Selasa, 22 November 2016

Tun Mahathir laung 'bebas Maria' di Dataran Merdeka

Ratusan penyokong berkumpul di Dataran Merdeka malam tadi ekoran penahanan Maria Chin di bawah SosmaRatusan penyokong berkumpul di Dataran Merdeka malam tadi ekoran penahanan Maria Chin di bawah Sosma
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sedih apabila Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) dan dikurung secara berseorangan (solitari confinement).
Beliau berkata, penahanan ini sangat tidak wajar dan berpunca daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menggunakan undang-undang mengikut kehendak beliau sahaja.
"Saya sedih apabila diberitahu Maria Chin dimasuk ke dalam solitari confinement.
"Ya mereka boleh tahan sesiapa sahaja tetapi dikurung secara berseorangan yang belum pun didapati bersalah dan tidak dibawa ke mahkamah adalah zalim.
"Perbuatan ini berasas kepada Datuk Seri Najib Razak yang dituduh mencuri wang 1MDB.
"Orang ini tidak patut menjadi perdana menteri. Dia harus dijatuhkan dengan segera.
"Sebab itu kita harus berkumpul untuk menyatakan perasaan marah kita kepada Najib," katanya ketika bersama-sama dalam perhimpunan di Dataran Merdeka malam tadi bagi mendesak pembebasan Maria.
Tun Mahathir berucap di hadapan ratusan yang hadir menyokong Maria Chin Tun Mahathir berucap di hadapan ratusan yang hadir menyokong Maria Chin
Beliau yang hadir bersama isteri Tun Dr Siti Hasmah turut melaungkan “bebas Maria” bersama-sama ratusan hadirin yang lain.
Perhimpunan tersebut akan diadakan pada setiap malam sehingga Maria dibebaskan.
Maria ditahan di bawah Sosma pada Jumaat alu, sehari sebelum perhimpunan Bersih 5.
Beliau disiasat di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan kerana melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen dan ditahan di bawah Sosma yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan sehingga 28 hari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA