Selasa, 22 November 2016

Tajuddin tak dikenakan tindakan keluar kenyataan ‘Kok’

Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang membuat keputusan itu turut mengingatkan wakil rakyat supaya menjadikan insiden itu sebagai satu pengajaran.
PandikarKUALA LUMPUR: Cubaan wakil rakyat pembangkang merujuk Tajuddin Abdul Rahman (Umno-Pasir Salak) ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan kerana mengeluarkan kenyataan menghina terhadap Teresa Kok (DAP-Seputeh) ditolak speaker Dewan Rakyat.
Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata wakil rakyat hanya boleh dirujuk kepada jawatankuasa itu jika kejadian itu berlaku secara tertutup tetapi dengan kehadiran saksi.
Katanya, kejadian itu berlaku dalam Dewan dan oleh itu ia tidak boleh dibawa ke jawatankuasa berkenaan.
Beliau memaklumkan Kasthuri Patto (DAP-Batu Kawan) untuk memfailkan usul, jika ahli Parlimen itu tidak berpuas hati dengan keputusannya.
Semalam, Tajuddin dikecam kerana menghina Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok di Parlimen apabila berkata Teresa satu-satunya wanita di kawasannya yang ada “Kok”.
Kenyataan Tajuddin itu dianggap sebagai “seksis”, hingga mendorong Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad memanggilnya “menteri sial”.
Kasthuri awal hari ini memohon speaker merujuk Tajuddin kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan.
Pandikar menjawab: “Keputusan sudah dibuat. Jika anda tidak suka sila failkan usul.”
Beliau juga mengingatkan semua wakil rakyat supaya menjaga tingkah laku ketika persidangan Parlimen.
“Sudah berulang kali saya cakap jangan guna perkataan seperti itu. Yang Berhormat, sila ambil pengajaran. Jika anda hendak uji kesabaran saya, buatlah masa saya pengerusi persidangan,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA