Selasa, 1 November 2016

Skandal Lembu-Kondo: Rafizi akan buat rayuan penghakiman kes saman NFC

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli akan membuat rayuan penghakiman kes saman Pusat Fidlot Nasional (NFC) dalam masa terdekat.
“Saya sedang berbincang dengan peguam-peguam saya mengenai sudut-sudut penghujahan yang boleh dikemukakan di dalam rayuan kelak.
“Saya akan memaklumkan kepada media apabila rayuan dikemukakan kepada Mahkamah Rayuan dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa dirinya memfitnah NFC, Rafizi yang juga Setiausaha Agung dan Naib Presiden PKR menghargai ketetapan berkenaan.
“Saya berterima kasih di atas penghakiman Yang Arif Azizul Azmi Adnan yang memutuskan kenyataan saya adalah fitnah dan mengarahkan saya membayar RM300,000 kepada Datuk Seri Salleh Ismail (Pengerusi NFC) dalam bentuk gantirugi dan kos guaman,” jelasnya.
Terdahulu, mahkamah memutuskan memihak kepada NFC dan pengerusinya, Salleh dalam saman undang-undang mereka terhadap Rafizi.
Sehubungan itu, hakim mengarahkan Rafizi membayar RM150,000 kepada NFC dan RM50,000 lagi kepada Salleh dengan kedua-dua mereka turut diberikan kos RM100,000.
Pada masa sama, Azizul memutuskan NFC dan Salleh membayar kos RM50,000 kepada portal berita Malaysiakini yang melaporkan dakwaan Rafizi itu.
“Saya yakin keputusan ini tidak mengubah pandangan masyarakat mengenai skandal NFC dan segala pendedahan yang saya buat setakat ini, saya mengambil pendirian mempertahankan ruang untuk membawa kebertanggungjawaban kepada mereka yang menggunakan dana awam mestilah dipertahankan sebaik-baiknya,” tegas Rafizi lagi.

Beliau pada 2012 dilapor mendedahkan bahawa NFC menggunakan dana awam sebagai jaminan pinjaman peribadi untuk membeli lapan unit hartanah di KL Eco City iaitu tapak Kampung Abdullah Hukum di Jalan Bangsar, Kuala Lumpur dengan nilai keseluruhan hampir RM10 juta.
Untuk rekod, Laporan Ketua Audit Negara 2010 juga mengakui wujud beberapa kelemahan dalam pelaksanaan projek NFC yang menyebabkan kerajaan menangguhkannya pada Mei 2009 iaitu sebelum pengauditan.
Analisis audit turut mendapati objektif projek tersebut masih belum dicapai sepenuhnya disebabkan pelbagai faktor antaranya sasaran pengeluaran sebanyak 38,600 ekor lembu pada 2010.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA