Khamis, 24 November 2016

Tunda lagi RUU 355 permainan Umno, tegas Rafizi Ramli


Usul persendirian RUU 355 yang dibaca kali kedua dengan pindaan oleh Ahli Parlimen Marang.Usul persendirian RUU 355 yang dibaca kali kedua dengan pindaan oleh Ahli Parlimen Marang.
Keputusan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta supaya huraian lanjut mengenai usul pindaan Akta 355  ditunda ke sesi akan datang disifatkan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli sebagai permainan Umno.

“Selepas dirunding dengan Umno, Selasa lalu, usul dipinda pada saat-saat akhir hingga kaedahnya sudah menjadi takzir (kecuali sebatan) dan bukannya hudud seperti yang diuar-uarkan.
“Hari ini, Ahli Parlimen Marang sekali lagi menunda dari membentang dan menghuraikan usul beliau. Permainan Umno itu jelas dan saya ambil pendirian sebegini bermula dari hari ini,” tegasnya dipetik daripada status Facebook rasminya.
Mengulas lanjut, beliau yang juga Setiausaha Agung dan Naib Presiden PKR itu berkata, Abdul Hadi mengemukakan pindaan kepada usul asal untuk meminda Akta 355 tetapi usaha  membentangkannya hari ini mati begitu sahaja.
“Saya difahamkan ini hasil dari beberapa perbincangan ekoran perjumpaan yang dipanggil oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada hari Selasa lalu.
“Pindaan kepada usul asal bermakna hukuman kini ditetapkan mengikut kaedah undang-undang biasa kecuali yang melibatkan sebat (jika diluluskan had dinaikkan kepada maksimum 100 sebatan),” jelasnya.
Untuk rekod, Zahid dilaporkan berkata, taklimat khas tentang pindaan Akta 355 diadakan kelmarin dengan ahli Parlimen beragama Islam dari BN, Pas, PKR dan Amanah diketuai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Mengulas lanjut, Rafizi berkata, penangguhan tersebut menyebabkan polemik berhubung pindaan Akta 355 akan berterusan sehingga sidang Parlimen akan datang.
“Ahli-ahli Pas akan terus diberi harapan bahawa Umno mahu bersama-sama mendaulatkan Islam melalui pindaan akta ini.
“Kalaulah Umno terus bermain begini sehingga ke belanjawan akan datang, adakah ahli parlimen Pas akan terus berkecuali dalam undian belanjawan akan datang?” bidasnya merujuk kepada ahli parlimen Pas yang mengambil pendirian berkecuali ketika pengundian Rang Undang-Undang Perbekalan atau Bajet 2017 di Dewan Rakyat, 7 November lalu.

3 ulasan:

  1. Penundaan ini bukan saja permainan UMNO/BN tetapi konspirasi PAS dan UMNO/BN untuk mempermainkan isu berkiatan hukum Islam agar mereka seolah2 hero Islam....ttp sebenar2nyer adalah untuk emnaipulasi isu ini sehingga PRU 14....apa salah dibentang dan dibahas terus...sedangkan sebelum ini byk...isu2 spt SOSMA....perhimpunan aman....dibincang dan dibahas hingga kepagi hari.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih, Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!1"Dikejar-kejar hutang2"Selaluh kalah dalam bermain togel3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunyatapi tidak ada satupun yang berhasil. 4d 5d 6d Solusi yang tepat jangan anda putus asah... AKI MUPENG akan membantuanda semua dengan Angka ritual/GHOIB:butuh angka togel 2D/ ,3D/, 4D/ 5D/ 6D/ SGP / HKG / MALAYSIA / TOTOMAGNUM / dijamin100jebolApabila ada waktusilahkan Hub: AKI MUPENG DI NO: (((_0852 9445 0976 _)))ANGKA RITUAL: TOTO/MAGNUM 4D/5D/6D/ANGKA RITUAL: HONGKONG 2D/3D/4D/6D/ANGKA RITUAL; KUDA LARI 2D/3D/4D/6D/ANGKA RITUAL; SINGAPUR 2D/3D/4D/ 6D/ANGKA RITUAL; TAIWAN,THAILANDANGKA RITUAL: SIDNEY 2D/3D/4D 6D/»0852 9445 0976 .

      Padam
  2. Dekat 60tahun perintah.Umpama rebung dah jadi buluh.Sekularisasi dah berakar umbi dlm umno.Selagi nyawa tak sampai kehalkum, mana mungkin parti ini bershahadah mengakui keagungan Allah swt.Hanya gunakan Islam utk meraih sokongan rakyat saja.Sebenarnya hipokrit.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA