Rabu, 23 November 2016

Tarik diri AFF: Tunggu keputusan Kabinet - Menteri Umno

MENTERI Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan Malaysia tidak boleh sewenang-wenangnya menarik diri daripada Kejohanan Piala AFF yang berlangsung di Myanmar ketika ini.
Ini kerana, menurut Khairy, hanya keputusan kabinet yang dapat memutuskan sama ada skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee boleh menarik diri atau sebaliknya.
"Sebelum ini saya telah bangkitkan isu ini di kabinet dan sekali lagi akan berbuat demikian minggu ini.
Khairy Jamaluddin "Segala keputusan bergantung kepada kabinet, " katanya ketika dipetik menerusi laman Twitternya, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas gesaan Naib Yang Dipertua Pas Kulim-Bandar Baharu, Mohd Khairi Salleh dan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin terhadap pasukan kebangsaan agar menarik diri sebagai solidariti membantah kekejaman rejim junta tentera terhadap umat Islam di Myanmar.
Gesaan itu dibuat sebagai membantah kekejaman dan kezaliman yang dilakukan kerajaan Myanmar terhadap masyarakat Rohingya beragama Islam di negara tersebut.
Kedua-dua pihak itu juga berharap kerajaan memandang serius kezaliman kerajaan Myanmar terhadap penduduk Islam di negara itu.
Pada aksi pembukaan peringkat Kumpulan B Piala AFF Suzuki di Stadium Thuwunna, Yangon, Myanmar Ahad lalu, Malaysia menang 3-2 ke atas Kemboja.
Skuad Harimau Malaysia akan turun menentang pasukan Vietnam hari ini, sebelum menentang Myanmar, Sabtu ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA