Ahad, 27 November 2016

Tidak sokong tindakan "ala samseng" serangan bersifat peribadi,kata Veteran Umno


Datuk Mustapha Yaakub Datuk Mustapha Yaakub Sebarang tindakan kekerasan dan ancaman 'ala samseng' yang dilihat seperti dilakukan ahli dan pemimpin Umno sebenarnya ia lebih kepada serangan peribadi tidak mewakili parti itu, kata Setiausaha Agung Veteran Umno Datuk Mustapha Yaakob.
Beliau berkata, Umno sejak ditubuhkan 70 tahun lalu tidak pernah mendidik ahlinya untuk bertindak seperti 'samseng' menyerang, mengugut, memaki hamun pemimpin dan ahli parti lain.
"Isu membabitkan Jamal (Datuk Seri Jamal Md Yunos) Faizal (Dr Faizal Tajuddin) dan Rafizal (Rafizal Abdul Rahim) tidak boleh dikaitkan dengan parti.
"Jamal bertindak kerana dia mengetuai sebuah pertubuhan NGO walaupun dia ada jawatan dalam parti.
"Begitu juga Faizal (Ketua Pemuda Bahagian Pasir Salak) dan Rafizal (Ketua Pemuda Negeri) walaupun mereka berjawatan dalam parti dengan menyerang Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam) dan Zunar itu atas kapasiti mereka sebagai individu," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Beliau diminta mengulas tiga insiden berasingan yang berlaku membabitkan ahli Umno dengan pemimpin dan ahli parti pembangkang mutakhir ini.
Mustapha tidak menafikan insiden itu menimbulkan rasa tidak puashati di pihak penyokong dan pemimpin pakatan pembangkang seolah-olah tindakan ahli dan pemimpin pemuda Umno itu mendapat 'restu' parti apabila tiada tindakan tatatertin dikenakan parti ke atas mereka.
"Polis pun bertindak atas aduan, jika tiada aduan tiadalah soal siasat atau tangkapan dilakukan terhadap Zunar dan kumpulan Faizal.
"Jika tidak ada aduan, Umno tidak bertindak untuk menyiasat atau mengambil tindakan terhadap ahli atau pemimpin pemuda yang terlibat dalam insiden tersebut. Setakat yang saya tahu tiada siapa yang buat aduan kepada parti hingga hari ini," ujarnya.
Ditanya sampai bila tindakan 'ala samseng' ahli Umno ini harus dibiarkan walaupun mereka bertindak atas nama NGO dan individu?
"Isu Jamal ini mudah sahaja, tiada kuning tiada merah. Jadi selagi ada kuning selagi itu ada merah. Kita  (Umno) nak ambil tindakan terhadap Jamal tak boleh kerana dia lakukan atas nama NGOnya bukan atas nama Umno.  Tetapi banyak pihak masih salah tanggapan mengenai susuk tubuh Jamal dan kumpulan baju merahnya itu. Jamal juga telah ditahan reman beberapa kali dan terkini kerana meneruskan hasrat mereka menganjurkan himpunan balas baju merah untuk menentang Bersih 5.
"Isu Tajuddin dan Khalid yang bertelingkah di dalam dewan, saya tidak setuju tindakan dilakukan sekumpulan penyokongnya di luar dewan. Ini kerana dewan rakyat harus dihormati oleh semua pihak tidak kira penyokong parti mana, ia bukan tempat untuk orang luar menyerang seorang ahli parlimen. Hal ini harus dihalang dan tidak sepatutnya berulang lagi.
"Bagi saya insiden yang berlaku membabitkan pemuda Umno ini sepatutnya dihentikan dan tidak lagi berterusan," ujarnya.

Malah beliau juga tidak bersetuju cadangan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Nur Jazlan Muhamad yang tidak menolak kemungkinan Sosma digunakan terhadap 11 individu terbabit menyerang Khalid Samad.
"Mengarutlah Nur Jazlan nih. Tajuddin dan Khalid bertelingkah dalam dewan orang luar pula nak masuk campur buat kecoh dengan serang Khalid...kalau kena tumbuk sekalipun ada undang-undang yang sewajarnya dikenakan tapi beliau tak kena tumbuk pun...tak payah Sosma," ujarnya.
Tambah Mustapha lagi sepatutnya ketika ini pemimpin pemuda lebih memberikan tumpuan kepada pilihan raya umum ke 14 yang akan diadakan tidak lama lagi berbanding mewujudkan konflik yang memburukkan nama parti dalam isu remeh-temeh.
"Apa sahaja serangan ala samseng ini tidak sepatutnya berlaku sama ada membabitkan parti pembangkang atau parti kerajaan.
"Sepatutnya pemuda tumpu kepada kerja PRU 14 perkara remeh tak payahlah nak bagi tumpuan.
"Sudah...sudahlah perkara kecil tidak payah dipanjangkan media. Jika ada aduan dibuat oleh pemuda biarkan polis jalankan tugas mereka," ujarnya tanpa mahu memberikan komen lanjut tindakan reman yang dikenakan ke atas Zunar di bawah Akta Hasutan selepas diserang sekumpulan Pemuda Umno Pulau Pinang ketika mengadakan pameran lukisannya pada Jumaat lalu.
Tiga insiden serangan ahli dan pemimpin Umno hanya boleh diambil tindakan sekiranya ada aduan terhadap mereka dibuat kepada parti.Tiga insiden serangan ahli dan pemimpin Umno hanya boleh diambil tindakan sekiranya ada aduan terhadap mereka dibuat kepada parti.

4 ulasan:

  1. Di antara pemimpin celaka harambejadah yg ada di malaysia..... muga allah turunkan bala malapetaka pada pemimpin sebegini....

    BalasPadam
  2. Bila polis tidak bertindak tegas dan pantas keatas mrk seolah2 mrk dilindungi pihak tertentu yg berkuasa dlm kerajaan, maka rakyat malaysia beranggapan umno menyokong tindakan samseng2 umno tersebut. Bukankah kerajaan dikuasai umno. Tidak boleh dinafikan lg umno menyokong tindakan samseng2 tersebut

    BalasPadam
  3. Jagan salahkan baju merah semata kerana kamu nak bawa rakyat benci pada kerajaan yg ada.Apa perlu penyokong kerajaan buat jika tuan mencabar mereka dengan provokasi terhadap islam ,raja,dan bangsa.
    Tepuk sebelah tangan tak berbunyi...tumbukan dari tuan2 telah di sambut..dan pasti penyambut akan membuat serangan balas.Macam org berkung fu dan bersilat...itu biasa apa nak takut...alang2 mandi biar basah...ada paham

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita bukan benci kpd kerajaan tapi kpd penyamun dan perasuah yg berpura2 menjadi kerajaan. Ada paham.

      Padam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA