Jumaat, 1 Januari 2016

Anak Nik Aziz sertai Amanah Kelantan

Nama Nik Omar Nik Abdul Aziz, anak bekas mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diumumkan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) pada majlis makan malam Amanah Kelantan yang diadakan di Dewan Sivik Petaling Jaya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Januari, 2016. 
Nik Omar Nik Abdul Aziz, anak bekas mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, diisytiharkan pada satu majlis malam ini sebagai salah seorang pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan.
Beliau yang dilantik sebagai Pengerusi Panel Syariah Amanah Kelantan diumumkan menyertai parti serpihan PAS itu pada majlis makan malam Amanah negeri itu yang diadakan di Dewan Sivik Petaling Jaya.
Sebelum ini wujud desas-desus mengatakan Nik Omar akan menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) yang ditubuhkan bekas pemimpin progresif PAS yang meninggalkan parti itu selepas tewas dalam pemilihan parti Jun lalu.

GHB yang ditubuhkan sebagai badan bukan kerajaan kemudiannya membentuk Amanah yang dilancarkan secara rasmi pada hujung Ogos lalu. Pada majlis malam ini, lebih 1,000 orang menyertainya sehingga mengejutkan pihak penganjurnya.
Ekoran itu, mereka terpaksa menambah meja dan kerusi bagi menampung jumlah kehadiran yang besar itu sehingga mengganggu persiapan makanan untuk mereka yang hadir.
Antara tetamu majlis makan malam itu ialah ketua pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa.

Tahun 2016 lebih mencabar dari tahun lepas

Masyarakat negara ini akan berdepan dengan cabaran ekonomi yang lebih besar berbanding tahun lalu.
Penganalisis, Dr Muhammad Shamshinor Abdul Azzis berkata, ini kerana rakyat kini terpaksa berdepan dengan kenaikan harga barang dan peningkatan kos sara diri.
Menurutnya lagi, peningkatan kos sara diri juga menyebabkan berlaku trend peralihan kemiskinan dari luar bandar ke bandar.
duit “Secara umumnya, cabaran paling besar pada tahun ini adalah cabaran daripada sudut ekonomi. Dulu kalau kita sebut perkataan ‘miskin’, kita akan terbayang masyarakat kampung yang berada di luar bandar.
“Sekarang sudah wujud golongan atau keluarga miskin bandar. Sebelum adanya GST (cukai Barang dan Perkhidmatan) pun sudah berlaku peralihan trend sebegini. Sekarang ia akan nampak lebih jelas,” katanya lagi.
Mengulas lanjut, katanya, kerajaan perlu merangka semula Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang telah ditetapkan.
Kata Muhammad Shamshinor yang juga merupakan Ketua Kluster Politik dan Polisi bagi Institut Kajian Sosial Selangor, Universiti Selangor, peningkatan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) menunjukkan bahawa kerajaan sedar rakyat perlu dibantu, bagaimanapun langkah tersebut masih belum diambil.
“Kita boleh tengok menerusi program BR1M. Ada kategori E-Kasih dan sebagainya. Itu sebenarnya adalah bantuan kerajaan bagi keluarga yang mempunyai pendapatan isi rumah yang rendah.
“Pemberian BR1M menunjukkan bahawa kerajaan tahu rakyat hidup susah. Jadi sebaiknya kerajaan semak semula PGK yang telah ditetapkan,” katanya lagi.

Tabung #SelamatkanZulkifli perlu sumbangan orang ramai

Kutipan akan digunakan bagi menampung perbelanjaan keluarga Zulkifli sepanjang kesnya berjalan di mahkamah
Mohamad-Zulkifli-Ismail_psm_600
PETALING JAYA: Orang ramai diseru menyumbang serendah RM1 kepada tabung #Selamatkan Zulkifli’ bagi menampung perbelanjaan keluarga Mohamad Zulkifli Ismail yang bakal didakwa di mahkamah kerana membunuh perompak yang cuba merompak rumahnya di Kerteh.
Ahli Jawatankuasa Pusat Pemuda Parti Sosialis Malaysia (PSM), Nik Aziz Afiq Abdul berkata, sambutan yang diterima masih kurang memberangsangkan sejak tabung itu dilancarkan semalam (Khamis).
Katanya, jika setiap orang yang ‘likes’ Facebook #SelamatkanZulkifli menyumbang sekurang-kurangnya RM1, tabung itu mampu mengutip RM60,000 untuk digunakan keluarga Zulikifli sepanjang kes itu berjalan.
“Kami akan menghantar wakil bertemu dengan keluarga setiap minggu secara bergilir untuk membantu membelikan barangan dapur, menyampaikan sumbangan secara tunai dan memantau tahap kesihatan isteri dan anak-anak Zulkifli,” katanya kepada Free Malaysia Today.
Dia yang juga salah seorang pengendali akaun Facebook #Selamatkan Zulkifli menambah, sambutan kurang menggalakkan itu kerana orang ramai sibuk membuat persiapan untuk persekolahan anak-anak.
“Sambutan sederhana setakat ini mungkin sebab perlukan perbelanjaan besar bila tiba awal tahun dan kami cuba gerakkan pengendali akaun FB untuk mengadakan kutipan secara bersemuka,” katanya.
Menurutnya, orang ramai yang mahu memberikan sumbangan kepada keluarga Zulkifli boleh menyalurkan melalui akaun PSM Centre 29200012916 (Hong Leong Bank)
Katanya, cara lain untuk menyampaikan sumbangan adalah secara terus kepada pengendali akaun Facebook #Selamatkan Zulkifli yang akan memberikan lokasi pengendali akaun berkenaan dari semasa ke semasa.
Zukifli ditahan kerana menikam mati seorang perompak yang juga penagih dadah yang cuba merompak rumahnya awal Disember lalu.

Amanah sasar setiap keluarga ada ahli Amanah

Salahuddin Ayub Parti Amanah Negara (Amanah) sedang merancang secara teliti agar setiap keluarga di negara ini mempunyai ahli Amanah.
Timbalan Presidennya Salahuddin Ayub berkata, rancangan itu antara visi Amanah pada tahun 2016.
"Parti Amanah Negara (Amanah) menyeru setiap kepimpinan di semua peringkat supaya menjadikan tahun baru 2016 sebagai 'Tahun Merakyatkan Amanah',
"Oleh itu antara visi Amanah ialah mensasarkan setiap keluarga sekurang-kurangnya seorang menjadi ahli Amanah" katanya dalam satu kenyataan medianya, hari ini.
Dalam pada itu Salahuddin berkata, Amanah akan menampilkan pendekatan politik Islam yang progresif, inklusif dan peduli bagi mendekati rakyat.
"Ini perlu diagendakan dalam setiap segmen kehidupan rakyat di negara ini, oleh itu adalah terlalu penting bagi Amanah sepanjang tahun 2016 untuk menjenamakan dirinya dalam ingatan dan sanubari rakyat melalui seluruh ruang dan kesempatan yang terbentang luas di persada politik negara ini," katanya.

Tiada GST, tak perlu 2 kerja, bawah Pakatan, kata Guan Eng

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, sekiranya pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran negara, dasar ekonominya akan memansuhkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan masih mampu memberi bantuan wang tunai dalam bentuk BR1M. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Januari, 2016. 
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, sekiranya pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran negara, dasar ekonominya akan memansuhkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan masih mampu memberi bantuan wang tunai dalam bentuk BR1M.

Rakyat Malaysia tidak akan perlu melakukan 2 pekerjaan pada satu masa dan tidak juga akan dibebani dengan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di bawah kerajaan persekutuan yang ditadbir Pakatan Harapan, kata Lim Guan Eng.
Setiausaha Agung DAP itu berkata, sekiranya pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran negara, dasar ekonominya akan memansuhkan cukai penggunaan itu dan masih mampu memberi bantuan wang tunai dalam bentuk BR1M.
Beliau berkata, ini dapat dilihat daripada cara kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah DAP yang mencatatkan lebihan belanjawan tahunan, hutang paras terendah dan rizab tunai yang lebih tinggi tanpa mengenakan sebarang GST.

"Rakyat Malaysia masih boleh menerima pembayaran BR1M tanpa GST dengan menguruskan kerajaan yang bersih dan menjalankan tender secara terbuka," kata Lim dalam perutusan Tahun Baru beliau. Lim berkata, kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan tepat apabila menyatakan rakyat Malaysia memerlukan 2 pekerjaan untuk menampung kenaikan kos sara hidup, akibat kepincangan ekonomi di bawah pentadbiran parti pemerintah Barisan Nasional (BN).
Katanya, pelaksanaan GST pada April, ditambah dengan skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta wang "derma" RM2.6 bilion yang tidak dapat dijelaskan, meninggalkan kesan buruk kepada negara.
Kesannya, antara lain, ialah hutang kerajaan persekutuan yang banyak, defisit bajet yang tinggi, susut nilai wang yang teruk, kos sara hidup yang tinggi serta pendapatan isi rumah yang semakin berkurangan.

NGO pro BN minta polis siasat dakwaan Zuhdi terhadap DAP

Pengarah Penyelidikan PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki mendakwa, antara syarat tawaran yang dikenakan terhadap DAP termasuk membenarkan pembukaan pangkalan tentera Israel di negara ini, jika DAP dapat menawan Putrajaya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Januari, 2016. 
Pengarah Penyelidikan PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki mendakwa, antara syarat tawaran yang dikenakan terhadap DAP termasuk membenarkan pembukaan pangkalan tentera Israel di negara ini, jika DAP dapat menawan Putrajaya. 

Pakatan NGO Pro Barisan Nasional (BN) meminta polis menyiasat dakwaan Pengarah Penyelidikan PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki kononnya DAP ditawarkan RM1.2 bilion daripada Israel sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13, seperti disiarkan media, baru-baru ini. Zuhdi juga mendakwa, antara syarat tawaran berkenaan termasuk membenarkan pembukaan pangkalan tentera Israel di negara ini, jika DAP dapat menawan Putrajaya.
Presiden Pakatan NGO Pro BN, Zulkarnain Mahdar berkata jika dakwaan Zuhdi itu benar, ia satu malapetaka cukup besar buat Malaysia dan tidak harus dibiarkan kerana membabitkan keselamatan negara serta sensitiviti umat Islam.

"Apa yang menjadi persoalan sekarang ialah adakah DAP mempunyai hubungan dengan Israel?," katanya dalam kenyataan di Kota Kinabalu hari ini. Pakatan NGO Pro BN turut membuat laporan di Balai Polis Alam Mesra di sini pagi tadi, susulan pendedahan Zuhdi itu.
"Pro BN meminta polis menyiasat secara terperinci perkara ini kerana ramai rakyat Malaysia mula merasa sangsi dengan DAP selepas membaca kenyataan Zuhdi baru-baru ini," katanya.

Penyelesaian hutang 1MDB menjijikkan – Khairuddin

1MDB terpaksa menjual dan menggadai aset dan tanah milik negara kepada syarikat asing semata-mata untuk mencapai sasaran selesaikan hutang 1MDB
Khairuddin_1mdb_600
PETALING JAYA: Kerajaan Malaysia yang memiliki syarikat pelaburan strategik, 1MDB, telah melakukan pengkhianatan kepada rakyat Malaysia kerana menjual tanah kepada syarikat asing.
Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, penjualan ekuiti 60 peratus dalam Bandar Malaysia kepada syarikat usahasama kerajaan Johor dan China dianggap menggadai harta milik negara.
“Kini negara telah hilang kepentingan pemilikan sebahagian dari hartanah di Bandar Malaysia Sungai Besi kerana 60% ekuitinya telah dibeli oleh syarikat China Rail Engineeting Corporation (CREC).
“Rakyat Malaysia telah hilang sebahagian daripada hartanah pusaka milik kerajaan kepada syarikat asing. Ini satu pengkhianatan kerana harta milik negara terpaksa digadai kepada orang luar.
“Apakah kaedah penyelesaian hutang syarikat 1MDB seperti mana yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak boleh dibanggakan serta boleh diterima secara waras?
“Hakikatnya, kaedah ini amat jijik kerana rakyat Malaysia telah hilang sebahagian daripada hartanah paling potensi di negara kita kepada kuasa luar.
‘Kita sepatutnya mempertahankan segala harta milik kerajaan dan negara bukan menggadaikannya untuk membayar hutang syarikat 1MDB,” katanya.
Khamis lalu, 1MDB mengumumkan penjualan 60 peratus pegangannya dalam Bandar Malaysia Sdn Bhd (BMSB) kepada Iskandar Waterfront Holdings (IWH) dan CREC pada harga RM7. 41 bilion.
Konsortium IWH-CREC Sdn Bhd adalah usaha sama 60:40 antara IWH dan CREC.
Sebelum ini, 1MDB mengumumkan anak syarikatnya, Edra Global Energy Bhd, menjual semua loji janakuasa elektrik kepada China General Nuclear Power Corp dengan nilai RM9.83 billion.

Pakatan Harapan bakal umum pelan pilihan raya

Pakatan Harapan akan mengumumkan dokumen yang akan menggariskan rancangannya dalam menjatuhkan kerajaan BN melalui pilihan raya, kata Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
"InshaAllah dalam masa terdekat Pakatan Harapan akan membuat pengumuman besar tentang dokumen yang akan merapatkan saf kepimpinan dan usaha menumbangkan Umno-Barisan Nasional melalui jalan pilihanraya.
 "Saya percaya dokumen ini bakal menjadi asas penting yang sekali lagi membuktikan KEADILAN serta parti-parti komponen Pakatan Harapan bersedia untuk menggalas tanggungjawab menerajui kerajaan di Putrajaya," katanya dalam perutusan sempena Tahun Baru hari ini.
Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan secara terpeinci mengenai dokumen berkenaan. Namun Setiausaha Harapan Pakatan Datuk Saifuddin Abdullah sebelum ini dilapor berkata satu rangka kerja dasar bersama gabungan itu akan diumum awal tahun ini.
Sementara itu Wan Azizah berkata banyak isu masih dibelenggu Malaysia, termasuk penahanan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim, derma RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi perdana menteri, isu 1MDB dan Akta Majlis Keselamatan Negara.
"Oleh itu, untuk 2016, saya yakin dan percaya kita semua perlu banyak berdoa dan terus istiqamah dalam perjuangan menegakkan keadilan dan melawan kezaliman di bumi Malaysia.
"Pada masa sama saya menggesa semua pihak, tidak kira parti politik mana sekalipun, yang masih sayang dan cintakan negara serta mengidamkan sebuah Malaysia yang lebih adil dan baik, untuk bersama-sama dalam gagasan besar membawa perubahan," katanya.

Dijangka PRN pada Mac, harap parti pembangkang tiada calon di Sarawak, kata Adenan


Ketua Menteri Sarawak  Tan Sri Adenan SatemKetua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan SatemKetua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem membayangkan bahawa pilihan raya negeri Sarawak mungkin diadakan pada Mac depan.
Ketika berucap pada Sambutan Tahun Baru 2016 dan Sarawak Bebas Tol di Jambatan Tun Abang Mohammad Salahuddin di Kuching malam tadi, beliau berkata telah mendapat persetujuan daripada pemimpin Umno bahawa parti itu tidak akan melebarkan sayapnya ke Sarawak.
"Saya juga mahu supaya DAP, PKR dan parti-parti Semenanjung tidak datang ke Sarawak," katanya.
Beliau juga mengumumkan ketiga-tiga wakil rakyat bagi kerusi Pantai Damai, Satok dan Samariang akan dicalonkan semula pada pilihan raya akan datang.
Adenan meminta rakyat Sarawak menunaikan janji mereka kepada kerajaan dengan memberinya lima tahun lagi tempoh sebagai ketua menteri.
"Kerajaan sudah tunaikan janjinya untuk memansuhkan tol di negeri ini dan saya mahu melihat rakyat Sarawak pula menunaikan janji kepada kerajaan dalam masa tiga bulan lagi.

Undang-undang penculikan di Malaysia

Jenayah culik bukan lagi sesuatu yang baru dalam negara kita. Jenayah seumpama ini sememangnya menjadikan kanak-kanak sebagai mangsa utama mereka. Motif penculikan selalunya berbeza kerana lain penculik, lain motifnya. Dalam jenayah penculikan, wujud sebahagian penculik yang menculik mangsa dan kemudiannya meminta wang sebagai tebusan. Selalunya penculik akan mengambil inisiatif untuk meminta wang tebusan sekiranya ibu bapa mangsa tergolong dalam golongan bangsawan (kaya). Sekiranya penculikan itu dilakukan secara rambang tanpa mengira latar belakang ibu bapa mangsa, barangkali mangsa akan dijual kepada mana-mana sindiket yang memerlukan kanak-kanak untuk dijadikan alat dalam menjalankan kegiatan haram mereka.

Dalam jenayah penculikan di Malaysia, ia terbahagi kepada dua jenis:

(a) Seksyen 360 Kanun Keseksaan:

Penculikan mangsa sehingga keluar daripada sempadan Malaysia

(b) Seksyen 361 Kanun Keseksaan:

Penculikan mangsa sehingga memisahkan mangsa daripada ibu bapanya atau penjaganya yang sah

Mengikut Seksyen 360 Kanun Keseksaan:

(Penculikan mangsa sehingga keluar daripada sempadan Malaysia)

Sesiapa yang melarikan atau membawa keluar mana-mana individu melebihi daripada sempadan Malaysia tanpa restu/keizinan orang itu, atau mana-mana individu lain yang merupakan penjaganya yang sah memberikan keizinan bagi pihak orang itu maka perlakuan itu telah dianggap sebagai perbuatan menculik keluar daripada Malaysia.

Berpandukan Seksyen 361 Kanun Keseksaan:

(Penculikan mangsa sehingga memisahkan mangsa daripada ibu bapanya/penjaganya yang sah)

Sesiapa yang mengambil/mengumpan/menarik keluar mana-mana kanak-kanak di bawah umur 14 tahun sekiranya lelaki, atau 16 tahun sekiranya perempuan, atau mana-mana orang yang gila/tidak siuman, berpisah/jauh daripada penjagaan penjaganya yang sah maka perlakuan itu dianggap sebagai perbuatan menculik daripada penjaga yang sah.

* Maksud penjaga yang sah mengikut Seksyen 361 Kanun Keseksaan ialah mana-mana individu yang diberikan hak penjagaan ke atas kanak-kanak atau mana-mana individu lain.

Hukuman bagi Jenayah Culik:

Mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan,
Sesiapa yang menculik mana-mana individu keluar daripada Malaysia atau memisahkannya daripada penjaganya yang sah, maka dia boleh dihukum dengan hukuman penjara yang boleh menjangkau sehingga tempoh 7 tahun dan boleh juga dikenakan denda.

Dengan jenayah culik yang kerap kali berlaku kebelakangan ini, hukuman berat bagi jenayah culik sahaja tidak akan mampu untuk menakut-nakutkan mereka yang bernafsu binatang ini. Apa yang lebih penting buat masa sekarang ialah ibu bapa atau penjaga harus sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dalam memastikan tidak akan ada kejadian yang tidak diingini seperti jenayah culik berlaku ke atas anak mereka.

Remaja belajar teknik berbohong diculik dari siapa?

Dr Asri
SHAH ALAM - Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin menimbulkan persoalan disebalik kisah penipuan remaja Nur Amirah Atirah, 14, yang mendakwa dirinya diculik baru-baru ini.
Asri mempersoalkan bagaimana seorang anak gadis semuda itu boleh menipu dengan mudah sehingga mengemparkan negara buat seketika.
"Seorang remaja 14 tahun dilaporkan telah berbohong bahawa dia telah diculik padahal itu perancangannya dengan teman lelakinya. Dia dikatakan hanya ingin mengelirukan ibu bapanya. Rakaman suara dia diculik telah menjadi viral dan menarik simpati ramai pihak. Perasaan takut, bimbang dan simpati mengiringi cerita tipu itu.
"Teknik berbohong dan menipu untuk mengelirukan pihak lain nampaknya telah dikuasai oleh rakyat semuda itu. Siapakah yang mengajar teknik pembohongan dan penipuan sebegini," katanya menerusi posting terbaharu di Facebooknya hari ini.
Asri berkata demikian bagi mengulas kes Nur Amirah yang didakwa diculik baru-baru ini dan kisah ini menjadi viral di media sosial.
Hari ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi laman mikro Twitter miliknya berharap, orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi sebelum kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak polis.
Sebelum ini, Polis Selangor menubuhkan satu pasukan khas untuk menjejak Nur Amirah yang didakwa dilarikan suspek menaiki van putih.
Bagaimanapun, Nur Amirah dilapor ditemui selamat bersama teman lelakinya di Banting sekitar jam 10 malam tadi.

Remaja disyaki diculik ditemui dengan teman lelaki

Remaja perempuan berusia 14 tahun yang disyaki diculik ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Klang Utara, Ahad lepas ditemui selamat di hadapan sebuah stesen minyak di Banting, malam tadi.
Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata remaja itu ditemui di dalam sebuah kereta bersama seorang lelaki yang dipercayai teman lelakinya kira-kira pukul 8 malam.
 "Remaja itu ditemui bersama seorang lelaki berusia 20 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun di dalam sebuah kereta di hadapan stesen minyak di Kanchong Darat, Banting.
Soal siasat ke atas remaja itu menunjukkan mangsa sengaja mereka cerita kononnya dia telah diculik dengan tujuan untuk hidup bebas daripada keluarga," katanya dalam satu kenyataan di Shah Alam, hari ini.
Beliau berkata mereka kini ditahan untuk siasatan lanjut.
Remaja itu sebelum ini dikatakan tidak pulang ke rumah sejak pukul 2.30 petang Ahad, selepas memaklumkan kepada ibunya dia keluar untuk berjumpa rakan.
Susulan itu, ibu mangsa kemudian membuat laporan polis berhubung kehilangan anaknya kira-kira pada pukul 8.20 malam, Isnin lepas.
Satu rakaman perbualan telefon remaja itu selama tiga minit 43 saat turut dimuat naik di laman sosial dipercayai dilakukan anggota keluarganya sebagai langkah meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menyalurkannya kepada pihak berkuasa.
Menerusi rakaman itu, remaja perempuan berkenaan menangis dan merayu supaya anggota keluarganya segera menyelamatkannya dan menyatakan ramai lagi individu lain turut ditahan di dalam sebuah gudang serta mendakwa penculik akan menjual mereka.
Menurut remaja itu lagi, beberapa lelaki dari sebuah van putih telah menculiknya ketika dalam perjalanan pulang dan papan tanda terakhir yang dilihatnya sebelum ditutup mulut menggunakan kain adalah Johor Bharu.

Kes Nur Amirah dakwa diculik pengajaran buat remaja

DaroyahGenerasi muda dinasihatkan untuk tidak melakukan perbuatan di luar kawalan dan menyalahi undang-undang yang mengundang kesusahan kepada keluarga serta pihak lain.
Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, , berkata kes Nur Amirah Atirah Abdul Majid, 14, membawa pengajaran bahawa perkara seperti itu tidak sewajarnya dilakukan seorang remaja.
“Dimaklumkan dia dijumpai dalam keadaan selamat dan bukan kes culik. Kita pun kesal kerana perkara seperti ini berlaku.
“Ibu bapanya begitu sedih dengan apa berlaku dan mengharapkan dia selamat
“Kita tidak mahu perkara sama diulangi remaja lain,” katanya kepada Selangor Kini di sini, hari ini.
Beliau berkata, perkara berlaku itu amat dikesalkan kerana ia membabitkan banyak pihak termasuk polis, masyarakat dan sebagainya.
AmirahKatanya, tindakan diambil remaja terbabit adalah salah dan satu penipuan.
“Pendidikan perlu diberikan kepada anak-anak dan remaja kita supaya tidak melakukan perkara sebegini bagi menjadikan mereka lebih bertanggungjawab.
“Ibu bapa juga diminta mengambil berat dan memberikan sepenuh kasih sayang kepada anak-anak supaya mereka tidak terabai,” katanya.
Terdahulu, pada 30 Disember lalu, Daroyah bersama Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali menziarahi ibu bapa mangsa, Asmah Mamai, 33, dan Abdul Majid Landu, 40, di Pelabuhan Klang bagi merakamkan simpati dan menyatakan kebimbangan terhadap insiden yang berlaku.
Bagaimanapun, Nur Amirah Athirah yang dilaporkan hilang didakwa diculik Ahad lalu, ditemui selamat bersama seorang lelaki di Banting, malam semalam.
Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, mereka berjaya dijejaki polis dalam operasi dijalankan di kawasan berkenaan.
“Kita berjaya mengesannya dan mengekorinya hingga ke Putrajaya sebelum menahan kedua-dua mereka di sebuah stesen minyak di situ,” katanya.
Difahamkan, mereka berdua kini ditahan polis bagi siasatan lanjut.

Ibu Amira buat permohonan maaf di Facebook

Permohonan maaf itu dibuat susulan pelbagai tanggapan negatif terhadap kehilangan anaknya di media sosial
Nor-Amira_polis
PETALING JAYA: Ibu kepada remaja yang mendakwa dirinya diculik, Nor Amira Atirah Abdul Majid tampil membuat permohonan maaf secara terbuka di laman Facebooknya pada Jumaat.
Wanita itu, yang menggunakan nama Asmah Mamai dalam muatnaik terbaru status Facebooknya menyampaikan permohonan maaf susulan pelbagai tanggapan negatif terhadap kehilangan anaknya di media sosial.
“Untuk pengetauhan semua saya baru dapat maklumat dari pihak polis yang menyatakan anak saya sudah ditemui.
“Saya ucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia kerana tidak jemu mengikuti perkembangan kes anak saya. Saya minta maaf seandainya kalau selama kehilangan anak saya ada perkara-perkara negatif yang berlaku,” katanya.
Dalam pada itu, dia turut mengucapkan ucapan kasihnya kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang telah bertungkus lumus mencari dan mengesan kehilangan anaknya.
Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihak polis telah menemui Nor Amira yang kononnya diculik menggunakan sebuah van putih.

Mufti Perlis turut selar remaja tipu diculik

Beliau membangkitkan isu remaja semuda itu sudah pandai menggunakan teknik menipu untuk mengelirukan orang ramai
Mohd-Asri_nor-Amira_600
PETALING JAYA: Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin turut menyelar perbuatan remaja berusia 14 tahun yang menipu kononnya diculik oleh penculik menggunakan van putih pada Selasa lalu.
“Seorang remaja 14 tahun dilaporkan telah berbohong bahawa dia telah diculik padahal itu perancangannya dengan teman lelakinya.
“Dia dikatakan hanya ingin mengelirukan ibubapanya. Rakaman suara dia diculik telah menjadi viral dan menarik simpati ramai pihak. Perasaan takut, bimbang dan simpati mengiringi cerita tipu itu.
“Teknik berbohong dan menipu untuk mengelirukan pihak lain nampaknya telah dikuasai oleh rakyat semuda itu. Siapakah yang mengajar teknik pembohongan dan penipuan sebegini,” sindirnya melalui status terbaru di Facebooknya.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam Twitternya pagi tadi berkata, polis telah menemui Nor Amira yang kononya diculik menggunakan van putih.
Remaja itu dikatakan melarikan diri bersama teman lelakinya dan berbohong diculik untuk bebas daripada ibu bapanya.

Jangan biarkan tikus baiki labu


Dr Ismail SallehDr Ismail SallehParti Amanah Negara (Amanah) Negeri Kedah menyeru seluruh rakyat Malaysia berhenti membiarkan ‘tikus membaiki labu’ dalam menyambut tahun baharu 2016.
Mengibaratkan Umno BN seperti tikus yang membaiki labu, pengerusinya Datuk Dr. Ismail Salleh mendakwa pengurusan dan pentadbiran negara rosak akibat kerajaan yang seolah-olah cuba membaiki Malaysia sebaliknya telah merosakkannya secara keseluruhan.
“Inilah gambaran yang berlaku dalam pengurusan politik, ekonomi, budaya, pembangunan, pentadbiran, sukan, hiburan, tabung awam, keselamatan dan berbagai segmen yang membina Malaysia yang tercinta ini akibat terus dibiarkan tikus-tikus biru putih berlogo dacing yang kononnya cuba membaiki Malaysia sebaliknya telah merosakkannya secara total,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.
Pepatah Melayu, tikus membaiki labu adalah satu pepatah yang menggambar keadaan tikus-tikus kelihatan sedang bertungkus lumus seolah-olah sedang membaiki labu, tetapi sebenarnya sedang memenuhkan perut masing-masing dengan isi labu yang manis dan seterusnya merosak buah labu tersebut.
Beliau berkata, jika pemimpin negara dikritik, akan ada pihak yang memainkan sentimen agama dan bangsa.
“Jika ditegur atau dikritik, maka akan adalah juak lama dan baru mereka akan memainkan sentimen agama, bangsa dan kedaulatan negara demi membolehkan mereka meneruskan keserakahan yang tidak kunjung padam,” katanya.
Justeru beliau berharap rakyat menanam azam untuk membuat perubahan dalam menyelamatkan negara.
“Semoga tahun 2016 akan benar-benar memberi kesedaran dan keazaman kepada majoriti rakyat untuk menghalau tikus-tikus biru putih dari terus merosakkan negara Malaysia yang tercinta ini,” katanya.

Rakyat diminta berjimat, kerajaan pula membazir – Muhyiddin

Kerajaan perlu pastikan setiap sen wang dikutip daripada rakyat dibelanjakan untuk manfaat rakyat teramai
muhyiddin
PETALING JAYA : Pemimpin kerajaan bertanggungjawab untuk mencegah ketirisan, pembaziran dan pemborosan dalam perbelanjaan ketika rakyat diminta supaya berjimat cermat dan bekerja lebih masa untuk menambah pendapatan.
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, amat malang jika rakyat menanggung beban kerana kenaikan kos sara hidup tetapi kerajaan membiarkan ketirisan yang hanya memberi keuntungan kepada golongan kecil tertentu sahaja.
“Malang sekali sekiranya dalam keadaan rakyat sedang menanggung beban kos sara hidup yang kian meningkat, peruntukan kewangan kepada kementerian-kementerian dikurangkan dan sebahagian subsidi kerajaan dihapuskan untuk mengurangkan tanggungan kewangan kerajaan, masih berlaku ketirisan, pembaziran dan pemborosan dalam pengagihan kontrak dan konsesi kerajaan yang hanya menguntungkan sekalangan kecil individu,” katanya dalam perutusan Tahun Baru 2016.
Sehubungan itu, Muhyiddin berkata, kerajaan perlu memastikan setiap sen yang dikutip daripada cukai dibelanjakan untuk manfaat rakyat.
“Setiap sen cukai yang dikutip daripada rakyat mesti dikembalikan semula kepada rakyat melalui peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan awam, kemudahan awam, pendidikan, pengangkutan, kesihatan dan program-program kebajikan yang benar-benar memanfaatkan golongan sasar,” katanya.
Timbalan Presiden UMNO itu berkata, 2015 merupakan tahun yang malap bagi Malaysia dari segi integriti dan ketelusan tadbir urus negara.

Politik Malaysia 2015 yang penuh kelucuan

Politik Malaysia memang sentiasa lucu dan dipenuhi badut-badut politik. Tahun 2015 boleh dikira sebagai tahun yang penuh kelucuan.
Daripada segelintir ahli Parlimen kaki ponteng atau tidur di Dewan Rakyat, atau menteri 3.85 yang layak jadi juara badut, kepada kenyataan-kenyataan sensasi yang memakan diri.
Kita lupakan sementara bab tragedi penderitaan rakyat atau duit yang hilang berbilion-bilion atau nasib negara yang hampir bankrap.

Kita layan seketika kisah lucu politik negara, sebelum kelucuan yang pasti akan ada pada 2016 nanti melupakan kita akan kelucuan hebat tahun ini.Kisah 1: PM akan saman WSJ hari Selasa
Kita mula dengan orang nombor satu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Tak perlu ambil banyak, satu kes Wall Street Journal (WSJ) cukup.
Rakyat masih menunggu bila perdana menteri kita akan saman WSJ dan tuntut bayaran saman malu ratusan juta. Cuma ada satu masalah, perdana menteri janji nak saman pada Selasa. Tapi hari ini sudah Rabu. Esok, tahun
2015 sudah melabuhkan tirai. Kecualilah perdana menteri silap sebut tahun, 2016.
Kisah 2: Bentang hudud sebelum 9 April
Kita tengok pula seorang presiden sebuah parti pembangkang. Hidup matinya demi hudud. Janjinya nak bentang hudud sebelum 9 April. Tapi kini sudah 31 Disember. Kecualilah, tuan presiden silap sebut tahun, 2016. Itupun kalau tuan presiden tidak ditendang keluar.
Kisah 3: Menteri besar akan letak jawatan
Perkara yang sama, hudud. Seorang menteri besar pula bermati-matian inginkan hudud. Sampai seluruh dewan negeri bercucuran mata sehati sejiwa inginkan hudud.
Beliau (menteri besar) sangat yakin hudud akan terlaksana. Begitu yakin sehingga beliau pertaruhkan jawatannya sendiri. Masalahnya, 2015 sudah berlabuh, hudud belum kelihatan. Yang menangis sudah ketawa tetapi menteri besar belum terlambat, masih ada 1 hari untuk beliau letak jawatan.
Jangan ditakuti kalau tak ada pengganti. Ramai yang berduyun-duyun sanggup ambil nombor beratur.
Kisah 4: Timbalan menteri besar yang ingin berperang dengan Umno
Perkara sama lagi, hudud. Kali ini kisah pembantu beliau pula, seorang timbalan menteri besar. Sangat yakin beliau dengan hudud, hatta sanggup berpatah arang mengisytiharkan perang jika seterunya tidak memberi laluan untuk hudud. Kita semua berharap ada perang besar daripada timbalan menteri besar bertaraf lebai ini.
Cukup di sini kisah 4 kelucuan sebagai penutup tirai 2015. Yang pasti, 2016 akan pasti membawa kelucuan yang lebih hebat. Atau menonjolkan lebih ramai badut-badut 3.85 untuk merebut anugerah juara badut politik.

Apa hubungan PAS dan Umno?

Muammar Qaddafi

Apabila Pengarah Penyelidikan PAS Pusat Zuhdi Marzuki memetik kembali kenyataan Muhammad Razali yang mendakwa wujudnya hubungan DAP dan Israel seolah-olah cuba bermain emosi rakyat Malaysia agar membenci DAP berdasarkan sentimen Palestin-Israel.
Walaupun artikel Zuhdi yang diterbitkan portal Harakah Daily ditarik balik,namun artikel tersebut masih boleh dibaca di portal rasmi PAS, setakat jam 11 malam, 31 Disember, 2015.
Kalau Zuhdi mempersoalkan jika DAP benar maka kenapa tidak saman saja Razali maka wajarlah kita persoalkan juga jika Zuhdi benar mengapa ditarik balik artikel tersebut yang pertama kali diterbitkan portal lidah rasmi PAS itu.

Dakwaan tanpa sebarang bukti bertulis mahupun audio itu bagaimanapun tersebar luas sekali lagi melalui Whatsapp dan laman sosial Facebook sekali gus berjaya bermain dengan emosi masyarakat Melayu terutamanya Melayu PAS dan Umno. Kerosakan sudah berlaku dan berjayalah saraf PAS dalam memainkan isu Israel dalam menghasut orang Melayu untuk membenci DAP. Maka persoalan besar yang bermain di minda saya adalah, adakah wujud hubungan intim antara PAS/Zuhdi dan Umno sehinggakan Zuhdi memainkan kembali serangan blogger Umno kepada DAP 4 tahun lepas? Adakah dengan bertindak menyambung kembali tuduhan ini maka Zuhdi berjaya menyelamatkan Malaysia daripada diperintah Cina DAP yang bertanding 51 kerusi Parlimen ini?
Adakah PAS turut termakan dengan propaganda Umno DAP bakal memerintah Malaysia sekiranya Umno tewas lalu turut dimainkan perkara serupa oleh PAS terhadap DAP, bezanya Umno memainkannya sebelum PRU13 manakala PAS mengguna pakai senjata lama blogger Umno ini menjelang PRU14.
Sebagaimana dakwaan yang mengatakan wujudnya hubungan DAP dan Israel, begitulah asas kepada dakwaan DAP akan perintah Malaysia, asasnya menuduh tanpa asas, namun begitu berjaya memainkan emosi sebilangan orang Melayu yang enggan menerima angka dan fakta sebagai hujah, sebaliknya sebarang isu yang boleh menyentuh emosi walaupun tidak berasas akan ditelan bulat-bulat sehinggakan tidak lagi mahu mendengar dan menerima hujah pembelaan pihak yang dituduh.

Azalina sekali lagi nafi Putrajaya beli perisian pengintipan

Datuk Seri Azalina Othman Said sekali lagi menafikan Putrajaya membeli perisian pengintipan susulan pendedahan terbaru seorang blogger teknologi menuduh wujud pembelian daripada firma IT dari Itali, Hacking Team.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata tuduhan tersebut sudah dijawab dalam Parlimen dan menyifatkan ia satu dakwaan tidak berasas.
"Saya memberikan jawapan secara bertulis kepada pertanyaan tersebut dengan menjelaskan tidak ada perolehan peralatan seperti yang dinyatakan dibuat oleh pejabat perdana menteri.

"Justeru, sekali lagi saya menegaskan tidak ada sebarang perolehan sebegitu yang dilakukan oleh pejabat perdana menteri," katanya dalam satu kenyataan. Semalam, blogger Keith Rozario, pemilik laman web keithrozario.com mengeluarkan bukti resit pembelian antara syarikat berpengkalan di Shah Alam, Miliserv Technologies (M) Sdn Bhd dengan Hacking Team pada September 2013 dan Julai 2014.
Pembayaran Miliserv dibuat kepada firma berpengkalan Milan itu berjumlah £38,500 (RM170,270) dan £210,000 (RM899,157).
Rozario berkata bukti tersebut menunjukkan wujud penglibatan Putrajaya dalam pembelian perisian tersebut menerusi Miliserv, 100% firma Bumiputera yang didaftarkan dengan Kementerian Kewangan Malaysia.
Azalina dalam kenyataannya juga menggesa penjelasan lanjut dilakukan agensi yang dikatakan terlibat memandangkan ia berada di luar bidang kuasanya.

Tiada siapa percaya Najib kata masalah 1MDB selesai

Rakyat Malaysia tidak yakin masalah dihadapi 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kini selesai walaupun itu yang dijanjikan perdana menteri, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang hari ini.
Sebaliknya, beliau berkata, skandal derma RM2.6 bilion dan 1MDB menjadi lebih besar walaupun selepas Datuk Seri Najib Razak berjanji pada Jun semua masalah melibatkan firma pelaburan milik negara itu akan diselesaikan pada hujung tahun lalu.
"Kedua-dua skandal mega itu kini berjaya mencapai tahap mengagumkan dalam mengumpulkan lebih banyak soalan daripada jawapan dengan setiap bulan yang berlalu," kata Lim dalam satu kenyataan.

Beliau membidas kenyataan Najib dalam perutusan tahun baru 2016 beliau semalam, di mana perdana menteri berkata sudah mengotakan janjinya menyelesaikan isu 1MDB. Lim berkata, pengumuman Najib itu tidak menangani masalah ketiadaan akauntabiliti, ketelusan, tadbir urus yang baik dan integriti sekitar 2 skandal itu.
"Sebab itulah Malaysia menerima penghormatan diletakkan di tempat ketiga dalam ranking 'skandal rasuah paling teruk 2015' dunia oleh laman web dasar luar Washington Post, selepas FIFA dan Nigeria, menewaskan Honduras, Guatemala dan Ghana, tidak lama selepas The Wall Street Journal mendedahkan berita menggemparkan terakhir untuk Najib tahun lalu, iaitu sumbangan RM2.6 bilion itu datang daripada 1MDB."
Najib semalam berkata, paras hutang 1MDB kini berkurangan sebanyak RM40.4 bilion berikutan pemeteraian beberapa perjanjian oleh syarikat itu setakat ini.
Beliau melahirkan rasa puas hati dengan perkembangan dijanjikannya sebelum ini, yang isu hutang 1MDB berkenaan akan dapat diselesaikan menjelang akhir tahun.

1MDB tiada sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi negara, kata Rafidah

Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri Tan Sri Rafidah Aziz berkata syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Januari, 2016.Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri Tan Sri Rafidah Aziz berkata syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri Tan Sri Rafidah Aziz berkata, syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) nampaknya tidak menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Katanya, ia tidak sepadan dengan berbilion ringgit yang sudah dilaburkan kerajaan ke dalam syarikat sarat hutang itu.
"Untuk berbilion ringgit tersebut, 1MDB tiada input kepada pertumbuhan ekonomi," katanya menerusi akaun Facebook beliau hari ini.

Dalam bingkisan sempena tahun baru 2016 itu, Rafidah turut mengingatkan tugas kerajaan adalah memudah cara sektor perniagaan dan bukannya terlibat dalam perniagaan. "Kerajaan sepatutnya memudah cara perniagaan dan bukannya terlibat dalam perniagaan.
"Sektor swasta perlu dibantu bagi menjadi pemacu utama ekonomi negara," katanya.
Beliau turut menyeru orang ramai agar menjadikan 2016 sebagai lembaran baharu dalam ekonomi dan politik negara.
"Sekarang masa memberikan tumpuan serius terhadap tadbir urus politik dan kewarasan dalam suasana politik dan sosial.
"Segala usaha perlu dibuat bagi mengembalikan keyakinan dan kepercayaan dalam urus tadbir ekonomi dan sosial," katanya.

Bahana 1MDB: Lebih banyak projek negara terlepas ke tangan asing


Rafizi RamliRafizi Ramli
Bukan sahaja berhadapan iklim ekonomi yang suram, tahun 2016 bakal menyaksikan lebih banyak projek negara terlepas ketangan pihak asing gara-gara masalah kewangan yang dihadapi syarikat pelaburan kedua negara, 1MDB.
Menurut Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, perjanjian jual beli di antara 1MDB dengan konsortium membabitkan Iskandar Waterfront Holding Sdn Bhd (IWH) dan China Railway Engineering Corporation (CREC) bagi pegangan 60% di dalam pembangunan Bandar Malaysia mengesahkan kebimbangan bahawa lebih banyak aset strategik dan projek negara dimiliki syarikat asing terutama dari China.
Semuanya ini berpunca akibat kemelut kewangan 1MDB.

Sebelum ini, tambah beliau, 1MDB telah menjual aset penjanaan elektrik kepada syarikat milik kerajaan China walaupun ia bertentangan dengan dasar dan peraturan umum kerajaan Malaysia yang tidak membenarkan aset elektrik dikuasai syarikat asing.

"Dengan perjanjian hari ini (31 Disember 2015), CREC akan mempunyai 40% dari 60% pegangan di dalam Bandar Malaysia (pegangan 24% di dalam keseluruhan projek) iaitu satu bidang hartanah yang cukup bernilai dan strategik," ujar Rafizi dalam satu kenyataan media.
Bandar Malaysia kini sedang dibangunkan sebagai pusat pengangkutan utama negara yang baru dengan memusatkan keretapi laju Kuala Lumpur – Singapura (HSR), sistem MRT2 dan MRT3 di situ selain dari pembangunan hartanah.
Menurut Rafizi, walaupun pentadbiran Dato’ Seri Najib Razak akan memberi alasan bahawa pegangan 24% dari keseluruhan projek yang kini dimiliki oleh syarikat China itu adalah kecil, beliau yakin pegangan itu akan memberi kelebihan kepada CREC untuk membida dan memenangi projek yang lebih besar yang berkait rapat dengan Bandar Malaysia iaitu pembinaan sistem keretapi laju Kuala Lumpur –Singapura yang dijangka menelan belanja USD11 bilion (RM47 bilion).

Mahfuz ‘puji’ BN sanggup gadai tanah demi Najib, 1MDB

1MDB milik kerajaan UMNO/BN yang hebat jual tanah bayar hutang untuk selamatkan Najib sedangkan pada waktu tubuh 1MDB sebagai syarikat pelaburan kononnya untuk bawa pulangan keuntungan kepada negara dan rakyat.
Datuk Mahfuz Omar
PETALING JAYA: Tindakan kerajaan menjual tanah pada harga lebih murah semata-mata untuk menyelamatkan kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ‘dipuji’.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dalam satu kenyataan media menyampaikan ucapan tahniah kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Najib kerana berjaya mengurangkan hutang sebanyak RM40 bilion melalui pelan rasionalisasi dalam temnpoh enam bulan.
Bagaimanapun beliau menyindir, semua itu dilakukan dengan menjual syarikat dan projek janakuasa Edra Energi dan yang terbaru, menjual tanah projek Bandar Malaysia kepada syarikat yang ada kepentingan asing dari China.
“Hari ini 1MDB milik kerajaan UMNO/BN yang hebat jual tanah bayar hutang untuk selamatkan Najib. Masa tubuh 1MDB sebagai syarikat pelaburan kononnya untuk bawa pulangan keuntungan kepada negara dan rakyat.
“Kerajaan jual tanah pada 1MDB dengan harga murah untuk tujuan pembanggunan projek bandar Malaysia, sebaliknya 1MDB pula jual kepada syarikat lain yang ada kepentingan dengan negara China,” katanya.
Justeru, beliau menyifatkan tindakan kerajaan sebagai satu perbuatan yang mengarut kerana membuat banyak hutang dan jual harta untuk bayar hutang.
“Inilah kehebatan kerajaan UMNO/BN.
“Hebat Malaysia berniaga sampai tutup kedai dan jual tanah. Jangan pula lepas ni jual orang! Mari kita lihat siapa yang kena.
“Teringat orang tua-tua dulu terpaksa bergolok bergadai jual tanah kebun dan dusun untuk kehidupan,” katanya.

Muhyiddin: '2016 menanti kita dengan cabaran lebih getir'

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bahawa tirai 2015 nampaknya dilabuh dengan krisis kepercayaan rakyat terhadap kerajaan masih belum pulih.
"Tahun 2016 pastinya menanti kita dengan cabaran yang lebih getir," katanya yang juga timbalan presiden Umno, dalam perutusan Tahun Baru beliau.
Berikut adalah petikan perutusan Tahun Baru Tan Sri Muhyiddin:
 Sempena sambutan tahun baharu 2016, marilah kita mengimbau sejenak beberapa peristiwa penting yang kita lalui sepanjang tahun 2015. Bagi saya, tahun 2015 bermula dengan cabaran yang agak getir. Menangani tekanan kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat dan bermulanya pelaksanaan GST adalah antara perkara utama yang menjadi perhatian rakyat.
Tidak dinafikan pemberian BR1M dapat mengurangkan sedikit sebanyak bebanan kewangan bagi keluarga berpendapatan rendah. Namun demikian, dengan kenaikan harga barangan keperluan yang meningkat secara mendadak, kenaikan kadar tol, tambang pengangkutan awam dan penghapusan sebahagian subsidi kerajaan menyebabkan beban sara hidup yang ditanggung oleh rakyat semakin meningkat.
Sehingga penghujung tahun 2015, isu kos sara hidup masih menghantui rakyat, terutamanya bagi mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah. Rata-rata rakyat ingin melihat kerajaan melakukan sesuatu yang lebih bermakna dan berkesan untuk meringankan beban rakyat yang kian terhimpit dengan masalah ekonomi.
Tahun 2015 juga merupakan tahun yang malap bagi Malaysia dari segi integriti dan ketelusan tadbirurus negara. Skandal 1MDB, misteri derma politik RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri, pemecatan Peguam Negara, pelantikan beberapa ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara yang sedang mendengar kes 1MDB sebagai anggota pentadbiran, pertukaran serta merta beberapa pegawai kanan SPRM yang terlibat dalam siasatan skandal 1MDB, menimbulkan banyak persoalan dan keraguan mengenai ketelusan dan integriti dalam tadbir urus negara.
Sehingga kini penjelasan kerajaan mengenai skandal 1MDB masih gagal meyakinkan rakyat. Mereka ingin melihat pihak yang bertanggungjawab menyebabkan kehilangan wang dan harta negara dalam nilai yang besar dibawa ke muka pengadilan. Nampaknya, tirai 2015 dilabuh dengan krisis kepercayaan rakyat terhadap kerajaan masih belum pulih.
Tahun 2016 pastinya menanti kita dengan cabaran yang lebih getir. Iklim ekonomi dunia masih tidak menentu. Harga minyak dunia dijangka jatuh ke paras yang lebih rendah dan Malaysia sebagai sebuah negara yang sebahagian hasilnya bergantung kepada sumber minyak akan terjejas. Sumber kewangan kerajaan semakin merosot dan kemampuan kerajaan untuk membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat semakin terhad. Selain itu, kesan pelaksanaan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) ke atas ekonomi negara dan kebajikan rakyat juga masih belum menentu.
Dalam keadaan yang semakin sukar ini, isu integriti dan akauntabiliti pemimpin kerajaan dalam mentadbir negara menjadi semakin penting. Sementara rakyat diminta supaya berjimat cermat dan bekerja lebih masa untuk menambah pendapatan, pemimpin kerajaan juga bertanggungjawab untuk mencegah ketirisan, pembaziran dan pemborosan dalam perbelanjaan kerajaan.

Ahmad Maslan lagi layak ganti Najib – Anina

Sindiran itu dibuat berikutan kelemahan dan cara Najib menyelesaikan beberapa masalah termasuk isu 1MDB
anina_Ahmad-Maslan_600
PETALING JAYA: Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan dilihat sesuai menjadi Perdana Menteri daripada Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sindiran itu dibuat oleh Bekas Ahli UMNO, Anina Saadudin berikutan kegagalan pentadbiran Najib dalam menyelesaikan beberapa masalah negara.
Katanya, kerana kelemahan Najib mentadbir negara maka dirasakan jawatan itu lebih baik diserahkan kepada Ahmad Maslan.
“Sekiranya Najib cuba menyelesaikan masalah kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan menjual segala harta syarikat yang diperolehi secara ehsan dan mudah dari usaha pentadbiran negara yang terdahulu atau tanah-tanah kerajaan, saya berpendapat Ahmad Maslan juga layak menjadi Perdana Menteri.
“Kemungkinan besar Ahmad Maslan akan lebih berjaya berbanding Najib kerana isterinya bukan Rosmah Mansor,” katanya dalam kenyataan dibuat pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Anina mendakwa masalah yang wujud dalam negara ini adalah berpunca daripada Najib sendiri.
Katanya, satu-satunya jalan untuk menyelesaikan masalah dalam negara ini adalah dengan Najib meletakkan jawatannya.
“Berapa banyak penipuan lagi yang DS Najib nak lakukan? Penipuan demi penipuan ini tidak akan sedikitpun membawa negara ke arah lebih baik. Sampai kiamat pun DS Najib akan terus menipu.
“DS Najib adalah akar segala masalah. Akar yang mati tidak akan menghasilkan pucuk-pucuk atau ranting-ranting baru malah semua nya akan turut mati.
“Percayalah, DS Najib tidak akan dapat menyelesaikan sebarang masalah yang diciptanya kerana dirinya sendiri tidak tahu apa yang sedang dilakukannya. Dia hanya mengikut arus umpama layang-layang terputus talinya,” katanya.

SELAMAT TAHUN BARU TAPI SOALAN PALING POPOLAR, BILA NAK DAPAT PM BARU?

Hari ini kita sudah berada di hari pertama tahun 2016. Berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya di mana kita selalunya banyak ditanya mengenai azam dan harapan baharu, tahun baru kali ini pertanyaan paling popular ialah bilakah Najib Razak mahu meletakkan jawatan?

Kenapa beliau liat sangat mahu berundur? Apa yang difikirkannya lagi sedangkan sangat jelas sokongan rakyat makin merudum terhadapnya?

Apa yang menakutkannya untuk meletakkan jawatan?

Apakah beliau tidak memikir keadaan UMNO dan negara yang semakin caca marba akibat kepimpinan dan dasarnya yang entah apa-apa?

Hakikatnya banyak sekali pertanyaan seperti itu kedengaran. Bermakna dalam setiap nafas dan detik berfikir rakyat, keinginan mereka  mahukan Najib berundur dengan segera dan hadirnya seorang Perdana Menteri baru lebih membuak-buak berbanding azam dan harapan untuk diri masing-masing.

Bagi majoriti rakyat, kepercayaan mereka ialah kepimpinan Najib tidak boleh diperbaiki  dan caranya mentadbir juga tidak mampu diubah atau dinasihati lagi. Satu-satunya cara yang diharapkan dapat memberi kebaikan kepada negara ialah dengan cara menggantikannya dengan pemimpin lain.

Rakyat ternyata sudah begitu "tension" dan tertekan dengan kepimpinan Najib yang semakin memburuk hari demi. Selain isu harga barang dan pelbagai kenaikan dalam perkhidmatan pengangkutan serta perjalanan yang membuatkan kehidupan rakyat kian sengsara, perkara lain yang hampir memusnahkan keyakinan mereka ialah berkaitan kemelut 1MDB dan derma RM2,600 juta yang masuk ke akaun bank peribadinya.

Kedatangan tahun baru 2016, sudahlah hampir saban tahun Najib menyambutnya di luar negara dan rakyat terus dibebankan dengan pelbagai kenaikan kos hidup, turut dimulai dengan berita paling sedih untuk kita semua yang tidak pernah berlaku dalam mana-mana kepimpinan terdahulu.
Semata-mata kerana ingin melangsaikan hutang 1MDB, 60 peratus daripada kepentingan dalam Bandar Malaysia yang luasnya hampir 500 ekar kini sudah sah menjadi milik sebuah syarikat negara China yang mengadakan kerjasama dengan Kerajaan Johor.

Konsortimum China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd dengan Iskandar Waterfront Holding Sdn Bhd itu dipersetujui membeli kepentingan 60 peratus Bandar Malaysia dengan harga RM7.41 bilion.

Tanah Bandar Malaysia asalnya ialah kem TUDM Sungai Besi yang kini dipindahkan ke Sendayan, Negeri Sembilan dan telah diberikan oleh kerajaan kepada 1MDB dengan harga paling rendah dan di bawah nilai pasaran.

Sebelum itu, sayap tenaga 1MDB iaitu Edra Energy juga turut dijual kepada sebuah syarikat negara China iaitu China General Nuclear Power Corp pada harga RM9.83 bilion serta menanggung semua hutangnya.

Penjualan demi penjualan aset dan tanah kepada syarikat negara asing untuk melangsaikan hutangnya menjadikan 1MDB seolah-olah hanya "ejen penjualan"  harta dan kekayaan negara kepada pihak asing semata-mata.

Di manakah kononnya 1MDB merupakan sebuah syarikat pelaburan strategik jika akhirnya satu demi satu harta dan tanah yang diperolehi dengan harga murah dijual kepada pihak asing dengan begitu mudah?

Bukankah jika Najib tidak menubuhkan 1MDB dahulu, semunya aset dan tanah itu masih kekal milik kita sehingga sekarang?

Begitu juga dengan tanah Bandar Malaysia, jika dijual kepada GLC seperti Sime Darby misalnya untuk dibangunkan dan tidak diberikan dengan 1MDB dengan harga murah,  tidakkah ia juga masih kekal menjadi milik kita serta mampu menjana pendapatan lumayan untuk negara?

Malangnya, tanah dan aset dijual dan tergadai semata-mata untuk membayar hutang dan harta 1MDB semakin berkurangan jadinya. Akhirnya, tiada apa yang tinggal lagi. Ibaratnya, kalau sekadar sekadar gah menjual harta dan aset mak bapak, anak tidak sekolah pun pandai melakukannya.

Pulihkan imej Malaysia di mata dunia, bebaskan SPRM dari cengkaman Najib

Organisasi yang menjalankan siasatan kes rasuah perlu bebas dari lingkungan pengaruh politik, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mentakab, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji.

“Jika kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) ada kuasa menentukan turun naik pangkat anggota dalam organisasi seperti Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) misalnya, saya bimbang akan berlaku kepincangan dalam siasatan,” katanya kepada Roketkini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kedudukan Malaysia di tempat ketiga entiti paling rasuah di dunia berdasarkan laporan foreignpolicy.com yang mengaitkan negara dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Timbalan Pengerusi DAP Pahang itu yakin pemisahan kuasa itu membantu membaiki dan memulihkan reputasi mahupun kedudukan Malaysia berkaitan isu rasuah pada peringkat antarabangsa.
Jika Najib terus memerintah negara dan berkuasa menentukan anggota badan penyiasat, beliau berkata, peluang untuk melihat skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diselesaikan dengan telus, sangat tipis.
Menyatakan ia menjejaskan reputasi negara berikutan skandal itu tersebar luar di dunia, katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga jangan sesekali campur tangan dalam urusan berkaitan siasatan kes rasuah
Ogos lalu, Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob dipindah serta-merta ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Menjelang perkahwinan lanjut usia Umno dengan PAS

Oleh Tawfik Yaakub
Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi kita akan melangkah ke 2016 setelah berhadapan dengan pelbagai cabaran sosial, politik dan ekonomi tempatan serta global.  Kedatangan tahun baharu juga belum tentu menjanjikan sebarang keselesaan kepada seluruh rakyat apatah lagi dengan impak pergolakan politik yang dialami oleh hampir seluruh parti politik di Malaysia.
Namun dalam suasana politik Malaysia yang tidak menentu pada hari ini, Umno dengan PAS mula menonjolkan bibit perdamaian atas dasar kesepaduan politik Melayu-Islam. Proses perpaduan Umno dengan PAS ini seolah-olah menggambarkan bahawa kedua-dua parti ini sedang bersedia untuk berkahwin semula seperti yang berlaku pada tahun 1974. Tidak dinafikan bahawa, perkahwinan politik Umno dengan PAS pada tahun 1974 ketika usia Umno baru mencecah 28 manakala PAS pula baru berumur 23 tahun telah memberikan pelbagai impak yang positif terhadap perkembangan kehidupan orang Melayu-Islam di Malaysia.
Genjatan senjata politik tersebut telah berjaya mewujudkan keamanan politik dan menghasilkan laba yang besar khususnya terhadap kestabilan politik dan perkembangan Islam dalam kalangan orang Melayu.  
Misalnya pelantikan beberapa pemimpin PAS dalam pentadbiran dan pelbagai agensi milik kerajaan seperti Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM) dan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) ketika dalam kerajaan campuran merupakan platform penting dalam proses mengembangkan Islam.
Namun, Umno dan PAS kini masing-masing telah mencecah usia 70 dan 65 tahun, tetapi kedua-dua parti ini dilihat sedang berusaha untuk menggerakkan semula usaha perpaduan politik menerusi pelbagai kenyataan dan pendirian politik.
Malah semestinya direalisasikan oleh Datuk Seri Mohd Najib Razak bagi membuktikan beliau setanding ayahandanya untuk menyatukan orang Melayu-Islam menerusi agenda perpaduan Umno dengan PAS.

7 Pencetus Berita 2015


Team Malaysia Dateline telah menyenaraikan beberapa  personaliti yang mencetuskan berita khasnya dalam dunia politik dan perniagaan sepanjang tahun 2015.Team Malaysia Dateline telah menyenaraikan beberapa personaliti yang mencetuskan berita khasnya dalam dunia politik dan perniagaan sepanjang tahun 2015.
Tahun 2015 sudah menutup tirai dan 2016 kini bermula. Sepanjang 2015, pelbagai peristiwa besar berlaku dan semuanya bermula dari pencetus berita itu sendiri.
Team Malaysia Dateline telah menyenaraikan beberapa  personaliti yang mencetuskan berita khasnya dalam dunia politik dan perniagaan sepanjang tahun 2015.
Berikut adalah 7 pencetus berita 2015.

1. Mohamad Sabu
Mohamad atau nama glamornya Mat Sabu menjadi pencetus berita penting sepanjang tahun 2015. Keberaniannya untuk berpecah dari parti yang disertainya sejak 30 tahun lalu dan menubuhkan Parti Amanah Negara (Amanah) menjadi kejutan kepada rakan-rakannya dalam PAS sendiri.
Mat SabuMat SabuPAS mula bergolak kencang sejak beberapa tahun lalu lagi. Namun kemuncaknya adalah dalam muktamar PAS ke 60 di Batu Pahat apabila Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang  'menghalau' mana-mana pimpinan PAS yang dilihat tidak seiring dengannya.
Dalam muktamar itu juga, doa laknat dibacakan oleh seorang perwakilan PAS yang dipercayai ditujukan kepada Mat Sabu dan rakan-rakannya.
Sejak itulah ketegangan dalam PAS dilihat membuak-buak dan berakhir dengan kempen 'nyah' dari PAS yang dihadapi Mat Sabu dan rakan-rakannya menjelang muktamar Jun tahun lalu.
Walaupun pertemuan pertama selepas dikalahkan secara 'setandan' dalam muktamar PAS di Kuala Selangor, Mat Sabu tidak bercita-cita mahu menubuhkan parti baru, namun keputusan di kalangan mereka jelas, hanya satu penyelesaian iaitu penubuhan sebuah parti baru.
Maka pada 16 September 2015 sempena Hari Malaysia, Amanah yang dipimpin Mat Sabu telah dilancarkan dengan rasminya di Shah Alam.
Mat Sabu yakin partinya bakal menjadi parti yang terkuat dalam Pakatan Harapan menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.
2. Datuk Seri Anwar Ibrahim
Walaupun sudah 17 tahun zaman reformasi berlalu, bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim masih menjadi tajuk berita pada tahun 2015.
Anwar IbrahimAnwar IbrahimJika pada tahun 1998 beliau menjadi tajuk berita kerana dipecat dari jawatannya dan dipenjarakan atas tuduhan liwat, pada tahun 2015 beliau sekali lagi menjadi perhatian dalam dan luar negara selepas dipenjarakan atas tuduhan yang sama.
Pada Februari, Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum PKR itu gagal dalam rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengubah penghakiman Mahkamah Tinggi dan mensabitkan beliau dengan tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun 2008 serta menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadapnya.
Seterusnya pada April beliau hilang kelayakan sebagai anggota Parlimen Permatang Pauh selepas Lembaga Pengampunan Diraja menolak petisyen beliau untuk dibebaskan daripada hukuman lima tahun penjara menyebabkan pilihan raya kecil Permatang pauh diadakan.
Walaupun kini Anwar ditahan di Penjara Sungai Buluh namun auranya masih ‘bebas’ dalam kalangan rakyat khususnya penyokong beliau bermula zaman reformasi dan berita mengenai beliau tidak pernah sunyi.
Beliau tetap mendapat sokongan malah kempen ‘apa khabar Anwar’ diadakan bermula Julai lalu.
3. Datuk Seri Abdul Hadi Awang
Penampilan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berpakaian sedondon dengan Presiden Umno di pentas Alumni Serantau Al-Azhar di Kuala Lumpur boleh dianggap paling mencuri perhatian media dan massa sepanjang tahun ini.
Hadi AwangHadi AwangKemesraannya dengan Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak dalam majlis itu menguatkan lagi tanggapan banyak pihak tentang bibit-bibit penyatuan Umno dan PAS – satu ‘pantang’ besar bagi Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.
Bertentangan dengan karakter Hadi yang umum dikenali sebagai serius dan kurang mesra termasuklah dingin dengan  Anwar Ibrahim, reaksi Hadi ketika bersama Najib itu dilihat banyak pihak akan mempengaruhi dasar dan keputusan parti itu sepanjang tahun baharu 2016 nanti.
Pilihan Raya Umum ke-14 yang semakin hampir juga menyaksikan Hadi sepanjang tahun 2015 memegang rekod sebagai antara Ahli Parlimen daripada parti pembangkang yang dilihat ‘liat’ untuk menghadiri sidang Dewan Rakyat.
Kerap dikaitkan dengan hobinya memancing, Hadi hanya akan diingat bersungguh-sungguh untuk membawa rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta 355 Kuasa Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) sebagai pembuka jalan kepada pelaksanaan hudud di Kelantan.
Namun, ramai pemerhati melihat Hadi gagal memahami realiti dirinya telah dipermainkan Umno apabila cubaannya itu beberapa kali dihalang dengan alasan seperti banyak rang undang-undang lain perlu diutamakan.
Tahun 2015 juga menyaksikan PAS di bawah kepimpinan Hadi sebagai Presiden keenam sejak tahun 2003 itu bergolak dan pecah sehingga membawa kepada kelahiran Parti Amanah Negara (Amanah) secara rasmi pada 16 September lalu.
‘Jasa’ Hadi dalam gerakan politik kepembangkangan juga akan terus diingati sebagai pemecah Pakatan Rakyat apabila berkerat rotan, berpatah arang dengan DAP. Keputusan Majlis Syura Ulamak PAS memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP ekoran usul diketengahkan pada Muktamar Tahunan PAS ke-61, Jun lalu sekaligus meruntuhkan sokongan majoriti bukan Muslim terhadap PAS.
Walau bagaimanapun, sanjungan terhadap Hadi yang pernah mencetus fenomena ‘Haji Hadi’ pada dekad 80-an itu pada masa sama dilihat semakin menonjol terutama daripada kalangan baki ahli PAS selepas dilantik sebagai Naib Presiden Ulama Sedunia.

4. Datuk Husam Musa
Husam Musa bukan nama baru dalam politik Malaysia. Walaupun terketepi dari jawatan kanan dalam kerajaan negeri Kelantan selepas perginya mentor beliau Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, nama Husam tidak hilang.
Husam MusaHusam MusaWalaupun ramai melihat Nik Aziz adalah penyelamat dan pembela Husam, namun ramai tidak tahu bahawa Husam yang sebenarnya menggilap balik politik Nik Aziz selepas PAS Kelantan hampir jatuh dalam pilihan raya 2004 lalu.
Selepas bertungkus lumus membantu mangsa banjir di Kelantan mulai lewat 2014 lalu melalui NGO Darul Hijrah, Husam diserang sakit 'bell poulsy' yang menyebabkan beliau tidak dapat keluar di tempat awam kira-kira 4 bulan.
Selepas berkurung, beliau bingkas dengan pelbagai isu khasnya untuk rakyat Kelantan. Ketika rakan-rakan seperjuangannya lari meninggalkan PAS dan menubuhkan Amanah, Husam kekal bersama PAS, namun dengan pembawaan dan nada berbeza dari parti itu sendiri.
Ketika PAS dilihat mendekati Umno, Husam dilihat kekal dengan caranya mencabar Umno dan penuh yakin PAS paling rugi dan akan membuntuti Umno sampai bila-bila jika bersama parti nasionalis Melayu itu.
Apakah 2016 bakal membawa sinar kepada salah seorang yang dinamakan sebagai calon perdana menteri Malaysia ini, masa yang akan menentukannya.

Malaysia tersenarai dalam skandal rasuah terburuk 2015

Sumbangan RM2.6 bilion diterima Datuk Seri Najib Razak menempatkan Malaysia dalam senarai “Skandal Rasuah Terburuk 2015” yang dikeluarkan majalah Foreign Policy, bersama dengan FIFA, Nigeria, Honduras dan Guatemala.
Dalam satu artikel dimuat naik di laman sesawangnya pada Selasa, majalah berpangkalan di Washington itu menyifatkan sumbangan tersebut, sebagai "skandal rasuah yang pelik".
Penulis Siobhan O'Grady berkata, wang itu mengikat Najib "secara langsung" kepada satu penyiasatan ke atas dana pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Apabila Presiden Amerika Syarikat Barack Obama melawat Malaysia pada November lalu, beliau mempunyai peluang muncul di tengah-tengah skandal itu berlaku. "Empat bulan sebelum itu, Wall Street Journal melaporkan kir-kira AS$700 juta dana negara disalurkan ke akaun peribadi perdana menteri – yang tidak sepatutnya disalurkan ke situ."
O'Grady berkata, walaupun Najib memperlekehkan laporan WSJ  sebagai tidak tepat, artikel itu disiarkan selepas 1MDB gagal melunaskan hutang mengikut jadual pembayarannya.
"Obama mendakwa beliau sudah menimbulkan persoalan mengenai rasuah semasa pertemuan peribadinya dengan Najib, tetapi secara terbuka beliau berkata hanya kerajaan perlu menyimpan impian untuk menjadi lebih bertanggungjawab, lebih terbuka, lebih telus, untuk membasmi rasuah," tulis O'Grady.
Sementara itu, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata artikel itu memalukan seluruh negara.
"Bolehkah kita mengharapkan perdana menteri, yang sudah memalukan Malaysia di peringkat global, mempertahankan dirinya sepenuhnya pada Perutusan Tahun Baru 2016 malam ini?" soal Lim.

PVATM Johor selar Ali Tinju, desak Majlis Eksekutif lucut keanggotaan

PVATM Johor selar Ali Tinju, desak Majlis Eksekutif lucut keanggotaanKOTA TINGGI: Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Johor menyelar kenyataan biadap Mohd Ali Baharom atau Ali Tinju terhadap Presiden PVATM, dan mendesak Majlis Eksekutif PVATM melucutkan keanggotaannya.

Yang Dipertua PVATM Johor, Ibrahim Yahaya berkata beliau yang mewakili semua anggota PVATM negeri itu sangat tidak berpuas hati dan membantah sekeras-kerasnya kenyataan Mohd Ali yang juga bekas tentera yang menyatakan Presiden makan gaji buta.

"Kelakuannya (Mohd Ali) yang mengeluarkan kenyataan itu kepada presiden secara tidak langsung mencemar nama baik PVATM.

"Saya difahamkan sebelum ini beliau juga ada menubuhkan beberapa persatuan veteran tentera dan kelab sendiri yang boleh mengganggu gugat kestabilan dan keharmonian persatuan sedia ada. Oleh itu, kita gesa Majlis Eksekutif melucutkan keanggotaannya," katanya kepada pemberita pada Khamis.

Baru-baru ini, Mohd Ali turut direman dua hari kerana mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan melalui aplikasi WhatApps susulan kekecohan yang berlaku di Kompleks Kota Raya, Kuala Lumpur sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Beliau juga sering membuat kenyataan yang menyentuh sentimen perkauman yang dilihat boleh memecah-belahkan perpaduan kaum di negara ini.

Berjaya tempuh pahit getir 2015, Najib makin kuat menuju 2016.!!

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berada dalam situasi hampir tidak dapat dikalahkan tahun ini walaupun beliau dijangka berdepan lebih banyak desakan untuk berundur dari dalam dan luar Umno. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Januari, 2016.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berada dalam situasi hampir tidak dapat dikalahkan tahun ini walaupun beliau dijangka berdepan lebih banyak desakan untuk berundur dari dalam dan luar Umno. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Januari, 2016.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kelihatan berada dalam situasi yang hampir tidak dapat dikalahkan tahun ini walaupun beliau dijangka berdepan lebih banyak desakan untuk berundur dari dalam dan luar Umno. Walaupun 2015 merupakan tahun paling getir beliau sepanjang 6 tahun sebagai perdana menteri, presiden Umno itu berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam parti pemerintah itu dan menewaskan semua musuh dalamannya, termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad yang luas pengaruhnya.
Pakatan Harapan, satu-satunya pembangkang sebenar Najib di luar parti Melayu Umno itu pula berada dalam keadaan kucar-kacir dan gagal mengambil kesempatan daripada keadaan pengundi kecewa untuk mengumpulkan satu gerakan pelbagai etnik yang berkesan menentang Najib.

Malah, Najib, 62, turut memulakan inisiatif halus tetapi berkesan untuk memecahkan pembangkang dan mengukuhkan kedudukannya di kalangan masyarakat Melayu Islam dengan memikat PAS, parti politik kedua terbesar di negara ini selepas Umno. Pada 10 Disember, Najib mengajak ahli Umno menghulurkan silaturahim dan ikatan ukhuwah kepada ahli PAS dalam menuju kesempurnaan membina sebuah Malaysia atas syariatNya.
Pada 17 Disember, Najib dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dalam pakaian berwarna sedondon, bersama-sama di atas pentas pada majlis perasmian persidangan serantau alumni Universiti Al-Azhar.
Najib kemudiannya menghulur tangan persahabatan kepada PAS dan menggesa kedua-dua parti itu bekerjasama demi kepentingan masyarakat Melayu Islam.
Hadi memberi respons kepada pelawaan itu dengan berkata pada 26 Disember, PAS mahu menjadi "penasihat" kepada kerajaan Barisan Nasional yang diketuai Umno.

2016: Gani Patail mula kerjaya baharu sebagai peguam

Bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail bersedia menjadi peguam selepas menyertai Majlis Peguam dan akan memulakan chambering, menurut sumber. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Januari, 2016.Bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail bersedia menjadi peguam selepas menyertai Majlis Peguam dan akan memulakan chambering, menurut sumber. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Januari, 2016.Kurang 3 bulan selepas bersara daripada perkhidmatan kehakiman dan perundangan, bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail bersedia menjadi peguam selepas kini menyertai Majlis Peguam.
Menurut sumber, Gani memfailkan petisyen untuk diterima masuk ke Majlis Peguam di Mahkamah Tinggi awal bulan ini untuk memulakan "chambering" (latihan amali) di bawah peguam Ragunath Kesavan, bekas presiden majlis itu.
Gani mula bertugas minggu ini.

Sumber berkata, Gani, yang berkhidmat selama 35 tahun, sebenarnya boleh menulis surat kepada Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali bagi mendapat pengecualian daripada menjalankan latihan sebelum layak memasuki Majlis Peguam. Bagaimanapun beliau tidak berbuat demikian.
"Di bawah Akta Profesion Undang-undang (LPA), peguam negara boleh mengeluarkan suatu perakuan pengecualian kepada bekas ahli yang sekurang-kurangnya setahun dalam perkhidmatan (kehakiman dan undang-undang)," kata pensyarah undang-undang Surdev Singh.
Sumber berkata, Gani dijangka memohon pengecualian daripada melalui latihan guaman selama 9 bulan yang wajib dilalui peguam baharu.
"Di bawah LPA, Majlis Peguam mempunyai budi bicara memberi Gani pengecualian sebelum diterima masuk ke Majlis Peguam," kata Surdev.
Amalan biasa bagi seorang graduan undang-undang baharu adalah perlu melalui tempoh 9 bulan latihan (chambering) di bawah seorang peguam kanan yang berpengalaman sekurang-kurangnya 7 tahun.
Ragunath mengesahkan kepada The Malaysian Insider, Gani menjalani latihan di bawahnya. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Hutang RM46 Billion, Jual Bandar Malaysia RM7.41 Billion.. Najib Kata Isu 1MDB Dah Settle?

Sepanjang hidup aku inilah pertama kali aku dengar Penasihat bagi sebuah Syarikat bangga bila Syarikatnya terpaksa menjual aset bagi mengurangkan hutangnya..

Semalam 1MDB mengumumkan ia telah menjual 60 peratus pegangan dalam Bandar Malaysia bernilai RM7.41 bilion kepada sebuah konsortium yang terdiri daripada Iskandar Waterfront Holdings dan China Railway Engineering Corporation Sdn Bhd.

Dan Najib dilaporkan bangga dengan penjualan untuk mengurangkan hutang itu..

Yang aku tahu, Syarikat hanya akan berbangga jika hutangnya boleh dikurangkan atau dilunaskan melalui keuntungan yang diperolehinya bukannya dengan menjual apa yang ada..

Tapi entah mana Najib belajar pasal pengurusan perniagaan ni.. Najib bangga bila 1MDB yang diilhamkan olehnya terpaksa menjual pegangannya untuk mengurangkan hutang..

Baca ni..

Najib dengan bangganya menghuraikan bagaimana 1MDB telah menandatangani beberapa perjanjian yang akan menyaksikan hutang syarikat itu berkurangan kepada kira-kira RM40.4 bilion.

Katanya, ini mewakili sebahagian besar daripada hutang RM46 bilion yang ditanggung oleh 1MDB.

Antaranya, adalah penjualan 60 peratus ekuiti dalam projek Bandar Malaysia kepada sebuah konsortium yang terdiri daripada Iskandar Waterfront Holdings dan China Railway Engineering Corporation.

Perjanjian itu diumumkan hari ini dan Najib berkata ia akan membebaskan 1MDB dengan jumlah hutang sebanyak RM7.1 bilion ~ Malaysiakini

Hutang RM46 Billion, tapi jual pegangan dengan harga RM7.1 Billion.. Najib boleh kata ini mewakili sebahagian besar daripada hutang?

Macam mana dia kira tu?.. nampak macam nak perbodohkan rakyat saja ni..

Tapi kalau kita baca apa yang dilaporkan oleh Sinar Harian ni disebut 60 peratus ekuiti Bandar Malaysia bersamaan RM7.41 bilion.. bukannya RM7.41 Billion seperti yang Najib sebut tu..

KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akui mencapai sasaran pelan rasionalisasinya dalam rangka mengurangkan hutang syarikat milik kerajaan itu dalam tempoh enam bulan yang dijanjikan.

Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda berkata, ianya tercapai setelah langkah terakhir diambil hari ini dengan penjualan 60 peratus ekuiti Bandar Malaysia kepada konsortium.

"Bagi pelan rasionalisasi ini, kami telah capai apa yang kami sasarkan.

"Dan hari ini merupakan hari terakhir bagi tahun 2015 seperti yang dijanjikan, kami telah mencapai 'final piece of puzzle' dengan menjual Bandar Malaysia dengan secara keseluruhannya jumlah pengurangan hutang sehingga RM12.35 bilion ," katanya pada sidang media selepas Majlis Tandatangan Perjanjian Jual Beli Saham di sini, hari ini.

Bela Rakyat: KJ Jangan 'Berkokok' Di Perhimpunan Agung Umno

Amanah Tentang Jika Ada Parti Bersekongkol BN

#ShutdownSungaiBesi Titik Permulaan Rakyat Geram Isu Tol

A gruelling year for newsmen

The 1MDB scandal tops the list of headliners for 2015.
A-gruelling-year-for-newsmen
2015 was a year fraught with hard news. FMT brings you the top five headliners that got Malaysians glued to their tellies, newspapers, smart phones, or wherever you get your news from.
1) The 1MDB scandal
Although the national investment arm has been around for several years and there were indications at the end of 2014 that something was brewing, it was only this year that it featured prominently in the news, mostly for the wrong reasons.
At the heart of stories about dubious deals and massive debts associated with this company is none other than Prime Minister Najib Razak. Voices of dissent rose against the troubled fund from various parties, including sections within Umno itself.
The brouhaha has resulted in the sacking of Muhyiddin Yassin from his post as Deputy Prime Minister, the sudden transfer of senior MACC and police officers, the jailing of 1MDB critics and the idea of a no-confidence vote against Najib, which was never tabled in Parliament.
2. RIP, Pakatan Rakyat
The opposition coalition composed of PKR, DAP and PAS was formed after the 2008 general election. The marriage ended this year, mainly because DAP is opposed to PAS’ hudud agenda.
Following the break-up of the coalition, a group of “progressives” split from PAS to form Parti Amanah Negara, which then joined DAP and PKR in a new coalition called Pakatan Harapan. PAS, left alone, has started cavorting with its former arch nemesis, Umno, in what is seen as a bid for political survival.
3. Street rallies
The first major street demonstration to be held this year was the Kita Lawan rally in March, where participants demanded the resignation of the Prime Minister, the abolition of the Goods and Services Tax and the release of jailed opposition leader Anwar Ibrahim.
At the end of August, tens of thousands of people took part in the two-day Bersih 4.0 rally in the vicinity of Dataran Merdeka. There were simultaneous rallies in Kota Kinabalu and Kuching as well.
Participants in the Kuala Lumpur protest slept on the streets and there were no reports of untoward incidents. The feather in the cap of this rally was the participation of former Prime Minister Mahathir Mohamad, who reiterated his call for Najib to step down.
The massive support for Bersih prompted a retaliatory rally by the pro-Najib Red Shirts on September 16.
The government considered the Bersih rally illegal, but Umno unabashedly supported the Red Shirts rally.

Mengakhiri 2015 yang bercelaru dan menghadapi 2016 yang suram

"Tolonglah," berulang kali ibu tua ini meluahkan rasa sedih...

Tuan Ibrahim Tuan Man
Oleh Tuan Ibrahim Tuan Man
Seorang ibu tua menghampiri saya dan terus menangis mengadu anaknya di Mesir menulis surat meminta wang belanja. Ke mana ia mahu mencari untuk anaknya.
Getah tak sampai RM2.00 sekilo. Terpaksa pula berkongsi dengan tuan kebun. Berapa ringgit yang dapat sebulan? Atas itulah beras, gula, susu, tepung, bil eletrik dan air, sewa rumah dan belanja anak ke sekolah perlu dibahagikan.
“Tolonglah,” berulang kali ibu tua ini meluahkan rasa sedih dengan keadaan yang berlaku.
Ibu tua bukan keseorangan. Ramai lagi yang sedang merana.
Seorang pakcik yang baru balik umrah diterpa oleh sahabat di kedai dengan soalan sama, “Hang tak jumpa ke saudagar Arab tu, boleh mintak sikit buat beli baju sekolah anak?” Meskipun ia dalam keadaan jenaka, tapi ia menonjolkan keperitan rakyat bawahan.
Ini realiti di kampung selepas GST dilaksanakan, penarikan balik pelbagai subsidi dan kejatuhan nilai Ringgit. Kos hidup kini membebankan rakyat bawahan.
Bagi peneroka, saham Felda kini sudah jadi bebanan bagi peneroka. Harga sawit dan getah tidak naik-naik. Dan pembelajaan persekolahan anak-anak semakin mahal. Anak-anak terus meminta wang belanja persekolahan.
Kita sedang melangkah masuk menghadapi tahun 2016 tanpa secebis harapan dan sinar mentari kegembiraan.
Negara melangkah ke tahun baru dalam suasana penuh suram. Tiada sesuatu yang dapat dibanggakan atau memberi harapan perubahan kepada rakyat samada ekonomi, politik, dan sosio budaya.
Kemelut ekonomi yang menghimpit rakyat akan terus digendong ke tahun baru dengan kerajaan yang terus mengambil sikap “tidak apa”.
Namun kita terpaksa hadapi jua.
Akhir tahun yang biasanya ada berita gembira bonus kepada kakitangan kerajaan, kini senyap sepi. Tiada pihak samada kerajaan atau swasta yang ingin menceriakan keadaan. Kebanyakan melaporkan pengurangan hasil. Sebaliknya berita ribuan pekerja yang dibuang menjadi memori duka rakyat. Seloka Pak Menteri hanya menambah kemarahan.