Selasa, 29 November 2016

Zahid: Saya baik dengan Jamal, tetapi jika beliau langgar akta…

Bagaimanapun, naib presiden Umno itu berkata ia tidak bermakna beliau setuju dengan tindak tanduk pemimpin Baju Merah itu.
zahid-jamal-1
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengakui mempunyai hubungan baik dengan pemimpin Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Yunos, tetapi berkata ia dalam konteks keahlian mereka dalam Umno.
“Hubungan saya dengannya memang baik. Beliau adalah ketua bahagian Umno Sungai Besar, jadi hubungan kami lebih di dalam Umno,” kata naib presiden Umno itu dalam wawancara bersama FMT.
Zahid bagaimanapun berkata hubungan itu tidak bermakna Umno setuju dengan tindak tanduk Jamal.
“Saya ingin ulang, (Gerakan Baju Merah) adalah sebuah NGO yang tiada kaitan dengan Umno. Jika beliau langgar undang-undang, mestilah sedia menerima padahnya,” kata timbalan perdana menteri itu.
Jamal dan penyokongnya baru-baru ini terlibat dalam beberapa insiden termasuk tindakan mengasari penyokong Bersih 2.0.
Sebelum ini, Ketua Puteri Umno Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata Jamal menerusi kempennya menghalang kempen menuju perhimpunan Bersih 5 memburukkan imej parti itu.
Ogos lalu, Zahid menolak tanggapan Jamal sebagai bersifat perkauman, sebaliknya menyifatkannya sebagai seorang yang suka menghulurkan bantuan tanpa mengira latar belakang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA