Rabu, 16 November 2016

Tetap tak boleh berhimpun di Dataran Merdeka, kata Ku Nan

Menteri Wilayah Persekutuan berkata merah ke kuning ke, biru, hijau atau jingga kena lebih rasional dan tidak perlu wujudkan masalah.
Tengku-Adnan-Tengku-Mansor,-Bersih-4.0---KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor tetap dengan pendirian tidak akan membenarkan Dataran Merdeka digunakan sebagai tempat berhimpun bagi Bersih 5.
Beliau berkata sepertimana ditegaskan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan memberi kelulusan untuk tujuan tersebut.
Katanya, himpunan berkenaan yang dijadualkan Sabtu ini tidak sepatutnya berlangsung kerana tiada apa yang perlu “dibersihkan” lagi.
“Saya nasihatkan, tak perlulah buat. Merah ke kuning ke, biru, hijau atau jingga. Perlu lebih rasional mengapa perlu wujudkan masalah?
“Jika tidak bersih bagaimana ada 80 ahli Parlimen pembangkang yang dapat kerusi? Jika sistem kotor, bagaimana pembangkang boleh memerintah Selangor, Pulau Pinang,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan kunci Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (Rumawip) Residensi Rampai kepada 10 penerima, di sini hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA