Isnin, 21 November 2016

Tahan Maria bawah Sosma terbukti tidak betul

Faiz Fadzil Faiz Fadzil Pemuda Amanah mengutuk sekeras-kerasnya penangkapan Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah dan beberapa orang pemimpin dan aktivist lain pra dan pasca perhimpunan Bersih5 yang diadakan pada Sabtu lalu.
Walaupun beberapa individu yang ditahan telahpun dibebaskan, namun pihak polis masih menahan Maria Chin hingga kini.
Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional Faiz Fadzil berkata, perhimpunan Bersih 5 diadakan dengan aman tanpa sebarang rusuhan atau keganasan membuktikan penggunaan Sosma ke atas Maria tidak betul.
"Tiada sebarang laporan keganasan, kecederaan atau kerosakan harta benda dilaporkan berlaku walaupun oleh media lidah Umno seperti TV3 atau Utusan Malaysia.
"Puluhan ribu rakyat berbilang kaum bersatu hati dan pemikiran telah turun ke perhimpunan Bersih5 bagi menuntut pilihanraya dan kerajaan yang bersih dan ia telah berjaya diuruskan dengan baik oleh pihak Bersih 2.0 yang dibantu oleh pasukan keselamatan yang turut disertai oleh ARIF, pasukan perubatan dan juga peguam," ujarnya dalam satu kenyataan.
Faiz turut mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keadilan dan bencikan korupsi dan kezaliman.
Justeru ujarnya lagi, tiada sebab sah dan munasabah untuk terus menahan Maria Chin di bawah undang-undang SOSMA kerana perhimpunan telah berlaku dengan aman.
"Maria Chin sejak awal lagi sebelum berlaku perhimpunan telah menegaskan bahawa perhimpunan tersebut bukan bertujuan menggulingkan kerajaan tetapi bagi menuntut pilihanraya yang bersih yang merupakan salah satu daripada 5 tuntutan yang sah di sisi undang-undang.
"Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengishtiharkan perhimpunan Bersih sebagai sah dan mengikut Perlembagaan.
"Penahanan Maria Chin tidak bertepatan dengan Sosma kerana Sosma adalah bertujuan bagi membendung aktiviti keganasan.
"Sebaliknya Perhimpunan Bersih5 telah diadakan dengan aman dan ia selaras dengan hak berhimpun dan bersuara yang dijamin Perkara 10(1) Perlembagaan Persekutuan. Sesungguhnya, penahanan Maria Chin yang melangggari Sosma adalah pencabulan hak dan kebebasan asasi yang dijamin di bawah Perkara 5(1) dan 8(1) Perlembagaan Persekutuan," terangnya.
Kata Faiz lagi, amat malang apabila terdapat laporan berlaku unsur-unsur penderaan ke atas Maria Chin dan ini adalah tindakan yang tidak bertamadun seolah-olah negara kita ditadbir secara barbarian.

"Sebelum inipun, sudah terdapat laporan subjek-subjek yang didera ketika dalam tahanan SOSMA dan tidak mustahil perkara yang sama boleh terjadi ke atas Maria Chin.
"Pemuda Amanah mendesak pembebasan segera Maria Chin yang merupakan wira rakyat yang hanya berjuang menuntut sistem demokrasi dipulihkan.
"Pemuda Amanah juga mendesak agar SOSMA dihapuskan kerana terbukti ia adalah undang-undang drakonian yang telah disalahgunakan untuk kepentingan politik kerajaan UMNO BN dan bukannya bagi mengekang keganasan. Kerajaan perlu menghormati hak demokrasi rakyat dan keluhuran Perlembagaan kerana proses penukaran kerajaan melalui pilihanraya adalah proses demokrasi biasa.
"Cukuplah bertindak zalim terhadap rakyat. Pihak polis tidak seharusnya mengkhianati amanah rakyat untuk melaksanakan undang-undang dengan adil dan telus. Yang wajib ditangkap bukannya Maria Chin tetapi MO1.
"Masa sudah tiba untuk rakyat bangkit. Tuntut demokrasi tolak kleptokrasi hapuskan korupsi," ujarnya.

1 ulasan:

  1. Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih, Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!1"Dikejar-kejar hutang2"Selaluh kalah dalam bermain togel3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunyatapi tidak ada satupun yang berhasil. 4d 5d 6d Solusi yang tepat jangan anda putus asah... AKI MUPENG akan membantuanda semua dengan Angka ritual/GHOIB:butuh angka togel 2D/ ,3D/, 4D/ 5D/ 6D/ SGP / HKG / MALAYSIA / TOTOMAGNUM / dijamin100jebolApabila ada waktusilahkan Hub: AKI MUPENG DI NO: (((_0852 9445 0976 _)))ANGKA RITUAL: TOTO/MAGNUM 4D/5D/6D/ANGKA RITUAL: HONGKONG 2D/3D/4D/6D/ANGKA RITUAL; KUDA LARI 2D/3D/4D/6D/ANGKA RITUAL; SINGAPUR 2D/3D/4D/ 6D/ANGKA RITUAL; TAIWAN,THAILANDANGKA RITUAL: SIDNEY 2D/3D/4D 6D/»0852 9445 0976 .

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA