Ahad, 20 November 2016

Tian dan Zuraida ditangkap polis selepas perhimpunan Bersih 5


Tian ChuaTian ChuaDua ahli parlimen PKR ditangkap polis malam tadi selepas menyertai perhimpunan Bersih 5 semalam.
Ahli Parlimen Batu Tian Chua yang juga naib presiden PKR ditahan di rumahnya di Bandar Utama dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.
“Nasib baik saya sempat mandi. Lega dapat bersama aktivis Bersih 5 dan berehat dengan tenang dalam lokap,” kata pemimpin PKR itu.
Menurut Tian, beliau ditahan dibawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan atas tuduhan merusuh.
Tidak lama selepas itu, Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang juag Ketua Wanita PKR pula ditahan di rumahnya.
Sebelum kejadian, Tian Chua menulis polis sudah mengepung kediamannya.
“Polis di depan rumah, nampaknya malam ini saya mungkin ditangkap. #LawanTetapLawan,” katanya.
Terdahulu aktivis Fahmi Reza ditahan polis sejurus selepas perhimpunan tamat di Kuala Lumpur kira-kira jam 5.30 petang semalam.
Tian dan Zuraida adalah individu ke-14 dan 15 ditahan. Senarai tahanan polis sebelum ini ialah:
1. Maria Chin Abdullah
2. Ronnie Liu Tian Khiew
3. Mandeep Singh Karpall Singh
4. Muhamad Luqman Nul Haqim Zul Razali
5. Arutchelvan Subramaniam
6. Wong Chee Wai @ Jimmy Wong
7. Lee Khai Meng
8. Anis Syafiqah Md Yusof
9. Hairol Nizam Md Nor
10. Razali Zakaria
11. Muhamad Safwan Anang @ Talib
12. Fahmi Reza
13. Hishamuddin Rais

2 ulasan:

  1. Perompak2 bila nak tangkap oi KBAB

    BalasPadam
  2. Bagus tindakan polis
    dari senarai itu terbukti polis menangkap lebih ramai barua dan boneka yang sanggup menjadi alat orang kafir yang mempunyai pemikiran yang tidak berpandu syariat!!

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA