Selasa, 15 November 2016

Tuduhan Rafizi sengaja mahu dipenjarakan tidak masuk akal, kata peguam

Dakwaan Rahman Dahlan semata-mata untuk menutup kesan negatif rakyat terhadap kerajaan BN, sekali gus melindungi kesalahan kerajaan melibatkan isu 1MDB.
N.-SurendranPETALING JAYA: Tindakan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan menuduh Rafizi Ramli sengaja mahu dipenjara agar dilihat sebagai korban politik kerana melanggar Akta Rahsia Rasmi tidak masuk akal, kata peguam.
Peguam dan Ahli Parlimen PKR, N. Surendran berkata tuduhan Rahman itu dibuat bagi menutup kesan negatif rakyat terhadap kerajaan BN, sekali gus melindungi kesalahan kerajaan melibatkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Dokumen yang Rafizi dedahkan adalah untuk kebaikkan rakyat dan sepatutnya ia tidak dimasukkan ke dalam kategori Akta Rahsia Rasmi dan tindakan meletakkan ia di bawah akta itu adalah kesalahan kerajaan sendiri.
“Saya rasa Rahman tahu tindakan memenjarakan Rafizi akan memberi kesan negatif kepada kerajaan BN, kerana rakyat menolak sekiranya seorang wakil rakyat yang mendedahkan isu melibatkan kesusahan rakyat dipenjarakan pula. Tindakan Rahman sebagai usaha menutup kesan negatif rakyat terhadap kerajaan,” katanya kepada FMT.

Surendran berkata demikian bagi menjawab dakwaan Rahman kononnya Ramli sengaja mahu dipenjarakan dan ia aksi murahan demi meraih sokongan politik peribadi kerana sedar ia merupakan pelanggaran undang-undang yang serius.
Mahkamah Sesyen semalam menjatuhkan hukuman 18 bulan ke atas Rafizi berhubung 2 tuduhan membocorkan maklumat berhubung laporan audit 1MDB, yang diklasifikasikan sebagai sulit.
Mengulas lanjut, Surendran yang juga peguam daripada Lawyers for Liberty menolak kononnya tindakan Rafizi bertujuan mendapat publisiti murahan.
“Tuduhan Rahman tidak berasas langsung. Saya tidak setuju sama sekali kerana isu yang ditimbulkan Rafizi untuk kebaikkan rakyat.
“Tiada sesiapa hendak dipenjara, tetapi kalau tidak ada cara lain untuk berjuang demi kebaikkan rakyat maka cabaran itu (tindakan penjara) perlu dilalui,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA