Selasa, 5 Januari 2016

NGO sokong Anwar dicalonkan untuk hadiah Nobel

Don't use reverse psychology on me, AG tells Mahathir

Mahathir ramal peguam negara tolak laporan SPRM

Husam Musa: Musuh Utama Islam Ialah Perkauman, Fanatik Perkauman

Husam Musa: Adakah Kita Yang Baca Quran Lebih Linier & Kompromi Dengan Korupsi Dalam Negara Ini?

Husam Musa: Tok Guru Nik Aziz Adalah Tokoh Reformis Malaysia

Kesatuan politik mampan dimeterai, perjanjian Pakatan Harapan fokus 7 perkara

pakatan 2.0
KUALA LUMPUR 5 JAN: Pakatan Harapan akan mengadakan persidangan pimpinan Pakatan Harapan buat julung-julung kalinya di Pusat Persidangan SACC, Shah Alam, Sabtu ini bagi memeterai perjanjian antara DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah).
Mengikut kenyataan media ditandatangani bersama Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang; Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dan Presiden Amanah, Mohamad Sabtu, perjanjian itu mengikat ketiga-tiga parti dalam kesatuan politik yang mampan.
Justeru, kata kenyataan itu, perjanjian berkenaan memberi fokus kepada tujuh perkara utama yang menjadi pra-syarat kepada pembinaan sebuah kesatuan politik mampan antara ketiga-tiga parti iaitu:
Prinsip dan kaedah membuat keputusan.
ii. Prinsip dan kaedah membina kesatuan politik antara parti.
iii. Prinsip dan kaedah dalam menyelesaikan pertikaian di antara parti.
iv. Prinsip dan kaedah dalam membangunkan dasar-dasar bersama dan kepatuhan kepada dasar-dasar bersama.
v. Prinsip dan kaedah menguruskan perjalanan pilihanraya termasuk penentuan kerusi yang ditandingi.
vi. Prinsip dan kaedah menguruskan perjalanan kerajaan Pakatan Harapan dan blok pembangkang.
vii. Prinsip dan kaedah menangani keadaan bila mana perjanjian ini dilanggari.
Kenyataan itu juga menyebut, rundingan dan perbincangan untuk memuktamad Perjanjian Pakatan Harapan bermula sejak pertengahan Oktober 2015 sejurus selepas pelancaran Pakatan Harapan.
“Keputusan untuk menguatkan lagi persefahaman politik melalui Perjanjian Pakatan Harapan lahir dari keinsafan bahawa rakyat mahukan sebuah pakatan politik yang lebih bersatu padu dan utuh yang padan dengan sokongan rakyat terhadap agenda perubahan.
“Rakyat sedia maklum pandangan dan keputusan Pakatan Harapan dalam isu-isu besar negara. Perkara itu termaktub di dalam dokumen dasar-dasar Pakatan Harapan sebelum ini (Kerangka Dasar Bersama, Belanjawan Pakatan Harapan, Buku Jingga dan lain-lain) atau diterjemah oleh pentadbiran Kerajaan Selangor dan Pulau Pinang.

MB Johor ‘berkokok’ sokong UMNO-PAS, membisu cadangan JK rentas parti


KUALA LUMPUR 5 JAN: DAP Johor menyarankan supaya Kerajaan Negeri mewujudkan Jawatankuasa Terpilih rentas parti bagi mendepani pelbagai isu kritikal melibatkan rakyat termasuk krisis bekalan air.
SHEIKH_OMAR_ALI_SENAWANG_03072015_TMIKAMAL_ARIFFIN_09Penolong Setiausaha Publisitinya, Sheikh Omar Ali kesal berikutan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sehingga kini belum memberi reaksi sekalipun membuat kenyataan sokongan terhadap kerjasama UMNO-PAS.
“Janganlah berkokok berderai-derai, melaungkan slogan kerjasama demi rakyat, sedangkan ekor dipenuhi tahi. Cakap tak serupa bikin,” katanya pada kenyataan media, hari ini.
Sebelum ini, Mohamed Khaled dilapor berkata UMNO Johor mengalu-alukan kerjasama baik yang memberi manfaat kepada rakyat, sekaligus menyokong saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atas alasan mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat.
Ironinya, cadangan DAP Johor yang dibuat sejak tahun lalu tidak mendapat sebarang reaksi sedangkan rakyat negeri itu terus dihimpit pelbagai masalah dalam kehidupan seharian.
Sheikh Omar berkata, UMNO sebenarnya ‘mencarik-carik’ perpaduan rakyat melalui perbuatan mahupun kenyataan berbaur perkauman, antaranya penganjuran Perhimpunan Baju Merah dan kenyataan ‘Apa lagi Cina mau?’
Sedangkan, katanya, program anjuran DAP Johor termasuk pertemuan Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang dengan anak muda berbilang kaum di Kluang 2 Januari lalu, berlangsung harmoni.
“Anak muda membangkitkan masalah berkisar kesukaran meneruskan survival hidup seperti sukar mendapat pekerjaan, kepayahan memiliki rumah, kekhuatiran terhadap kos sara hidup yang semakin menekan,” katanya.

Kritik Najib: Soo Wincci akui hampir muflis

Dia terpaksa melabur RM500,000 dan tidak mampu membuat promosi sehingga jualan tiket tidak mendapat sambutan
soo-win-chiPETALING JAYA: Penyanyi Soo Wincci mengaku hampir muflis apabila beberapa penaja menarik diri daripada menaja konsert solonya selepas dia mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Katanya, dia terpaksa melaburkan sebanyak RM500,000 untuk meneruskan konsert itu gara-gara beberapa penaja menarik diri di saat-saat akhir.
Katanya, dia tidak dapat membuat promosi untuk konsert berkenaan kerana kekurangan sumber kewangan sehinggakan jualan tiket tidak mendapat sambutan.
Bagaimanapun, dia mengaku tidak menyesal kerana kejadian itu telah membantu mempopularkan dirinya ke luar negara.
“Konsert itu tidak gagal kerana saya berjaya memberi persembahan terbaik kepada penonton. Cuma ia gagal daripada segi kewangan.
“Jujurnya saya hampir muflis kerana hutang yang ditanggung. Mujurlah rakan-rakan membantu meminjamkan wang bagi menyelesaikan hutang itu.
“Bayangkan, kesihatan saya juga tidak stabil ketika itu kerana terlalu kuat bekerja,” katanya lapor Mstar Online.

Pas Selangor tetap pendirian, enggan kerjasama Umno

Umno Pas
GOMBAK - Pas Selangor hari ini sekali lagi menyatakan pendirian tegas bahawa tidak akan berlaku sebarang gabungan antara parti itu dengan Umno.
Setiausaha Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata demikian ketika diminta mengulas terhadap kaji selidik Institut Darul Ehsan (IDE).
"Pas Selangor akan terus menjaga kebajikan semua rakyat yang mana Umno telah gagal melaksanakannya," katanya melalui aplikasi WhatsApp kepada Sinar Online, hari ini.
Semalam, Sinar Harian melaporkan, kaji selidik IDE mendapati kerjasama Umno-Pas tidak akan memberi sebarang manfaat kepada nasib orang Melayu di negara ini.
Malah dikhuatiri juga kerjasama itu menyebabkan perpecahan susulan kemarahan penyokong Pas terhadap Umno masih menebal.
Cakap-cakap tentang kerjasama Umno-Pas hangat diperkatakan selepas Presiden Umno, Datuk Seri Tun Najib Razak menghulurkan tali silaturahim kepada Pas di hadapan ribuan penyokongnya pada Perhimpunan Agung Umno, bulan lalu.
Kelmarin, Pas mengesahkan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan mengadakan satu taklimat khas Sabtu ini bagi menerangkan isu kerjasama dengan Umno kepada pemimpin-pemimpin parti tersebut.

Black 505: Nik Nazmi didakwa anjur demo tanpa kebenaran kali ke-3


Exco Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad dihadapkan ke Mahkamah Tinggi di Shah Alam hari ini atas dakwaan menganjurkan perhimpunan 'Black 505' tanpa kebenaran di Stadium Kelana Jaya di Petaling Jaya, kira-kira tiga tahun lepas.
Nik Nazmi, 34, yang didakwa untuk kali ketiga bagi kesalahan itu, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ghazali Cha.
Mengikut pertuduhan, Nik Nazmi yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, didakwa gagal memaklumkan kepada Ketua Polis Daerah Petaling Jaya dalam tempoh 10 hari sebelum penganjuran program 'Black 505' di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan didakwa melakukan perbuatan itu di Stadium MBPJ, Kelana Jaya di Petaling Jaya pada 8.30 malam, 8 Mei 2013.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012, yang boleh dihukum menurut Seksyen 9(5) akta sama, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM10,000 jika sabit kesalahan.

Nik Nazmi, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), didakwa kali pertama pada 17 Mei 2013. Beliau kemudian membuat permohonan untuk mengetepikan pertuduhan tersebut namun ditolak oleh Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 1 Nov 2013.
Pada 25 April 2014, Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Nik Nazmi untuk menggugurkan pertuduhan terhadapnya sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Pada 6 Feb 2014, Nik Nazmi didakwa kali kedua terhadap pertuduhan sama.

Amanah dijamin tempat dalam kerajaan tempatan Selangor

'Saya tak kata pun suruh makan nasi lauk kicap' - Ahmad Maslan

'Ayah Terkena Hari Ini’ - Rani Kulup

Datuk Paduka: 'Dah Orang Nak Bagi Ayah Ambil’

Raja Report mahu buat laporan polis terhadap KM Melaka

Hari ini sungguh celaka, kata Raja Report Malaysia

Datuk Paduka: Rani Kulup ditahan bantu siasatan

Pakatan Harapan sedia hadapi PRU

Oleh Abd Shukur Harun
Dalam beberapa bulan ini, atau mungkin selewat-lewatnya hingga hujung tahun ini, perkembangan politik tanah air semakin rancak, malah luar biasa rancaknya, untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) yang begitu dekat sekali.
Pertandingan 2 penjuru atau 3, atau lebih ramai daripada itu tidak mungkin dapat diramalkan. Sehubungan itu, masing-masing parti politik kelihatan begitu ghairah untuk bertanding. Ada kecenderungan bertanding sendirian, kerana merasakan partinya sangat gagah. Namun itu terpulanglah.

Tetapi PKR, Amanah dan DAP setia mendukung Pakatan Harapan. Adapun Pakatan Rakyat(PR), hanya tinggal kenangan dan menjadi sebahagian sejarah politik tanah air, walaupun ia pernah mencapai kejayaan gemilang.
Pakatan Harapan bakal membuat mengumumkan besar dalam tempoh terdekat dalam usaha untuk menghadapi Umno/BN dalam PRU14. Minggu lalu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pengumuman besar itu melibatkan pendedahan dokumen saf kepimpinan Pakatan Harapan sebagai persediaan berdepan PRU14.
"Saya percaya dokumen ini bakal menjadi asas penting yang sekali lagi membuktikan PKR serta parti-parti komponen Pakatan Harapan bersedia untuk menggalas tanggungjawab," katanya dalam perutusan Tahun Baru 2016.
Presiden PKR itu berkata, Pakatan Harapan akan terus bekerjasama semua pihak untuk menentang kezaliman dan membawa keadilan kepada rakyat Malaysia selepas pelbagai kejadian dan skandal sepanjang 2015.
Wan Azizah berkata, pertubuhan bukan kerajaan dan bukan politik yang cintakan negara diseru bersama dengan pembangkang untuk membawa perubahan besar kepada negara.
Ini keazaman Pakatan Harapan yang dilihat sebagai usaha memperkukuhkannya dan tentulah komponennya akan belajar daripada kesilapan yang membawa berakhirnya PR dulu.
Sementara itu, Amanah berazam setiap keluarga akan ada ahli Amanah dan nampaknya beransur-ansur dapat dibuktikan di beberapa negeri seperti Kelantan, Johor, Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Kedah dan Terengganu juga tidak terkecuali.
Kini Amanah melipatgandakan usahanya membela rakyat, khususnya pekebun kecil penoreh getah yang menderita kerana harga getah merudum jatuh.

Skandal RM2.6B Dan SRC: Jangan guna psikologi terhadap saya, kata AG

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali menolak dakwaan Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau mengketepikan siasatan derma RM2.6 bilion dan dana RM42 juta SRC International yang disalurkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Sambil berikrar akan bertindak tanpa rasa takut atau pilih kasih dalam kes tersebut, beliau meminta bekas perdana menteri itu supaya tidak menggunakan psikologi ke atasnya.
Bercakap kepada Malaysiakini, Apandi berkata beliau akan bertindak dengan adil dan teliti.
"Saya akan kaji (kes) mengikut undang-undang,.
"Tanya dialah, bagaimana beliau buat rumusan itu?" katanya ketika diminta mengulas kenyataan Mahathir yang meramalkan laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu SRC International dan derma RM2.6 bilion ringgit akan ditolak.
Mahathir juga dilaporkan berkata beliau membuat andaian itu berdasarkan tindakan AG sebelum ini yang menolak laporan Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai 1MDB secara bulat-bulat.
Apandi turut menafikan spekulasi bahawa beliau dilantik bagi melindungi Najib daripada tindakan undang-undang dan menuduh Mahathir cuba untuk memberi tekanan kepadanya.
"Beliau hanya cuba untuk memberikan tekanan kepada saya. Saya tidak bekerja di bawah tekanan. Sama seperti mana-mana hakim, kami tidak bekerja di bawah tekanan.
"Beliau hanya cuba untuk menggunakan psikologi ke atas saya," katanya sambil menambah bahawa bekas perdana menteri itu perlu berhenti mencari jalan keluar dengan taktik itu.
"Saya tahu undang-undang. Beritahu seluruh dunia bahawa saya seorang faham undang-undang. Saya membuat keputusan mengikut undang-undang. Tiada siapa yang boleh beri tekanan kepada saya," tegasnya.
Apandi dilantik sebagai AG selepas Tan Sri Abdul Gani Patail secara tiba-tiba dilucutkan jawatannya atas sebab-sebab kesihatan pada tahun lalu.
Tindakan itu mencetuskan spekulasi bahawa Gani sedang dalam usaha menyeret Najib ke mahkamah tetapi dinafikan oleh pihak berkuasa.
Najib juga memecat timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seorang menteri kabinet, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kerana lantang mengkritik 1MDB.

Umno bukan lagi parti harapan Melayu

Oleh AZIZ MUDA
KUALA LUMPUR: Umno yang menjadi tulang belakang kerajaan Barisan Nasional yang menerajui negara kini bukan lagi menjadi parti pergantungan orang Melayu, kecuali yang di hujung kampung terus memancing menggunakan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Sebaliknya realiti yang berlaku, rakyat Malaysia kini sudah cemuh dengan lagak sombong pemimpinpemimpin parti itu dan kerajaan Umno-BN apabila berbicara soal rakyat.

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, di bawah pemerintahan kerajaan Umno-BN kini, hala tuju negara semakin kabur dan hilang daya saing dengan negara jiran yang terus bergerak ke hadapan. Menurut beliau, jauh lagi penjalanan untuk melihat pemulihan nilai Ringgit, manakala Wawasan 2020 yang hanya tinggal 4 tahun kini semakin mustahil dapat dicapai.
Katanya, kerajaan tidak perlu bermain dengan angka dan data yang boleh dimanipulasikan kerana hakikatnya, rakyat marhaen tidak berhajat kepada data yang sering dikeluarkan kerajaan.
“Yang mereka tahu dan rasa harga barangan semakin mahal. Duit ringgit yang ada di tangan semakin kurang sehingga terpaksa berhutang. Sayang wang derma saudagar Arab langsung tidak tiris kepada rakyat. Ia mungkin kekal dalam simpanan penama sahaja. Ke mana hidup mereka?” katanya.
Dalam kenyataannya 31 Disember lalu, Ustaz Tuan Ibrahim berkata, rakyat Malaysia melangkah masuk menghadapi tahun 2016 tanpa secebis harapan dan sinar mentari kegembiraan.
Menurutnya, negara melangkah ke tahun baru dalam suasana penuh suram, sehingga tiada sesuatu yang dapat dibanggakan atau memberi harapan perubahan kepada rakyat sama ada ekonomi, politik dan sosio budaya.
“Kemelut ekonomi yang menghimpit rakyat akan terus digendong ke tahun baru dengan kerajaan yang terus mengambil sikap “tidak apa”. Namun kita terpaksa hadapi jua,” ujarnya.
Akhir tahun, katanya, yang biasanya ada berita gembira bonus kepada kakitangan kerajaan, tetapi kini senyap sepi, tiada pihak sama ada kerajaan atau swasta yang ingin menceriakan keadaan, malah kebanyakannya melaporkan pengurangan hasil.
“Sebaliknya berita ribuan pekerja yang dibuang menjadi memori duka rakyat.
Seloka Pak Menteri hanya menambah kemarahan.

Tekad kukuhkan Pakatan Harapan demi rakyat


Sidang media Pakatan Harapan di Wisma AmanahSidang media Pakatan Harapan di Wisma Amanah
Pakatan Harapan (PH) akan memeterai perjanjian pada 9 Januari ini bagi mengukuhkan Parti Amanah Negara (Amanah), PKR dan DAP ke arah kesatuan yang mampan.
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, perjanjian itu akan ditandatangani dalam Persidangan Pimpinan Pakatan Harapan yang pertama kali diadakan.

Perjanjian ini juga akan membentuk dokumen Dasar-dasar Bersama Pakatan Harapan yang akan diumumkan di Konvensyen Pakatan Harapan yang dijangka akan diadakan menjelang Jun 2016.

“Keputusan untuk menguatkan lagi persefahaman politik antara ketiga-tiga parti lahir daripada keinsafan bahawa rakyat mahukan sebuah pakatan politik yang lebih bersatu padu dan dan utuh, sesuai dengan sokongan rakyat terhadap agenda perubahan yang dibawa,” kata beliau selepas mesyuarat Majlis Presiden di Wisma Amanah, Jalan Kuching hari ini.

Antara yang turut serta dalam sidang media tersebut ialah presiden Amanah, Mohamad Sabu, setiausaha agung Anuar Tahir, penasihat DAP Lim Kit Siang dan naib presiden PKR Tian Chua.

Perjanjian ini mengandungi tujuh fasal utama mengenai prasyarat berhubung prinsip dan kaedah membuat keputusan; prinsip dan kaedah membina kesatuan politik antara parti; prinsip dan kaedah dalam menyelesaikan pertikaian antara parti; prinsip dan kaedah dalam membangunkan dasar-dasar bersama dan kepatuhan kepada dasar-dasar bersama; prinsip dan kaedah menguruskan perjalanan pilihan raya termasuk penentuan kerusi yang ditandatangani; prinsip dan kaedah menguruskan perjalanan kerajaan Pakatan Harapan dan blok pembangkang; prinsip dan kaedah menangani keadaan apabila perjanjian ini dilanggari.

Ingat Ular, Ingat UMNO.. !!

Kenapa ULAR lidah bercabang ???

Kenapa mereka tak serik2 putar belit & menipu rakyat ??

Adakah bila dah ada penduduk yg mati angkara bauksit baru nak bertindak ??

ISLAM DIJUAL DI MANA-MANA?

Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad mendakwa konsep patuh syariah yang diperkenalkan oleh syarikat penerbangan baru, Rayani Air, hanyalah untuk mendapat keuntungan dengan menggunakan nama Islam.

"Kita dapati pemiliknya bukan Islam. Jadi, orang bukan Islam yang patuh kepada ajaran Islam ada juga. Dia dapat keuntungan daripada agama Islam. 

"Sekarang ini macam-macam benda orang cari keuntungan daripada apa yang ditafsir sebagai kehendak Islam," kata Tun Mahathir.

Apa yang boleh kita fahami daripada logik kenyataan beliau kali ini? 

Walaupun menyebut Rayani Air sebagai subjeknya, tetapi dapat diterobos bahawa Tun Mahathir sedang membuka lorong fikiran kita untuk menilai apa yang berlaku sehari dua ini dalam negara.

Tun Mahathir tidak lain mengajak kita berfikir dengan mendalam dan tidak mudah sentimental serta "tangkap leleh"  apabila sesuatu dihidangkan atas nama agama di depan mata kita.

Janganlah apabila atas nama Islam saja semuanya  dikira borong sebagai perkara yang total baik dan tidak boleh dipersoalkan. Sesuatu perkara yang berlaku itu harus diteliti secara mendalam dan menyeluruh sebelum mahu menerimanya sama ada baik atau sebaliknya.

AMANAH Kelantan bidas PAS Putrajaya

Undang-undang pilihan raya membenarkan hanya rakyat Sarawak sahaja bertanding di Sarawak.
amanah
PETALING JAYA: Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah membidas cadangan PAS Putrajaya supaya beliau bertanding mewakili parti itu di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.
Katanya, cadangan itu disifatkan tidak logik kerana mengikut undang-undang pilihan raya hanya rakyat Sarawak sahaja layak bertanding di negeri berkenaan, kecuali Parlimen.
“Saya rakyat Kelantan, dalam undang-undang pilihan raya hanya rakyat Sarawak sahaja dibenarkan oleh undang-undang untuk bertanding di negeri Sarawak.
“Sama juga di Kelantan kalau calon itu bukan rakyat Kelantan dia tidak boleh bertanding di pilihan raya negeri, kalau Parlimen tidak apa, malah undang-undang itu diguna pakai seluruh negara,” katanya ketika dihubungi FMT di sini, hari ini.
Mengulas mengenai cadangan AMANAH bertanding di Kelantan, bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan itu berkata, pihaknya belum membuat keputusan muktamad kerana perlu berunding dengan PAS.
Katanya, AMANAH tidak mahu Kerajaan Kelantan jatuh kepada Barisan Nasional (BN) sekiranya PAS dan UMNO bekerjasama.
“Kami masih menunggu untuk berunding dengan kerajaan negeri kerana sehingga kini tidak ada seorang pun pemimpin kerajaan negeri sedia untuk berbincang,” katanya.

Saya tak suruh orang makan nasi lauk kicap – Ahmad Maslan

Beliau mendoakan pihak yang melemparkan fitnah dibukakan hatinya dan insaf serta menyesal atas perbuatan itu
Ahmad-Maslan_comnt_600
PETALING JAYA : Datuk Ahmad Maslan mendakwa difitnah lagi apabila beliau dikatakan menyuruh orang ramai makan nasi berlaukan kicap bagi menjimatkan perbelanjaan.
Walaupun kecewa, beliau tetap mendoakan agar pihak yang memfitnahnya dibukakan hati dan menyesal atas perbuatan itu.
“Fitnah fitnah. Saya doakan agar orang yang mencipta fitnah ini dibukakan hatinya oleh Allah agar kesal dan tak ulangi lagi,” katanya menerusi laman sosial twitter miliknya.
Beliau turut memuat naik sekeping gambar di twtternya yang didakwa memfitnahnya;
“Jika nak berjimat cermat rakyat boleh makan nasi dengan kicap. Jangan nak salahkan kerajaan sebab GST dan penghapusan subsidi”
Ketua Penerangan UMNO itu sebelum ini menerima kecaman apabila menyarankan orang ramai agar melakukan dua kerja bagi mengatasi kos sara hidup.
Di sebalik kritikan, beliau tetap akan memberikan saranan kepada rakyat Malaysia menerusi media sosial bagi membantu rakyat berdepan dengan kehidupan yang mencabar.

PAS tegaskan tiada lagi perbincangan dengan AMANAH kata Mohd Amar

Pintu perbincangan antara PAS dan Parti Amanah Negara (AMANAH) sudah ditutup untuk rundingan mengelakkan berlakunya pertembungan tiga penjuru pada pilihan raya umum akan datang, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Beliau berkata perbincangan itu tidak perlu diadakan kerana AMANAH pernah membuat perjanjian dengan parti itu untuk tidak bertanding di Kelantan.
"Tapi dia (AMANAH) kena ingat janji dia dahulu (untuk tidak bertanding) di Kelantan... orang ingat janji dia tu.
"Kalau dia nak bertanding itu hak dia. Dalam negara demokrasi tak ada orang boleh ganggu," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri satu mesyuarat di Kompleks Kota Darul Naim di Kota Bharu, hari ini.
Mohd Amar mengulas kenyataan Pengerusi AMANAH Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah semalam bahawa AMANAH masih membuka pintu rundingan dengan PAS bagi mengelak berlakunya pertembungan tiga penjuru pada pilihan raya umum nanti.
Mohd Amar, yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, PAS tidak akan menghantar wakilnya untuk menghadiri sebarang perbincangan dengan AMANAH kerana dari awal lagi PAS "tak ada apa-apa hubungan" dengan parti itu.

KEADILAN: Pangkalan TUDM terdedah ancaman asing?

KEADILAN mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak menjelaskan sama ada  tindakan 1MDB melepaskan ekuitinya dalam Bandar Malaysia memberi ancaman kepada pangkalan tentera negara kepada China.
sukhoi-su-30mkm-m52-05Setiausaha Agung KEADILAN, Rafizi Ramli, berkata di bawah perjanjian asal, Putrajaya menganugerahkan tanah itu kepada 1MDB dengan syarat memindahkan kemudahan Kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sungai Besi dan menaiktarafkan enam pengkalan TUDM lain dan satu kem polis udara.
Beliau turut mempersoalkan sama ada China Railway Engineering Corp kini bakal mengambil alih peranan itu selepas usaha samanya membeli 60 peratus kepentingan dalam Bandar Malaysia daripada 1MDB.
“Diseru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri memberi penjelasan kepada soalan itu secepat mungkin.
“Ini kerana tidak ada negara berdaulat wajar melibatkan syarikat dimiliki negara lain di dalam keputusan membabitkan kelengkapan dan kemudahan ketenteraannya,” kata Rafizi dalam kenyataan media hari ini.
Rafizi berkata pangkalan TUDM Sungai Besi adalah antara terpenting di negara ini.
Katanya, kem TUDM lain yang sepatutnya dinaikkan taraf mengikut perjanjian Bandar Malaysia itu adalah Kem TUDM Kuantan, Kem TUDM Gong Kedak, Kem TUDM Senawang, Kem TUDM Butterworth dan Kem Polis Udara Ipoh.

Rani Kulup: Raja repot pun kena angkut

Abdul Rani Kulup Abdullah hari ini 'diangkut' pihak berkuasa bagi memberi keterangan berhubung anugerah 'Datuk Paduka Mahkota Melaka' yang diterimanya, baru-baru ini.
Abdul Rani atau lebih gemar membahasakan dirinya sebagai 'ayah’ pada mulanya mahu memberi keterangan di sebuah restoran mamak, bagaimanapun dibawa ke Balai Polis Gombak.
Sebelum ini Rani yang terkenal dengan julukan 'Raja Repot' menerima 'anugerah' daripada Raja Noor Jan Shah Tuah yang mengakui dirinya Sultan Melaka.
Bagaimanapun, majlis penganugerahan pingat itu tidak diiktiraf dan Noor Jan kini disiasat di bawah Akta Hasutan.
Beliau kelihatan tenang ketika memasuki balai polis tersebut bagi memberi keterangan dan membantu siasatan di bawah Akta Hasutan 1948.
“Lima tahun saya berkecimpung dalam report polis hingga saya gelar king of report. (Tapi) Raja Report Malaysia kena angkut hari ini dan ini sungguh haram jad**.
“Memang orang kata Raja Report akan kena, jadi inilah, dah kena dah. Tapi kena ayah pun kena bersebab, atas fakta kes yang sangat berbelit-belit,” katanya kepada pemberita di luar Balai Polis Gombak.
Abdul Rani yang memberikan keterangan selama lebih tiga jam turut mengakui gelaran ‘Datuk’ yang diterimanya tidak sah kerana Kesultanan Melayu Melaka telah lama berakhir.
“Saya nak bagitahu, benda (gelaran) ini tidak diiktiraf yang mana institusi Kesultanan Melaka sudah berakhir.

Gamat, taklimat khas PAS bergabung dengan Umno


KUALA LUMPUR: Gamat dan gawat dalam media mengenai taklimat khas PAS bergabung dengan Umno pada 9 Januari ini.

"Dah tak ada modal lain dah," kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Justeru, katanya kalaupun benci sangat dengan PAS, carilah modal lain untuk melawan PAS dan jangan mencipta fitnah.

Padahal, ujar beliau ia adalah taklimat dan program Lajnah Penerangan PAS Pusat.

Tambahnya, program itu adalah biasa untuk taklimat kepada pimpinan berbagai peringkat supaya dapat maklumat dan dialog dengan kepimpinan.

"Inilah cara PAS untuk beri taklimat dan penerangan, bukan melalui media sosial. Harap ahli PAS jangan termakan dengan fitnah," tegasnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Beliau menegaskan, pemimpin PAS sekarang tidak ada masa untuk melayan isu-isu yang tidak ada dalam agenda untuk bergabung dengan Umno.

"PAS ialah PAS. Insya Allah PAS berusaha untuk ganti Umno," tegasnya lagi.

Hakim bebaskan Chang, Khairuddin dipindahkan

Kurang dua bulan selepas membenarkan ikat jamin untuk peguam Matthias Chang dan bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, berikutan pertuduhan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma), Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Azman Husin dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.
 Hakim Azman bersama-sama dengan 12 hakim dan pesuruhjaya kehakiman Mahkamah Tinggi dipindahkan berkuat kuasa 1 Januari lalu berikutan pekeliling bertarikh 7 Disember yang dipersetujui oleh Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria.
Haniff Khatri Abdulla yang adalah peguam utama dalam kes itu dan mewakili Khairuddin memberitahu Malaysiakini bahawa Hakim Azman adalah antara hakim-hakim kanan yang dipindahkan.
"Saya rasa pelik seorang hakim kanan seperti Hakim Azman tiba-tiba dipindahkan ke Shah Alam sedangkan Mahkamah Kuala Lumpur adalah tempat utama bagi hakim-hakim kanan," katanya.
Pada 18 November, tahun lalu, Hakim Azman memutuskan bahawa pertuduhan terhadap Chang, bekas setiausaha politik kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan Khairuddin yang didakwa mensabotaj perkhidmatan kewangan negara bukan di bawah di Sosma.
Katanya, ia tidak termasuk dalam bidang kuasa Perkara 149 ( 1) Perlembagaan Persekutuan manakala undang-undang Sosma digubal oleh Parlimen.
Hakim Azman dengan itu memutuskan bahawa kedua-dua mereka akan dibicarakan di Mahkamah Sesyen dan bukan di Mahkamah Tinggi. Walau bagaimanapun, perkara dibawa untuk rayuan di Mahkamah Rayuan.
Justeru, Haniff berkata, kes Khairuddin dan Chang yang dijadualkan untuk sebutan semula pada Selasa (12 Januari) akan didengar oleh hakim lain iatu Datuk Azman Abdullah yang dipindahkan dari Kota Baru ke Kuala Lumpur.
Hakim Azman adalah hakim yang menolak saman parti Gerakan untuk memohon pengisytiharan membatalkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau hudud yang didakwa bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Beliau juga adalah hakim yang menjatuhkan hukuman bersalah ke atas bekas Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh dan mendendanya RM4,000 kerana mengeluarkan kenyataan menghasut terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah berhubung pengguguran Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar.

Sultan Melaka disiasat di bawah Akta Hasutan 1948

PAS tetap pendirian tidak mahu berunding dengan Amanah

Defisit fiskal -3.1% mungkin perlu dinilai semula

PKR, DAP, Amanah to sign coalition agreement on Saturday

Pakatan Harapan Meterai Perjanjian Sabtu Ini

Pakatan Harapan Tak Bincang Isu Pas

Saya sudah letak jawatan, Najib bila? – Anina

Dia meletak jawatan sebagai pensyarah universiti dan mencabar Najib Tun Razak mengambil tindakan sama demi kebaikan 30 juta rakyat Malaysia
anina,najib
PETALING JAYA: Bekas ahli UMNO yang memfailkan saman terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dana RM2.6 bilion, Anina Saadudin meletak jawatan sebagai pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di ibu negara.
Dia telah menghantar surat peletakan jawatan itu hari ini, Selasa, kerana tidak mahu dituduh cuba mempengaruhi pelajar-pelajar untuk menentang kerajaan.
Selain itu, bekas ahli wanita UMNO Bahagian Langkawi itu berbuat demikian kerana rasa tanggungjawabnya terhadap institusi pengajian tinggi berkenaan apabila ada pihak tertentu mula mempertikaikan kerjayanya.
“Saya tidak mahu institusi tempat saya bekerja terjejas hanya kerana kes saya. Saya rasa bertanggungjawab atas kes ini dan saya sebagai seorang kakitangan syarikat mengambil keputusan melepaskan jawatan saya sebagai pensyarah,” katanya dalam temubual eksklusif bersama FMT.
Sehubungan itu, Anina mencabar Perdana Menteri supaya meletak jawatan kerana gagal menjadi pemimpin yang baik untuk 30 juta rakyat Malaysia.
“Saya hanya pekerja biasa yang bekerja untuk membesarkan anak-anak kecil yang masih bersekolah tetapi saya sanggup memikul tanggugjawab ini (melepaskan jawatan) demi nama baik dan masa depan institusi tempat saya bekerja.
“Saya cabar beliau untuk menjadi seorang Perdana Menteri yang bertanggungjawab melepaskan jawatan untuk 30 juta rakyat Malaysia, sekiranya saya boleh lakukan kenapa Datuk Seri Najib tidak boleh,” katanya.
Anina berkata, dia sedikitpun tidak rasa menyesal melepaskan jawatan sebagai pensyarah universiti kerana keputusan itu demi mencari kebenaran yang sebenar dan yakin rezeki itu bukan datang dari Najib tetapi datangnya dari Allah.
Keputusan itu juga akan memberi peluang kepadanya untuk berjuang dengan lebih hebat untuk menjatuhkan Perdana Menteri demi membela nasib 30 juta rakyat Malaysia.
“Saya berani menentang Datuk Seri Najib, saya berani mengheret Datuk Seri Najib ke mahkamah kerana saya percaya Allah SWT itu ada. Saya tidak akan mati kerana Datuk Seri Najib. Saya tidak akan mati kerana perjuangan saya terhadap Datuk Seri Najib.

Tun M akui simpan banyak rahsia Zahid Hamidi

Beliau memilih untuk tidak mengaibkan pemimpin nombor dua dalam kerajaan walaupun Zahid telah memburukkan namanya
mahathir-zahid
PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mahu mendedahkan kisah buruk mengenai Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi walaupun beliau menyimpan banyak rahsia dan kisah silam Timbalan Perdana Menteri itu.
Menurut Dr Mahathir, beliau boleh mendedahkan kisah buruk Ahmad Zahid pada masa lampau namun, memilih untuk tidak mengaibkan pemimpin nombor dua dalam kerajaan itu.
“Saya tidak suka hendak cungkil ‘benda-benda kotor’ yang dari waktu belakang (silam). Kita semua banyak buat dosa, tetapi banyak orang tidak mahu sebut. Kalau hendak kata saya buat salah, katalah. Semua orang terimalah,” katanya.
Dalam satu wawancara eksklusif bersama FMT, Dr Mahathir turut mendedahkan bahawa beliau mengenali secara mendalam sikap dan tingkah laku Ahmad Zahid memandangkan beliau sendiri yang melantiknya sebagai menteri kabinet.
“Dia (Ahmad Zahid) dapat jadi menteri pasal saya juga. Kalau saya cerita hat (perkara) lama nanti jadi buruklah,” ujarnya.
Sebelum ini, Ahmad Zahid menggesa semua pihak tidak menyalahkan kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sebaliknya melihat apa yang dilakukan pentabiran kerajaan sebelum ini.
Dakwaan itu merujuk kepada zaman pemerintahan Dr Mahathir susulan beberapa isu yang disifatkan berat sebelah khususnya mengenai kenaikan tambang ERL sebanyak RM55 daripada RM35.
“Disebabkan najis yang terpalit dulu, jangan salahkan kita sepenuhnya, walaupun bukan 100 peratus kita kena faham, mahasiswa nakkan tadi supaya ada diskaun kad untuk ERL, cuma semua harus faham bahawa kalau rombak, kita terpaksa bayar puluhan ribu sebab melanggar perjanjian konsesi,” kata Ahmad Zahid.

'Laut merah' sebab sirih, ejek pengguna Internet


Selepas penafian Kuantan Port Consortium (KPC) bahawa 'laut merah' di Pantai balok dan Pantai Batu Hitam Kuantan bukan berpunca daripada perlombongan bauksit, warga Internet menjadikan perkara itu sebagai bahan jenaka.
Ia antaranya dikesan dalam Facebook Gerakan Hentikan Pencemaran Bauksit (GERAM).
Seorang pengguna Facebook dengan nama Adee Muniff melampirkan gambar sebuah lori yang telah diedit dengan membawa daun sirih berserta kapsyen:
"Sirih punca pantai sekitar Kuantan bertukar menjadi merah... Pekerja asing dilihat gemar meludah merata-rata di sekitar pelabuhan Kuantan".

Pengguna Facebook yang menggunakan nama Apandi Ali pula membalas di bahagian komen gambar tersebut dengan mempersoalkan sama ada sirih akan diharamkan selepas ini di Malaysia.
"Mungkinkah daun sirih akan diharamkan di Malaysia," tulisnya.
Syed Hasbullah Syed Ali pula menulis: "Haramkan sekali dengan penanaman sirih dan pemakan sirih".
Pengguna Facebook bernama Mohd Faizal pula memuat naik gambar pencemaran yang berlaku di pelabuhan Kuantan dengan menuliskan kapsyen:
"Ini adalah sirih yang diludah oleh lebih 100 warga Bangladesh. Siapa kata ini bauksit akan direjam sampai mati," tulisnya.
Semalam, KPC menafikan 'laut merah' di Pantai Balok dan Pantai Batu Hitam disebabkan perlombongan bauksit.

Perjanjian rasmi Pakatan Harapan Sabtu ini

Lebih tiga bulan selepas kelahiran Pakatan Harapan, ketiga-tiga parti bergabung dalamnya akan menandatangani perjanjian kerjasama rasmi pada 9 Januari ini.
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata perjanjian akan menumpukan kepada tujuh prasyarat kerjasama gabungan baru pembangkang itu.
 Ia, kata Azizah, melibatkan penyelesaian pertikaian, pembahagian kerusi dan kerjasama di negeri-negeri Pakatan Harapan.
Beliau mengumumkan sebuah lagi mesyuarat kepimpinan PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) akan diadakan pada malam 9 Januari ini di Shah Alam.
Azizah berkata mesyuarat ini dijangka melibatkan acara tandatangan perjanjian untuk mengikat ketiga-tiga parti sebagai sebuah gabungan politik yang mapan.
Beliau berkata demikian di ibu pejabat AMANAH di Kuala Lumpur hari ini.

Pakatan bakal bersidang, mahu kukuhkan hubungan dengan perjanjian

Pemimpin DAP, Lim Kit Siang, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu, pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini. Pakatan Harapan dijangka mempersetujui 7 fasal dalam perjanjian bagi memantapkan kerjasama antara mereka. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 5 Januari, 2016. 
Pemimpin DAP, Lim Kit Siang, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu, pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini. Pakatan Harapan dijangka mempersetujui 7 fasal dalam perjanjian bagi memantapkan kerjasama antara mereka.

 Menjelang persidangan pimpinan Pakatan Harapan hujung minggu ini, blok pembangkang cuba mengukuhkan kedudukan sesama mereka termasuk penyelesaian pertikaian dan penentuan kerusi pilihan raya.
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini berkata, melalui persidangan di Shah Alam itu, mereka akan bersama-sama memeterai Perjanjian Pakatan Harapan antara DAP, PKR dan Amanah.
"Kami yakin pemeteraian perjanjian Pakatan Harapan ini merupakan kemajuan besar melambangkan kematangan politik PKR, DAP dan Amanah, yang berjaya mengenepikan kepentingan politik masing-masing demi mencapai persetujuan ini," kata Dr Wan Azizah pada sidang media di pejabat Amanah di Kuala Lumpur.

Beliau berkata, perjanjian itu akan mengandungi 7 fasal utama, termasuk prinsip dan kaedah membuat keputusan, membina kesatuan politik antara parti, menyelesaikan pertikaian antara parti, membangunkan dasar bersama dan kepatuhan kepada dasar-dasar bersama. Selain itu, Pakatan Harapan juga akan menetapkan prinsip dan kaedah menguruskan perjalanan pilihan raya termasuk penentuan kerusi yang akan ditandingi, prinsip dan kaedah menguruskan perjalanan kerajaan Pakatan Harapan dan blok pembangkang serta dalam menangani pelanggaran perjanjian.
Isu membabitkan pengagihan kerusi ahli Majlis Kerajaan Selangor yang dipimpin menteri besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, masih lagi belum selesai, dan tuntutan Amanah untuk kerusi berkenaan masih belum dilaksanakan.
Dr Wan Azizah, bagaimanapun, tidak mengulas lanjut perkara itu dengan berkata ia keputusan kerajaan negeri dan tidak mempunyai kaitan dengan Pakatan Harapan.

Bandar Malaysia ‘value’ subject to talks during ‘completion period’

CREC statement to HKEx based on certain assumptions given their share of the project and not the land valuation which is the starting point of any negotiations.
bandar-malaysiaKUALA LUMPUR: The valuation contained in the announcement made by CREC to HKEx refers not to the land sale valuation, but instead to their estimated share of the net equity value of the Bandar Malaysia project, based on certain assumptions, which are subject to further negotiations during the completion period between January and June 2016, said 1MDB in a statement.
“The starting point of any net equity value calculation is the land sale valuation of RM12.35 billion, of which the Consortium’s 60 per cent share equates to RM7.41 billion. This is the basis upon which the 10 per cent deposit of RM741 million has been calculated and agreed upon by all parties.”
During the completion period, conceded the company, adjustments may be made to the RM7.41 billion land sale valuation, depending on whether or not certain Bandar Malaysia related liabilities can be passed to the Consortium e.g. the remainder contract costs for relocation of the existing facilities and the Bandar Malaysia sukuk debt.
1MDB was commenting on certain quarters attacking the RM7.41 billion land sale valuation contained in the recent announcement on the successful Share Sale and Purchase (S&P) Agreement executed with the IWH-CREC Consortium for 1MDB to sell 60 per cent of the equity in the Bandar Malaysia project. “These appear to be last ditch attempts by members of the Opposition to undermine the company’s rationalization process.”
The agreement executed between the parties on 31 December 2015, added the company, provides for a robust and objective mechanism to determine, amongst others, matters to which all parties have committed. “1MDB is focused now on taking the necessary steps and to procure the relevant consent in order to implement the legally binding agreements executed in 2015 for the sale of Edra, the debt for asset swap with IPIC and the sale of 60 per cent equity in the Bandar Malaysia project.
The company intends to issue further updates in due course.

Aktivis bahasa umum demo anti-DLP Mac ini

Selepas berjaya mendesak kerajaan memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) beberapa tahun lalu, sekumpulan aktivis bahasa Melayu mengumumkan himpunan kedua mereka Mac ini.
 Kali ini, himpunan anjuran Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) itu menyasarkan Program Dwibahasa (DLP) untuk pengajaran mata pelajaran terpilih di sekolah.
Pengerusinya Prof Emeritus Dr Shaharir Mohamad Zain berkata ia akan diadakan jika rundingan mereka dengan kerajaan bagi membatalkan DLP, yang dirujuk sesetengah aktivis sebagai 'PPSMI 2.0', tidak berjaya.
“(Kami sedang) buat perancangan lebih intensif bermula dari sekarang.
“Kalau akhir Februari tidak ada perubahan dan (kami memilih) untuk tunjuk perasaan,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat Angkatan Belia Malaysia (ABIM) Pusat di Gombak.
Shaharir berkata, demonstrasi ini akan diadakan serentak di seluruh negara dan menjangkakan jumlah kehadiran yang ramai.

Chegubard tak perlu ‘menyalak’, lapor ke SPRM kata Azmin

Chegubard sepatutnya membuat laporan kepada SPRM jika benar mempunyai bukti proses pemberian kawasan balak tidak dibuat secara tender terbuka
Badrul Hisham Shaharin
AMPANG: Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard dinasihatkan supaya berhenti ‘menyalak’ dan menggunakan media untuk menyebarkan fitnah.
Nasihat itu diberikan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali susulan dakwaan beliau terlibat dalam pemberian dua kawasan balak.
Katanya, Chegubard sepatutnya membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika benar mempunyai bukti ia tidak dibuat secara tender terbuka.
“Kalau ada bukti, tidak perlu ‘menyalak’ di media setiap hari. Saya tidak mahu terlibat dalam tohmahan liar seperti ini,” katanya dalam sidang media sempena majlis pelancaran Bas Smart Selangor, hari ini.
Katanya, mengikut Akta SPRM 2009, mana-mana pihak yang memiliki maklumat terhadap sebarang dakwaan salah laku boleh mengemukakannya kepada pihak berkuasa.
“Buat sahaja laporan kepada SPRM dan tidak perlu cabar saya,” katanya lagi.
Semalam, Chegubard mendakwa memiliki dua dokumen rahsia Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang menunjukkan dua kawasan pembalakan di Selangor diberikan kepada dua syarikat tanpa menjalani proses tender terbuka.
Dia juga mencabar Azmin agar mengklasifikasikan semula dokumen itu sebagai bukan dokumen rahsia, supaya boleh mendedahkannya kepada orang awam.

16 Jan teka-teki AMANAH dapat kerusi PBT terjawab

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pengumuman mengenai perkhidmatan ahli majlis tempatan di Selangor tetap akan diumumkan dan tiada penangguhan akan berlaku.
Azmin juga berkata, perkara tersebut telah dibincangkan dan beliau percaya kerajaan negeri akan mempertimbangkan penyertaan semua parti politik sebagai ahli majlis.
 "Ia bukan isu. Perkara itu telah dibincangkan dan saya percaya kerajaan negeri akan menimbangkan penyertaan semua parti politik.
"Kita akan membuat keputusan dan akan berkuat kuasa pada tarikh 16 Januari. Tak ada penangguhan dan akan umumkan," katanya dalam sidang media selepas melancarkan Program Bas Percuma Smart Selangor hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas soalan pemberita berhubung sama ada kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk memperuntukkan mana-mana kerusi majlis tempatan kepada Parti Amanah Negara (AMANAH).

Mahathir: Orang tak pakai tudung pun Islam juga

Tun Dr Mahathir Mohamad dilapor berkata konsep patuh syariah yang diperkenalkan Rayani Air hanya untuk mendapatkan keuntungan menggunakan agama Islam.
Justeru, katanya Malaysia Airlines (MAS) tidak perlu untuk mengikut jejak langkah syarikat penerbangan baru itu, lapor FMT News.
“Kita dapati pemiliknya bukan orang Islam. Jadi orang bukan Islam yang patuh pada ajaran agama Islam ada juga. Dia dapat keuntungan daripada agama Islam. Sekarang ini, macam-macam benda orang cari keuntungan daripada apa yang ditafsir sebagai kehendak Islam.
 “Tidak payah (ambil tindakan yang sama seperti Rayani Air). Saya tengok, syarikat Arab Saudi pun tidak ada konsep patuh Syariah. Kenapa kita hendak tunjuk kita ini lebih Islam dari orang lain,” katanya sewaktu wawancara eksklusif bersama FMT.
Bekas perdana menteri juga menyentuh dakwaan MAS menghidangkan arak kepada penumpang-penumpangnya, seperti keluhan dibangkitkan mufti Perlis Datuk Dr Mohd Zainul Abidin sebelum ini.
“Tidak ada. Tidak hidang alkohol lagi. MAS lama sudah berhenti. Benda itu sebenarnya tidak patut timbul. Negara Islam dan penduduknya 100 peratus Islam juga tidak suruh buat macam itu (henti hidang alkohol sewaktu penerbangan).
“Kita hendak tunjuk kita ini lebih Islam dari mereka. Orang yang tidak pakai tudung pun Islam juga. Orang yang buat dosa juga Islam. Kita tidak boleh sewenang-wenangnya kata orang itu tidak Islam. Adakah melayan penumpang dengan tudung menunjukkan kita lebih Islam?” soalnya.
FMT melaporkan Rayani mempunyai 355 kakitangan, lapan juruterbang dan 50 anak kapal dan namanya gabungan nama pemiliknya iaitu Ravi Alegandrran dan isterinya Karthiyani Govindan.

Aktivis reformasi, NGO sokong Anwar dicalon hadiah Nobel

Pemimpin NGO dan aktivis reformasi menyatakan sokongan mereka kepada pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Tokoh Keamanan Dunia Nobel. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 5 Januari, 2016. 
Pemimpin NGO dan aktivis reformasi menyatakan sokongan mereka kepada pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Tokoh Keamanan Dunia Nobel. 

Sekumpulan aktivis reformasi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini menyokong pencalonan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara sebagai Tokoh Keamanan Dunia Nobel. Wakil kumpulan itu, Saari Sungib, berkata sokongan tersebut wajar memandangkan masyarakat dunia mengisytiharkan Anwar sebagai tahanan politik.
"Sidang media hari ini bagi menyatakan sokongan ke atas pencalonan Tokoh Keamanan Dunia dan mengalukan sekumpulan tokoh yang mencalonkannya," kata Saari yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang.

Saari yang pernah ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menyifatkan Anwar layak menerima anugerah itu kerana jasanya kepada masyarakat dan keamanan dunia. "Anwar sudah mencurahkan jiwa raganya untuk kesejahteraan dan keamanan di atas nama kemanusiaan yang berlandaskan prinsip kebenaran dan keadilan Islam serta nilai mulia dan murni sejagat," katanya.
Tarikh tutup pencalonan anugerah Nobel ialah pada 2 Februari, dan pemenang akan diumum Oktober akan datang.
Kumpulan itu bagaimanapun enggan mendedahkan pihak yang mencalonkan Anwar memandangkan peraturan jawatankuasa Nobel.
Sempena pencalonan itu juga, mereka mengumumkan akan berhimpun menyatakan sokongan kepada Anwar pada 3 April di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Sementara itu, Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said berkata, rakyat tidak boleh membiarkan Anwar yang banyak berjasa terus berada dalam penjara.

Duhai NAJIB, UMNO, SPRM serta BANK NEGARA.. mana RM2.6 BILION?

Pada 3 Ogos 2015, SPRM mengesahkan bahawa wang RM2.6 bilion telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. SPRM juga mengesahkan bahawa wang RM2.6 bilion tersebut bukan dari wang 1MDB sebaliknya adalah dari "penderma" yang ketika itu masih tidak diketahui latarbelakangnya.
Dari tarikh tersebut sehingga Disember 2015, SPRM meneruskan siasatannya sehinggalah pada 31 Disember 2015 Timbalan Pesuruhjaya SPRM Datuk Mohd Shukri Abdull menyatakan bahawa kertas siasatan RM2.6 bilion telah diserahkan kepada Peguam Negara tetapi masih belum lengkap.
Sehingga hari ini, seluruh Malaysia masih tidak mengetahui apa sebenarnya status RM2.6 bilion tersebut. Sebelum ini kita dengar pelbagai komen daripada badut-badut Perdana Menteri mempertahankan penerimaan derma tersebut. Ada mengatakan ianya derma kerana Malaysia memperjuangkan fahaman Ahli Sunnah wal jamaah. Ada mengatakan derma tersebut kerana Malaysia menentang keganasan. Ada mengatakan derma tersebut kerana hendak menentang fahaman zionis yang meresap melalui DAP.

Kita tertanya-tanya tujuan sebenar derma tersebut dan kenapa dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib? Kenapa tidak melalui akaun amanah? Najib sendiri akhirnya mengakui bahawa beliau menerima derma tersebut dari penderma dari Timur Tengah. Najib mengakui bahawa penderma tersebut yang bersungguh-sungguh mahukan RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau. Najib juga akui bahawa Bank Negara maklum berkaitan kewujudan akaun dan RM2.6 bilion.
Walau pun SPRM telah menyiasat dan telah menyerahkan siasatan kepada Peguam Negara, kita dimaklumkan siasatan masih belum lengkap.
Selagi itu kita masih tidak tahu apa sebenarnya status RM2.6 bilion tersebut.

Harga minyak jatuh: Amanah gesa semak Bajet 2016


Dr Dzulkefly AhmadDr Dzulkefly Ahmad
Parti Amanah Negara (Amanah) menggesa kerajaan segera melakukan persediaan bagi tujuan semakan semula Bajet 2016 yang dilihat lari jauh daripada sasaran pendapatan sebenar ekoran situasi semasa kejatuhan harga minyak mentah dunia.
Pengarah Strategi Amanah, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, hal itu perlu dilakukan jika harga minyak mentah global yang rendah itu berlarutan atau menjunam seperti diramalkan pihak kewangan antarabangsa baru-baru ini.
“Harga minyak mentah Brent sedang diniagakan pada paras AS$32 hingga AS$36 setong diramalkan akan terus turun ke paras AS$20 setong oleh bank pelaburan global, Goldman Sachs dan IMF (Dana Kewangan Antarabangsa).
“Andainya minyak mentah turun ke paras AS$20 setong maka pendapatan kerajaan dari bayaran dividen Petronas akan terjejas teruk, sekaligus menyebabkan defisit fiskal kerajaan yang sedang diturunkan ke paras 3.0 daripada 3.2 peratus KDNK (Keluaran Dalam Negeri Kasar) pada tahun 2015, akan melonjak dua kali ganda ke 6.7 peratus KNDK.
“Ini adalah sangat munasabah sebab anggaran pendapatan dividen dari Petronas dibuat dalam Bajet 2016 adalah pada harga AS$48 satu tong! Itu pun kalau mengandaikan tidak ada Bajet Tambahan,” ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.
Beliau berkata, ekonomi negara pula dijangka berdepan dengan kemelesetan pada suku ketiga tahun ini dengan berlakunya penurunan nilai ringgit berbanding dolar Amerika impak kejatuhan harga mintah mentah global.
“Ini telah kami ramalkan, justeru kami mahu kerajaan pertingkat kecekapan perbelanjaan dan tentukan keutamaan belanjawaan kepada sektor penting dan kurangkan kos pengurusan seperti peruntukan di JPM (Jabatan Perdana Menteri) yang diberi RM14 bilion.
“Ramalan dan prospek ekonomi sangat suram dan masalah persepsi pelabur terhadap Malaysia masih gagal ditangani kerana isu RM2.6 bilion dan RM43 juta masih belum digarap secara tuntas dan muktamad,” tegasnya.
golongan B40 sengsara

Anwar Ibrahim wajar dicalon Tokoh Nobel Keamanan Dunia

Aktivis Reformasi Malaysia bersama 10 NGO lain menyokong usaha mencalonkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Tokoh Nobel Keamanan Dunia.
Jurucakapnya, Saari Sungib, berkata pemenang dua kali anugerah Nobel, Amnesty International sekali lagi mengisyitiharkan Anwar sebagai ‘Prisoner of Conscience’.
“Status ‘Prisoner of Conscience’ diberikan kepada tokoh yang berjuang di atas keyakinan dan keikhlasan mendukung cita-cita yang berakar umbi daripada aspirasi rakyat.
Anwar Nobel“Paling penting, perjuangan ini dilakukan secara aman tanpa menyeru atau menggunakan kekerasan,” katanya dalam sidang media di Bilik Syarahan MBPJ.
Jelas Saari, sokongan diberikan kepada mantan Ketua Pembangkang itu kerana memainkan peranan menyuburkan proses dan amalan demokrasi serta menguatkan barusan pembangkang.
Mantan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga memainkan peranan menerajui reformasi sama ada di dalam atau luar penjara dengan permuafakatan pembangkang secara aman.
Selain itu, Anwar terlibat meningkatkan kesesaran orang awam dan anak muda untuk bersama-sama dalam agenda Reformasi serta menyertai himpunan jalanan aman.
“Beliau berperanan dalam meluaskan perkongsian rakyat terhadap prinsip dan nilai murni seperti keadilan untuk semua, tatakelola yang baik, telus, bebas dari rasuah serta penyelewengan,” katanya.
Anwar Ibrahim sekali lagi dipenjarakan buat kali ketiga dalam sejarah hidupnya sejak selepas gagal mengenepikan kes Fitnah 2 pada Febuari 2015.
Beliau kini menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh.
Dalam perkembangan sama, Aktivis Reformis bakal menganjurkan Konvensyen Reformasi Rakyat di Sha Alam pada 2 April 2016 dan Himpunan Selamatkan Malaysia – Bebas Anwar – Bebas Rakyat pada 3 April, jam 2 petang di Dataran Merdeka.

MKN lebih `kuat’ daripada ISA – Tun M

Ia merupakan satu akta yang menidakkan peranan Seri Paduka
majlis-keselamatan-negara
PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir berkata, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) merupakan dua akta yang mempunyai banyak perbezaan.
Menurut, ISA hanyalah suatu akta yang akan digunakan jika sesuatu perkara itu benar-benar mengancam keselamatan negara manakala, MKN pula memberi lebih kuasa hingga Perdana Menteri boleh menidakkan peranan Yang di-Pertuan Agong.
“Kalau ISA, kita mempunyai hak dalam keadaan darurat. Tetapi MKN pihak Perdana Menteri boleh isytihar kawasan itu sebagai kawasan keselamatan dan sudah boleh ambil tindakan,” ujarnya dalam satu wawancara eksklusif bersama FMT.
Mengulas lanjut, bekas Presiden UMNO itu juga melihat Najib tidak pernah memberi jaminan untuk tidak menyalahgunakan undang-undang berkenaan memandangkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA telah disalahgunakan.
“Jadi, apa dia (Najib) jaminan salah guna undang-undang tidak akan berlaku memandangkan apa yang sudah dilakukan di bawah SOSMA,” ujarnya lagi.
Tambah Dr Mahathir lagi, sewaktu beliau menggalas tugas sebagai Perdana Menteri pada tahun 1981, tindakan pertama yang beliau lakukan adalah melepaskan 21 tahanan yang ditahan bawah ISA kerana politik.
“Berkenaan dengan ISA juga, saya bila jadi Perdana Menteri pada tahun 1981, tindakan pertama saya adalah melepaskan 21 orang yang ditahan bawah ISA kerana politik. Yang ditahan kerana jenayah itu saya tidak lepaslah,” tegasnya.

Apa khabar Tan Sri Muhyiddin?

Ke hadapan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dihormati.
Apa khabar Tan Sri sekarang? Lama benar kami tidak mendengar sebarang khabar daripada Tan Sri - atau lebih tepat - sejak berakhirnya Perhimpunan Agung Umno lalu dan Tan Sri diumpat secara berdepan-depan.
Walaupun begitu kemelut yang sering Tan Sri perkatakan dulu tetaplah berterusan.
 Misteri 1MDB belum terungkai. Misalnya ke mana (atau di mana) wang yang diuruskan syarikat tajaan kerajaan itu. Pegawai atasan firma berkenaan tetap juga orang sama seperti ketika Tan Sri menegur mereka secara tertutup dan terbuka.
Begitu juga tanda tanya tentang derma RM2.6 bilion daripada luar negara itu. Siapakah penderma yang sangat pemurah dan ke mana wang berkenaan dibelanjakan sebenarnya tetap menjadi persoalan. Ia kira-kira sama macam teka silang kata yang mengasyikkan.
Ketika isu berkenaan masih jadi tanda tanya, kesunyian daripada Tan Sri amat terasa. Lebih malang, kesepian itu bukan datang daripada tubuh Tan Sri semata-mata, malah beberapa pemimpin lain yang sebelum ini lantang bersuara. Tun Dr Mahathir Mohamad, misalnya.
Kemudian yang bersuara adalah Datuk Ahmad Maslan.
Dalam kesunyian suara Tan Sri kami disibukkan dengan isu kenaikan tambang sistem pengangkutan awam, tol lebuh raya, pengurusan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam dan telefon genggam di Plaza Low Yat, Kompleks Kota Raya dan Digital Mall Mara.
Oh ya, tidak ketinggalan ialah tentang masalah tanah merah. Bukan Tanah Merah, tetapi tanah merah - yang ditulis dengan huruf "t" dan "m" tanpa huruf besar - di Kuantan, Pahang.
Tidak ketinggalan, kesibukan kita mahu membuktikan kecintaan kita kepada Islam dengan berpolemik tentang reka bentuk atap rumah di Langkawi, Kedah.
Tidak dilupakan, betapa mesra dan ikhlasnya persahabatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersama Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di majlis Multaqa Sedunia Alumni al-Azhar di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Yang dimuliakan Tan Sri,
Sebagai anak seorang ulama tentu Tan Sri faham benar akan kepentingan perpaduan umat Melayu - Islam di negara ini. Mungkin Tan Sri sendiri bangga dengan persefahaman ditunjukkan kedua-dua tokoh berkenaan.
Memanglah pakaian yang sedondon itu tidak begitu penting untuk diperhatikan tetapi meletakkan Tan Sri seolah-olah diketepikan dalam isu sepenting itu tentulah tidak wajar.
Selepas dilayan dengan agak dingin di Perhimpunan Agung Umno antara 8 hingga 12 Disember lalu, tindakan perdana menteri bermesra dengan pemimpin parti pembangkang boleh ditafsir sebagai suatu sindiran untuk pihak tertentu dalam parti Tan Sri.
Alangkah manisnya jika Tan Sri juga diletakkan bersebelahan perdana menteri dan Presiden PAS di atas pentas. Bayangkan Najib berada di kerusi paling tengah dan Tan Sri serta Abdul Hadi menjadi pengapitnya.
Tan Sri yang dihormati,

Kalau minta syarat pelik, saya pindah tajaan – Dr Vida

vida
Dr Vida masih tunggu ‘pinangan’ KAFA.

KUALA LUMPUR, 5 Januari:

Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman berharap skuad Kelantan tidak akan membuat permintaan pelik atau beliau akan memindah tajaan kepada pasukan lain.
“Kalau Kelantan minta syarat pelik-pelik sangat, saya pindah (tajaan) kepada pasukan lain macam Selangor, JDT (Johor Darul Ta’zim) atau Kedah,” katanya yang lebih dikenali sebagai Dr Vida kepada akhbar Utusan Malaysia secara berseloroh, semalam.
Jelasnya, beliau memilih Kelantan, kerana skuad itu tergolong dalam pasukan hebat yang disifatkannya seperti artis gred A.
Bagaimanapun, beliau sehingga kini masih menunggu keputusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk penajaan The Red Warriors (TRW) musim ini.
Namun, beliau dilaporkan meletakkan dua syarat, iaitu Stadium Sultan Muhammad IV dicat dengan warna merah jambu serta nama baru skuad Kelantan ditukar kepada Pamoga Qu Puteh TRW, untuk tajaan itu.
“Saya masih tunggu ‘pinangan’ KAFA. Presidennya (Tan Sri Annuar Musa) menunaikan umrah di Makkah, mungkin selepas beliau kembali, ada pengumuman akan dilakukan mereka. Biarlah KAFA sendiri umumkan.

SUDAH TERBUKTI - #CARIDERMA LEBIH MUDAH UNTUK #TAMBAHPENDAPATAN

Selepas menimbulkan kontroversi dan kemudian mendapat perlekehan ramai berhubung kenyataannya menggalakkan rakyat melakukan dua kerja, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ahmad Maslan kini cuba mempromosi #tambahpendapatan pula.

Katanya, #tambahpendapatan dilihat merupakan pendekatan yang lebih positif dalam usaha membantu rakyat menangani beban kos sara hidup yang kian meningkat.

Saya sendiri ingin membantu rakyat menambah pendapatan dengan menggunakan tagline #tambahpendapatan dalam Twitter saya dan bagaimana agensi-agensi di bawah MITI boleh melaksanakan idea tersebut, kata Ahmad Maslan yang juga merupakan Ketua Penerangan UMNO.

Barangkali Ahmad Maslan berniat baik mahu membantu rakyat dalam menambah pendapatan, tetapi tentunya ramai yang tertanya-tanya bagaimana untuk mengorak langkah ke arah itu di ketika ekonomi begitu lembab, wang dalam poket semakin berkurang, peluang niaga terhad dan aset serta tanah negara satu persatu mulai dijual kepada negara asing?

Apa lagi yang boleh dilakukan oleh rakyat biasa untuk menambah pendapatan mereka? Apa lagi yang masih ada dalam negara untuk dikembangkan?

Dalam hal ini, apa kata Ahmad Maslan memperkenalkan program menggalakkan rakyat mencari dan mengutip derma dengan lebih agresif lagi?

Berdasarkan kejayaan Najib memperolehi derma sehingga RM2,600 juta, ia secara tidak langsung menunjukkan rakyat Malaysia berpotensi besar dalam mendapat kepercayaan mereka yang mahu memberikan derma.
Tidak pernah sesiapa dalam dunia ini yang mampu mendapat kepercayaan begitu tinggi sehingga ada yang sedia memberikan derma sebanyak itu dan ini memperlihatkan ia boleh dikembangkan sebagai sumber baru bagi rakyat menambahkan pendapatan.

Program ini boleh diperhebatkan dengan menggalakkan lagi rakyat mencari derma bukan saja di dalam negara, tetapi mesti berani melangkah sehingga di luar negara. Bermakna bukan saja glokal, tetapi juga global.

Tun M ramal Peguam Negara tolak kes SRC dan RM2.6 bilion

Bekas Perdana Menteri yakin Peguam Negara ketepikan kes dikemukakan SPRM berhubung isu 1MDB selepas perkara sama dilakukan terhadap Bank Negara.
mahathir
PUTRAJAYA: Tindakan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi yang menolak laporan Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung isu 1MDB telah menghilangkan kepercayaan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dr Mahathir berkata, beliau tidak menolak kemungkinan perkara sama juga akan berlaku mengenai laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu SRC International dan kontroversi wang derma RM2.6 bilion ringgit.
“Saya percaya dulu Bank Negara Malaysia (BNM) juga hantar laporan. BNM ini bukanlah satu badan yang tiada peraturan. Mereka buat penyelidikan secara terperinci dan mempunyai bukti-bukti yang mana kes ini perlu dibawa ke Mahkamah. Tetapi peguam negara tolak (ketepikan kes) bulat-bulat.
“Jadi, saya tidak akan berasa pelik kalau peguam negara tidak tolak. Saya ingat dia (Peguam Negara) akan menolak (laporan SPRM mengenai siasatan SRC International dan juga RM2.6 bilion),” katanya .
Bagaimanapun, dalam satu wawancara eksklusif bersama FMT di sini, bekas Perdana Menteri yang telah berkhidmat selama 22 tahun itu menegaskan bahawa itu hanyalah satu ramalan beliau.
“Ini ramalan saya sahajalah. Saya fikir dia tidak akan bawa ke mahkamah kerana sebab-sebab tertentu,” ujarnya.
Pada 31 Disember, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, badan itu turut mengemukakan beberapa cadangan dan tindakan bagi kedua-dua kes yang melibatkan tiga kertas siasatan untuk tindakan Peguam Negara.

Nanti saya umumkan kerusi Amanah, kata Azmin Ali

KAJANG - “Saya akan umumkan...,” itu jawapan ringkas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, ketika ditanya pemberita sama ada Parti Amanah Negara (Amanah), akan diberi ruang dalam pembahagian pelantikan kerusi ahli majlis, di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT).
Azmin sebelum itu berkata, adalah adil pihaknya memberi ruang kepada Amanah untuk bersama-sama menyumbang khidmat di peringkat PBT.
Mohamed Azmin Ali Beliau berkata, perbincangan juga berjalan dengan baik dan lancar di peringkat parti serta Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sebelum ini.
“Tak habis-habis lagi ke isu ahli majlis ni...tiada masalah yang timbul, ketika mesyuarat baru-baru ini, cuma kita tetapkan tidak ada penangguhan, pada 16 Januari kita akan umumkan ahli majlis baru,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Majlis Perasmian Bas Smart Selangor dan Aplikasi i-Kajang, di Kompleks Hentian Kajang, Jalan Reko, hari ini.
Ketika ditanya reaksi berhubung kenyataan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abd Samad yang menyatakan Pas tidak mahu memberi laluan kepada Amanah untuk kerusi ahli majlis PBT,  Mohamed Azmin menjawab itu hanya andaian pihak media.
“Tidak ada masalah, saya cukup gembira kerana proses perbincangan sebelum ini berjalan baik dan lancar. Sudah pastinya kita mengalu-alukan kehadiran sahabat baru kita Amanah dalam gerakan reformasi ini,” katanya.

Veteran Umno: Kaji selidik IDE berat sebelah

Veteran Umno: Kaji selidik IDE berat sebelah
SHAH ALAM - Veteran Umno menyangkal kaji selidik dilakukan oleh Institut Darul Ehsan (IDE) mengenai kerjasama Pas dan Umno yang didakwa tidak membawa sebarang faedah malah, akan lebih memecahbelahkan orang Melayu.
Setiausaha Agungnya, Datuk Mustapha Yaakub berkata,  kaji selidik yang dibuat di Selangor itu berat sebelah dan ia menampakkan IDE sebagai agen PKR yang cuba menghalang kerjasama itu.
“Veteran berharap IDE jangan menjadi ejen yang akan menghalang perpaduan Melayu. IDE tidak sewajarnya mengheret orang Melayu ke dalam lubang perpecahan yang tidak ada kesudahannya. Orang Melayu sudah lama berpecah. Jangan pula IDE cuba menjadi batu api untuk melihat Melayu terus berpecah.
“Kalau benar IDE ikhlas untuk mendapat pandangan orang Melayu, maka kaji selidik itu mesti dibuat secara menyeluruh di semua negeri,” katanya.
Menurutnya, hanya mereka yang tidak yakin dan percaya kepada ketentuan dan suruhan ALLAH sahaja yang berpendapat kerjasama Umno dan Pas tidak akan mengubah nasib bangsa Melayu.
“Ayat 103 Surat Al-Imran jelas membuktikan bahawa ALLAH memberi amaran keras supaya umatnya tidak berpecah belah dan mesti bersatu padu,” katanya.
Sementara itu, katanya, penyatuan yang bakal di capai antara Umno dan Pas bakal menjadi kemenangan besar buat orang Melayu di negara ini.
“Kerjasama yang dicadangkan jangan dilihat dalam konteks siapa rugi siapa untung, siapa kalah siapa menang. Ianya adalah kerjasama atas dasar ‘menang menang’. Dalam hal penyatuan, Melayu kalau kalah Melayu dan kalau menang Melayu. Penyatuan itu satu kemenangan bagi orang Melayu,” katanya.
Namun, katanya, veteran menyedari kerjasama itu bukan senang untuk diterima oleh ahli Pas dan Umno.

Isu ahli majlis: Kami serah kepada MB kata DAP Selangor

Setiausaha Publisiti DAP Selangor, Ng Suee Lim
SHAH ALAM - DAP Selangor meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk menyelesaikan masalah berhubung pembahagian kuota ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) kepada Parti Amanah Negara (Amanah).
Setiausaha Publisiti DAP Selangor, Ng Suee Lim berkata, mereka percaya Azmin mampu menangani perkara ini dengan baik.
“Saya yakin MB mempunyai acuan tersendiri bagi menangani isu pembahagian kuota ahli majlis kepada Amanah.
“Kami meletakkan sepenuh kepercayaan kepada kepimpinan beliau untuk menyelesaikan masalah ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau yang juga Adun Sekinchan berkata, kuota hanya akan diagihkan selepas semua pihak bersetuju dengan keputusan MB.
“DAP telah dimaklumkan tentang kuota yang akan diberikan dan jumlahnya juga telah diputuskan.
“Kami hanya menunggu keputusan daripada MB sahaja untuk mengagihkan kuota tersebut kepada Amanah,” katanya.
Sementara itu, Adun Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran yang dihubungi enggan mengulas mengenai isu pembahagian kuota ahli majlis PBT.
Katanya, beliau tidak terlibat dalam perbincangan ini.

Kuota ahli majlis: DAP patut beri laluan, bukan Pas - Abd Rani

SHAH ALAM - Bukan Pas tetapi DAP yang sepatutnya memberikan laluan kuota ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) kepada Parti Amanah Negara (Amanah).
Adun Meru, Dr Abd Rani Osman berkata, DAP perlu memberikan kuota kepada Amanah kerana mereka mempunyai kerjasama di dalam politik.
“Kalau ikutkan pada kerjasama, DAP sepatutnya memberikan kuota mereka dan bukan Pas yang tak ada kena mengena dengan Amanah.
Adun Meru, Dr Abd Rani Osman “Itu baru dinamakan kerjasama sekiranya mereka memang benar-benar berada di dalam Pakatan Harapan,” katanya, semalam.
Menurutnya, Pas hanya akan memberikan laluan kepada Amanah sekiranya pimpinan tertinggi parti memutuskan berbuat demikian.
“Saya sebagai Adun dan beberapa kawan lain yang tak memegang jawatan dalam parti hanya akan menunggu keputusan daripada pucuk pimpinan parti.
“Kalau kata bagi laluan, maka kita akan bagi laluan. Tapi, kalau apa yang berlaku adalah sebaliknya, maka kita semua akan akur,” katanya.
Beliau berkata, keputusan mengenai hal berkenaan hanya akan diketahui selepas pimpinan tertinggi parti mengumumkannya kelak.
Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali pula berkata, dia menyokong kenyataan yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad yang enggan memberi laluan kuota kepada Amanah.
Katanya, perkiraan kerajaan negeri Selangor hanya melibatkan tiga parti  yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.
“Yang relevan dalam pembentukan kerajaan negeri adalah parti-parti yang bertanding di dalam pilihan raya lalu sahaja,” katanya.
Sementara itu, Yang Dipertua Pas Selayang, Mohd Zaidy Abdul Talib berkata, setiap parti yang terlibat iaitu Pas, DAP dan PKR telah melantik wakil masing-masing untuk perbincangan.
Katanya, ahli dan pimpinan parti akan menghormati keputusan yang bakal diambil hasil daripada perbincangan yang dijangka selesai minggu ini.

Beza RM2 bilion harga Bandar Malaysia, DAP gesa 1MDB dedah perjanjian

Lakaran artis projek Bandar Malaysia, yang dilaporkan di jual kepada sebuah usaha sama China-Malaysia dengan harga kurang RM2 bilion daripada yang didakwa sebelum ini.  – Gambar ihsan 1MDB, 5 Januari, 2016. 
Lakaran artis projek Bandar Malaysia, yang dilaporkan di jual kepada sebuah usaha sama China-Malaysia dengan harga kurang RM2 bilion daripada yang didakwa sebelum ini.

1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu mendedahkan perjanjian jual beli di antara pelabur negara itu dan usahasama China-Malaysia untuk kepentingan 60% di Bandar Malaysia, kata DAP, selepas usahasama itu semalam mendedahkan ia membayar kurang RM2.13 bilion daripada harga yang didakwa penjual kepada 1MDB.
Dalam makluman kepada Bursa Saham Hong Kong, China Railway Group Limited berkata, usahasamanya dengan Iskandar Waterfront Holdings Berhad (IWH) mempunyai saham bernilai RM5.28 bilion.
Tetapi 1MDB mengumumkan pada 31 Disember, tawaran itu berharga RM7.41 bilion dan usahasama itu membayar 10% wang pendahuluan.

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua mempersoalkan sekiranya 1MDB membuat "kesilapan budak sekolah" dalam mengira harga transaksi sebenar. Beliau juga bertanya jika harga itu dinaikkan bagi memberi gambaran baik terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
"Mungkin 1MDB tidak menjangka China Railway akan membuat pengumuman di Hong Kong Exchange, atau ada pihak yang benar-benar akan membaca pengumuman itu.
"Bagaimanapun, kita tahu, berdasarkan sejarah, penyata 1MDB mesti sentiasa diteliti dengan penuh keraguan kerana ia sering tidak mencerminkan kebenaran yang sepenuhnya.
"Kenyataan mereka sering dibuat supaya sesuai dengan apa yang mereka mahu anda tahu atau fikir, bukan untuk memberikan anda pemahaman sebenar tentang keadaan itu," Pua berkata dalam satu kenyataan.

20,000 hilang kerja tahun lepas, kumpulan majikan ramal 2016 lebih perit


Lebih 20,000 pekerja pelbagai sektor diambil secara berlebihan setakat September tahun lalu, kata Persekutuan Pekerja Malaysia (MEF), petanda cabaran bagi syarikat besar pada tahun ini. Tanpa petanda peningkatan ramalan ekonomi suram, Pengarah Eksekutif MEF Datuk Shamsuddin Bardan berkata, trend itu menunjukkan ia akan berterusan sehingga 2016, dengan lebih banyak pekerja diberhentikan dan syarikat gulung tikar.
Sebagai perspektif, dilaporkan lebih 10,000 pekerja diberhentikan pada 2014.

Pada masa sama, Shamsuddin berkata pengambilan tahun ini perlahan dengan hanya jawatan yang benar-benar perlu diisi saja dibuka. Shamsuddin memberitahu The Malaysian Insider, angka itu, yang diperoleh daripada Kementerian Sumber Manusia, meliputi pekerja pelbagai sektor utama termasuk syarikat minyak dan gas, perbankan, jualan dan pembuatan.
Bagaimanapun, MEF tidak mempunyai butiran jumlah syarikat yang terbabit dalam pelaksanaan pemberhentian pekerja untuk 2015, katanya.
"Dalam konteks Malaysia, meskipun ekonomi dijangka tumbuh 4.7% KDNK, ramalan di kebanyakan sektor ekonomi tidak begitu menggalakkan, dan amat mencabar (bagi 2015).
"Sebanyak 6,000 (pekerja diberhentikan) kesan penstrukturan semula Malaysia Airlines (MAS) juga menyumbang kepada peratusan besar jumlah keseluruhan pemberhentian pada tahun ini.
"Menjelang penghujung 2015, kita jangka ia mencecah 25,000 (jumlah keseluruhan pemberhentian pekerja). Jumlah itu dijangka bertambah pada 2016 kerana ia tidak dilihat sebagai tahun yang positif," katanya.
Pemberhentian 6,000 pekerja MAS adalah sebahagian rancangan Khazanah Nasional Berhad menyusun semula syarikat penerbangan negara yang mengalami kerugian itu.
The Edge Weekly juga melaporkan, Shell Malaysia akan membuang 1,300 pekerja dalam tempoh 2 tahun, mempercepatkan pengurangan kerja dalam industri minyak dan gas kerana kejatuhan harga minyak.
Pemberhentian pekerja pada 2015 juga menyaksikan sektor perbankan mengurangkan tenaga kerjanya, bermula dengan bank Standard Chartered melepaskan 11% stafnya di Malaysia, diikuti CIMB Group Holdings Bhd 3,599 pekerja atau 11% daripada keseluruhan staf, dan RHB Capital Bhd 2,700 pekerja atau 15% staf.
Turut dilaporkan pengeluar kereta Naza Automotive Manufacturing Sdn Bhd memberhentikan 255 pekerja di kilangnya di Gurun, Kedah dan CCM Fertilisers Sdn Bhd, anak syarikat Chemical Company of Malaysia Bhd, mengumumkan pelepasan 232 kakitangan sebagai rancangan penutupan salah satu kilangnya pada Jun tahun ini.
Di samping pemberhentian pekerja swasta, Shamsuddin berkata sektor awam juga perlahan dalam pengambilan pekerja dan hanya membuka beberapa jawatan yang benar-benar perlu.