Khamis, 17 November 2016

Umno Selangor puji usaha Jamal adakan himpunan balas

Ketua Penerangan Zein Isma Ismail bagaimanapun enggan menjawab sama ada parti akan mengerahkan ahli ke himpunan itu
zein-isma-ismail_jamal_600
SHAH ALAM: Umno Selangor hari ini memuji usaha ketua Datuk Seri Jamal Yunos menganjurkan himpunan balas Gerakan Baju Merah pada 19 November nanti menghadapi tunjuk perasaan Bersih 5.
Ketua Penerangan Datuk Zein Isma Ismail sendiri meminta anaknya turun ke himpunan itu nanti sebagai membantah usaha Bersih yang didakwa mahu menjatuhkan kerajaan ala Arab Spring.
“Syabaslah kepada Jamal dapat menggerakkan pelbagai NGO untuk berhimpun menyatakan kesetiaan kepada negara.
“Kalau pun nak tukar kerajaan tunggulah Pilihan Raya Umum ke-14 nanti. Biar rakyat berpeluang untuk memilih bukannya secara jalanan.
“Dia (Bersih) nak tiru Arab Spring nak menjatuhkan pemimpin secara begitu,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Umno Selangor, merujuk kebangkitan di beberapa buah negara Arab pada 2011.
Dalam pada itu, Zein enggan menjawab samada ada Umno Selangor akan mengerahkan ahlinya ke perhimpunan itu.
“Sebagai rakyat Selangor dan orang Melayu, saya sendiri rasa terpanggil dan minta anak saya pergi sebab apa yang dibuat Baju Kuning (Bersih) menghina pemimpin dan menggerakkan usaha menjatuhkan kerajaan.

“Saya memang mengajak sebagaimana kawan-kawan rakan taulan yang merasakan masa depan bumi Malaysia sudah digugat campurtangan kuasa asing.
“Kita akan pertahankan hingga titisan darah terakhir, pertahankan negara berdaulat yang diperlekehkan mereka,” katanya.
Sebelum ini, Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah mengumumkan penyokong Bersih 5 akan berkumpul di 2 lokasi, Dataran Maybank di Jalan Bangsar dan Masjid Jamek.
Para penyokong kemudian akan berarak ke arah Dataran Merdeka.
Jamal pula menjangkakan seramai 300,000 orang daripada pelbagai kaum bakal menyertai himpunan Baju Merah pada 19 November.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA