Khamis, 7 Januari 2016

Tak boleh bercakap isu politik di Malaysia – Mugiyanto Sipin

Mugiyanto sepatutnya bercakap dalam satu forum anjuran BERSIH 2.0 tetapi dihantar pulang sebaik tiba di KLIA
Mugiyanto-Sipin_klia_600
KUALA LUMPUR: Aktivis Indonesia, Mugiyanto Sipin mendakwa dia tidak dibenarkan masuk ke negara ini kerana pihak kerajaan Malaysia tidak membenarkan orang asing bercakap mengenai politik.

Dia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tengahari tadi sebaik saja tiba dan dihantar pulang semula ke Indonesia.
“Sewaktu saya tiba di KLIA, saya telah ditahan Imigresen dan tiga orang polis telah berjumpa dengan saya dan dibawa ke satu bilik tahanan.
“Ketika di dalam bilik tahanan, seramai tujuh hingga lapan polis telah menunggu saya.
“Polis menahan saya disebabkan mendapat aduan daripada pengguna sosial di Twitter dan Facebook yang mendakwa saya akan bercakap mengenai politik dalam satu forum di Malaysia.
“Saya turut menerima maklumat itu kerana aduan daripada orang yang saya tidak kenali itu turut di tag di Twitter saya dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sebelum saya tiba di Malaysia,” katanya ketika dihubungi BERSIH 2.0 di hadapan wartawan.

Pemberhentian sementara perlombongan bauksit tidak memadai

Pemberhentian sementara perlu disusuli rancangan dan tindakan yang menyeluruh, serta melibatkan pakar, tokoh masyarakat
Maketab-Mohamed_BAUXITE_600_1
PETALING JAYA: Para pencinta alam sekitar berpendapat masih banyak lagi usaha yang perlu dilakukan berhubung masa hadapan industri perlombongan bauksit, walaupun pemberhentian sementara telah diisytiharkan.
Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia, Prof Maketab Mohamed berkata pemberhentian sementara itu merupakan permulaan yang baik.
Beliau menjelaskan jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk menangani isu bauksit harus melibatkan ahli politik pemerintah dan pembangkang, serta pakar-pakar dan para saintis daripada bidang-bidang berkaitan seperti ekologi marin, hidrologi, kualiti air, kimia air, perikanan, kejuruteraan perlombongan, gelologi, pencemaran air dan sebagainya.
Selain soal permit impot (AP) yang kini hanya akan diberikan kepada syarikat, Maketab berkata syarikat perlu ditetapkan supaya mengemukakan senarai kemahiran mereka, seperti jurutera perlombongan, jurutera alam sekitar, pengangkutan dan pakar keselamatan antara lainnya.
“Tidak praktikal kalau industri dihalang kerana ia menjana pendapatan.
“Mana-mana aktiviti manusia atau perindustrian akan memberi kesan keatas masyarakat hingga ke alam sekitar, tetapi kita tidak boleh tutup mata isu-isu berbangkit,” katanya, dan menambah masalah-masalah yang telah berlaku perlu kita depani dengan cara untuk mengurangkan kesan perlombongan.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Ecotourism & Conversation Society Malaysia (ECOMY), Andrew Sebastian pula berkata tempoh pemberhentian sementara sepatutnya lebih dari tiga bulan supaya usaha pengurangan kesan perlombongan dan pemuliharaan alam dapat dilakukan dengan lebih berkesan dan teliti.

Berta'awun: Kenapa Pas mahu jadi penolak kereta mogok sahaja?

Oleh Mohd Sayuti Omar
Parti agama, Pas telah membuat penegasan dan pendekatan baharu dengan Umno di mana pendekatan ini adalah pendirian politik terkini mereka untuk tahun 2016. Pendekatan dimaksudkan itu ialah Pas akan berta'awun dengan Umno. Ta'awun bermaksud membantu dan bergotong royong dengan Umno, untuk kebaikan bersama, dalam aspek agama dan maslahat ummah. Bukan politik?

Perkara ini ditegaskan oleh Setiausaha Majlis Syura Ulama (MSU) Nik Zawawi Nik Salleh. Serentak itu beliau menegaskan Pas tidak sama sekali bertahaluf syiasi, yakni bekerjasama politik dengan Umno. Ertinya arahan dan kebenaran MSU sebelum ini sudah termansuh?
Mungkin ramai yang tidak berapa faham perbezaan antara ta'awun dengan tahaluf syiasi? Dalam pemahaman dan definasi diberikan Naib Presiden Pas, Mohd Amar Nik Abdullah, ta'awun itu seperti membantu menolak kereta mogok dijalanan bagi meringan dan menyelesaikan masalah dihadapi tuan kereta itu. Bantuan itu bukan bermaksud yang menolak itu bersetuju dengan tuan kereta. Mudah.
Analogi simplistik ini (mungkin) boleh dimaksudkan begini, Pas boleh "tolak kereta" Umno yang mogok tetapi tidak semestinya bersetuju  dengan Umno, apa lagi akan ikut sertai menaiki kereta berkenaan bersama Umno walaupun kebetulan perjalanan orang Umno itu ke masjid? Ertinya Pas setakat membantu Umno dari konteks kemanusiaan sahaja dan tidak mengharap keuntungan spiritual.

Kenapa sikap sebegitu diambil. Apakah Pas tetap juga tidak akan menaiki kereta Umno yang ditolak itu hidup sedangkan ia menuju ke destinasi sama untuk ke masjid? Pegangan Nik Amar ini atau falsafah ta'awun Pas ini boleh diperbetulkan.

Ta'awun demikian adalah berdasarkan kepada maksud untuk membantu demi kebaikan bersama. Ianya diambil setelah mengkaji pelbagai sudut dan keadaan terdesak. Kesedaran dan langkah ini sesuatu yang patut dipuji kerana telah lama ummah di negara ini berkecamukan dan mengalami pelbagai kerugian kerana ketiadaan ta'awun seperti ini.

Bahkan ta'awun seperti ini sudah lama dipraktikan oleh kaum-kaum minoriti lain di negara ini khasnya Cina. Mereka bukan sahaja berta'awun tetapi melakukan lebih daripada itu termasuk tahaluf syiasi yang boleh diistilahkan mereka sangat understanding dalam berpolitik. Dengan understanding demikianlah menjadikan kaum itu kukuh dan megah di negara ini sehingga pula kita kadang-kadang mencemburui mereka.

Nah makanya apabila Pas membuka gapura baharu politik ini ia perlu diberi perhatian. Boleh jadi pendekatan baharu ini ia merupakan aspirasi pimpinan Pas yang baharu yang telah insaf dan kasyaf mengenai masa depan ummah di mana kesannya terabai selama ini?


Secara peribadi saya tidak setuju dengan langkah Pas menggunapakai istilah ta'awun bagi menggantikan tahaluf syiasi yang skopnya lebih luas. Jika Pas ikhlas untuk membangun ummah, Pas tidak hanya perlu setakat membantu, dalam konteks tertentu sahaja tetapi harus sama bekerjasama, berada dalam kerangka yang lebih besar dan global.

Dalam hal ini Pas harus jelaskan sikap dan pendirian mereka. Pas harus meletakkan matlamatnya dan bukan berhelah dengan istilah disebabkan takut kepada ahlinya. Kalau Pas yakin dengan bekerjasama dengan Umno itu baik untuk kepentingan semua, Pas harus berusaha ke arah itu dengan sesungguhnya.

PRU14 bukan isu Melayu lawan Cina, ia penentu nasib Najib dan UMNO


Pilihanraya umum akan datang tidak akan menjadi medan “Melayu lawan Cina” kerana orang Melayu mustahil hilang kuasa, sebaliknya ia penentu sama ada Najib Razak dan pemimpin UMNO akan terus memesongkan minda rakyat demi skandal ekonomi dan salahguna kuasa golongan elit.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang,  berkata inilah yang diperjuangkan oleh Pakatan Harapan dalam usaha membentuk kerajaan pusat baru yang benar-benar menjaga kepentingan dan keperluan rakyat.
Lim_Kit_SiangKatanya, kerajaan persekutuan Pakatan Harapan akan bersaing dengan UMNO-Barisan Nasional untuk menunjukkan siapa yang paling jujur, sanggup dan berani mempertahankan ciri-ciri asas Perlembagaan Persekutuan.
Menurutnya, Pakatan juga mahu “bertanding” dengan UMNO BN untuk membuktikan siapa yang benar-benar menjaga hak dan kepentingan rakyat Malaysia, sama ada Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, atau Orang Asli.
“Persoalan sama ada orang Melayu atau mana-mana masyarakat akan kehilangan hak politik, atau Melayu dan Islam akan terancam, tidak timbul sama sekali.
“Ini kerana kerajaan pusat Pakatan Harapan tidak mahu menjadi kerajaan satu penggal tetapi mahu meneruskan usaha mendapatkan mandat dalam PRU seterusnya nagi mentadbir Malaysia kerana kita telah membuktikan bahawa kita dapat menjaga hak dan kepentingan rakyat pelbagai kaum, agama dan wilayah dengan lebih baik,” katanya dalam satu kenyataan.
Kenyataannya itu adalah intipati ucapan beliau di majlis pelancaran buku “Time Bombs in Malaysia” edisi Bahasa Mandarin di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor di sini malam tadi. Buku itu adalah koleksi tulisan politik KIt Siang yang diterbitkan pada 1978.

UMNO manipulasi sentimen agama punca DAP dipandang serong


Manipulasi sentimen agama yang didalangi propaganda UMNO BN terhadap DAP antara punca parti pembangkang itu dipandang serong dalam kalangan masyarakat Melayu-Islam termasuk fitnah isu Israel.
WAN JI 3Pendakwah bebas, Wan Ji Wan Hussin, berkata ia antara sebab utama masyarakat Melayu- Islam khususnya di luar bandar melabel DAP melalui fitnah dan hasutan sebagai kononnya anti-Islam dan dituduh mengamal sikap perkauman.
“DAP terpalit dengan sentimen kononnya anti-Melayu dan anti-Islam. Justeru, isu yang DAP bawa walaupun dalam wajah yang baik, tetap akan ditolak. Ini kerana, budaya beragama orang Melayu bukan berasaskan kepada rasional tetapi berasaskan sentimen,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada Roketkini ketika diminta mengulas hasil kajian Institut Darul Ehsan (IDE) baru-baru ini yang menyatakan masyarakat Melayu luar bandar terpengaruh dengan propaganda UMNO BN terhadap DAP.
Bagaimanapun, beliau bersetuju betapa kempen memburuk-burukkan DAP gagal di kawasan yang diwakili parti itu kerana pengundinya mendapat maklumat sebenar yang terpancar melalui kesungguhan pemimpin parti itu membela rakyat sekaligus sukar dipengaruhi propaganda UMNO BN.
Kerjasama PAS-UMNO pula kebelakangan ini, kata Ketua Biro Pemantapan dan Pemahaman Agama (BiPPA) AMK Malaysia itu, antara faktor yang menambah dorongan orang Melayu luar bandar terutama ahli dan penyokong PAS, untuk semakin menolak DAP.
“Apabila mereka bekerjasama dengan UMNO atas alasan ‘bermusuh dengan DAP’,ia memberi implikasi besar pada sudut pandangan pengundi Melayu atas pagar, konon DAP anti-Islam dan anti-Melayu walaupun saya tidak anggap begitu,” katanya.

Cakap tak serupa bikin... Buka minda sebelum buka mulut !!!


Tak dinafikan bodoh itu bukan satu jenayah..

TETAPI kalau menteri terang2 tonjolkan kebodohannya itu dgn cara menekan, rompak kantong2 rakyat secara diam2 .. bagaimana ??!!

. Tatapan buat rakyat Malaysia..

Berikut adalah sebahagian aset negara yang tergadai di era pemerintahan Najib Razak..

Penahanan aktivis Indonesia bukti kerajaan BN penakut – BERSIH 2.0

Mugiyanto ditahan di Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 12.06 tengah hari dan akan dihantar pulang serta-merta ke Indonesia.
maria-chin
KUALA LUMPUR: Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH2.0) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kerajaan menahan dan menghantar balik akitivis Indonesia, Mugiyanto Sipin.
Pengerusinya, Maria Chin Abdullah menyifatkan tindakan itu kebudak-budakan dan satu lagi bukti kerakusan kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) menghalang hak rakyat membantah dan bersuara.
“Mereka seharusnya malu dengan tindakan yang tidak matang dan pendek akal ini.
“Kerajaan demokrasi tidak seharusnya bertindak sedemikian dan kita tuntut penjelasan daripada kerajaan,” katanya dalam satu sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Selangor Kuala Lumpur (KLSCAH).
Sebelum itu, Maria Chin mendakwa Mugiyanto ditahan di Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 12.06 tengah hari dan akan dihantar pulang serta-merta ke Indonesia.
Mugiyanto seorang aktivis Indonesia yang pernah menentang kepimpinan rejim Suharto, sepatutnya berkongsi pengalaman dalam dalam satu forum anjuran BERSIH 2.0 malam ini di KLSCAH.

Skandal 1MDB: MB Johor gesa DPMM tidak terpengaruh dakyah pembangkang

1MDB mengumumkan menandatangani perjanjian jual beli saham melibatkan penjualan 60% pegangan Bandar Malaysia kepada konsortium IWH-CREC Sdn Bhd. – Gambar fail, The Malaysian Insider, 7 Januari, 2016. .
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dinasihatkan agar tidak terpengaruh dengan dakyah parti pembangkang yang mengaitkan penjualan aset 1Malaysia Development Bhd (1MDB) termasuk ekuiti Bandar Malaysia kepada syarikat China, sebagai seolah-olah menggadai maruah negara. Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata DPMM seharusnya bersikap rasional kerana apa yang dilakukan pengurusan 1MDB itu adalah perjanjian jual beli telus tanpa niat terselindung atau memberi impak negatif kepada negara.
Beliau berkata penyertaan pelabur dari China tidak akan menguasai atau memonopoli pembangunan Bandar Malaysia seperti yang digembar-gemburkan pembangkang.

"Tahap pemikiran kita sudah hendak masuk negara maju, kenalah fikir secara mendalam dan logik rasional. Jangan terperangkap dengan permainan politik pembangkang," kata beliau kepada pemberita hari ini. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden DPMM, Datuk Dr Syed Ali Alattas semalam.
Mengikut satu laporan portal, Syed Ali seolah-olah memberi peringatan kepada Putrajaya berhubung amanah yang dipegang pentadbiran negara di sebalik penjualan aset 1MDB seperti penjana tenaga bebas dan ekuiti Bandar Malaysia kepada syarikat China.
Mohamed Khaled turut memberi penjelasan pembelian saham dalam Bandar Malaysia seperti yang dilaporkan baru-baru ini merupakan peluang bagi kerajaan negeri Johor untuk bergiat aktif dalam ekonomi negara sekali gus memberi pulangan kepada rakyat negeri ini secara amnya.

PKR akan tetap sayangkan Pas

Pas PKR SHAH ALAM – Pas tidak akan ditolak ke tepi oleh PKR meskipun parti itu akan bertahaluf siyasi dengan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).
Penganalisis politik, Dr Muhammad Shamshinor Abdul Azzis berkata, senario Pas dan PKR tidak akan berubah dan kekal seperti biasa kerana Pas mempunyai kelebihan tersendiri.
“Senario Pas di Selangor akan kekal seperti biasa. Dalam masa sama, Pakatan harapan akan berjalan seperti biasa.
“Pengaruh Pas di negeri Selangor sangat kuat. Itu adalah kepentingan bagi PKR.  Dan sebab itulah PKR masih sayangkan Pas,” katanya kepada Sinar Online.
Pakatan Harapan mengumumkan untuk menandatangani perjanjian bersama pada Sabtu ini.
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, perjanjian tersebut akan memberi fokus kepada  perkara-perkara utama yang menjadi pra-syarat kepada pembinaan sebuah kesatuan politik yang mampan antara ketiga parti.
Muhammad Shamshinor yang juga merupakan Ketua Kluster Politik dan Polisi bagi Institut Kajian Sosial Selangor, Universiti Selangor berpendapat, PKR akan tetap melindungi Pas daripada serangan bertali-arus DAP seperti sebelum ini.
“Pas mendasari Kerajaan Negeri Selangor yang dipimpin oleh Menteri Besarnya, Datuk Mohamed Azmin Ali. Azmin akan bijak bermain (dalam percaturan Pas dan Pakatan Harapan).
“Azmin akan tetap jaga kedua pihak kerana semua ada kepentingan,” katanya lagi.

AMANAH buli PAS, DAP pula besar kepala kata BN Selangor

AMANAH tidak sepatutnya diberikan kuota ahli majlis kerana parti itu tidak berjasa kepada negeri dan rakyat Selangor
amanah-dap
PUTRAJAYA: Kejayaan Parti Amanah Negara (AMANAH) mendapat kerusi ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor bukti kejayaan mereka membuli PAS.
Setiausaha Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Selangor, Budiman Mohd Zohdi berkata, AMANAH tidak berhak mendapat kuota kerusi tersebut kerana mereka tidak mempunyai sebarang jasa kepada rakyat Selangor.
Malah, katanya kemenangan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) AMANAH Selangor iaitu Shaari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) atas tiket PAS.
“Saya lihat memang PAS kena buli. Apa kayu ukur AMANAH mendapat lapan kerusi PBT sedangkan parti ini baru berapa hari ditubuhkan dan belum ada apa-apa jasa di Selangor?
“Mereka hanya ada dua kerusi itupun bukan yang mereka menang atas tiket parti AMANAH tetapi atas tiket PAS , tiba-tiba buli PAS minta macam-macam,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghantar nota bantahan pesawah di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, di sini, hari ini.
ADUN Sungai Panjang itu tidak menolak kemungkinan AMANAH selepas ini akan membuat tuntutan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk memberi kerusi EXCO kepada parti itu.
“Selepas ini AMANAH akan tuntut kerusi EXCO pula kerana mereka ada hak untuk dapat jawatan tersebut,” katanya
Sehubungan itu, Budiman menyeru kepada Kerajaan Selangor supaya tidak terlalu bermain politik sehingga mengabaikan isu rakyat.
Nada yang sama turut diutarakan oleh penyelaras BN Selangor, Mat Nadzari Ahmad Dahlan yang melihat DAP Selangor sebuah parti politik yang besar kepala.
Katanya, tindakan DAP tidak menyerahkan kuota kepada AMANAH bukti parti itu gilakan kuasa untuk mentadbir Kerajaan Selangor.

Mampukah perjanjian Pakatan Harapan bertahan?

Tidak mahu pisang berbuah dua kali, pakatan pembangkang yang kini dianggotai PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) dilihat lebih berhati-hati dalam mencapai kesepakatan bagi memastikan ketiga-tiga parti itu dapat bekerjasama dalam sebuah kesatuan politik yang mampan.
Kegagalan parti pembangkang membentuk gabungan mantap, bermula sebagai Barisan Alternatif (BA) yang ditubuhkan pada 1999 hingga 2004 diikuti penubuhan Pakatan Rakyat pada 2008 dan berakhir pada 2015, dua tahun selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menjadi iktibar kepada pembangkang untuk memperkukuhkan kerjasama politik menerusi platform baharu iaitu Pakatan Harapan.

Pada Sabtu ini, ketiga-tiga parti - PKR, DAP dan AMANAH - akan memeterai Perjanjian Pakatan Harapan bagi memastikan ketiga-tiga parti itu dapat bekerjasama dalam sebuah kesatuan politik yang mampan, di samping memastikan perpecahan yang berlaku dalam Pakatan Rakyat sebelum ini tidak berulang.
AMANAH, sebuah parti baharu yang menganggotai Pakatan Harapan, diwujudkan pada 16 Sept lepas oleh sekumpulan bekas pimpinan PAS yang kalah dalam pemilihan parti pada Jun tahun lepas dengan menjenamakan semula Parti Pekerja-Pekerja Malaysia yang ditubuhkan pada 1978.
Tokoh Besar
Kemampuan AMANAH, yang diterajui Mohamad Sabu sebagai presiden, dalam meraih sokongan rakyat khususnya orang Melayu bagaimanapun belum lagi terbukti meskipun parti itu dianggotai tokoh politik yang sudah dikenali umum.
Perpecahan kerjasama politik pembangkang menampakkan perubahan ketara selepas pakatan itu kehilangan dua tokoh besar dan berpengaruh iaitu Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menjalani hukuman penjara lima tahun bermula Februari tahun lepas kerana kes liwat, serta kematian Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Februari tahun sama.
Penganalisis politik berpendapat kemelut antara PAS dan Pakatan Harapan akan berterusan sehingga Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Hakikatnya, Pakatan Harapan bukanlah gabungan parti yang berdaftar sepertimana Barisan Nasional (BN). Ia masih sebuah pakatan yang longgar.
Apakah ketiga-tiga parti mampu mematuhi perjanjian yang ditandatangani kelak dan melupakan ideologi masing-masing demi kepentingan bersama meskipun perkara seumpamanya pernah dilakukan ketika dalam Pakatan Rakyat menerusi 'Buku Jingga', namun gagal?
Kepentingan Bersama
Mengulas persoalan itu, Prof Madya Mohd Izani Mohd Zain daripada Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata kejayaan perjanjian itu hanya boleh dilihat seandainya ketiga-tiga parti sanggup mengorbankan ideologi parti masing-masing demi kepentingan bersama.
"Sejak Pakatan Rakyat lagi, dasar bersama ini telah wujud menerusi Buku Jingga yang menggariskan empat perkara asas yang dipersetujui bersama ketiga-tiga parti iaitu PKR, DAP dan PAS.
"Namun, PAS tidak menggugurkan agenda perjuangan mereka iaitu untuk melaksanakan hukum hudud dan ia tidak dimasukkan sebagai dasar bersama dan ini adalah antara sebab mengapa dasar bersama itu gagal," katanya.

Pakatan Harapan mulai retak?

Tiga bulan selepas gabungan pembangkang dibentuk semula sebagai Pakatan Harapan, ia dilaporkan sedang menghadapi pertikaian terbuka pertama di Selangor.
Ini berhubung pembahagian kerusi majlis tempatan untuk Parti Amanah Negara (AMANAH) yang telah diperuntukkan hanya lapan kerusi daripada 34 yang dipohonnya.
Walau bagaimanapun, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli percaya pertikaian itu tidak akan berkekalan walaupun mengakui perbezaan pendapat secara terbuka tidak memberi cerminan baik kepada gabungan baru itu.
"Jika masih ingat, setiap tahun menjelang pelantikan ahli majlis tempatan, ini sentiasa menjadi isu, ia bukan perkara baru.
"Tetapi pemimpin Pakatan perlu menerima hakikat bahawa kita bergelut dengan masalah kerana perbezaan kita," katanya kepada Malaysiakini.
Rafizi berkata demikian sebagai mengulas kenyataan ketua AMANAH Selangor, Izham Hashim yang melahirkan rasa kecewa dengan bilangan kerusi yang diperuntukkan.
"Mereka perlu berlaku adil kepada kami. Kami mempunyai maruah, pemilihan kami bukan hanya keluar untuk memenuhi kuota," katanya kepada Malay Mail Online.
Pertikaian itu mengimbau kembali kepada perbezaan secara terbuka dalam Pakatan Rakyat ketika pilihan raya kecil Kajang pada 2014 yang berlarutan sehingga krisis menteri besar Selangor.
Sementara itu, Rafizi berkata walaupun beliau sentiasa menyokong AMANAH, namun parti itu tidak boleh meluahkan rungutan mereka secara terbuka.

Sumber Rezeki 15 Keluarga Orang Asli Terancam

Jangan cipta persepsi 'tidak enak' antara PKR-PAS - Shuhaimi Shafie

Syed Saddiq: People won’t believe Najib anymore

Penjelasan 1MDB bercanggah kenyataan terdahulu, kata Tony Pua

Kenyataan 1MDB berhubung pembelian 60% ekuiti dalam Bandar Malaysia Sdn Bhd menimbulkan kekeliruan banyak pihak dan ia memerlukan penjelasan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Januari, 2016. 
Kenyataan 1MDB berhubung pembelian 60% ekuiti dalam Bandar Malaysia Sdn Bhd menimbulkan kekeliruan banyak pihak dan ia memerlukan penjelasan.

 Penjelasan terkini 1Malaysia Development Bhd (1MDB) mengenai penjualan Bandar Malaysia bercanggah dengan kenyataan awalnya dan hanya menambah kepada kekeliruan mengenai perjanjian itu, kata Ahli Parlimen DAP Tony Pua hari ini.
Beliau berkata kenyataan 1MDB semalam mendedahkan, konsortium Iskandar Waterfront Holdings (IWF) – China Railway Engineering Corporation (CREC) membeli 60% daripada sebuah syarikat khas (SPV) yang baru diwujudkan, yang kemudiannya akan mengambil alih sebahagian tanah di Bandar Malaysia.
Katanya, ia bercanggah dengan pengumuman 1MDB dan CREC yang konsortium itu membeli 60% ekuiti dalam Bandar Malaysia Sdn Bhd.

"Walaupun mungkin di mata orang biasa kita seperti sengaja membangkitkan isu remeh, perbezaan yang halus tetapi jelas dalam perjanjian jual beli saham itu mempunyai implikasi luas dan memerlukan penjelasan lebih lanjut," kata Pua dalam satu kenyataan. Beliau berkata, kenyataan terbaru 1MDB menimbulkan persoalan mengenai pengumuman CREC kepada Bursa Saham Hong Kong yang ia memperoleh 60% daripada Bandar Malaysia, bukannya SPV.
Beliau juga mendakwa, nasib tanah di Bandar Malaysia itu kini tidak menentu memandangkan SPV tersebut masih belum mengambil alih bahagian itu dan ia masih tertakluk kepada rundingan.

Sila buktikan hubungan DAP dengan Israel, kata Guan Eng


Lim Guan Eng turut menyelar PAS bersifat hipokrit apabila mengaitkan DAP dengan Israel. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 7 Januari, 2016. 
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini berkata beliau tidak pernah bertemu mana-mana pemimpin Israel, apatah lagi menerima tawaran RM1 bilion untuk partinya daripada kerajaan Israel.
Katanya, beliau tidak faham bagaimana Pengarah Penyelidikan PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki boleh mengaitkan DAP dengan Israel dengan mendakwa DAP ditawarkan RM1.2 bilion daripada Israel sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13.
Zuhdi mendakwa, antara syarat tawaran berkenaan termasuk membenarkan pembukaan pangkalan tentera Israel di negara ini, jika DAP dapat menawan Putrajaya.

Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel. “Ini adalah kenyataan fitnah daripada PAS. Mereka memetik dakwaan dibuat Mohamad Razali Abdul Rahman, yang dikatakan bekas pegawai khas saya. Razali ini tidak pernah bekerja untuk saya.
“Saya tidak pernah bertemu mana-mana pemimpin Israel di Singapura atau di mana-mana. DAP juga tidak pernah ditawarkan RM1.2 bilion. Itu pembohongan. Mereka patut tunjuk saja bukti,” katanya kepada wartawan selepas majlis angkat sumpah ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang pagi ini.
Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang turut menyelar PAS bersifat hipokrit apabila mengaitkan DAP dengan Israel.
Beliau bertanya mengapa PAS tidak menjadikan sebagai isu apabila ada individu bersalaman dengan pemimpin Israel.

Harga bawang putih DAH NAIK oiiiii.. menteri dah mati rasanya la..

Bila harga barang terlalu rendah.. kerajaan siasat. Bila harga barang naik pula peniaga2 cina-DAP yg disalahkannya..

NAMPAK TAK !!! Inilah modus operandi UMNO/BN kesalahan yg berlaku dlm negara semuanya salah DAP kerana yg memerintah negara dari merdeka hingga skrg adalah kerajaan DAP..

PELIK TAPI BENAR..

Mufti yang bersuara... sepatutnya Mufti Pahang bukak mulut.. tapi langsung tarak bunyi... KENAPA ??!!

Zahid Hamidi awak kat mana ??



Jangan asyik fikir salah legasi pemimpin terdahulu hingga kerja sendiri pon tak jaga...
Asal aja Bangla.. pasti ingat Zahid
Asal aja Zahid.. pasti ingat Bangla
Kenapa ??!!

TAHNIAH KERAjaan UMNO/BN..


Tanpa anda kehidupan kami akan bertambah susah. Ini semua nikmat dari BN.

Saman syarikat jika bauksit akibatkan penyakit - Abdullah Sani

Saman boleh dibuat jika mereka boleh membuktikan debu bauksit mengakibatkan kesan sampingan.
sani
PETALING JAYA : Pekerja perlombongan bauksit yang disahkan menghidap penyakit Alzheimer ekoran terdedah kepada debu bauksit bagi tempoh masa yang panjang boleh menyaman syarikat masing-masing.
Menurut Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Abdullah Sani Abdul Hamid, Akta Socso memperjelaskan bahawa saman boleh dibuat jika debu bauksit dibuktikan mengakibatkan kesan sampingan kepada pekerja tersebut.
“Pekerja terbabit perlu dibawa kepada doktor untuk pemeriksaan perubatan dan sebaik mendapat pengesahan doktor, mereka boleh bertindak menyaman syarikat berkenaan,” katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today di sini hari ini.
Namun, dari segi jumlah pampasan, Abdullah berkata ia bergantung kepada tahap kritikal individu terbabit.
Ditanya jika pihaknya menerima sebarang aduan pekerja-pekerja perlombangan bauksit terkesan dengan sebarang penyakit, Abdullah Sani menyatakan belum ada aduan rasmi kecuali hanya ‘cakap-cakap’ dalam kalangan penduduk dan pekerja.
Semalam, Felo Penyelidik Kualiti Udara Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur, Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZa) Dr Azman Azid menjelaskan orang ramai yang terdedah dengan debu bauksit dalam tempoh yang panjang berisiko menghidap penyakit Alzheimer.
Menurut Dr. Azman lagi, bauksit mengandungi aluminium hidroksida yang mana debu bahan yang terbebas di udara jika dihidu dalam tempoh lama boleh menyekat pengaliran oksigen dalam darah sekaligus sistem saraf.

Bauksit: Tengku Abdullah mahu k'jaan cari penyelesaian terbaik

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu kerajaan pusat dan negeri mencari satu penyelesaian holistik berhubung aktiviti perlombongan bauksit dan bahan mineral lain di negeri ini.
Baginda bertitah tempoh moratorium selama tiga bulan ke atas semua aktiviti perlombongan baukit di Pahang bermula 15 Januari itu perlu digunakan sebaiknya untuk mencari kelemahan prosedur dalam pelaksanaan aktiviti tersebut sehingga mengakibatkan berlaku pencemaran yang serius.
 Titah baginda penyelesaian secara holistik itu juga dapat memastikan segala aktiviti perlombongan mineral di negeri ini dapat dilakukan secara lebih lestari tanpa meninggalkan kesan negatif kepada alam sekitar dan penduduk.
"Jadi semasa moratorium ini dilaksanakan, saya minta cari penyelesaian terbaik jangka masa panjang bagi industri mineral di negeri ini dan bukannya langkah bersifat sementara," titah baginda.
Tengku Abdullah bertitah demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) di Jerantut hari ini.
Mesyuarat itu turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, Timbalan Yang Dipertua MUIP, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhamad Saffian Ismail.
Kerajaan semalam memutuskan untuk mengenakan moratorium atau pemberhentian sementara aktiviti perlombongan bauksit selama tiga bulan berikutan keadaan pencemaran berpunca aktiviti itu menjadi semakin serius.
Tengku Abdullah turut menyambut baik keputusan tersebut sambil berharap semua pihak agar menghormatinya dan tidak ada yang cuba memendekkan tempoh tersebut untuk kepentingan peribadi.

Moratorium 3 bulan? Menyedihkan, kata Tengku Puan Pahang


Berikutan aktiviti perlombong bauksit yang menyaksikan sekitar bandar Kuantan dilitupi debu merah, isteri Tengku Mahkota Pahang hari ini mempersoalkan sama ada moratorium tiga bulanyang diumumkan kerajaan semalam adalah mencukupi.
"Alhamdulillah... tetapi tiga bulan sahaja?" kata Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Instagram sambil memuat-naikkan keratan sebuah akhbar mengenai moratorium itu.
Beliau menganggap perkembangan itu sebagai "menyedihkan" dan sebelum ini menzahirkan rasa dukacita terhadap pencemaran akibat aktiviti bauksit di negerinya itu.
Kenyataan itu dibuat ketika ada rakyat yang memohon campur tangan pihak istana dalam perkara itu.
"Kita perlu campur tangan Raja-raja," kata pengguna Instagram firdaus_norazmar yang mengulas kemas-kini Tengku Puan Pahang itu.
Ada juga yang mengeluh kerana pihak istana tidak lagi mempunyai kuasa mengarahkan kerajaan negeri untuk menghentikan aktiviti berkenaan.
"Tuanku, tolong buat sesuatu. Kami rakyat jelata tidak ada suara lagi, "kata seorang lagi pengguna Instagram mattmarzuki.
Tunku Azizah adalah isteri kepada Tengku Mahkota Pahang, Tunku Abdullah Ahmad Shah.
Bagaimanapun, posting di laman Facebook Gerakan Hentikan Pencemaran Bauksit (Geram) menunjukkan ramai yang tidak menaruh harapan bahawa pihak istana mampu membantu mereka.
Mereka mendakwa bahawa aktiviti perlombongan berlaku di tanah yang dimiliki oleh kerabat diraja.

SPRM tahan 4 pegawai PTG disyaki terlibat rasuah isu bauksit

SPRM tahan 4 pegawai PTG disyaki terlibat rasuah isu bauksitKUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat kakitangan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang termasuk seorang pegawai kanan kerana disyaki meminta serta menerima wang rasuah dari pelombong bauksit tidak berlesen.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mohd Azam Baki berkata, penahanan pada Rabu itu dibuat selepas kakitangan terbabit disyaki melindungi kegiatan haram pelombong tersebut daripada diambil sebarang tindakan penguatkuasaan terhadap mereka.

"Nilai wang rasuah yang terbabit dalam kes ini lebih daripada RM100,000.

"Kesemua mereka yang berusia antara 30 hingga 38 tahun itu kini ditahan reman seminggu bermula hari ini mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009," jelasnya.

Selain itu, berhubung kes sama, SPRM turut mengesan kegiatan penjualan dokumen pemindahan bijih mineral atau borang 13D secara haram kepada pelombong tidak berlesen dengan harga RM150 hingga RM200 sedangkan borang itu bernilai RM1 sahaja.

"SPRM juga tidak menolak kemungkinan akan melakukan tangkapan susulan dan telah mempunyai maklumat berkaitan pihak-pihak terbabit.

Putrajaya tak belajar daripada kesilapan lampau, Rafidah ulas isu bauksit

 Tan Sri Rafidah Aziz menyelar kerajaan kerana hanya bertindak apabila sesuatu projek sudah merosakkan alam sekitar pada tahap yang hampir tidak boleh diperbaiki melalui postingnya di Facebook. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Januari, 2016. 
Tan Sri Rafidah Aziz menyelar kerajaan kerana hanya bertindak apabila sesuatu projek sudah merosakkan alam sekitar pada tahap yang hampir tidak boleh diperbaiki melalui postingnya di Facebook.

 Kerajaan perlu meneliti kos dan faedah projek-projek yang memberi impak kepada alam sekitar sebelum memberi kelulusan, kata bekas menteri Tan Sri Rafidah Aziz, susulan bantahan terhadap perlombongan bauksit di Pahang yang menyebabkan pencemaran teruk.
Sudah menjadi kebiasaan, katanya kerajaan hanya bertindak apabila sesuatu projek sudah merosakkan alam sekitar pada tahap yang hampir tidak boleh diperbaiki, tulisnya di laman Facebook beliau hari ini.
"Kita perlu memikirkan secara terperinci kos dan faedah yang datang berserta mana-mana usaha, yang melibatkan eksploitasi alam sekitar," tulisnya.

"'Manfaat' jangka pendek, terutama kepada segelintir orang, tidak seharusnya mengatasi kos jangka panjang yang perlu ditanggung kita dan generasi selepas kita... kos yang tidak boleh dinilai dari segi kewangan." Bekas menteri perdagangan dan industri itu berkata, perlombongan bauksit membuatkan pemilik tanah menjadi "kaya dalam sekelip mata", tetapi akibatnya, air sungai bertukar merah.
Beliau berkata kerajaan nampaknya gagal belajar daripada tragedi masa lalu yang terjadi akibat "sikap tidak bertanggungjawab dalam mengeksploitasi tanah dan sumbernya", termasuk kejadian bangunan runtuh, tanah runtuh dan banjir besar.
"Tanggungjawab menjaga alam sekitar tidak harus dipandang ringan.
"Persekitaran yang tercemar, sama ada udara yang kita hirup untuk terus hidup, sumber air dan tanah tinggi serta tanah rendah kita... akan memberi kesan bukan sahaja kepada kita di zaman ini... tetapi juga generasi akan datang selepas kita."
Semalam, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengumumkan pembekuan selama tiga bulan ke atas semua aktiviti perlombongan bauksit di Pahang bermula 15 Januari, untuk menyelesaikan masalah pencemaran.

Tiga dari empat mahasiswa tak cukup duit nak makan

Tiga daripada empat pelajar di universiti awam mengaku berada dalam situasi tidak mampu untuk membeli makanan, menurut kajian yang dijalankan sebuah NGO Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia (MVM).
Kaji selidik terhadap 25,632 mahasiswa daripada enam buah universiti itu mendapati 57 peratus daripada mereka hanya memperuntukkan RM5 sehari untuk makanan, 44 peratus makan mee segera manakala 41 peratus hanya makan nasi dengan telur goreng dan sos.
Kajian ini juga mendapati 96 peratus daripada mereka berada di bawah tekanan ekonomi, manakala 97 peratus berkata mereka mahu menggunakan bantuan kewangan daripada MVM.
Kajian itu dijalankan ke atas mahasiswa Universiti Tekonologi Mara, Universiti Malaya, Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Utara Malaysia dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Kaji selidik itu dibuat selepas tersebar nota dari seorang pelajar di sebuah masjid di media sosial baru-baru ini.
Dalam nota tanpa nama yang ditujukan kepada sebuah jawatankuasa masjid, pelajar tersebut memohon maaf kerana "meminjam" beberapa ringgit daripada tabung masjid untuk membeli makanan, selepas beberapa hari tidak makan makanan berkhasiat.
Mengulas kaji selidik berkenaan, Ketua Biro Mahasiswa PKR, Fahmi Zainol menggesa kerajaan menyalurkan bantuan keperluan asas buat mahasiswa termasuk makanan percuma
"Jika Kerajaan tidak mampu berbuat sedemikian, kerajaan patut malu pada mahasiswa
"Ramai kelompok mahasiswa dengan usaha mereka sendiri menjalankan program makanan percuma buat rakan-rakan Universiti mereka. Walaupun mereka sendiri tidak mempunyai sumber yang mencukupi," katanya.
Terdahulu, Pensyarah UIA Mohamed Aslam Haneef meminta universiti-mewujudkan kerja sambilan di kampus untuk pelajar miskin bagi meringankan beban kewangan mereka.
Aslam juga menggesa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyemak semula pinjaman pelajar berdasarkan kos kehidupan semasa.
Pensyarah ekonomi itu juga mencadangkan, universiti membeli buku rujukan dari pelajar siswazah dan menjual semula kepada mahasiswa dengan harga subsidi seperti diamal di luar negara.

Kerjasama Umno-PAS: “Tunggu Sabtu ini”

Kerjasama Umno PAS bakal dijelaskan Abdul Hadi Sabtu iniKerjasama Umno PAS bakal dijelaskan Abdul Hadi Sabtu ini
Hangat ekoran kemesraan Presiden PAS dan Presiden Umno duduk sepentas berpakaian sedondon di Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar akhir tahun lalu, keputusan berhubung kerjasama Umno-PAS dijangka akan dimuktamadkan, Sabtu ini.
Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Muhammad Khalil Abdul Hadi memberitahu demikian ketika dihubungi Malaysia Dateline petang ini dan menegaskan hal berkenaan tidak harus lagi dibangkitkan.
“Sebelum ini saya dah respon beberapa kali dalam isu yang sama. Rasanya tak perlu diulang. Tunggu kenyataan Presiden PAS Sabtu ini,” ujarnya yang juga anak kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Sementara itu, istiqamah dengan tidak menyertai BN, Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, pihaknya mematuhi keputusan mesyuarat Majlis Syura Ulamak, 2 Januari lalu.
“Memadai sudah dengan kenyataan MSU (Majlis Syura Ulama). Kami follow yang itu,” ujarnya ringkas ketika dihubungi Malaysia Dateline melalui aplikasi WhatsApp pagi tadi yang turut melampirkan kenyataan media Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Dr Nik Mohd Zawawi Salleh.
Ditanya lanjut mengenai reaksi Exco Pemuda Umno, Dr Fathul Bari Mat Jahaya yang menyambut baik keputusan Majlis Syura untuk bekerjasama dengan Umno dalam perkara kebaikan termasuk mengukuhkan Islam, beliau bagaimanapun enggan mengulas.
Pakat pilihan raya
Dalam hal berkaitan, Setiausaha BN Kelantan, Datuk Hanafi dilaporkan berkata, kerjasama tidak membawa erti sekiranya tidak berakhir dengan berpakat dalam pilihan raya.

Tweet Najib arah kabinet berjimat undang 'bala'

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dihujani kritikan daripada pengguna Twitter hari ini selepas menulis tweet bahawa kabinet yang dipilihya diberi ingatan supaya membelanjakan peruntukan kerajaan secara berhemah.
Najib menulis tweet itu pada jam 4:40 petang tadi melalui akaun twitter rasminya, @NajibRazak.
 “Dalam Mesy Jemaah Menteri pertama 2016 yg sy pengerusikan semalam, sy ingatkan Kabinet utk belanja peruntukan yg diberikan secara berhemah,” tulisnya.
Bernama melaporkan bahawa pada mesyuarat itu semalam, Najib memberitahu menteri kabinet supaya memastikan program yang dijalankan memberi kesan positif kepada rakyat keseluruhannya.
Pengguna twitter, bagaimanapun kurang kagum dengan keprihatinan secara tiba-tiba Najib untuk berjimat cermat, terutamanya apabila beliau sendiri dikaitkan dengan berbelanja mewah.
Ini termasuk mempunyai beberapa jet peribadi dan dakwaan beliau menggunakan dana awam untuk bercuti mengelilingi dunia.
Pengguna TwitterSirAiyelEdham menulis: "@NajibRazak Belanja Isteri sampai beli Beg berjuta ringgit tu semua kira berhemah kan Dato? Kejap nk belanja makwe saya jap”.
Seorang lagi pengguna,cthalijahDzahir menulis,"@NajibRazak dapat derma tu, kongsi2 lahh der. takkan makan sorg? habis kita yang lain makan asap?”
Pengguna @syfq_syrf, secara sinis menulis, "@NajibRazak jangan lupa ingatkan diri sendiri ea.”
Mengunakan sudut agama pengguna @PerahuSamudera menulis kepadanya: "@NajibRazak jom sama2 kita bertaubat, kiamat dah dekat. Assalamualaikum.”

Najib ingatkan kabinet berbelanja secara berhemah....ketam suruh anak berjalan lurus...!!

 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan anggota Kabinetnya supaya bijak dan berhemah dalam membelanjakan peruntukan kerajaan bagi memastikan ia betul-betul memberi manfaat kepada rakyat.
Najib dalam laman Facebooknya berkata peringatan itu disampaikan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang pertama bagi 2016 di Putrajaya semalam.
"Dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pertama 2016 yang saya pengerusikan semalam, saya telah mengingatkan kepada Kabinet untuk membelanjakan peruntukan yang diberikan secara berhemah dan bijak," katanya.
Beliau turut mengingatkan barisan Kabinet untuk memastikan program yang dijalankan memberi kesan positif kepada rakyat keseluruhannya.
"Walaupun demikian, program untuk rakyat perlu terus diadakan, dan pastikan program-program tersebut meninggalkan kesan positif kepada rakyat keseluruhannya, tanpa perlu perbelanjaan yang berlebih-lebihan," katanya.

'PAS using Umno tactics to undermine non-Muslim leaders'

'Kami digertak polis kerana buat sekatan'

Kastam jejak 100,000 syarikat tidak daftar GST

Syed Saddiq: Even if Malaysia can’t be saved, Johor can

Anina: Najib will fall before the next GE

Syed Saddiq: Najib’s wrong has made Muhyiddin a leader

AG: Saya perlu masa kaji laporan 1MDB, derma RM2.6b Najib

Peguam Negara Mohamed Tan Sri Apandi Ali hari ini berkata beliau memerlukan masa untuk meneliti dua kertas siasatan terhadap bekas anak syarikat 1MDB, SRC International dan satu lagi mengenai sumbangan RM2.6 bilion politik yang diterima oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Kedua-dua laporan siasatan itu dihantar oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akhir tahun lalu.
 "Saya perlukan masa," kata Apandi ketika dihubungi Malaysiakini.
Apabila diajukan soalan sama ada Jabatan Peguam Negara akan dapat membuat keputusan mengenai kertas siasatan terhadap derma Najib yang menurut SPRM adalah 'tidak lengkap', beliau hanya mengulangi jawapannya.
"Saya telah katakan bahawa saya perlu masa."
Apandi enggan menjawab soalan berhubung sama ada Jabatan Peguam Negara akan menetapkan sebarang tarikh akhir untuk sebarang tindakan.
Dalam temu bual telefon dengan Malaysiakini pada Selasa lalu, Apandi berkata beliau menghormati undang-undang dan hanya akan melihat kes itu daripada aspek undang-undang.
Beliau kemudian berikrar akan bertindak tanpa rasa takut atau pilih kasih.
Sebelum ini, Pejabat Peguam Negara mengambil kira-kira sebulan untuk membuat keputusan berhubung kertas siasatan yang dikemukakan oleh Bank Negara Malaysia berhubung dakwaan salah guna dana 1MDB.
Dalam surat bertarikh 11 September 2015, bank pusat itu mencadangkan kepada Pejabat Peguam Negara supaya mengambil tindakan penguatkuasaan yang bersesuaian tetapi sebaliknya kertas siasatan itu dikembalikan kepada Bank Negara.
Dalam satu lagi surat bertarikh 1 Oktober lau, bank pusat meminta Pejabat Peguam Negara untuk mengkaji semula keputusan untuk tidak bertindak berhubung isu 1MDB itu.
Walau bagaimanapun, tujuh hari kemudian, Apandi pada satu sidang akhbar mengumumkan hbar bahawa pejabatnya telah membersihkan 1MDB daripada sebarang salah laku.

Aktivis reformasi Indonesia Mugiyanto dihalau pulang

Aktivis reformasi Indonesia Mugiyanto dihalau pulang berikutan ketibaannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2) hari ini.
Perkara ini dinyatakan oleh BERSIH dalam satu tweet.
"BREAKING: Panelis forum #YellowMania malam ini, Sdr Mugiyanto ditahan di KLIA2 dan dihantar pulang. @saifuddinabd @Ambiga_S, petik tweet itu.
 Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdulah, yang disebut dalam tweet itu kemudian bertanya, "Atas alasan apa dia diperlakukan demikian?”
Mugiyanto dijadualkan untuk berucap di forum #YellowMania anjuran kumpulan NGO reformasi pilihan raya bertajuk "gerakan rakyat boleh bawa perubahan" di Dewan Perhimpunan Cina Kuala L:umpur dan Selangor, malam ini.
Mugiyanto, yang merupakan seorang pemimpin pelajar semasa pergerakan reformasi anti-Suharto pada tahun 1998 membantu menganjurkan tentangan pelajar yang bertindak ‘orde baru’ terhadap rejim Suharto.

“Malulah pada ustaz Umno,” kata netizen kepada ustaz PAS

Status Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang di daalam laman Fb mengundang kritikan netizenStatus Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang di daalam laman Fb mengundang kritikan netizen
Tindakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Mokhtar Senik memuat naik foto dua unit kereta mewah miliknya yang dipanggil ‘kuda’ di Facebook beliau mengundang kritikan umum termasuk membandingkan sikap pemimpin kontroversi itu dengan golongan agama di pihak Umno.
“Geng-geng ustaz Umno pun tak buat camtu. Tak malu dengan kami yang hina ni takpa la. Malu la sikit dengan ustaz Umno. Depa (Umno) tak buat camtu pun. Relax je la. Chill. Tak payah post orang tau la kereta semua kena servis. Motor Kriss pun kita servis. Semua tau tu,” kata Koba Beckquer.
Foto berkenaan mulanya dimuat naik pada 17 Disember lalu dengan hanya lebih 10 komen setakat tengah hari tadi, bagaimanapun menjadi viral selepas Sulaiman Ibrahim atau Leman Raja Lawak mengongsikannya di Facebook beliau kira-kira jam 5.30 pagi tadi.
“Ulama duniawi. Dua biji kereta mewah ini mampu perbaiki lebih daripada 10 biji rumah rakyat miskin. Nak berdakwah naik kereta Wira pun ok. Ulama mana boleh riak dengan kebendaan. Nak habaq (beritahu) yang tu,” ujarnya yang memakai nama ‘Leman Raja Lawan’ di laman sosial itu.
Mendapat 329 ‘likes’ dengan lebih 230 komentar sepanjang tempoh itu, polemik hangat dalam kalangan netizen saling berbaur antara pro dan kontra termasuk sindiran seperti, “Tak sangka tar snake (Mokhtar Senik) pun suka menunjuk,” dari Ahmad Fazley.
“Tu dia. Murah rezeki dia berdakwah. Amin. Semoga Tuhan bagi jet peribadi pula lepas ni. Bolehlah ustaz pi (pergi) berdakwah seluruh pelusuk dunia. Aummm,” perli Benz Rahman.
Pengguna Facebook, Zach Yahya pula menulis, “Tu yang berbulan-bulan mangsa banjir bawah PAS dok dalam khemah. Tak mampu sediakan rumah sebab tengoklah pemimpin mereka macam mana.”
Sementara itu, sindir Muhammad Azri, “Fuuyooo. Lepas ni mungkin boleh saing dengan Dato’ Vida” manakala Hafifuddin Hassan meninggalkan ulasan, “Riak yang mengikut syariat.”
Ramai juga netizen menganggap golongan ustaz dalam PAS pada masa ini hidup mewah hasil apa yang didakwa mereka sebagai ‘menjual agama’.
Antaranya, Shuib Hanafiah berkata, “Perjuangan adalah jihad, derma adalah jihad akhirnya pedagang agama juga yang senang”, demikian juga ujar Urang Areng, “Tahniah la.. Ustaz-ustaz PAS dah kaya-kaya sekarang. Join PAS pun setelah PAS berada di kemuncak.”

Najib-Hadi - kisah cinta pemimpin terdesak, kata Kadir


Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin melabelkan cubaan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak ‘memikat’ Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai kisah cinta dua pemimpin terdesak yang mula kehilangan sentuhan dengan ahli akar umbi serta realiti.
"Buat masa ini, perkembangan ini sangat menarik dan dilihat sebagai percintaan antara dua pemimpin parti terdesak. Mereka terpikat dengan satu sama lain dan semakin hanyut daripada ahli-ahli parti mereka dan realiti.
"Ini adalah dua orang yang tidak mengenali tetapi menjeling satu sama lain pada waktu malam sambil tertanya-tanya apa keinginan (hati) kerana tahu bahawa mereka telah kehilangan hati dan minda ahli-ahli parti," katanya dalam blognya hari ini.
Ini, kata Kadir apabila Najib terus merenggangkan dirinya daripada akar umbi Umno dengan mengketepi atau menyingkirkan mereka yang berbeza pendapat atau cuba mencari jawapan berhubung skandal kerajaan seperti 1MDB dan sumbangan derma RM2.6 bilion.
Hadi juga banyak kehilangan ahli parti kepada parti sepihan Parti Amanah Rakyat (AMANAH) kerna tindakannya yang hampir sama dalam mengendalikan PAS.
Najib menghulurkan salam kepada PAS semasa Perhimpunan Agung Umno ke-69 awal bulan lalu dan ia diterima dengan baik oleh Hadi.
Kedua-dua pemimpin berkongsi pentas pada Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 17 Disember tahun lalu.

Pahang adalah negeri paling gagal di Malaysia?

Rakyat Sultan Ahmad Shah tanggung malu berikutan tumpuan yang diberi atas sebab yang salah.
pahang
Rakyat kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menerima tumpuan luar biasa dari seluruh negara dalam tempoh tiga tahun ini.
Malah, tidak salah kalau kita kata bahawa rakyat negeri Mat Kilau itu mencuri tumpuan dunia atas sebab yang dirasakan tidak kena gaya.
Dua kali banjir dan penerokaan tanah haram di Empangan Cameron Highlands, tanah runtuh di Karak, banjir besar, pembalakan haram dan terbaharu adalah penerokaan galian bauksit, di mana semua isu itu menjadikan Pahang ‘negeri panas’.
Itu belum lagi masuk kemelut 1MDB yang penasihatnya adalah salah seorang Orang Besar Berempat Pahang dan pendirian tegas bela Melayu-Bumiputera oleh menteri Kabinet dari negeri itu.
Ramai tertanya mengapa Pahang jadi sedemikian rupa sehingga ada pendapat yang mengatakan Pahang adalah negeri paling gagal di Malaysia.
Kita yakin, pendapat berkenaan keluar kerana peningkatan pendidikan rakyat Malaysia yang menyebabkan kesedaran mengenai tanggungjawab menjaga alam sekitar menjadi lebih baik.
Apabila berlaku isu salah urus alam sekitar di Pahang, ia meletus umpama letusan bom hidrogen buatan Korea Utara dalam kalangan rakyat termasuk di luar Pahang.
Rakyat luar Pahang memandang dan mencari rakyat Sultan Ahmad Shah dan yang sedihnya ia atas alasan yang salah dan sangat tidak kena.
Majoriti rakyat Sultan Ahmad Shah tentu malu dan letih menjawab dengan rakyat negeri lain mengenai isu alam sekitar yang tidak habis-habis di negeri itu.
Menteri Besar negeri berkenaan, Datuk Seri Adnan Yaakob pula semacam ‘kerasnya’ menyebabkan rakyat Sultan Ahmad Shah sekali lagi pening kepala.
Kita fikir, rakyat Sultan Ahmad Shah tidak perlu susah hati kerana rakyat negeri lain sebenarnya masih suka dengan Pahang.
Rakyat negeri lain sangat suka masakan ikan patin dan sentiasa tertawan dengan kecantikan, kelembutan dan kehebatan wanita yang berajakan Sultan Ahmad Shah.
Cuma itulah, kepemimpinan negeri hendaklah menjaga alam sekitar Pahang dan janganlah memalukan rakyat yang bersultankan keluarga Bendahara Wan Ahmad Wan Ali.

DAP: PAS guna taktik Umno dalam dakwaan isu Israel

PAS menggunakan taktik Umno untuk menyerang DAP, terutamanya dalam dakwaan terbaru bahawa parti itu ditawarkan oleh Israel sebanyak AS$ 300 juta (RM1.2 bilion) pada pilihan raya umum lalu untuk membina sebuah pangkalan udara di Port Dickson sekiranya menawan Putrajaya.
 Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu dengan mengatakan ia pembohongan berniat jahat dan fitnah.
Beliau berkata, bekas pegawainya Razali Abdul Rahman, yang membuat tuduhan seperti didakwa Pengarah Penyelidikan PAS Mohd Zuhdi Marzuki, tidak pernah bekerja di bawahnya atau diberi apa-apa tugas yang penting.
"Mengapa kami diserang walaupun kami tidak pernah bertemu dengan Israel?" soal Lim.
"Ada pemimpin yang telah bertemu dan berjabat tangan dengan Israel, mengapa ia tak jadi masalah?" soalnya.
Lim berkata serangan PAS berbau "dwi standard dan kemunafikan" dan disasarkan untuk melemahkan imej DAP di kalangan orang Melayu Islam.
Beliau berkata serangan seperti itu juga mencipta kebencian terhadap pemimpin bukan Muslin.
"Mengapa mereka tidak pernah mengkritik seseorang yang mendapat RM2.6 bilion?" soalnya merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib mengakui menerima wang dalam akaun bank peribadinya tetapi menafikan menggunakannya untuk kepentingan peribadi.
Lim menggesa PAS menunjukkan bukti bahawa DAP ditawarkan RM1.2 bilion untuk menyokong dakwaannya atau berdepan tindakan undang-undang.
“Saya telah arahkan peguam saya untuk meneruskan tindakan undang-undang kepada sesiapa yang membuat tuduhan fitnah seperti itu,” .
“Kami juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar yang menyiarkan pembohongan itu,” katanya.

Umno setuju kerjasama dahulu, politik kemudian - Dr. Fathil Bari

Dr. Fathil Bari Mat JahayaDr. Fathil Bari Mat Jahaya
Keputusan Majlis Syura Ulamak PAS mahu bekerjasama dengan Umno untuk memperkukuhkan Islam adalah keputusan yang positif bagi membolehkan kerjasama politik terjalin kemudian hari.
Exco Pemuda Umno Dr. Fathil Bari Mat Jahaya berkata, tidak semestinya kerjasama Umno-PAS itu perlu dimulakan dengan kerjasama politik semata-mata.
Ini kerana, katanya dasar Umno yang meletakkan kepentingan bangsa, agama dan raja Melayu sebagai perjuangan utama parti.
"Jadi kalau salah satu daripada dasar itu dipenuhi maknanya sudah terjalinlah kerjasama itu.
"Jika majlis syura PAS hanya mahu jalin kerjasama mengukuhkn Islam sahaja, kita harus sambut baik walaupun tak mahu sentuh hal-hal politik.
"Saya juga sudah katakan hal kerjasama ini dalam tulisan saya sebelum ini, kedua parti perlu mulakan kerjasama dari sudut kepentingan umat Islam terlebih dahulu dan soal politik itu pastinya akan berlaku kemudian.
"Ini kerana hal-hal berkaitan umat Islam hanya akan terbela dan terpelihara sekiranya salah satu pihak ada 'political will' utk membina idea, mlaksana idea atau menambab baik sesuatu isu berkaitan kepentingan umat Islam," ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline.
Fathul Bari juga menegaskan, agak sukar bagi dua parti itu untuk meletakkan asas 'politik' bagi tujuan kerjasama walaupun dalam tujuan pilihan raya.
"Biarlah kita bekerjasama dalam hal-hal menyentuh kepentingan umat Islam," ujarnya.

'Kalau AMANAH tanding di Kelantan, kita berdepan lah' kata Mohd Amar

PAS bersedia menghadapi Parti Amanah Negara (AMANAH) sekiranya parti itu meletakkan calon dan bertanding di Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang.
Naib presidennya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (foto) berkata PAS dengan jelas menolak sebarang kerjasama dengan parti serpihannya itu.
“Bukan soal kalah menang. Pendirian kita (ialah) tidak ada sebarang kerjasama dan perbincangan dengan AMANAH. Itu asas dia. Jadi kalau AMANAH buat keputusan nak bertanding di Kelantan, maka kita berdepan lah.
“Tiga penjuru ke empat penjuru ke, dan keputusan itu terserah lah. Kalau Tuhan takdir menang, menang lah, kalau kalah, nak buat macam mana,” kata beliau seperti di lapor Sinar Harian.
Sebelum ini Mohd Amar berkata pintu perbicangan antara PAS dan AMANAH sudah ditutup untuk rundingan.
Beliau berkata perbincangan itu tidak perlu diadakan kerana AMANAH pernah membuat perjanjian untuk tidak bertanding di Kelantan.
Sementara itu, katanya PAS sama sekali tidak akan bergabung dengan Umno tetapi mengulangi pendirian Majlis Syura Ulamaknya untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja.
“Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kita tidak akan bergabung, istilah itu betul. Istilah bergabung, menyertai dan kerjasama itu tidak sama.
“Awak boleh bekerjasama dengan orang bukan Islam sekalipun, contohnya kereta rosak tepi jalan, kita kerjasama menolak kereta.
"Itu tidak bermakna kita berkongsi keyakinan. Bagi kami apa yang dikeluarkan Majlis Syura itu sangat jelas, tiada lagi persoalan,” beliau dilaporkan sebagai berkata.
Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, PAS buat masa ini kekal sendiri dan hanya membuat hubungan politik dengan PKR.

Kes Altantuya: Mahkamah hubungi Wisma Putra

Altantuya Shaariibuu SHAH ALAM - Mahkamah akan menghubungi Wisma Putra untuk mengetahui status dokumen pindaan pernyataan tuntutan yang diserahkan kepada bekas anggota Unit Tindakan Khas polis, Sirul Azhar Umar berhubung saman RM100 juta yang difailkan oleh keluarga model Monggolia, Altantuya Shariibuu, lapan tahun lalu.

Peguam, Ram Karpal yang mewakili Shariibu Steve berkata, ia berikutan tiada sebarang perkembangan mengenainya sejak ia diserahkan pada Ogos lalu.

"Kita akan hubungi Wisma Putra untuk mengetahuinya," katanya selepas prosiding pengurusan kes di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam, Azlinda Mohd Sharif sebentar tadi.

Sirul kini berada dalam tahanan di Australia selepas melarikan diri sebelum Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati terhadapnya kerana bersalah membunuh model Monggolia tersebut.

Selain Sirul, bekas Ketua Inspektor Azilah Hadri, bekas penganalisis politik, Razak Baginda dan Kerajaan turut dinamakan dalam saman tersebut.

BOMBSHELL: NAJIB HELD 'SUCCESSION PLAN' MEETINGS OVERSEAS BUT UNABLE TO SECURE 'SAFE PASSAGE'

BOMBSHELL: NAJIB HELD 'SUCCESSION PLAN' MEETINGS OVERSEAS BUT UNABLE TO SECURE 'SAFE PASSAGE'
It seems that the Bugis Pirate Ship is developing serious leaks, the sails are getting tired and the sea is getting more stormy.  The phrase used was 'his soul has left the body'.   Traditionally when the soul leaves the body a person is considered dead.
Here it is an euphemism implying he has lost the will to hang on. The nightmare has to end and it will end.

So there is plenty of interesting news.

Firstly I hear talk that there is a Surat Layang going around which has allegedly been penned by some retired Senior Civil Servants and addressed to Mamak Hamster and some other guys in the Civil Service. The gist of the letter is this :

Bila ahli politik bohong itu mainan politik.
Bila ahli Civil Service bohong itu adalah jenayah.

The Surat Layang warns them that the politicians can get away scot free with telling lies. Why? Because the politicians can cut deals. There may be special 'laluan tikus' for them.

However the same luxury will not be extended to those Civil Servants who choose to become running dogs of the politicians. Dont forget - in the past Civil Servants have gone to jail.

So to those foolish Civil Servants, stop being foolish. Here I am referring the people in the KSU, KSN ranks, the folks in the MACC, PDRM, AG's Chambers etc. If any of you are party to any crime then be assured that you will do the time.   Dont say that you have not been warned.

A series of ongoing meetings have taken place between the Bugis and one Other.

Bugis drove himself over at midnite with just two personnel. This is supposed to have happened towards end of 2015.

He offered the Other positions (plural) in government.  The offer was turned down. The Other Person made a counter offer.  It was simple :

'First you do xyz, then you step down. After that you get yourself the best lawyer that you can find because I cannot help you with all those issues'.

Bugis went home in a whimper.  Then Bugis met the Other person again. This time the offer was to at least join as 'Advisor'.

The reply was the same.  'You step down and find yourself a good lawyer'.

Then most recently (just a few days ago) the Pirate Flag was seen at stops in Tokyo, Hong Kong, Dubai and Saudi Arabia.

The Bugis met the Other Person again in Tokyo.  More pow wow and the Other Person was requested to revert in a couple of days in Hong Kong.
The next meeting did take place in Hong Kong. Unfortunately I dont have a gist of the Tokyo and Hong Kong meetings but the feedback is the Other Person is firm and the Bugis cannot 'offer' anything to buy him over.

PEDULIKAH MEREKA DENGAN HARI PEMBALASAN?

Tidak senang dengan langkah menjual tanah Bandar Malaysia kepada pihak asing untuk membayar hutang 1MDB, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia atau DPMM nampaknya terpaksa memilih pendekatan bercorak keagamaan dengan memberi peringatan berhubung "hari pembalasan" kepada kerajaan berhubung tindakan itu.

Memetik kata-kata bapa Najib, Allahyarham Tun Razak yang pernah mengatakan "apabila tiba hari pembalasan, hukuman akan dilaksanakan" di majlis penubuhan UDA, Presiden DPMM, Syed Ali Alattas berkata, terpulang kepada mereka memikirkannya kerana merekalah yang bertanggungjawab.

Katanya, DPMM tidak mempunya kaitan dengan perkara itu kerana ia melibatkan "orang besar" tetapi hanya ingin memberi peringatan tentang amanah dalam mentadbir negara.

Dewan tiada kuasa pun, tidak pernah mimpi untuk dapat semua ini. Kuasa ini semua "orang besar" yang dapat, dia juallah.

Tetapi ingat, ketika hari pembalasan, hukuman dilaksanakan, tambah beliau.

Pakatan Harapan bakal kembalikan momentum politik tanah air


pakatan 2.0
Konvensyen Pakatan Harapan Sabtu ini dijangka mengembalikan semula momentum kepada gabungan parti pembangkang untuk meneruskan usaha melawan kezaliman UMNO BN.
Harapan itu disuara pimpinan muda DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) yang mahu melakar masa depan politik tanah air dengan cemerlang berikutan terkuburnya Pakatan Rakyat akibat manipulasi isu hudud yang didalangi UMNO BN.
Edry_konvensyen_DAPAhli Jawatankuasa DAP Selangor, Edry Faizal Yusof menyifatkan penganjuran konvensyen itu sebagai titik mula Pakatan Harapan dalam merangka pelan dasar kerja bersama yang sebelum ini kurang konsisten.
“Rakyat hanya tahu Pakatan Harapan melalui pengumumannya tahun lalu. Penganjuran konvensyen itu akan mengesahkan kewujudannya. Sekaligus ia memberi gambaran jelas mengenai dasar dan perjanjian ketiga-tiga parti itu.
“Kita harus memperkuatkan gabungan ini dengan pelaksanaan dasar serta meletakkan syarat yang dipersetujui bersama supaya ia tidak jadi seperti Pakatan Rakyat,” katanya kepada Roketkini.
Konvensyen yang akan berlangsung pada 9 Januari di Shah Alam Convention Center (SACC) itu bakal menyaksikan kehadiran perwakilan daripada setiap parti untuk sesi perbahasan dan pengumuman rangka dasar dan perjanjian bersama.
Ia turut memfokuskan antaranya isu melibatkan kepentingan dan kesejahteraan rakyat yang saban hari kian dihimpit berikutan peningkatan melambung tinggi kos sara hidup yang gagal ditangani Kerajaan BN UMNO.

Skandal 1MDB: Najib takkan mampu raih sokongan tiga juta ahli UMNO

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya mampu ‘membeli’ sokongan antara 300 hingga 400 Ahli Majlis Tertinggi UMNO tetapi tidak akan dapat berbuat demikian terhadap tiga juta ahli UMNO, apatah lagi rakyat bawahan.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata Pakatan Harapan harus ‘menawan’ hati ahli UMNO untuk turut bersama-sama dalam kempen menyelamatkan negara dari gejala rasuah berleluasa, ketidakadilan sosio-ekonomi dan kegagalan dasar pembangunan.
“Ahli tertinggi UMNO tentunya bersetuju dengan Najib apabila dia mengatakan isu derma RM2.6 bilion dan dua skandal 1MDB selesai, tetapi saya tak fikir 30 juta rakyat kita percaya dengan propaganda mereka.
“Skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terus jadi perhatian media terutama di media sosial memandangkan baru-baru ini Malaysia berada di tangga ke-3 sebagai entiti paling rasuah di dunia,” katanya pada ceramah “Solidariti Bersama Kit Siang dan Mana RM2.6 Billion?” di ibu pejabat DAP Melaka, Lorong Pandan semalam.
Najib terus dihimpit skandal 1MDB dan derma RM2.6 bilion dari pelbagai pihak pihak sekalipun membuat kenyataan kononnya skandal itu sudah berakhir bagi meraih sokongan segelintir pemimpin UMNO.
Justeru, Kit Siang berkata, Pakatan Harapan memikul tugas berat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) untuk ‘menawan’ hati 3 juta ahli UMNO supaya mereka menyertai rakyat Malaysia lainnya dalam kempen “Selamatkan Malaysia” agar negara diselamatkan.
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah itu yakin penentangan rakyat terhadap Najib semakin hebat walaupun ia kelihatan sukar menggugat cengkaman kuasa Perdana Menteri itu pada peringkat parti dan kerajaan buat masa ini.

‘Day of Judgment’ awaits those responsible for Bandar M’sia sale

A political analyst notes that the Malay Chamber of Commerce and Industry had to fall back on religion to express its objections and reservations on Bandar Malaysia sale.
Syed-Ali-AlattasKUALA LUMPUR: The question that arises, in the wake of a statement by the Malay Chamber of Commerce and Industry (MCCI) on 1MDB, is whether anyone really cares about the “Day of Judgment” as mentioned in religion. “Do those responsible really think about the trust they hold towards the people and the nation?” asked a political analyst in his latest blog posting. “Or have they already repented and asked for forgiveness in front of the Kaabah while carrying out the umrah (minor haj)?”
Shahbudin Husin, the analyst, thinks that it’s not surprising that MCCI Chief Syed Ali Alattas warned about the “Day of Judgment” in reminding those responsible for selling 1MDB assets and lands to foreigners that they will not “escape”. “This is the final responsibility that they will not escape, according to Syed Ali.”
“Obviously, Syed Ali was aware that many people were unhappy that 1MDB sold the major chunk of the 500 acre Bandar Malaysia in Sungai Besar in Kuala Lumpur, the former RMAF Base, to a Consortium created by a state-owned firm in China in partnership with a local company.”
Syed Ali knows that the objections to the sale, added the analyst, were not having any effect on those responsible at 1MDB and in the government. “The MCCI’s reminder was in fact directed at Prime Minister Najib Abdul Razak and all members of the Cabinet and the top Umno leadership.”
“It’s true that none of them reacted to the public objections against 1MDB’s sale of Bandar Malaysia.”
The analyst thinks that the MCCI wants the public to know it wasn’t happy either with the Bandar Malaysia sale, has taken due note of public objections, shared in the sentiments and wanted to keep a distance from 1MDB on the sale, even if it meant resorting to the use of and/or falling back on religion. “The chamber obviously thinks that the reference to the ‘Day of Judgment’ was appropriate under the circumstances.”

Kerajaan Pusat punca hubungan dengan Sarawak renggang – Tun M

Beliau juga mengaku sukar meramalkan siapa yang akan memerintah Sarawak selepas PRN yang dijangka Mac ini.
mahathir_sarawak_600PETALING JAYA: Kerajaan Pusat pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak harus dipersalahkan di atas keretakkan hubungan yang berlaku antara Semenanjung dan Sarawak.
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, senario yang berlaku sekarang seolah-olah menunjukkan Sarawak bukan sebahagian daripada Malaysia.
“Ia berpunca dari kelemahan Kerajaan Pusat,” katanya dalam satu wawancara eksklusif bersama FMT.
Beliau juga mengaku sukar untuk meramalkan siapa yang akan memerintah Sarawak selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka pada Mac ini.
“Saya tidak tahu bagaimana pendapat orang Sarawak. Tetapi kita nampak semakin renggang, dan masing-masing bercakap pasal Sarawak. Seolah-olah Sarawak ini tidak ada dalam Malaysia kerana lebih kepada Sarawak,” ujarnya.
JIka keadaan itu berterusan, Dr Mahathir berkata, negeri-negeri lain akan mempersoalkan mengenai layanan yang diterima terhadap negeri Sarawak.
“Kalau kita macam itu, Johor pula hendak lebih untuk Johor. Jika macam itu, kita akan berpecah. Bila berpecah, negera ini akan hancur,” katanya lagi.
Sejak akhir-akhir ini, kerajaan Sarawak pimpinan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem banyak membuat keputusan yang bertentangan dengan kerajaan Pusat seperti mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai syarat untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam di negeri itu.
Selain itu, Adenan enggan mengubah dasar imigresen bagi memelihara keharmonian masyarakat berbilang kaum di negeri itu selain menjadi ketua kerajaan negeri yang paling lantang mengkritik keputusan kerajaan Pusat dan Najib.