Isnin, 11 Januari 2016

Korang tau ker tak.. "Orang gila saja tak faham kebaikan ringgit jatuh" !!!

Ringgit semakin hampir RM4.50 berbanding 1 USD DAN SETERUSNYA TAK MUSTAHIL CECAH RM5.00 !!!.. Terkini USD$1 = MYR4.47

Tak heran pon Malaysia MAKIN JAHANAM...
Jika ini berterusan, tak mustahil negara kita akan muflis dengan peningkatan kadar inflasi yang mendadak...

Masih gah nak laungkan Hidup Melayu di PWTC ??

Skandal 1MDB: DAH LAH SULIT.. tak bayar cukai plok !!!

Guna Akta Syarikat xde mslah... kononnya 'privacy'.. TETAPI bila syarikat itu adalah MILIK PENUH KERAJAAN & libatkan pemimpin negara sbg Pengerusi & Lembaga Penasihat 1MDB dan mungkin juga melibatkan dana/ duit negara, SEPATUTNYA dinyatakan dgn terperinci sbb kewangan negara merupakan duit rakyat.. BUKANNYA DUIT ROSMAH-NAJIB !!!.. Rakyat berhak utk tahu...

Berani Kerana Benar, TAKUT KERANA SALAH !!

KENAPA klu rakyat xbyr cukai digelar PENGKHIANAT tetapi utk #1MDB nak panggil apa plok !!!

Itu pon ada lagi dedakian masih tak sedar2 lagi..

Bila lagi kamu nak bercakap benar..

"Dana Rakyat Tidak Digunakan Untuk Selesaikan Isu #1MDB", kata PM Najib Razak...

Guna duit #KWSP, #TabungHaji, #KWAP, Perbendaharaan tu duit sapa..??

KJ: Tiada kerjasama rasmi Pemuda Umno, PAS

umnopas_m
Khairy berkata, Pemuda Umno sedia mengadakan perbincangan dengan PAS, jika timbul isu membabitkan kepentingan bangsa, agama dan negara.

KUALA LUMPUR, 11 Januari:

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menegaskan, tidak wujud kerjasama rasmi antara sayap parti tersebut dengan PAS.
Menurutnya, Pemuda Umno tidak mempunyai sebarang perancangan untuk membentuk gabungan bersama parti Islam berkenaan.
“Kita sedia untuk duduk berbincang, kalau ada isu melibatkan kepentingan bangsa, agama dan negara.
“Tetapi, di peringkat Pemuda Umno, tidak ada apa-apa kerjasama formal dengan PAS,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pemuda Umno, di Menara Datuk Onn, hari ini.
Mengulas kenyataan Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee yang meminta kepimpinan PAS menimbang semula keputusan Majlis Syura Ulamak PAs menolak kerjasama dengan Umno, beliau berpendapat ia tidak perlu.
“Bagi saya, kalau mereka tak nak kerjasama, tak payahlah sampai merayu,” ujarnya.
Tambahnya, debat antara beliau dan Ketua Angkatan Muda Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad masih boleh diteruskan.
Ujar Khairy, beliau tiada masalah untuk berdebat, tetapi ia perlu mempunyai tajuk dan sebab sesuai.
“Saya tiada masalah, tapi biarlah ada sebab dan tajuk dan mungkin dalam tahun ni, ada isu atau jemputan yang sesuai tidak ada masalah,” ujarnya.

4 aktivis PSM ditahan polis di Johor

Setiausaha Agung PSM Sivarajan Arumugam antara 4 orang aktivis ditahan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Baru Utara pada kira-kira 8 malam ini kerana mengambil bahagian dalam acara memasang lilin sempena penahanan Ahli Jawatankuasa PSM, Khairul Nizam Abdul Ghani. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Januari, 2016. 
Setiausaha Agung PSM Sivarajan Arumugam antara 4 orang aktivis ditahan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Baru Utara pada kira-kira 8 malam ini kerana mengambil bahagian dalam acara memasang lilin sempena penahanan Ahli Jawatankuasa PSM, Khairul Nizam Abdul Ghani.

 Empat orang aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) termasuk Setiausaha Agung Sivarajan Arumugam ditahan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Baru Utara pada kira-kira 8 malam ini.
Perkara itu diumumkan parti itu menerusi akaun Facebook parti itu sebentar tadi.
Semua mereka ditahan sewaktu mengambil bahagian dalam acara memasang lilin sempena penahanan Ahli Jawatankuasa PSM, Khairul Nizam Abdul Ghani yang lebih dikenali sebagai Aduka Taruna.

"SUA PSM, saudara Sivarajan, saudara Saiful dan saudara Selvaraj (dari) PSM Nusa Jaya dan saudara Afiq kini ditahan di balai polis Johor Baru Utara," pengumuman melalui Facebook itu dipetik. Sementara itu, seorang lagi aktivis PSM Nalini Elumalai dilaporkan berkata, mereka ditahan di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman, lapor Malaysiakini.
Portal sama melaporkan Khairul Nizam yang direman sejak 8 Januari lalu dibebaskan pada 7.30 malam ini.
Khairul Nizam ditahan pada 8 Januari lepas atas tuduhan menghasut yang boleh dijatuhkan hukuman denda RM5,000 atau penjara 3 tahun.

Dewan Kedua diwujudkan bagi usul ditolak

Jawatankuasa Kabinet Mengenai Transformasi Parlimen menerima cadangan mewujudkan dewan kedua bagi Anggota Parlimen mengemukakan usul yang ditolak Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata dewan kedua itu dicadangkan bagi mengelak persepsi negatif terhadap Yang Dipertua Dewan Rakyat dan timbalannya.
 Dewan kedua itu, akan akan dipengerusikan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat atau mana-mana timbalannya serta dihadiri kementerian terlibat dengan usul itu.
“Tabiat ahli-ahli Yang Berhormat ini, apabila mereka tahu usul mereka itu tidak diterima, mereka akan membuat sidang akhbar di luar dewan dan mengata bukan-bukan pasal Speaker. Mereka hanya mahu publisiti.
"Oleh itu, untuk menghilangkan persepsi tidak baik itu, kita wujudkan satu lagi dewan di mana mereka boleh katakan apa sahaja mereka mahu katakan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perasmian Persidangan Speaker dan Yang Dipertua Dewan Negara-negara Komanwel (CSPOC) Ke-23, hari ini.
Pandikar berkata dewan kedua itu, yang akan bersidang secara selari dengan persidangan Dewan Rakyat, tidak melibatkan sebarang pengundian.
Beliau berkata jawatankuasa itu turut menerima cadangan memendekkan notis bagi mengemukakan soalan yang memerlukan jawapan lisan daripada 14 hari kepada 10 hari, dan mewujudkan tempoh soal jawab menteri yang menetapkan satu minit pertanyaan dan tiga minit untuk jawapan.
Jawatankuasa itu juga akan mempertimbang cadangan Parlimen untuk mewujudkan Jawatankuasa Tetap dalam setiap kementerian untuk isu yang tidak sempat dibincangkan pada persidangan Dewan Rakyat.
“Yang ini (Jawatankuasa Tetap), kerajaan masih menimbang atas sebab Kabinet mempersoal sama ada jawatankuasa ini seperti ala Amerika dengan menteri menganggotai jawatakuasa itu dan disoal siasat.
“Itu bukan sistem kita. Sistem kita berdasarkan model Westminster (Parlimen United Kingdom), tetapi kita merangka dengan cara kita sendiri ala Malaysia," jelasnya.

Pas tidak akan guna 'prinsip setuju untuk tidak bersetuju' - Tuan Ibrahim

SHAH ALAM - Pas tidak akan bersetuju dengan prinsip 'bersetuju untuk tidak bersetuju' sekiranya PKR mengemukakan prinsip tersebut ‎pada masa akan datang.
Ini kerana menurut Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, masing-masing mempunyai hak dan prinsip tersendiri dalam perjuangan parti.‎
Semalam, Pakatan Harapan memaklumkan bahawa pihaknya tidak akan menggunakan lagi prinsip 'bersetuju untuk tidak bersetuju' seperti mana diamalkan dalam PR sebelum ini.
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ‎Ketika membentangkan Perjanjian Pakatan Harapan, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata, fasal pertama menghuraikan prinsip dalam membuat keputusan bersama oleh ketiga-tiga parti yang diwujudkan untuk melaksanakan keputusan yang diambil oleh Pakatan Harapan.
“Kita memang ada hak bersama (dalam sebuah pakatan) tetapi kita juga ada hak yang berbeza.
“Hak orang Islam untuk mengamalkan ajaran agama di negara sendiri tidak boleh dipertikai,” katanya kepada Sinar Online.
Bagaimanapun jelasnya, ia bukan isu berbangkit memandangkan PKR tidak pernah membawa soal tersebut kepada Pas.
“Perkara tersebut tidak perlu dibincangkan kerana mujurlah PKR memahami dan menghormati prinsip parti (Pas).
“PKR mungkin faham apa yang Pas perjuangkan, jadi tak mungkin PKR akan bangkitkan semua itu.Memang ada perkara yang kita (parti) tak kan sama. Kalau semua nak sama, nanti bercanggahlah dengan prinsip perjuangan parti,” katanya lagi.

Khairy: Tak perlulah sampai rayu Pas

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan parti itu tidak perlu sampai hendak merayu kepada Pas untuk menerima Umno.
Katanya, Umno perlu bergerak dengan kekuatan sendiri tanpa bergantung kepada yang lain.
"Lemah sangat kita nak merayu (pada) orang (supaya) ambil kita.
Khairy Jamaluddin "Kalau orang tak nak kerjasama dengan kita, tak perlulah kita merayu," katanya pada sidang media di sini selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pemuda Umno pertama pada tahun ini.
Sebelum ini, Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berharap pimpinan tertinggi Pas dapat mempertimbangkan semula pendirian Majlis Syura Ulamanya  yang kekal dengan keputusan lama iaitu untuk tidak menyertai BN atau bersama Umno.
Syed Ali berkata Umno sememangnya ikhlas dalam perkara itu dan sepatutnya ia perlu diperhalusi terlebih dahulu melalui pertemuan atau perbincangan tidak rasmi sebelum membuat sebarang keputusan yang boleh merugikan masa depan orang Melayu dan Islam.
Mengulas lanjut, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan itu berkata, Umno bersedia berbincang dengan Pas sekiranya ia melibatkan isu-isu besar yang memerlukan persetujuan kedua-dua parti politik Melayu terbesar itu.
"Tapi kalau nak merayu mereka supaya ambil kita sebagai kawan dan sebagainya, tak payahlah. 'We are not that desperate'," katanya.

DAP hanya jadi musuh Pas pada PRU14 kata Iskandar

SHAH ALAM – DAP masih rakan kerjasama Pas dalam pentadbiran Kerajaan Selangor namun jalinan itu akan luput menjelang PRU 14 akan datang.
Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, Pas masih meneruskan kerjasama dengan DAP dalam urus tadbir kerajaan negeri sehinggalah PRU14 memandangkan 'musuh baharu' itu bakal mencabar kerusi milik Pas.
Iskandar Abdul Samad "DAP nak bertanding kerusi Pas pada PRU14, itulah ancaman baharu buat kita. Sebelum ini bersama dalam PR...kini tidak lagi.
"Tetapi sekarang ini belum lagi PRU14.. jadi pentadbiran kerajaan negeri berjalan seperti biasa," katanya ketika ditemui di Istana Bukit Kayangan di sini, hari ini
Beliau yang juga Naib Presiden Pas menegaskan bahawa pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor masih diuruskan oleh Pas, PKR dan DAP sehinggalah menjelang pilihan raya akan datang.

Semalam, beliau dalam ucapan sempena Ijtima Pilihan Raya Selangor memaklumkan Pas Selangor bakal berdepan ancaman baharu apabila lapan kerusi milik mereka bukan sahaja direbut Umno malah turut diintai bekas rakan sekutu, DAP pada PRU14.
Iskandar berkata, Pas Selangor juga sedang mempertimbangkan akan menambah lima lagi kerusi untuk dicabar pada pilihan raya akan datang yang dijangka pada Mac 2017.

Tidak mustahil komponen BN Sarawak keluar jika UMNO lemah

Parti yang berada di luar Semenanjung dan khususnya di Sarawak tidak terlalu bergantung kepada UMNO.

Tan-Sri-Muhammad-Muhammad-Taib,asarawak
SHAH ALAM: Jika UMNO terus memperlihatkan kelemahan dalam mentadbir Kerajaan Persekutuan, tidak mustahil parti komponen di dalam Barisan Nasional (BN) akan keluar dari perikatan tersebut.
Mantan Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib berkata, parti yang berada di luar Semenanjung dan khususnya di Sarawak tidak terlalu bergantung kepada UMNO.
“Mungkin parti-parti BN di Sarawak kini masih bersama UMNO. Tetapi, jika UMNO lemah dan diganti dengan pihak yang lain, mungkin dia (parti-parti di Sarawak) akan bersama pihak yang lain, sebab mereka ini ‘independent’ (bebas),” ujarnya dalam wawancara eksklusif bersama FMT di kediamannya, baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Muhammad kini yang memilih PKR sebagai acuan politiknya juga yakin Pakatan Harapan (PH) mampu memberikan saingan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang dijangka diadakan pada Mac ini.
“Di Sarawak, PH dilihat boleh menyaingi apa yang ada di sana kerana masih banyak kelemahan-kelemahan lama. Sebahagian dari rakyat tidak berpuas hati dengan kelemahan lama. PH juga boleh menambahkan pengaruhnya bagi memperbaiki keadaan lama,” katanya lagi.
Selain itu, Muhammad juga tidak menafikan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem yang dilantik bagi menggantikan Tan Sri Abdul Taib Mahmud telah menekankan hak dan kepentingan rakyat negeri Bumi Kenyalang itu.
“Ketua Menterinya ada faktor yang besar. Nampak dia (Adenan) membawa suatu kesedaran kepada Sarawak. Apa yang dia kemukakan itu sangat praktikal dari isu-isu bahasa, kepentingan Sarawak dalam Malaysia,” jelasnya.

Kelebihan Pas hilang setelah Nik Aziz meninggal dunia – Mat Taib

Walaupun Nik Aziz bertubuh kecil, tetapi tidak menafikan bahawa Allahyarham mempunyai pengaruh yang besar.
SHAH ALAM: Salah satu sebab mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib meninggalkan PAS adalah disebabkan pemergian bekas Mursyidul Am Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Menurutnya, setelah Nik Aziz meninggal dunia pada 12 Februari 2015, kelebihan yang beliau nampak di dalam Pas seolah-olah hilang.
“Saya tidak nampak apa yang saya nampak ‘last time’. Sebelum dan selepas masuk PAS. Saya tengok dengan cara buang pemimpin yang kini Parti Amanah Negara (AMANAH). Ini tidak seharusnya berlaku. Kalau orang beragama, ini tidak sepatutnya berlaku. Itu bukan caranya,” ujarnya.
Muhammad yang kini bersama PKR menyatakan, walaupun Nik Aziz bertubuh kecil, tetapi tidak menafikan bahawa Allahyarham mempunyai pengaruh yang besar.
“Dia (Nik Aziz) merupakan lelaki yang bertubuh kecil, tetapi mempunyai pengaruh yang besar. Semasa dia ada (hayatnya), mereka (pemimpin Pas kini) tidak berani macam ini.
“Pada hayatnya ketika itu, bangsa Cina juga membawa bendera PAS. Apa yang dia buat nampak jelas pada masa itu. Sekarang ini nampak ada permainan perkauman. Jika diikutkan zaman Nabi, mana ada perkauman,” jelasnya.

Kerangka dasar bersama Pakatan Harapan lebih komprehensif



SUFI5779KUALA LUMPUR 11 JAN: Pakatan Harapan akan melancarkan kerangka dasar bersama pada pertengahan tahun ini, sebagai langkah susulan bagi memperkuat perjuangan ketiga-tiga parti gabungan selepas memeterai perjanjian bersama, Sabtu lalu.
Seakan-akan kandungan Buku Jingga, Ketua Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata kerangka itu bakal menjadi panduan kepada DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) untuk mengorak langkah perjuangan bersama.
“Kerangka dasar itu sudahpun dibincangkan sebelum ini, cuma tinggal untuk ditulis secara hitam putih. Kalau dulu kita ada Buku Jingga dengan Pakatan Rakyat, kini kita ada dasar baru bersama versi Pakatan Harapan yang lebih komprehensif,” katanya kepada Roketkini.
Pada Persidangan Pemimpin Pakatan Harapan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), ketiga-tiga parti itu menandatangani perjanjian bersama yang antaranya menetapkan garis panduan lebih tegas terhadap setiap parti dalam melaksanakan dasar.
SUFI6734Mengulas penerimaan rakyat terhadap Pakatan Harapan, beliau berkata, kebanyakan mereka menerima baik penubuhan itu walaupun sebelum ini dilihat tidak bersatu ekoran tiada perjanjian yang mengikat semua parti gabungan.
“Sebaik sahaja perjanjian ditandatangani, saya lihat ada maklum balas yang positif dalam kalangan rakyat terutama mereka yang selama ini risau blok pembangkang tidak bersatu.
“Sekurang-kurangnya, rakyat kini nampak betapa ketiga-tiga parti senada dan seirama. Kita juga memberanikan diri untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa kita benar-benar bersama,“ katanya.
Malah, Saifuddin berkata, penerimaan rakyat itu dibuktikan lagi dengan pelancaran rasmi Pakatan Harapan peringkat negeri iaitu Johor, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Perak.
“Sementara itu, beberapa negeri lain dalam masa terdekat juga Pakatan Harapan akan dilancarkan. Malah, aktiviti ceramah yang melibatkan ketiga-tiga parti juga sudah dilaksanakan,” katanya.

Pelancaran Pakatan Harapan gugat UMNO Johor yang pecah belah

Logo Pakatan Harapan
KUALA LUMPUR 11 JAN: Penubuhan Pakatan Harapan yang diikat melalui perjanjian rasmi antara ketiga-tiga parti gabungan, bakal menggugat kedudukan UMNO Johor yang masih berpecah belah akibat pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin, beberapa bulan lalu.
Justeru, Penolong Setiausaha Publisiti DAPSY Johor, Ahmad Anwar Asyraf menyeru pimpinan Pakatan Harapan mengambil peluang itu untuk memastikan Johor dapat ditawan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
“UMNO Johor sebenarnya agak goyah dengan pemecatan Muhyiddin. Mereka tidak boleh mendabik dada kononnya mereka kuat. Jadi, sangat penting bagi Pakatan Harapan Johor untuk melipat ganda usaha.
“Pakatan Harapan perlu mengambil kesempatan keretakan dalam UMNO Johor untuk memecahkan mitos Johor adalah kubu UMNO,” katanya kepada Roketkini.
ahmad anwar asyrafBeliau berkata demikian ketika diminta mengulas prospek Pakatan Harapan berikutan termeterai perjanjian rasmi antara DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Sabtu lalu.
Muhyiddin yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 28 Julai 2015 berikutan pergeserannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan mengakibatkan ahli dan pemimpin parti di negeri itu, berpecah belah.
Ahmad Anwar berkata, bukan mustahil untuk UMNO Johor ditumbangkan pada PRU 14 berdasarkan penerimaan positif pelbagai lapisan rakyat terhadap pakatan pembangkang di negeri itu.
“Sebelum inipun, dalam keadaan yang dikatakan mustahil, DAP menawan 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan empat kerusi Parlimen. Jadi ia bukanlah mustahil untuk melihat angin perubahan bertiup di Johori,” katanya.
Malah, beliau berkata, penerimaan rakyat Johor terhadap ceramah anjuran Pakatan Harapan dan  pengedaran risalah penerangan disambut baik penduduk yang dahagakan perubahan.
Saya lihat pemikiran orang Melayu Johor agak terbuka dan dinamik dalam menilai parti politik, tidak seperti dahulu. Penerimaan mereka terhadap risalah, akhbar seperti Roket versi bahasa Malaysia dan program Pakatan Harapan agak baik,” katanya.
Ahmad Anwar juga yakin Pakatan Rakyat akan menumpu usaha memberi tawaran alternatif kepada rakyat dan tidak lafi terperangkap dengan isu sampingan yang boleh memesongkan hala perjuangan.
“Dalam keadaan negara terperangkap dengan pelbagai masalah, kemunculan Pakatan Harapan diharap memacu perubahan dengan syarat, Pakatan Harapan tidak terperangkap dengan perkara yang memesongkan isu utama.
“Sebaliknya, terus berusaha keras mengembeling usaha memberi tawaran alternatif untuk rakyat,” katanya.

Melayu hilang kuasa helah Najib untuk kekal memerintah



KUALA LUMPUR 11 JAN: Orang Melayu tidak akan kehilangan kuasa jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ditolak pada pilihan raya akan datang, kata Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.
Beliau menyifatkan dakwaan Melayu kehilangan kuasa sebagai helah Najib untuk menutup kelemahan pentadbirannya berikutan pelbagai isu skandal berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan ‘derma’ RM2.6 bilion yang gagal ditangani dengan baik.
“Najib sedaya upaya mengelak untuk menjelaskan isu skandal yang membabitkan dirinya dengan menanam ketakutan kononnya jika beliau tidak menjadi perdana menteri, hak orang Melayu akan terhapus.
rara sekdem“Realitinya, orang Melayu tidak akan kehilangan kuasa, sebaliknya, Najiblah yang berkemungkinan kehilangan kuasa pada pilihan raya akan datang,” katanya pada kenyataan media, hari ini.
Beliau yang merujuk angka pecahan pengundi mengikut kaum pada pilihan raya lalu berkata, mustahil orang Melayu kehilangan hak keistimewaan berikutan situasi demografi yang memihak kaum itu.
“Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, sebanyak 52.63 peratus pengundi adalah Melayu manakala Cina (29.68 peratus), India (8.96 peratus) dan lain-lain (1.43 peratus). Malah, sebanyak 114 kerusi dimiliki kaum Melayu manakala Cina, 22 kerusi.
“Bagaimana mungkin orang Melayu akan kehilangan kuasa dalam keadaan seumpama itu?” kata Ahli Parlimen Gelang Patah itu.
Kit Siang berkata, Najib sebaliknya harus menjelaskan pelbagai skandal yang membabitkan dirinya dan bukannya menuduh DAP sebagai anti-Melayu dan anti-Islam semata-mata untuk menutup kelemahan dan meraih undi kaum itu.

Sekretariat TNC terkejut laporan pelajar kebuluran

Sekretariat Timbalan-Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) Universiti Awam (UA) hari ini menafikan terdapat kes penuntut universiti yang tidak cukup makan atau kebuluran dalam kampus di seluruh negara.
 Pengerusinya Prof Datuk Dr Adnan Hussein berkata pihak sekretariat sentiasa mengambil berat mengenai kebajikan penuntut dan sehingga hari ini semua UA memaklumkan tiada kes penuntut kebuluran seperti yang dilapor dalam media.
"Sebagai pihak yang bertanggungjawab ke atas isu kebajikan pelajar-pelajar universiti, kami sangat terkejut dengan laporan terdapat pelajar UA yang kebuluran kerana masalah kewangan," katanya dalam kenyataan, di George Town hari ini.
Beliau berkata laporan media mengenai perkara itu jelas hanya berasaskan hasil kajian sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ia disebarkan melalui media sosial serta boleh dipersoalkan dari segi kebolehpercayaan dan kesahihannya.
Katanya Sekretariat Timbalan-timbalan Naib Canselor HEPA UA juga kesal kerana pihak media memilih untuk mensensasikan isu penuntut kelaparan, kebuluran atau tidak cukup makan tanpa mendapat gambaran sebenar dan bimbang ada pihak yang sengaja ingin memperbesarkan isu berkenaan untuk tujuan lain.
Adnan yang juga Timbalan Naib Canselor HEPA Universiti Sains Malaysia (USM) berkata laporan-laporan itu telah menimbulkan pelbagai pandangan negatif bukan sahaja kepada pengurusan universiti yang kelihatan tidak dapat menangani isu kebajikan penuntut malah turut menjejaskan maruah penuntut sendiri.
Beliau berkata pihak media juga tidak pernah menghubungi timbalan naib canselor HEPA UA atau pegawai universiti untuk mendapatkan pengesahan kes kebuluran yang dikatakan berlaku.

KJ: Rasanya tak ada mahasiswa kebuluran

PTPTN tak cukup, nak makan pun susah

TPPA the first international treaty brought to Parliament

Dr Jomo: TPPA a political preference

Sufficient mechanism to deal with ISDS - Datuk J. Jayasiri

Dr Munir: Public intellectuals should take lead in addressing TPPA issues

Dr Jomo: Think wisely before voting in the TPPA

Polisi UMNO BN pincang punca tiga perempat mahasiswa berlapar

raja ahmad iskandar
KUALA LUMPUR 11 JAN: Situasi tiga perempat mahasiswa di universiti tempatan mengaku tidak mampu membeli makanan menunjukkan kepincangan polisi ekonomi kerajaan UMNO BN yang memberi impak negatif kepada semua lapisan masyarakat.
Apatah lagi, Ketua Biro Ekonomi Sosialis Muda DAP (DAPSY), Raja Ahmad Iskandar Fareez, berkata tidak semua mahasiswa memiliki dana mencukupi untuk meneruskan hidup di universiti sama ada melalui pinjaman, biasiswa atau sebagainya.
Malah, katanya, bagi mereka yang keluarga kurang berkemampuan, sebahagian wang bantuan zakat, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mahupun biasiswa dikirim kepada keluarga di kampung untuk kegunaan seharian.
fb7c423b97ac5ded1dd64886203db3a3Tambahan pula, beliau berkata, kos universiti meningkat di samping perbelanjaan lain seperti sewa rumah (RM100-RM500 sebulan) dan pengangkutan (RM30-RM50 sebulan) menghimpit mahasiswa yang umum tiada sumber pendapatan tetap.
“Justeru, DAPSY mendesak kerajaan Persekutuan untuk mengambil berat dan meneliti isu peningkatan kos sara hidup yang dihadapi mahasiswa dan rakyat secara keseluruhannya,” kata beliau kepada Roketkini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kajian sebuah badan bukan kerajaan (NGOO Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM) yang mendapati 96 peratus mahasiswa hidup dalam tekanan ekonomi.
Kaji selidik terhadap 25,632 mahasiswa daripada enam universiti mendapati 57 peratus hanya memperuntuk RM5 sehari untuk makanan, 44 peratus (makan mee segera) dan 41 peratus (makan nasi dengan telur goreng dan sos).

Present disunity seriously weakens Opposition coalition

After coming out in grand style, Opposition parties fail to make their mark over the long term.
wan-azizahBy Karamjit Gill
As depicted in The Art of War, there are essentially five important points to victory:
  1. He will win who knows when to fight and when not to fight.
  2. He will win who knows how to handle both superior and inferior forces.
  3. He will win whose army is animated by the same spirit throughout all its ranks.
  4. He will win who prepares himself and waits to take the enemy unprepared, and
  5. He will win who has military capacity and is not interfered by the sovereign.
Pondering on the above, it is clear why the Pakatan Rakyat coalition is cracking. While they may have started the battle on the right track, they underestimated the strength of Prime Minister Najib Razak and his compatriots. They started with the same spirit of dethroning the government. However, due to very different ideologies, they broke apart. Although Pakatan demonstrated military capability, constant sovereign interference by Lim Guan Eng stirred unrest.
The biggest problem they have is unity. If they do not work in sync, they falter time and again. There are not more than five musical notes, yet the combinations of these five give rise to more melodies than can ever be heard. There are not more than five primary colours, yet in combination, they produce more hues than can ever be seen. There are not more than five cardinal tastes, yet their combination yields more flavours than can ever be tasted – Sun Tzu”.
Najib appears weak when he is actually strong, and strong when he is weak. He plays by the law of deception. He toils with the mind of the Opposition. His actions were clearly guided by Sun Tzu’s quote, “If your enemy is secure at all points, be prepared for him. If he is in superior strength, evade him. If your opponent is temperamental, seek to irritate him. Pretend to be weak, that he may grow arrogant. If he is taking his ease, give him no rest. If his forces are united, separate them. If sovereign and subject are in accord, put division between them. Attack him where he is unprepared, appear where you are not expected.”
Pakatan preaches equality but seldom practises it. They allege misappropriation of funds by Barisan Nasional (BN) but are allegedly doing it themselves. They accuse their opponents of favouritism and nepotism but they live by the same principles. They cry foul on deceit but conspire lies themselves. They are looking like the mirror image of their opponent, only different in colour and size.

Skandal Bauksit: Jangan ganggu siasatan bauksit kata MB Pahang

Peluang perlu diberi kepada kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah berkaitan bauksit
adnan-bauksit
KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob menggesa semua pihak agar tidak mengganggu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan isu perlombongan bauksit di negeri ini.
Beliau berkata, kebijaksanaan SPRM dalam siasatan itu tidak wajar dipertikaikan dan kerajaan negeri juga tidak mencampuri urusan siasatan berkenaan, kerana mahu penyiasatan yang telus.
Adnan menambah, peluang juga perlu diberikan kepada kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah berkaitan bauksit kerana perkara ini turut melibatkan agensi penguatkuasaan di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.
“Agensi di bawah kerajaan negeri adalah Pejabat Tanah dan Galian (PTG). Masalah ini berlaku disebabkan kelemahan penguatkuasaan.
“Sebab itu kita setuju tindakan Kerajaan Pesekutuan hendak bantu kerana pelabuhan, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Polis dan Kastam di bawah Kerajaan Persekutuan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Kerajaan negeri juga bersetuju dengan keputusan Kerajaan Persekutuan mengenakan tempoh moratorium selama tiga bulan bermula 15 Januari ini bagi mengurangkan pencemaran selain mencari penyelesaian lebih baik yang bersifat jangka panjang.
Adnan juga meminta pihak media agar tidak menyebar laporan tidak tepat berkaitan isu bauksit.
Katanya, beliau akan mengeluarkan kenyataan lengkap merangkumi peranan menteri besar dan jabatan terlibat dalam isu berkenaan tidak lama lagi.
“Saya bukan mahu main blaming game (mempersalahkan sesiapa), tapi saya nampak apabila saya diam, semakin banyak laporan tidak adil.
“Buat masa ini saya memerhatikan laporan media, termasuk media sosial sebelum mengeluarkan jawapan kepada perkara yang dibangkitkan,” katanya.

DAP akan letak ramai calon Melayu -Penganalisis politik

Parti itu akan bertanding di kawasan yang majoriti pengundi Melayu untuk meluaskan kuasa
Mohd. Azizuddin Mohd. Sani
PETALING JAYA: DAP dijangka akan meletak lebih ramai calon Melayu di kawasan Parlimen yang mempunyai majoriti pengundi Melayu pada Pilihan Raya Umum (PRU14).
Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Mohd. Azizuddin Mohd. Sani berkata strategi itu akan digunakan DAP untuk meluaskan kuasanya di negara ini.
Katanya, agak mustahil untuk DAP menguasai negara ini kerana majoriti pengundi adalah Melayu tetapi parti akan mencuba pelbagai strategi termasuk menambah calon-calon Melayu.
“Memang agak mustahil bangsa lain boleh memerintah negara ini kerana majoriti masih lagi dipegang orang Melayu.
“Tetapi jika kalau DAP boleh letak calon Melayu dan calon itu menang, mungkin parti itu tiada masalah untuk mendapat kerusi majoriti di Parlimen,” katanya kepada FMT.
Azizuddin yang juga penganalisis politik berkata demikian bagi mengulas kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang bahawa orang Melayu kekal berkuasa di negara ini dan sama sekali tidak akan kehilangan kuasa.
Daripada 162 kerusi Parlimen di Semenanjung, 114 adalah kerusi majoriti Melayu, 22 majoriti Cina, 29 majoriti campuran manakala tiada satupun kerusi majoriti India.
Azizuddin berkata, DAP mungkin tiada masalah untuk menang di kawasan bandar yang majoriti pengundi Melayu kerana lebih bersikap terbuka dan liberal.
“Saya rasa bagi masyarakat Melayu di bandar, mereka tiada masalah sebab sudah biasa menerima pandangan daripada DAP dan bersikap terbuka.
“Tetapi di kawasan luar bandar, DAP masih sukar diterima tetapi ia tidak mustahil dengan keadaan politik semasa,” katanya.

Pemuda PKR mahu BTN dimansuhkan bukan dijenamakan semula

Setiausaha Pengelola Pemuda PKR Ahmad Syukri Che Ab Razab berkata, BTN tidak akan berubah sebagai alat menyerang pemimpin pembangkang dan ia terbukti dengan pendedahan slaid tahun lalu dalam laman rasmi agensi kerajaan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Januari, 2016. 
Setiausaha Pengelola Pemuda PKR Ahmad Syukri Che Ab Razab berkata, BTN tidak akan berubah sebagai alat menyerang pemimpin pembangkang dan ia terbukti dengan pendedahan slaid tahun lalu dalam laman rasmi agensi kerajaan. 

 Pemuda PKR hari ini mendesak Putrajaya memansuhkan Biro Tata Negara (BTN) kerana ia sebuah program yang sia-sia serta membazir wang rakyat.
Setiausaha Pengelola Pemuda PKR Ahmad Syukri Che Ab Razab membidas cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman yang mahu membuat penjenamaan semula program BTN.
"Pemuda PKR percaya, niat Azalina untuk menjenamakan semula BTN merupakan suatu yang sia-sia serta bakal membazirkan tenaga dan wang negara," kata Syukri dalam satu kenyataan hari ini.

Syukri berkata, BTN tidak akan berubah sebagai alat menyerang pemimpin pembangkang dan ia terbukti dengan pendedahan slaid tahun lalu dalam laman rasmi agensi kerajaan. "Slaid yang terdedah itu adalah bersumber daripada lawan web BTN sendiri sebelum kemudiannya dipadam.
"Antara kandungan kontroversi slide itu termasuklah menyerang DAP sebagai musuh politik orang Melayu dan melabelkan beberapa individu anak muda sebagai ancaman kepada keselamatan negara," katanya.
Menurut Syukri, penjenamaan itu akan membazirkan sumber negara, malah pada 2015 sahaja BTN menerima peruntukan RM58.6 juta daripada kerajaan.
"Pemuda PKR juga khuatir penjenamaan semula BTN ini akan menelan banyak wang rakyat memandangkan Jabatan Perdana Menteri menerima peruntukan yang besar dalam belanjawan 2016 iaitu berjumlah RM20.3 Bilion.

Firma dedahkan lebih ramai bimbang hilang pekerjaan pada 2015

Kaji selidik Randstad Workmonitor mendapati 13% pekerja Malaysia bimbang tentang keselamatan kerja mereka pada 2015, berbanding 6% pada tahun sebelumnya, kata Pengurus Randstad Malaysia Ryan Carroll. – Gambar fail Reuters, 11 Januari, 2016. 
Kaji selidik Randstad Workmonitor mendapati 13% pekerja Malaysia bimbang tentang keselamatan kerja mereka pada 2015, berbanding 6% pada tahun sebelumnya, kata Pengurus Randstad Malaysia Ryan Carroll.

 Bilangan profesional warga Malaysia yang bimbang kehilangan pekerjaan mereka mencatatkan peningkatan 2 kali ganda sejak 2014, namun tenaga kerja tempatan tetap yakin dengan pasaran kerja ketika ini manakala kepuasan kerja semakin meningkat, kata firma pekerjaan Ranstad.
Kaji selidik Randstad Workmonitor mendapati 13% pekerja Malaysia bimbang tentang keselamatan kerja mereka pada 2015, berbanding 6% pada tahun sebelumnya.
Pengurus Randstad Malaysia Ryan Carroll berkata ini mungkin disebabkan jangkaan kelembapan ekonomi Malaysia, akibat daripada pengurangan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK).

Walaupun begitu, 74% pekerja yang disoal selidik berkata, mereka dijangka mencari pekerjaan yang setanding dalam tempoh 6 bulan. Keyakinan ini bagaimanapun dinyatakan mengikut umur, dengan golongan profesional dalam lingkungan antara 25 dan 34 tahun yang paling yakin dengan jaminan kerja (80%), berbanding 56% di kalangan mereka yang berumur antara 55 hingga 64 tahun.
Kepuasan kerja juga meningkat sebanyak 4% setiap tahun, dengan 75% pekerja berkata mereka berpuas hati dengan kerja mereka pada 2015.
Industri pembuatan kimia menjadi bidang yang paling menjadi tumpuan, dengan 88% pekerja menyatakan tahap kepuasan tinggi terhadap kerja mereka, menurut Ranstad.
"Malaysia meningkatkan keupayaannya dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pengeluaran dalam industri sains hayat dalam usaha untuk mengembangkan sektor itu sebagai hab bagi rantau Asia Pasifik," kata Carroll dalam satu kenyataan hari ini.
"Usaha majikan dalam menarik dan mengekalkan bakat terbaik dalam industri ini boleh dikaitkan dengan tahap kepuasan yang tinggi."
Randstad berkata walaupun pertumbuhan menurun, Malaysia mungkin akan memperlihatkan purata pertumbuhan KDNK sebanyak 5% setiap tahun daripada 2015 hingga 2017.

TPPA melebarkan jurang ketidaksamaan, kehilangan pekerjaan, kata ahli ekonomi

Profesor Jomo K S berkata konsensus Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik TPPA akan turut meningkatkan jumlah kehilangan pekerjaan sepanjang 10 tahun di kalangan negara anggotanya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 11 Januari, 2016. 
Profesor Jomo K S berkata konsensus Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik TPPA akan turut meningkatkan jumlah kehilangan pekerjaan sepanjang 10 tahun di kalangan negara anggotanya.

Konsensus Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) akan melebarkan lagi jurang ketidaksamaan dan meningkatkan jumlah kehilangan pekerjaan sepanjang 10 tahun di kalangan negara anggotanya, kata ahli ekonomi terkenal Profesor Jomo K S.
Keuntungan ekonomi daripada pakatan perdagangan yang didorong Amerika Syarikat juga boleh diabaikan pada 3 % berbanding tempoh 10 tahun bagi negara membangun dalam TPPA manakala negara maju hanya akan melihat keuntungan yang kurang daripada 1% dalam tempoh sama, katanya.
Hasil kajian ini, menurut Jomo adalah daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang belum dikeluarkan berkenaan impak TPPA. Kaji selidik sepenuhnya menggunakan model dasar global ekonomi PBB sendiri untuk menjangkakan kesan TPPA ke atas 12 negara anggotanya.

Bercakap pada forum mengenai TPPA hari ini, Jomo berkata kesan ekonomi yang sederhana dari TPPA perlu memaksa Malaysia untuk menimbang semula untuk menandatanganinya, memandangkan pakatan itu boleh mengubah keupayaan negara untuk merangka dasar. Ini kerana tidak seperti pakatan perdagangan sebelumnya, TPPA memperkenalkan peraturan baru tentang bagaimana sebuah negara mentadbir, antara lain, hak harta intelek, hal ehwal buruh dan operasi syarikat berkaitan kerajaan.
Ia juga membolehkan pelabur asing menyaman kerajaan melalui mekanisma Penyelesaian Pertikaian Pelabur-Negara (ISDS)untuk kehilangan perniagaan dan keuntungan yang berpotensi akibat daripada keputusan dasar negara.
Dalam pembentangannya, Jomo berkata unjuran ini adalah disebabkan bagaimana TPPA mungkin akan mengubah aktiviti ekonomi di negara anggota.

Skandal 1MDB: Najib tidak jawab soalan – Khairuddin

Najib sepatutnya menjawab secara komprehensif dan menyeluruh mengenai 1MDB
Khairuddin_najib-1mdb
PETALING JAYA: Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menyatakan, beliau tidak faham dengan kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dikatakan telah selesai pada 31 Disember lalu.
Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan itu mendakwa, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah menjawab soalan-soalan yang dibangkitkannya berhubung skandal syarikat pekauran sarat hutang itu.
“Orang tanya lain dia jawab lain. Saya tanya Najib Tun Razak kenapa harus gadai harta-harta syarikat 1MDB khususnya hartanah yang diperolehi murah dari kerajaan untuk membayar hutang-hutang syarikat tersebut berjumlah hampir RM42 bilion.
“Mana perginya duit-duit pelaburan dulu? Mana duit-duit yang kononnya disimpan dan dilaburkan di Kepulauan Cayman lebih kurang RM7 bilion? Mana perginya wang 1MDB yang kononnya disimpan di Bank BSI Singapura dalam bentuk tunai sejumlah USD1.147 bilion,” soalnya menerusi Facebook miliknya.
Pada masa sama, Khairuddin turut mempersoalkan ke mana perginya wang pelaburan yang diambil dari Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) berjumlah RM4 bilion.
“Apa jadi dengan wang yang kononnya dipinjamkan kepada syarikat Petrosaudi di bawah pinjaman murabahah berjumlah hampir RM2.5 bilion? Duit-duit pelaburan syarikat 1MDB dulu hilang ke mana? Jawab la yang ni dulu Najib Tun Razak oiiii,” tulisnya.
Menurut Khairuddin, Perdana Menteri perlu menjawab secara komprehensif dan menyeluruh mengenai syarikat berkenaan.
“Jawablah di dalam Parlimen dan siarkan secara terus ke seluruh pelosok tanahair agar semua 30 juta rakyat akan memahami kedudukan semasa syarikat bermasalah ini,” katanya.
Pagi tadi, Najib semasa perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri berkata, dana rakyat tidak digunakan untuk menyelesaikan isu 1MDB.

Rafizi: Semakan taraf bukti Najib sia-sia ‘tekan’ rakyat

Tindakan agensi penarafan kewangan dunia Moody's Investors Service yang menyemak prospek ekonomi Malaysia dari ‘positif’ kepada ‘stabil’ menunjukkan bahawa pendekatan ekonomi konvensional oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mempertaruhkan kebajikan rakyat adalah sia-sia, kata Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli.
Katanya, walaupun Najib tunduk kepada tekanan agensi-agensi antarabangsa untuk melaksanakan dasar-dasar ekonomi anti-rakyat seperti pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan penghapusan subsidi, namun ia gagal menghalang Moody’s dari menyemak semula prospek unjuran ekonomi negara.
“GST telah dilaksanakan selama lebih sembilan bulan dan lebih RM30 bilion telah dikutip dari rakyat.
“Hampir keseluruhan dari subsidi yang sebelum ini dinikmati rakyat telah dihapuskan semuanya termasuklah subsidi petrol dan diesel,” katanya dalam satu kenyataan.
“Beliau juga memotong peruntukan-peruntukan penting untuk pendidikan dan biasiswa di dalam belanjawan 2016 yang dibentangkan Oktober 2015 lalu.
“Malangnya, semua dasar-dasar anti rakyat ini yang menyebabkan beban sara hidup rakyat naik berganda.
“Mahasiswa terpaksa mengikat perut, rakyat melakukan lebih dari satu kerja untuk menampung kenaikan harga dan lain-lain kepayahan – tidak pun berjaya menghalang Moody’s dari menurunkan prospek ekonomi Malaysia dari positif kepada stabil,” katanya.
Moody's hari ini mengesahkan penarafan bon tidak bercagar senior dan penerbit Kerajaan Malaysia pada A3 dan menukar prospek kepada stabil daripada positif.

Jelaskan mengapa TPPA penting untuk geopolitik Malaysia, desak PKR

  Ahli Parlimen Alor Setar Gooi Hsiao Leung menuntut Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman menjelaskan apakah faktor geopolitik yang didakwanya menyebabkan kerajaan ingin menandatangani TPPA. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Januari, 2016.
PKR hari ini mendesak Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman menjelaskan kenyataannya berhubung Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) yang memberikan kelebihan kepada Malaysia dari segi geopolitik. Ahli Parlimen Alor Setar Gooi Hsiao Leung berkata Anifah sepatutnya menjelaskan apakah faktor geopolitik yang didakwanya menyebabkan kerajaan meneruskan menandatangani TPPA .
"Saya menuntut Menteri Luar Anifah Aman menjawab sejelas-jelasnya mengenai pendiriannya berhubung kepentingan geopolitik untuk Malaysia.

"Sekiranya TPPA tidak memberi manfaat kepada kita secara ekonominya, jadi bagaimana ia boleh memberi manfaat kepada kita dari segi geopolitiknya," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya, Selangor hari ini. Pada masa sama, beliau mencabar bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Badawi untuk tampil menyatakan pendirian mengenai faktor geopolitik yang diperkatakan Anifah.
"Saya juga mahu menjemput Tun Mahathir dan Tun Badawi untuk bersama menyatakan pandangan mereka mengenai geopolitik.
"Apa yang menyebabkan Tun Mahathir mengambil pendirian tegas menolak World Trade Organization (WTO) dan Tun Badawi tidak menandatangi perjanjian Free Trade Aggreement (FTA) US?" soalnya.‎

PKR minta Dr M, Tun Abdullah kongsi pandangan TPP

PKR minta Dr M, Tun Abdullah kongsi pandangan TPP
PETALING JAYA - PKR hari ini meminta jasa baik bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memberi pendapat mereka berhubung isu melibatkan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).
Ahli Parlimen Alor Setar yang juga merupakan Pengerusi Biro Antarabangsa PKR Gooi Hsiao Leung berkata, ini penting kerana ketika zaman pemerintahan bekas perdana menteri itu, kedua-dua pemimpin itu pernah menolak beberapa perjanjian penting yang melibatkan Malaysia dan Amerika Syarikat.
"Jika TTP tidak mendatangkan sebarang faedah ekonomi, bagaimanakah perjanjian tersebut dapat memanfaatkan kita secara geopolitik?.
"Saya juga ingin meminta jasa baik Dr Mahathir dan Tun Abdullah Badawi untuk memberikan pendapat mereka mengenai isu-isu geopolitik negara.
"Apakah asas dasar Tun Dr Mahathir dalam Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) yang begitu menentang permintaan ekonomi Amerika Syarikat? Apakah faktor-faktor yang telah dipertimbangkan Tun Abdullah Badawi yang telah menyebabkan beliau tidak bersetuju menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Amerika Syarikat dahulu," katanya ketika sidang medianya di Ibu Pejabat PKR hari ini.

Belum ada tahap pelajar kebuluran, pecah usus– MPPUM

Dakwaan laporan berita tiga daripada empat pelajar universiti awam kelaparan tidak tepat dan hanya diperbesarkan oleh media untuk kepentingan tertentu.
fanitsyara
PETALING JAYA: Tiada pelajar yang mengadu bahawa mereka mengalami kelaparan sehingga ke tahap kebulur atau pecah usus.
Demikian tegas Yang di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaya (UM), Fanitsyara Kam Phon ekoran laporan terdapat pelajar yang terpaksa mengikat perut di universiti akibat masalah kewangan berikutan kos sara hidup tinggi sehingga isu berkenaan menjadi viral di laman media sosial Facebook.
“Daripada pengalaman saya sendiri, tidak ada lagi yang mengadu berlapar sampai pecah usus, pengsan dan kebuluran disebabkan tidak cukup makan.
“Kami pergi ke kolej-kolej (asrama) tiada yang berlapar. Saya agak hairan apabila ada laporan mengatakan pelajar lapar sehingga usus pecah,” katanya kepada FMT.
Fanitsyara juga mendakwa laporan bahawa lebih tiga daripada empat pelajar universiti kelaparan adalah tidak tepat dan hanya diperbesarkan oleh media untuk kepentingan tertentu.
Dalam pada itu, Fanitsyara berharap supaya lebih banyak peluang dan ruang dibuka untuk memberi manfaat kepada mahasiswa bagi mengatasi masalah kos pengajian yang semakin tinggi.
Sambungnya, bantuan seperti pinjaman modal untuk mahasiswa yang ingin berniaga dalam kampus boleh dipertimbang agar dapat melahirkan lebih ramai usahawan muda di samping meningkatkan kebolehpasaran mahasiswa.
“Selain itu alumni universiti juga boleh membantu mengatasi permasalahan yang wujud di kampus,” katanya.

Zaid tak gentar berdepan dakwaan 'hakim tak berhati perut'


Bekas di Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang sedang disiasat oleh pihak polis tidak gentar dengan kemungkinan diheret ke mahkamah kerana mengkritik badan kehakiman.
Menurutnya, mereka yang berada di Putrajaya silap untuk berfikir bahawa sebarang dakwaan atau perbicaraan akan datang akan adalah mengenai dirinya.
Sebaliknya, menurutnya, diri mereka sebenarnya yang akan dibicarakan itu.
"Saya akan pertahankan kata-kata saya bahawa 'hakim tidak berhati perut. Saya akan terangkan mengapa hakim-hakim itu gagal melaksanakan sumpah jawatan mereka bukan sahaja dalam kes Indira tetapi kes-kes lain lagi.
"Keadilan telah dinafikan kepada rakyat Malaysia untuk sekian lama kerana hakim tidak berhati perut," katanya dalam laman Facebook.
Zaid mengundang masalah apabila beliau membidas keputusan majoriti penghakiman Mahkamah Rayuan yang membabitkan perebutan anak-anak K Pathmanathan @ (Mohd Redwan Abdullah) dan bekas isterinya M Indira Gandhi yang ditukar kepada agama Islam.
Katanya, Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria menegur beliau kerana tidak membaca penghakiman Mahkamah Rayuan dalam kes Indira sebelum melemparkan label ke atas hakim-hakim.
Beberapa hari kemudian, katanya, Arifin mendapatkan sokongan oleh bekas hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Gopal Sri Ram.
"Pertama kali saya ingin minta kedua-dua mereka untuk membaca blog post saya dengan teliti. Blog saya lebih mudah difahami daripada beberapa keputusan penghakiman Mahkamah Persekutuan hari ini.
"Saya menulis untuk rakyat biasa. Saya bercakap bahasa mereka. Saya tidak pernah menjadi peguam yang baik atau terpelajar seperti Arifin atau Sri Ram," katanya.

Jangan ingat UMNO kebal hingga boleh tidur lena – Syed Ali

Mereka perlu bersiap sedia dalam menghadapi ancaman politik pembangkang yang sering memesongkan pemikiran rakyat
Syed-Ali
PETALING JAYA: Pemimpin UMNO di setiap peringkat diminta agar tidak menganggap parti Melayu itu sentiasa kebal hingga mereka boleh ‘tidur lena’.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, sikap sambil lewa atau mengambil mudah terhadap keluhan rakyat juga akan memberi kesan negatif kepada parti.
“UMNO perlu sentiasa bersiap-siaga bagi menghadapi ancaman politik pembangkang yang kebelakangan ini banyak memutarbelitkan fakta bagi memesong pemikiran rakyat.
“Pembangkang akan guna apa sahaja untuk memesong perhatian rakyat supaya tercetus kebencian dan kegusaran terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN) selaku parti pemerintah,” katanya di blog www.umnobahagiancheras.blogspot.my.
Mengulas lanjut, rakan-rakan komponen BN juga seharusnya mempunyai iltizam untuk menambahbaik agenda perjuangan agar keyakinan rakyat tidak terhakis sepertimana berlaku pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.
“Bukan setakat UMNO, rakan-rakan komponen BN juga hendaklah bekerja keras memastikan BN sentiasa mendapat sokongan rakyat, semua pihak harus bertanggungjawab menjamin kemenangan yang mutlak,” tegasnya.
“Jangan kita beranggapan UMNO khususnya BN sentiasa kebal sehingga ada dikalangan kita berpeluk tubuh, sebaliknya, kita perlu melihat kepada realiti semasa betapa asakan pembangkang semakin agresif untuk menumbangkan BN pada PRU akan datang,” ujarnya lagi.

Najib hina kepintaran Melayu dengan 'ancaman DAP'

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan penyebar propaganda Umno menghina orang Melayu dengan menndakwa bahawa mereka akan hilang kuasa politik kepada DAP dan orang Cina sekiranya Umno tumbang pada pilihan raya umum akan datang.
Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berkata ini jelas menunjukkan Najib dan kumpulannya meragui kebijaksanaan dan keupayaan orang Melayu.
Kerajaan, kata Lim cuba mengalihkan perhatian negara dengan menutup isu kemasukan RM2.6 bilion ke akaun peribadi Najib dan skandal 1MDB yang sarat hutang.
"Kempen melulu dan tidak berasas digunakan untuk memburukkan DAP sebagai anti Melayu dan anti Islam dan amaran bahawa pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan menjadi satu pertempuran antara Umno dan DAP untuk menentukan survival kuasa politik orang Melayu.
"Terdapat rancangan besar untuk meningkatkan kempen dalam dua setengah tahun akan datang, sebelum pilihan raya umum akan datang," kata Lim pada majlis makan malam 'Mana RM2.6 bilion/' di Senawang, Negeri Sembilan, malam semalam.
"Najib dan propaganda Umno menganggap orang Melayu seperti memiliki darjah kecerdasan (IQ) yang sangat rendah, tidak mempunyai kebijaksanaan dan kemampuan untuk membezakan fakta daripada fiksyen, kebenaran dengan penipuan, dan boleh dengan mudah tertipu untuk mempercayai desas-desus itu," kata Lim.

Hamidah sepentas dengan PAS untuk 'Selamatkan Malaysia'

 Selepas dipecat daripada Umno, bekas ketua Wanita Bahagian Gopeng Datuk Hamidah Othman bakal berkongsi pentas bersama Naib Presiden PAS, Idris Ahmad dalam satu wacana perdana 'Selamatkan Malaysia' pada 17 Januari ini.
Hamidah ketika dihubungi berkata beliau tidak mempunyai masalah untuk berada sepentas bersama pemimpin PAS memandangkan beliau kini tidak memiliki parti dan bergerak bebas.
“Isu saya di pentas mana pun tidak ada masalah sebab saya tidak di parti mana-mana,” katanya kepada Malaysiakini.
Menurut Hamidah, wacana anjuran pelbagai NGO itu bertujuan untuk mengupas pelbagai isu semasa yang melanda negara pada hari ini.
Ia katanya akan diadakan di Hotel Seri Malaysia, Ipoh bermula jam 9 malam dan turut terbuka kepada orang ramai.
“Mungkin pada sesi soal jawab, kita akan buka soal jawab dan kita kongsikan bersama sebab kita nak dengar pandangan rakyat di bawah.
“Saya rasa sudah tiba masanya seluruh rakyat Malaysia memikirkan secara serius, apakah langkah yang perlu kita ambil untuk selamatkan Malaysia hari ini,” katanya yang menjangkakan kehadiran melebih 500 orang.

Siswa lapar, jangan harap kerajaan Umno@Bn suap

Oleh Haris Zuan
Tiba-tiba kita dihadapkan dengan kisah kelaparan dan kemelaratan di negara ini.Tambah mengganggu, rupa-rupanya, kelaparan dan kemelaratan bukanlah berlaku kerana musibah banjir kemarau atau wabak penyakit, melainkan kerana mereka memilih untuk belajar di universiti awam di Malaysia, negara yang sentiasa digambarkan sebagai bumi bertuah – hatta warga Bangladesh yang terjun dari tongkang, berenang di pantai negara ini pun, mampu hidup senang, sehingga dapat membuka kedai di tengah-tengah Kuala Lumpur.
(Jangan-jangan juga sebahagian kisah-kisah kemelaratan ini — sehingga “terkoyak usus” — sebagaimana kisah warga Bangladesh yang senang-lenang meskipun masuk secara haram di negara ini, sengaja dilebih-lebihkan atas niat yang Tuhan sahaja mengetahuinya.) Akan demikian, harus juga kita insafi, kisah kemelaratan ini punya asas yang nyata – yang tidak boleh ditolak-tolak begitu sahaja.
Yuran pengajian sejak beberapa tahun lepas telah meningkat, tambah-tambah lagi di universiti ternama bertaraf Apex dan Penyelidikan.
Begitu juga dengan sewa kediaman yang bukan sahaja tidak pernah turun biar seposen, malah meningkat saban tahun.
Ketika seluruh negara sedang merasa beban kemerosotan ringgit, pengenalan cukai GST dan pengurangan subsisdi kerajaan, kita terlepas pandang betapa mahasiswa kita rupa-rupanya antara yang paling sengsara – tolak ketepi mereka yang sengsara kerana membeli iPhone 6 pada awal semester.
Inisiatif kerajaan
Maka ramailah yang memberikan cadangan (diselang-seli dengan cemuhan dan umpatan). Ada yang mahukan kerajaan meningkatkan jumlah pinjaman PTPTN yang kini tidak lagi sepadan dengan kos sara hidup, ada juga yang mahu pihak universiti lebih proaktif mengesan mahasiswa yang sedang kelaparan, malah mahu universiti memberikan bantuan modal serta ruang untuk mahasiswa berniaga bagi menambah pendapatan.
Hakikatnya, kerajaan telah banyak menyediakan inisiatif bagi membantu mahasiswa menangani kos sara hidup ini — kad siswa (dengan pelbagai diskaun khas untuk pengangkutan awam dan pelbagai barangan serta perkhidmatan lain), mewujudkan tabung zakat, tabung khairat, tabung kebajikan, sehinggalah kepada pengenalan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M).
Demikian juga dengan pentadbiran universiti yang sentiasa cakna dengan kebajikan mahasiswa, yang mengadakan pelbagai program keusahawanan untuk mahasiswa, khasnya melalui Hal Ehwal Pelajar (HEP). Universiti bukan sahaja memberikan latihan dan pembangunan keusahawanan, malahan juga menyediakan ruang berniaga yang selesa kepada mahasiswa yang berminat.
Pada masa yang sama, tidak kurang juga mereka yang mahu mahasiswa lebih proaktif untuk menambah pendapatan. Ada yang mencadangkan mahasiswa agar bekerja sambilan di kedai makan, berniaga tudung dalam talian, menjual nota kuliah, sehinggalah kepada menyediakan khidmat fotokopi.
Tiada salahnya cadangan-cadangan ini, malah, mahasiswa sebenarnya telah lama mengamalkan semua “ikhtiar hidup” ini di kampus.
Bukan itu sahaja, ada juga mahasiswa yang memulakan inisiatif makanan percuma untuk rakan-rakan mereka di banyak universiti — tidak perlu disuruh-suruh.
Cadangan meningkatkan bantuan serta menambah pendapatan ini bukan perkara baru. Bahkan, timbalan menteri Ahmad Maslan sendiri telah mengulanginya banyak kali, #TambahPendapatan.
Namun, cadangan seumpama ini bukan sahaja gagal menangani masalah ini secara struktural, tetapi juga hanya meningkatkan kebergantungan mahasiswa kepada kerajaan.

Kerajaan Melaka perlu mohon maaf anjur Miss Tourism World


Angkatan Wanita Parti Amanah Negara Negeri Melaka (AWAN Melaka) amat kesal dengan penganjuran pertandingan Miss Tourism 2015/2016 World di Melaka baru-baru ini.
Penganjuran pertandingan ini jelas bertentangan dengan syariat Islam dan adab ketimuran kerana ianya mendedahkan aurat, tidak memberikan manfaat, mengeksploitasi wanita sebagai bahan hiburan dan sebagainya.
Jelas sekali pertandingan Miss Tourism ini haram di sisi Islam kerana pakaian yang menjolok mata, tidak sopan dan hadirin pula terdiri dari kaum lelaki dan wanita.

Lebih malang lagi Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron sendiri turut hadir memeriahkan acara tersebut. Sebelum ini, Melaka dilihat banyak menganjurkan aktiviti-aktiviti agama seperti Melaka Berselawat dan sebagainya, tetapi nampaknya ia tidak memberi keinsafan kepada pimpinan kerajaan negeri sehingga sanggup membenarkan program maksiat seperti ini diadakan di Melaka.
Malah mereka sendiri hadir memberikan sokongan padu kepada program maksiat sebegini.
Kami sebagai kaum wanita berasa terhina kerana jelas sekali program ini mengeksploitasi wanita dengan mempamerkan bentuk badan dan aurat mereka kepada kaum lelaki.
Walau apa pun alasannya unsur-unsur eksploitasi wanita tetap berlaku kerana program seperti ini jelas sekali menjadikan wanita sebagai bahan hiburan.
Sepatutnya kerajaan negeri Melaka berusaha mengadakan program untuk memartabatkan wanita dan bukan sebaliknya.
AWAN Melaka mendesak kerajaan negeri memohon maaf kepada semua kaum wanita di Melaka khasnya kerana menggalakkan program eksloitasi wanita seperti ini diadakan di negeri Melaka.
Kami tidak rela anak-anak muda di negeri ini terjebak dengan program-program lalai dan tidak bermanfaat malah haram di sisi Islam.
Apa perasaan kita jika anak-anak kita sendiri mendedahkan sebahagian badan mereka kepada kaum lelaki seperti yang berlaku dalam program ini?

Perjanjian Pakatan Harapan fajar baru untuk Malaysia

Apakah peristiwa pemateraian Perjanjian Pakatan Harapan 2016 pagi 9 Januari 2016 yang berlangsung di Shah Alam menandakan fajar baru dan seterusnya sejarah politik baru akan tercipta di Malaysia.
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku pengerusi Majlis Presiden Pakatan Harapan menghuraikan prinsip-prinsip utama kepada perjanjian tersebut dalam beberapa fasa yang kemudian diedarkan di media sosial.
Juga dijelaskan beberapa prinsip penting dalan perjanjian tersebut yang ditandatangani bersama.

Meninggalkan mimpi ngeri lampau, perjanjian ini jelas menyatakan keputusan tertinggi Pakatan Harapan adalah daripada Majlis Presiden, sekali gus memberi amaran tidak ada parti boleh berunding secara sendirian dengan parti lain yang tidak berada dalam Pakatan Harapan kecuali dimaklumkan kepada Majlis Presiden. Jika ada parti secara jelas melanggar perjanjian, kesemua parti lain dalam Pakatan Harapan berhak membuat keputusan menggugurkan keanggotaan parti tersebut.
Dan kali ini tiada lagi prinsip “agree to disagree” yang mengelirukan yang pernah membayangi keluarga Pakatan Rakyat sebelum ini.
Begitu juga kenyataan YB Anthony Loke Siew Fook selaku salah seorang setiausaha organisasi Parti Harapan memetik Fasa 4 Perjanjian antara lain mengakui Islam adalah agama Persekutuan, mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi raja berpelembagaan, memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu, dan memperakui dan mengiktiraf kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia.
Kepada sesetengah orang, kenyataan ini adalah biasa malahan itulah sepatutnya pendirian setiap rakyat Malaysia terhadap Perlembagaan Persekutuan dan kontrak sosial.
Namun tatkala DAP dimomok pihak lawan untuk mengenepikan Melayu jika memerintah, perakuan seperti ini  ternyata amat relevan malahan ia akan memperbanyakkan lagi titik-titik pertemuan dalam pakatan tersebut dan menguntungkan negara.
Demikian antara intisari perjanjian.
Namun, gagasan dan kesepakatan yang dicapai 3 parti utama dalam Pakatan Harapan, Parti Keadilan Rakyat, Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Amanah Negara ini dilihat mempunyai kekuatannya yang tersendiri.
Apakah kekuatan ini mampu menjadi arus dan gelombang yang akan merobah landskap politik negara?

Kekuatan gelombang baru ini sebenarnya mulai dirasai rakyat tatkala mereka melihat pemerintah sedang bergelumang dengan kemelut yang tidak berkesudahan sedang hidup mereka semakin hari semakin terhimpit.
Memandang kecil gelombang baru ini yang dicetuskan rakyat biasanya akan menghukum pemain politik itu sendiri.
Keinginan rakyat untuk satu era politik baru di luar badi perkauman dan sebaliknya mengambil politik rahmah untuk semua mula menular di kalangan rakyat.

Sebelum kita menganalisis lebih lanjut, cuba kita rumus senario umum hari ini. Dari segi ekonomi, jika kita menyingkap media sosial atau tanyakan keliling, umumnya mengakui akan kesempitan hidup rakyat kerana kos hidup yang meningkat di luar kemampuan rakyat.
Rakyat juga melihat jurang agihan ekonomi yang semakin besar antara golongan kaya dengan golongan miskin.

Tatkala tulisan ini dibuat, universiti awam diarah menterinya untuk mengenalpasti pelajar mereka yang menghadapi masalah kewangan untuk dilaporkan segera kepada Kementerian Pendidikan Tinggi.
Tetapi bagaimana pula pelajar rakyat Malaysia di universiti dan kolej swasta yang rata-rata hanya tinggal baki antara RM100 hingga RM200 sahaja untuk belanja makan dan minum selama satu semester 14 minggu setelah wang pinjaman PTPTN mereka dipotong untuk yuran pengajian?
Adakah Kementerian Pendidikan Tinggi berlepas tangan dengan mereka setelah PTPTN mengurangkan amaun pinjaman kepada pelajar?

Dari segi politik, rakyat menyaksikan kepimpinan negara yang tidak kompeten dan tidak berintegriti.
Kita juga melihat budaya politik kerajaan Barisan Nasional yang mengamalkan politik pincang, politik yang tidak inklusif, politik tidak terbuka dan tidak mengutamakan rakyat terbanyak kecuali sedikit.
Sebaliknya, parti pemerintah masih mengamal politik kumpulan dan memberikan keistimewaan hanya kepada kumpulan pilihan mereka.

Aspek sosial lebih parah dan dapat dilihat dengan mudah. Perhubungan antara etnik dan agama di kalangan rakyat amat rapuh.
Isu agama dan perkauman sentiasa dimainkan dan menjadi pilihan ahli politik untuk mengekalkan kuasa kerana ia kaedah paling cepat meninggalkan kesan emosi.
Rosaknya tidak hanya menyuntik jarum kebencian antara kaum tetapi apinya boleh membinasakan sebuah negara.

Selain itu, kita menyaksikan kadar jenayah semakin meningkat. Berita jenayah yang dilapor media menyeramkan sekali, layak cerita di panggung.
Akhlak masyarakat menurun dan pendidikan yang dilaung-laungkan berkos paling besar dalam setiap pembentangan bajet negara, tidak berkesan melahirkan generasi bermaruah tinggi dan berjati diri.

Dalam krisis ini, rakyat tidak dapat membuat kesimpulan lain melainkan prestasi kerajaan merudum dalam bidang utama iaitu politik, ekonomi dan sosial dan mencari nilai baru dalam politik dan pemerintahan.

Dalam kegawatan seperti ini, sebuah pakatan baru muncul memberi harapan kepada rakyat dengan gagasan politik nilai baru yang mengutamakan wasasan dan cita-cita bersama, politik rahmah untuk semua etnik, politik yang tidak berasaskan pertimbangan kaum yang sempit, igauan selama ini.

Bajet 2016, apa yang berani Najib ‘ubah suai’?

Pada 30 Disember 2015, Bernama melaporkan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani menyatakan kerajaan tidak akan membuat apa jua 'ubah suai' atau 'revisions' kepada Bajet 2016.
Beliau mengakui meskipun harga minyak mentah ketika Bajet 2016 adalah AS$48 satu tong dan pada ketika itu turun ke paras AS$36 kerajaan masih mampu menangani impak kejatuhan ini. Kalau pun jatuh sehingga AS$30 beliau tegaskan, kerajaan masih boleh membuat beberapa "tweaking" atau "suntingan" tanpa semakan.
Penulis pada 5 Disember mengeluarkan kenyataan menggesa Datuk Seri Najib Razak menimbangkan "revision" dan mengulangi sekali untuk perdana menteri segera bertindak (Berita Daily).

Berkebetulan semalam Najib juga membuat kenyataan akhbar beliau akan membuat "pengubahsuaian" kepada Bajet 2016. Tidak perlu ditekankan faktor yang membawa lambakan bekalan minyak mentah dunia. Umum sudah tahu. Goldman Sachs, sebuah bank pelaburan global meramalkan minyak mentah akan turun ke paras AS$20 setong. Sumbangan daripada pendapatan minyak dan gas kira-kira 30% (Royalti, cukai PITS, dividen).
Rakyat jelata tidak faham semua impak penurunan ini. Bagi mereka apakah kesan terhadap kos kehidupan dan barang keperluan seharian setelah pelbagai tambang pengangkutan awam dan tol naik, di samping GST dan penyusutan nilai ringgit menghimpit kehidupan sejak hujung tahun lalu. Manfaat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) sudah tidak bererti.
Persoalan penting sekarang ialah "Apa yang kritikal dan munasabah untuk diubah suai oleh Najib?". Ini tahun kedua berturut-turut Najib perlu lakukan "ubah suai" kepada Bajetnya.
Tahun lalu setelah Najib lakukan ubah suai, pelbagai pihak termasuk para penganalisis dan pakar ekonomi, menyindir Najib lebih baik tak payah "ubah suai". Apakah akan diulang kesilapan lama?
Daripada segi pendapatan, apakah langkah konkrit Najib untuk kekalkan anggaran pendapatan RM225 bilion dalam bajet 2016 itu?
Sudah kita dengari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sedang menyelongkar pengamal perubatan swasta.

Ekonomi merudum: Bukan silap, kelemahan negara, sembang Najib

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, faktor-faktor luaran yang di luar kawalan akan mempengaruhi ekonomi negara dan ia bukan kesilapan atau kelemahan negara.
 Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata faktor-faktor itu adalah seperti harga minyak dunia, kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat dan kelembapan ekonomi China.
"Kita sekarang berdepan dengan keadaan mencabar. Soal ekonomi berlegar sebagai soal utama dalam kalangan rakyat.
"Semua kena faham ia bukan kesilapan kita, bukan kelemahan kita tetapi faktor-faktor di luar kawalan kita. Sebab itu, apabila kita memasuki tahun 2016 ini, kita mesti beri tumpuan kepada apa yang kita boleh lakukan sebagai sebuah negara, kerajaan dan pentadbiran," katanya.
Perdana Menteri berkata demikian pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang pertama bagi tahun ini, di Putrajaya hari ini.
Hadir sama barisan menteri dan timbalan menteri di JPM, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.
Pada perhimpunan itu, Najib menjelaskan, kesan penyusutan ketara harga minyak mentah Brent yang menjunam daripada kira-kira AS$100 setong kepada antara AS$32 dan AS$33 setong ketika ini.
"Sudah tentu sebagai sebuah negara pengeluar minyak, ia memberi kesan kepada kita. Saya telah umumkan kesannya dalam RM30 bilion kekurangan hasil negara.

Asal kita semua dari keluarga sama

Oleh Zin Mahmud
Asalnya kita semua pakat-pakat dan tubuhkan UMNO. Tapi kerana masalah bendera, ada antara kita iaitu dari PKMM dan beberapa sekutunya keluar. British tangkap pemimpin-pemimpin PKMM dan parti itu terbubar. Kemudian apabila pengasas UMNO mahu jadikan ia parti Malaya dan bukannya parti Melayu, beliau ditolak, beliau pun keluar tubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya. Pada waktu sama biro agama UMNO keluar untuk tubuhkan PAS.

Selepas bekas pemimpin PKMM dibebaskan, ada antara mereka tubuhkan Parti Rakyat Malaya. Sementara bekas ketuanya dijemput untuk ketuai PAS. Ini kerana ada pemimpin PAS ikut sertai Parti Kemerdekaan Malaya menjelang pilihan raya. Rakyat tolak Parti Kemerdekaan Malaya dan memilih UMNO. Parti Kemerdekaan Malaya dibubarkan dan digantikan dengan Parti Negara. Parti Negara pun gagal mendapat sambutan dan pemuka-pemukanya kembali pada UMNO.
Apabila seorang menteri enggan menggunakan baja dari Britain, beliau dipecat dan keluar tubuhkan Parti Konvensyen Malaya. Parti ini bersama dengan Parti Rakyat Malaya dan Parti Buruh Malaya tubuhkan Front Sosialis.
Selepas 13 Mei, UMNO dan PAS bersatu dalam Barisan Nasional. Parti Rakyat Malaya pula berpecah, satu jadi Parti Sosialis Rakyat Malaya, satu lagi tubuhkan Parti Marhaen.
Tidak lama kemudian, PAS dipecat dan berpecah dengan tertubuhnya Berjasa yang menyertai Barisan Nasional. PAS kalah di Kelantan dan ketuanya kemudian keluar parti dan tubuhkan Hamim, yang ikut masuk Barisan Nasional. Kemudian ketuanya disingkirkan dan akhirnya dia sertai UMNO.
Ketua Parti Sosialis Rakyat Malaya kemudian keluar parti dan sertai UMNO. Ketua Parti Marhaen kemudian menyertai Parti Keadilan Masyarakat sebelum kembali pada Parti Rakyat Malaya. Pemimpin Parti Marhaen pula sertai PAS sebelum ia dibubarkan. Ketua Parti Konvensyen Malaya juga menyertai PAS.

Bauksit: Perosak alam sekitar wajar dihukum

bauksit L
Sahabat Alam Malaysia (SAM) mencadangkan bahawa hukuman berat dikenakan bagi menghentikan perlombongan haram bauksit yang beroperasi di Kuantan sehingga menyebabkan berlaku pencemaran alam.
KUALA LUMPUR, 11 Januari:
Sahabat Alam Malaysia (SAM) mencadangkan bahawa hukuman berat dikenakan bagi menghentikan perlombongan haram bauksit yang beroperasi di Kuantan sehingga menyebabkan berlaku pencemaran alam.
Kerajaan juga perlu mengenakan hukuman berat ke atas syarikat perlombongan bauksit serta pemilik tanah berkenaan yang telah mengabaikan undang-undang alam sekitar.
Timbalan Presidennya, Azman Yaacob berkata hukuman yang sangat berat atau rampasan tanah, harus dikenakan ke atas syarikat-syarikat perlombongan bauksit.
“Jika tidak, syarikat-syarikat perlombongan dan pemilik tanah ini  akan kekal selesa dengan pencemaran alam sekitar yang berlaku daripada melabur dalam kaedah pengurusan yang betul,” katanya kepada The Rakyat Post.
Beliau berkata syarikat-syarikat perlombongan dan pemilik tanah juga perlu dipaksa untuk meletakkan deposit kerosakan sebagai kos pembayaran awal untuk pembersihan, yang meliputi kos pembersihan dan pembaikan untuk mengelakkan Kuantan menjadi sebagai tempat pembuangan sampah.
Dengan menjadikan langkah itu sebagai syarat bagi syarikat-syarikat perlombongan serta pemilik tanah mendapatkan permit mereka adalah merupakan ‘win win situation’, perbincangan akan bergantung kepada bagaimana mereka membayarnya, bukan sama ada mereka perlu membayar atau tidak,” kata Yaakob.
debu bauksit
Komen beliau turut disertai dengan bantahan oleh penduduk di Kuantan bahawa syarikat-syarikat perlombongan bauksit telah mencemarkan alam sekitar dengan debu merah dari lori mengangkut bijih mineral dari lombong ke pelabuhan Kuantan.
Kegiatan perlombongan juga turut mencemarkan kawasan sungai yang disediakan untuk kegunaan penduduk setempat, malah laut berhampiran Balok juga bertukar menjadi warna merah, dipercayai disebabkan oleh aktiviti-aktiviti perlombongan.

PM ingatkan penjawat awam 'berfikir di luar kotak'

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggesa kakitangan awam supaya "berfikir di luar kotak" untuk membantu meningkatkan produktiviti dalam kerajaan.
 Menurut akhbar New Straits Times (NST) hari ini, Najib semasa mesyuarat perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri, menggesa penjawat awam untuk mengoptimumkan perbelanjaan mereka di tengah-tengah cabaran akibat kejatuhan harga minyak dunia.
Pada majlis itu, perdana menteri turut mengumumkan bahawa beliau akan mengetuai satu kumpulan kecil untuk memantau pengoptimum projek-projek kerajaan dan projek-projek yang tertangguh.
Objektifnya adalah untuk mengoptimumkan perbelanjaan projek-projek berkenaan.
Ini berikutan semakan semula Belanjawan 2016 yang diumumkan Sabtu lalu kerana ekonomi negara dilaporkan merudum.
"Saya juga telah meminta Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) untuk membentuk sekretariat untuk tujuan ini," katanya.

Rasuah bauksit: SPRM tahan enam lagi anggota Pejabat Tanah


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan enam lagi anggota Pejabat Tanah dan Galian, Pahang semalam untuk membantu siasatan berhubung kes rasuah yang membabitkan perlombongan bauksit secara haram di negeri itu.
Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki dipetik akhbar Utusan Malaysia sebagai berkata lima lelaki dan seorang wanita berusia antara 42 dan 57 tahun itu ditahan semalam mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM.
Mereka yang ditangkap itu adalah pegawai Pejabat Tanah dan Galian yang terlibat dalam pengeluaran dokumen pemindahan mineral (Borang 13D) untuk perlombongan bauksit haram di negeri itu.
Ini menjadikan jumlah yang ditahan setakat ini adalah 13 orang, di mana 10 daripada mereka adalah kakitangan Pejabat Tanah dan Galian.
Empat daripada mereka ditahan Khamis lalu dan kes itu melibatkan nilai dakwaan rasuah lebih RM100,000, manakala tiga lagi ditahan dua hari kemudian.
Semua mereka kini diambil keterangan dan penentuan sama ada pihak SPRM akan mendapat perintah reman terhadap mereka akan diputuskan hari ini.
Suruhanjaya itu sedang menjalankan siasatan untuk mengesan mereka yang terlibat dalam rasuah aktiviti perlombongan bauksit haram yang telah menyebabkan jumlah anggaran RM187 juta royalti hilang tahun lalu.

Pas Jangan Terlalu Optimis Untuk Menang

Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) Saya membuat tinjauan di beberapa kawasan yang lebih kurang 55-60% melayu dan 35-40% Cina dan peratusan kecil kaum selainnya mendapati ada sesuatu yang tidak kena mengenai daftar undi.

2) Tinjauan atau culaan persendirian yang mengambil masa hampir 4 bulan mendapati di kawasan-kawasan tersebut, kuasa mengundi Melayu adalah sangat rendah berbanding peratusan kuantiti taburan kewujudan mereka.

3) Hanya tidak sampai 55% daripada kaum melayu yang berdaftar sebagai pengundi. Manakala kaum Cina, pendaftaran pnegundi barunya sangat giat berjalan. Kira-kira lebih 90% daripada kaum Cina sudah berdaftar.

4) Bermaksud walaupun kawasan bermajoriti Melayu, peratusan untuk pengundi Cina menjadi dominan dan menjadi faktor kemenangan adalah tidak mustahil. Andaikata DAP melawan Umno, tak mustahil DAP boleh menang. Andai DAP melawan PAS, tak mustahil DAP boleh jga menang.

5) Abaikan Umno. Lihat kepada PAS, sebagai tunjang kepada orang Melayu/Muslim. Apakah dengan mengishtiharkan DAP dan PAN sebagai musuh, bermakna PAS sudah bersedia untuk bersendirian?

6) Selama ini saya mengandaikan PAS sememangnya sudah kuat dari segi kekuatan undi Melayu. PAS hanya kuat sokongan orang Melayu, belum tentu kuat dari segi undi, kerana perihal daftar pemilih. Ahli-ahli bawahan tidak mempunyai kesedaran untuk merancakkan pendaftaran pemilih anak-anak muda yang layak mengundi, sedangkan parti musuh mereka berbuat demikian.

7) Tidak hairan DAP tidak gentar dengan kehilangan PAS dalam pakatan pembangkang. Tidak gentar pun dengan kehilangan bantuan jentera PAS yang hebat dan istiqamah. Kerana mereka pasti, jentera yang kuat belum tentu menang jika jumlah pengundi berdaftar kecil.

8 ) PAS mesti sedar perkara ini. PAS Kawasan dan Cawangan tidak boleh bermalas-malas mendaftar ahli-ahli dan anak-anak ahli yang layak mengundi kepada SPR. Lebih-lebih lagi undi melayu yag sedikit itu pun bakal terpecah kepada Umno, PAS dan PAN atau DAP.

9) Jika pimpinan tidak menyedari hal ini, bermakna keputusan berpisah dengan DAP dan mahu bersendirian adalah keputusan sentimen pimpinan atasan semata-mata. Jika pimpinan atasan sebenarnya menyedari hal ini, bermakna pimpinan akar umbi terleka menjalankan tugas.

Sekian