Khamis, 17 November 2016

Undi kami mengatasi DAP dan PKR, kata PAS

Kekuatan PAS dibuktikan dalam PRK lalu di mana undi parti Islam itu melebihi separuh daripada kekuatan pembangkang.
Datuk-Khairuddin-Aman-Razali
PETALING JAYA: PAS hari ini menganggap sebagai “kelakar” pandangan Datuk Zaid Ibrahim yang parti itu sudah tidak mempunyai pengaruh kuat di kalangan pengundi Melayu.
Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Khairuddin Aman Razali berkata kemenangan PKR dan DAP pada pilihan raya yang lalu jelas banyak dibantu oleh PAS.
Katanya, undi PAS melebihi separuh daripada kekuatan pembangkang lain ketika mereka bersama Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya umum lepas.
“Semua orang tahu kekuatan PAS, dalam pilihan raya kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar baru-baru ini lagi. Ini satu bukti yang jelas,” katanya kepada FMT.
Menurutnya, usaha pembangkang mendekati PAS adalah bagi meredakan percakaran yang berlaku berhubung pembahagian kerusi.
“Misalnya Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Mereka nak kerjasama dengan PAS sebab nak bertanding di kerusi yang PAS bertanding,” katanya.
Zaid dalam wawancara bersama FMT meluahkan rasa hairannya melihat segelintir pemimpin pembangkang yang menurutnya masih menagih kerjasama daripada PAS, dan berkata ia timbul daripada persepsi parti itu mempunyai pengaruh kuat di kalangan orang Melayu.
Menurut Zaid, pengaruh PAS kini tidak sehebat ketika zaman bekas mursyidul am dan presiden, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Fadzil Noor.
Zaid berkata jika PAS tidak bekerjasama dengan pembangkang lain, parti Islam itu bakal hilang semua kerusi di Selangor dan Kelantan pada pilihan raya akan datang.
Bagaimanapun, Khairuddin berkata bukan PAS yang akan kehilangan kerusi, tetapi DAP dan PKR yang akan kehilangan banyak kerusi pada PRU akan datang.

“Ini kerana kemenangan mereka disokong oleh PAS. Undi PAS mewakili separuh undi Melayu. Undi Melayu dalam PAS dan Umno sahaja. Itu telah dibuktikan dalam PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar.
“Tidak ada orang boleh cakap atas angin, kena rujuk PRK dulu. Nak gunakan Amanah, ada pengaruh ke? Biar mereka di awang-awangan, biar Zaid di awang-awangan,” katanya merujuk PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar Jun lalu.
Khairuddin menegaskan PAS akan bergerak secara sendiri dalam blok pembangkang ketiga, tetapi terbuka untuk menerima mana-mana pihak yang ingin bekerjasama dengannya.

3 ulasan:

  1. Pas boleh dakwa apa2 tapi dlm pru14 pas bersendirian dan akn kalah. He he

    BalasPadam
  2. Bro Khairuddin Aman Razali,
    keputusan PRK Parlimen Sg Besar
    BN (UMNO) : Budiman Mohd Zohdi, 44 tahun : 16,800 undi
    PAS : Dr Abdul Rani Osman : 6,902 undi
    AMANAH : Azhar Abdul Shukur : 7,609 undi

    Tang mana pengaruh PAS lebih separuh?... Calon Amanah mengatsi calon PAS...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan matematik pas berada dlm alam lain!

      Padam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA