Isnin, 4 Januari 2016

Ahmad Maslan akan terus ‘bersuara’ walau kecewa dikritik

Seorang pemimpin perlu berani memberi cadangan untuk kebaikan rakyat walaupun sedar ia akan berhadapan dengan kritikan

KUALA LUMPUR: Datuk Ahmad Maslan kecewa dengan segelintir pengguna media sosial yang menjadikan dirinya sebagai sasaran kritikan negatif dengan memutar belit kenyataan dan saranannya.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata, niatnya baik apabila mencadangkan rakyat melakukan dua kerja untuk menambah pendapatan sebagai cara untuk berdepan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.
“Jika anda lihat apa saya cakap dan tulis di Twitter, tiada yang negatif tetapi telah diputar belit sehingga menjadi negatif dan ia membuatkan saya kecewa.
“Saya menjadi sasaran pengguna media sosial yang marah sejak GST diperkenalkan yang membuatkan saya benar-benar tidak suka,” katanya selepas Majlis Anugerah Buku Negara di PWTC pada Isnin.
Ahmad Maslan berkata, rakyat sepatutnya membaca dan memahami keseluruhan mesej yang ingin disampaikan bukannya mengambil aspek tertentu di luar konteks yang lari daripada maksud asal dan membawa kepada salah faham.
“Apa yang mahu sampaikan ialah selain kerja utama, rakyat boleh menjalankan perniagaan secara atas talian mengikut peraturan yang ditetapkan pada waktu malam atau hari minggu,” jelasnya.
Di sebalik kritikan, beliau tetap akan memberikan saranan kepada rakyat Malaysia menerusi media sosial bagi membantu rakyat berdepan dengan kehidupan yang mencabar.
“Inilah beza antara pengikut dan pemimpin. Jika tidak berani menyuarakan pendapat (kerana takut dikritik) lebih baik jadi pengikut.” katanya.

Irmohizam : Pemimpin Umno tidak akan bekerjasama dengan DAP


Pemimpin Umno menegaskan tidak akan sekali-kali bekerjasama dengan DAP walaupun mereka tidak berpuas hati dengan corak pemerintahan negara seperti yang dinyatakan oleh Penasihat DAP Lim Kit Siang.
Jelas Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Irmohizam Ibrahim, kenyataan Kit Siang hanya menjurus untuk memecahbelahkan kepimpinan parti milik Melayu itu dan negara, lapor Sinar Harian.
“Tiada pemimpin Umno yang akan bekerjasama dengan DAP dan Pakatan Harapan dan ia tidak akan terjadi.
“Jika ada orang Umno yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan negara, mereka boleh terus nyatakan kepada pemimpin. Tidak ada isu berkaitan negara ini,” beliau dilaporkan sebagai berkata.
Semalam, Lim Kit Siang (Foto) berkata DAP dan Pakatan Harapan sedia bekerjasama dengan ahli dan kepimpinan Umno yang tidak berpuas hati bagi menyelamatkan negara dari masalah rasuah, ketidakadilan, sosioekonomi dan kegagalan pembinaan negara.
Kata Kit Siang, negara kini berada dalam keadaan tidak menentu akibat daripada pelbagai masalah yang masih belum selesai.
Sementara itu, Irmohizam berkata, kenyataan Kit Siang itu sebagai satu cara DAP mencapai agenda politik mereka.
“Beliau (Kit Siang) juga bebas menyatakan pandangan terus kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam sidang Dewan Rakyat di Parlimen. Tidak perlu mengeluarkan kenyataan mahu kerjasama dengan pemimpin Umno semata-mata ingin mencapai agenda politik sendiri.
“Ahli Umno juga tidak akan termakan kata-kata Kit Siang ini,” Irmohizam dilaporkan sebagai berkata.

Kerjasama Umno: Hadi beri taklimat khas kepada ahli Pas

SHAH ALAM - Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Pas akan mengadakan satu taklimat khas Sabtu ini bagi menerangkan isu kerjasama dengan Umno kepada pemimpin-pemimpin parti tersebut.
Menurutnya, taklimat tersebut akan diberikan sendiri oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, namun beliau enggan mendedahkan lokasi dan waktu taklimat itu berlangsung.
Abdul Hadi Awang “Taklimat itu akan dihadiri pimpinan pusat, negeri dan wakil rakyat Pas. Kita (Pas), sekarang ini dalam proses dalam memberi penjelasan tentang pendirian dan apa yang parti nak lakukan dalam menghadapi politik semasa.
“Taklimat ini berkisarkan kepada keadaan semasa dan isu semasa Pas termasuk pendirian parti mengenai isu kerjasama Pas dengan Umno,” katanya kepada Sinar Harian.
Katanya lagi, taklimat itu juga akan memberi peluang kepada semua peserta untuk bertanya sebarang soalan.
“Jadi, kepada yang kurang jelas kita akan jelaskan. Mereka yang mungkin terkeliru, kita akan terangkan supaya hilang kekeliruan itu terutama pimpinan Pas.
“Sebab apa yang dibuat oleh presiden kita adalah apa yang diputuskan oleh parti. Bukan buat keputusan sorang-sorang tetapi bincang ramai-ramai. Kemudian kita mahu turunkan (beritahu) kepada semua pihak (ahli) dalam parti supaya semua jelas dengan isu ini,” katanya.
Takiyuddin menyarankan semua pimpinan Pas yang dijemput pada taklimat khas itu hadir.
Mengulas mengenai kenyataan bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang bimbang kerjasama Pas dengan Umno akan memberi kesan kepada orang Melayu dan akan menjadi pelindung kepada agenda korupsi yang dilakukan Umno, Takiyuddin berkata Husam perlu hadir pada taklimat ini nanti.
Katanya, Husam mungkin tidak memahami pengertian kerjasama antara Pas dengan Umno seperti yang diterangkan oleh Abdul Hadi sebelum ini.
“Itu bergantung kepada niatnya dan yang tersurat sahaja kita boleh baca. Apa yang saya faham dengan apa yang tersurat itu mungkin dia tidak faham apa move (tindakan) yang akan dibuat oleh tuan presiden (Abdul Hadi)," katanya.

Tiada rasa kelucuan kerajaan Malaysia itu bahaya


Tulisan Zunar yang disiarkan di dalam The Washington Post.Tulisan Zunar yang disiarkan di dalam The Washington Post.Kartunis politik Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaaque telah menulis pandangan beliau mengenai penindasan hasil karyanya melalui Akta Hasutan di dalam portal berita The Washington Post yang disiarkan pada Jumaat lalu.
Zunar mendedahkan bagaimana usaha beliau sebagai seorang kartunis untuk menegur kepincangan kerajaan di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak menyebabkan beliau kini, di dakwa di bawah Akta Hasutan yang membolehkan beliau dijatuhi hukuman penjara selama 43 tahun.
Zunar menyebut di dalam tulisannya prosiding mahkamah terhadapnya akan bermula pada Januari ini.
“Saya dituduh menghasut kerana menghantar satu tweet kerana menentang penahanan seorang pemimpin politik parti pembangkang di Malaysia.
“Sekarang saya menghadapi sembilan pertuduhan dalam satu penjajahan kuno di bawah Akta Hasutan yang mengakibatkan saya boleh dihukum penjara 43 tahun. Prosiding mahkamah terhada saya akan bermula bulan ini,” ujarnya sebagaimana dipetik daripada portal berita The Washington Post itu.
Pada 23 November lalu beliau menerima Anugerah Kebebasan Akhbar Antarabangsa dari Committee to Protect Journalist (CPJ) di New York, Amerika Syarikat telah membincangkan mengenai kes yang dihadapinya bersama wartawan dan kartunis Amerika.
Manakala pada ketika yang sama pula Presiden AS, Barack Obama sedang mengadakan mesyuarat di Kuala Lumpur (Asean Summit Kuala Lumpur ) bersama Perdana Menteri Malaysia.
Dalam usaha untuk menarik perhatian Malaysia dilaporkan Obama memberi tumpuan kepada memerangi ektremisme dan menjayakan Perjanjian Perkongsian Trans- Pasifik (TPPA). Itu adalah satu kekecewaan besar dan peluang yang tidak dijawab.
Obama sewajarnya mempunyai tanggungjawab untuk meletakkan isu hak asasi manusia di atas meja persidangan itu kata Zunar.
Menurut Zunar lagi, serangan undang-undang terhadap beliau bukan satu perkara baru kerana pihak berkuasa telah banyak kali cuba menutup mulutnya.
“Pejabat saya telah diserbu beberapa kali pada 2009 dan telah merampas beribu-ribu buku kartun saya pada 2009.
“ Pada tahun 2010, lima buku saya - termasuk ‘1 Funny Malaysia’ - telah diharamkan oleh Menteri Dalam Negeri, yang mengisytiharkan kandungannya ‘ memudaratkan ketenteraman awam’.
“Tahun yang sama saya juga ditahan pihak polis dan dikurung selama dua hari selepas penerbitan ‘Cartoon-O-Phobia.’ yang saya gambarkan kerajaan Malaysia tidak mempunyai rasa kelucuan.
“Pada akhir 2014, webmaster saya telah dipanggil untuk disoal siasat , dan tiga pembantu saya telah ditangkap kerana menjual buku-buku saya.
“ Saya juga dibawa untuk disoal siasat oleh pihak polis, dan syarikat yang memproses pesanan untuk laman web saya terpaksa mendedahkan senarai pelanggan saya.
“Pada bulan Januari tahun lalu, polis menyerbu pejabat saya dan kemudian membuka dua kertas siasatan pada bulan Februari di bawah Akta Hasutan, ketika itu mereka benar-benar melemparkan buku saya,” tulis Zunar.

Dr Zuhdi buat raja segala lawak 2015, kata Mujahid


Parti Amanah Negara (AMANAH) geli hati dengan dakwaan PAS bahawa Israel menawarkan DAP AS$300 juta (kira-kira RM1.2 bilion) pada pilihan raya umum lalu sebagai habuan jaminan untuk membina sebuah pangkalan udara di Port Dickson sekiranya mereka berjaya merampas Putrajaya.
Naib Presiden AMANAH, Datuk Mujahid Yusof Rawa berkata dakwaan yang dibuat oleh Pengarah Penyelidikan PAS, Mohd Zuhdi Marzuki pada 30 Disember lalu adalah ibarat raja segala lawak bagi 2015.
"Bagaimana harus saya respons terhadap lawak ini? Saya fikir kita adalah macai DAP, sekarang kita jadi macai Israel pula," kata Mujahid sambil tergelak.
"Berapa banyak macai DAP ada sekarang? Jika mereka mempunyai begitu banyak wang, mengapa tidak DAP beli Umno sahaja?
"Meminta ulasan saya mengenai isu ini pun sudah dikira sebagai satu penghinaan. Ia tidak dapat difikirkan dan tidak dapat dibayangkan untuk mana-mana ahli politik untuk beri respons terutama dari AMANAH," katanya.
Mujahid berkata adalah seseuatu yang tidak terfikir bahawa parti pembangkang mahu menawarkan sebuah rejim seteru untuk menubuhkan pangkalan udara yang di Malaysia sedangkan ia belum merampas Putrajaya.
Beliau berkata walaupun Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel, ia terus mempunyai kepentingan perniagaan di negara ini.
"Mengapa Zuhdi tidak tanya soalan ini?" kata Mujahid kepada bekas rakannya itu.

SPRM tolak masukkan Najib dalam senarai rasuah

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, hanya nama individu yang didapati bersalah akan dimasukkan dalam senarai pesalah rasuah (name and shame).
Justeru, suruhanjaya itu berkata permintaan penasihat DAP Lim Kit Siang supaya nama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dimasukkan dalam pangkalan data itu tidak boleh dilaksanakan.
"Pangkalan data itu diwujudkan untuk menyenaraikan nama mereka yang telah didapati bersalah dalam kes rasuah, bukannya mereka yang sedang disiasat," kata SPRM dalam kenyataan medianya hari ini.
Malaysia sebelum ini dinamakan sebagai antara enam negara yang mempunyai "skandal rasuah paling teruk" di dunia bagi tahun 2015.
'Anugerah' itu diberikan oleh foreignpolicy.com- sebuah bahagian di bawah Washington Post Company.
Laporan daripada foreignpolicy itu antara lainnya menyatakan bagaimana pemimpin-pemimpin terpaling dalam skandal rasuah besar-besaran, hakim mahkamah tinggi dan juga mereka yang mengendalikan industri bola sepak dunia.
Pada awal Disember tahun lalu, SPRM telah merakamnya kenyataan Najib berkaitan wang derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya anggota parlimen Pekan itu.
Ia termasuk pemindahan RM42 juta daripada bekas anak syarikat 1MDB, SRC International ke akaun perdana menteri.
Malah, SPRM juga telah menghantar pasukan ke Timur Tengah untuk bertemu dengan individu yang menyalurkan RM2.6 bilion tersebut.
Bagaimanapun SPRM tidak dapat mendedahkan maklumat lanjut termasuk identiti penderma kerana siasatan masih dijalankan.
SPRM, yang mengesahkan dana itu sebagai sumbangan politik, menyiasat perkara itu sama ada ia berbentuk suapan.

Saman Najib, Rosmah terhadap Nga ditetap pada Mei

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 15 April sebagai tarikh pengurusan kes akhir bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor berhubung saman terhadap Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming.
 Pesuruhjaya Kehakiman Siti Khadijah Syed Hassan Badjenid mengarahkan semua kenyataan saksi bagi kes itu difailkan sebelum tarikh itu kerana mahkamah telah menetapkan perbicaraan pada Mei.
Peguam Nursyafiqah Balqish Jaffri yang mewakili Najib dan Rosmah berkata semua kenyataan saksi bagi kes itu perlu difailkan oleh plaintif dan defendan sebelum 15 April.
Kes itu disebut untuk pengurusan kes hari ini di mana peguam Nga Denis Goh menyerahkan senarai fakta yang dipersetujui untuk dibicarakan.
Sebelum ini dilaporkan bahawa Nga dari DAP telah memohon untuk membatalkan saman itu daripada Najib dan Rosmah, yang cuba untuk mendapatkan penghakiman daripada mahkamah.
Permohonan Nga bersama-sama Najib dan Rosmah akan didengar di hadapan Siti Khadijah pada 14 Mac.
Jika Siti Khadijah memutuskan kes itu perlu dibawa ke mahkamah, pendengarannya akan dijalankan pada 16 hingga 19 Mei dan 23 Mei hingga 26 Mei tahun depan.

Apa guna pemberian khas lepas beban ditambah?

Pemberian khas RM500 kepada penjawat awam diibaratkan seperti cubaan memujuk anak kecil yang menangis kesakitan dengan gula-gula, kata anggota parlimen Pokok Sena.
Datuk Mahfuz Omar mempertikaikan sama ada ia benar-benar membantu rakyat mengurangkan beban kos sara hidup “ciptaan kerajaan Umno-BN” pimpinan Datuk Seri Najib Razak.
“Persoalannya, boleh kah RM500 dan RM250 meringankan beban sara hidup rakyat yang kerajaan telah letakkan atas belakang rakyat?
“Umpama seorang yang membongkok berjalan memikul beban di bahunya seguni beras, lalu datang PM Najib membantunya dengan mengurangkan beban timbangan beras tersebut sebanyak sekilogram.
“Apakah dengan bantuan Najib mengurangkan sekilo daripada seguni beras mampu menjadikan orang tersebut berjalan tegak?” soal bekas naib presiden PAS itu.
Seramai 1.6 juta penjawat awam dijadual menerima pemberian khas 2015 sebanyak RM500 seorang daripada kerajaan hari ini.
Bantuan mula sekolah
Selain itu, sebanyak 1 juta pesara kerajaan juga akan menerima Pemberian Bayaran Khas sebanyak RM250 esok.
Najib berharap bantuan itu dapat membantu pelbagai pihak, khususnya yang mempunyai anak bersekolah (gambar).

Sesi baru sekolah dibuka semalam di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor manakala negeri-negeri lain hari ini.
Dalam kenyataan hari ini, Mahfuz berkata beban kos sara hidup rakyat berpunca daripada urus tadbir penuh ketirisan dan rasuah.
Akibatnya, kata Mahfuz, kerajaan pemberian subsidi dimansuhkan serta rakyat dikenakan cukai barangan dan perkhidmatan untuk menampung kekurangan perbelanjaan kerajaan.
“Dalam erti kata yang lain rakyat kena membayar dan menampung ketirisan, rasuah dan penyelewengan pimpinan kerajaan Umno-BN.

Pintu gerbang: Derma alasan paling ‘legend’

Isu 'derma' hanya muncul selepas projek itu menerima kritikan ramai dan tidak pernah disebut ketika ia diluluskan di Dewan Undangan Negeri.
chegubard,pintu-gerbang
SEREMBAN: Kerajaan Selangor menjadi bahan lawak apabila mendakwa kos RM9.8 juta bagi projek naik taraf pintu gerbang Kota Darul Ehsan ditanggung oleh penderma.
“Alasan ini paling ‘legend’ dan mengundang senyum sinis pelbagai pihak. Sebelum ini kita serang Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) tapi kali ini pemimpin kita pun guna alasan yang sama,” katanya Ahli PKR seumur hidup, Badrul Hisham Shaharin.
Dia mendakwa isu ‘derma’ hanya muncul selepas projek itu menerima kritikan ramai dan tidak pernah disebut ketika ia diluluskan di Dewan Undangan Negeri (DUN).
“Jika derma, kenapa tidak disebut dalam belanjawan ketika projek diluluskan, tetapi hanya muncul setelah projek membazir ini diserang?
Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan, Haniza Talha dalam satu kenyataan berkata kerajaan negeri hanya mendahulukan pembayaran bagi projek itu, sebelum dibayar semula oleh para penderma yang akan diukir nama di pintu gerbang tersebut.
Badrul Hisham atau dikenali Chegubard menyifatkan amalan itu menyalahi tatakelola kewangan kerajaan Selangor.
“Bayaran (wang kerajaan negeri) diberi kepada kontraktor. Bagaimana nak rekod wang ‘derma’ ke dalam akaun bagi tebus balik wang yang sudah keluar? Dalam tatakelola kewangan, perbelanjaan adalah perbelanjaan,” katanya lagi.

SAMM persoal tindakan SPRM tidak siasat skandal rasuah di Kelantan


SPRM masih belum bertindak ke atas tuduhan rasuah di Kelantan yang melibatkan konsesi balak walaupun laporan telah dibuat oleh SAMM.SPRM masih belum bertindak ke atas tuduhan rasuah di Kelantan yang melibatkan konsesi balak walaupun laporan telah dibuat oleh SAMM.Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mempersoalkan ketelusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung skandal rasuah di Kelantan.
Pada sidang akhbar mengenai isu itu hari ini, Pengasas SAMM, Badrul Hisham Shaharin, juga dikenali sebagai Chegubard, berkata suruhanjaya itu masih belum bertindak ke atas tuduhan rasuah di Kelantan yang melibatkan konsesi balak walaupun laporan telah dibuat.
Pada 27 Oktober, SAMM diiringi sekumpulan pengundi Kelantan membuat laporan dan menyerahkan dokumen berkaitan kepada SPRM.
Hadir pada sidang akhbar itu ialah Mohd Afiq Ayob, yang membuat laporan itu dan mendakwa skandal yang melibatkan Exco Kerajaan Negeri Kelantan, membabitkan seorang bergelar "Datuk" yang menggunakan alamat Istana Negara dan satu lagi seorang Cina bergelar "Datuk" yang bertindak bagi pihak syarikat berasaskan kayu di Kuala Lumpur.
Katanya, beliau menyerahkan 50 dokumen mengenai rasuah berjumlah lebih RM5 juta kepada SPRM.
Mohd Afiq berkata satu dokumen, surat dari Lapangan Desiran Sdn Bhd kepada Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK) iaitu sebuah agensi kerajaan negeri yang bertanggungjawab bagi pembalakan menyenarakan lapan "sumbangan" berkaitan dengan perjanjian antara kedua-dua pihak.
Dokumen itu juga menunjukkan, antara lain, bayaran kepada Exco dan juga lawatan ke luar negara, satu "sumbangan" sebuah kereta Toyota Fortuner dan jubin bernilai lebih RM34,000.
Terdapat juga dokumen pembayaran yang dibuat oleh sebuah syarikat kerajaan negeri Kelantan kepada "Datuk" menggunakan alamat Istana Negara dan salinan RM1 juta cek dibayar kepada "Datuk."
Bosan dengan kurangnya tindakan daripada pihak berkuasa, Chegubard berkata sudah tiba masanya untuk pergi awam dengan bukti.

Saya spesis tepati janji kata Ahmad Zahid

Zahid Hamidi
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini memberitahu beliau merupakan individu yang menepati janji. "Saya spesis berbeza. Kalau berjanji, saya menepatinya," katanya ketika memulakan ucapan pada Majlis Apresiasi Tokoh Sarjana : Penerima Anugerah Buku Negara 2015, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian merujuk kepada penghargaan daripada Pengerusi Yayasan Pembangunan Buku Negara, Hasan Hamzah susulan penglibatan beliau dalam pelaksanaan majlis tersebut.

AMANAH Kelantan sedia tandingi PAS pada PRU14

Parti Amanah Negara (AMANAH) Kelantan sedia bertanding mencabar PAS di negeri itu pada pilihan raya umum ke-14, kata Pengerusinya Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.
Bagaimanapun beliau berkata AMANAH Kelantan masih berharap PAS negeri itu bekerjasama bersama mereka bagi mengelak berlakunya pertandingan melibatkan kedua-dua parti itu nanti.
"Saya dah suarakan lebih empat bulan lepas (berkenaan kerjasama), tapi sehingga sekarang masih tak ada respons (daripada PAS).
"Saya tak wakili AMANAH Pusat untuk kerjasama sebab ramai di kalangan sahabat-sahabat tak setuju dengan pendirian saya ini," katanya kepada pemberita di Kota Bharu, hari ini.
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sebelum ini dilaporkan sebagai berkata sekiranya AMANAH bertanding di negeri itu, ia akan hanya memberi kelebihan kepada Barisan Nasional.
"Persiapan kita untuk bertanding akan diteruskan (jika PAS tidak mahu bekerjasama)...(dan) saya tak nak dicatat dalam sejarah politik Kelantan sebagai pihak yang meruntuhkan kerajaan Kelantan yang diasaskan oleh Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat)," katanya.

PAS Selangor tidak mahu beri kuota ahli majlis PBT kepada Amanah


Kuota ahli ajlis PBT Amanah seharusnya minta daripada DAP  bukan Pas.Kuota ahli ajlis PBT Amanah seharusnya minta daripada DAP bukan Pas.Pas Selangor tidak akan memberi laluan kepada Parti Amanah Negara (Amanah) untuk mendapatkan kuota ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) di dalam kerajaan negeri.
Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, kemarahan akan timbul di kalangan ahli Pas di peringkat akar umbi sekiranya parti memberikan laluan.
“Baru-baru ini di dalam pemilihan nazir masjid, calon-calon Pas yang berkebolehan tidak dipilih oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), walhal calon-calon Umno dan Amanah telah terpilih.
“Jika Pas diminta memberi laluan pula untuk ahli majlis, ahli-ahli Pas di Selangor akan bertambah marah lagi,” katanya dipetik dari Sinar Harian Online.
Katanya, kuota seharusnya diminta daripada DAP dan bukan Pas yang tidak ada hubungan politik dengan Amanah.
“Pas tak ada hubungan dengan Amanah dan kuota sepatutnya diambil dari DAP yang ada hubungan baik dengan Amanah.
“Saya bimbang dengan perkembangan ini kerana ia akan memberi kesan kepada hubungan baik sedia ada di antara ketiga-tiga parti di dalam kerajaan,” katanya.
Sementara itu, Setiausaha Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, Pas akan kekalkan bilangan kuota sedia ada dan tidak akan memberikannya kepada Amanah.

Syarikat bermasalah perlu ikut jejak 1MDB

Kerajaan boleh menggunakan contoh program rasionalisasi 1MDB untuk membantu syarikat-syarikat lain yang dibebani hutang
shahbudin,najib
KUALA LUMPUR: Semua tanah-tanah kerajaan yang berpotensi dan bernilai tinggi di dalam kawasan bandar harus segera diwartakan di bawah program transformasi oleh kerajaan, tegas seorang penganalisis politik.
“Digazetkan untuk program transformasi kerajaan membantu syarikat atau ahli perniagaan yang terbeban dengan hutang yang banyak..”
Penganalisis itu, Shahbudin Husin, berhujah bahawa pendekatan menjual aset dan tanah kepada orang asing samada secara langsung atau tidak langsung yang digunapakai oleh 1MDB boleh dianggap sebagai transformasi bernilai tinggi yang dicari-cari oleh pentadbiran dan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Ia seperti memberi isyarat bahawa mana-mana syarikat atau ahli perniagaan yang banyak hutang, boleh dengan segera memohon tanah-tanah kerajaan yang akan diberikan dengan harga paling murah untuk melangsaikan beban tanggungan mereka.”
Maka, menurut penganalisis itu lagi, adalah menjadi kewajikan kerajaan-kerajaan negeri supaya mengikut jejak pentadbiran Najib dengan menyerahkan aset-aset dan tanah-tanah kepada syarikat dan ahli perniagaan yang dibebani hutang.
“Sebaik saja kelulusan tanah diperolehi, apa yang perlu dilakukan oleh syarikat atau ahli perniagaan yang memperolehinya ialah mengemukakan cadangan pembangunan yang menarik dan kemudian segera mencari pembeli atau pelabur asing untuk membelinya.”
Shahbudin bagaimanapun mengingatkan supaya jangan mencari pelabur atau pembeli tempatan kerana mereka tidak mempunyai jumlah duit yang diperlukan.

Bung Mokhtar pertahan Mahathir, Anwar

Kedua-dua pemimpin itu tidak harus dipersalahkan sepenuhnya, susulan kenaikan kos sara hidup pada hari ini kerana melakukan 'perjanjian tanpa sengaja' dengan syarikat konsesi.
Bung-MokhtarPETALING JAYA: Pemimpin negara terdahulu tidak seharusnya dipersalahkan sepenuhnya susulan peningkatan kos sara hidup terutamanya melibatkan kenaikan kadar tambang Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dan tol.
Perkara itu ditegaskan, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Bung Mokhtar Radin apabila ramai pihak menyalahkan pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menandatangani perjanjian dengan syarikat konsensi dan kepemimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak terpaksa menanggungnya.
Katanya, kedua-dua pemimpin tersebut mungkin tidak berniat untuk melihat rakyat susah, namun ia perlu dijadikan pengajaran oleh pemimpin ketika ini sebelum menandatangani perjanjian dengan mana-mana syarikat konsensi pada masa akan datang.
“Saya juga tidak menyalahkan kedua-dua pemimpin ini (Anwar dan Mahathir) kerana mungkin mereka pun tidak berhasrat untuk melihat rakyat susah, tetapi ini merupakan satu pengajaran kepada mana-mana pemimpin dalam negara kita sekiranya membuat apa-apa perjanjian.
“Sekiranya membuat apa-apa perjanjian pembangunan untuk rakyat dan negara maka harus diteliti implikasi bukan sahaja hari itu tetapi pada masa-masa akan datang agar rakyat tidak dibebani kos sara hidup yang berat,” katanya kepada FMT.
Pada masa sama, Ahli Parlimen Kinabatangan itu berkata, kepemimpinan Najib juga tidak boleh dipersalahkan susulan kenaikkan kos sara hidup kerana ia berpunca daripada perjanjian tanpa sengaja pemimpin terdahulu.
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dipetik sebagai berkata, kenaikan kos sara hidup terutamanya melibatkan tambang ERL dan kadar tol merupakan kesan daripada ‘najis’ yang ditinggalkan pemimpin sebelum ini.

Ringgit Jatuh: Punca pakej haji, umrah naik harga

Haji Peningkatan kadar bayaran bagi pakej haji dan umrah di bawah kelolaan agensi swasta adalah disebabkan oleh kejatuhan nilai ringgit.
Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel and Tour, Datuk Daud Che Ngah berkata, kesan kejatuhan mata wang negara menyebabkan antaranya kadar sewaan penginapan, makanan dan pengangkutan di Arab Saudi meningkat 30 peratus.
“Semua pembayaran adalah dalam nilai riyal. Dua tahun lalu kadar tukaran ringgit kepada riyal adalah RM85 bersamaan dengan 100 Riyal Arab Saudi.
“Tetapi lepas musim haji baru-baru ini, nilai tukaran ringgit kepada riyal lebih rendah, iaitu 85 Riyal bersamaan RM100,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, tiket penerbangan sahaja dibayar dalam bentuk ringgit namun kosnya juga meningkat.
Katanya, kejatuhan mata wang ini menyebabkan agensi-agensi swasta terpaksa menaikkan kadar pakej bagi meneruskan kelangsungan perniagaan.
“Kami orang meniaga yang membantu orang Islam di negara ini melakukan ibadah. Jika tidak dinaikkan, kami tidak boleh meneruskan perniagaan.
“Bukan pihak kami sahaja menanggung beban, tetapi agensi swasta lain juga dan itu harga ibadah yang perlu dibayar mereka,” katanya.
Che Ngah berkata, sekiranya ringgit terus jatuh dan tidak stabil, pihaknya terpaksa naikkan harga pakej.
Katanya, agensi swasta berbeza dengan Tabung Haji yang merupakan badan besar yang mampu menanggung kos akibat kejatuhan ringgit dengan memberikan subsidi.

NGO: Henti lombong bauksit atau berdepan benteng manusia

Pelombong bauksit di Kuantan diberi amaran untuk menghentikan aktiviti mereka atau berdepan benteng manusia oleh NGO alam sekitar, Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) cawangan Pahang.
 NGO itu berkata ia memberi tempoh kepada pelombong di Kuantan sehingga 15 Januari untuk menghentikan aktiviti perlombongan dan pengangkutan bauksit sepenuhnya.
"Jika tidak, PEKA Pahang bersama NGO lain serta ribuan penduduk tempatan akan mengadakan benteng manusia secara besar-besaran bagi menyekat laluan jentera dan lori bauksit di semua pintu keluar lombong bauksit di Kuantan serta pintu masuk Pusat Simpanan Bauksit di Gebeng dan Pelabuhan Kuantan," kata Pengerusi Peka Khaidir Ahmad dalam satu kenyataan semalam.
Walaupun PEKA menyambut baik arahan kabinet kepada kerajaan Pahang untuk menghentikan semua perlombongan bauksit di Kuantan buat sementara waktu, Khaidir berkata perlombongan mesti dihentikan sepenuhnya untuk kesejahteraan alam sekitar dan rakyat.
Perjuangan menentang perlombongan bauksit menjadi sukar bagi penduduk tempatan yang menyewakan tanah mereka kepada pelombong hingga menjadi jutawan dalam sekelip mata.
Eksport bauksit melonjak 1,100 peratus pada tahun 2014 dan Malaysia menjadi pembekal utama di China, selepas Indonesia mengharamkan eksport bahan itu untuk menggalakkan pertumbuhan industri aluminium tempatan.
Pengeksport kini kebanyakannya menghantar bijih mentah, tetapi untuk mencuci bahan itu mencapai harga lebih 20 kali ganda dan ia mencecah US$43.5 (RM186) setan metrik setakat awal Disember.
Cucian bauksit menjana sisa buanga yang selalunya meresap ke dalam sungai dan mencemarinya dengan logam berat.

Abu Kassim tidak terima tekanan lepas jawatan, kata SPRM

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed tidak menerima sebarang tekanan untuk melepaskan jawatan seperti dilaporkan portal berita sebelum ini, kata agensi itu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 Januari, 2016.Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed tidak menerima sebarang tekanan untuk melepaskan jawatan seperti dilaporkan portal berita sebelum ini, kata agensi itu. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed tidak menerima sebarang tekanan untuk melepaskan jawatan seperti dilaporkan portal berita sebelum ini, kata agensi itu.
Dalam satu kenyataan, SPRM berkata kontrak Abu Kassim hanya akan tamat pada 2018 manakala persaraan wajib beliau daripada perkhidmatan awam adalah pada 2020.
"Buat masa ini, tiada tekanan mana-mana pihak yang meminta beliau menamatkan perkhidmatan di SPRM," kata SPRM hari ini.

The Malaysian Insider hari ini melaporkan Abu Kassim berkemungkinan akan diganti atas masalah kesihatan. "Tan Sri Abu Kassim berpegang kepada pendirian beliau tidak akan berundur atas tekanan mana-mana pihak, melainkan keputusannya sendiri atas sebab masalah kesihatan," kata kenyataan itu.
The Malaysian Insider sebelum ini memetik sumber melaporkan Abu Kassim mungkin akan diganti selepas agensi itu baru saja menyerahkan kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara berhubung derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadi perdana menteri dan anak syarikat Kementerian Kewangan, SRC International.
Sumber berkata, khabar angin bertiup kencang di Jabatan Perdana Menteri dan kalangan pegawai atasan polis tentang seorang pegawai kanan polis atau seorang timbalan pendakwa raya kanan dari Jabatan Peguam Negara mungkin akan menggantikan Abu Kassim untuk mengetuai SPRM.

Peguam negara pertimbang permintaan SPRM kumpul bukti derma RM2.6 bilion Najib

Peguam negara akan mempertimbangkan permintaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengumpul bukti bagi menyiasat derma RM2.6 bilion dalam akaun bank peribadi Datuk Seri Najib Razak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 Januari, 2016. 
Peguam negara akan mempertimbangkan permintaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengumpul bukti bagi menyiasat derma RM2.6 bilion dalam akaun bank peribadi Datuk Seri Najib Razak.

Peguam negara akan mempertimbangkan permintaan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu mendapatkan dokumen dan kenyataan dari luar negara bagi menyiasat derma RM2.6 bilion dalam akaun bank peribadi Datuk Seri Najib Razak, kata seorang peguam.
Ini selepas badan anti rasuah itu menyerahkan kertas siasatan berhubung SRC International dan derma RM2.6 bilion yang dipindahkan ke dalam akaun perdana menteri.
"Peguam negara akan menentukan jika permintaan itu adalah munasabah sebelum memutuskan untuk memudahkan penyiasatan agensi itu," kata SN Nair, bekas pegawai polis yang berpengalaman merekodkan keterangan daripada saksi di luar negara dan mengumpul bukti untuk tujuan bukti.

Nair berkata, semua ini bergantung kepada apa yang SPRM cari untuk melengkapkan siasatannya. "Peguam negara hanya akan menghubungi Kementerian Luar yang kemudiannya akan menghubungi rakan-rakan mereka bagi membantu SPRM," katanya kepada The Malaysian Insider.
Nair berkata, negara luar kemudiannya akan menghubungi menteri undang-undang mereka atau peguam negara mereka yang mempunyai kata putus sama ada mereka mahu membantu SPRM dalam siasatan itu ataupun tidak.
"Mereka boleh menolak permintaan untuk merekodkan kenyataan daripada saksi dan mempunyai akses kepada dokumen kerana yang melibatkan kedaulatan negara," tambah Nair.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Ketua Persuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull pada 31 Disember lalu siasatan RM2.6 bilion masih tidak lengkap.
"SPRM masih perlu menyelesaikan siasatan mengenai dokumen dan kenyataan yang melibatkan beberapa institusi kewangan di luar negara.

Saudi Arabia cuts diplomatic ties with Iran

Rouhani condemns attacks on Saudi embassy

Iran Diberi 48 Jam Tinggalkan Saudi

Isu Bauksit: Tengku Puan Pahang Sedih Kuantan Tercemar

"SENTUHAN GHAIB"

SEKALI LAGI.. Laporan yg berkaitan dgn Najib Razak 'DIGHAIBKAN'. Kali ini turn Astro AWANI pula ghaibkan laporan "FBI siasat kemungkinan kaitan filem The Wolf of Wall Street dengan 1MDB"..

'Berita Hairan' juga dah ghaibkan berita "PM beri jaminan isu 1mdb akan selesai sebelum akhir 2015"..

Sengal.. Astro AWANI & Berita Harian Online xder telor.

Anda boleh check di sini.. http://www.astroawani.com/berita-hiburan/fbi-siasat-kemungkinan-kaitan-filem-wolf-wall-street-dengan-1mdb-87857

Laporan Berita Harian yg dighaibkan: https://goo.gl/ljlFlq
. Kali ini turn Astro AWANI pula ghaibkan laporan "FBI siasat kemungkinan kaitan filem The Wolf of Wall Street dengan 1MDB"..

Terlalu banyak yang Hillary Clinton perlu belajar untuk memahirkan lagi diri dalam keberkesanan dapat derma..

RM230 juta tu terlalu sedikit kalau nak dibandingkan RM2.6 billion yang dah diperolehi oleh Najib Razak..

Beliau sepatutnya menuntut ilmu 'dapat derma' dari abam Jibby BUKANNYA kumpul derma..

FAKTA ATAU AUTA?

Inikah sebenarnya hakikat mengenai 1MDB?

Selain itu benarkah harga 60 peratus Bandar Malaysia yang dijual kepada konsortium China dengan Kerajaan Negeri Johor adalah sebanyak RM5.279 bilion sahaja dan bukannya RM7.41 bilion sebagaimana yang diumumkan sebelum ini?

Kenyataan yang dipetik daripada HKExnews ini sudah pun tersebar luas dalam pelbagai perkongsian media sejak malam tadi lagi.

Kenapa tiba-tiba ada perbezaan angka? Kalau 60 peratus yang dijual itu hanya bernilai RM5.279 bilion, bermakna nilai keseluruhan Bandar Malaysia juga bukanlah RM12.35 bilion sebagaimana yang diumumkan oleh 1MDB?

Apakah makna semua ini?

Khaled Nordin: Apa salahnya Johor beli saham dari 1MDB?

Hasil keuntungannya boleh dibawa balik untuk dimanfaatkan oleh KPRJ bagi perkara-perkara yang membawa kesejahteraan kepada rakyat
Datuk-Seri-Mohamed-Khaled-Nordin
JOHOR BAHARU: Keputusan kerajaan negeri Johor membeli saham Bandar Malaysia Sdn Bhd daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) baru-baru ini, bukanlah merugikan kerana pulangannya dapat dimanfaatkan bagi kesejahteraan rakyat.
Malah, jelas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, keputusan menyertai tender sebagai pembida dan kemudian memenanginya merupakan peluang kepada negeri itu.
“Apa salahnya kerajaan negeri melalui Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) dalam Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH), terlibat dalam pembangunan di Kuala Lumpur?
“Sekurang-kurangnya hasil keuntungannya boleh dibawa balik untuk dimanfaatkan oleh KPRJ bagi perkara-perkara yang membawa kesejahteraan kepada rakyat,” katanya kepada pemberita di Pasir Gudang, di sini, Ahad.
Terdahulu, beliau merasmikan Majlis Penyampaian Hadiah Program Gerak Mesra Perdana 2015 dan perasmian Dewan Taman Scientex, Pasir Gudang, dekat sini.
Mohamed Khaled mengulas keputusan pembelian saham Bandar Malaysia melalui konsortium IWH-China Railway Engineering Corp (M) Sdn Bhd (CREC), baru-baru ini.
Beliau yang juga Pengerusi Bersama Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) berkata kerajaan negeri bersyukur atas kejayaan memperolehi tender itu dan IWH adalah syarikat yang bertanggungjawab membangunkan beberapa kawasan dalam Wilayah Iskandar Malaysia.
Pada 31 Dis lepas, 1MDB mengumumkan sudah menandatangani perjanjian jual beli saham melibatkan penjualan 60 peratus pegangan Bandar Malaysia pada harga RM7.41 bilion kepada konsortium IWH-CREC Sdn Bhd membabitkan usaha sama 60:40 antara IWH dan CREC.

Penyelidik ramal kerjasama dengan Umno sebabkan PAS bakal berpecah lagi

Kerjasama PAS dan Umno yang didakwa sebagai usaha mengubah nasib kaum Melayu di negara ini sebenarnya tidak akan berlaku, kata Timbalan Pengerusi IDE Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 Januari, 2016. 
Kerjasama PAS dan Umno yang didakwa sebagai usaha mengubah nasib kaum Melayu di negara ini sebenarnya tidak akan berlaku, kata Timbalan Pengerusi IDE Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman. 


Kerjasama PAS dan Umno bakal menyebabkan parti Islam itu berpecah sekali lagi, menurut hasil kaji selidik Institut Darul Ehsan (IDE), lapor Sinar Harian.
Timbalan Pengerusi IDE Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman dipetik sebagai berkata, kerjasama 2 parti itu yang didakwa sebagai usaha mengubah nasib kaum Melayu di negara ini sebenarnya tidak akan berlaku.
Redzuan berkata, kaji selidik dilakukan IDE pada November lepas  di Selangor menunjukkan  lebih 45% responden tidak bersetuju dengan kerjasama di antara PAS dan Umno.

"Bila ditanya soal kerjasama yang bersetuju dalam 35% sahaja bakinya lebih besar tidak bersetuju, khususnya di kalangan penyokong PAS. "Kalau berlaku pertandingan antara PAS dan Umno pengundi PAS akan mengundi PAS dan pengundi Umno akan mengundi Umno," katanya kepada Sinar Harian.
Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akhir tahun lalu berada sepentas dalam sebuah program di Kuala Lumpur.
Semasa perhimpunan agung Umno tahun lalu, Najib turut menawarkan kerjasama dengan PAS secara terbuka.
Menurut naib canselor Universiti Selangor baharu itu, penolakan penyokong akar umbi terhadap kerjasama itu disebabkan perjuangan Umno terhadap nasib kaum Melayu tidak menyerlah sejak dahulu lagi.
Beliau berkata, faktor itu menyebabkan berlakunya ketidakyakinan penyokong terhadap penyatuan 2 parti tersebut.
Redzuan berkata, hasil kaji selidik IDE juga mendapati meskipun wujudnya kemarahan di kalangan penyokong Umno terhadap pemimpinnya terutama mengenai kes 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dan peningkatan kos sara hidup, namun mereka akan tetap setia kepada parti.
Beliau berkata, situasi itu bakal mengecewakan PAS kerana penyokong parti Melayu terbesar itu tidak akan mengubah sokongan meskipun Umno terpalit dengan pelbagai isu dan skandal.
"Kalau PAS mengharap jika krisis ini mereka (orang Umno) akan menyokong PAS berdasarkan kajian saya tidak berlaku.
"Mereka tetap dengan Umno walaupun mereka tidak puas hati dengan kenaikan harga barang dan 1MDB," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Ketua Pesuruhjaya SPRM mungkin akan diganti, kata sumber

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed, mungkin akan diganti kerana masalah kesihatan, menurut sumber, selepas agensi itu baharu saja menyerahkan kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara berhubung derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadi perdana menteri dan anak syarikat Kementerian Kewangan, SRC International.
Sumber berkata, khabar angin bertiup kencang di Jabatan Perdana Menteri dan dalam kalangan pegawai atasan polis tentang seorang pegawai kanan polis atau seorang timbalan pendakwa raya kanan dari Jabatan Peguam Negara mungkin akan menggantikan Abu Kassim untuk mengetuai SPRM.
“Tahap kesihatan Abu Kassim kini sedang digunakan sebagai alasan dalam percubaan untuk menggantikannya,” kata sumber itu kepada The Malaysia Insider yang enggan dinamakan kerana sensitiviti maklumat itu.

Abu Kassim menjalani pembedahan kerana sakit belakangnya pada 7 Ogos lepas dan dilaporkan kembali bertugas pada pertengahan Oktober. Bulan Ogos lepas menyaksikan beberapa pegawai SPRM menjadi sasaran polis dalam siasatan bagi mengenal pasti sumber kebocoran maklumat berkenaan skandal kewangan yang didakwa melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Ini berlaku selepas kemunculan dokumen yang didakwa sebagai kertas pendakwaan terhadap Najib yang dirangka SPRM dan diterbitkan laman sesawang Sarawak Report.
Pegawai Cawangan Khas menyerbu pejabat pendakwa raya SPRM, Ahmad Sazilee Abdul Khairy, merampas dokumen berkaitan siasatan terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB), sebuah syarikat cabang pelaburan negara yang diwujudkan Najib.
Sebelum itu, Penasihat Guaman SPRM Tan Sri Rasphal Singh dan Jessica Gurmit Kaur, seorang pegawai Jabatan Peguam Negara, juga ditahan untuk soal siasat berkenaan dakwaan kebocoran maklumat itu.
Tujuh pegawai SPRM juga disoal siasat pada masa sama, dan 2 daripada mereka dipindahkan jabatan serta merta selepas secara terbuka mengkritik tindakan polis menyoal siasat rakan sejawat mereka.
Sumber itu berkata, penggantian Abu Kassim dengan seorang pegawai polis untuk mengetuai SPRM akan menjatuhkan lagi semangat kakitangan agensi kerajaan itu dan hanya mengesahkan tanggapan negatif masyarakat terhadap kebebasan agensi itu.
Abu Kassim, yang menyertai Badan Pencegahan Rasuah pada 1984 yang kemudiannya dinamakan sebagai SPRM pada 2010, dilantik sebagai ketua pesuruhjaya agensi itu pada Januari tahun sama.
Dalam wawancara bersama Sinar Harian baru-baru ini, Abu Kassim berkata kontraknya akan tamat pada 2018 tetapi menjangka akan kekal memegang jawatan sehingga 2020, tahun beliau berusia 60 tahun, had umur wajib bersara untuk penjawat awam.

Amanah jangka tiada tindakan terhadap Najib walaupun laporan SPRM siap

Pengarah Strategi Amanah Dr Dzulkefly Ahmad berkata, peguam negara juga sebelum ini menolak laporan dibuat Bank Negara Malaysia (BNM) dan kemungkinan situasi sama akan berulang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 Januari, 2016. 
Pengarah Strategi Amanah Dr Dzulkefly Ahmad berkata, peguam negara juga sebelum ini menolak laporan dibuat Bank Negara Malaysia (BNM) dan kemungkinan situasi sama akan berulang. 

Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini menjangkakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bakal terlepas daripada sebarang tindakan walaupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menghantar laporan yang siap kepada Peguam Negara. Pengarah Strategi Amanah Dr Dzulkefly Ahmad berkata, peguam negara juga sebelum ini menolak laporan dibuat Bank Negara Malaysia (BNM) dan kemungkinan situasi sama akan berulang.
"Berdasarkan latar belakang yang kabur dalam mengendalikan kemelut 1MDB (1Malaysia Development Berhad), saya membuat ramalan awal keputusan sama akan dibuat.

"Negara ini sudah pun dikenali seluruh dunia sebagai negara 'jenayah tanpa penjenayah’," kata Dzulkefly dalam satu kenyataan hari ini. Terdahulu, peguam negara pada 11 September tahun lalu membuat keputusan menolak kertas siasatan dihantar pihak BNM pada 21 Ogos tanpa sebarang tindakan diambil.
Baru-baru ini, SPRM sudah menghantar kertas siasatannya kepada peguam negara berhubung isu wang derma RM2.6 bilion dan siasatan berkaitan anak syarikat 1MDB, SRC International.
"Bukti membabitkan salah laku 1MDB mungkin jelas sehingga BNM menjangka peguam negara akan mengambil tindakan, tapi mereka tidak melakukannya," kata bekas ahli Parlimen Kuala Selangor itu.

Perlu sedia berkorban, Amanah ingatkan sekutu dalam Pakatan

Setiausaha Agung Amanah Mohd Anuar Mohd Tahir berkata pengorbanan perlu dilakukan demi kepentingan rakyat dan ia seharusnya diutamakan berbanding kepentingan individu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Januari, 2016. 
Setiausaha Agung Amanah Mohd Anuar Mohd Tahir berkata pengorbanan perlu dilakukan demi kepentingan rakyat dan ia seharusnya diutamakan berbanding kepentingan individu. 

Ketika bibit-bibit keretakan mula kelihatan di Selangor berhubung pengagihan semula kerusi bagi mengisi jawatan ahli majlis kerajaan negeri di 12 pihak berkuasa tempatan, Parti Amanah Negara (Amanah) mengingatkan rakan komponen Pakatan Harapan yang perjuangan memerlukan pengorbanan. Setiausaha Agung Amanah Mohd Anuar Mohd Tahir berkata pengorbanan perlu dilakukan demi kepentingan rakyat dan ia seharusnya diutamakan berbanding kepentingan individu.
"Kita tahu kepentingan peribadi ahli yang sudah memegang jawatan itu mahu kekal.

"Tetapi apakah kepentingan peribadi lebih penting berbanding kepentingan rakyat Malaysia," katanya kepada The Malaysian Insider.  "Sudah tentu perlu ada kesediaan untuk berkorban. Perlu ada 'give and take' (bertolak ansur).
"Perubahan besar tidak akan berlaku jika kita masih lagi di takuk lama. Kita perlu berfikir dalam konteks yang lebih luas," kata Anuar mengulas isu berhubung pembahagian kerusi ahli majlis yang masih belum diselesaikan pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Ia menemui jalan buntu selepas kemasukan Amanah dalam pembahagian kerusi majlis berdasarkan parti politik di Selangor.
Pembahagian 288 kerusi majlis tempatan di negeri ini kepada setiap parti baru-baru ini disemak semula dari 120 untuk PKR, 92 DAP dan 67 PAS kepada 103 untuk PKR, 98 DAP dan 78 PAS.
Persoalannya kini ialah, pihak mana antara PKR dan DAP yang bersedia melepaskan kerusi mereka untuk Amanah kerana PAS menegaskan ia tidak bercadang mengosongkan kerusinya untuk diisi wakil dari parti serpihannya.
Difahamkan, ketiga-tiga parti itu pada peringkat awal bersetuju menyemak kembali milikan kerusi berkenaan dan PKR bersetuju melepaskan 17 kerusi milik mereka.

Bekas kadi beri 3 jalan keluar cerai taklik PAS untuk sertai Amanah

Kelahiran parti serpihan Parti Amanah Negara (Amanah) mendedahkan kaedah PAS untuk memastikan pimpinan mereka untuk setia kepada parti Islam itu.
Salah satu daripadanya ialah baiah cerai taklik – sumpah dilafaskan wakil rakyat PAS Kelantan beberapa tahun dahulu yang memerlukan mereka menceraikan isteri sekiranya menukar parti.
The Malaysian Insider difahamkan, sumpah ini merupakan salah satu sebab mengekang simpatisan Amanah di kalangan wakil rakyat PAS Kelantan daripada menyokong parti serpihan itu secara terbuka.

Akan tetapi bekas kadi Kelantan percaya terdapat 3 cara untuk wakil rakyat Kelantan membebaskan mereka daripada sumpah itu dan meninggalkan PAS bagi menyertai parti-parti lain. "Yang pertama melaksanakan cerai khul'ei iaitu isterinya memohon cerai dari suaminya dengan membayar sejumlah wang kepada suami. Selepas suami bersetuju, mereka boleh bercerai,” kata Che Ibrahim Mohamed kepada The Malaysian Insider.
"Selepas itu, mereka boleh berkahwin semula melalui satu akad nikah baharu tanpa diikat cerai talak 3 yang tidak boleh dirujuk (berkahwin) semula.”
Umat Islam yang bercerai talak 3 tidak boleh rujuk semula (berkahwin semula) dengan bekas isterinya kecuali selepas isterinya berkahwin dengan orang lain dan bercerai.
Che Ibrahim berkata, pendapat ini adalah popular di kalangan ulama fekah Islam dan diterima Mazhab Shafie yang diamalkan di Malaysia.
Jalan keluar kedua, katanya, adalah dengan meyakini dan percaya lafaz cerai taklik yang dilaksanakan mereka sebelum ini tidak sah kerana mereka tiada niat untuk bercerai dengan isterinya ketika membuat lafaz itu.
"Jika sumpah taklik itu tidak disertai dengan niat untuk bercerai walaupun dilafazkan begitu, ia satu sumpah yang ‘lagha’ atau terbatal dan tidak memberikan apa-apa kesan.
"Oleh itu, walaupun dia melanggar sumpah ini, dengan meninggalkan PAS, talak tidak jatuh ke atas isterinya.
"Ini pendapat 3 ulama besar iaitu Ibnu Hazmin, Ibnu Taimiyah dan Ibnu Qayyim dalam kitab-kitab mereka dan diterima pakai undang-undang keluarga Islam di Mesir," kata Che Ibrahim yang juga timbalan pengerusi Amanah Kelantan.

Amanah jangan terlalu kemaruk undi kata Ridhuan Tee

Pendirian sesebuah negara haruslah dihormati atas semangat kejiranan. Hal ini kerana sesuatu keputusan yang dilakukan pasti akan ada justifikasi tersendiri.
Prof.-Dr.-Mohd-Ridhuan-Tee-Abdullah
PETALING JAYA: Pemimpin dari Parti Amanah Negara (Amanah) didesak agar tidak terlalu kemaruk kepada undi sehingga berani mencampuri urusan negara Brunei mengenai sambutan Krismas.
Penceramah bebas dan pensyarah, Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah berkata, kenyataan yang dikeluarkan pemimpin Amanah mengenai sambutan Krismas di Brunei itu pasti akan menyeronokkan ‘ultra kiasu’.
“Peliknya, Kristian di Brunei tidak terasa apa-apa pun. Kenapa kita gatal punggung?” tulisnya di akhbar Sinar Harian.
Mengulas lanjut, pendirian sesebuah negara haruslah dihormati atas semangat kejiranan. Hal ini kerana sesuatu keputusan yang dilakukan pasti akan ada justifikasi tersendiri.
“Tetapi, inilah orang politik, bila nampak sesuatu isu yang memberi keuntungan politik atau undi. Semua mahu jadi jaguh kampung,” ujarnya.
Katanya lagi, tindakan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah mengharamkan sambutan Krismas juga bukanlah sesuatu yang baru dan pertama dilakukan.
Hal ini kerana banyak negara lain di dunia, termasuk negara bukan Islam, yang tidak menyambut Krismas atau mengisytiharkan Krismas sebagai cuti umum.
“Israel yang terletak berhampiran Gereja Nativiti, Bethlehem, Palestin iaitu tempat kelahiran Nabi Isa A.S, pun tidak bercuti pada hari Krismas.
“Negara bukan Islam yang tidak bercuti Krismas adalah Bhutan, China, Jepun, Mongolia, Korea Utara, Laos, Rusia, Taiwan, Thailand dan Vietnam,” ujar beliau lagi.
Tambah Ridhuan lagi, Brunei ‘mengharamkan’ sambutan secara terbuka Hari Krismas kerana khuatir ia boleh menyesatkan umat Islam.

Bertatih dalam PAS, berlari dengan Amanah, kata tokoh anak muda


Ahmad Fadhli Umar Aminolhuda bekas pemimpin Persatuan Mahasiswa Undang-undang UIAM.Ahmad Fadhli Umar Aminolhuda bekas pemimpin Persatuan Mahasiswa Undang-undang UIAM.Terdedah dengan PAS sejak kecil lagi, parti lambang bulan penuh itu bukanlah asing baginya. Tidur bersama keluarga di merata markas PAS terutama di sekitar Muar sudah menjadi kelaziman. Namun, pada usia 22 tahun, Ahmad Fadhli Umar Aminolhuda tekad memilih untuk ‘berlari’ dengan Parti Amanah Negara (Amanah).
Menurutnya, keputusan Muktamar Tahunan PAS 2015 lalu yang menyaksikan ‘penyingkiran borong’ sejumlah pimpinan berkaliber yang diketahui dan terbukti bekerja keras untuk parti dan demi keadilan rakyat amat menyentak akal budinya.
Tambah mengejutkan, ujarnya, apabila PAS membuat keputusan untuk berpatah arang, berkerat rotan dengan Pakatan Rakyat sehingga membawa kepada leburnya gabungan parti pembangkang paling ampuh menyergah keangkuhan dan status quo Umno-BN itu.
“Saya begitu juga rakan-rakan yang sebahagian besar sudah diasuh dalam PAS sama ada pendedahan dalam keluarga atau pun ketika di kampus mulanya berhati-hati dengan situasi berlaku. Terpinga-pinga juga di mana makna pendekatan berhikmah dan rahmatan lil alamin yang disebut-sebut selama ini?
“Dalam isu penggantian Menteri Besar Selangor misalnya, kami masih lagi cuba berhujah menjustifikasikan tindakan PAS. Anggapan kami mesti ada rasional dan kepentingannya demi parti tetapi keputusan pemilihan dalam muktamar 2015 itu benar-benar mencelikkan kami akan ada hal tak kena sudah berlaku,” katanya ketika diwawancara Malaysia Dateline, 29 Disember lalu.
Menegaskan anak muda pada masa ini sudah terdedah kepada pertukaran pantas maklumat dengan kerencaman akses media, beliau berkata, mereka khususnya golongan mahasiswa telah dapat membezakan yang mana permata dan yang mana kaca.
“Hasil bacaan kami juga perkongsian pelbagai pihak dari media sosial, selepas disaring dan tapis, kami menghadami politik semasa tidak terkecuali realiti PAS selain kebobrokan rejim BN, akhirnya keputusan nekad dibuat untuk meneruskan perjuangan menentang kezaliman dan penindasan rejim melalui parti Amanah,” ujarnya.
Mengakui pengalaman politik ditempuhi ayahnya, Aminolhuda Hassan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Parit Yaani, Muar, Johor banyak mencorakkan kesedaran siasahnya, Umar menganggap Amanah sebagai platform baharu yang meraikan suara anak muda.
“Maaf saya cakap, PAS selepas banyak tindakan dan keputusan dibuatnya itu mengecewakan ramai pihak. PAS yang lama berjasa pada perjuangan dan usaha rakyat menuntut keadilan sudah jadi terbelakang dengan mood dan hasrat massa untuk menumbangkan BN.
“Saya sendiri hadir siri jelajah pertama NGO Gerakan Harapan Baru (HB) di Bakri, Muar 16 Jun 2015 dan ketika itu saya sedar medan untuk meneruskan perjuangan termasuk semangat istiqomah Almarhum Tuan Guru Nik Aziz adalah melalui sebuah wadah politik baharu bukan lagi melalui PAS.
“Tambah pula, apabila melihat rakan-rakan mahasiswa seperti Khairol Najib dan Ammar Atan diberikan satu medan yang boleh untuk kami penuntut ini memberi sumbangan secara terus kepada parti. Pendek kata, akal dan tenaga kami kami anak muda di universiti diiktiraf untuk sama-sama mencorakkan Amanah,” jelasnya yang sebelum ini tidak pernah memegang apa-apa jawatan dalam PAS.
Menjengah tahun baharu 2016, putera keempat daripada lima adik-beradik ini optimis melangkah bersama Amanah sebagai parti baharu berusia tiga bulan tetapi berlapang dada kepada suara anak muda.
Mengakui PAS mempunyai pemimpin yang tidak kurang berpengaruh dalam kalangan akar umbi sesuai dengan status parti senior, Amanah bagaimanapun baginya wadah terbaik memenuhi hasrat anak muda menyerlahkan keupayaan dan potensi diri masing-masing.
“Saya yakin Amanah memberi peluang kepada penuntut menyuarakan pandangan di landasan betul dan bergerak aktif dalam politik sihat. Apalagi sayap Pemuda Amanah Nasional majoritinya dianggotai golongan muda berusia kurang 35 tahun,” ujarnya ceria diwawancara petang itu.
Tanpa mahu mengguris hati sebahagian rakannya yang masih ingin istiqomah bersama PAS, penuntut jurusan undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ini masih menghormati pilihan mereka.

45 peratus tidak setuju kerjasama Pas-UMNO

Kerjasama itu tidak akan memberi manfaat sebaliknya membawa lebih banyak perpecahan penyokong Pas terhadap UMNO
Prof-Datuk-Dr-Mohammad-Redzuan-Othman,pas,umno
PETALING JAYA: Kaji selidik yang dijalankan Institut Darul Ehsan (IDE) mendapati lebih 45 peratus responden tidak bersetuju dengan kerjasama Pas dan UMNO.
Timbalan Pengerusi IDE, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, kajian itu dilakukan pada November lalu di Selangor.
Beliau bagaimanapun tidak menyatakan bilangan responden yang ditemui dalam kaji selidik itu.
“Bila ditanya soal kerjasama, yang bersetuju dalam 35 peratus saja, bakinya lebih besar tidak bersetuju, khususnya dalam kalangan penyokong Pas.
“Kalau berlaku pertandingan antara Pas dan Umno, pengundi Pas akan mengundi Pas (manakala) pengundi UMNO akan mengundi UMNO,” katanya lapor Sinar Online.
Mohamad Redzuan berkata, kerjasama UMNO dan Pas tidak akan memberi sebarang manfaat kepada nasib orang Melayu di negara ini, malah dikhuatiri menyebabkan perpecahan susulan kemarahan penyokong Pas terhadap parti pemerintah itu masih menebal.
“Kalau itu (kerjasama) berlaku saya melihat, pilihan raya nanti yang rugi adalah Pas, maklumlah UMNO ini masalah dalamannya nak beri kerusi pun bergaduh berhabis-habisan, apatah lagi nak beri kepada orang lain.
“Kita tahu sejarah UMNO ini, bercakap perpaduan Melayu pun dia tersepit juga. Saya nampak sama saja, penyokong UMNO tetap UMNO, penyokong Pas tetap Pas, tidak akan berlaku penyokong UMNO akan menyokong Pas dan sebaliknya,” katanya.
Mohamad Redzuan berkata, kajian itu juga mendapati, ahli UMNO tetap setia dengan parti itu walaupun marah kepada pemimpinnya kerana soal kepincangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan kenaikan harga barang.
Katanya, rakyat juga mengharapkan pembaharuan dalam pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor kerana pemerintahan parti pembangkang itu masih jauh daripada sebarang perubahan ketara yang dikehendaki pengundi-pengundi negeri itu.
“Pakatan kena kerja kuat, kena betulkan, rakyat tidak melihat bahawa pemerintahan Pakatan membawa banyak perubahan, tetapi lebih marah kepada UMNO kerana banyak isu termasuk GST,” lapor akhbar itu.

Pakatan Harapan kukuhkan kerjasama dalam PRU-14 melalui perjanjian rasmi


Pakatan Harapan yang disertai PKR,DAP dan Amanah akan dilihat lebih kepada "organisasi-centric" dan kurang fokus kepada personaliti politik untuk menghadapi  pilihanraya akan datang.Pakatan Harapan yang disertai PKR,DAP dan Amanah akan dilihat lebih kepada "organisasi-centric" dan kurang fokus kepada personaliti politik untuk menghadapi pilihanraya akan datang.Pakatan Harapan akan melancarkan perjanjian rasmi pada 9 Januari ini yang akan ditandatangani bersama oleh tiga parti, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Demokratik Rakyat (DAP) dan Parti Amanah Negara (Amanah) bagi mengelakkan berlakunya kesulitan yang tidak diduga sebagaimana dalam Pakatan Rakyat.
Laporan media menyebut perjanjian ini adalah penting kerana ia mengandungi mekanisme untuk menguruskan perbezaan di antara  tiga parti sekiranya berlaku pertikaian dan bagaimana untuk menguruskan pakatan dalam pilihanraya dengan parti-parti politik diluar pakatan itu  seperti PAS.
Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli dipetik sebagai berkata,  Pakatan Harapan bersetuju membentuk satu pakatan rasmi dengan parti Islam konservatif itu  tidak dapat dielak kerana gabungan itu mahu mengelak daripada pertandingan pelbagai penjuru dalam pilihan raya umum akan datang.
Rafizi yang terlibat dalam penggubalan perjanjian ini menyatakan  terdapat juga penekanan yang jelas mengenai keperluan untuk menangani apa-apa "masalah berbangkit" dalam gabungan itu.
"Sebagai contoh,  tidak lagi menjadi  pemahaman 'bersetuju untuk tidak bersetuju' seperti yang berlaku dalam Pakatan Rakyat. Kita perlu menangani isu-isu dan mencari kata sepakat.
“Perjanjian  itu juga  sehingga ke satu  tahap tertentu bagaimana setiap pihak bekerja secara luaran, dan juga bagaimana ia memudahkan hubungan kerja di antara ketiga-tiga parti.
“Terdapat satu artikel khas hanya untuk menangani  dan menguruskan hal-hal berkaitan seorang ahli tidak menunjukkan rasa hormat atau serangan ahli parti lain dalam Pakatan Harapan,” ujarnya.
Rafizi berkata beliau berharap perjanjian gabungan itu akan mengerakkan Pakatan Harapan ke arah menjadi lebih "organisasi-centric" dan kurang fokus kepada personaliti politik.
Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub pula dipetik berkata, perjanjian itu juga akan menetapkan peraturan yang jelas bagi setiap pihak jika mereka memilih untuk membentuk pakatan pilihan raya dengan parti-parti politik lain seperti PAS.

DAP - Pakatan Harapan sedia kerjasama dengan pemimpin dan ahli Umno yang kecewa


Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit SiangAhli Parlimen Gelang Patah Lim Kit SiangMana-mana pemimpin dan ahli UMNO yang tidak berpuashati  dengan parti keramat Melayu itu, DAP dan Pakatan Harapan bersedia untuk menjalinkan kerjasama dalam penjajaran politik baru untuk "Selamatkan Malaysia" dari rasuah, ketidakadilan sosio-ekonomi dan kegagalan pembinaan negara.
Pakatan Harapan terdiri daripada gabungan kerjasama untuk pilihanraya raya oleh tiga parti DAP,PKR dan Amanah.
Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, permulaan tahun 2016 bukanlah sesuatu yang menguntungkan rakyat apabila Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak mendakwa isu dana RM2.6bilion dan 1 Malaysia Development Berhada ( 1MDB) tidak lagi menjadi isu negara.
“Ini adalah contoh yang paling teruk daripada sindrom penafian dalam sejarah negara, di mana Perdana Menteri secara terbuka menafikan kewujudan masalah dan skandal yang dia sendiri tidak mungkin percaya.
“Malah, tiga hari lalu, Malaysia telah dihina apabila disenaraikan sebagai negara ketiga di dunia yang paling korup pada 2015. Terima kasih kerana skandal berkembar mega Najib itu,” ujarnya sebagaimana dipetik dari blognya hari ini.
Lim bercakap demikian ketika berucap dalam forum “Cabaran Malaysia 2016 : Mampukah Rakyat Dibela? di Kluang malam tadi.
Kata beliau lagi, tahun 2015 merupakan tahun yang sangat buruk bagi rakyat Malaysia, dan 2016 tidak mungkin menjadi lebih baik, dengan rakyat Malaysia masih dihantui dan diburu oleh skandal yang sama yang melanda negara ini pada tahun lalu.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu meyenaraikan isu yang buruk berlaku terhadap polarisasi kaum dan agama, dengan peningkatan politik penipuan, kebencian dan ketakutan sebagai cubaan terdesak untuk pemimpin-pemimpin Umno melindungi diri mereka.

Dana Israel: Adakah PAS, NGO pro-BN anggap polis cuai? - Kit Siang


Pangkalan tentera laut Israel di HaifaPangkalan tentera laut Israel di Haifa

Adakah polis cuai kerana tidak bertindak terhadap tuduhan kononnya DAP ditawarkan sejumlah RM1.2 bilion sebagai balasan kepada pembinaan pangkalan tentera laut Israel di Port Dickson jika parti itu dan sekutunya membentuk kerajaan? soal Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang.
Dalam satu kenyataan media hari ini, Kit Siang yag juga Ketua Ahli Parlimen DAP, melontarkan pertanyaan kepada presiden gabungan NGO pro-BN, Zulkarnain Mahdar yang mahu polis menyiasat dakwaan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Mohd Zuhdi Marzuki berhubung perkara itu.
Menurut beliau, adakah gabungan NGO pro-BN yang diketuai Zulkarnain menganggap Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar perlu dikenakan tindakan disiplin kerana cuai bertindak menyiasat dakwaan tersebut.
Kit Siang menambah, dakwaan Zuhdi itu jika benar boleh mendatangkan malapetaka besar kepada negara jika dibiarkan tanpa sebarang tindakan kerana ia membabitkan aspek keselamatan negara dan sensitiviti umat Islam.
"Saya bersetuju sepenuhnya dengan Zulkarnain malah mengambil satu langkah kehadapan bahawa jika dakwaan itu benar, ini menunjukkan kecuaian polis yang serius dan sukar dimaafkan, apatah lagi dakwaan itu pertama kali dibuat empat tahun lalu, dan Khalid sepatutnya menjelaskan mengapa polis cuai melaksanakan tugas selama tempoh itu bagi melindungi kepentingan keselamatan negara ini?" sindir beliau.
Kit Siang bagaimanapun enggan mengulas tahap intelek, moral, nilai agama dan kredibiliti politik 'pemimpin politik senior' yang mempercayai pembohongan dan kepalsuan yang dikitar semula.
Apatah lagi, tambah beliau, pemimpin politik senior itu dan 'teman sejiwa' politiknya (Umno) sepanjang empat tahun lalu tidak pernah menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan dan sensitivi umat Islam negara ini jika dakwaan itu benar.
Malah pemimpin politik berkenaan, ujarnya tidak pernah mendapatkan penjelasan DAP berhubung dakwaan itu ketika bersama dalam satu pakatan politik (Pakatan Rakyat).
Kit Siang menyerahkan kepada rakyat untuk menilai pemimpin politik yang secara mudah memperalatkan isu keselamatan negara dan sensitiviti umat Islam demi kepentingan politik sekaligus mendedahkan sikap hipokrasi yang buruk.
"Saya mempunyai banyak percanggahan dengan polis dan begitu prihatin dengan campur tangan politik dalam bidang kepolisian, namun saya mengakui pihak Cawangan Khas Polis setakat ini begitu profesional dalam melaksanakan tugas melindungi keselamatan negara.
"Adakah polis gagal dalam tugasnya melindungi kepentingan keselamatan Malaysia terutama membabitkan dakwaan liar yang pertama kali dibuat empat tahun lalu oleh individu yang diragui wataknya.
"Biarlah Pengarah Pusat Penyelidikan PAS dan Presiden Gabungan NGO Pro-BN membuktikan dakwaan mereka atau menerima kecaman kerana mendedahkan kebodohan sendiri kepada umum," ujar Kit Siang.
Dalam perkembangan berkaitan, Kit Siang ketika berucap di majlis makan malam anjuran Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan di Petaling Jaya, Jumaat lalu berkata, DAP akan menyaman seorang ahli politik yang mendakwa parti itu ditawarkan RM1.2 bilion sebagai pertukaran dengan sebuah pangkalan tentera laut Israel di Port Dickson.

DAP cadang model niaga 1MDB kepada mahasiswa

DAP mencadangkan agar Kabinet menjadikan model perniagaan tanah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai topik wajib kepada mahasiswa jurusan perniagaan di negara ini.
Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng berkata, ini susulan kejayaan kerajaan menjual tanah Bandar Malaysia kepada syarikat China dengan harga RM12.35 bilion walaupun harga asal tanah itu dijual kepada 1MDB hanya RM400 juta.
“Mungkin Arul Kanda Kandasamy (Presiden dan Pengarah Eksekutif 1MDB) boleh dijemput memberi penerangan di hadapan mahasiswa atau di televisyen seperti Bloomberg tentang pencapaiannya itu,” katanya dalam kenyataan, semalam.
Menurut beliau, Kabinet mesti menyatakan sebab jika topik itu dirasakan tidak sesuai untuk diajarkan di institusi-institusi pengajian tinggi negara.
“Mungkin mereka malu untuk menjadikan kes 1MDB sebagai bahan perbincangan di peringkat akademik. Ini kerana hakikatnya, hartanah milik negara yang sebegitu luas, telah ditambah nilainya tanpa sebarang bentuk usaha memajukan tanah tersebut, dan kemudian dijual kepada syarikat asing pada kadar pegangan yang begitu tinggi," katanya.

Lip Eng turut mendakwa semakin banyak tanah dan kekayaan negara dijual mentah-mentah demi pulangan atas angin bagi menyelamatkan sebuah syarikat yang sarat menanggung hutang.
"Lalu DAP pula yang sering didakwa mahu menjual negara?,” soalnya.

Lupakah Nik Mohamad Abduh pada kezaliman Umno?


Timbalan Ketua Pemuda Amanah Faiz FadzilTimbalan Ketua Pemuda Amanah Faiz FadzilDakwaan Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz kononnya era parti itu melawan Umno dengan emosi dan amarah telah berakhir mengundang persoalan sejauhmana beliau mungkin lupa pelbagai bentuk penindasan rejim Umno selama ini.
“Lupakah beliau (Nik Abduh) pada kata-kata Almarhum Tuan Guru Nik Aziz bahawa jangan berikan tongkat pada Umno? Lupakah beliau pada kezaliman Umno menafikan hak royalti minyak pada rakyat Kelantan? Lupakah manipulasi Umno pada hudud?” soal Timbalan Ketua Pemuda Amanah, Faiz Fadzil.
Menurutnya, PAS mendapat sokongan rakyat kerana berjaya mendedahkan kezaliman dan penyelewengan Umno-BN seperti dibuktikan melalui pencapaian paling cemerlang PAS dalam pilihan raya umum 1999 dan 2008 dengan masing-masing meraih kemenangan 43 dan 34 peratus kerusi yang ditandingi.
“Sebaliknya, sekarang rakyat sudah muak dengan Umno-BN kerana penyelewengan dan kegagalan mempedulikan rakyat tetapi PAS boleh pula memilih pendekatan nasihat yang ternyata membantu memanjangkan hayat Umno-BN,” tegas Faiz ketika dihubungi Malaysia Dateline, malam tadi.
Menyifatkan Nik Abduh sudah sanggup ditipu oleh Umno, anak mantan Presiden PAS, Allahyarham Ustaz Fadzil Mohd Noor (1989-2002) itu berkata usaha PAS dalam menegakkan keadilan sebelum ini adalah berpandukan tuntutan Islam.
“Saya tidak nampak pendekatan (PAS) dahulu berbentuk emosi dan amarah, tetapi adalah pendekatan mengikut syarie dan perjuangan anbiya. PAS menentang kezaliman bukan berdasarkn emosi tetapi fakta. Apakah rasuah itu emosi atau fakta?” bidasnya lagi yang juga merupakan peguam itu.
Dalam hal berkaitan, Nik Abduh dalam status Facebook yang dimuatnaik semalam berkata, “Telah berakhir dalam PAS era melawan Umno dengan emosi dan amarah. Bermulalah melawan Umno dan semua pemuka kemungkaran dengan ilmu, iman dan kematangan.”
Menurutnya lagi, “itulah penambahbaikan dalam PAS melalui proses tajdid yang dituntut oleh ugama. Dengannya PAS akan lebih kuat dan lebih bersedia memimpin negara.”
Kenyataan Nik Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas itu dilihat sejajar dengan reaksi positif Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung tawaran kerjasama yang dihulurkan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak ketika Perhimpunan Agung Umno akhir tahun lalu.

APA AKAN JADI MALAYSIA.. jika Zahid Hamidi ganti tempat Najib pula ???

 Inilah 'KEBIJAKSANAAN' perdana menteri kita yang kita tak sedar... Syukurlah kita punyai perdana menteri PALING BIJAK DI DUNIA selepas Zimbabwe...

Adakah rakyat Malaysia SUDAH BERSEDIA jika berlaku kenaikan harga gas pula ??!!!

JANGAN RISAU.. bila harga gas naik, nanti ADA 'MENTERI KAYU' kata.. "Jika gas mahal sila guna dapur alternatif dapur kayu..."

ASAL KELUAR LAGI DARI MULUTNYA !!!

Korang tau menoreh tak ??
Kalau tahu maknanya korang tahu susahnya cari duit bukannya terima duit derma bilion2 ringgit.

Yang tak tahu menoreh tu baik dok diam2..

"Rakyat Akan Hancur Menderita Akibat Najib"


TRANSFORMASI UNTUK PENIAGA BANYAK HUTANG

Cara 1MDB menyelesaikan hutangnya dengan menjual tanah kepada pihak asing secara tidak langsung boleh dianggap suatu lagi transformasi bernilai tinggi yang cuba diperkenalkan oleh Najib Razak dalam memimpin negara.

Ia seperti memberi isyarat bahawa mana-mana syarikat atau ahli perniagaan yang banyak hutang, boleh dengan segera memohon tanah-tanah kerajaan yang akan diberikan dengan harga paling murah untuk melangsaikan beban tanggungan mereka.

Oleh kerana ini merupakan suatu lagi transformasi yang cuba diperkenalkan Najib, maka menjadi tanggungjawab kerajaan-kerajaan negeri sama menyahutnya dengan turut memberi kelulusan tanah kepada syarikat dan ahli perniagaan yang bermasalah dan banyak hutang.

Dengan ini semua tanah-tanah yang bernilai tinggi atau yang terletak di tengah-tengah bandar sepatutnya segera digazetkan untuk program transformasi kerajaan membantu syarikat atau ahli perniagaan yang terbeban dengan hutang yang banyak itu.

Sebaik saja kelulusan tanah diperolehi, apa yang perlu dilakukan oleh syarikat atau ahli perniagaan yang memperolehinya ialah mengemukakan cadangan pembangunan yang menarik dan kemudian segera mencari pembeli atau pelabur asing untuk membelinya.

Jangan cari pelabur dalam negara kerana tidak banyak syarikat tempatan yang ada banyak duit ketika ini. Sebaiknya carilah pembeli dari Singapura, China atau mana-mana negara Arab yang banyak wang.

Jangan juga tanah itu diusahakan sendiri kerana ia tidak menunjukkan jiwa global dalam perniagaan.

Kemudian juallah sama ada 60 peratus, 70 peratus atau kalau harganya terlalu menarik, jangan dilepaskan peluang menjual 100 peratus atau semuanya sekali kepada syarikat asing itu.

Jangan hiraukan jika ada kritikan yang mengatakan penjualan kepada pihak asing itu suatu perbuatan aniaya kepada bangsa dan negara sendiri atau mungkin kemudian menyebabkan lebih ramai rakyat negara asing berhijrah ke sini.

Fikirkan hanya tentang wang dan agar hutang boleh diselesaikan dengan segera.

Dengan sekian banyak wang yang diperolehi itu, bayarlah segala hutang bertimbun yang ada yang mungkin kerana hutang keliling pinggang itulah menyebabkan mereka turut dipandang serong oleh masyarakat sekeliling selama ini.