Ahad, 10 Januari 2016

Manipulasi isu perkauman dan keagamaan

Oleh Datuk Raja Bahrin Shah

Amerika Syarikat dan Arab Saudi adalah negara kaya yang merupakan sahabat akrab politik dengan

kepentingan bersama. Dalam usaha untuk berkuasa atau terus berkuasa, pihak tertentu di negara ini menggunakan taktik kotor berasaskan perkauman dan keagamaan.

Kebelakangan ini taktik yang sama digunakan dengan meluas di Malaysia. Adakah ini bagi kepentingan atau tujuan yang hampir sama iaitu tujuan menghalalkan cara (the end justifies the means)?

Calon presiden Amerika Syarikat daripada Parti Republikan, Donald Trump baru-baru ini mengesyorkan orang Islam diharamkan memasuki negara tersebut atas retorik ancaman keselamatan. Syor ini dilihat ramai pengkritik hanya semata-mata ingin meraih sokongan rakyat bukan Islam untuk menjadi presiden.


Islamphobia yang menekan minoriti digunakan untuk mendapat kuasa. Taktik yang sama digunakan Le Pen, calon presiden Perancis untuk menakutkan rakyat Perancis kepada ancaman pendatang dan rakyat beragama Islam di negara itu. Golongan minoriti menjadi sasaran utama bagi tujuan kuasa politik.

 Di Malaysia pula taktik sama digunakan ke atas kaum minoriti Cina yang kononnya akan menguasai politik dan ekonomi negara jika Umno tidak berkuasa.

 Isu DAP memerintah Malaysia dan insiden Plaza Low Yat serta perhimpunan baju merah adalah contoh yang amat memalukan. Orang Melayu dimomokkan dengan isu ini walaupun rakyat berbangsa Cina hanya 24% daripada keseluruhan rakyat Malaysia.

Ironinya, di sisi lain kerajaan pimpinan Barisan Nasional tanpa segan-silu bertindak menjual aset utama tenaga negara yang penting kepada China yang berideologikan komunisme - ideologi hantu yang sering dimomokkan Umnp bagi menakutkan orang Melayu.

Inilah sikap diskriminasi aneh ke atas rakyat Malaysia berbangsa Cina dengan kuasa asing berbangsa Cina demi kepentingan politik dan survival Umno/Barisan Nasional.

Dalam isu agama pula rakan politik Amerika, Arab Saudi, menggunakan isu Syiah bagi tujuan politik dan memperkukuh pengaruh serantau.

Sewaktu kebangkitan rakyat di Tunisia dan Mesir, isu ancaman minoriti Syiah dimainkan untuk mengalih pandangan daripada masalah dalaman negara. Ini merebak kepada Bahrain dan beberapa negara jiran lain. Syiah digambarkan sebagai musuh utama negara dan bukan isu rasuah dan good governance.

Paling terbaru apabila harga minyak jatuh teruk dan Arab Saudi mengadakan perbelanjaan defisit negara yang besar. Sentimen ancaman Syiah sekali lagi dibakar dengan jatuhnya hukuman mati terhadap seorang tokoh Syiah terkenal berkerakyatan Saudi bersama beberapa orang lagi yang terkorban.

Jelas, keadaan ini menimbulkan sekali lagi "hantu" Syiah untuk menakutkan rakyat dan mencetuskan krisis baru dengan negara majoriti Syiah, Iran. Sekali lagi masalah negara - ekonomi, rasuah dan good governance ditenggelamkan. Rakyat minoriti Syiah dan "musuh" luar Syiah menjadi tumpuan.

Isu Syiah juga kembali menjadi taktik yang digunakan terhadap musuh politik kerajaan Barisan Nasional. Tokoh politik yang menjadi ancaman Barisan Nasional, difitnah berfahaman Syiah oleh Umno dan juga rakan penasihatnya.

Pakatan Harapan perlu fokus kepimpinan generasi kedua

Pakatan Harapan perlu memberi fokus kepada pembinaan kepimpinan generasi kedua bagi memastikan kesinambungan perjuangan politik ke arah Malaysia yang lebih baik demikian pandangan  Fareedah Samad, Pengarah Komunikasi Wanita Amanah Nasional (Awan).

Fareedah berkata, generasi muda sekarang sudah terlalu kecewa dengan kegagalan kerajaan Barisan Nasional (BN) meneruskan negara dan mengharapkan kepimpinan yang lebih memahami masalah rakyat.

“Pakatan Harapan perlu melihat pembinaan kepimpinan generasi kedua sebagai satu perkara yang diberi keutamaan.

“Kita tahu anak muda sekarang sudah terlalu kecewa dengan pencapaian kerajaan dan kita perlu kenal pasti masalah dan bina lebih ramai kepimpinan muda yang lebih memahami masalah dan keperitan hidup rakyat,” katanya ketika ditemui Malaysia Dateline.

Beliau juga berkata, dengan berlansungnya  majlis menandatangani perjanjian Pakatan Harapan antara PKR, DAP dan Amanah hari ini, Pakatan Harapan perlu memberi fokus kepada isu rakyat berbanding perbalahan dalaman yang hanya merugikan ketiga-tiga parti.

“Pakatan Harapan selepas ini perlu lebih fokus kepada isu rakyat berbanding perbalahan dalaman. Kita kena bergerak ke hadapan. Dengan keadaan negara sekarang ini semua maklum pelbagai skandal dan salah laku Umno-BN sendiri berada di tahap pencapaian yang paling lemah.

“Bukan sahaja kita perlu mengambil peluang atas kelemahan Umno tetapi kita perlu membuktikan dan meyakinkan rakyat yang kita bersedia untuk mengambil alih tampuk pemerintahan dan permasalahan rakyat merupakan keutamaan kepada Pakatan Harapan,” katanya.

Tak perluah kita melayan.... - Pesanan Ustaz Ahmad Awang



"Tak perlulah kita ahli AMANAH melayan kerenah mereka yang menghina, menyindir, memperlekeh, mentohmah dan sebagainya terhadap laluan perjuangan baru yang kita pilih ini.

Kerana jika kita terlalu melayan, maka ia seolah seperti lembu matador yang asyik menanduk kain merah yang dikibarkan dihadapannya, ia akan menanduk, menanduk dan menanduk sehingga akhir ia lemah dan ditikam oleh di matador lalu tersungkur kebumi tanpa sempat menanduk si matador!.

Ingatlah jangan hiraukan kain merah itu, ia adalah satu lagi kain merah yang baru berjaya dicipta oleh pemerintah UMNO/BN agar kita menanduknya sehingga letih sedangkan matador sebenar kita lupa menanduk sehingga tersungkur iaitu pemerintah zalim menindas rakyat iaitu UMNO/BN."

DAPSY: Pilih calon berasaskan kualiti, bukan kaum atau agama



KUALA LUMPUR 10 JAN: Keputusan berkaitan dengan percalonan pilihan raya tidak harus dibuat kaum atau agama, sebaliknya tetapi berdasarkan kualiti calon dan keampuhan strategi masing-masing.
Setiausaha Eksekutif Publisiti Sosialis Muda DAP, Muhammad Shakir Ameer, berkata politik berasaskan sentimen agama dan perkauman masih menjadi kelemahan politik di negara ini kerana mudah dimanipulasi media pro-UMNO dan konco-konconya.
SUFI5939Malah, katanya DAP biasanya ‘dikambing hitam’ kerana prinsipnya yang mengutamakan kebebasan, hak saksama, keadilan sosial dan solidariti sekaligus mencabar dominasi politik kaum dan agama yang dikuasai UMNO-BN.
Bagaimanapun, beliau berkata, tanggapan negatif dalam kalangan pengundi Melayu terhadap DAP disedari oleh pimpinan parti yang sentiasa suba mengubahnya sambil tetap mengekalkan prinsip perjuangan.
“Justeru, cadangan untuk meletakkan calon Melayu DAP menggunakan PKR atau Parti Amanah Negara (Amanah) sesuatu yang DAPSY tidak setuju,” katanya pada kenyataan media hari ini merujuk cadangan Timbalan Pengerusi Amanah Johor, Dzulkefly Ahmad.
Semalam, Dzulkefly mencadangkan calon DAP yang bertanding peringkat DUN tidak menggunakan logo DAP bagi meraih undi masyarakat Melayu-Islam, sebaliknya menggunakan logo Amanah atau PKR.
Pada Persidangan Pimpinan Pakatan Harapan itu, beliau memberi alasan ia berikutan DAP kerap difitnah UMNO BN sebagai bersikap kononnya anti-Melayu dan anti-Islam
Sebaliknya, Presiden Amanah, Mohamad Sabu kemudian memberi jaminan Amanah tidak akan terperangkap dengan politik perkauman manakala Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyatakan cadangan Dzulkefly tidak mencerminkan pendirian Pakatan Harapan.
Mengingatkan betapa salah guna politik agama yang dibuat pimpinan PAS membawa penubuhan Amanah, Muhammad Shakir berharap Dzulkefly tidak terjerat dengan permainan politik perkauman dan agama seperti yang dimainkan PAS dan UMNO.
“DAPSY berharap persefahaman dan kerjasama politik bersama komponen Pakatan Harapan sebagai permulaan baru untuk mengubah politik tanah air berdasarkan persefahaman politik yang matang,” katanya.

Jangan terperangkap dengan hegemoni kaum mainan UMNO


SHAH ALAM 9 JAN: Pengarah Eksekutif Pendidikan Politik DAP, Wan Hamidi Hamid mengingatkan pemimpin Pakatan Harapan supaya tidak terperangkap dengan hegemoni kaum dengan mengulanginya sepanjang perjuangan menuju Putrajaya.
SUFI6149Jika pemimpin gabungan ketiga-tiga parti itu terperangkap dalam permainan politik perkauman yang dimainkan UMNO, beliau bimbang ia bakal memberi tanggapan salah di mata rakyat terhadap Pakatan Harapan.
“Benar UMNO sering menyerang kita tapi kita tidak harus ambil pendekatan sama. Jika tidak rakyat akan mengatakan kita tidak ubah seperti BN,” katanya.
Wan Hamidi juga tidak bersetuju dengan cadangan Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, DZulkefly Ahmad supaya calon DAP yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) menggunakan logo Amanah atau PKR dan menyifatkannya seolah-olah mengikut tindak tanduk BN.
“Eloklah soal itu, biar diputuskan kepimpinan Pakatan Harapan kerana kita tidak mahu mengulangi hegemoni UMNO iaitu Melayu jaga Melayu, India jaga India, Cina jaga Cina dan sebagainya,” katanya.
Terdahulu, Dzulkefly mencadangkan calon DAP yang bertanding peringkat DUN tidak menggunakan logo DAP bagi meraih undi masyarakat Melayu-Islam berikutan parti itu kerap difitnah sebagai anti-Melayu dan anti-Islam, sebaliknya menggunakan logo Amanah atau PKR.
Pada sidang media membabitkan pimpinan utama Pakatan Harapan kemudiannya, Presiden Amanah, Mohamad Sabu menyatakan semua perwakilan diberi kebebasan untuk bercakap tetapi beliau mengulangi jaminan Amanah tidak akan terperangkap dengan politik perkauman.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada sidang media sama juga bersetuju Dzulkefly memiliki kebebasan untuk menyatakan cadangan tetapi pandangannya itu tidak mencerminkan pendirian Pakatan Harapan.

PRU 14 medan ‘perang’ lawan rejim ‘Abu Jahal’


SHAH ALAM 9 JAN: Dengan termeterainya perjanjian yang mengukuhkan ikatan antara tiga parti gabungan dalam Pakatan Harapan, pilihan raya akan datang bakal menjadi ‘medan perang’ bagi gabungan itu untuk menghantar UMNO BN ke kerusi pembangkang.
Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto percaya asas semangat setiakawan antara DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) bakal memberi kekuatan terhadap gabungan itu untuk memenangi hati pengundi, seterusnya merampas Putrajaya.
SUFI5963Menyifatkan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 sebagai ‘ibu segala pilihan raya’, beliau berkata detik itu bakal  menjadi sejarah kerana UMNO BN dijangka kehilangan kuasa lantaran kemarahan rakyat ekoran bebanan eknomi dan ketidakadilan.
“Ini bukan sekadar menghantar UMNO BN jadi pembangkang, malah peperangan menjatuhkan rejim ‘Abu Jahal’ yang melanggar hak asasi manusia, menyalah guna kuasa, menyeleweng dana awam serta melanggar tata tertib pentadbiran,” katanya.
Beliau antara tiga wakil DAP daripada sembilan perwakilan yang berucap pada Persidangan Pemimpin Pakatan Harapan di Pusat Konvensyen Shah Alam(SACC), di sini hari ini.
Abu Jahal ialah pemimpin jahil kaum Quraisy yang kaya tetapi zalim serta keras melakukan penentangan terhadap Rasulullah SAW ketika proses penyebaran Islam di Mekah.
Kasturi turut menyentuh penglibatan dominan kaum wanita pada pilihan raya lalu yang disifatkannya sebagai golongan penting untuk diberi perhatian dalam memenangi pilihan raya akan datang.
“Peratus pengundi wanita jauh lebih banyak daripada lelaki iaitu 51 peratus berbanding pengundi lelaki 49 peratus.
“Statistik menunjukkan lebih ramai wanita mendaftar sebagai pengundi, malah peratusan keluar mengundi juga mengatasi kaum lelaki,” katanya yang menambah, indikasi itu penting untuk memastikan startegi Pakatan Harapan tidak tersasar.

BN tumbang jika UMNO gagal takutkan Melayu, Amanah lebarkan sayap


SHAH ALAM 9 JAN: Pakatan Harapan akan menjadi lebih kuat dan mendapat sokongan segenap lapisan rakyat jika UMNO BN gagal menakut-nakutkan orang Melayu-Islam melalui fitnah terhadap DAP manakala Parti Amanah Negara (Amanah) melebarkan sayapnya.
SUFI6618Presiden PKR, Datuk Dr Wan Azizah Ismail, berkata UMNO BN sentiasa cuba mengganggu gugat perpaduan dalam kalangan parti pembangkang melalui isu agama dan perkauman, malah melempar fitnah.
“Negara kita memerlukan persaingan politik yang sihat. Sekalipun banyak isu menyerang kita termasuk soal kaum dan fitnah tetapi selagi kita berpegang teguh kepada prinsip, kita akan kuat.
“Bila gagal takut-takutkan orang Melayu dengan DAP dan Amanah pula lebarkan sayap, kita akan jadi sangat kuat,” katanya ketika memberi ucaptama pada Persidangan Pemimpin Pakatan Harapan di Pusat Konvensyen Shah Alam(SACC), di sini hari ini.
Ketua Pembangkang itu juga meminta semua pemimpin Pakatan Harapan supaya berhati-hati membuat kenyataan yang boleh menjejaskan perpaduan antara parti gabungan atau masuk ke perangkap UMNO BN.
“Kadang kala kita tak kata, bukan beri ulasan rasmi tapi cara dipersembahka seolah-olah pergolakan. Kita juga kena hati-hati supaya tak jauh dalam perangkap UMNO BN yang sentiasa cari salah dan fitnah kita,” katanya.

Usah ikut rentak tari UMNO usung perkauman sempit


Saya memahami kebimbangan Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah), Dzulkefly Ahmad pada perbahasan dalam persidangan pimpinan Pakatan Harapan (PH) menerusi saranan beliau supaya DAP tidak meletakkan calon Melayu untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)  Johor.
Saya yakin kenyataan itu sebagai reaksi berikutan hambatan UMNO yang 50 tahun mengheret rakyat khususnya masyarakat Melayu ke arah politik sempit perkauman.
SUFI6796Lebih-lebih lagi, sikap ‘main mata’ PAS-UMNO yang semakin menjadi-jadi mutakhir ini, ditambah dengan serangan fitnah mereka terhadap DAP, kononnya anti-Islam dan anti-Melayu, secara tidak langsung memberi kesan terhadap Amanah.
Secara peribadi, sebagai ahli DAP berketurunan Melayu dan beragama Islam yang aktif dalam gerak kerja di Johor, DAP harus terus memfokuskan untuk mengangkat isu sebenar yang membelenggu rakyat. Kerana saya yakin rakyat tidak boleh dibiarkan terus hanyut dengan permainan dan propaganda UMNO yang terus mengusung agenda perkauman sempit.
Menyahut seruan Presiden Amanah, Mohamad Sabu pada persidangan itu, kita tidak boleh terus menerus mengikut rentak tari yang dimainkan UMNO. UMNO tidak akan berhenti dari kerangka perkauman.
Kenyataan Menteri Besar (MB) Johor minggu lalu  berhubung kerjasama UMNO-PAS di Johor memberi isyarat betapa UMNO gagal membawa rakyat kepada isu sebenar iaitu kos sara hidup yang semakin menekan, ketempangan polisi kerajaan dalam urus tadbir sosial ekonomi dan amalan rasuah yang membarah sehingga rakyat menjadi mangsa.
Mohamad Sabu, malah dalam ucapannya mengajak agar PH membuka lembaran baru, mencipta gelombang rakyat yang sebenar dengan keluar dari agenda perkauman sempit ciptaan UMNO. Seterusnya mengangkat isu sebenar yang menghimpit rakyat seperti isu ekonomi, polisi memberdaya rakyat dan keutuhan perpaduan semua kaum tanpa mengira bangsa.
Kita sedar, jika PH terus menari mengikut rentak tari UMNO, ia tidak lebih dari sekadar mengukuhkan lagi kekuatan mereka.

DAP: Mengapa KPN tidak ambil tindakan gambar ubah suai TGNA?


KUALA LUMPUR 10 JAN: Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng mempertikai sikap dwi-standard Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar yang tidak bertindak apabila gambar pimpinan parti pembangkang diubah suai untuk diaibkan.
Lip EngSebaliknya, beliau berkata Khalid tidak mengambil tindakan sama terhadap mereka yang mengubah suai gambar almarhum bekas Mursidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Wan Azizah Ismail selain pimpinan pembangkang lain.
“Adakah Khalid berasakan beliau hanya digaji untuk melindungi maruah Perdana Menteri semata-mata? Adakah orang lain tidak punya maruah?
“Sikap berat sebelah Ketua Polis Negara itu dan kurangnya sifat seorang pegawai polis berpangkat tinggi menyebabkan saya ingin tahu apakah nilai profesionalisme bagi beliau?” katanya pada kenyataan media, hari ini.
Sebelum ini, Khalid dilapor mengarah anggota polis memantau, mengesan, dan mengambil tindakan terhadap individu yang menyebar gambar ubah suai bertujuan memberi aib dengan merujuk kepada pengubahsuaian gambar ‘Najib bertudung’ di twitternya.
Bersetuju perbuatan memanipulasi gambar untuk mengaibkan seseorang sama individu biasa mahupun pemimpin negara di media sosial sesuatu yang jijik dan keji, Lip Eng berkata, poster dan risalah pemimpin pembangkang turut dipijak dan dibakar.
Justeru, beliau menyeru Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan supaya menegur Khalid dan menghantar Ketua Polis Negara itu ‘berkursus’ supaya belajar mengenai integriti dan profesionalisme kerja kepolisan.

PAS tiada kerjasama politik dengan Umno - Hadi

KUALA SELANGOR 04 June 2015. Reaksi Presiden PAS, Datuk Seri  Abdul Hadi Awang ketika sidang media selepas merasmikan Muktamar Tahunan PAS ke61 di Stadium Tertutup Kuala Selangor. NSTP/Yazit Razali?KUALA SELANGOR, 10 JAN: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan partinya tidak akan bergabung atau menjalinkan kerjasama politik bersama Umno.
Katanya, selaras dengan keputusan Majlis Syura Ulama bahawa PAS akan bekerjasama dengan mana-mana pihak dalam perkara baik bukan sebaliknya.
“Macam keputusan Majlis Syura Ulama, bekerjasama dalam perkara baik, tidak bekerjasama dalam perkara tidak baik.

“Daripada segi politik, tiada gabungan. Isu Palestin, Bosnia dan Rohingya kita bekerjasama.
“Dalam TPPA kita tidak bekerjasama,” katanya dalam sidang media selepas Ijtima’ Pilihan Raya PAS Selangor, di sini, hari ini.
Abdul Hadi berkata, PAS kekal bertanding dalam pilihan raya walaupun tidak berada dalam mana-mana gabungan buat masa ini.
Ketika ditanya pembentukan Pakatan Harapan yang sudah menandatangani perjanjian kerjasama semalam, beliau menganggap ia sebagai perkara biasa.
“PAS parti paling berpengalaman dalam kalangan parti di Malaysia.
“Kita anggap ia perkara biasa. Pakatan bukan perkara baru. Ada yang rebah, ada yang mati, ada yang rebah tak bangun-bangun.
“Kita terus bangun dan bangkit. PAS semakin hari semakin kuat,” katanya.

Pas kemuka tiga larangan kepada ahlinya

SHAH ALAM - Pas hari ini menggariskan tiga larangan berkaitan keterlibatan ahli-ahli Pas dalam program dan kegiatan parti politik lain khususnya Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, larangan tersebut diputuskan oleh Pas dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang diadakan pada Jumaat lalu.
Takiyuddin Hassan Menurut Takiyuddin, larangan pertama merupakan larangan penyertaan atau penglibatan ahli parti itu dalam mana-mana bahagian, memberi bantuan, kerjasama atau menyertai sebarang program atau aktiviti Amanah dan DAP di semua peringkat.
“Ahli-ahli Pas perlu mendapat kebenaran Jawatankuasa Kerja Pas Pusat sebelum menghadiri sebarang jemputan program atau aktiviti politik dan seumpamanya dari mana-mana parti politik lain.
“Secara umumnya ahli-ahli Pas diingatkan supaya tidak melakukan sesuatu perkara yang bercanggah dan/atau berlawanan terutamanya dengan Fasal 16 dan 82, Perlembagaan Pas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Katanya lagi, penyertaan atau penglibatan dalam program Amanah dan DAP adalah larangan tanpa kompromi.
Menurut Takiyuddin lagi, keputusan tersebut dibuat demi memelihara keutuhan dan perpaduan parti serta mengelakkan pelanggaran perlembagaan dan arahan parti.

PM tertekan tentu masa terbaik PRU, PAS jangka Mac 2017

KUALA SELANGOR, 10 JAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tertekan bagi menentukan masa terbaik untuk membubarkan parlimen berikutan senario politik semasa tidak memihak kepada Umno dan pentadbiran beliau.
Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad, berkata antara isu yang menghantui Najib dan Umno ketika ini termasuk perpecahan dalaman Umno, skandal 1MDB, imej pemimpin boros yang dibawanya dan tekanan kos sara hidup rakyat.
IMG_7765“Najib sekarang dalam keadaan tertekan. Mungkin dia nak buat pilihan raya awal tetapi dibelenggu banyak masalah atau jika nak buat lambat akan ditekan banyak pihak sebab kita tahu Umno berpecah, ada ramai tidak menyokong Perdana Menteri.
“Jadi, dia akan menggunakan PRU-14 ini untuk membuang individu dalam Umno yang tidak menyokongnya dan inilah sebab dia tidak tahu bila nak adakan pilihan raya dan menyebabkan tertekan,” katanya pada Perhimpuan Jenteri Pilihan Raya PAS di Stadium Tertutup Kuala Selangor, di sini, hari ini.
Bagaimanapun, PAS Selangor menjangkakan PRU-14 akan diadakan seawal Mac 2017 supaya Najib mempunyai masa menyelesaikan beberapa isu terutama melibatkan sokongan kepada beliau oleh pemimpin Barisan Nasional (BN).
Iskandar turut mengingatkan supaya jentera pilihan raya PAS mula mengadakan persiapan bagi menghadapi kempen PRU-14 nanti.

NAMPAKNYA ORANG POLITIK YANG BERNIAGA PERLU MULA MENJAUHI ZAHID HAMIDI

Sehingga ini Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi belum lagi membuat apa-apa pembetulan atau penafian berhubung  kenyataannya  agar pemimpin dan ahli politik jangan terlibat dalam dunia perniagaan.

Melainkan jika ada penjelasan sama ada kenyataannya itu sekadar gurauan, disalah lapor oleh media atau dipetik di luar konteks yang sepatutnya, bermakna apa yang diperkatakan itu masih lagi boleh dianggap sebagai betul dan sah.

Dengan itu, semua pemimpin dan ahli politik dalam UMNO haruslah mengambil maklum akan pendirian terbaru Zahid mengenai perkara itu mulai sekarang.

Apabila Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri meminta ahli politik menumpukan perhatian kepada politik dan peniaga pula menumpukan kepada perniagaan, isyarat yang paling jelas boleh difahami ialah beliau ingin menjauhkan diri daripada ahli politik selagi mereka terlibat dengan perniagaan.

Walaupun diketahui umum bahawa majoriti pemimpin dan ahli politik UMNO terlibat dalam perniagaan, baik sebagai usahawan tulen, mengambil komisyen, sekadar menjadi pengerusi atau sebagai rakan kongsi, mereka kini nampaknya hanya boleh berjumpa atau berurusan dengan Zahid atas urusan politik saja.

Tidak lagi dibenarkan datang berjumpa dengannya atas urusan perniagaan atau membawa sampul surat besar untuk meminta sebarang tandatangan untuk sokongan dan kelulusan.

Hanya ahli perniagaan yang tidak terlibat atau tiada apa-apa jawatan dalam politik saja yang akan dilayan jika ingin berjumpa dengan Zahid bagi meminta bantuan berkaitan tender atau kontrak kerajaan.

Meskipun disedari bahawa majoriti ahli politik adalah juga ahli perniagaan, sama seperti Zahid sebelum ini, ternampak ramai yang tidak senang serta keliru dengan kenyataannya itu.

Penglibatan ahli politik dalam perniagaan, hakikatnya bukan saja merata dalam UMNO, bahkan juga dalam parti-parti lain di negara ini. Ia adalah lumrah yang harus diterima kerana politik, kuasa dan perniagaan adalah hubungkait yang tidak dapat dipisahkan.

Bantah TPPA : Bolehkah PAS sertai tanpa Amanah dan DAP?

Flashmob Bantah TPPA bersama pemimpin tertinggi PAS di Taman Melewar semalam.Flashmob Bantah TPPA bersama pemimpin tertinggi PAS di Taman Melewar semalam.


PAS tidak menolak kemungkinan untuk turut sama Pakatan Harapan menyertai dua acara bantahan menolak Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang akan diadakan di Dataran Merdeka dan Parlimen pada hujung Januari ini.
Ketua Penerangan PAS, Nasruddin Hassan berkata parti itu sejak dari awal komited membantah TPPA.
“PAS akan bersama menyertai Himpunan Aman Bantah TPPA pada 23 Januari ini di Dataran Merdeka.
“Kami juga akan turut membantah dalam sesi perbahasan di sidang parlimen khas pada akhir Januari ini,” ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline.
Bagaimanapun timbul persoalan kerana Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 8 Januari telah membincangkan isu berkaitan keterlibatan ahli PAS dalam program dan kegiatan parti-parti politik lain khususnya Amanah dan DAP.
Ahli PAS tidak dibenarkan menyertai mana-mana aktiviti dan program anjuran Amanah dan DAP sebagaimana di umumkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan hari ini.
Menjawab persoalan ini, Nasruddin berkata, “ biarlah Setiausaha Agung parti yang perjelaskan hal itu,” ujarnya.

Elak polemik rugikan rakyat, kata Pakatan Harapan


Pakatan Harapan enggan terjerumus dalam polemik politik tidak menguntungkan rakyat selepas PAS hari ini menyatakan pendiriannya terhadap salah satu parti dalam gabungan itu sekali lagi.
Dalam kenyataan bersama dibuat PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH), gabungan itu menyatakan polemik berpanjangan hanya akan mengalihkan perhatian mereka daripada memperkatakan isu kepentingan rakyat, selain "membendung keborosan Umno dan BN".
"Malah polemik politik berlebihan itu tidak disenangi rakyat dan memberi kelebihan kepada Datuk Seri Najib Razak untuk kekal berkuasa," kata kenyataan itu.
Ia ditandatangani Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah; Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli, Setiausaha Organisasi, DAP Anthony Loke; dan Setiausaha Agung AMANAH, Anuar Tahir.
Pagi tadi PAS menyatakan selain Umno, AMANAH adalah musuh baru parti itu selepas kewujudannya dilihat bakal menyebabkan pengagihan kerusi dalam pilihan raya berubah.
PAS masih bekerjasama dengan PKR tetapi memutuskan hubungan dengan DAP selepas mereka pernah bersama-sama membetuk Pakatan Rakyat.
Kemunculan AMANAH kemudian membentuk gagasan baru iaitu Pakatan Harapan.
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula menegaskan parti itu tidak akan menyerahkan kerusi yang ditandinginya kepada parti lain walaupun tetap dengan prinsip mahukan pertandingan satu lawan satu dengan BN.
Sementara itu salah seorang tokoh AMANAH, Hanipa Maidin, berkata partinya tetap menganggap PAS sebagai rakan.
Melalui Twitter, Ahli Parlimen Sepang itu menulis: "PAS mengisytiharkan AMANAH sebagai musuhnya. Biarlah. Kami (AMANAH) tetap menganggap PAS sebagai kawan kami walaupun sesetengah kawan boleh bersifat sangat nakal".

UMNO & BN adalah PENIPU....

APA SUDAH JADI dgn iklan #GST ???
Sudah mati ka ???

APA SUDAH JADI kesan #GST kpd rakyat ???
Kos sara hidup makin tinggi atau turun ???

BILA LAGI NAK KELUAR IKLAN #TPPA !!!
Nak tengok saper plok pelakon2 sanggup jilat..

Jangan risau, Melayu mahu hudud akan undi PAS – Zaid

Beliau menasihatkan Pakatan Harapan supaya berani menyatakan pendirian mengenai hudud dan tidak perlu lagi berdiam diri
Zaidibrahim
PETALING JAYA: Pakatan Harapan perlu berani untuk menyatakan pendirian bahawa gabungan parti pembangkang itu tidak menyokong pelaksanaan undang-undang hudud di negara ini, kata Datuk Zaid Ibrahim.
Bekas menteri undang-undang itu berkata, Pakatan Harapan sepatutnya mengumumkan gabungan itu akan melindungi Perlembagaan tetapi tidak boleh menjadikan hudud sebahagian daripada undang-undang.
“Anda (Pakatan Harapan) tidak boleh mengatakan bahawa anda mempertahankan demokrasi, hak asasi dan Perlembagaan tetapi pada masa yang sama, anda berkata bahawa anda tidak pasti tentang hudud. Ia adalah bercanggah,” katanya kepada FMT.
Beliau mengulas pendirian pemimpin utama Pakatan Harapan yang tidak membuat pendirian jelas dalam isu hudud.
Zaid bagaimanapun berkata, beliau dapat memahami kebimbangan Pakatan Harapan yang risau akan kehilangan sokongan orang Melayu.
“Saya fikir orang Melayu yang mahu hudud akan mengundi untuk PAS. Jadi, saya tidak tahu apa sebabnya Pakatan Harapan teragak-agak.
.

BN ada pendirian, parti lain macam lalang – Ku Nan

Dolak-dalik Pakatan Harapan mengenai pelaksanaan hudud membuktikan gabungan itu tidak mempunyai pendirian tetap
adnan
KUALA LUMPUR : Sikap berdiam diri dan berdolak dalik Pakatan Harapan berhubung pelaksanaan hudud di negara ini bukan perkara baharu dan mengejutkan.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, ia adalah bukti pakatan pembangkang itu tidak mempunyai pendirian tetap.
“Pembangkang ini seperti biasalah swing (tidak tetap pendirian)… kejap begini, kejap begitu.
“Kita satu-satunya parti yang berpegang kepada teras perjuangan dan ada cara sentiasa,” katanya selepas Majlis Perasmian Ibu Pejabat KIMMA dan YAKIN di sini, hari ini.
Tengku Adnan atau Ku Nan berkata, pembangkang hanya akan menyokong sesuatu perkara atau pihak sekiranya mempunyai kepentingan.
“Bila ada kepentingan mereka akan sokong kalau tidak kepentingan mereka akan tak sokong dan mereka akan lakukan macam-macam,” katanya.
Semalam, pada sidang media memeterai perjanjian Pakatan Harapan, pemimpin utama gabungan pembangkang itu gagal menjawab soal hudud dan kerjasama dengan PAS.

Biar AMANAH, PAS terus bergolak - Tengku Adnan

Kenyataan terbuka PAS yang menganggap Parti Amanah Negara (AMANAH) sebagai musuh mereka adalah isyarat jelas bahawa gabungan pembangkang kini bergolak teruk.
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, BN memang tahu pakatan pembangkang sedang bergolak.
 "Biar mereka bergolak lagi," katanya di sidag media selepas merasmikan ibu pejabat Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) di Kuala Lumpur hari ini.
Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan ditanya pendapatnya mengenai kenyataan dibuat Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad mengenai cabaran dihadapi parti itu dalam pilihan raya umum akan datang.
Bercakap di Kuala Selangor Iskandar berkata PAS bercadang untuk bertanding di 25 kerusi dewan undangan negeri dan mungkin berdepan cabaran daripada AMANAH.
Tengku Adnan berkata pada dasarnya BN tidak mahu campur tangan atau membuat kenyataan mengenai parti lain.
Namun, pada pandangannya gabungan pembangkang boleh dianggap seperti lalang kerana tidak mempunyai pendirian jelas.
"Parti yang ada pendirian hanya BN," katanya.
Ketika ini AMANAH mempunyai dua wakil di Dewan Undangan Negeri Selangor iaitu Saari Sungib yang dari kawasan Hulu Kelang dan Hasnol Baharudin (Morib).
Kedua-dua mereka sebelum ini bertanding - dan memenangi kerusi itu - melalui tiket PAS dalam pilihan raya umum ke-13 lalu.

Pakatan Harapan tidak akan layan PAS, tumpu kepada isu rakyat

Pakatan Harapan tidak akan melayan kritikan PAS dan akan fokus kepada isu kebajikan rakyat yang tertekan dengan dasar pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Perkara itu diputuskan Majlis Setiausaha Pakatan Harapan walaupun terdapat kenyataan yang menyentuh secara langsung mengenai parti-parti dalam gabungan itu sewaktu berlangsungnya Ijtima Pilihan Raya PAS Selangor hari ini.
"Perkara paling penting dalam negara ini ialah untuk menghentikan kemudaratan kepada rakyat akibat daripada pentadbiran Najib bagi meringankan beban rakyat," kata Majlis Setiausaha Pakatan Harapan dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Pakatan Harapan, terdapat beberapa peristiwa penting akan berlaku memberi kesan besar kepada rakyat dan mereka mengambil pendirian untuk tidak terjebak dalam polemik politik yang dianggap tidak berkesudahan itu. "Akan ada proses semakan semula belanjawan kerajaan Persekutuan 2016 yang terpaksa dibentangkan semula Najib kerana unjuran pendapatan kerajaan persekutuan kini todak lagi dapat menampung perbelanjaan.
"Satu lagi peristiwa penting ialah sidang khas Parlimen pada 26 dan 27 Januari untuk membahaskan Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) yang bawa kesan besar kepada rakyat," kata kenyataan itu.
Menurut Pakatan Harapan, polemik politik yang berlebihan itu hanya akan mengundang rasa tidak senang hati kepada rakyat dan memberikan keuntungan kepada perdana menteri sedia ada untuk kekal berkuasa.

Syed Saddiq: Unwarranted advices in the time of trouble are insensitive

PAS Selangor sasar lima lagi kerusi DUN pada PRU ke-14

Kerjasama PAS, Umno baik untuk Islam akhir zaman - Tengku Adnan

PAS tetap kuat walaupun bukan dalan Pakatan Harapan - Hadi

Perbicaraan Oleh Mahkamah Pendapat Umum

Oleh A Kadir Jadin
AHLI sains politik dan teori komunikasi Amerika, mendiang Harold Dwight Lasswell (Februari 13, 1902 – December 18, 1978) berkata: “The open interplay of opinion and policy is the distinguishing mark of popular rule.”(Saling tindakan terbuka antara pendapat dan dasar adalah tanda nyata demokrasi popular.)

Jadi, oleh sebab kita mengamalkan demokrasi popular, di mana kerajaan dipilih oleh rakyat jelata melalui pilihan raya, maka pendapat umum adalah sangat penting.

Kuasa rakyat jelata memilih kerajaan mungkin terhad kepada sekali dalam masa empat atau lima tahun, tetapi hak mereka mengemukakan pendapat berterusan sepanjang masa. Itulah sebenarnya peranan Parlimen – tempat wakil rakyat bersuara bagi pihak rakyat.
Jadi adalah sangat dangkal dan anti-demokrasi apabila ada wakil rakyat dan pegawai atasan negara yang bukan sahaja tidak bercakap bagi pihak rakyat jelata sebaliknya menafikan hak rakyat jelata bersuara dan menyumpah seranah mahkamah pendapat umum (the court of public opinion).

Maka dalam konteks inilah saya rasa Peguam Negara  (AG) (Tan Sri) Mohamed Apandi Ali perlu menerima "perbicaraan" di  mahkamah pendapat umum ke atas kes-kes sensasi seperti urus niaga luar biasa 1MDB, “derma” RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Perdana Menteri (Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib bin Abdul Razak, siasatan salah guna wang SRC International dan yang terbaru isu-isu berkaitan “kewangan” Syarikat Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA) berikutan kematian bekas pengerusinya, (Tan Sri Jamaluddin Jarjis) dalam nahas helikopter pada 5 April lalu.

Sepatutnyalah, sebagai bekas peguam, ahli politik dan hakim Mohamed Apandi sudah biasa dengan hak masyarakat  umum  untuk menilai dan  membuat  keputusan  mengenai  sesuatu  perkara  atau isu.


Mohamed Apandi sepatutnya peka terhadap pendapat umum
Saya yakin beliau lebih  daripada biasa dan faham mengenai kecenderungan mahkamah pendapat umum. Apatah lagi isteri beliau sendiri adalah bekas wartawan dan adik ipar beliau adalah ketua pengarang sebuah portal berita bebas. Kedua-dua mereka adalah anak buah saya di New Straits Times.
 

Perbicaraan Oleh Rakyat Jelata

Selagi beliau tidak membawa kes-kes yang disebutkan di atas ke mahkamah undang-undang (the court of law), selagi itulah rakyat jelata akan membicarakannya dalam mahkamah pendapat umum.

Hatta selepas dibawa ke mahkamah pengadilan sekalipun mahkamah pendapat umum tetap akan memberi keputusannya sendiri, khususnya dalam kes yang membabitkan orang politik.

Kita ambil contoh dua kes liwat (Datuk Seri) Anwar Ibrahim. Sampai hari ini pun masih ramai dalam mahkamah pendapat umum enggan percaya beliau bersalah. Di kalangan yang percaya terhadap kesalahan beliau pula, ramai menganggapnya sebagai konspirasi politik.

Mereka bertanya, yang mana lebih teruk - perbuatan sumbang antara dua manusia atau tindakan yang melibatkan berbilion-bilion duit serta harta negara?

Dalam konteks yang sama jugalah, kakitangan awam peringkat tertinggi seperti  Mohamed Apandi, Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar), Ketua Setiausaha Negara (Tan Sri Ali Hamsa), Gabenor  Bank Negara (Tan Sri Zeti Akhtar Aziz), Ketua  Setiausaha  Kementerian  Kewangan (Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah), Ketua Pesuruhjaya PSRM (Tan Sri Abu Kassim Mohamed) dan peneraju-peneraju 1MDB, SRC International dan yang terbaru PR1MA sedang atau akan dibicarakan di mahkamah pendapat umum sebelum kemungkinan mereka dibicarakan di mahkamah undang-undang.

KSN Ali Hamsa bersama bosnya
Kalau agensi-agensi penguat kuasa seperti polis, SPRM dan Bank Negara benar-benar bebas dan AG pula menjalankan tugas “without fear or favour” (tanpa takut atau berat sebelah) seperti beliau ikrarkan berulang kali, ramai yang terlibat dengan kes-kes di atas pasti akan dihadapkan ke mahkamah undang-undang.

Penjawat Awam Akan Dimangsakan

Hamidah akan kongsi pentas bersama Naib Presiden Pas

Hamidah akan kongsi pentas bersama Naib Presiden Pas
IPOH - Bekas Ketua Wanita Umno Gopeng, Datuk Hamidah Osman dan Naib Presiden Pas, Idris Ahmad bakal berkongsi pentas dalam Wacana Perdana Selamatkan Malaysia yang diadakan minggu depan.
Menurutnya, wacana anjuran bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu bertujuan mengupas isu semasa  meliputi hal pentadbiran negara.
"Insya-ALLAH, saya akan hadir dalam wacana itu sebagai salah panel.
"Perkara yang dibincangkan mungkin terarah kepada isu semasa dan keadaan sebenar yang berlaku di negara ini," katanya kepada Sinar Harian sebentar tadi.
Beliau berkata, masyarakat perlu bersatu dan mengetepikan fahaman politik bersifat kepartian sekiranya mahu melihat keadaan negara menjadi lebih baik.
"Jika berlaku salah urus tadbir negara, tak kira apa fahaman politik kita sekalipun, tolak dulu ke tepi dan bersatu," katanya.

Apabila Muhyiddin Turun padang ...

Semalam Muhyiddin Yassin meluangkan masa melawat pasar malam popular di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur untuk membeli beberapa juadah sambil beramah mesra dengan peniaga serta orangramai di situ.
Untuk tahun 2016 ini, Muhyiddin belum lagi bercakap soal politik dan kedudukannya kerana didakwa melakukan kesalahan berikutan ucapannya di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru juga tidak diketahui lagi sama ada akan diambil tindakan disiplin oleh MT UMNO atau sebaliknya.

Jelas dapat dilihat, meskipun dipecat daripada jawatan kerajaan, popularitinya di hati rakyat sentiasa meningkat. Gambar-gambar ini menceritakan segala-galanya.
Malah gambar-gambar itu yang disiarkan di laman Facebook bekas Timbalan Perdana Menteri itu sehingga ini sudah mendapat lebih 28,500 "likes" dan komen-komen yang menyokongnya.

Penoreh derita tapi poket mereka terus diseluk kerajaan Umno@BN

BULAN Disember, Januari, Februari dan Mac di Utara Semenanjung, dipanggil Musim Timur. Angin dari Timur biasanya bertiup kencang sepanjang waktu. Siang akan mengalami panas terik dan seringkali berlaku kemarau akibat ketiadaan hujan pada awal tahun.
Aktiviti penanaman padi melalui kaedah menabur benih tidak boleh dibuat di Musim Timur. Jadual penanaman padi yang ditetapkan pihak MADA juga begitu. Benih yang ditabur tidak akan tumbuh sempurna kerana pukulan angin, diburukkan lagi dengan tanah yang kering akibat panas berlebihan.

Lagi produktivti yang terjejas pada Musim Timur ialah penghasilan susu getah. Di kala ini pokok getah akan kehilangan kesemua daunnya, kemerahan dan berguguran. Daun baharu yang menghijau akan muncul menggantikannya. Ketika ini para penoreh akan merasai keperitannya kerana penghasilan susu dari pokok getah akan turun mendadak. Ia bukan perkara baru. Kitaran alam yang Allah ciptakan ini sudah berlangsung sekian lama. Namun yang menambah keperitan penoreh getah ialah, di kala ini juga harga getah jatuh merudum. Sudah dua tahun berlalu tiada perkembangan menggalakkan berhubung harga getah. Harga terkini, sekilogram getah sekerap ialah RM1.90. Paling tinggi hanya mampu mencecah RM2.20, belum mencukupi untuk membeli sekilogram gula.
Di Kedah, terdapat kira-kira 120 ribu penoreh getah yang bergantung hidup dengan pokok getah sebagai sumber pendapatan.
Umumnya pendapatan terkini penoreh adalah antara RM400 hingga RM900 sebulan. Ramai yang tertanya-tanya bagaimana mereka boleh hidup, berbelanja untuk keperluan harian, menguruskan persekolahan anak serta melunaskan pelbagai bil.
Tentulah boleh hidup kerana setakat ini tiada berita penoreh yang mati kebuluran, tetapi keperitan yang dialami oleh mereka hanya Allah yang tahu.
Semua tahu kedatangan 2016 membawa 1001 keperitan. 2015 pernah disytihar sebagai Tahun Derita Rakyat. Kini penderitaan rakyat makin bertambah. Di Kedah, 1 Januari 2016 adalah tarikh berkuatkuasanya kenaikan kadar cukai tanah. Tahun baharu juga menekan rakyat dengan kenaikan tarif elektrik, pertambahan yuran persekolahan pelajar sekolah, peningkatan tambang pengangkutan awam, kenaikan harga beras ST15 serta bermacam lagi kenaikan. Masyarakat penoreh paling menderita.
Harga getah dikatakan bukan ditentukan oleh kerajaan, justeru kerajaan dikatakan tidak mempunyai kuasa untuk menaikkan harga getah untuk membela golongan penoreh. Alasan lapok itu telah digunakan oleh kerajaan sejak berzaman untuk mempertahankan kenapa masyarakat getah tidak dapat dibela. Anehnya menjelang pilihan raya, harga getah boleh pula meningkat sehingga para penoreh pun takut menukar kerajaan, dikhuatiri harga getah jatuh semula.
Dried Rubber Content (DRC) atau kandungan getah kering dalam getah sekerap adalah penentu harga sekerap. Lagi tinggi DRC lagi tinggi harga sekerap.
DRC sekerap dari kebun (natural rubber) di Malaysia diandaikan 50 peratus, maka harganya antara RM1.80-RM2.00 hari ini.
Harga sekerap Thailand yang 100 peratus DRCnya berada pada harga dua kali ganda Malaysia. Di Thailand, penoreh masih mengusahakan getah keping berasap/kering seperti yang dilakukan oleh penoreh kita lebih 30 tahun dahulu. Apabila DRCnya tinggi tentulah harga lebih mahal. Persoalan menarik untuk ditimbulkan, jika pihak berkuasa terpaksa bergantung kepada kadar DRC dan harga akhir di pasaran internasional (FOB) untuk menentukan harga sekerap, bagaimana kos dalam rantaian getah (pengangkutan, pemprosesan di kilang, komisen pedagang dan percukaian) dapat diminimumkan supaya harga sekerap dapat ditingkatkan? Apa yang kerajaan atau pihak berkuasa getah buat untuk atasi isu tersebut.

Peringatan belanja berhemah: Apa kata netizen

Netizen memberi pelbagai reaksi terhadap peringatan Perdana Menteri agar menteri berbelanja secara berhemah
Najib
PETALING JAYA : Laman sosial Datuk Seri Najib Tun Razak dihujani pelbagai reaksi pengguna laman sosial atau netizen susulan peringatan Perdana Menteri kepada anggota Kabinet supaya membelanjakan peruntukan kerajaan secara berhemah.
Pemilik akaun Facebook, Abdullah Ahmad mencadangkan kepada Perdana Menteri agar memberikan tumpuan yang lebih kepada kos sara hidup rakyat yang berpendapatan rendah dalam semakan Bajet 2016 nanti.
“Saya ingin mencadangkan kepada Dato Seri supaya dalam semakan Bajet 2016 nanti perlu beri lebih tumpuan kepada kos hidup rakyat berpendapatan rendah..contohnya memberi BR1M sebanyak RM500 sebulan dan RM500 sebulan kepada pekebun kecil getah..,” katanya.
Jeff Aldean pula menyarankan Perdana Menteri menubuhkan suruhanjaya dan agensi-agensi kerajaan yang baharu untuk menggelakkan pembaziran.
Shirley Yusof pula turut menyambut baik kenyataan Perdana Menteri dan dia turut menyarankan agar kesemua menteri-menteri digerakkan untuk turun padang bagi mendalami masalah rakyat di kawasan mereka.
Bagaimanapun, peringatan Perdana Menteri itu menerima lebih banyak komen-komen negatif.
King’s Roy memberikan komen “Dato….saya sebagai rakyat marhaen ingin memohon pertolongan Dato supaya menasihatkan isteri Dato agar berjimat cermat dan berhemah apabila berbelanja…”.
Muhammad Farid Wajdi turut memberikan komen dan mempersoalkan ke mana hilangnya kebanyakan subsidi.
“Mana hilang kebanyakan subsidi? Mana 2.6 billion?nothing to hide,” katanya.
Syed Husin Ali menerusi Twitter pula berkata, Najib seharusnya memberikan nasihat kepada dirinya dan beramal.
“@NajibRazak hahaha!Najib tweet dia nasihat para menteri supaya berbelanja secara berkhemah. Beliau perlu beri nasihat sama kepada dirinya dan amal,” tweetnya.

Pelajar susah UA peroleh RM10 tiap jam...pemimpin dan pemerintah terus boros..!!!

Arahan buka peluang pekerjaan kepada pelajar susah dikeluarkan Idris sebagai reaksi laporan pelajar kebuluran di kampus.
Datuk Seri Idris Jusoh
PETALING JAYA: Peluang pekerjaaan untuk pelajar susah di Universiti Awam (UA) kini sudah diwujudkan dengan kadar sebanyak RM3 hingga RM10 untuk setiap jam.
Antara pekerjaan yang ditawarkan ialah menjadi tutor dan pelayan di kafe di kampus UA di seluruh negara.
Ia adalah antara tujuh inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), dalam usaha membantu pelajar susah, susulan laporan panas bahawa pelajar UA terpaksa ikat perut akibat kekangan kewangan.
Menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh mengeluarkan arahan itu kepada semua pentadbiran UA dan mahu pelajar susah di kampus masing-masing dikenalpasti.
Katanya, Pejabat Timbalan Naib Canselor (TNC) Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) setiap UA perlu meningkatkan usaha dalam membantu pelajar terbabit.
“Baru-baru ini ada beberapa laporan media mengenai pelajar UA yang tiada duit untuk membeli makanan, menyebabkan kemudaratan kesihatan.
“Saya memahami bahawa ada pelajar yang malu atau pun tidak pasti di mana untuk mendapatkan bantuan. Ada juga yang menggunakan duit PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) untuk membantu keluarga,” katanya menerusi kenyataan di Facebooknya, semalam.
Idris berkata, selain mengarahkan universiti membuka peluang pekerjaan, kementeriannya sudah mengambil beberapa tindakan meringankan beban dihadapi pelajar UA termasuk mewujudkan tabung kebajikan dan mengadakan program bantuan makanan percuma.

PAS akui hadapi ancaman baharu tapi bukan dari Umno@BN

PAS bercadang untuk bertanding di 25 kerusi pada PRU14 termasuk tambahan lima kerusi baharu
Datuk-Iskandar-Abdul-Samad-,pas,selangor
KUALA SELANGOR: PAS mengesahkan terdapat ancaman baru yang mahu mencabar kedudukan parti itu di Selangor.
Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Ab Samad berkata, musuh baru itu yang mendapat kerusi ahli majlis, akan meletakkan calon-calon di kawasan yang dimenangi PAS pada pilihan raya akan datang.
“Kali terakhir, ancaman PAS adalah UMNO/ Barisan Nasional. Tetapi sekarang kita mempunyai musuh baru yang kita telahpun memutuskan hubungan.
“Dan saya mendapati mereka telah mengumumkan akan bertanding di lapan kerusi. Ini adalah ancaman. Mereka telah meletakkan diri mereka sama seperti UMNO/BNl,” katanya pada majlis pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS Selangor di sini, hari ini.
Walaupun tidak menyebut nama, kenyataan Iskandar itu merujuk kepada parti serpihan PAS, Parti Amanah Rakyat (AMANAH) yang menyertai Pakatan Harapan bersama DAP dan PKR.
Dalam sidang akhbar selepas itu, Iskandar yang juga Naib Presiden PAS turut mengumumkan bahawa parti Islam itu akan bertanding di 25 kerusi dalam pilihan raya akan datang.
Beliau juga mengesahkan akan meneruskan kerjasama dengan PKR tetapi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chempaka itu enggan mengulas lanjut dan meminta media tunggu dan lihat.
“Kita akan bertanding. Akar umbi meminta kami untuk bertanding lima kerusi lain dan kami akan bekerjasama dengan PKR.
“Ini bukan soal lapan kerusi, tetapi kerana terdapat keperluan untuk berbuat demikian,” katanya
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), PAS bertanding di 20 kerusi DUN dan menang 15 kerusi.
PAS juga bertanding di Kota Damansara dan Semenyih, yang menjadikan pertandingan tiga penjuru antara PAS-PKR-UMNO sekaligus membangkitkan kemarahan penyokong parti itu dan PKR.

PAS keluar pekeliling larang ahli sertai program Amanah, DAP

PAS mengarahkan semua ahlinya agar tidak terlibat dengan sebarang aktiviti anjuran Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP yang dianggap sebagai musuh utama mereka.
Bagaimanapun, sekiranya ahli PAS yang ingin menyertai aktiviti politik selain anjuran kedua-dua parti politik itu boleh berbuat demikian dengan mendapat kebenaran Jawatankuasa Pusat.
Perkara ini dimaklumkan melalui satu pekeliling yang ditandatangani Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyudin Hassan berdasarkan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pusat pada 8 Januari lalu.

"Ahli-ahli PAS dilarang mengambil bahagian, melibatkan diri, bekerjasama atau menyertai sebarang program atau aktiviti Amanah dan DAP di semua peringkat. "Ahli-ahli PAS perlu mendapat kebenaran Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sebelum menghadiri sebarang jemputan program/aktiviti politik dan seumpamanya dari mana-mana parti politik lain (selain dari Amanah dan DAP yang dilarang terus sebagaimana (i) di atas," tulis pekeliling yang dikeluarkan PAS, bertarikh 9 Januari.
Pekeliling itu ditujukan kepada setiausaha perhubungan PAS negeri dan Wilayah Persekutuan dan dewan-dewan peringkat pusat untuk disampaikan kepada ahli di peringkat bawah.
Pekeliling itu dibuat tidak berapa lama selepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak berada sepentas di majlis Alumni Al Azhar Malaysia di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Ia juga dikeluarkan selepas bekas naib presiden PAS yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor Datuk Husam Musa menyertai majlis Amanah dan DAP baru-baru ini.
Husam menyertai dan berucap di Majlis Makan Malam Amanah Kelantan pada 1 Januari di Petaling Jaya dan menyertai majlis DAP di Johor pada malam esoknya.
Berdasarkan arahan itu, ahli dan pemimpin PAS boleh menyertai program mana-mana parti politik, termasuk Umno dengan syarat mendapat persetujuan parti, tetapi tidak boleh sama sekali menyertai program anjuran Amanah dan DAP.

PAS tak gentar dengan Pakatan Harapan, kata Hadi

 Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti Islam itu tidak pernah jatuh sebelum ini dan Pakatan Harapan bukanlah ancaman kepadanya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Januari, 2016. 
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti Islam itu tidak pernah jatuh sebelum ini dan Pakatan Harapan bukanlah ancaman kepadanya.

PAS tidak gentar dengan Pakatan Harapan dan ia bukanlah ancaman kepada parti Islam itu, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menurut presiden PAS itu, partinya paling berpengalaman di Malaysia dan menjadi semakin kuat sejak ditubuhkan.
“PAS parti paling berpengalaman sebelum merdeka dan sejak merdeka,” kata Hadi seperti dilaporkan The Star Online.

Katanya, PAS pernah menghadapi pelbagai parti sebelum ini termasuk Barisan Jemaah Islamiah Semalaysia (Berjasa) tetapi tidak pernah jatuh. “Pakatan bukan baharu, Pakatan Harapan dan pelbagai pakatan sejak tahun 1960an ada yang rebah.
“Ada yang rebah tidak bangun-bangun, kita terus bangkit,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Ijtima’ Pilihan Raya Selangor di Kuala Selangor hari ini seperti dilaporkan The Star Online.
Kenyataan Hadi itu dikeluarkan sehari selepas Pakatan Harapan yang dianggotai PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) menandatangani kod tingkah laku baharu pada konvensyen pertama mereka semalam.
Hadi juga dilaporkan sebagai berkata tidak gentar dengan parti serpihan PAS, Amanah.
DAP, PAS dan PKR sebelum ini bersama-sama dalam Pakatan Rakyat sebelum gabungan itu terkubur tahun lalu.

PRN Sarawak: Amanah sudah sedia – Salahuddin

salahuddin
Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata sambutan amat menggalakkan diberikan kepada parti baru itu di Sarawak.
SERI KEMBANGAN, 10 Januari:
Parti Amanah Negara (Amanah) sudah bersedia untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak sekalipun berdepan dengan laluan sukar.
Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub berkata sambutan amat menggalakkan diberikan kepada parti baru itu di Sarawak.
“Walaupun Amanah parti baru, sambutan yang diberikan amat menggalakkan dan kini jentera kita sudah bersiap sedia.
“Saya minta supaya rakan-rakan kita di Sarawak bersiap sedia dengan kekuatan yang ada dengan memberi fokus kepada kawasan seperti di Kuching, Miri, Bintulu, Serian dan kemudiannya bergerak ke arah Sibu,” katanya kepada The Rakyat Post di sini hari ini.
Jelasnya, antara sebab mengapa Amanah mendapat sokongan di Sarawak adalah kerana ahli-ahlinya di bumi Kenyalang itu terdiri daripada warga tempatan.
“Mereka rasa Amanah ini sebagai parti pilihan kerana terdiri daripada pimpinan anak-anak Sarawak.
“Kita pun tak hantar wakil dari Semenanjung Malaysia bertanding di sana kerana yakin dengan kebolehan mereka,” katanya.

Amanah Setuju Anwar PM Baharu

Bersatu Perkukuh Pakatan Harapan Demi Tumbangkan BN

DAP Buktikan Pulau Pinang Untung Tanpa GST

Mat Sabu: 'Sedangkan Lidah Lagi Tergigit'

Wahid Harap Peluang Lain Perjelas TPP

TPP: Ulama Harus Bersuara Demi Agama

TPP: Kerajaan Negeri Harus Tolak

TPP: Sidang Wayang Kulit, Anggap Rakyat Dungu

Nurul Izzah wanita ke 108 paling berpengaruh di dunia

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar merupakan wanita ke 108 berpengaruh di dunia, menurut satu tinjauan di laman sesawang powerfulwomen.co. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Januari, 2016. 
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar merupakan wanita ke 108 berpengaruh di dunia, menurut satu tinjauan di laman sesawang powerfulwomen.co.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar tercatat dalam senarai 108 wanita berpengaruh di dunia daripada 250 yang tersenarai, menurut tinjauan dibuat RichTopia menerusi laman sesawang powerfulwomen.co.
Kedudukan ahli Parlimen Lembah Pantai itu turut meletakkan bekas perdana menteri Thailand Yingluck Shinawatra di bawahnya pada kedudukan ke-171.
Bagaimanapun, kedudukan Nurul Izzah menurun daripada kedudukan ke-98 sebelum ini.

Sementara itu, Speaker Selangor Hannah Yeoh dari DAP turut berada dalam senarai itu pada kedudukan ke-177. Tempat pertama dalam senarai itu ialah calon Presiden Amerika Syarikat Hillary Clinton, diikuti pengacara Hollywood Oprah Winfrey dan penulis novel terkenal Harry Porter, J.K Rowling.
Senarai dinilai bukan sahaja berdasarkan  tahap pengaruh serta tingkah laku mereka, tetapi penglibatan dalam aktiviti media sosial iaitu Twitter, Facebook, Youtube, Linkedln dan Instagram.
Senarai itu juga diperolehi melalui sumber klout dan akan dikeluarkan setiap minggu berdasarkan undian menerusi data klout.

Apakah tugas KPN lindungi Najib semata-mata, soal pemimpin DAP

 Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng mempersoalkan layanan berat sebelah Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang hanya melindungi Datuk Seri Najib Razak apabila diaibkan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Januari, 2016. 
Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng mempersoalkan layanan berat sebelah Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang hanya melindungi Datuk Seri Najib Razak apabila diaibkan.

 DAP hari ini mengecam Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang hanya membela Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila diaibkan, tetapi tidak pula mengambil tindakan sama ke atas mereka yang menghina pemimpin pembangkang.
Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng hairan mengapa Khalid tidak mengambil tindakan tegas apabila gambar pemimpin pembangkang dihina dan diubahsuai.
"Saya hairan kenapa ketua polis negara dan bosnya tidak pula bertindak apabila gambar-gambar Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, almarhum bekas Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan lain-lain pemimpin pembangkang diubahsuai dan diaibkan di media sosial, selain di poster dan risalah ataupun dipijak dan dibakar gambar mereka," kata Lim dalam satu kenyataan media hari ini.

Lim mempersoalkan tindakan berat sebelah Khalid yang hanya membela dan melindungi Najib, tetapi tidak orang lain. "Adakah ketua polis negara merasakan beliau hanya digaji untuk melindungi maruah perdana menteri semata-mata?
"Adakah orang lain tidak punya maruah?" soalnya.
Pemimpin DAP itu juga membidas profesionalisme Khalid yang dilihat berat sebelah.

Tangkap pengusaha bauksit haram – Tengku Puan Pahang

Pihak berkuasa turut diseru tangkap pihak terlibat yang tidak mengikut prosedur dalam menjalankan perlombongan bauksit

Tunku-Azizah-Maimunah-Iskandariahbauksit
PETALING JAYA : Tengku Puan Pahang menggesa pihak berkuasa agar menangkap pihak yang terlibat dalam perlombongan bauksit secara haram di negeri itu.
Tunku Azizah Maimunah Iskandariah berkata, pihak yang tidak mengikut prosedur perlombongan bauksit yang ditetapkan oleh kerajaan juga perlu ditangkap.
“Tangkap yang mengerjakannya secara haram… dan tidak mengikut prosedur dan juga semua yang terlibat,” tulisnya di Instagram.
Beliau juga memuat naik artikel Berita Harian yang bertajuk ‘Wanita antara tiga ditahan SPRM’.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, menahan tiga individu termasuk seorang wanita di sekitar Kuantan bagi membantu siasatan kes aduan rasuah kegiatan perlombongan bauksit.
Penahanan tiga individu itu dibuat 48 jam selepas SPRM menahan seorang pegawai kanan dan tiga kakitangan bahagian Pejabat Tanah dan Galian (PTG) dipercayai menerima rasuah daripada pengusaha lombong bauksit haram.

'Saya mencontohi dakwah Tok Guru’ - Nik Omar

'Saya mencontohi dakwah Tok Guru’
WALAUPUN‎ dipalit dengan isu  menyertai Amanah, wajahnya cukup tenang, jawapannya juga bersahaja, malah jauh daripada emosi.
Perwatakan Nik Omar Nik Abdul Aziz, anak kedua Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat  menggambarkan beliau seorang yang  tidak mudah melatah walaupun diterjah dan dikritik ekoran kenyataan yang dikatakan berpihak kepada Amanah.
Ikuti pandangan politik beliau yang dikongsi bersama Ketua Wartawan Sinar Harian Kelantan, Mohd Zailani Abd Rahman dan jurufoto, Jazaly Amry Jaafar pada temu bual bersamanya di  Pulau Melaka baru baru ini.
Timbul kontroversi ustaz akan menyertai Amanah? Apa pendirian sebenar ustaz?
Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Rahim pun sudah nafikan, macam saya sebut, bukan sahaja Amanah, tetapi sekiranya Umno ajak pun saya pergi,  adakah jika saya pergi saya sudah jadi orang Umno atau hendak bergabung dengan Umno.
Beberapa pendekatan dan pandangan ustaz dilihat condong kepada Amanah?
Pertamanya politik adalah kehidupan, sama ada dia terlibat secara langsung atau tidak, semua boleh bagi pandangan, mungkin didikan atau ilmu pengalaman apa yang kita tengok dalam kehidupan.
Kedua, mungkin timbul pelbagai persepsi, selepas ketiadaan Tok Guru, saya secara peribadi  menghormati kepimpinan termasuk Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang,  namun selepas pemergian Tok Guru, kita berselisih pandangan dalam Pas dan berakhir pada Muktamar,  hampir keseluruhan AJK Pas Pusat ketika itu kalah, sama ada dirancang atau kebetulan kumpulan  yang kalah itu telah bentuk satu pemikiran iaitu profesional atau aktivis, saya lihat semasa  selisih pandangan pada masa itu tiada usaha yang serius atau mungkin ada tetapi kita tidak tahu sebab kita ahli biasa, tetapi bacaan umum tiada usaha yang serius untuk selesai permasalahan di sudut dalaman.
Ia berkait dengan penerusan gagasan PR itu sendiri, ini adalah faktor utama sehingga kita lihat apa yang  berlaku  sehingga hari ini. Mungkin presiden dan kepimpinan hari ini melihat zaman mereka tidak sama ketika Tok Guru.
Kumpulan profesional yang membentuk G18, pemikiran mereka diperlukan ketika itu, saya berpendapat  suasana politik hari ini perlu untuk kita bagi peluang kepada parti baru. Pandangan-pandangan ini  yang menyebabkan orang melihat itu berbeza, saya bukan jadi ahli Amanah,  kalau Umno minta pergi ceramah, saya pergi, itu kalau Umno, apatah lagi  kalau sama-sama sendiri.
Amanah dan Pas ini kita kena lihat dari sudut dasar,  dasar Pas adalah Islam. Amanah pun sama, tiada perbezaan, sama-sama nak perjuangkan Islam, cuma yang berbeza dari sudut pendekatan dan ia tidak membabitkan akidah.
Saya lebih suka, sejak dulu lagi perkara ini diselesaikan dalam perbincangan dalaman, macam mana pun Amanah ini anak  kepada ibu yang sama, rahim yang sama (dengan Pas), kepimpinan yang ada sekarang asalnya puluhan tahun dalam Pas.
Ada mengaitkan tindakan ustaz tidak menyertai Amanah disebabkan menghormati ibu?
Apabila timbul persepsi jadi kita rai semuanya, terutamanya ibu, memanglah ibu itu keutamaan kita dalam kehidupan.
Adakah ustaz akan jadi ahli Pas seumur hidup?
Sama ada jadi ahli Pas seumur hidup atau tidak, saya sejak balik dari Mesir, saya terus isi borang seumur hidup.
Ustaz mempunyai pandangan yang berbeza yang dilihat tidak sealiran dengan ulama dalam Pas?

PAS paling berpengalaman di negara ini, kata Hadi

Presiden PAS itu yakin Pakatan Harapan dan AMANAH tidak menjadi ancaman kuat kepada PAS
hadi,pas
KUALA SELANGOR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa parti Islam itu paling ‘berpengalaman’ di negara ini dan semakin berkembang kukuh sejak ditubuhkan zaman sebelum merdeka.
“Pas adalah parti politik yang paling berpengalaman di Malaysia. Sejak sebelum merdeka hingga hari ini. Pakatan bukan perkara baharu. Pakatan Harapan dan segala macam Pakatan sudah ada sejak 60 tahun yang lalu.
“Ada (pakatan parti) yang rebah dan meninggal dunia. Ada yang telah roboh dan tidak bangkit semula. Tetapi kita (PAS) terus melngkah dan mendapat sokongan rakyat. Kami telah berkembang kukuh hari demi hari,” kata Hadi pada sidang media selepas pelancaran Jentera Pilihan Raya Pas Selangor di sini, hari ini.
Hadi juga menegaskan bahawa PAS tidak mempunyai masalah untuk berhadapan dengan Pakatan Harapan dan parti serpihannya, AMANAH kerana parti itu pernah berdepan cabaran yang lebih sengit sebelum ini.
Bekas Menteri Besar Terengganu itu berkata, sebelum ada AMANAH, sudah ada parti serpihan seperti Barisan Islam Se-Malaysia (BERJASA) dan Parti Rakyat Muslim Malaysia (HAMIM) yang lebih kuat kerana mendapat sokongan daripada BN dan kerajaan Persekutuan.
PAS menyertai Pakatan Rakyat sejak 2008 tetapi gabungan itu terkubur selepas pergaduhan terbuka dengan bekas sekutu, DAP, tahun lalu.
Perpecahan itu membawa kepada kelahiran AMANAH yang diketuai oleh bekas Timbalan Hadi, Mohamad Sabu.
PAS dan DAP mengadakan kerjasama secara berasingan dengan PKR dalam mentadbir Negeri Selangor.

Satu kerusi pun tak boleh - Tuan Ibrahim

PAS tidak akan menyerahkan satu pun kerusi yang ditandinginya kepada parti pembangkang lain dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
 Menganggap ia adalah "maruah parti" Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sebelum ini parti itu berkali-kali menyerahkan kerusi yang ditandinginya kepada parti rakan setiap kali melakukan tahaluf siyasi (kerjasama politik).
Katanya PAS bersikap berlapang dada dengan kerjasama itu seperti dibuktikan dalam pilihan raya sebelum ini.
“Setiap kali PAS mengadakan tahaluf, PAS berlapang dada. (Apabila) kita bekerjasama dengan Semangat 46, PAS serahkan kerusi PAS kepada Semangat 46.
“Bahkan di masa kerjasama dengan Parti Negara, PAS serahkan kerusi kepada Parti Negara, dan apabila bergabung dengan PKR (melalui Pakatan Rakyat), PAS serahkan jentera (kerana) tahaluf.
“Hari ini mereka minta PAS bekerjasama dengan gabungan baru (Pakatan Harapan) - maksudnya mahu kerusi PAS. Ia tidak akan berlaku. Kita tidak akan serah satu pun kerusi kita.
"Kerusi yang ditandingi adalah maruah parti,” katanya di majlis penutup Ijtima’ Pilihan Raya Selangor di Kuala Selangor hari ini.
Semalam, AMANAH yang merupakan parti serpihan PAS bersama PKR dan DAP memeterai perjanjian kerjasama Pakatan Harapan bagi menghadapi PRU ke-14.

PAS tak goyang hadapi AMANAH - Hadi Awang

PAS tidak gentar menghadapi Parti Amanah Negara (AMANAH) berikutan pengalaman dan sejarah panjang yang dihadapi oleh parti berkenaan.
Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS pernah menghadapi pelbagai parti sebelum ini, termasuk Barisan Jemaah Islamiah Semalaysia (BERJASA) bagaimanapun PAS tidak pernah jatuh, malah terus bangkit.
 “PAS parti paling berpengalaman sebelum merdeka dan sejak merdeka. (Menghadapi parti lain) itu adalah perkara biasa.
“Pakatan bukan baru, Pakatan Harapan dan pelbagai pakatan sejak tahun 1960-an ada yang rebah. Ada yang rebah tak bangun-bangun, (tetapi) kita terus bangkit,” katanya di sidang media selepas melancarkan Ijtima’ Pilihan Raya Selangor di Kuala Selangor hari ini.
Abdul Hadi berkata demikian ketika mengulas kerjasama yang dijalinkan AMANAH dengan PKR dan DAP ketika ini.
Semalam, AMANAH yang merupakan parti serpihan PAS, bersama PKR dan DAP memeterai perjanjian kerjasama Pakatan Harapan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 yang dijangka bakal diadakan pada 2017.
Sebelum ini PAS dan DAP telah berpatah arang berkerat rotan sehingga kerjasama Pakatan Rakyat tumbang dan masing-masing menjalani kerjasama berasingan dengan PKR.

AMANAH musuh baru PAS - Iskandar

Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, selain Umno, Parti Amanah Negara (AMANAH) merupakan ancaman kepada parti Islam itu.
Ia berikutan AMANAH dijangka akan bertanding sebanyak lapan kerusi di Selangor dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
 “Ancaman kita adalah Umno tapi kita ada musuh baru. Mereka akan bertanding lapan kerusi, letak diri sama macam Umno, bermakna di lapan kawasan mereka akan rampas.
“Jangan kita tengok Umno ancaman tapi ada lebih ancaman, kenapa kita tak pertahankan kerusi kita.
“Kalau kita tidak ada dalam kerajaan siapa yang nak pertahankan Islam?” kata Iskandar dalam ucapannya di Ijtima’ Pilihan Raya Selangor di Kuala Selangor hari ini.
PAS memang tidak mempunyai hubungan baik dengan AMANAH yang terbentuk hasil perselisihan aliran pemikiran dalam parti itu dalam muktamar mereka tahun lalu.
Permintaan akar umbi
Pada masa sama, DAP dan PKR menjalin hubungan dengan parti baru berkenaan walaupun ia kelihatan longgar di beberapa negeri.
Beberapa hari lalu AMANAH mendapat lapan daripada 288 kerusi yang ada di semua pihak berkuasa tempatan di Selangor dan ia dikecam PAS.
Di sebalik pembahagian itu kerajaan negeri enggan mendedahkan parti mana yang terpaksa berkorban memberikan kerusi mereka kepada AMANAH.
Sementara itu, Iskandar berkata, PAS akan bertanding di lima lagi kerusi di Selangor dalam PRU akan datang, menjadikan jumlah kerusi keseluruhan yang ditandingi mereka menjadi 25.
Katanya, PAS mengambil keputusan itu bukan disebabkan tergugat dengan AMANAH sebaliknya kerana desakan daripada akar umbi parti berkenaan.
“Kita akan bertanding. Ini permintaan akar umbi untuk bertanding lima kerusi lagi. Bukan sebab lapan kerusi tu tapi sebab keperluan (dalam PRU).
“PAS ada Jabatan Penyelidikan PAS Pusat, bukan (sekadar) suka-suka nak bertanding,” katanya yang menjangkakan PRU akan datang berlangsung pada Mac 2017.

PRU14: Lapan kerusi Pas di Selangor mungkin terancam

Lapan kerusi Pas di Selangor mungkin terancam
KUALA SELANGOR - Lapan kerusi Pas di Selangor mungkin terancam apabila bukan sahaja terpaksa berdepan Umno malah DAP selepas parti itu mengumumkan akan meletakkan calon pada pilihan raya akan datang.
Naib Presiden Pas, Datuk Ir Iskandar Abdul Samad menegaskan, Pas bakal berdepan musuh baru namun pihaknya mahu jentera pilihan raya Pas terus utuh mempertahankan kerusi sedia ada dan mempertimbangkan lima lagi kerusi baharu.
"Kita baru kesan dua dan DAP pun dah umum melalui senarai nama ahli majlis yang akan jadi calon mereka nanti.
"Kita juga pertimbangkan lima kerusi baru sebab kajian yang dibuat,  Pas boleh menang," kata Iskandar yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor dalam ucapan sempena Ijtima' Pilihan Raya Pas Selangor di Stadium Tertutup Kuala Selangor, hari ini.

Keluar TPP selepas tandatangan, tak pernah berlaku - Mohd Nizam

SHAH ALAM - "Tidak pernah terjadi dalam sejarah," demikian reaksi Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (Mtem), Mohd Nizam Mashar berhubung dakwaan Malaysia diberi klausa pilih keluar dari perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).
Jelasnya, mana-mana negara yang telah menandatangani perjanjian perdagangan bebas itu tidak akan keluar dari perjanjian tersebut.
"Ia (keluar) menunjukkan kebodohan kita. 'Siapa suruh tandatangan kalau nak keluar?'
 Mohd Nizam Mashar "Implikasinya akan menyebabkan pasaran tidak percaya kepada kita kerana kita tidak mampu membuat keputusan," katanya pada sidang media selepas Sidang Kemuncak TPPA 2016, di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), hari ini.
Sebelum ini, Ketua Pakar Ekonomi Asian Development Bank, Jayant Menon dilaporkan berkata bahawa Malaysia merupakan satu-satunya negara yang diberi klausa pilih keluar dalam satu surat sampingan kepada perjanjian TPP yang membolehkan Malaysia menarik diri daripada TPP walaupun tanpa cuba untuk meratifikasikannya di Parlimen
Menurut Nizam yang juga Pengerusi Bantah TPP, jika mahu menarik diri, ia perlu dilakukan pada awal rundingan sebelum menandatanganinya.
Malah beliau turut memberi contoh bahawa ada negara yang memilih keluar dari rundingan kerana perjanjian itu tidak menguntungkan mereka sejak awal lagi.
"Termasuk Thailand sendiri. Sebelum tandatangan dah keluar. Selepas tandatangan tidak (boleh keluar)," katanya.
Tambahnya, Malaysia pernah membuat keputusan bijak untuk tidak menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas dengan Amerika Syarikat (AS) pada 2007.

MTEM saran MP jalani ujian kefahaman TPP

TPP
SHAH ALAM - Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) menyarankan kesemua ahli Parlimen menjalani ujian kefahaman perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) sebelum dokumen tersebut dibentangkan di Parlimen, hujung bulan ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Mohd Nizam Mashar berkata, perkara itu bagi memastikan ahli-ahli Parlimen yang bakal memutuskan nasib negara itu benar-benar faham tentang TPP.
"Masalah utama yang saya tekankan, rakyat hanya diberi dua bulan untuk putuskan padahal ramai yang saya kira tak faham, termasuk ahli-ahli Parlimen.
"Mungkin kita patut buat ujian kefahaman kepada ahli-ahli Parlimen sebab mereka ini yang akan memutuskan masa depan negara yang cukup panjang.
"Sekurang-kurangnya, kalau 50% gagal...xfaham, kita tak payah bawa ke Parlimenlah. Saya rasa begitu," katanya pada sidang media selepas Sidang Kemuncak TPPA 2016, di sini, semalam.
Isu penyertaan Malaysia dalam perjanjian TPP bakal dibahaskan pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat 26 dan 27 Januari ini yang disusuli dengan mesyuarat khas Dewan Negara pada 28 Januari ini.
Dalam pada itu, Nizam yang juga Pengerusi Bantah TPP itu berkata, dokumen setebal 6,000 muka surat itu bukan dokumen biasa yang mudah difahami.
"Ia melibatkan undang-undang dan kita tak boleh baca 'straight foward' begitu. Kita kena rujuk satu bab ini dengan bab seterusnya. Sangat rumit," katanya.
Ketika ditanya soal manfaat TPP yang dapat dilihat, Nizam menyifatkan manfaat itu umpama aising kek yang kelihatan cantik tetapi apabila dimakan menyebabkan kita sakit diabetes.