Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan
rasa kecewa kerajaan demokratik yang didirikan dahulu menjadi negara
yang merompak rakyat.
Katanya, kepimpinan pentadbiran negara hari ini sudah berada di
tangan orang yang mencuri, menyamun dan merompak harta rakyat.
“Najib sudah hapuskan demokrasi. Undang-undang digunakan sesuka hati
apabila beliau menangkap sesiapa saja dan membuat tuduhan ke atas
pesalah dengan mengaitkan undang-undang yang tidak ada kaitan.
“Mereka boleh melakukan segala kekejamaan terhadap rakyat pada hari
ini kerana Ketua Polis berada di pihaknya.Sedangkan seharusnya pihak
itulah yang melindungi dan membela rakyat,” katanya katanya ketika
berucap di Dataran Merdeka semalam.
Mahathir juga berkata, beberapa orang pemimpin BERSIH yang dimasukkan ke dalam tahanan bukan sekadar ditahan.
“Saya berasa sedih, kerajaan kita sanggup mendera dan menyiksa
tahanan mereka yang tidak bersalah terutama kepada Maria Chin ditahan.
“Negara kita sudah menjadi negara tidak mengikut undang-undang. Ini
berlaku disebabkan keangkuhan Najib, disebabkan dia ingin selamatkan
diri sendiri daripada jenayah dilakukan, rakyat diperlakukan tidak adil.
“Orang seperti Najib ini tidak seharusnya menjadi perdana menteri,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA