Jumaat, 18 November 2016

Tanpa Tun M, dakwaan Najib dangkal,Jakim tali barut: Rakyat tetap berhimpun esok


Sheikh Omar Ali Sheikh Omar Ali DAP yakin rakyat tetap kuat semangat untuk teruskan berhimpun bagi menyatakan 5 tuntutan Bersih kepada kerajaan pada perhimpunan Bersih 5 esok, kata Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor Sheikh Omar Ali.
Beliau yakin dengan suara rakyat untuk menolak kerakuasan yang berlaku dalam urustadbir negara menerusi skandal mega 1MDB melibatkan orang nombor satu negara.
"Saya tak nafikan, sokongan terbuka Tun Mahathir terhadap himpunan Bersih 5 sedikit sebanyak akan mempengaruhi jumlah kehadiran rakyat.
"Tetapi, ini tidak bermakna tanpa penyertaan Tun M, rakyat akan berhenti.
"Rakyat akan turun ke Bersih 5 bukan kerana Tun M semata-mata. Tetapi kerana rakyat marah dengan rasuah dan salahguna kuasa yang dilakukan oleh pemimpin," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Tun M pada Rabu lalu menerusi videonya mengajak rakyat turun menyertai Bersih 5 yang turut akan disertai ahli dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
Menurut Sheik Omar lagi, Bersih 5 merancang untuk membawa rakyat berhimpun secara aman berlandaskan semangat dalam artikel 10 perlembagaan Malaysia berkaitan hak kebebasan berhimpun, bersuara dan sebagainya.
Justeru ujarnya lagi, dakwaan Najib bahawa Bersih berselindung sebagai non partisan dan merancang melakukan rusuhan adalah dakwaan yang tidak masuk akal.

"Najib tidak wajar menuduh membuta tuli tanpa sebarang asas. Ini merupakan himpunan Bersih untuk kali yang ke-5. Himpunan Bersih 3 dan 4 telah membuktikan bahawa jika pihak polis memberikan kawalan terhadap keselamatan peserta Bersih, segalanya berjalan lancar.
"Najib tak perlu buat cerita lain untuk alih perhatian rakyat.MO1 yang telah dinyatakan terang-terangan oleh Department Of Justice US adalah lebih utama disiasat segera kerana ia melibatkan maruah Malaysia dan memberi kesan terhadap ekonomi rakyat.
"Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pula jangan menjadi tali barut penguasa zalim yang menindas rakyat.
"Pesan saya, Jakim janganlah jadi ibarat ulama yang jahat yang menyerondoi di pintu-pintu umarak.
"Himpunan Bersih 5 adalah bertepatan dengan prinsip 'berkata benar dihadapan pemimpin zalim' dan 'selemah-lemah iman, membenci dengan hati' dalam konteks menunjukkan rasa marah terhadap ketidak adilan yang dilakukan oleh pemimpin.
"Bahkan, himpunan aman dan hak kebebasan bersuara dilindungi dibawah perlembagaan.
"Saranan saya, jika Jakim merasakan hal ini tidak selari dengan prinsip Islam, Jakim bolehlah mengusulkan agar artikel 10 perlembagaan Malaysia dimansuhkan sahaja," tegasnya.

1 ulasan:

  1. Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih, Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!1"Dikejar-kejar hutang2"Selaluh kalah dalam bermain togel3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunyatapi tidak ada satupun yang berhasil. 4d 5d 6d Solusi yang tepat jangan anda putus asah... AKI MUPENG akan membantuanda semua dengan Angka ritual/GHOIB:butuh angka togel 2D/ ,3D/, 4D/ 5D/ 6D/ SGP / HKG / MALAYSIA / TOTOMAGNUM / dijamin100jebolApabila ada waktusilahkan Hub: AKI MUPENG DI NO: (((_0852 9445 0976 _)))ANGKA RITUAL: TOTO/MAGNUM 4D/5D/6D/ANGKA RITUAL: HONGKONG 2D/3D/4D/6D/ANGKA RITUAL; KUDA LARI 2D/3D/4D/6D/ANGKA RITUAL; SINGAPUR 2D/3D/4D/ 6D/ANGKA RITUAL; TAIWAN,THAILANDANGKA RITUAL: SIDNEY 2D/3D/4D 6D/»0852 9445 0976 .

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA