Rabu, 30 November 2016

Visi, misi, bijaksana – Najib ‘terbaik’, ampu Shahrizat

Sebahagian besar ucapan ketua Wanita Umno itu tertumpu kepada pujian untuk presiden parti.
ShahrizatKUALA LUMPUR: Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menyifatkan Datuk Seri Najib Razak sebagai presiden terbaik di antara 3 presiden Umno sepanjang berada dalam Umno.
“Saya sudah berkhidmat di bawah 3 presiden, Najib terbaik,” kata Shahrizat, merujuk era Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Badawi.
Shahrizat kemudian melontarkan pujian terhadap Najib, menyifatkan beliau seorang pemimpin bijaksana yang turun padang.
“Beliau ada visi, misi dan bagi saya, dia mempunyai hati budi. Mana ada PM dulu, orang sakit, meninggal dan anak khatan pun beliau pergi.
“Hormat pada Datuk Seri,” kata Sharizat ketika berucap pada Perhimpunan Agong Wanita Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.
Shahrizat berkata Najib mempunyai tanggungjawab berat di samping menghadapi “pengkhianatan”.
“Bukan mudah nak jadi seorang ketua. Tanyalah sesiapa. Nak jaga satu keluarga pun (susah). Bayangkan presiden, satu Malaysia nak jaga. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Tak ada yang kalis ujian. Ada lari, ada khianat, ada mati, tapi ada juga hidup lagi lama sebab keberanian untuk tempuh hadapi ujian,” kata Najib.

Shahrizat turut berkata isu 1MDB merupakan agenda politik pembangkang bagi menjatuhkan Najib.
“Jangan kita dilemahkan, kita sebagai jentera utama, kita pula jangan lemah semangat. Kita bukan dalam NGO biasa,” katanya.
Shahrizat kemudian menyerang hartawan Amerika Syarikat, George Soros, yang dituduh memberikan dana kepada beberapa pertubuhan tempatan untuk menentang kerajaan.
“Puan-puan sanggup ke nak biar George Soros kembali ke Malaysia? Penyangak matawang. Bapaj segala penyangak! Tak pernah jumpa Wanita Umno.
“Hello! Selagi Wanita dengan Najib, saya rasa George Soros atau sesiapa tak boleh tembusi perjuangan kita,” kata Shahrizat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA