Sabtu, 5 November 2016

Soros terlibat Bersih hanya tuduhan, kata Tun M

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa penglibatan jutawan mata wang, George Soros dalam Bersih hanyalah satu tuduhan dalam cubaan membatalkan perhimpunan tersebut.
Menurutnya, beliau juga lebih mengutamakan tunjuk perasan pada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berbanding mengambil kira hal kewangan kumpulan Bersih ini.
Dr Mahathir Mohamad “Sungguhkah? Nampak ke ada sumbangan? Perkara ini tidak boleh disahkan dan hanyalah satu tuduhan.
“Buat masa ini saya hanya fokuskan dengan tunjuk perasaan pada Najib dan tidak terlibat dengan punca kewangan kumpulan ini.
“Lagipun saya merasakan ini merupakan modus operandi mereka untuk membatalkan perhimpunan Bersih nanti,” katanya ketika ditemui di Yayasan Kepimpinan Perdana, hari ini.
Sebelum ini, terdapat laporan media mendakwa satu kumpulan asing dipengerusikan jutawan Soros membiayai beberapa organisasi tempatan dalam programnya mempengaruhi keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Selain itu, Mahathir juga turut membalas cabaran Pengerusi Gabungan Badan Bukan
Kerajaan (NGO) Melayu, Datuk Jamal Md Yunus yang mencabar beliau kemukakan bukti mengenai dakwaan beliau terhadap Najib.
“Banyak bukti saya dah tunjuk, kini giliran saya punya bertanya pada dia, mana dia dapat duit?
"Adakah dia membayar cukai atau pun tidak?” katanya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA