Khamis, 24 November 2016

Sosma: Simpati terhadap Maria jelas kelihatan di kalangan peserta vigil

Mereka meluangkan masa hadir berhimpit-himpit menyatakan sokongan kepada pengerusi Bersih 2.0 itu sehingga lewat malam.
bebas-maria
KUALA LUMPUR: Penutupan sepenuhnya Dataran Merdeka oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) semalam tidak mematahkan semangat peserta protes nyalaan lilin daripada terus berkumpul mendesak pembebasan Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah.
syarin
Dan antara yang hadir ialah Syarin Shufiyan, cicit kepada Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman.
“Bagaimana anda boleh mengurung seseorang kerana memperjuangkan nilai yang dipegangnya, kenapa sampai begini layanan terhadapnya?” soal Syarin, 31, ketika ditemui FMT.
Bekas kolumnis itu berkata beliau bersimpati dengan apa yang berlaku ke atas Maria, yang menurutnya sama usia dengan ibunya.
“Jika hal ini boleh terjadi kepada Maria, ia juga boleh terjadi kepada kita,” katanya sambil berharap dapat menyertai vigil pada malam seterusnya.
Maria ditahan Jumaat lalu, sehari sebelum perhimpunan Bersih 5. Polis berkata aktivis berusia 60 tahun itu disiasat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012, atau Sosma, dan boleh ditahan sehingga 28 hari.
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) yang melawat beliau di lokasi rahsia berkata Maria tidak diberikan tilam dan terpaksa membersihkan badan dengan air sejuk.
Syarin berkata beliau sebelum ini menghadiri kesemua 4 perhimpunan yang dianjurkan Bersih.
“Mungkin ramai takut untuk menyuarakan pandangan jika berseorangan, dan Bersih memberikan rasa kebersamaan kepada peserta tanpa mengira latar belakang.
“Dan saya tidak ‘rindukan’ gas pemedih mata,” katanya berseloroh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA