Rabu, 23 November 2016

Wanita serah memo tuntut pembebasan Maria Chin


Wanita-wanita berarak untuk Maria hari iniWanita-wanita berarak untuk Maria hari ini
Memorandum mendesak pembebasan Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah diserahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim di Parlimen hari ini.
Memorandum tersebut menuntut Maria dibebaskan segera daripada Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).
Sebelum itu sekumpulan kira-kira 300 orang diketuai bekas pengerusi Bersih Datuk S Ambiga berarak kira-kira dua kilometer dengan membawa kain rentang 'Wanita bergerak untuk Maria' selain sepanduk seperti 'Mansuh Sosma' dan lain-lain lagi.
Perarakan itu dianjurkan oleh rakan dan penyokong Maria.
Shahidan berkata, memorandum itu akan diserahkan kepada menteri yang bertanggungjawab.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang berada di Peru.
Maria ditahan di bawah Sosma pada Jumaat alu, sehari sebelum perhimpunan Bersih 5.
Beliau disiasat di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan kerana melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen dan ditahan di bawah Sosma yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan sehingga 28 hari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA