Rabu, 23 November 2016

Solidariti untuk Maria diteruskan, Mat Sabu turun malam ini


Maria ditahan di bawah 'confinement solitary' yang dianggap satu tekanan terhadap beliau. Gambaran oleh kartunis Zunar.Maria ditahan di bawah 'confinement solitary' yang dianggap satu tekanan terhadap beliau. Gambaran oleh kartunis Zunar.

Perhimpunan solidariti untuk Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah di Dataran Merdeka berterusan malam ini dan akan disertai Presiden Amanah Haji Mohamad Sabu.
Veteran penggerak perhimpunan aman ini akan turut serta malam ini bagi mendesak pembebasan Maria yang ditahan di bawah Sosma menjelang perhimpunan Bersih 5 19 November lepas.
Mat Sabu turut berucap di perhimpunan Bersih 5 Sabtu lepas.Mat Sabu turut berucap di perhimpunan Bersih 5 Sabtu lepas.Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan pejabat Presiden Amanah, Mohamad akan ke Dataran Merdeka malam ini.
Sejak Isnin lepas, para penyokong Bersih 5 berhimpun di Dataran Merdeka pada setiap malam bagi menuntut pembebasan Maria.
Menurut peguamnya, Maria kini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).
Maria ditahan Jumaat lalu atas cubaan melakukan kesalahan memudaratkan demokrasi berparlimen, kesalahan di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan, menjelang perhimpunan Bersih 5.
Kesalahan di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan boleh membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun, jika sabit kesalahan.
Melalui seksyen ini, polis boleh menahan Maria sehingga 28 hari tanpa perlu dibicarakan. Ekoran itu, pelbagai pihak membantah tindakan ini.
Maria dikatakan ditahan di sebuah lokap yang tersendiri (solitary confinement torture) dan terpisah dari orang lain.
Isnin lepas, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya, Tun Siti Hasmah Mohd Ali turut turun menuntut agar maria dibebaskan di Dataran Merdeka.
Tengahari tadi beratus-ratus wanita berarak ke Parlimen menuntut Maria dibebaskan.
Mereka menyerahkan memorandum kepada Datuk Seri Shahidan Kassim bagi pihak kerajaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA