Ahad, 27 November 2016

Zakir Naik kini rakyat Malaysia, lapor akhbar India

Pihak berkuasa di India percaya pendakwah kontroversi itu mungkin bersembunyi di Malaysia, lapor Hindustan Times.
zakir-naik
KUALA LUMPUR: Pendakwah kontroversi Zakir Naik, pengasas Islamic Research Foundation (IRF) yang diharamkan di India, diberikan kerakyatan Malaysia, dakwa laporan di Hindustan Times.
Laporan itu menyatakan Zakir, yang kini dalam siasatan polis dan Agensi Siasatan Kebangsaan (NIS), dipercayai bersembunyi di Malaysia.
Kedua-dua dakwaan itu tidak dapat disahkan oleh FMT pada masa ini.
Zakir disiasat kerana menyebarkan kebencian kaum dan mengagungkan keganasan.
Laporan Hindustan Times berkata pihak berkuasa, yang sebelum ini menyangka dia bersembunyi di Afrika atau Thailand kini percaya dia berada di Malaysia.
Mereka mendakwa kerakyatan itu sebagai pakej untuk pendakwah berkenaan, bersama anugerah Tokoh Ma’al Hijrah yang diberikan kepadanya pada 2013.
“Ia dasar Malaysia untuk menawarkan kerakyatan kepada penerima anugerah tinggi itu di negara mereka. Zakir kini rakyat Malaysia juga,” kata Hindustan Times memetik wakil Zakir sebagai berkata.
Laporan itu berkata dua kerakyatan itu memberi manfaat kepada Zakir.
Laporan itu berkata Malaysia juga menjadi lokasi kegemaran ahli kumpulan gengster Chhota Rajan yang kini sudah ditangkap, sebelum ini dikatakan bersembunyi di negara ini sehingga 3 tahun sebelum diekstradisi ke Indonesia.
Chhota yang menjalani rawatan perubatan di Malaysia, bimbang diserahkan kepada pihak berkuasa India. Pembantunya, Aftab Alam atau Haji disyaki masih bersembunyi di Malaysia, menurut laporan itu.
Sementara itu, Zakir mengeluarkan kenyataan pada Jumaat mengkritik langkah kerajaan India mengharamkan IRF dan mendaftar kes terhadapnya.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan IRF, Zakir sekali lagi berkata beliau sentiasa menganjurkan keamanan dan mengutuk segala bentuk keganasan.
Zakir dalam kenyataan itu berkata: “Saya mengharapkan penyiasat profesional dari agensi kerajaan melakukan kerja dengan teliti. Jika mereka berbuat begitu, isu ini tidak akan ada apa-apa. Tetapi saya agak ia buat rancangannya. Rancangannya ialah untuk mengharamkan, bukan menyiasat.”
Menurut laporan Hindustan Times, kenyataan itu tidak menyebut sebarang kemungkinan Zakir kembali ke India.

Dalam tempoh beberapa hari lalu, NIA menjalankan serbuan di 20 bangunan komersial dan perumahan Zakir serta merampas beberapa dokumen.
Pegawai mendapati IRF memberikan bantuan pelajaran RM5,220 kepada Abu Anas, tertuduh dalam satu lagi kes berkaitan IS. Ia diberikan pada Oktober tahun lalu.
Pada Ogos, Bangladesh mengharamkan siaran ucapan Zakir di televisyen. Siasatan mendapat ucapannya mencetuskan keganasan di kafe di Dhaka pada 1 Julai yang menyebabkan 22 maut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA