Ahad, 13 November 2016

Trump dan Brexit dalam perspektif M'sia

Sebaik sahaja saya tiba ketika fajar menyingsing pada musim luruh di bandar raya London, saya sekali lagi berasa amat bangga dengan kewarganegaraan saya kerana tidak perlu beratur panjang di seksyen kawalan pasport bukan negara Kesatuan Eropah (EU) dan menyertai rakyat Kanada, New Zealand, Australia dan Jepun.
Ia merupakan satu keistimewaan yang tidak pernah saya rasakan sebelum ini.
Ia memberikan saya sedikit harapan bagaimana keadaan di seluruh dunia berubah khususnya selepas pilihan raya presiden di Amerika Syarikat.
Apabila sampai di rumah kakak saya di Hammersmith, saya bertanyakan kepadanya mengenai kesan langsung daripada Brexit (keluar daripada EU).
Beliau berkata yuran kemasukan ke hospital dan visa yang baharu diperkenalkan agak membebankan tetapi kita harus sedar bahawa pemotongan bajet kini berlaku di seluruh dunia.
Saya fikir, ia merupakan fenomena di seluruh dunia yang menjejaskan semua orang.
Malah, harga barangan runcit turut meningkat dengan ketara semenjak lawatan terakhir saya ke sini beberapa tahun lalu.
Kunjungan saya kali ini bersesuaian dengan minggu Peringatan yang menandakan tamatnya Perang Dunia Pertama lebih satu abad yang lalu.
Acara itu diadakan bagi memperingati mereka yang kehilangan nyawa semasa perang itu dan konflik terkini baru-baru ini.
Pada Ahad, Ratu (Elizabeth II) akan meletak kalungan bunga di tugu peringatan di Whitehall dan saya bercadang menghadiri acara itu.
Saya ingin bertemu beberapa orang, rakyat Malaysia dan lain-lain mengenai pendapat mereka berkenaan kejayaan Trump dalam pilihan raya presiden baru-baru ini dan bagaimana ia memberi kesan kepada kita semua.
Daripada apa yang saya baca daripada surat khabar Asia dan British, terdapat rasa tidak percaya, kecewa dan sedikit perasaan mengenai masa depan yang membimbangkan.

Tetapi, yang menariknya, Canselor Jerman Angela Merkel telah mengukuhkan satu mesej mengenai anti perkauman, anti kebencian dan menawarkan sedikit nasihat kepada Presiden Amerika yang bakal dilantik Donald J.Trump berhubung kepentingan perkongsian nilai-nilai kemanusiaan.
Walaupun Trump telah mengendurkan pendiriannya berhubung anti imigran dan retorik anti Muslim, masa akan menentukan sama ada beliau bersedia untuk membina jambatan itu atau meruntuhkannya.
Dengan pilihan raya kita sendiri yang akan diadakan tidak lama lagi, kita juga perlu memikirkan perkara-perkara yang kita nikmati seperti keamanan, hari yang cerah, pelbagai makanan menakjubkan dan semestinya masyarakat berbilang kaum yang harmoni.
Seorang rakyat Malaysia yang menyambung pengajiannya di sini berkata London sudah menjadi negara pelbagai budaya dan anak-anaknya saling bergaul dan ini memperkayakan mereka dengan banyak cara tanpa disedarinya.
Sebagai manusia biasa, kita harus bersama-sama dan saling bantu-membantu dengan cara yang terbaik.
Kita telah melihat wira yang tidak didendang termasuk rakyat kita sendiri yang membina dapur membantu pelarian di Perancis, Greece dan banyak tempat lain di dunia.
Kita perlukan lebih banyak contoh seperti ini untuk menunjukkan nilai kebaikan dan belas kasihan terhadap satu sama lain.
Saya mempunyai seorang kawan rapat dari Malaysia, merupakan seorang doktor dan baru-baru ini beliau ke Malawi dengan MSF (Medicins San Frontieres) untuk membantu kanak-kanak dan wanita yang kekurangan zat makanan dan miskin serta mereka yang sakit.
Kita perlu meraikan orang seperti ini dan melakukan lebih banyak impak positif untuk mengubah dunia, memandangkan walaupun sedikit kebaikan yang kita hulurkan, kebaikan yang bakal diterima akan berlipat ganda

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA