Selasa, 8 November 2016

Tun Mahathir bandingkan kebebasan parlimen era beliau dengan Najib

Tun Dr Mahathir Mohamad menghadiri mesyuarat khas berkaitan hak-hak dan kekebalan anggota parlimen sebagai pengerusi Parti Bumiputera Bersatu Malaysia (Bersatu).Tun Dr Mahathir Mohamad menghadiri mesyuarat khas berkaitan hak-hak dan kekebalan anggota parlimen sebagai pengerusi Parti Bumiputera Bersatu Malaysia (Bersatu).
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, parlimen pada era pemerintahannya lebih demokratik berbanding di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib razak.
Beliau turut meluahkan rasa sedih terhadap perjalanan perbahasan di Dewan Rakyat yang disifatkan sebagai tidak bebas.
“Saya rasa sangat sedih kerana Parlimen ini bukan Parlimen yang kita ada sejak zaman (Perdana menteri Malaysia yang pertama) Tunku Abdul Rahman.
“Kecuali peraturan tidak menghasut kaum. Jika tidak, tiada sekatan dan tindakan diambil terhadap apa yang dikatakan di Parlimen.
“Walaupun ketika mereka kata saya mahazalim dan mahafiraun. Malah, kalau mereka mahu gelar saya seperti itu sekarang, ia tidak apa,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat khas berkaitan hak-hak dan kekebalan anggota parlimen.
Menurut pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu juga, walaupun Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berjanji untuk melakukan pembaharuan parlimen namun katanya, perubahan itu kelihatan lebih teruk.
“Ia akan menjadi keadaan di mana anda hanya pergi ke sana dan seperti setiap penyokong kerajaan, katakan ya untuk semuanya.” katanya.
Mengulas mengenai dakwaan beliau seorang diktator yang melakukan kawalan paling ketat ke atas Dewan Rakyat, Mahathir sebaliknya meminta contoh diktator yang meletak jawatan atas kehendak sendiri.

“Diktator mana yang letak jawatan apabila beliau masih berkuasa? Saya letak jawatan bukan kerana rakyat mahu singkirkan saya. Saya letak jawatan kerana ia adalah masa untuk orang lain ambil alih dan lihat apa yang berlaku.
“(Tetapi) Saya tidak kesal letak jawatan. Apa pun, akan tiba masanya anda perlu pergi 6 kali di bawah (kubur).” katanya.
Mesyuarat hari ini turut dihadiri ketua pembangkang Datuk Sei Wan Azizah Wan Ismail, ketua parlimen DAP Lim Kit Siang, dan presiden Bersatu Tan Sri Muhyidin Yassin
Lebih 20 orang anggota parlimen pembangkang hadir mesyuarat yang dianjurkan di bangunan sementara di parlimen termasuk ahi parlimen dari Amanah, PKR dan DAP.
Bagaimanapun, bekas menteri kewangan kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah tidak kelihatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA