Selasa, 22 November 2016

Tajuddin, sila minta maaf pada Kok - NGO

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membela wanita hari ini mendesak Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman supaya henti mengeluarkan kenyataan berunsur seksis terutamanya kepada ahli parlimen wanita.
Ia berkaitan kenyataan Tajuddin menggelar Teresa Kok (DAP-Seputeh) sebagai satu-satunya perempuan yang ada “Kok”.
Pengarah Eksekutif Pusat Kesedaran Wanita (WCC) Pulau Pinang, Loh Cheng Kooi berkata, hampir setiap tahun pihaknya menerima aduan mengenai kenyataan seksis yang dikeluarkan.
“Masyarakat tidak lagi boleh bertoleransi dengan kenyataan sedemikian rupa. Setiap tahun kita dapat aduan macam ini (lebih-lebih lagi) beliau adalah timbalan menteri.
“Dalam parlimen, ada protokol dan standing order (peraturan tetap). Sudah tentu beliau boleh dikeluarkan dari Parlimen kerana mengeluarkan kenyataan sebegitu. Speaker perlu gunakan kuasa secara profesional untuk ambil tindakan,” katanya kepada Malaysiakini.
Jelas beliau lagi, baik lelaki dan wanita, kenyataan sebegitu tidak harus dikeluarkan lebih-lebih lagi dalam Parlimen.
Semalam, Dewan Rakyat menyaksikan kekecohan selepas Tajuddin menggelar Teresa sebagai satu-satunya perempuan yang ada “Kok”.
Tajuddin berkata demikian selepas berbahas dengan anggota parlimen pembangkang berkaitan BERSIH5.
Anggota parlimen pembangkang kemudian mendesak Tajuddin menarik balik kenyataan itu.
Sebutan nama Kok mirip dengan istilah bagi alat kelamin lelaki dalam bahasa Inggeris.
Bagi Pegawai Komunikasi Pergerakan Semua wanita (AWAM), Evelynne Gomez pula terkejut dengan kenyatan Tajuddin terhadap Teresa.
Katanya, pada tahun 2012, kenyataan berunsur seksis telah dilarang dalam Parlimen di bawah pindaan kepada Peraturan Mesyuarat dalam Rang Undang-undang.
“Oleh itu, kita tidak boleh diterima kenyataan seperti itu dikeluarkan oleh Tajuddin Abdul Rahman selaku anggota Parlimen.

“Kami menjangka (kenyataan) yang lebih baik dari pegawai awam terutamanya dalam ruang awam.
“Kami menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada beliau terhadap Teresa Kok,” kata Evelynne dalam kenyataan, hari ini.
Sementara itu, aktivis wanita Hayati Kaprawi pula berkata kenyataan itu hanya mencerminkan mentaliti kelas bawahan seorang ahli Parlimen.
Malah, kata Hayati, kenyataan itu hanya menunjukkan Tajuddin tidak boleh memberi komen bernas tentang isu yang dibahaskan.
“Yang beliau (Tajuddin) mampu cakap hanyalah kata-kata kotor kelas longkang.
“Gesaan pada speaker Parlimen untuk bertegas dan ambil tindakan terhadap mana-mana ahli Parlimen seperti Tajuddin ini yang mengeluarkan kenyataan seksis dan mendiskriminasi,” katanya.
Tambahnya lagi, Parlimen seharusnya bersih dari ucapan yang menghina dan mendiskriminasi kaum wanita.

2 ulasan:

  1. Padan muka wanita, puteri umno dan semua wanita yg dok sokong sexis mcm tajuddin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya ingin mengucapkan banyak terimah kasih kepada MBAH BASKORO atas bantuannya selama ini dan saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sukses dan ini semua berkat bantuan MBAH BASKORO,selama ini, saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang2 dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya usaha Restoran sendiri,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH BASKORO atas bantuan nomor togel dan dana ghaibnya, dan saya yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jadi jangan ragu-ragu untuk menghubungi MBAH BASKORO karna beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita atau rekayasa tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya dan bagi anda yg ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH BASKORO di 085217344419 dan ingat kesempatan tidak akan datang untuk yang ke 2 kalinya terimah kasih.. ATAU THAI LOTTERY

      Padam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA