Ahad, 13 November 2016

Tahan Jamal segera, elak bahaya orang awam

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos perly ditahan di bawah Akta Hasutan dan Keselamatan Dalam Negara kerana tindakan beliau yang membahayakan orang awam.
Dalam satu kenyataan, Ketua Penerangan Protemm Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Batu, Norsharizal Abdul Razak berkata, setelah melihat perkembangan himpunan Bersih 5.0 yg sedang dicabar Baju Merah, beliau merasakan perlunya penahanan keatas Jamal.
“Bukti jelas dimainkan di media massa termasuk sesi latihan pertempuran yang dilakukan amat merbahaya kepada keselamatan orang awam dan pelancong yang berada di sekitar ibu negara jika benar-benar terjadi pergaduhan pada hari tersebut.
“Oleh Itu, saya menyeru semua rakan-rakan NGO, Mahasiswa, Parti Politik yang cintakan keamanan negara untuk membuat laporan polis diseluruh negara dan mendesak Datuk Jamal ditahan segera,” katanya.
Sebelum ini, Jamal pernah mengumumkan ‘peperangan’ dalam skala besar-besaran terhadap kumpulan BERSIH 5.0 sejurus selepas dibebaskan dari tahanan reman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA