Khamis, 10 November 2016

TPPA: Apa strategi Malaysia berdepan Trump?

Naib Presiden KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin mahu Kerajaan Persekutuan memikirkan strategi ke hadapan untuk berunding dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dalam isu Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).
Katanya, pendekatan berhati-hati perlu diambil dengan langkah bijak sama ada TPPA akan diteruskan atau tidak.

tppa“Kita harus bersikap neutral atau mempertahankan kebebasan dirantau ini tanpa memihak kepada mana-mana pihak.
“Pemilihan Donald Trump sebagai Presiden AS sememangnya menolak TPPA. Dalam keadaan negara menubuhkan The Asian Infrastructure Investment Bank (AIIB) yang cenderung kepada kuasa besar China, kita akan ada masalah,” katanya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kemenangan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat ke 45.
Pada masa sama, Shamsul mahu kerajaan mengambil pendekatan berbeza dalam isu itu selari dengan politik Trump.
Terdahulu, Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong turut melahirkan kebimbangan dalam isu perjanjian TTPA .
Katanya, kerajaan perlu melihat perkembangan TPPA supaya semua usaha dibelanjakan untuk perjanjian itu tidak menjadi sia-sia.
“Soalan pertama kami adalah sama ada TPPA akan tetap diteruskan atau sebaliknya, memandangkan Trump komited untuk menghapuskan TPPA, ini adalah kebimbangan kita.
“Jika tidak ada pemantauan daripada kerajaan perjanjian ini akan menjadi sia-sia,” katanya.
Sementara itu, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata, beliau bimbang dengan perkembangan yang sedang berlaku di AS ketika ini.

“Salah satu demokrasi tertua di dunia hari ini boleh membawa kepada pemilihan Trump sebagai presiden. Kita amat bimbang dengan perkembangan yang sedang berlaku di AS.
“Kita juga bimbang dengan nasib umat Islam di sana memandangkan beliau semasa kempennya sebagai seorang yang anti Islam,” katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata pemilihan Trump menunjukkan perjalanan ekonomi yang sedikit kabur.
“Ketika ini, Yen (matawang Jepun), Pesos (matawang Mexico) dan pasaran inflasi semua semakin berkurangan dan jatuh. Ia menunjukkan kurangnya keyakinan dan hilang sokongan kepada Trump.
“Oleh itu dasar-dasar beliau benar-benar teruji,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA