Rabu, 16 November 2016

Speaker tolak usul bahas kesan Trump terhadap Malaysia

Speaker Dewan Rakyat menolak usul itu dengan asas ia masih terlalu awal untuk dibahaskan.
pandikar-trump
KUALA LUMPUR: Wakil rakyat PKR menuduh Dewan Rakyat takut untuk membahaskan kesan pelantikan Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat (AS) yang baharu, terhadap Malaysia.
Shamsul Iskandar Mohd Akin (PKR-Bukit Katil) berkata demikian sebagai respons terhadap keputusan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk menolak usul membahaskan perkara itu.
“Penolakan usul itu menunjukkan Parlimen Malaysia bukan kelas pertama. Ia tidak cukup berani berdepan kemungkinan perubahan akibat berubahnya pentadbiran di Rumah Putih,” katanya di Dewan Rakyat.
Shamsul memfailkan usul itu pada 11 November, dan ditolak Pandikar pada 14 November.
“Alasan ia ditolak ialah terlalu awal untuk menilai dasar Trump ketika kempen pilihan raya presiden AS dan untuk mengenal pasti hubungan dua hala antara kedua-dua negara,” kata Pandikar di dalam surat penolakan itu.
Shamsul berkata beliau sudah menyatakan usul itu dibuat kerana janji Trump untuk membawa pulang pelaburan luar ke AS untuk merangsang perkembangan ekonomi domestik.
“Ada banyak syarikat Amerika beroperasi di sini. Jika berlaku penghijrahan syarikat Amerika di Malaysia, ribuan rakyat kita mungkin hilang kerja,” katanya.

Beliau berkata banyak mata wang Asia termasuk ringgit jatuh selepas Trump menang pemilihan itu.
Katanya, hubungan perdagangan antara Malaysia dan AS juga terjejas apabila Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik tidak boleh dimuktamadkan.
Shamsul juga meminta Parlimen melihat kepada hala tuju negara dalam bentuk dasar luar ketika Malaysia menandatangani urus niaga perniagaan bernilai RM144 bilion dengan China.
“Malaysia nampaknya condong kepada China. Ini akan menimbulkan kebimbangan keselamatan serantau kerana Malaysia juga menuntut hak di Spratly Isles,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA