Khamis, 3 November 2016

Zahid perlekeh amaran Dr M agar tak terlalu bergantung kepada China

Kedaulatan negara sentiasa diberi keutamaan, mengatasi segala-galanya sebelum sebarang FDI diterima, kata timbalan perdana menteri.
zahid-mahathir
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad yang Malaysia berkompromi kedaulatan negara dengan kebergantungan berlebihan terhadap China.
Dr Mahathir berkata demikian selepas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang “perjanjian bersejarah” di mana 14 perjanjian bernilai RM144 bilion ditandatangani antara Malaysia dan China.
“Mana-mana pelaburan dalam bentuk pelaburan langsung asing (FDI) dilakukan dengan mempertimbangkan kepentingan negara. Tidak ada isu kedaulatan negara dipertaruhkan
“Apa manfaat yang pelabur China peroleh daripada negara kita adalah dari segi pulangan dan pertumbuhan ekonomi. Saya rasa tafsiran seperti (seperti dibuat Dr Mahathir) perlu diketepikan,” kata Zahid yang juga menteri dalam negeri, kepada pemberita di lobi Dewan Rakyat di sini hari ini.
Bekas perdana menteri itu juga memberi amaran China dilihat cuba mengambil kesempatan berhubung isu Laut China Selatan dalam menyelesaikan tuntutan wilayah bertindih secara unilateral dengan negeri-negeri yang menuntutnya secara kolektif dengan Asean sebagai satu kumpulan.
Zahid bagaimanapun berkata isu Laut China Selatan perlu dilihat secara berasingan daripada perjanjian 2 hala Malaysia-China.
“Kedaulatan negara akan sentiasa akan diberi keutamaan, melebihi segala-galanya sebelum menerima sebarang FDI. Amalan ini turut digunakan semasa zaman pemerintahan Dr Mahathir.

“Apa yang kita lakukan adalah amalan biasa mana-mana negara yang memerlukan FDI,” katanya.
Semua 14 perjanjian dan memorandum persefahaman yang ditandatangani antara Malaysia dan China itu adalah untuk pelaburan, pembangunan dan pembinaan Projek Gateway Melaka, cadangan pembelian tanah dan pembangunan di Bandar Malaysia.
Najib berkata jumlah tawaran ini adalah yang terbesar pernah dicatatkan, menjadikannya satu pencapaian bersejarah.
Ramai ahli Parlimen pembangkang mempertikaikan perjanjian itu dengan mendakwa Najib “menjual negara” kepada China bagi menyelamatkannya daripada kerugian firma pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA