Isnin, 14 November 2016

Skandal 1MDB: Hukuman terhadap Rafizi tak lemahkan parti, kata Azmin

Hukuman yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini terhadap Rafizi Ramli tidak akan melemahkan PKR, menurut Timbalan Presiden parti itu, Datuk Seri Azmin Ali.
Menurut anggota parlimen Gombak itu lagi, keputusan tersebut sebaliknya akan memperkukuhkan lagi perpaduan dan kekuatan yang ada di dalam parti untuk meneruskan perjuangan.
"(Keputusan) ini tidak akan lemahkan semangat kita untuk berjuang.
"Kita cukup yakin dengan perjuangan PKR untuk tegakkan keadilan di landasan kebenaran dan saya percaya hukuman ini sebenarnya akan memperkukuhkan lagi perpaduan dan kekuatan dalam parti untuk teruskan perjuangan," ujar Azmin.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di lobi Dewan Rakyat, hari ini.
Selain itu, Azmin turut berharap agar Rafizi yang juga setiausaha agung PKR dan anggota parlimen Pandan dibebaskan dari pertuduhan berkenaan agar dapat bersama-sama fokus dalam persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang.
"Sudah pasti saya mahu beliau dibebaskan dari pertuduhan ini supaya beliau dan pimpinan dapat bersama, fokus dalam persiapan pilihan raya umum akan datang," katanya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA