Rabu, 6 Januari 2016

PAS Selangor dapat tambahan kerusi ahli majlis

Persetujuan itu sebagai balasan kepada PAS kerana 'mengorbankan' satu kerusi EXCO
Shuhaimi-Shafie_pas_amanah_600
PETALING JAYA: PAS mendapat tambahan kuota ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) daripada 67 kepada 70 serta tambahan jawatan ketua kampong.
Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Shuhaimi Shafie berkata, tambahan kuota itu sebagai balasan kerana PAS kehilangan satu kerusi EXCO kerajaan negeri.
Beliau berkata, mengikut perjanjian asal, 1/3 ahli majlis dan ketua kampung diberikan kepada PAS sebagai balasan kerana terpaksa mengorbankan satu kerusi EXCO.
Katanya, walaupun PAS bertegas untuk tidak memberikan kuota ahli majlis kepada Parti Amanah Negara (AMANAH), namun akhirnya persetujuan dicapai demi kestabilan negeri Selangor.
“Kita (PKR) bersetuju untuk bertolak ansur demi melicinkan perjalanan pentadbiran kerajaan negeri. Pastinya dalam proses perbincangan ini ada yang setuju dan sebaliknya namun akhirnya, kita dapat keputusan di mana PAS, DAP dan PKR mestilah meletakkan kepentingan kerajaan negeri di tempat utama,” katanya kepada pemberita.
Mengulas lanjut, Shuhaimi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Muda berkata, PKR telah ‘mengorbankan’ 19 kerusi ahli majlis dalam rundingan itu untuk menyelesaikan konflik tersebut.

Kos sara hidup takkan turun, kata Ahmad Maslan

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan berkata hari ini tidak ada kemungkinan kos sara hidup akan turun, sambil menambah ia adalah realiti yang dihadapi seluruh dunia.
The Malay Mail Online melaporkan beliau berkata demikian dalam satu temubual di TV3 menerusi program Wanita Hari Ini.
Menteri yang baru-baru ini mencetuskan kontroversi kerana mencadangkan rakyat Malaysia mengambil 2 pekerjaan, juga menasihati rakyat mengubah sikap dan gaya hidup mereka serta belajar untuk menambah pendapatan mereka.

Beliau turut menggesa orang ramai berniaga atas talian sebagai langkah mendapatkan lebih banyak pendapatan. "Anak saya beli tudung dia online. Anak saya beli kasut dalam talian. Makanan juga kami beli online. Tetapi kenapa kita hanya beli? Sekarang kita perlu menjadi penjual juga," kata beliau dalam wawancara tersebut.
Ahmad juga menggesa orang ramai berhenti memberi alasan dan mencari peluang untuk berniaga.
Rakyat Malaysia juga dinasihati menjadi pengguna bijak dan hanya membeli daripada peniaga beretika dalam menangani kenaikan kos sara hidup.
Pada akhir bulan lalu, timbalan menteri itu mengadu kenyataan beliau diputar belit media mengenai cadangannya agar masyarakat membuat 2 kerja bagi menampung kos sara hidup.
Katanya, beliau berniat baik dan mencadangkan perniagaan online untuk mendapatkan pendapatan tambahan.

Beku perlombongan bauksit 3 bulan terlalu pendek, kata Fuziah

Langkah Putrajaya mengenakan 3 bulan moratorium atas segala aktiviti perlombongan bauksit di Pahang bermula 15 Januari bagi menangani masalah pencemaran hanya satu "langkah bertindak balas" kepada fenomena "laut merah" yang melanda Pantai Balok, kata Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh.
Dalam reaksi segeranya kepada pengumuman Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini mengenai moratorium itu, Fuziah berkata perasaan beliau bercampur-baur.
Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh berkata tindakan mengenakan moratorium selama 3 bulan adalah lebih kepada langkah 'bertindak balas'. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 Januari, 2016.Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh berkata tindakan mengenakan moratorium selama 3 bulan adalah lebih kepada langkah 'bertindak balas'. "Pembekuan aktiviti selama 3 bulan itu sangat pendek. Saya perhatikan beliau hanya menyebut mengenai simpanan bauksit. Bagi saya, ia lebih kepada langkah bertindak balas kepada fenomena laut merah," katanya.

Fuziah berkata, pengumuman itu gagal menyatakan dan menangani masalah yang berkaitan dengan aktiviti perlombongan, dan kerja-kerja penggalian yang dilakukan berhampiran kawasan laluan air dan ke atas arah pusat pengambilan air. "Saya amat bimbang kerana aktiviti ini mesti dihentikan. Ini sumber pencemaran sungai dan air minuman kita."
Wan Junaidi pada satu sidang media terdahulu hari ini berkata, arahan pemberhentian sementara itu akan dilanjutkan selama-lamanya jika industri itu gagal "membendung" masalah pencemaran dalam tempoh 3 bulan.
Bagaimanapun, katanya, Putrajaya tidak berhasrat menghentikan terus industri itu, cuma bertindak mengawalnya supaya tidak menjejaskan alam sekitar secara keterlaluan.
Fuziah berkata, kerajaan dan agensi penguatkuasaannya akan menghadapi kesukaran "lebih teruk" dalam mengendalikan isu ini jika peraturan dan penguatkuasaan sewajarnya tidak dilaksanakan.
Beliau berkata, jawatankuasa yang memantau moratorium itu juga perlu dianggotai pakar yang berkenaan dan mereka yang mewakili suara orang ramai.

PKR persoal kenyataan bercanggah 'laut merah' Kuantan

 PKR mempersoalkan kenyataan yang bercanggah yang dibuat oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, atuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Konsortium Pelabuhan Kuantan (KPC) berkenaan dengan fenomena "laut merah" di Kuantan.
Mengulas mengenai kenyataan yang dibuat oleh Wan Junaidi hari ini, Ketua Penerangan PKR Syed Ibrahim Syed Noh berkata menteri berkenaan sendiri mengakui pencemaran itu adalah disebabkan oleh aktiviti perlombongan bauksit.
“Menteri sendiri akui laut tercemar (laut berwarna merah) kerana stok simpanan bauksit tidak diangkut keluar dari pelabuhan, bertentangan dengan penjelasan sebelumnya oleh Konsortium Pelabuhan Kuantan (KPC).
“Saya nasihatkan pihak yang terlibat untuk menyemak insiden yang berlaku sebelum mengeluarkan jawapan yang tidak tepat,” kata Syed Ibrahim (atas, kanan) dalam satu kenyataan hari ini.
Rakyat, katanya, tidak mudah dikelirukan dan akan terus memantau sehingga isu bauksit ini selesai.
Wan Junaidi dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini mengumumkan satu moratorium selama tiga bulan bagi menghentikan perlombongan bermula dari 15 Januari bagi memudahkan pembersihan stok simpanan yang sedia ada.
Wan Junaidi mengakui stok simpanan bauksit di pelabuhan itu telah menyebabkan pencemaran, termasuk ‘laut merah’ di Pantai Batu Hitam.

SPRM sahkan unsur rasuah dalam isu bauksit Kuantan

 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengumumkan bahawa wujud unsur-unsur rasuah dilakukan oleh pihak-pihak tertentu yang terlibat dengan aktiviti perlombongan bauksit di Pahang.
Dalam satu kenyataan media, SPRM berkata pihaknya menerima banyak aduan berkaitan isu pencemaran alam sekitar akibat aktiviti perlombongan bauksit yang tidak terkawal di negeri itu.
“Berdasarkan aduan tersebut, SPRM mendapati telah wujud unsur-unsur rasuah dilakukan oleh pihak-pihak tertentu yang terlibat dengan aktiviti pengeluaran bauksit berkenaan.
“SPRM memandang serius perkara ini dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat dalam jenayah rasuah serta salah guna kuasa tersebut di bawah Akta SPRM 2009,” petik kenyataan itu.
Kenyataan SPRM itu dikeluarkan sehari selepas The Malay Mail melaporkan bahawa agensi pencegahan rasuah itu sedang menyediakan laporan berhubung pihak berkuasa negeri yang terlepas pandang banyak bidang utama dalam aktiviti perlombongan bauksit.
Menurut laporan itu, antara penemuan SPRM termasuk tidak ada kriteria tertentu mengenai siapa yang boleh memohon lesen perlombongan bauksit, tiada keperluan bagi mereka yang mendapat lesen untuk memberi laporan teknikal dan ketiadaan tender terbuka.
Perlombongan bauksit di Pahang meningkat pada 2014 untuk memenuhi permintaan China selepas Indonesia mengharamkan eksport bahan mentah itu kerana menggalakkan pengeluaran aluminium tempatan.
Walau bagaimanapun perlombongan secara tidak terkawal telah menyebabkan pencemaran alam sekitar yang serius di Kuantan.
Paling jelas kelihatan adalah sungai-sungai dan perairan pantai bertukar merah dan kehidupan marin tempatan terjejas.

PAS Selangor terima ahli majlis AMANAH tetapi tolak parti

 PAS Selangor menghormati keputusan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali untuk melantik ahli-ahli AMANAH sebagai ahli majlis tempatan, walaupun ia tidak mengiktiraf parti serpihannya itu.
"Walaupun PAS tidak mengiktiraf AMANAH dan tidak mempunyai sebarang hubungan dengannya namun kami memahami dilema yang dihadapi oleh Azmin.
"Tetapi ini sama sekali tidak mengubah pendirian kami terhadap AMANAH yang telah mengkhianati PAS dan sentiasa menyerang PAS," kata setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman dalam satu kenyataan hari ini.
Khairuddin juga mengucapkan terima kasih kepada Azmin kerana tidak mengurangkan jumlah ahli majlis PAS dan berharap boleh terus bekerjasama untuk rakyat Selangor.
Exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah hari ini mengumumkan bahawa AMAANH akan mendapat lapan daripada 34 kerusi majlis sepertimana diminta.
AMANAH akan mempunyai wakil di Sepang, Kuala Langat, Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor, katanya.
ADUN Hulu Kelang Saari Sungip dari AMANAH sebelum ini dilaporkan berkata bahawa parti itu berharap kerajaan negeri akan akur dengan permintaan untuk pelantikan 34 wakil di 12 majlis tempatan Selangor.

Najib tidak pandai perintah negara

Pusing punya pusing 'kroni' UMNO gak yg bertambah kaya..

Rakyat pon bertambah kaya juga...
KAYA bayar GST..
KAYA bayar tol NAIK..
KAYA kumpul hutang..
KAYA tolong bayar hutang KERAjaan..
KAYA backup jilat pemimpin UMNO !!!

Umno sesungguhnya adalah sebuah perjuangan 'memiskinkan' Melayu...


HAKIKATNYA... tanah2 di Johor BANYAK TERGADAI di bawah pemerintahan 'cina-DAP' bukan melayoo-UMNO... Dari merdeka sehingga skrg DAP lah yg memerintah...

Yang pergi ke London mintak kemerdekaan dari British adalah pemimpin cina-DAP..

FAHAM ker tak !!!

Menteri Kayu kata.. RINGGIT JATUH BAIK UNTUK NEGARA !!

Minggu lps heboh media & berita pro UMNO bgtau "Pasaran wang tempatan dijangka kukuh minggu depan (minggu ini)"..

Minggu lps.. RM4.30
Minggu ni (hari ini).. RM4.44
KUKUH TANG MANA TU !!!

'Petanda baik' permulaan utk tahun 2016..

Bila nak gadai tanah lagi !!.. Manalah tau kot2 RINGGIT DIJANGKA KUKUH BULAN DEPAN PLOK.. tak pun Najib & Rosmah dijangka kukuh dok Putrajaya ka !!

Pas tidak rasa disisih dalam pembangkang kata Mohd Amar

KOTA BHARU - Pas tidak pernah rasa disisih walaupun tidak termasuk dalam kumpulan pakatan pembangkang baru yang dianggotai oleh DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah).
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, Pas hanya bekerjasama dengan PKR sahaja dalam Pakatan Rakyat dan konteks hubungan Pas dan PKR dalam PR adalah berbeza dengan hubungan PKR dalam Pakatan Harapan.
Datuk Mohd Amar Abdullah "Itu bahagian dia (PKR). Kita tidak halang. Kita tidak rasa disisih pun. Setakat ini, hubungan kita dengan PKR juga masih kekal. Memang kita yang tidak mahu bekerjasama dengan mereka (pakatan harapan),"katanya kepada media disini.
Beliau diminta mengulas isu Pas seolah-olah disisihkan apabila DAP, PKR dan Parti Amanah Negara mengumumkan ketiga-tiga parti itu mencapai persetujuan muktamad tanpa Pas.
Mohd Amar yang ditemui selepas mesyuarat exco disini turut ditanya mengenai keputusan Majlis Syura Ulama berkenaan kerjasama antara Pas dan Umno.
Beliau berkata, keputusan tersebut sudah jelas dan Pas memang bersendirian, namun dalam konteks politik, kerjasama masih wujud bersama PKR dalam Pakatan Rakyat.
"Saya sudah sebut,kita tidak akan bergabung. Istilah bergabung, menyertai dan kerjasama itu tidak sama. Keputusan Syura itu sangat jelas, tiada persoalan dah,"katanya.
Ketika ditanya mengenai gandingan bersama Parti Amanah Negara di Kelantan, Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kelantan itu turut menegaskan, pendirian Pas masih sama, tiada sebarang perbincangan dan kerjasama akan wujud dengan parti itu.

8 kerusi Ahli Majlis PBT Selangor milik AMANAH

EAN YONGLapan kerusi Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Selangor dibahagikan kepada wakil Parti Amanah Negara (AMANAH) hasil persetujuan KEADILAN, PAS dan DAP.
Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baharu, Ean Yong Hian Wah berkata, keputusan itu dimuktamadkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dipengerusikan Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, hari ini.
Katanya, buat masa ini lima kerusi sah milik AMANAH iaitu Sepang, Kuala Langat, Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.
“Tidak penting untuk tahu parti mana yang serahkan kerusi untuk AMANAH, tetapi perkara ini sudah diputuskan Kerajaan Negeri,” katanya dipetik Sinar Harian.
Pada masa sama, Hian Wah berkata, sebanyak 288 kerusi akan diisi bagi penggal 2016-2017 bermula 15 Januari ini.
Bagaimanapun, katanya, dua lagi kerusi milik KEADILAN dan DAP bagi Ahli Majlis Petaling Jaya dan Kuala Langat belum diputuskan nama.
“Untuk ahli majlis Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), kita (MMKN) masih belum muktamad nama.
“286 kerusi sudah dimuktamadkan, bagaimanapun sebelum 15 Januari ini semua senarai nama akan dipenuhkan,” katanya.
Sebelum ini, AMANAH memohon 34 kerusi dengan dua ahli majlis untuk setiap PBT, namun hanya lapan kerusi sahaja diluluskan.
Semalam, Mohamed Azmin berkata, pengumuman perkhidmatan ahli majlis PBT tetap diputuskan sebelum 16 Januari depan.

Rang undang-undang MKN ancam kerajaan berperlembagaan, kata peguam

Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) mendatangkan ancaman serius kepada kerajaan berperlembagaan Malaysia, kata kumpulan peguam dalam satu surat terbuka kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.
Menerusi surat ditandatangani bersama Majlis Peguam, Persatuan Peguam Bela Sarawak dan Persatuan Undang-Undang Sabah itu, mereka berkata undang-undang yang diluluskan Parlimen itu mengganggu pengasingan kuasa antara eksekutif, badan perundangan dan kehakiman.
Surat terbuka itu dibuat ketika Putrajaya cuba meneruskan pelaksanaan rang undang-undang itu, walaupun timbul kebimbangan mengenainya di kalangan masyarakat sivil dan parti pembangkang.

Kumpulan yang mewakili peguam dari Semenanjung dan Malaysia Timur itu turut menolak dakwaan Putrajaya yang rang undang-undang itu perlu bagi menangani keganasan dan insiden seperti pencerobohan Lahad Datu oleh militan Sulu pada 2013. "Jelas sekali yang rang undang-undang itu memusatkan dan menumpukan kuasa eksekutif dan darurat yang besar pada MKN dan perdana menteri.
"Ini menjejaskan pemisahan kuasa dalam perlembagaan antara eksekutif, perundangan dan kehakiman pada satu pihak, dan raja berperlembagaan pada pihak yang lain," kata mereka.
Surat itu ditandatangani Presiden Majlis Peguam Steven Thiru, Presiden Persatuan Peguam Bela Sarawak Leonard Shim dan Presiden Persatuan Undang-Undang Sabah Brenndon Soh.
Kuasa yang akan diberikannya kepada perdana menteri dan MKN adalah seperti ketika darurat, tetapi tanpa memerlukan pengisytiharan darurat di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.
"Ini merampas kuasa yang terletak pada Yang di-Pertuan Agong, dan menghidupkan semula kuasa yang diberikan kepada kerajaan di bawah Ordinan Darurat, yang dimansuhkan Parlimen pada 2011," kata mereka.
Surat itu menyenaraikan 16 masalah dengan rang undang-undang itu.
Antara isu utama termasuk memberi MKN arahan seperti angkatan tentera, yang melanggar Artikel 41 Perlembagaan, dan kebenaran kepada perdana menteri mengisytiharkan kawasan keselamatan berdasarkan sebab yang samar-samar.

Pas tidak pernah bincang kerjasama Umno lawan Amanah kata Mohd Amar

TRP-Mohd Amar-Adnan
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata meskipun pelbagai kemungkinan boleh berlaku tetapi untuk bekerjasama tidak mungkin.
KOTA BHARU, 6 Januari:
Pas Kelantan tidak pernah berbincang sehingga ke tahap untuk ‘bekerjasama’ dengan Umno dalam menghadapi Parti Amanah Negara (Amanah) pada Pilihan Raya Umum akan datang.
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata meskipun pelbagai kemungkinan boleh berlaku tetapi untuk bekerjasama tidak mungkin.
Ini kerana tahaluf politik tidak ada antara Pas dan Umno sepertimana yang sudah diputuskan Majlis Syura Ulama, Sabtu lalu.
“Dalam dunia semua benda ada kemungkinan. Kalau hendak kata tidak mungkin, masa hadapan kita tidak tahu.
“Bagaimanapun, seperti yang diketahui, sehingga kini kita tidak ada perbincangan sehingga ke tahap itu,” katanya ditemui media selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, hari ini.
Dalam perkembangan sama, Mohd Amar menegaskan Pas tidak merasa tersisih walaupun tidak ada bersama di dalam Pakatan Harapan yang dianggotai oleh DAP, PKR dan Amanah.
“Bukan soal tersisih tetapi memang kita (Pas) memang tidak ada di situ. Kita ada hubungan berbeza dengan PKR dalam Pakatan Rakyat (yang Pas percaya masih wujud).

‘Eloklah mereka tak masuk BN’ kata Umno Kelantan

md alwi
ADUN Kok Lanas, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata, lebih elok jika mereka tidak bersama Umno kerana sikap dan perangai pemimpin Pas yang tidak konsisten.
KOTA BHARU, 6 Januari:
Keputusan Majlis Syura Ulama Pas untuk tidak menyertai atau bergabung dengan Umno adalah satu keputusan yang tidak mendukacitakan.
ADUN Kok Lanas, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata, lebih elok jika mereka tidak bersama Umno kerana sikap dan perangai pemimpin Pas yang tidak konsisten.
“Saya tidak berdukacita dengan keputusan Pas untuk tidak menyertai Barisan Nasional (BN). Eloklah mereka tak masuk BN sebab BN pun sukar nak terima Pas kerana sikap ‘kluk klek’ (dolak-dalik) atau lebih dimaklumi sebagai sikap ‘u-turn’ yang sangat konsisten.
“BN adalah sebuah gabungan parti-parti yang mahu memakmurkan dan mensejahterakan Malaysia dan seluruh rakyatnya,tanpa sempadan agama keturunan atau wilayah.
“Ia juga turut berpaksikan prinsip-prinsip keadilan sosial dan nilai murni sejagat yang tidak bercanggah dengan Islam,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya hari ini.
Dalam nada sinis beliau berkata, Pas merupakan parti yang boleh berdiri sendiri dan juga sebuah parti yang serba boleh.
Katanya, Pas merupakan parti yang serba jadi asal mendapat keuntungan dalam politik dan kerusi.
“Pas adalah parti serba boleh, ada masa berpegang kepada Islam, ada masa berselindung di sebalik tahaluf siyasi.
“Mereka sentiasa berubah macam pasir di pantai dan bergantung pada ombak dan badai,” katanya.
Beliau berkata lagi, Umno sebagai parti terbesar dalam BN akan sentiasa bekerjasama dengan sesiapa sahaja demi kepentingan Islam, Melayu dan Malaysia.

Bauksit: Tiada rakyat Kuantan minta pampasan, kata MB Pahang

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata isu pampasan tidak pernah timbul dari rakyat kerana mereka menyokong industri bauksit. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 Januari, 2016. 
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata isu pampasan tidak pernah timbul dari rakyat kerana mereka menyokong industri bauksit. 

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob menegaskan hari ini, tidak ada sebarang pampasan diminta rakyat negeri itu yang terjejas akibat industri perlombongan bauksit di Kuantan. Katanya, isu pampasan tersebut tidak pernah timbul kerana dakwanya, rakyat di Pahang sendiri sebenarnya yang menyokong industri itu.
"Bauksit bukan ada di Pulau Pinang, tetapi di Pahang, rakyat Kuantan tidak minta (pampasan). Hendak minta (pampasan) apa benda?

"Awak tahu, ada rakyat yang minta bauksit diteruskan. Saya sebagai menteri besar (saya tahu rakyat saya), kena contohi Raja, dekat dengan rakyat," katanya pada satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini. Beliau berkata demikian mengulas cadangan Persatuan Pengguna Pulau Pinang yang meminta kerajaan negeri memberi pampasan kepada rakyat yang terjejas akibat sektor perlombongan bauksit.
Sambil menegaskan perlombongan bauksit tidak akan dihentikan dan tindakan moratorium diputuskan Kabinet hari ini hanya bersifat sementara, Adnan mencabar rakyat yang tejejas datang menemuinya.
"Datang jumpa saya. Kalau ada masalah, jumpa menteri besar. Saya tidak bergurau. Saya hendak tahu apa masalah," katanya sambil menggesa rakyat Pahang tampil ke depan sekiranya mereka mengalami kesukaran akibat industri itu.
Perlombongan bauksit di Kuantan bermula pada awal 2013, dan pengeluarannya meningkat secara mendadak mulai pertengahan 2014.
Menurut menteri besar itu, eksport bauksit Kuantan menyumbang hasil kepada kerajaan negeri melalui kutipan royalti.
Katanya, sejumlah RM46.7 juta dikutip kerajaan Pahang melalui aktiviti tersebut pada 2015, berbanding RM24.4 juta tahun sebelumnya.

PAS Selangor dinasihati buang pemikiran ala-ISIS

Tuduhan Ketua Penerangan PAS Selangor yang menyifatkan Amanah sebagai "pengkhianat perjuangan Islam" dan "ejen DAP" adalah tuduhan liar, jahat, tidak berasas, dan sangat tidak sedondon dengan akhlak Islam, tegas Pengarah Komunikasi Amanah Selangor, Jamzuri Ardani.
Amanah Selangor, ujar beliau menolak fitnah itu sekeras-kerasnya dan menganggap tuduhan liar dan jahat yang sering dibuat terhadap Amanah oleh para pemimpin PAS menyerlahkan tahap pemikiran ala-ISIS yang sedang bersarang di dalam parti itu.
Jamzuri ArdaniJamzuri Ardani"PAS hanya boleh menjadi sebuah parti yang bermaruah dan bertanggungjawab sekiranya dia mahu berada dalam kerajaan negeri dan sedia bekerjasama dengan semua parti komponen Pakatan Harapan.
"Mana mungkin sebuah parti mahu berada dalam kerajaan Pakatan Harapan, tetapi pada masa yang sama enggan bekerjasama dengan parti-parti komponen dalam kerajaan.
"Malah, boleh pula sedondon bekerjasama dengan parti pembangkang dan dalam masa yang sama bersama dengan kerajaan yang mentadbir," jelas beliau dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.
Menurut Jamzuri, sikap enggan bekerjasama dengan parti-parti komponen dalam kerajaan adalah tidak bermaruah dan tidak bertanggungjawab.
Sikap ini, katanya boleh menjejaskan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan Selangor dan seterusnya memberi kesan langsung kepada rakyat.
"Parti Amanah Selangor mempertegaskan sikap untuk terus mendokong dan membantu kerajaan Pakatan Harapan Selangor, sama ada diberi jawatan atau tidak.
"Kita percaya aktivis Amanah punya potensi dan keupayaan untuk menyumbang kepada pentadbiran kerajaan negeri dan sentiasa menawarkan khidmat kami.
"Tuduhan PAS Selangor yang menyebut kami hanya mahu jawatan sebenarnya berbalik ke atas parti itu semula," ujarnya.

'Henti merungut, Ahmad Maslan aset berharga pembangkang’

Pakatan Harapan mendakwa ia mempunyai beberapa aset yang mampu meraih undi dan menurut Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli modal utama mereka adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.
Di tempat ketiga adalah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan yang sering mencetuskan kontroversi.
"Saya harap Ahmad Maslan memulakan kempen di seluruh negara mengenai perkara ini tidak lama lagi. Setiap kali beliau membuka mulut - lebih ramai orang akan lari daripada Umno dan BN.
"Selain Najib dan Rosmah, Ahmad Maslan adalah aset ketiga Pakatan Harapan yang paling berharga bagi mendapatkan undi," kata Rafizi kepada Malaysiakini.
Pemimpin PKR itu berkata demikian ketika mengulas kenyataan timbalan menteri itu semasa rancangan bual bicara di TV3, di mana beliau berkata, rakyat Malaysia mesti berhenti mengeluh tentang kos sara hidup.
Ahmad Maslan melamar bidasan apabila beliau mencadangkan rakyat negara ini mendapatkan dua pekerjaan untuk menampung pendapatan mereka dengan hujah bahawa kos sara hidup tidak akan berkurangan.

MB Pahang janji lebih kekayaan bauksit selepas moratorium, rakyat jadi mangsa kapitalis Umno

Industri bauksit kekal, perlombongan hanya berhenti selama 3 bulan kata Menteri

Remember how Johor Treaty led to Brit control, TPPA critics warn

Ucapan 'sedar diri' buat PM, Rosmah - penjawat awam dapat surat tunjuk sebab

Pengusaha Minyak Mangsa Penurunan Harga - Rafizi

Bandar Malaysia: Kerajaan bakal hadapi 'hari pembalasan' - DPMM

"Cinta itu buta perompak pun diterima," selar netizen pada PAS

Cadangan kerjasama PAS Umno dikecam netizenCadangan kerjasama PAS Umno dikecam netizen
Pada ketika isu kerjasama Umno-PAS hangat diperkatakan, kenyataan media tiga perenggan Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS, Datuk Dr Nik Mohd Zawawi Salleh hari ini mengundang kecaman orang ramai.
Tinjauan Malaysia Dateline pada ruangan komentar bagi kenyataan terbaharu pemimpin PAS itu yang dimuat naik di Facebook media rasmi PAS, Harakahdaily mendapati majoriti netizen menyelar kecenderungan PAS untuk berbaik dengan Umno.
"Manisnya ayat orang yang sedang dilamun cinta. Maka benarlah riwayat al-Ramio wal Juli’at (Romeo Juliet), cinta itu buta. Perompak pun perompaklah. Janji Melayu Islam. Islam itu cukup pada nama saja bagi mereka," bidas Muhammad Anas.
Kemesraan Presiden Umno dan Presiden PAS jelas terlihat di majlis Multaqa Alumni Universiti Al AzharKemesraan Presiden Umno dan Presiden PAS jelas terlihat di majlis Multaqa Alumni Universiti Al AzharBagi Imam Syamsuri pula, PAS sekarang tiada lagi berhalangan untuk bekerjasama dengan ‘penyamun’ beragama Islam walaupun sebelum ini ulamak PAS kerap mengingatkan tentang pentingnya tidak menyebelahi pihak zalim.
"PAS kerjasama dengan penyamun Amno (Umno) demi kepentingan Islam atau demi survival politik? Nampaknya ulamak-ulamak PAS sekarang sudah nyanyuk sehingga lupa surah Hud ayat 113 tentang haramnya cenderung kepada pelaku kezaliman Allah, yang dulu siang malam selalu diratip.
"Jika agama dijual dengan dunia, apalagi nak panggil? Bahkan ulamak-ulamak penjual agama lebih keji daripada ular. Ulamak pun menurut Imam Ghazali ada dua jenis iaitu ulamak dunia/suk dan ulamak akhirat/lillah.
"Aku lebih yakin dengan dalil al-Quran firman Allah berbanding mulut ulamak dunia yang berubah-ubah ikut angin politik," tegasnya lagi.
Pengguna Facebook lain juga dilihat konsisten mengaitkan rejim Umno-BN sebagai penyamun dalam mengkritik kepimpinan PAS yang lebih mesra dengan parti yang pernah menuduhnya sebagai parti sesat itu.
"Dengan nama agama, dengan memaki DAP berpakat dengan Israel. Perompak negara akhirnya dihalalkan," ujar Lee Meng Teck.
Nada yang sama juga daripada Encik Azlin Mohammad yang meninggalkan komentar ringkas, “Tolong penyamun?” manakala Ali Jam berkata, “Kerjasama dengan Umno boleh. Cepat kaya!”
Baru jumpa nas
Kenyataan Nik Mohd Zawawi tersebut yang menyertakan surah Al-Maidah, ayat 2 serta sabda Rasulullah SAW mengikut Riwayat Imam Bukhari juga mengundang reaksi netizen.

PAS berdiri di mana sekarang?

Parti Amanah Negara (Amanah) berpendapat, keputusan Majlis Syura Ulamak PAS untuk tidak menyertai atau bergabung dengan Umno, menjadikan keadaan bertambah kusut dan tidak jelas.
Sehubungan itu, Pengarah Strategi Amanah, Dr Dzulkefly Ahmad mahu PAS membuat keputusan lebih tegas dan menyatakan pendirian sebenar parti Islam itu berhubung isu terbabit, bagi mengelakkan ahli akar umbi dan orang ramai terus keliru.
Ini kerana, jelasnya, dalam politik Islam, aspek penting yang perlu ditekankan ialah prinsip at-Tadaafuq (semak-imbang) yang wujud dalam bentuk persaingan dan ia berlaku ketika pilihan raya.
“Jadi, PAS berdiri di mana sekarang? Ini kerana, politik negara kita mengamalkan sistem pelbagai parti dan pilihan raya berkala, yang mana ia ada penyandang dan penentang.
“Kalau nak jadi pengadil atau penjaga garisan, maka PAS perlu berada di luar gelanggang.
“Tetapi, kalau PAS nak bersama Umno, silakan. Tapi, kalau nak bersama-sama dengan Pakatan Harapan (PH) untuk tumbangkan Umno, juga dipersilakan, kerana dalam politik kena ada kejelasan,” tegasnya kepada The Rakyat Post hari ini.
Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS, Datuk Dr Nik Mohd Zawawi Salleh dalam satu kenyataan hari ini berkata, PAS tetap akan meneruskan agenda kerjasama dengan mana-mana pihak dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan, demi memperkukuhkan Islam dan perjuangannya.
Sementara itu, Naib Presiden PKR, Tian Chua yakin PAS tidak akan bekerjasama atau menyertai Barisan Nasional (BN) sebagai parti komponen.
Menurut Ahli Parlimen Batu itu lagi, disebabkan keyakinan itulah, PKR mengekalkan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan PAS.

Titik persamaan PAS dan Umno kunci perpaduan ummah...

Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang berbaju sedondon di majlis Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015, yang diadakan pada Disember lepas ,menimbulkan rasa kurang enak di kalangan ahli PAS. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 Januari, 2016.  
Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang berbaju sedondon di majlis Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015, yang diadakan pada Disember lepas ,menimbulkan rasa kurang enak di kalangan ahli PAS.

2016 diharap membuka lembaran baharu dunia politik orang Melayu, apabila 2 parti Melayu dan Islam iaitu Umno dan PAS dilihat mahu duduk semeja dan bekerjasama demi kepentingan Islam dan perpaduan ummah. Meskipun harapan untuk melihat kedua-dua parti itu bergabung seperti pada 1970 (sebelum berpecah pada 1978) agak kabur, namun sekurang-kurangnya PAS dan Umno kini senada dalam memastikan perpaduan ummah terus terpelihara.
Bertunjangkan kepentingan Islam, Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015, yang diadakan pada Disember lepas, sedikit sebanyak berjaya merintis jalan kedua-dua parti itu untuk 'berbaik-baik'.

Sebelum ini, sejarah pernah tercipta apabila presiden kedua-dua parti ketika itu iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Fadzil Mohd Noor, berkongsi pentas yang sama bagi membincangkan masalah mengenai Palestin. Selepas 17 tahun, kedua-dua Presiden Umno dan PAS sekarang iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang duduk di atas pentas sama membicarakan tentang perpaduan ummah.
Najib sewaktu berucap merasmikan seminar 3 hari itu, mengingatkan para hadirin mengenai larangan Islam untuk umatnya daripada berpecah-belah tetapi perlu mengutamakan perpaduan dalam kalangan umatnya.
Pada Perhimpunan Agung Umno 2015, Presiden Umno itu menghulurkan 'tali silaturrahim' kepada PAS untuk sama-sama membina dan membangunkan negara ini mengikut syariat Islam sebenarnya.
Pada Isnin, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan dilaporkan sebagai berkata satu taklimat khas bagi menerangkan isu kerjasama PAS dengan Umno akan diadakan bagi para pemimpin pusat dan negeri parti itu Sabtu ini.
Keterbukaan PAS
Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata parti itu tidak mempunyai masalah dan sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan Umno atau mana-mana pihak dalam hal yang melibatkan kepentingan Islam dan perpaduan ummah.
Namun, itu tidak bermakna PAS menyertai Barisan Nasional (BN) sebagai parti komponennya, malah bagi beliau, itu tidak perlu sama sekali.
Katanya PAS melihat usaha perpaduan itu sebagai perkara yang baik sekiranya dibuat dengan penuh ketulusan dan mengambil kira kepentingan ummah secara berpanjangan.
"Kita tidak semestinya menjadi satu parti (bergabung) untuk bekerjasama... kita boleh bekerjasama sambil 'bergaduh' asalkan kerjasama itu meletakkan  kepentingan agama melebihi daripada kepentingan lain.
"Namun kita tidak mahu keterbukaan ini disalah fahami atau diambil kesempatan mana-mana pihak... kita akan sentiasa berhati-hati dan beringat kerana kita punya pengalaman lampau," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Usaha yang baik

DPMM bimbang TPPA seperti Perjanjian Pangkor, buat rakyat sengsara

Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Datuk Dr Syed Ali Alattas berkata Putrajaya harus menumpukan perdagangan dengan negara Asean dan bukan dengan negara maju di bawah TPPA. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 6 Januari, 2016. 
Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Datuk Dr Syed Ali Alattas berkata Putrajaya harus menumpukan perdagangan dengan negara Asean dan bukan dengan negara maju di bawah TPPA. 

Putrajaya perlu memikirkan kesan menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) ke atas kemerdekaan negara kerana dikhuatiri sejarah lama penjajahan British akan berulang lagi, kata Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM). Presidennya Datuk Dr Syed Ali Alattas mendakwa, disebabkan Perjanjian Pangkor pada 1874, Malaysia masih sengsara sehingga hari ini, apatah lagi dengan TPPA yang lebih banyak kandungan perjanjiannya.
"Perjanjian Pangkor 12 muka surat, kita huru-hara sampai sekarang. Sekarang kita ada 6,000 muka surat," katanya kepada pemberita pada satu sidang media di ibu negara hari ini.

Bagaimanapun, Syed Ali berkata pihaknya tidak dapat menghalang Putrajaya menandatangani TPPA. "Kita jaga peniaga kita, dan tugas makin susahlah, makin berat," katanya.
Sehubungan itu, DPMM berkata pihaknya akan menghantar memorandum susulan sesi meja bulat anjurannya hari ini kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkenaan pandangan mereka.
Memorandum itu akan dihantar DPMM sebelum sidang khas Parlimen berkenaan TPPA yang dijadualkan bulan depan.
Syed Ali berkata, DPMM tidak menghalang perjanjian perdagangan itu ditandatangani, sebaliknya hanya "menyuarakan" kebimbangan mereka terhadap kedaulatan dan kemerdekaan negara.
"Kelapa sawit industri penting kita sampai sekarang pun tak boleh masuk Amerika Syarikat," katanya memberi contoh perdagangan yang disekat di negara barat.

PAS ambil kesempatan di atas keikhlasan Umno - Syed Ali

Berbeza dengan Umno yang realistik, bersungguh-sungguh dan ikhlas memperjuangkan perpaduan umat
Syed Ali AlhabsheePETALING JAYA: PAS bukan sahaja telah mengambil kesempatan di atas keikhlasan Umno, bahkan tidak serius memperjuangkan perpaduan umat.
Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata demikian menyelar keputusan Majlis Syura Ulamak PAS baru-baru ini yang menolak kerjasama dengan Umno.
“Hari ini, sudah jelas kepada umat Melayu di negara ini bahawa PAS yang enggan bekerjasama dengan Umno. Mereka (PAS) terlalu oportunis dan hanya mementingkan agenda politik.
“Umno realistik dan ikhlas untuk melihat orang Melayu dan umat Islam bersatu menerusi bentuk kerjasama itu, tetapi malangnya PAS bertindak sebaliknya,” katanya.
Setiausaha Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan itu juga berkata keputusan perkumpulan ulama PAS itu langsung tidak mencerminkan prinsip asas parti yang kononnya berjuang atas landasan Islam.
Namun, Syed Ali berharap PAS agar menimbang semula ketetapan itu, dan mengajak anggota Syura supaya bersemuka dengan Umno.
“Majlis Syura Ulamak Pas sepatutnya terlebih dahulu mengadakan pertemuan atau perbincangan tidak rasmi dengan Umno sebelum membuat sebarang keputusan yang dilihat tidak menguntungkan kepada perkembangan politik orang Melayu,” katanya.

Kuota PBT : Amanah tidak akan cabar PAS

DAP, PKR digesa bersikap terbuka dan berbesar hati membantu parti kawan
Saari-SungibPETALING JAYA : Amanah tidak akan mencabar PAS untuk bilangan peruntukan kerusi ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor.
Ahli Jawatankuasa Kerja Amanah, Saari Sungib berkata pendirian itu lantaran partinya tidak menjalin kerjasama politik dengan PAS.
Sehubungan itu, rundingan hanya akan melibatkan DAP dan PKR yang terikat dalam satu pakatan dengan Amanah.
“Apa yang berlaku di Selangor kita tak tahu lagi kerana kerajaan Pakatan Rakyat, (tetapi) pakatan politik (di peringkat) nasional (merupakan) Pakatan Harapan,” kata Saari ketika dihubungi FMT.
Saari yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang berkata, sekiranya DAP dan PKR memberi peruntukan mereka kepada Amanah, ia menunjukkan keterbukaan dan kebesaran hati kedua-dua parti berkenaan, sekaligus mengukuhkan Pakatan Harapan.
“Kita mesti meyakinkan pengundi (bahawa) memang Pakatan Harapan ini serius (mahu) mentadbir Malaysia, dan dalam keadaan kemelut di Selangor yang rumit pun kita ada penyelesaian. Kita masih boleh menampilkan wakil-wakil Amanah di kampung dan PBT (yang) memainkan peranan mengukuhkan (untuk) kerajaan yang ada,” katanya.
Selangor mempunyai 288 ahli majlis – 120 kerusi diperuntukkan kepada PKR manakala DAP dan Pas masing-masing mendapat 98 dan 70 kerusi.
Isu pembahagian kerusi ahli majlis PBT mula mencuri tumpuan apabila Naib Presiden Pas Datuk Iskandar Abdul Samad mengumumkan partinya tidak akan memberi laluan kepada Amanah.

Angkara Pemimpin Boros: Ramai pengusaha bas sekolah di Sabah gulung tikar

Pengusaha tidak mampu teruskan kerana kos operasi naik, gagal dapatkan pinjaman.
bas
PETALING JAYA: Rentetan kos operasi yang meningkat dan kesukaran mendapatkan pinjaman untuk kenderaan baharu, ramai pengusaha bas sekolah di Sabah mengambil keputusan untuk menggulung tikar, lapor Borneo Post.
Pengerusi Persatuan Pengusaha/Pemandu Bas Sekolah Sri Tanjung Tawau, Chang Nyuk Sah berkata 84 daripada 134 ahli mereka telah menghentikan operasi.
“Pengusaha-pengusaha bas sekolah itu mahu beli kenderaan baharu bagi menggantikan kenderaan lama tetapi tak berjaya dapatkan pinjaman, maka terpaksalah hentikan operasi,” kata Chang, dan menambah Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan Sabah melarang penggunaan bas berusia 30 tahun dan keatas.
Sebelum ini, Presiden Persatuan Bas Sekolah Pantai Barat Sabah, Kenny Wong berkat 30% daripada pengusahanya menggulung tikar tahun ini kerana kenaikan kos operasi, kos sara hidup dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan.

Jualan Bandar Malaysia - tunggu hari pembalasan, kata DPMM


Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) hari ini memberi amaran kepada kerajaan tentang 'hari pembalasan' berhubung penjualan Bandar Malaysia kepada sebuah syarikat di China.
Presidennya, Datuk Syed Ali Alattas pada mulanya mengelak ketika diminta mengulas mengenai perkara itu tetapi kemudiannya menjawab terpulang kepada mereka yang berkuasa untuk memikirkannya.
“Ini terpulang kepada yang memikir, mereka yang bertanggungjawab.
“Dewan tak dapat aset kuasa, tak pernah mimpi dapat pun jadi tak erti, ini semua orang besar-besar dapat (dan) mereka jual pula,” katanya.
Walau bagaimanapun, ketika mengulas lanjut, beliau memetik kata-kata perdana menteri kedua negara, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dalam bahasa Inggeris.
“Saya nak petik kata-kata Tun Razak, pada hari pembalasan (nanti), mereka akan dihukum. Bertanggungjawab untuk itu,” katanya.
1MDB minggu lalu menjual 60 peratus pegangan ekuitinya dalam Bandar Malaysia Sdn Bhd kepada sebuah konsortium yang terdiri daripada Iskandar Waterfront Holdings (IWH) Sdn Bhd dan China Railway Engineering Corporation (CREC) Sdn Bhd.
Ia berkata penjualan itu adalah bahagian penting dalam pelan rasionalisasi untuk mengatasi masalah hutangnya.

Kakitangan KEMAS dapat surat lepas minta PM, isteri 'sedar diri'


Seorang penjawat awam didakwa berdepan masalah berikutan posting di Facebook mengenai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.
Kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) itu didakwa menerima surat tunjuk sebab selepas menulis bahawa azam tahun baru beliau adalah supaya pasangan perdana menteri dan isterinya "Sedar Diri".
Selain itu kakitangan itu juga meminta Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan agar tidak asyik membuat "lawak bodoh".
Surat tunjuk sebab bertarikh 4 Januari itu tersebar di media sosial dan ditandatangani oleh pegawai Kemas Kuantan Ahmad Mazuki Salleh.
Surat itu menyatakan posting Facebook itu boleh menyebabkan persepsi negatif, dan perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu boleh mencemarkan reputasi Kemas, kerajaan dan perkhidmatan awam.
Tinjauan Malaysiakini mendapati laman Facebook itu telah dinyahaktifkan.
Dipercayai kakitangan itu bekerja di sebuah tadika KEMAS di Kuantan. Beliau juga diberi tempoh tujuh hari untuk memberikan jawapan atau menghadapi tindakan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib).
Malaysiakini cuba menghubungi Ahmad Marzuki, Ketua KEMAS Pahang Ahmad Fakhrul Azman Muhammad Radzi dan Pengarah KEMAS Hassan Mohd Amin untuk mendapatkan komen.
Ahmad Mazuki dan Hassan tidak dapat dihubungi, sementara Ahmad Fakhrul pula bercuti sehingga Isnin depan.
Bagaimanapun, seorang kakitangan KEMAS Pahang mengesahkan perkara itu masih disiasat dan mengesahkan ketulenan surat tersebut.

Tidak timbul isu perpecahan ahli Pas - Dr Alias

KUALA TERENGGANU – Dakwaan berlaku perpecahan akar umbi sekiranya berlaku gabungan politik antara Pas dan Umno sepatutnya tidak timbul kerana ia hanya berdasarkan andaian bukan berdasarkan situasi sebenar senario politik negara hari ini.
Timbalan Pesuruhjaya Pas 1 Terengganu, Dr Alias Razak berkata, kajian dijalankan Institut Darul Ihsan (IDE) tidak boleh dijadikan sandaran kerana Pas tidak pernah memutuskan untuk menjalin kerjasama bersama Umno.
Dr Alias Razak “Isu perpecahan sepatutnya tidak timbul kerana kita tidak bergabung pun dengan Umno. Mana boleh kajian berdasarkan andaian sedangkan perkara itu belum berlaku.
“Tiada langsung dalam kamus Pas untuk mengadakan gabungan politik bersama Umno, jadi pihak berkenaan tidak boleh kata akan berlaku perpecahan dalam kalangan ahli Pas sekiranya berlaku gabungan antara dua parti politik ini,” katanya ketika diminta mengulas hasil kajian dikemukakan Institut Darul Ehsan (IDE) yang mendapati kerjasama Umno dan Pas akan mengundang perpecahan dalam kalangan ahli parti.
Alias berkata, kerjasama yang dijalankan sekarang adalah berdasarkan kerjasama antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat, bukan dari segi gabungan politik.
“Buat masa ini, Pas mainkan peranan untuk tegur perkara mungkar, hatta kawan sendiri pun kita kena tegur dan tentang sekiranya berlaku kemungkaran,” katanya.
Sementara itu, Naib Yang Dipertua Pas Dungun, Azman Shapawi Abdul Rani berkata, sebahagian besar ahli Pas akan berpecah sekiranya berlaku gabungan politik bersama Umno berdasarkan corak pemerintahan kerajaan sedia ada sekarang.
“Jika diikutkan suasana politik hari ini dan perangai ditunjukkan pemimpin Umno, kemungkinan akan berlaku perpecahan di sebahagian besar ahli Pas sekiranya berlaku gabungan dua parti ini.

Naib Canselor baru yakin UNISEL terus cemerlang

_DSC2773Universiti Selangor (UNISEL) diyakini akan terus menempa kecemerlangan pendidikan pada masa hadapan dalam mendidik anak bangsa mencapai kemajuan.
Naib Canselor UNISEL, Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman, berkata beliau akan meneruskan usaha dirancang pihak sebelumnya, di samping beberapa penambahbaikan demi kemajuan bersama.
“Sudah tentu apa dilakukan mantan Naib Canselor yang memberi sumbangan besar akan saya teruskan berikutan UNISEL mencapai tahap membanggakan, mendapat sambutan pelajar dan menjadi perhatian umum.
“Sebagaimana ditekankan, kita harus membuka sempadan baharu bagi membolehkan kita terus berdaya saing dan ini penting supaya Unisel berupaya menghadapi cabaran mendatang,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Sebelum itu, berlangsung majlis ramah mesra serta serah tugas Presiden dan Naib Canselor antara Profesoe Dr Anuar Ahmad dan Dr Mohd Ridzuan.
Pada masa sama, Dr Mohammad Redzuan berkata, sokongan semua pihak termasuk komitmen Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) membolehkan UNISEL mencipta banyak kejayaan cemerlang pada masa akan datang.
Katanya, penubuhan tabung amanah bagi meningkatkan dana dijalankan UNISEL juga perlu ekoran perkembangan sesebuah universiti kini tidak tertakluk kepada geran kerajaan.

Berhati-hati beli buku hadis – Dr Asri

Kitab-kitab atau buku hadis palsu boleh menjadi penyebab akidah umat Islam terpesong
Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin
PETALING JAYA: Umat Islam dinasihatkan agar berhati-hati ketika membeli atau membaca buku-buku hadis berkaitan Nabi Muhammad SAW kerana dibimbangi tersilap memilih yang palsu.
Nasihat itu diberikan oleh Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin apabila menyatakan penyebaran hadis palsu boleh menggugat kefahaman dan memesongkan akidah umat Islam terutama golongan yang tidak belajar daripada guru agama yang diiktiraf.
“Hadis palsu dan batil boleh merosakkan imej agama Islam, umat Islam dan penceramah perlu lebih berhati-hati dengan buku hadis palsu,” katanya dalam satu ceramah mingguan seperti dilapor laman portal Astro Awani.
Dalam perkembangan lain, Dr Asri turut mengingatkan umat Islam agar tidak menyalahgunakan ayat-ayat al-Quran untuk mendapat sumber rezeki seperti menjadikannya sebagai pelaris barang jualan.
Ini kerana katanya, laris atau tidak sesuatu perniagaan bergantung kepada kualiti, harga, kebersihan serta doa kepada Allah SWT.

40,000 pengawal keselamatan haram di Malaysia

Pasukan khas yang turut dianggotai KDN dan polis ditubuhkan bagi membanteras kegiatan pengambilan pengawal keselamatan haram. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 Januari, 2016. 
Pasukan khas yang turut dianggotai KDN dan polis ditubuhkan bagi membanteras kegiatan pengambilan pengawal keselamatan haram.

Meskipun Kementerian Dalam Negeri (KDN) membenarkan hanya pengawal keselamatan asing warga Nepal berkhidmat, masih ada syarikat kawalan keselamatan berdegil dan terus menggunakan warga lain.
Mereka dipercayai berbuat demikian untuk mengaut keuntungan lebih, menurut lapor eksklusif akhbar Berita Harian hari ini.
Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM) mendakwa, terdapat sekurang-kurangnya 40,000 pengawal keselamatan warga asing bekerja secara haram di negara ini.

Presidennya, Datuk Seri Mustapa Ali berkata, banyak syarikat kawalan keselamatan tidak mematuhi peraturan KDN berhubung penggunaan khidmat warga asing sebagai pekerjanya. Katanya, berdasarkan rekod KDN, sehingga November lalu, jumlah pengawal keselamatan rakyat tempatan diluluskan dan berdaftar dengan kementerian ialah 168,000 orang.
Jumlah itu ditambah dengan 28,000 warga Nepal diluluskan berkhidmat sebagai pengawal keselamatan.
"Bagaimanapun, selain daripada jumlah itu (196,000), pemantauan persatuan mendapati, sekurang-kurangnya 40,000 warga asing sama ada dari Pakistan, India, Bangladesh atau Nepal, bekerja secara haram," beliau dipetik berkata.
Namun, beliau enggan mendedahkan butir terperinci mengenai jumlah pengawal keselamatan haram itu kerana isu kerahsiaan, tetapi mengakui maklumat itu dikongsi bersama persatuan dan petugas KDN.
Mustapa berkata, pasukan khas dianggotai KDN, polis, Jabatan Imigresen dan PPKKM sudah ditubuhkan bagi membanteras kegiatan pengambilan pengawal keselamatan haram itu.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, ketika menjawab soalan di Dewan Rakyat pada 26 Mei lalu berkata, secara rasmi seramai 44,174 pengawal keselamatan warga asing bekerja di negara ini.
Beliau juga menegaskan kerajaan hanya membenarkan pengawal keselamatan asing dari Nepal di negara ini.

Idris saran ‘Sultan Melaka’ sertai Maharaja Lawak

Beliau menganggap Noor Jan dan kumpulan yang menerima darjah kebesaran baru-baru ini sebagai kumpulan lawak yang patut mengadakan persembahan teater bergerak di seluruh negara
sultan-melaka
PETALING JAYA : Datuk Seri Idris Haron menyarankan individu yag mengaku dirinya sebagai ‘Sultan Melaka’ supaya menyertai program Maharaja Lawak kerana sering kali membuat perkara-perkara berunsur jenaka.
Ketua Menteri Melaka itu berkata, individu yang mengaku dirinya Sultan Melaka, Noor Jan Tuah, 58, bersama rakan-rakannya yang menerima pingat baru-baru ini juga boleh dianggap sebagai kumpulan lawak jenaka.
“Apa yang dilakukan sebenarnya sesuatu yang memalukan dan lebih baik ‘Sultan Melaka’ ini dan rakan-rakannya menyertai Raja Lawak.
“Jika dia berminat untuk meneruskannya, saya cadangkan supaya beliau dan rakan-rakannya menubuhkan satu kumpulan teater bergerak dan membuat persembahan di setiap negeri,” katanya, lapor Sinar Harian.
Idris menambah, Noor Jan tidak sepatutnya menjadikan negara atau Melaka sebagai pentas jenaka hingga boleh menimbulkan pandangan tidak baik daripada pihak lain.
“Negara kita adalah sebuah negara yang berdaulat, merdeka dan sudah diiktiraf di dunia malah mempunyai Perlembagaan yang perlu didokong oleh setiap rakyat di negeri ini.

Pemerhati harap calon gabenor ganti Zeti bukan ahli politik, berwibawa

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dijangka tamat kontrak April ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 Januari, 2016. 
Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dijangka tamat kontrak April ini. 

Calon gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) menggantikan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz hendaklah dilantik dari kalangan tokoh yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dan berwibawa tinggi dalam sektor perbankan negara, kata pegawai kanan sebuah bank pelaburan tempatan dipetik Utusan Malaysia hari ini. Datuk Dr Nazri Khan, naib presiden Affin Hwang Investment Bank dan ketua penyelidikan runcit bank itu, berkata pengganti Zeti juga tidak sepatutnya seorang ahli politik kerana adalah lebih baik sekiranya calon itu tidak dipengaruhi sentimen politik.
Calon akan datang sebaliknya perlu bebas dan profesional menjalankan tanggungjawabnya sebagai gabenor BNM bagi mengelakkan ia memberi kesan kepada keyakinan pelabur, katanya.

"Bagi saya, beliau (Zeti) menjalankan tugasnya dengan baik dan pastinya jika ditanya kepada orang industri dan keadaan ekonomi sekarang, jawatan berkenaan harus dikekalkan. "Tetapi, saya yakin kita mempunyai ramai calon yang bersesuaian," katanya kepada akhbar milik Umno itu, mengulas desas-desus pengganti Zeti selepas kontrak beliau dijangka tamat April ini.
Sementara itu, Dr Azmi Hassan, geostrategis Institut Geospatial dan Sekolah Perdana Universiti Teknologi Malaysia (UTM), berpendapat, secara dasarnya negara tidak ketandusan calon bagi memegang jawatan penting tersebut.
Namun, bakal calon itu perlu berwibawa dan berkebolehan meneruskan dasar kewangan negara sedia ada.
"Saya berharap dalam isu pelantikan gabenor BNM ini, tiada sebarang elemen ‘kejutan’, kerana tidak mahu ia memberi kesan mendadak kepada ekonomi negara memandangkan sebarang keputusan yang dibuat gabenor adalah penting.
"Dan untuk itu, kita tidak perlukan perubahan drastik,” Azmi dipetik berkata.
Sementara itu, pasaran terus dijangka kekal lemah pada separuh pertama tahun ini ekoran beberapa faktor yang turut dipengaruhi berita tentang pengganti gabenor BNM.

Mahasiswa perlu daftar undi ‘ajar’ BN

ekosiswaekosiswa
Pemuda Amanah Nasional menyeru golongan mahasiswa mendaftar sebagai pemilih bagi mengundi pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) nanti ekoran kegagalan kerajaan Umno-BN memelihara kebajikan dan memastikan kualiti hidup rakyat yang sejahtera.
Pengarah Hal Ehwal Mahasiswanya, Ahmad Fadhli Umar Aminolhuda berkata, langkah tersebut perlu memandangkan kenaikan kos sara hidup yang mendadak sejak beberapa tahun lalu turut menghimpit penuntut universiti terutama dari keluarga miskin.
Ahmad Fadhli Umar AminolhudaAhmad Fadhli Umar Aminolhuda“Silalah pergi mendaftar undi. Kita pakat-pakat ubah 'mereka' itu nanti dengan kuasa undi kita. Itu usaha paling minimum kita setakat ini,” ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Menurut bekas Presiden Persatuan Pelajar Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ini, mahasiswa pada masa sama perlu melibatkan diri dalam persatuan bagi tujuan membantu rakan sepengajian selain mengambil bahagian dalam siri demonstrasi yang memperjuangan keadilan buat rakyat.
“Sementara tunggu pilihanraya, apa perlu mahasiswa lakukan? Sertai program membantu pelajar yang memerlukan dan berilah idea sebanyak-banyaknya kepada pelbagai persatuan pelajar serta jika berani, sertailah demonstrasi 'menasihati' kerajaan seperti demo hapuskan GST, turun harga tol, turun tambang pengangkutan awam dan pelbagai gerakan rakyat lagi di luar sana,” katanya.
Mahasiswa pengsan berlapar
Mengulas pendedahan muka depan akhbar Harian Metro semalam tentang adanya pelajar miskin di UIAM pengsan di dalam kampus akibat berlapar, beliau berkata, kerajaan patut dipertanggungjawabkan ekoran salah tadbir urus dan penarikan subsidi bagi banyak barangan makanan selain meluluskan kenaikan kos pengangkutan.
“Siapa yang laksanakan GST? Siapa yang naikkan harga tol? Siapa yang naikkan harga tambang? Siapa yang hilangkan RM2.6 billion duit negara? Siapa yang mudah-mudah cadangkan #2Kerja tapi nafikan pendidikan percuma?
“Siapa yang menarik segala subsidi termasuklah subsidi minyak, beras dan terkini tarif elektrik dari rakyat yang akhirnya beri kesan pada keluarga pendapatan rendah dan miskin? Sudah tahu siapa? Mereka inilah yang kita patut dipertanggungjawabkan!,” tegasnya lagi.
Fadhli Umar berkata, realiti yang tidak harus dinafikan ialah bukan sedikit mahasiswa di UIAM terhimpit dengan cabaran ekonomi semasa walaupun pihak majlis perwakilan pelajar dan pentadbiran universiti melakukan pelbagai inisiatif seperti bantuan makanan secara terus melalui projek ‘Suspended Meal’.

Tony: 1MDB cuba tunjuk Najib bagus dengan jualan Bandar Malaysia

1MDB cuba untuk menipu orang ramai berhubung jualan kepentingan 60 peratusnya di Bandar Malaysia Sdn Bhd pada harga RM7.41 bilion bagi menjadikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak kelihatan bagus.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua mengulas kenyataan terbaru 1MDB semalam bahawa harga RM7.41 bilion adalah semata-mata "penilaian jualan tanah".
"Penilaian tanah oleh Bandar Malaysia adalah tidak relevan, kerana 1MDB hanya akan dibayar RM5.279 bilion untuk peratus 60 kepentingan di Bandar Malaysia Sdn Bhd," Pua kata dalam satu kenyataan hari ini.
"Maka, 1MDB dengan jelas cuba untuk menipu orang awam dengan peratus 60 'penilaian jualan tanah', di mana 1MDB akan mengumpulkan RM7.41 bilion, kerana ia semata-mata bukan transaksi jualan tanah!
"Sama ada dengan sengaja atau sebaliknya, 1MDB telah melakukan satu kesilapan yang besar dalam cubaan bermegah dengan angka yang lebih besar untuk membuatkan perdana menteri kelihatan bagus," kata Pua.
1MDB mengumumkan ia menjual kepentingan 60 peratus di Bandar Malaysia, bernilai RM7.41 bilion, kepada sebuah konsortium yang terdiri daripada Iskandar Waterfront Holdings and China Railway Engineering Corporation (CREC) Khamis lepas.
Ini berdasarkan penilaian CREC yang keseluruhan tanah untuk Bandar Malaysia bernilai RM12.35 bilion. Oleh itu, 60 peratus tanahnya akan menelan belanja RM7.41 bilion.
Sebaliknya, Railway Group China mengumumkan kepada Hong Kong Exchange yang ia membayar hanya RM5.279 bilion - perbezaan RM2.13 bilion dibandingkan dengan harga diumumkan oleh 1MDB.
Dana milik negara itu kemudian menjelaskan bahawa RM7.41 bilion ialah penilaian jualan tanah, bukan nilai ekuiti bersih projek Bandar Malaysia.

Selepas taklimat khas, PAS mahu jelajah seluruh negara

PAS akan membuat siri jelajah bagi memberi penerangan kepada ahlinya di seluruh negara selepas program taklimat khas oleh Presiden parti Islam itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Sabtu ini.
Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan (Foto) berkata, ia bertujuan bagi memberi penerangan tentang isu-isu semasa oleh presiden parti kepada akar umbi parti tersebut.
"Lajnah Penerangan PAS telah diamanahkan untuk mengendalikan majlis taklimat khas presiden PAS dan ia diadakan sebagai aktiviti rutin PAS selain konvensyen, muktamar, mesyuarat bulanan dan sebagainya untuk memberi pengarahan semasa dan pencerahan kepada pimpinan serta ahlinya terhadap sesuatu isu besar yang dihadapi.
"Insha Allah, Lajnah Penerangan akan turun ke seluruh negara sekali lagi untuk turun beri pengarahan, amanah dan pencerahan isu oleh presiden ke negeri-negeri selepas selesai taklimat khas presiden peringkat pusat," katanya dalam kenyataan medianya hari ini.
Selain itu, beliau juga mengingatkan kepada semua ahli PAS supaya jangan mudah terpedaya dengan persepsi yang disebarkan pihak tertentu tetapi sebaliknya merujuk kepada sumber parti dengan menghadiri taklimat yang akan diadakan.
Sebelum ini media melaporkan PAS akan mengadakan satu taklimat khas bersama Hadi.
Bagaimanapun, lokasi dan waktu taklimat itu tidak didedahkan.
PAS pula telah menyatakan pendiriannya tidak akan menyertai BN tetapi akan meneruskan kerjasama dengan mana-mana pihak demi kepentingan agama Islam.
Keputusan itu dibuat oleh Majlis Syura Ulamak Pas dalam mesyuarat Sabtu lalu di tengah-tengah kontroversi kerjasama antara Umno dan PAS.
"Majlis Syura Ulamak juga menegaskan bahawa PAS tidak akan menyertai Barisan Nasional," kata Setiausahanya, Dr Nik Mohd Zawawi Salleh.

Husam Musa - Ucapan Penuh Majlis Makan Malam Amanah Kelantan [1.1.2016]

Terdedah debu bauksit boleh sebabkan Alzheimer

Lori Bauksit
Lori-lori dilihat masih mengangkut bauksit di Pelabuhan Kuantan hari ini meskipun akhbar melaporkan perlombongan bauksit perlu dihentikan sementara waktu bagi mengkaji semula risiko pencemaran alam sekitar serta bantahan penduduk. 
 
KUANTAN - Mereka yang terdedah dengan debu bauksit dalam tempoh yang panjang terutama pekerja di kawasan perlombongan dan penduduk yang berada di sepanjang laluan pengangkutan bauksit berisiko menghidap penyakit Alzheimer.
Felo Penyelidik Kualiti Udara Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) Dr Azman Azid berkata bauksit mengandungi aluminium hidroksida dan debu bahan itu yang terbebas ke udara apabila dihidu dalam tempoh yang lama boleh menyekat pengaliran oksigen dalam darah sekali gus ke sistem saraf.
"Apabila otak kekurangan oksigen ia boleh menyebabkan seseorang itu terdedah dengan risiko untuk menghidap penyakit Azheimer atau penyakit lupa," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurutnya hasil kajian yang dijalankan institut berkenaan di beberapa lokasi terjejas dengan keadaan itu beberapa bulan lepas termasuk di Sekolah Tahfiz Bukit Goh, antara laluan utama kenderaan bauskit mendapati indeks pencemaran udaranya melebihi tahap berbahaya iaitu mencecah sehingga 468.
Azman menyifatkan pencemaran udara di kawasan yang terlibat dengan aktiviti itu sebagai serius dan menganggarkan zarah terampai bawah 10 mikron (PM10) berada di tahap lebih 200µg/m3, melebihi piawaian yang ditetapkan oleh Piawaian Kualiti Udara Ambien Malaysia, iaitu 150 µg/m3.
Azman bimbang sikap sesetengah penduduk dan pekerja yang tidak mengendahkan kesihatan mereka kerana tidak memakai topeng keselamatan apabila berada di kawasan tercemar dengan aktiviti itu kerana mereka berdepan masalah pernafasan, batuk, alahan radang paru-paru serta gatal-gatal pada bahagian mata selain masalah kepada hati.

Taawun ya, tahaluf tidak, kata veteran PAS

Datuk Mustafa Ali berkata kerjasama Umno-PAS bukan dalam bentuk kerjasama politik, atau tahaluf, seperti yang dilakukan dalam Pakatan Rakyat dulu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 Januari, 2016. 
Datuk Mustafa Ali berkata kerjasama Umno-PAS bukan dalam bentuk kerjasama politik, atau tahaluf, seperti yang dilakukan dalam Pakatan Rakyat dulu. 

Kerjasama Umno-PAS adalah dalam bentuk "taawun", bukannya "tahaluf", kata pengarah pilihan raya parti Islam itu, Datuk Mustafa Ali, menjelaskan keputusan Majlis Syura Ulama. Dengan bertaawun, kata veteran PAS itu, parti itu boleh bekerjasama untuk kebaikan dengan Umno, tetapi mereka tidak akan bertahaluf, iaitu kerjasama politik seperti yang pernah dijalinkan dengan DAP sebelum ini.
"Taawun ok, tahaluf 'no'," kata Mustafa kepada The Malaysian Insider bagi memberikan tafsiran terhadap keputusan Majlis Syura pada mesyuaratnya Sabtu lalu dan diumumkan dalam satu kenyataan hari ini.

Mustafa berkata PAS hanya akan bertahaluf dengan PKR dan parti kecil yang lain, serta badan bukan kerajaan (NGO) dalam pilihan raya umum ke-14 nanti, tetapi tidak dengan Umno, Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Harapan. "Kita akan bertaawun dengan Umno untuk perkara kebaikan. Misalnya untuk memajukan ekonomi Bumiputera, untuk memajukan lagi penggunaan Bahasa Malaysia dan seumpamanya.
"Tetapi tidak bertahaluf atau bekerjasama dari segi politik," tegasnya.
Keputusan Majlis Syura itu, seperti diumumkan setiausahanya Datuk Dr Nik Mohd Zawawi Salleh, ialah bekerjasama dengan semua pihak demi kebaikan.
Badan tertinggi PAS itu "bersetuju meneruskan agenda kerjasama dengan mana-mana pihak dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan demi memperkukuhkan Islam dan perjuangannya.
"Majlis Syura Ulama juga menegaskan PAS tidak akan menyertai Barisan Nasional," katanya  dalam satu kenyataan.

Terus Terang , 'Hear Say' , Perbincangan Atau Saraf

Tahniah! Buat Timbalan Ketua Pemuda Pas kerana berani berterus terang. Sekurang-kurangnya beliau telah menyatakan hasrat yang terpendam di hatinya yang mungkin juga 'hear say' atau telah ada perbincangan di peringkat tertinggi ke arah itu.

Atau mungkin juga hanya perang saraf bagi tujuan untuk menakut-nakutkan Amanah, DAP dan PKR supaya lebih tunduk dan akur dengan pelbagai kerenah serta tekanan dari pihak Pas terutama dalam menghadapi isu Ahli Majlis Selangor.

Nampaknya Pas telah mengorak langkah yang lebih drastik kearah yang lebih jelas. Pas sama sekali tidak menghormati PKR yang di katakan rakan kongsi yang masih kekal. Mungkin kerana sudah dapat gading bertuah(Umno) maka tanduk(PKR) tidak berguna lagi.

Sepatutnya pihak PKR terutamanya Azmin sudah mula memikirkan hala tuju yang lebih jelas bersama Pakatan Harapan(PH) daripada menunggu Pas yang bagaikan menanti buah yang tidak tahu bila akan gugur.

Rakyat sudah sinonim dengan sistem dua parti di dalam menghadapi PRU. Biarlah berlaku 15 penjuru sekali pun tetapi tumpuan rakyat hanyalah kepada dua ikatan parti yang terbesar iaitu BN dan PH.

Sejarah telah membuktikan bagaimana PRK DUN Bukit Selambau 2009 ditandingi oleh 15 orang calon tetapi yang menjadi tumpuan ketika itu ialah BN dan Pakatan Rakyat (PR).

Begitu juga dengan pertandingan 3 penjuru PRU-13 di DUN Sg Acheh yang melibatkan BN, Pas(Yusni Mat Piah) dan PKR (Chegu Bard). Kesudahannya pihak Pas hanya mampu meraih 600 undi.

Najib akan ‘rentung’ dibakar api kemarahan rakyat – Anina

Kegagalan Perdana Menteri mentadbir dan menyelesaikan masalah di samping menjual aset negara untuk menyelamatkan 1MDB telah membangkitkan kemarahan rakyat.


anina_najib_1mdb_600_1PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan ‘rentung dibakar’ dengan api kemarahan rakyat susulan kegagalan beliau mentadbir negara ini dengan baik dan menyelesaikan masalah-masalah negara.
Perkara itu ditegaskan bekas ahli Wanita UMNO Bahagian Langkawi, Anina Saadudin apabila Perdana Menteri dilihat cuba mengelirukan rakyat dengan mengumumkan hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) berkurangan sebanyak RM40.4 bilion hasil penjualan Bandar Malaysia dan Edra Global Energy kepada negara luar.
Katanya, pengumuman yang dibuat Najib itu sedikitpun tidak menenangkan hati rakyat sebaliknya menambahkan lagi kemarahan mereka apabila harta negara dijual.
“Apa rasionalnya kalau kamu jual harta negara dengan harga yang merugikan, contoh kamu jual Edra rugi, lepas itu jual pula tanah-tanah yang sepatutnya menjadi hak kerajaan dan kamu jual kepada kuasa asing apa rasionalnya? Itu gila namanya.
“Api kemarahan rakyat (kepada Najib) sedang membara di tanah Malaysia, sedarlah Datuk Seri Najib akan rentung kerana api kemarahan rakyat ini terlalu kuat.
“Kalau harta-harta kita sekarang ini sudah terlelong, lepas ini dah habis harta negara di lelong rakyat pula akan di lelong,” katanya dalam wawancara bersama FMT.

Perbezaan nilai urus niaga Bandar Malaysia hangatkan 1MDB


Pangkalan Tentera Udara Malaysia Sungai BesiPangkalan Tentera Udara Malaysia Sungai Besi
Perbezaan nilai urusniaga melibatkan penjualan Bandar Malaysia oleh 1MDB kepada konsortium membabitkan syarikat milik Kerajaan China mencetuskan pelbagai persoalan dan menambahkan lagi misteri yang menyelubungi syarikat kedua pelaburan negara itu.
Setelah imejnya tercalar dengan pelbagai urus niaga yang meragukan dan kemampuannya untuk membayar kembali bebanan hutang berjumlah lebih RM42 bilion, 1MDB kini berhadapan masalah baru apabila nilai jualan tanah Bandar Malaysia, salah satu tanah berharga dimiliki syarikat itu di Kuala Lumpur mencatatkan perbezaan RM2.13 bilion lebih rendah berbanding nilai yang difailkan di Bursa Hong Kong oleh China Railway Group Limited iaitu syarikat induk kepada China Railway Engineering Corp.
Perkara ini pertama kali dibangkitkan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua yang juga ahli Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) Dewan Rakyat.

Presiden/CEO 1MDB, Arulkanda Abdullah dalam penjelasannya yang disiarkan media semalam berkata, perbezaan sebanyak RM2.13 bilion itu melibatkan beberapa liabiliti dan kos pemindahan kemudahan sedia ada yang perlu dirundingkan oleh 1MDB dan konsortium pembeli yang dianggotai syarikat milik Kerajaan China.
Rundingan itu, kata Arulkanda akan dimuktamadkan menjelang Jun 2016.

Rafizi RamliRafizi RamliPengakuan Arulkanda itu bagaimanapun tudak dapat diterima Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.
"Saya pasti ramai rakyat Malaysia yang tidak memahami betapa mengejutkan pengesahan yang dibuat oleh Arulkanda Abdullah hari ini (semalam)," ujar beliau.

Menurut Rafizi, tanah Bandar Malaysia yang dianugerahkan kepada 1MDB oleh pentadbiran Dato’ Seri Najib Razak itu menempatkan Kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sungai Besi.
Jelas beliau, 1MDB bersetuju untuk memindahkan kemudahan Kem TUDM itu serta menaiktarafkan enam pangkalan TUDM yang lain dan satu kem polis udara sebagai pertukaran bagi mendapatkan tanah tersebut.
"Saya dimaklumkan kem-kem tersebut antara lainnya ialah Kem TUDM Kuantan, Kem TUDM Gong Kedak, Kem TUDM Senawang, Kem TUDM Butterworth dan Kem Polis Udara Ipoh.

3 mil Umno members must be convinced to ‘Save M’sia’

DAP supremo Lim Kit Siang believes Umno President Najib Razak has not fooled ordinary members of his party that scandals have been resolved.

PETALING JAYA: The greatest challenge for Pakatan Harapan come the 14th General Election will be convincing three million Umno members to join Lim Kit Siang’s “Save Malaysia” campaign.
In a statement, the DAP supremo said while Umno president Najib Razak could “buy the support” of the “hulubalangs” or warlords and the various levels of divisional leadership, he would not be able to do so with the members.
The 300-400 Umno chieftains in the Prime Minister’s pockets, Lim said, would agree with Najib when he claimed the RM2.6 billion donation and RM55 billion 1MDB were resolved.
“But I do not think the 30 million Malaysians, the three million Umno members or 21,000 Umno branches are so gullible as to believe such empty propaganda.”
This is why opposition and disaffection against Najib, the Gelang Patah lawmaker opined, would intensify in the coming months and years, although they may not threaten Najib’s stranglehold on the levers of power in Umno, both in party and government.
Lim had earlier revealed that an Umno Minister he had met claimed the premier’s popularity among Umno members and the Malays in general were “not so sure and secure.”
Last year, Lim proposed the “Save Malaysia” coalition, comprising politicians from both sides and NGOs, to defend the Federal Constitution and rule of law.

BE VERY AFRAID: A NEW BRAND OF MALAY POWER LED BY ZAHID IS TAKING OVER


The neo-Malays are the “new Malays”. They are younger than me and the members of G25, and some are seriously wealthy, although we don’t know how they earned their money or whether it was inherited. They also have a serious mission in mind, which is to change the world and to do it as Muslim warriors. But to do that, they first have to take power.
This past New Year’s Eve some 50,000 of them gathered at Dataran Merdeka. Led by Deputy Prime Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi and other well-known personalities including Federal Territories Minister Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, they held what I believe was a prayer session and sang praises to God Almighty and the Prophet Muhammad.
My liberal (and religious) Malay friend sent me a photograph of the event. The men were dressed in robes, serban and skull caps, and they were all doing a salute with their clenched fists, not unlike how the Nazis used to salute their Fuhrer, Adolf Hitler.
Now that was something else, and it worries me. Is this a new brand of Malay power? It certainly is different from Dato’ Seri Najib Razak’s brand. Najib loves to celebrate New Year , just like you and me , except that he does it in his inimitable style ( he is after all seriously wealthy).
I guess the Dataran celebration by Zahid marks a new path for the country. It shows that when he comes to power, most probably our politics and our New Year celebrations will drastically change as well. The very idea of it should send a chill through all our spines.

Caj urusan pejabat tanah di Pahang didakwa naik 200%

Selepas isu bauksit, Kerajaan Pahang sekali lagi dikecam atas kenaikan caj pejabat tanah secara keterlaluan.
Salkukhairi_ringgit_600
PETALING JAYA: Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam) mendedahkan beberapa caj urusan di pejabat tanah seluruh Pahang mengalami kenaikan sebanyak 200%.
Presidennya, Salkukhairi Abd Sukor, berkata caj membabitkan urusan seperti carian rasmi, pendaftaran milik dan pendaftaran pindah milik hartanah dinaikkan sejak 4 Januari lalu.
Katanya, caj baharu carian rasmi adalah RM30 untuk setiap carian berbanding kadar lama sebanyak RM10, urusan carian persendirian naik daripada RM20 kepada RM50 dan urusan salinan sah hak milik dokumen naik daripada RM30 kepada RM50.
“Kenaikan juga berlaku pada bayaran urusan pendaftaran pindah milik tanah, di mana hartanah bernilai RM100,001 hingga RM250,000 kadar bayaran ditetapkan adalah RM400, berbanding RM250 sebelum ini.
“Hartanah bernilai RM250,001 hingga RM500,000 bayaran pendaftaran pindah milik adalah sebanyak RM800 berbanding kadar terdahulu sebanyak RM500,” katanya menerusi kenyataan di sini, semalam.
Salkukhairi berkata, kadar bayaran baharu pendaftaran pindah milik hartanah bernilai RM500,000 ke atas dinaikkan daripada RM550 kepada RM1,200.
Mengulas lanjut, katanya, kenaikan bayaran untuk urusan berkenaan adalah tidak munasabah dan amat membebankan rakyat negeri terbabit.
“Sudahlah rakyat terpaksa menanggung kenaikan harga barang dan perkhidmatan lain. Kini terpaksa pula membayar kos berlipat kali ganda untuk urusan di pejabat tanah” katanya.

Pas seharusnya mendahului usaha wahdah

Oleh Tok'ki
NAMPAKNYA sejak Multaqa Alumni Al-Azhar berlangsung, pandangan dalam kalangan kepemimpinan Pas semakin sinis dan bercelaru terutama dalam kalangan timbalan dan naib-naib presidennya. Pas seharusnya mendahului usaha wahdah ini bukannya prasangka yang mendalam dan tidak melihat kepentingan umat sesuatu yang paling utama.
Sebagai badan siasah Islam, kepemimpinan Pas harus lebih peka dengan isu kesatuan ummah kerana dalam konteks Malaysia, kita tidak mahu mengulangi krisis yang berlaku di Asia Barat. Tanggapan penulis seolah-olah UMNO ini berada dalam ungkapan hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.


Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah dalam kenyataannya baru-baru ini menyatakan sekiranya Parti Amanah Negara (PAN) bertanding di semua kerusi di Kelantan, Pas akan menghadapi masalah. Penulis pernah menulis dalam ruangan ini meramalkan sekiranya pertandingan berlaku di tiga penjuru harapan UMNO untuk menang adalah tinggi kerana undi PAN diambil daripada undi Pas dan penyokongnya juga. Ini congak politik yang paling mudah.
Pas adalah sebuah parti politik. Pertimbangan untuk Pas bekerjasama dengan UMNO adalah pertimbangan politik di samping kerjasama biasa. Pas bukan badan dakwah begitu saja. Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) malah menjadi partisan politik Amanah. Kerjasama politik bagi UMNO dan Pas adalah sesuatu yang logik kerana ini bakal menggubal dasar dan melaksana dasar bukan hanya selama ini menerima manfaat dari pelaksanaan dasar.
Walaupun kerjasama politik UMNO–Pas bergantung kepada syura Pas tetapi niat untuk bekerjasama bukanlah sesuatu yang jelik dan tidak syarie. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din sangat memahami ini. Malangnya, timbalan presiden dan naib-naib presidennya ternyata mempunyai pandangan yang berbeza dan sinis sekali.

SUA: AMANAH tiada kaitan dengan akhbar 'Harapan Baru'

Parti Amanah Negara (AMANAH) menafikan sebarang kaitan dengan kewujudan sebuah akhbar dengan nama "Harapan Baru" yang sedang tersebar di laman sosial dan melalui aplikasi Whatsapp yang menggunakan logo parti.
"Ia bukan dikeluarkan oleh AMANAH dan kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesulitan yang timbul dari penerbitan akhbar tersebut," kata setiausaha agung AMANAH, Mohd Anuar Tahir.
Dalam satu kenyataan, beliau sebaliknya berkata, AMANAH sedang berusaha ke arah menerbitkan akhbarnya sendiri.
Menurutnya, ia kini di fasa akhir menyiapkan segala dokumen diperlukan untuk dihantar kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi memohon permit penerbitan.
"Bagaimanapun AMANAH tetap menghargai sebarang usaha daripada ahli, penyokong atau mana-mana pihak yang bersemangat untuk mempromosikan parti yang baru berusia hampir lima bulan ini.
"Jika akhbar seperti yang gambarnya sedang tersebar itu benar-benar wujud, AMANAH mempelawa pihak terbabit untuk datang berbincang langkah-langkah yang boleh diambil ke arah mempromosikan AMANAH secara strategik dan mengikut saluran yang betul," tambahnya.
Beliau menegaskan bahawa penerbitan akhbar rasmi parti AMANAH akan dibuat mengikut prosedur dan proses undang-undang yang telah ditetapkan.
"Sehubungan itu, AMANAH menasihatkan semua pihak bersabar dan menunggu akhbar rasmi yang akan dikeluarkan dalam sedikit masa lagi selepas permit penerbitan diluluskan oleh KDN," tegasnya.