Selasa, 15 November 2016

Tony cabar Rahman Dahlan dedah kajian kos ECRL

Beliau menyanggah kenyataan Rahman yang mendakwa tambahan kos diperlukan bagi projek ECRL kerana ia melalui hutan tebal dan Banjaran Titiwangsa.
tony puaKUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan dicabar mendedahkan kepada umum mengenai dapatan kajian Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL).
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata kajian lengkap dibuat syarikat HSS Integrated Sdn Bhd pada Disember tahun lalu mendapati jumlah keseluruhan projek tersebut dianggarkan pada RM29 bilion sahaja.
HSS Integrated dilantik Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) pada Disember 2009 untuk menjalankan kajian.
Kata Pua, semakan profil korporat kumpulan HSS dan kenyataan syarikat itu menyatakan laluan ECRL adalah sejauh 545 kilometer dari Kuala Lumpur dan Tumpat.
“HSS menyatakan nilai projek itu adalah berjumlah RM29 bilion atau RM53.2 juta per kilometer
“Kajian yang dilakukan Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Datuk Jebasingan Isaac John yang sebelum ini dilaporkan pada April 2014 menyatakan nilai projek ECRL dianggarkan bernilai RM30 bilion,” katanya dalam sidang media, hari ini.
Rahman yang juga menteri bertugas di Unit Perancangan Ekonomi (EPU) menyatakan sebanyak RM46 bilion diperlukan untuk projek ECRL sepanjang 600 kilometer.

Laluan itu bermula dari Gombak dan berakhir di Tumpat. Tambahan RM9 juta diperlukan untuk menyambung laluan dari Gombak ke Pelabuhan Klang.
Pua turut menyanggah kenyataan Rahman yang mendakwa tambahan kos itu diperlukan disebabkan struktur dan cabaran geografi kerana perlu melalui hutan tebal dan Banjaran Titiwangsa.
“Kajian ini turut menyenaraikan kos melalui Banjaran Titiwangsa. Menteri EPU perlu menjelaskan kepada rakyat kenapa perdana menteri perlu menganugerahkan kontrak kepada China Communication Construction Company Ltd pada nilai RM91.7 per kilometer, iaitu 72% lebih mahal daripada kajian dilakukan HSS,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA