Ahad, 27 November 2016

Suaram bantah tindakan kurung berasingan Maria Chin

Pengarah eksekutif Suaram mengingatkan ketua polis negara yang penggunaan seksaan adalah satu jenayah diiktiraf di bawah undang-undang antarabangsa.
Sevan-Doraisamy_khalid_maria_600
PETALING JAYA: Walaupun polis tidak secara aktif menyoal siasat Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah, ia masih tidak membebaskan daripada jenayah penyeksaan pihak polis, kata Suara Rakyat Malaysia (Suaram).
Kami terkejut dengan kenyataan dibuat Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mendakwa pihak polis tidak mendera Maria Chin Abdullah dan beliau sendiri akan memastikan Maria tidak dizalimi semasa dalam tahanan,” kata Pengarah Eksekutif Suaram Sevan Doraisamy dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, penahanan berasingan secara berseorangan di mana Maria dengan merit kes tersendiri adalah satu kes jelas berhubung layanan tidak berperikemanusiaan, jika bukan menyeksa.
Pertubuhan hak asasi manusia berkata ia juga terkejut dengan pengakuan KPN yang layanan itu konsisten dengan semua tahanan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 yang sama Maria ditahan.
“Implikasi amalan seperti itu menunjukkan pihak polis secara aktif dan terbuka menggunakan seksaan sebagai sebahagian daripada operasinya,” katanya.
Sevan mengingatkan ketua polis negara yang penggunaan seksaan adalah satu jenayah diiktiraf di bawah undang-undang antarabangsa dan hak untuk bebas daripada penyiksaan adalah hak yang tidak boleh dinafikan.

Tambahan pula, katanya keadaan penahanan dialami Maria jelas melanggar Peraturan Standard Minimum Bangsa-Bangsa Bersatu bagi layanan terhadap banduan.
“Tidak ada alasan bagi ketua polis negara untuk mendakwa yang keadaan penahanan dialami Maria mematuhi piawaian antarabangsa,” kata Sevan.
“Kami mengulangi kutukan terhadap penangkapan dan penahanan Maria dan gesaan pembebasan segera dan tanpa syarat.
“Kegagalan berbuat demikian hanya menodai reputasi dan integriti Polis Diraja Malaysia.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA