Ahad, 20 November 2016

SYABAS BERSIH 5: TIDAK DISANGKAL LAGI RAKYAT MALAYSIA MAHU PERUBAHAN

Tidak disangkal lagi bahawa perhimpunan aman Bersih 5 telah berlangsung dengan jayanya. Semangat rakyat untuk melakukan perubahan dan menukar kerajaan ternampak cukup tinggi.
Secara keseluruhan, di mana saya bermula dari Masjid Jamek, kemudian menyusuri Jalan Tuanku Abdul Rahman sehingga ke Dataran Merdeka dan akhirnya berjalan kaki menuju ke KLCC dengan jalan dipenuhi mereka yang berbaju kuning, dicampur lagi dengan mereka yang tersekat di sekitar Jalan Bangsar dan Masjid Negara, dianggarkan peserta himpunan kali ini tidak kurang daripada 500 ribu orang jumlahnya.
Kawasan KLCC dan jalan-jalan sekitarnya petang tadi seolah-olah telah ditakluk oleh baju kuning.
Tanda-tanda perubahan dalam PRU 14 nampaknya semakin nyata dan gambar-gambar di bawah adalah saksi mata yang jelas lagi nyata untuk menceritakan segala-galanya.
Yang penting hanya perlu mengekalkan semangat dan momentum yang ada sehingga tibanya tarikh pilihanraya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA