Rabu, 23 November 2016

Wanita Malaysia berarak untuk Maria

Kira-kira 300 orang berarak dari Padang Merbok ke parlimen di ibu negara pagi ini bagi menuntut pembebasan pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah daripada tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012.
Dipimpin oleh aktivis hak wanita dan membawa kain rentang “Wanita bergerak untuk Maria”, mereka berjalan kira-kira 2 kilometer dalam pakaian kuning dan ungu.

Antara terlibat bekas pengerusi Majlis Peguam Datuk S Ambiga dan anggota jawatankuasa pemandu Global BERSIH Ivy Josiah.
Acara itu dianjurkan oleh rakan dan penyokong Maria bagi menghantar memorandum bantahan kepada Perdana Meneri Datuk Seri Najib Razak atas penahanan beliau.
Najib kini sedang berada di Peru.

Kumpulan itu berhenti di pagar parlimen dan menghantar wakil untuk menyerahkan memorandum kepada menteri di Dewan Rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA