Isnin, 14 November 2016

Wanita Muda Amanah yakin PH kembalikan keyakinan rakyat


Anis Afida Mohd AzliAnis Afida Mohd AzliWanita Muda Amanah Nasional gembira dengan kesungguhan dan keazaman politik yang ditunjukkan oleh Pakatan Harapan dalam menebus kembali keyakinan rakyat selepas terkuburnya Pakatan Rakyat.
Ketuanya Anis Afida Mohd Azli berkata, anak muda turut merasai tempias perpecahan parti pembangkang sebelum ini dan sikap tidak berpendirian sesetengah pihak yang sangat mengecewakan mereka.
"Bagi kami generasi baru kestabilan politik dan ekonomi negara amat penting. Sikap mementingkan diri parti-parti tertentu sangat mengecewakan kami dan segala impian kami melihat sebuah negara yang lebih baik seakan-akan terkubur.
"Tapi selepas Konvensyen Pakatan Harapan Sabtu lalu, ditambah dengan hasrat Bersatu untuk menyertai gabungan ini menyemarakkan lagi sinar yang ada.
"Penyertaan tokoh-tokoh kepimpinan negara seperti Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyidin Yassin sangat dinantikan oleh semua. Rakyat sangat menanti kewujudan sebuah pakatan pembangkang yang kuat," katanya dalam satu kenyataan.

Justeru katanya, Wanita Muda Amanah Nasional menyeru kepada seluruh anak muda Malaysia untuk memberi peluang kedua dan mendukung keazaman Pakatan Harapan dalam usaha menyelamatkan Malaysia.
"Seharusnya kita anak muda memiliki jiwa kental dan tidak putus asa dalam menyelamatkan negara daripada kehancuran yang dilakukan kepimpinan sedia ada dengan gaya dan cara anak muda. Gunakan ruang dalam pilihan raya untuk mendaftar undi dan mengundi parti politik yang berjuang untuk rakyat.
"Pilihan raya presiden Amerika dengan catatan keluar mengundi yang sangat rendah perlu dijadikan iktibar. Tidak mengundi bukan satu tindakan yang bijak. Tunaikan kewajipan kita semua dalam memilih kepimpinan negara yang dapat membawa kemakmuran negara," tegasnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA