Rabu, 2 November 2016

Tak logik banding minyak masak dengan air mineral

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin meminta pemimpin politik mengeluarkan kenyataan yang lebih relevan berhubung isu-isu semasa pada masa akan datang.
Katanya, tindakan membandingkan harga air mineral dengan harga minyak masak yang digunakan rakyat negara ini adalah tidak logik dan tidak realistik.
"Inilah masalah pemimpin-pemimpin politik kita. Mereka selalu membuat perbandingan dengan keadaan dan situasi tidak sama.
"Pemimpin selalu membandingkan isu semasa dengan keadaan yang lebih teruk tetapi tidak pernah mengambil contoh keadaan semasa yang lebih baik. Analogi yang mereka berikan selalu tidak padan," katanya kepada Sinar Online di Dewan Rakyat, Parlimen, di sini, hari ini.
Mengulas mengenai kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang mendakwa harga air mineral lebih mahal daripada minyak masak, Zuraida berkata, perbandingan harga minyak masak sepatutnya dibuat dengan subjek yang lebih tepat.
"Bagaimana kita nak samakan air masak dengan air mineral? Masyarakat ada pilihan sama ada mahu membeli air mineral dengan harga murah atau mahal, atau hanya menggunakan air di rumah.
"Tetapi kita tidak ada pilihan dalam penggunaan minyak masak. Minyak adalah keperluan untuk memasak," katanya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA