Jumaat, 18 November 2016

TANGKAPAN PRA-BERSIH 5 HANYA TAMBAH KEMARAHAN RAKYAT

Hari ini telah berlaku siri tindakan keras ("clamp down") yang mengancam demokrasi negara kita. Ia bermula pagi tadi dengan pendakwaan pengarah KiniTV, Steven Gan, kerana membuat laporan berita satu ucapan Dato' Seri Khairuddin Abu Hassan mengenai Peguam Negara. Ini diikuti penangkapan Ahli Parlimen Seremban, YB Anthony Loke, difahamkan kerana ucapan beliau di Konvensyen Pakatan Harapan minggu lalu; dan juga serbuan ke atas pejabat Bersih 2.0 serta penahanan Maria Chin dan Mandeep Singh.
Saya mengecam sepenuhnya siri tindakan keras ini.
Ia menimbulkan persepsi seolah-olah pentadbiran Dato' Sri Najib tidak lagi memahami semangat demokrasi, tetapi seakan terpaksa menggunakan taktik kuku besi seperti tangkapan-tangkapan yang kita saksikan sekarang demi kepentingan politik kelompok kecil.
Pada masa yang sama, sekiranya ada pihak beranggapan bahawa tangkapan-tangkapan dan tindakan "clamp down" terkini ini akan mematahkan semangat juang dan menakutkan orang ramai dari menyertai perhimpunan aman Bersih 5, ia hanya menambahkan rasa marah rakyat.
Ayuh kita bersatu hati, kumpulkan tenaga. Esok, kita turun untuk Bersih 5 dan ingatkan Putrajaya bahawa suara rakyat suara keramat!

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Ketua Pembangkang, Parlimen Malaysia
Presiden KEADILAN

2 ulasan:

  1. Setiap org yg nak turun cuba pujuk bersama sekurang2nya 3 org lain. Kita buat ramai!

    BalasPadam
  2. With all that is unfolding and the blatant use or abuse of power one wonder which side the police should be protecting ie. The Thieves & Robbers or the Pursuers (Rakyat) but hey! Is it not obvious now?

    The 'REFORMASI' crowd then were for one man (albeit I wasn't a fan), but now it is the COUNTRY that is at STAKE......if there is not at least 1 million right-mind Malaysians coming out saturday, then let the country run into the ground on its own because whats there left to fight for ehh?

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA