Sabtu, 26 November 2016

Tuduhan ‘dedak’: PAS usah sensitif sangat ditegur Dr M, kata PPBM

Datuk Kamarudin Md Nor berkata PAS dan PPBM perlu fokus kepada agenda utama menjalin kerjasama politik, sekali gus menumbangkan BN pada pilihan raya umum akan datang.
kamaruddin-mahathir
PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkata kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan pembangkang yang enggan bersama Pakatan Harapan (PH) “makan dedak”, bersifat umum dan bukan dituju khas kepada PAS.
Ketua Penerangan PPBM Datuk Kamarudin Md Nor berkata PAS jangan terlalu sensitif dengan teguran Dr Mahathir itu yang juga pengasas PPBM.
“Apa yang saya faham kenyataan Tun (parti makan dedak daripada BN) bukan khusus dituju kepada PAS kerana ia bersifat umum dan saya rasa dalam hal politik ini kita jangan terlalu sensitif.
“Malah kita tahu tidak semua parti politik berdaftar di Malaysia yang membuat kenyataan untuk bersama PH,” katanya kepada FMT.
Sehubungan itu, katanya pandangan Dr Mahathir itu lebih kepada nasihat kerana beliau sangat teringin melihat Datuk Seri Najib Razak dan pentadbirannya tumbang serta berharap semua parti pembangkang bersatu.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah yang meminta Dr Mahathir berhenti bercakap politik atau menyerang PAS jika PPBM mahu bekerjasama dengan parti Islam itu.
Dr Mahathir sebelum ini dilaporkan berkata mana-mana parti pembangkang yang tidak bersama PH menerima “dedak” dan ia didakwa dituju kepada PAS.

Mengulas mengenai perkembangan kerjasama PAS dan PPBM, Kamarudin berkata hubungan kedua-dua parti itu semakan baik, malah melakukan program bersama di peringkat bawahan.
“Kita tidak melihat halangan besar sehingga boleh menjejaskan usaha kita bekerjasama dengan PAS dan pemimpin PAS memberi respons positif.
“Hubungan PPBM dan PAS Kelantan juga baik, malah kita mengadakan pertemuan dengan menteri besar Kelantan.
“Di peringkat bahagian juga banyak program PAS kita hadir dan program PPBM, PAS hadir dan kita tidak menjadikan kerjasama itu untuk menunjuk-nunjuk atau mencari publisiti,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA