun, mengapa Malaysia perlu ambil bahagian dalam agenda dasar Amerika ini? Mengapa Malaysia condong ke Amerika demi kelebihan ekonomi yang tidak penting?" soalnya.
Wong turut mempersoalkan bagaimana Najib boleh menyokong AS yang menentang China selepas menerima wang jaminan sebanyak RM24 bilion daripada negara itu.

NGO desak Najib batal arahan guna duit rakyat cuci bauksit

NGO menegaskan kerajaan sepatutnya mengarahkan pemilik konsesi untuk membersihkan pencemaran akibat perlombongan bauksit. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Januari, 2016. 
NGO menegaskan kerajaan sepatutnya mengarahkan pemilik konsesi untuk membersihkan pencemaran akibat perlombongan bauksit. 

Gabungan Badan Bertindak Menentang Pencemaran Bauksit mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membatalkan arahan menggunakan duit rakyat untuk mencuci pencemaran daripada perlombongan mineral itu. Mereka sebaliknya mengarahkan syarikat yang mengaut keuntungan melaksanakan tanggungjawab tersebut.
Pengerusinya Fuziah Salleh berkata, arahan perdana menteri itu dibidas sekeras-kerasnya kerana ia merupakan tindakan menyalah guna duit rakyat yang membayar cukai.

Katanya, Putrajaya tidak boleh terus melakukan tindakan yang sering kali membebankan rakyat di kala terkesan dengan kos sara hidup tinggi dan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). "Janganlah ditambah kemarahan rakyat dengan menggunakan duit rakyat pula untuk mencuci pencemaran ini.
"Tatkala rakyat semua dalam kesusahan akibat kenaikan kos sara hidup dan GST, tindakan menggunakan duit rakyat untuk mencuci kekotoran bauksit ini ibarat mencurah garam kepada luka rakyat.
"Ia menambahkan kepedihan kesengsaraan tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ahli Parlimen Kuantan itu menegaskan kerajaan sepatutnya bertindak mengarahkan pemilik konsesi untuk membersihkan bauksit ditambah pula dengan pendedahan syarikat pengeskport yang tidak pernah membayar duti eksport kepada kepada kerajaan Pahang.
"Semua maklum banyak ketirisan berlaku sewaktu mengutip royalti di peringkat kerajaan negeri.
"Silalah perdana menteri arah semua syarikat pemilik konsesi melombong, syarikat pemilik lori yang mengangkut bauksit dan syarikat yang mempunyai lesen AP mengekspot bauksit untuk melakukan tugas mencuci tersebut," katanya.
Najib semalam mengarahkan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menjalankan kerja pembersihan di kawasan terjejas akibat perlombongan bauksit di Kuantan, Pahang.
Menurut Berita Harian, arahan itu dikeluarkan Najib dalam mesyuarat Kabinet susulan daripada keluhan dan aduan diterima daripada penduduk tempatan yang terjejas akibat aktiviti perlombongan bauksit.
PKR sebelum ini mendedahkan tiada sebarang bayaran duti eksport yang dibayar pengusaha bauksit menyebabkan Putrajaya kerugian RM180 juta.
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, berdasarkan maklumat daripada laman Kastam Diraja Malaysia menunjukkan kadar bayaran duti eksport bagi bauksit adalah 0 %.
Katanya ini bermakna eksport bauksit ke luar negara tidak dikenakan sebarang cukai dan Putrajaya tidak mengutip sebarang hasil daripada eksport tersebut.

Ke Arah Pemantapan Jentera Komunikasi AMANAH

OLEH KHALID ABD SAMAD

1. Parti Amanah Negara (AMANAH) mengambil berat sebarang maklumat yang disebarkan melalui

media sosial dan aplikasi whatsapp atas nama AMANAH di semua peringkat organisasinya.

2. Ia termasuk apa juga maklumat, poster atau gambar yang tidak diselidiki kesahihannya terlebih dahulu, dan disebar oleh para ahli dan penyokongnya atas nama AMANAH.

3. Perkembangan pesat dan pantas AMANAH telah diterima oleh masyarakat berbilang kaum dengan pelbagai latar belakang, dan ini menyebabkan timbul sedikit kesukaran dalam mengurus penyebaran maklumat melalui media sosial oleh mereka atas nama AMANAH.

4. Kesungguhan dan semangat tinggi untuk membantu parti ini agar terus berkembang adalah sangat dihargai, namun ada kalanya mereka terlepas pandang soal keabsahan sesuatu maklumat.

5. Bagi AMANAH, kami memohon maaf sekiranya ia menimbulkan kekeliruan dan saya sebagai Pengarah Komunikasi AMANAH Nasional mengakui segala kelemahan yang ada.

6. Biro Komunikasi AMANAH juga akan mengadakan program latihan kepada pengendali laman web dan Facebook rasmi parti dalam usaha meningkatkan kemahiran serta tahap profesionalisme masing-masing.

7. Kami juga akan mengeluarkan senarai facebook dan laman web terkini yang diiktiraf sebagai mewakili AMANAH dalam masa terdekat bagi rujukan semua.

"Harapan Baru"

RM1.0865 bilion geran k'jaan tambahkan parah skandal 1MDB


Rafizi RamliRafizi RamliSetelah tidak berpuashati dengan penjelasan 1MDB berhubung baki dana terbitan sukuk RM2.4 bilion untuk membiayai kerja-kerja pemindahan dan naik taraf pangkalan-pangkalan tentera udara, Rafizi Ramli menimbulkan pula geran kerajaan berjumlah RM1.0865 bilion yang diterima syarikat tersebut bagi projek yang sama.
Menurut Ahli Parlimen Pandan itu, Laporan Ketua Audit Negara 2014 bagi Aktiviti Kementerian/Jabatan dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan bagi perkara
penyaluran geran kepada syarikat dimiliki Menteri Kewangan Diperbadankan mendedahkan bahawa 1MDB telah diberi RM1.0865 bilion geran kerajaan bagi tujuan 'pembinaan bagunan gantian dan perolehan peralatan susulan pembangunan semula Sungai Besi'.
"Ini bermakna 1MDB telah menggunakan dana awam dalam bentuk geran Persekutuan untuk membiayai kos kerja-kerja pemindahan dan naik taraf pangkalan-pangkalan tentera udara yang sebenarnya adalah tanggung jawab 1MDB," ujar Naib Presiden PKR itu.

Lebih teruk lagi, tambah beliau jumlah dana yang telah diperolehi 1MDB dalam bentuk terbitan sukuk sebanyak RM2.4 bilion dan geran Kerajaan Persekutuan sebanyak RM1.0865 bilion berjumlah RM3.4865 bilion adalah jauh melebihi kos keseluruhan projek yang diumumkan iaitu RM2.7 bilion.

"Malangnya, 1MDB sendiri mengakui bahawa hanya RM800 juta yang telah dibayar setakat ini dan RM1.9 bilion masih berbaki," ujar beliau.

Sehubungan itu beliau menuntut Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak menjelaskan mengapa Kerajaan Persekutuan meluluskan geran berjumlah RM1.0865 bilion kepada 1MDB untuk membiayai sebahagian kerja-kerja tersebut sedangkan itu adalah tanggung jawab kewangan 1MDB.
Ini ujarnya berdasarkan perjanjian 1MDB dengan Kerajaan Persekutuan sebagai pertukaran 1MDB dianugerahkan tanah-tanah Pangkalan TUDM Sungai Besi pada harga yang rendah.

Dalam berbalah, demonstrasi TPPA temukan PAS-Amanah

PAS akan mengadakan  demontrasi Bantahan TPPA di Dataran Merdeka pada Sabtu ini yang dijangka turut disertai Amanah.PAS akan mengadakan demontrasi Bantahan TPPA di Dataran Merdeka pada Sabtu ini yang dijangka turut disertai Amanah.
Disebalik kemarahan PAS terhadap Amanah sehingga mengisytiharkannya sebagai 'musuh baru' parti Islam itu, kedua-duanya bakal 'disatukan' dalam demontrasi bantah Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).
Amanah melalui Timbalan Presidennya Salahuddin Ayub semalam, mengeluarkan arahan agar ahli parti itu di semua peringkat dikerahkan ke demonstrasi yang akan diadakan 23 Januari ini di Dataran Merdeka di ibu negara.
"Amanah akan mengerahkan ahlinya untuk menyertai demonstrasi TPPA pada 23 Januari ini. Kita menyokong penuh usaha ini," katanya ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam selepas mahkamah memutuskan menolak permohonan semakan kehakiman terhadap TPPA.
Sementara itu PAS juga telah mengeluarkan arahan rasmi kepada negeri dan kawasan masing-masing agar mengerahkan ahli mereka turun ke himpunan itu nanti.
Amanah dan PAS sejak awal berkongsi pendirian sama menolak TPPA yang didakwa bakal memudaratkan ekonomi negara dan memberi kesan langsung kepada rakyat negara ini.
Malah kedua-dua mereka telah beberapa kali menyertai perbincangan bersama NGO Bantah TPPA dengan kerjasama beberapa lagi NGO lain bagi menjayakan Demontrasi Rakyat Bantah TPPA itu.
'Pertemuan' dalam isu TPPA ini bagaimanapun dilihat terkeluar daripada kerangka 'perbalahan' kedua-dua parti yang semakin keras ketika ini.
Buktinya kelmarin, PAS melalui satu pekeliling mengarahkan semua ahlinya agar tidak terlibat dengan sebarang aktiviti anjuran Amanah dan DAP yang dianggap sebagai musuh utama mereka.
Pekeliling tersebut yang ditandatangani Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyudin Hassan dikeluarkan berdasarkan keputusan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat, 8 Januari lalu.
Memberi reaksi kepada perkara itu, Anggota Jawatankuasa Nasional Amanah, Hanipa Maidin berkata mereka tidak menganggap PAS sebagai musuh, tetapi kawan yang ada kalanya bersifat 'nakal'.

Pakatan Harapan beri kebebasan negeri runding kerusi Sarawak, kata Saifuddin Abdullah

Ketua Setiausaha Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah mengakui rundingan sedang dilakukan ketiga-tiga parti dalam pakatan bagi membincangkan rundingan kerusi untuk pilihan raya negeri Sarawak. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 14 Januari, 2016. 
Ketua Setiausaha Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah mengakui rundingan sedang dilakukan ketiga-tiga parti dalam pakatan bagi membincangkan rundingan kerusi untuk pilihan raya negeri Sarawak.

 Mendedahkan rundingan kerusi di antara 3 parti Pakatan Harapan iaitu PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) sedang berjalan di Sarawak, Datuk Saifuddin Abdullah berkata kebebasan diberikan kepada peringkat negeri untuk membuat keputusan.
Ketua setiausaha Pakatan Harapan itu berkata, ketiga-tiga parti itu bersetuju rundingan dibuat pimpinan ketiga-tiga parti peringkat negeri Sarawak.
"Perbincangan sedang berlaku kalangan pemimpin DAP, PKR dan Amanah dan itu petanda yang baik," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, Selangor hari ini.

"Tumpuan utama Pakatan Harapan yang parti kami berbincang sesama mereka dan mereka di sana lebih memahami dengan mana-mana pihak. "Kami jelas mengenai ini dan kita beri mereka peluang bincang," katanya.
Meskipun begitu, Saifuddin enggan mengulas sama ada rundingan kerusi itu melibatkan PAS atau tidak.
"Saya tidak akan jawab hal itu sekarang.
"Mereka juga berbincang dengan kesemua parti yang relevan," katanya yang juga tidak menjawab soalan wartawan adakah PAS parti yang relevan di Sarawak.
Sebelum ini Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem mengatakan Pilihan Raya Sarawak dijangkakan akan diadakan ‎pada Mac tahun ini.

MP PKR dakwa Najib mungkir janji pada Obama

Seorang pemimpin PKR menyelar perdana menteri yang didakwa tidak menunaikan janji kepada Presiden Amerika Syarikat Barack Obama, dengan memberikan penjagaan perubatan sempurna kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anggota parlimen Subang Sivarasa Rasiah (gambar) hari ini mengingatkan Datuk Seri Najib Razak terhadap komitmen yang dibuat terhadap Obama semasa lawatan November tahun lalu.
“Komitmen itu belum dipenuhi,” katanya dalam sidang media hari ini.
Sivarasa mendakwa Anwar kini sedang kesakitan dan terpaksa mengambil ubat penahan sakit.
Wakil rakyat pembangkang itu berkata Anwar perkhidmatan fisioterapi yang dicadangkan doktor dan hanya menjalankan sesi itu di Penjara Sungai Buloh.
Pertemuannya dengan peguam juga didakwa hanya dibenarkan seminggu sekali dengan maksimum masa sejam, kata Sivarasa yang juga seorang pengamal undang-undang.

Paras baru hutang 1MDB - Arul elak di sebalik soalan ulang kali


Walaupun disoal berulang-kali dalam satu temu bual, Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy mengelakan daripada memberi jawapan berhubung paras baru hutang syarikat pelaburan negara milik kerajaan itu berikutan penjualan beberapa aset.
Dalam temu bual yang disiarkan oleh akhbar Berita Harian hari ini, Arul disoal mengenai paras baru hutang 1MDB. Beliau enggan memberi jawapan.
Beliau berkata ini kerana kenyataan kewangan 1MDB masih belum dimuktamadkan.
“Saya tidak boleh menjawab soalan itu sekarang kerana kita perlu membuat keputusan sama ada hutang akan kekal pada penyata kira-kira, tetapi apa yang boleh saya tegaskan, hutang kini menyamai kemasukan aliran tunai untuk batyaran kadar faedah dan prinsipal,” katanya.
Apabila disoal kali kedua mengenai baki hutang 1MDB, Arul Kanda sebaliknya membekalkan perangkaan tahun 2014.
"Berdasarkan penyata kewangan sebelum ini ialah RM42 bilion," katanya.
Ditanya lagi mengenai tahap hutang 1MDB selepas penjualan Edra dan pegangan ekuiti 60 peratus Bandar Malaysia di projek Tun Razak Exchange, beliau sekali lagi enggan memberi perangkaannya.
"Kami belum lagi dalam keadaan untuk memberikan jawapan secara menyeluruh," katanya.
Arul berkata ini kerana 1MDB masih belum membuat keputusan sama ada mahu membayar sebahagian hutang itu ataupun mengekalkan mereka.
Bagaimanapun, beliau berkata semua hutang jangka pendek akan diselesaikan.
Najib pada 31 Disember lalu mengumumkan penjualan aset 1MDB akan membolehkan syarikat itu mengurangkan hutangnya sehingga RM40.4 bilion.

Tun Abdul Razak larang Najib terlibat politik

Tun Abdul Razak mahukan Najib menjadi akauntan dan barulah menyertai dunia politik
najib-razak,razak-hussien
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan bapanya, Perdana Menteri Kedua Malaysia, Tun Abdul Razak pernah melarang beliau daripada terlibat dalam kancah politik.
Najib berkata, ayahnya meminta agar beliau menceburi dunia korporat.
“Ayah saya tidak menggalakkan saya menjadi ahli politik sebaliknya dia mahukan saya menjadi akauntan dan barulah menyertai dunia politik.
“Dahulu, dia berfikir saya terlalu senyap dan introvert untuk terlibat dalam politik,” ujarnya sewaktu berucap di di Majlis Memperingati Tun Abdul Razak, di sini, hari ini.
Pada waktu itu, Najib berkata, dia hanya berumur 22 tahun dan tidak yakin jika dia bersedia menggantikan tempat Abdul Razak.
Najib berkata, Abdul Razak pernah mengembara purata 60,000 batu setahun secara peribadi untuk memeriksa projek dan memastikan sasaran dipenuhi.
“Dia tahu setiap pegawai daerah dalam negara malah mengenali kebanyakan penghulu di mukim,” katanya.

BUANG SAJA PENASIHAT DAN DUTA KHAS INI, JIMAT WANG NEGARA!!

Perdana Menteri, Najib Razak dijangka akan membuat pengubahsuaian terhadap Bajet 2016 pada 28 Januari ini yang secara mudahnya adalah disebabkan negara tidak cukup wang untuk melaksakan projek dan program yang sudah dirancang.

Penyumbang utama ketidakcukupan wang negara adalah kerana kejatuhan harga minyak dunia yang begitu mendadak, selain turut disebabkan nilai ringgit yang rendah serta ekonomi dunia yang lemah.

Ketika Bajet 2016 dilaksanakan, harga minyak mentah dunia ialah sekitar US$48 satu tong , tetapi penurunan terus berlaku sehingga kepada US$31 satu tong ketika ini.

Pakar-pakar ekonomi juga menjangkakan harga minyak mentah dunia akan terus turun lagi.

Walaupun Najib pernah menyebut bahawa cukai GST yang dilaksanakan adalah penyelamat ekonomi negara berdasarkan kutipannya sebanyak lebih RM30 bilion sehingga Disember 2015, namun penurunan berterusan harga minyak menyebabkan banyak perancangan bajet bakal tergendala.

Soalnya, apakah pengubahsuaian, penyelarasan dan penjimatan Bajet 2016 yang akan diumumkan Najib pada 28 Januari nanti? 

Berapa banyak akan dipotong? Apakah ia akan menjejaskan kesejahteraan rakyat?

Sementara penantian tarikh itu, ada baiknya Najib turut mengambil kira penjimatan yang satu ini iaitu menghapuskan semua penasihat atau duta khas bertaraf menteri yang dilantiknya kerana semua perlantikan itu jauh lebih membazirkan wang rakyat.

Sehingga ini terdapat sembilan penasihat dan duta khas yang dilantik Najib dan semuanya adalah bertaraf menteri yang bermakna mereka mendapat gaji, elaun dan kemudahan seperti seorang menteri juga.

Sudahlah saiz kabinet kita merupakan paling besar dengan jumlah 36 menteri untuk penduduk seramai 30 juta orang, ditambah dengan sembilan lagi penasihat dan duta khas bertaraf menteri, ahhh...betapa banyaknya pembaziran di sini saja.

Penasihat khas Perdana Menteri  bertaraf menteri itu terdiri daripada Abdullah Md Zin (agama), Zainal Abidin Osman (koridor utara), Rais Yatim (sosial dan budaya), Shahrizat Jalil (pembangunan wanita), Noh Omar (untuk Selangor) dan Shaziman Abu Mansor (penasihat khas politik menggantikan tempat Allahyarham Jamaluddin Jarjis)

TPPA untuk KEPENTINGAN Amerika Syarikat (AS)...

Siapa penyokong & pendokong No.1 ISRAEL..???
..Amerika Syarikat (AS)

So siapa EJEN AMERIKA SYARIKAT ??
Yang tuduh DS Anwar Ibrahim tak habis2 tu kenapa..?

"KERAJAAN TAK PANDAI NAK MENIPU RAKYAT.." - Najib Razak

MANA PERGINYA hasil cukai dan hasil penjimatan subsidi A.K.A. 'Hapus Subsidi Rakyat' dari dulu lagi !!

Kesan-Kesan Negatif TPPA terhadap Malaysia dari segi:

- Hasil Export
- Perubatan
- Tenaga Buruh
- Alam Sekitar
- Polisi Perolehan
- Perundangan
- Subsidi
- Kewangan
- Harta Intelek

Hakikatnya TPPA akan menghadkan kemampuan kita untuk menentukan nasib kita, ekonomi kita dengan cara kita , pada waktu yang kita mahu.

Bom di Sarinah: 6 maut, penyerang disyaki warga asing


Pengebom bunuh diri yang meletupkan kawasan komersial Sarinah di Jakarta disyaki warga asing.
Berdasarkan keterangan saksi, dia melihat dua individu bertubuh agak kecil dan berwajah asing datang ke premis Starbucks di Jalan MH Thamrin.
Saksi itu yang juga pekerja sebuah bank berhampiran menyatakan, dua individu itu kemudian meletupkan diri mereka di premis berkenaan.
"Tiga cedera parah, termasuk dua anggota polis, manankala seorang yang lain meninggal dunia," katanya yang dipetik Antaranews.
Saksi itu menjelaskan letupan tidak berlaku serentak sebaliknya berturutan.
Letupan pertama, katanya, berlaku kira-kira jam 10.55 diikuti letupan kedua beberapa minit kemudian.
"Premis Starbuks itu ramai dikunjungi pelanggan warga asing, terutama dari Barat," katanya.
Saksi juga menjelaskan, ada ramai penyerang dalam iniden yang dilihat dirancang rapi itu.
Tembak menembak berlaku
Sebahagian daripada mereka, katanya, mengejar polis selepas letupan di Starbucks berkenaan.
"Mereka juga menyerang kenderaan tentera.
"Secara keseluruhan ada tiga pengebom bunuh diri, dengan dua daripadanya bertindak di Starbucks dan satu lagi di kawasan pos polis," katanya.
Sementara itu Reuters melaporkan, sekurang-kurangnya enam maut dalam serangan yang menggemparkan itu.
Selain enam letupan kedengaran, saksi juga menyatakan berlaku tembak menembak antara penyerang dan anggota keselamatan.
Beberapa jam selepas serangan bermula, orang awam terdengar sekurang-kurangnya satu lagi letupan dan kejadian tembak menembak.
Metro TV melaporkan, polis percaya ada antara 10 hingga 15 penyerang terbabit, termasuk seorang pengebom bunuh diri.
Polis menempatkan penembak tepat di lokasi strategik di sekitar kawasan kejadian, selain kereta perisai serta kelengkapan lain.

Letupan bom, tembakan gegar pusat bandar Jakarta

000_Hkg10245545
Satu daripada mayat mangsa berada di tengah sebuah jalan utama di pusat bandar Jakarta.
JAKARTA, 14 Januari:
Satu siri letupan yang menggegarkan ibu negara Indonesia, hari ini, menyebabkan sekurang-kurangnya empat terbunuh.
Letupan itu berlaku berhampiran Pusat Beli-belah Sarinah, di Jalan MH Thamrin, di mana mayat mangsa kelihatan bergelimpangan di jalan raya.
Tembakan juga berlaku di luar kafe Starbucks yang terletak di seberang Pusat Beli-belah Sarinah, ketika polis menghampiri tempat kejadian.
Sekurang-kurangnya enam letupan kedengaran dan sebuah pondok polis di hadapan pusat beli-belah itu turut mengalami kerosakan.
“Empat maut, iaitu seorang anggota polis dan tiga orang awam.
“Buat masa ini, insiden tembak-menembak telah berhenti, tetapi mereka (suspek) berjaya melarikan diri dan kami bimbang akan berlaku tembakan lagi,” kata jurucakap polis Indonesia, Anton Charliyan kepada AFP.
Beliau turut memberi amaran kepada orang ramai supaya menjauhi tempat kejadian, kerana polis khuatir ada lebih banyak di kawasan berkenaan.
Setakat ini, tidak diketahui dalang di seballik serangan itu.
Sementara itu, agensi berita Bernama memetik seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Fandi memberitahu, dia berada tidak jauh dari tempat kejadian dan ternampak beberapa lelaki menunggang motosikal melepaskan tembakan ke arah polis di dalam pondok polis berkenaan.
Katanya, dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, insiden berbalas tembakan berlaku antara polis dan lelaki tidak dikenali itu, disusuli letupan di pondok polis dan di luar pusat beli-belah itu.
Serangan itu berlaku beberapa minggu selepas Jakarta diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga, susulan pendedahan polis anti-keganasan mengenai beberapa rancangan serangan berani mati di ibu negara Indonesia itu, sempena ketibaan tahun baru.
Akhir bulan lalu, polis memaklumkan dua lelaki ditahan, termasuk seorang ahli minoriti puak Uighur dari China, yang didakwa terbabit dalam rancangan melancarkan serangan nekad itu.
Selepas satu siri serangan ke atas warga asing pada dekad lalu, ekstremis Indonesia telah mengalih sasaran kepada “musuh Islam” domestik, kebanyakan polis.
Tiada serangan menyasarkan warga asing sejak dua letupan hotel di Jakarta, pada 2009 yang meragut tujuh nyawa.