Selasa, 8 November 2016

Umno tak lindungi Jamal jika langgar undang-undang sembang Hishammuddin

Hishammuddin menegaskan tiada individu boleh meletakkan dirinya melebihi undang-undang negara.
bahasa,-Jamal-Md-Yunos,-Umno,-Baju-Merah,-BersihKUALA LUMPUR: Umno menegaskan tidak akan melindungi Datuk Jamal Md Yunos sekiranya pemimpin itu didapati melakukan kesalahan undang-undang.
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, tiada sesiapa yang boleh meletakkan dirinya melebihi undang-undang negara.
“Sekiranya baju merah atau baju kuning langgar undang-undang negara, kita tidak akan beri perlindungan.
“Itu pendirian saya dari dulu lagi dan saya konsisten dengan perkara itu,” katanya kepada pemberita di Menara Dato Onn, hari ini.
Sebelum ini, ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu terlibat dan memimpin kira-kira 200 ahli Baju Merah dalam demonstrasi di hadapan ibu pejabat Umno.
Malah, Jamal turut menegaskan tidak akan berhenti melakukan demonstrasi sama seperti Bersih walaupun dihalang ketua polis negara.
Jelas Hishamuddin, pihaknya juga tidak akan mencampuri sebarang urusan dan siasatan dilakukan polis sekiranya mendapati ada ahli Umno melakukan kesalahan undang-undang.
“Terserah kepada pihak berkuasa sekiranya ada perlanggaran undang-undang, kita tidak akan halang jika mereka mahu mengambil tindakan,” katanya.
Semalam, jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 dalam satu kenyataan menyatakan kerajaan pilih kasih kerana tiada tindakan diambil terhadap Baju Merah.

Ia ekoran kumpulan Baju Merah gagal memberi notis 10 hari untuk 2 tunjuk perasaan baru-baru ini.
Seksyen 9(1) APA menyatakan penganjur hendaklah memberi notis mengadakan perhimpunan kepada polis dalam masa 10 hari, manakala Seksyen 9(5) akta yang sama membawa hukuman denda maksimum RM10,000, jika sabit kesalahan.
Pada 3 November dan 5 November baru-baru ini aktivis Baju Merah menunjuk perasaan di luar pejabat Malaysiakini selepas portal itu didedahkan menerima sumbangan daripada Open Society Foundations yang dikaitkan kepada hartawan George Soros.
Baju Merah menuntut media tersebut menutup operasi, dan dilaporkan mengancam untuk “meruntuhkan” bangunan Malaysiakini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA